Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 5 Julai 1972 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 13 Julai 1972 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama 1994 Cetakan Semula Yang Kedua 1999 Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan Perpustakaan Negara dan berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—1 September 1972, P.U.(B) 348/1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran Bahagian II PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN NEGARA 3. Penubuhan Perpustakaan Negara 4. Pengurusan dan pengawasan Perpustakaan Negara oleh Ketua Pengarah dan kuasa Ketua Pengarah Bahagian III PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT 5. Penubuhan Lembaga Penasihat 6. Mesyuarat Lembaga Bahagian IV KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA 7. Penubuhan Kumpulan Wang Perpustakaan Negara 8. Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu Seksyen 9. Penggunaan wang Kumpulan Wang 10. Anggaran 11. Akaun dan audit B AHAGIAN V PELBAGAI 12. Perjanjian mengenai perkhidmatan perpustakaan 13. Pemindahan sumber perpustakaan 14. Peraturan-peraturan 15. Laporan Tahunan Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972
“bangunan Perpustakaan” ertinya mana-mana bangunan atau premis yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan atau yang digunakan olehnya dan mana-mana bangunan atau premis yang dipajak atau disewa buat sementara atau selainnya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri bagi maksud Perpustakaan dan termasuklah mana-mana kenderaan atau vesel yang digunakan dalam mana-mana perpustakaan bergerak yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah subseksyen 4(1); “koleksi” ertinya sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di dalam Perpustakaan; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut subseksyen 7(1); “Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan menurut seksyen 5; “Menteri” ertinya Menteri yang ditugaskan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(a); “Perpustakaan” ertinya Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut seksyen 3; “sumber perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkodkan, disimpan, dipamerkan atau dikeluarkan semula, termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikroform, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video dan audio dan rakaman lain pada kertas, filem atau bahan lain dan salinannya; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.
PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN NEGARA
(a) menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan; (b) memudahkan capaian seluruh Negara sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan (c) mengadakan kepemimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.
(a) menasihati Menteri tentang polisi Negara bagi segala perkara yang berkenaan dengan perpustakaan dan segala perkara lain yang berhubungan dengan perpustakaan; (b) memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan; (c) memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan Negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul; (d) menubuhkan di dalam Perpustakaan— (i) Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan pemuliharaan sumber perpustakaan yang diterima; (ii) Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan rangkaian bibliografi kebangsaan, pangkalan data bibliografi kebangsaan dan penyediaan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan; (iii) Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk pemerolehan, pendokumentasian dan penggunaan manuskrip Melayu; (e) menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman; (f) menyediakan kemudahan di dalam Perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai— (i) titik tumpuan Negara bagi sistem maklumat Negara; (ii) pusat kebangsaan bagi peminjaman dan pertukaran sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan di peringkat kebangsaan dan sejagat; (g) menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan penggunaan sumber perpustakaan di Negara ini; (h) menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya; (i) menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya; (j) menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dan perkongsian sumber di antara perpustakaan; (k) mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara mengenai perpustakaan; (l) menyediakan latihan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan; (m) menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca; (n) bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan Bahasa Malaysia; (o) bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi perkembangan perpustakaan; (p) meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan; (q) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan tujuan yang disebut dalam seksyen 3.
PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT
(a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (b) Ketua Pengarah; (c) seorang wakil Kementerian yang pada masa itu bertanggungjawab bagi Perpustakaan; dan (d) tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.
(5 A ) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d).
KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA
“Kumpulan Wang Perpustakaan Negara”, (kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Kumpulan Wang itu”).
(a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Pembangunan atau selainnya bagi maksud kemajuan perpustakaan; (b) wang yang diterima dengan cara derma atau pemberian wasiat bagi maksud Perpustakaan (c) bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada dalam kredit Kumpulan wang itu; (d) mana-mana wang lain yang diterima oleh Kerajaan dalam sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri Kewangan untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan wang itu: Dengan syarat bahawa mana-mana baki wang yang diterima oleh Kerajaan bagi maksud Perpustakaan sebelum tarikh yang ditetapkan, yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu di bawah subseksyen ini jika wang itu telah diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah dimasuk kira ke dalam Kumpulan Wang itu.
(a) bayaran bagi harga tapak bina, pembinaan dan penyambungan bangunan, dan kelengkapan untuk Perpustakaan; (b) bayaran bagi perbelanjaan perundingan untuk kemajuan perpustakaan; (c) bayaran bagi harga sumber dan perkhidmatan perpustakaan yang diperoleh bagi maksud kemajuan perpustakaan; (d) apa-apa bayaran lain bagi maksud kemajuan perpustakaan.
PELBAGAI
berkenaan dengan hal ehwal perpustakaan.
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumber perpustakaan itu boleh dipindahkan dari sesuatu jabatan atau agensi sesuatu Kerajaan Negeri ke Perpustakaan tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri itu.
(a) pengurusan dan pengawasan am Perpustakaan; (b) pengekalan ketenteraman dan pencegahan kacau ganggu dalam bangunan perpustakaan dan kawasannya; (c) menahan masuk atau mengeluarkan dari Perpustakaan atau bangunan Perpustakaan orang yang didapati telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (d) jumlah denda yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana kerosakan, kehilangan atau kelewatan mengembalikan sumber perpustakaan yang dipinjamkan dan berkenaan dengan mengetepikan atau memulangkan balik denda itu; dan (e) fi yang akan dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana memberikan perkhidmatan maklumat atau kerana membuat dan memperakui salinan mengenai mana-mana sumber perpustakaan dan berkenaan dengan pengecualian daripada menjelaskan sepenuhnya atau sebahagian daripada fi itu.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A667 Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 15-04-1987 1987 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A667 Akta A667 Akta A667 Akta A667 5 A Akta A667 Akta A667 Akta A667 Akta A667 Akta A667