Sebagaimana pada 1 Disember 2011
AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 Tarikh Perkenan Diraja 30 Januari 1992 Tarikh penyiaran dalam Warta 20 Februari 1992 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 483 AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 SUSUNAN SEKSYEN AKTA TABUNG ANTARABANGSA BAGI PEMBANGUNAN PERTANIAN 1992 Suatu Akta untuk membolehkan Malaysia menjadi anggota Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian melalui penerimaan Perjanjian Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian. [21 Febuari 1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian 4. Sumbangan kepada Tabung 5. Kelulusan Dewan Rakyat mengenai sumbangan tambahan kepada Tabung 6. Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga 7. Tanggungan atas bayaran lain kepada Kumpulan Wang Disatukan 8. Penerimaan 9. Perintah bagi menguatkuasakan Perjanjian UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 483
“Mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya mata wang sebagaimana disifatkan boleh tukar cara bebas menurut Perkara 1(d) Perjanjian; “Perjanjian” ertinya Perjanjian Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian sebagaimana yang diterima oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penubuhan Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian pada 13 Jun 1976 di Rom, dan di mana satu salinan teks telah dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai Kertas Statut Bil. 147 Tahun 1991; “Tabung” ertinya Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian yang ditubuhkan melalui Perjanjian.
(a) untuk menandatangani Perjanjian itu; dan (b) untuk mendepositkan di Tabung suatu surat cara penerimaan Perjanjian itu yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah menerima Perjanjian itu mengikut undang-undangnya dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan Kerajaan Malaysia menjalankan semua obligasinya di bawah Perjanjian tersebut.
Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian 7 penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung sebagaimana yang, menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, kena dibayar dengan mata wang boleh tukar secara bebas atau dengan mata wang Malaysia.
(a) menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh Kerajaan di bawah seksyen 5(b) Perkara 4 Perjanjian atau di bawah seksyen 5(c) Perkara 4 Perjanjian; atau (b) menurut seksyen 4 Perkara 4 Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan sumbangan Malaysia kepada Tabung.
(a) semua jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Tabung di bawah seksyen 2(b) Perkara 5 Perjanjian (yang berhubung dengan penilaian mata wang); (b) semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Tabung di bawah seksyen 6; (c) apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Tabung di bawah seksyen 3 Perkara 9 Perjanjian (yang berhubung dengan hak dan tanggungjawab Negeri yang terhenti menjadi anggota Tabung).
mana-mana peruntukan tertentu dalam Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari - TIADA - SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA -