1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
*
CATATAN—Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat Perintah Wilayah
Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993) 2002 [P.U. (A) 250/2002].
dan terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak kariah” ertinya seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid;
“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 bagi Negeri Selangor [Enakmen Selangor 3/1952]—
(a) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974, 1981 dan 1988 [P.U. (A) 44/1974,
390/1981, 163/1988, 263/1988] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206] dan berkuat kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576]; dan
(b) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan melalui Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];
“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) tetapi tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 44(1);
“Hukum Syarak” ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;
“Imam” ertinya Imam yang dilantik di bawah subseksyen 76(3); “Imam Ratib” ertinya Imam Ratib yang dilantik di bawah
subseksyen 76(4);
“jawatankuasa kariah” ertinya jawatankuasa kariah yang ditubuhkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 81;
“Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak” ertinya Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah subseksyen 37(1);
“kariah masjid”, berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan di bawah seksyen 75 yang di dalamnya masjid itu terletak;
“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 41(1);
“Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” dan “Pegawai Penguat Kuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang demikian di bawah subseksyen 58(4);
“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 58(1);
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah,
mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40;
“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);
“masjid” ertinya suatu bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam, dan termasuk mana-mana masjid atau surau atau madrasah yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan;
“Mufti” ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di bawah seksyen 32, dan termasuk Timbalan Mufti;
“nazr” ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau mewakafkan harta bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;
“nazr ‘am” ertinya suatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan bukanlah bagi seorang individu atau individu-individu;
“orang Islam” ertinya—
(a) seseorang yang menganut agama Islam;
(b) seseorang yang salah seorang atau kedua ibu bapanya, pada masa kelahiran orang itu, ialah orang Islam;
(c) seseorang yang cara dia dibesarkan telah dijalankan atas asas bahawa dia ialah orang Islam;
(d) seseorang yang telah masuk Islam mengikut kehendak seksyen 85;
(e) seseorang yang lazimnya dikenali sebagai orang Islam; atau
(f) seseorang yang ditunjukkan telah menyatakan, dalam hal keadaan di mana dia terikat oleh undang-undang untuk menyatakan yang benar, bahawa dia ialah orang Islam, sama ada pernyataan itu secara lisan atau bertulis;
“Pegawai Masjid” ertinya Naqib Masjid, Imam, Imam Ratib, Bilal dan Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid;
“Pembantu Bilal” ertinya Pembantu Bilal sesuatu masjid yang dilantik di bawah subseksyen 76(4);
“Pendakwa Syarie” ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 58(3);
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang tersebut dalam seksyen 14;
“wakaf ‘am” ertinya wakaf yang berkekalan atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian;
“wakaf khas” ertinya wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh terhad atas modal harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian, yang berpendapatan daripadanya diberikan kepada orang atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan dalam wakaf itu;
“Wilayah-Wilayah Persekutuan” ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Akta ini dan tidak ditakrifkan di dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti
yang diberikan kepadanya masing-masing setakat yang erti-erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu. Kecualian prerogatif
3. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalamnya boleh mengurangkan atau menyentuh hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bahagian II Penubuhan Majlis
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
4. (1) Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan” untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan” yang wujud menurut kuasa seksyen 5 Enakmen hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut di dalam subseksyen (1). Identiti di sisi undang-undang dan kuasa Majlis
5. (1) Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi tulisan “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
(2) Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.
(3) Majlis boleh mengikat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala perihal harta alih dan tak alih, dan tertakluk pada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuhnya, boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan dan memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana-mana harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Majlis atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis dan mengikut Hukum Syarak.
(4) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.
(5) Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kuasa selanjutnya dan menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana Akta lain. Jawatankuasa
6. Majlis boleh melantik jawatankuasa untuk membantunya dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan kuasanya. Kewajipan Majlis bagi kemajuan sosio-ekonomi orang Islam
7. (1) Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selaras dengan Hukum Syarak.
(2) Majlis hendaklah mempunyai kuasa, bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen (1) — Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
(a) untuk menjalankan segala kegiatan, yang tidak akan melibatkan apa-apa unsur yang tidak dibenarkan oleh agama Islam, khususnya memajukan perusahaan komersil dan perindustrian, yang perjalanannya ternyata kepada Majlis adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipannya yang tersebut, termasuklah membuat, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan produk;
(b) untuk menggalakkan penjalanan apa-apa kegiatan sedemikian oleh badan atau orang lain, dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau memperkembangkan, atau menggalakkan penubuhan atau perkembangan, badan lain untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa oleh Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan bantuan kepada badan atau orang lain yang ternyata kepada Majlis mempunyai kemudahan untuk menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian, termasuklah pemberian bantuan kewangan dengan cara pinjaman atau selainnya;
(c) untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian bersama dengan badan atau orang lain, termasuklah jabatan atau pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan, atau sebagai ejen urusan atau selainnya bagi pihak Kerajaan Persekutuan;
(d) untuk melabur dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pemegang
Amanah 1949 [Akta 208], dan melupuskan pelaburan itu atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis;
(e) tertakluk pada kelulusan Menteri Kewangan, untuk menubuhkan apa-apa skim bagi pemberian pinjaman daripada Kumpulan Wang kepada individu Muslim bagi pengajian tinggi;
(f) untuk menubuhkan dan menyenggarakan sekolah Islam dan institusi latihan dan penyelidikan Islam; dan
(g) untuk melakukan segala perbuatan yang difikirkan oleh Majlis dikehendaki atau suai manfaat.
8. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis untuk menjalankan dan menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasanya di bawah seksyen 7.
(2) Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan berkenaan dengan sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), yang menentukan—
(a) kewajipan, kuasa dan hak perbadanan itu;
(b) sistem pengurusan perbadanan itu; dan
(c) hubungan di antara perbadanan dengan Majlis dan hak Majlis untuk mengawal perbadanan itu.
(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1). Kuasa untuk menubuhkan syarikat dan pengesahan syarikat yang ditubuhkan 8 A . (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, menubuhkan syarikat di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasanya di bawah seksyen 7.
(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah
Akta Syarikat 2016 sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).
(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis di bawah subseksyen 7(2) kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah. Kuasa meminjam
9. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan dan atas terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin dikehendakinya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang. Keanggotaan Majlis
CATATAN
—
Dahulunya dikenali sebagai Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan telah dimansuhkan oleh
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berkuat kuasa pada 31 Januari 2017-lihat subseksyen 620(1) dan
P.U. (B) 50/2017.
10. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;
(d) Peguam Negara atau wakilnya;
(e) Ketua Polis Negara atau wakilnya;
(f) Mufti;
(g) Dato Bandar Kuala Lumpur; dan
(h) lima belas orang anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam pengajian Islam.
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota di bawah perenggan (1)(h) hendaklah orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah habis boleh dilantik semula.
(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebutkan dalam perenggan (c), (d), (e) atau (g) bukan orang Islam, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri hendaklah melantik seorang pegawai lain yang merupakan seorang Islam dan yang kanan selepasnya dari Jabatan atau Kementerian yang sama untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.
(5) Orang yang, sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini merupakan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota yang dilantik bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan hendaklah, tertakluk pada Akta ini, masing-masingnya terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota Majlis sehingga habis tempoh pelantikan mereka sekarang. Penamatan pelantikan
11. Pelantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik hendaklah tamat— Pembatalan pelantikan
(a) apabila dia mati;
(b) jika dia, dengan surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Pengerusi, meletakkan jawatannya; atau
(c) jika dia tidak ada di Malaysia, tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi, selama tempoh melebihi enam bulan.
12. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik— Pelantikan hendaklah diwartakan
(a) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis; atau
(b) jika dia telah menjadi tidak berupaya menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai anggota; atau
(c) jika, tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut.
13. Semua pelantikan dan pembatalan pelantikan di bawah seksyen 10, 11 dan 12 hendaklah disiarkan dalam Warta. Setiausaha
14. (1) Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.
(2) Setiausaha hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar dan ketetapan Majlis.
(3) Setiausaha hendaklah berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak untuk mengundi. Kehadiran bukan anggota dalam mesyuarat
15. (1) Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.
(2) Seseorang yang dijemput di bawah subseksyen (1) hendaklah berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak untuk mengundi. Mempengerusikan mesyuarat
16. (1) Pengerusi, atau dalam masa ketidakhadirannya Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.
(2) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang dalam kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. Kuorum
17. Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat, dan tiada ketetapan atau tindakan Majlis yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat adalah sah, melainkan jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota, termasuk orang yang mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu. Penjalanan urusan
18. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Akta ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan di dalam mesyuarat Majlis yang diadakan secara tetap dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.
(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal khas diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertuan Agong, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1). Memanggil mesyuarat
19. (1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.
(2) Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.
(3) Mana-mana empat orang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa secara bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat
Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha maksud yang baginya mereka menghendaki mesyuarat itu dipanggil.
(4) Setiausaha hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3), atau, jika Pengerusi mengarahkan sedemikian, memanggil mesyuarat sebaik sahaja dia menerima arahan atau kehendak itu.
(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberikan mengenai mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.
(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada anggota dengan ditujukan ke alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan telah disampaikan mengikut perjalanan biasa pos.
(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal anggota yang sedang berada di luar Malaysia. Kuasa Pengerusi
20. Pengerusi hendaklah menjalankan kawalan ke atas segala pertimbangtelitian dan prosiding Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanannya yang sepatutnya dan teratur. Tugas dan kuasa Setiausaha
21. Tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis dan hendaklah dalam segala segi lain menjalankan tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi. Minit
22. (1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis, dan pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk pada apa-apa pindaan yang diperlukan.
(2) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan Majlis.
(3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika semasa draf minit itu disahkan, minit itu dipinda, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengan serta-merta dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat:
Dengan syarat bahawa tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana minit Majlis boleh diambil tindakan sehingga Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya secara bertulis.
(4) Mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan tetap sehingga tidak lebih daripada tiga bulan kalendar boleh berlalu antara satu mesyuarat dengan yang berikutnya. Aturan urusan dan pengundian
23. (1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan pada mesyuarat.
(2) Pengerusi boleh memutuskan aturan anggota boleh berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana anggota berhenti daripada berucap dalam mesyuarat.
(3) Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus atas apa-apa ketetapan jika terdapat persamaan undi. Salinan diperakui bagi ketetapan
24. Satu salinan apa-apa ketetapan Majlis yang diperakui oleh Setiausaha sebagai salinan benar ketetapan itu adalah keterangan yang mencukupi mengenainya, dan semua mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada tandatangan Setiausaha. Cuti
25. Pengerusi, jika dia menjangka akan tidak berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Agong yang boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut. Bertindak dalam hal tergempar
26. (1) Dalam apa-apa hal tergempar Pengerusi boleh, selepas berunding dengan Menteri, melakukan atau mengarahkan dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.
(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa seminggu selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkannya patut. Pewakilan kewajipan dan kuasa
27. (1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk pada syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis pelaksanaan mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.
(2) Pelaksanaan kewajipan dan penjalanan kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Majlis.
(3) Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa itu hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya atau oleh jawatankuasa itu menurut perwakilan di bawah subseksyen (1). Kerahsiaan
28. Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong atau Menteri, dan mana-mana anggota Majlis, apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis. Pekhidmat awam
29. Anggota, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri
30. Majlis boleh, tertakluk pada Akta ini, menentukan persoalan yang berhubungan dengan tatacara dan amalannya sendiri. Kuasa Majlis
31. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, kecuali perkara
Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak
berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.
Bahagian III Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti
PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK
32. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.
(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, mana-mana orang yang, sebaik sahaja sebelum permulaan kuat kuasa itu, merupakan Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik di bawah Enakmen hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah memegang jawatan sebagai yang demikian. Kuasa Mufti
33. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali diperuntukkan selainnya dalam Akta ini. Fatwa
34. (1) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan mana-mana orang
yang dibuat melalui surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta, suatu fatwa atau keputusan atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berhubungan dengan Hukum Syarak.
(2) Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika dan sehingga pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (1).
(3) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam perkara amalan, kepercayaan, atau pendapat peribadi.
(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya. Bentuk fatwa
35. (1) Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut seksyen 34.
(2) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan Rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan Jawi boleh juga disiarkan. Pindaan, ubah suaian atau pembatalan fatwa
36. (1) Mufti boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah dikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.
(2) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan suatu fatwa dan peruntukan subseksyen 34(3) dan (4) dan subseksyen 35(2) hendaklah terpakai baginya.
(3) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut subseksyen (1). Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
37. (1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada —
(a) Mufti, sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan Mufti;
(c) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;
(d) tidak kurang daripada dua orang, yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan
(e) seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh Majlis, yang hendaklah menjadi Setiausaha.
(3) Orang yang, sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Undang-Undang Ugama yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Enakmen hendaklah, tertakluk pada Akta ini, disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan hendaklah terus menjadi anggota sehingga habis tempoh pelantikan mereka sekarang.
(4) Daripada orang yang disebut dalam subseksyen (3), dua orang yang merupakan anggota Majlis hendaklah disifatkan telah dinamakan di bawah perenggan (2)(c) dan yang lainnya hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen itu.
(5) Apabila Mufti bercadang hendak membuat fatwa di bawah seksyen 34 dia hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.
(6) Sebelum Mufti membuat suatu fatwa, dia boleh menyebabkan kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan. Permintaan pendapat daripada Mufti
38. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, Mufti tidak boleh dipanggil untuk memberikan pendapat atau keterangan yang berhubungan dengan Hukum Syarak di mana-mana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Mufti tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu. Nas yang hendaklah diikuti
39. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.
(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.
(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu. Penubuhan Mahkamah Syariah
B
AHAGIAN
IV MAHKAMAH SYARIAH
40. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di tempat yang difikirkannya patut.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Pelantikan Ketua Hakim Syarie
41. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika —
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) dia —
(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(3) Orang yang, sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, memegang jawatan Kadi Besar di bawah subseksyen 43(1) Enakmen dan melaksanakan fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Warta.
42. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk menubuhkan suatu panel tetap hakim dan Ketua Hakim Syarie hendaklah memilih dua orang dalam kalangan mereka untuk membentuk kuorum hakim dalam Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan dengan tiap-tiap pendengaran.
(2) Nama ketujuh-tujuh anggota itu hendaklah disiarkan dalam Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Warta.
43. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika —
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) dia—
(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun
sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau
Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(3) Orang yang, sebaik sahaja sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini, memegang jawatan Kadi di bawah subseksyen 43(1) Enakmen dan melaksanakan fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Semua pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
44. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta. Pendaftar
45. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik, dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
46. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Syarie.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah— Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam yang sedang berkuat kuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan—
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami dan isteri;
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii) nafkah orang tanggungan, keesahan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak;
(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati orang Islam;
(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;
(vii) wakaf atau nazr;
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat;
(ix) penentuan orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati orang Islam atau bahagian yang kepadanya orang itu masing-masing berhak; atau
(x) perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
47. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh
mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya;
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah. Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah
48. (1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah —
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya;
(b) dalam bidang kuasa malnya —
(i) oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit;
(ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;
(iii) dalam semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;
tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan
(c) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberikan kebenaran untuk merayu.
(2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh — Permohonan untuk kebenaran merayu
(a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;
(b) dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.
49. (1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk merayu di bawah perenggan 48(1)(c) hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah boleh mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh. Perakuan pewarisan
50. Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati orang Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian yang kepadanya orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah
51. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
(2) Apabila Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
52. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
(2) Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran bagi pemutusan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.
(3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah, dan sebagaimana yang difikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu. Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah
53. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
(2) Apabila Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.
54. (1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.
(2) Walau apa pun seksyen 42 Akta ini, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.
(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim paling kanan di antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi. Keputusan dengan majoriti
55. Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Mahkamah Rayuan Syariah. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada
56. (1) Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan
fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakiman
atau penghakiman yang ditangguhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah yang ada itu, dan bagi maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurnanya.
(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.
(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula. Kaedah-kaedah rayuan
57. Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang tatacara bagi rayuan dan permohonan bagi kebenaran merayu. Tindakan bersaling 57 A . (1) Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang Negeri itu untuk dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, mana-mana Hakim Syarie boleh mengendors waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini.
(2) Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil
mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, waran atau saman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
(3) Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah mana-mana undang-undang Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya oleh suatu Mahkamah Syariah yang berwibawa di dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendors perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini.
(4) Jika Mahkamah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan membuat suatu perintah atau penghakiman terhadap mana-mana orang atau suatu perintah yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan perintah atau penghakiman itu dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, perintah atau penghakiman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah
pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Bahagian V Pelantikan Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguat Kuasa Agama
PENDAKWAAN, PENGUATKUASAAN DAN PERWAKILAN
58. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.
(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.
(3) Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang yang layak dan sesuai dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan untuk menjadi Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
(3
A
) Hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie menurut subseksyen (3) hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
(4) Majlis boleh melantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam.
(5) Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan henddijalankan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama sendiri.
59. (Dipotong oleh Akta A1606). Penubuhan Baitulmal
B
AHAGIAN
VI KEWANGAN
Amanah Khairat
60. (1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan. Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Kumpulan Wang.
(2) Semua wang dan harta dalam Kumpulan Wang hendaklah terletak hak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset dan kumpulan-kumpulan wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan atau dilupuskan, dan hasil daripadanya boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa bagi pelaburan wang amanah.
(3) Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Majlis, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta Kumpulan Wang. Wakaf dan nazr
61. Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr ‘am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan menggalakkan agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat mana-mana harta yang tersentuh olehnya dan terletak di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan, jika pemberi harta itu atau orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazr ‘am itu telah berdomisil di Wilayah-Wilayah Persekutuan, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana-mana jua harta itu terletak. Peletakhakan
62. (1) Semua harta yang tertakluk pada seksyen 61 dan terletak di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, hendaklah tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud amanah, wakaf atau nazr ‘am yang menyentuh harta itu.
(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletak hak pada Majlis bagi maksud yang serupa mana-mana harta sedemikian yang terletak di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sekatan ke atas pewujudan amanah khairat
63. (1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut
,
tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.
(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini adalah batal dan tidak sah melainkan jika —
(a) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan mengesahkannya; atau
(b) ia telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui surat cara yang disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam dewasa yang tinggal di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.
(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah mana-mana wasiat, alang semasa marad-al-maut, wakaf atau nazr yang tidak sah di bawah peruntukan Hukum Syarak. Pendapatan daripada wakaf dan nazr
64. (1) Pendapatan daripada sesuatu wakaf khas, jika diterima oleh Majlis, hendaklah digunakan olehnya mengikut peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.
(2) Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf lain dan tiap-tiap nazr ‘am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang. Modal wakaf dan nazr ‘am
65. (1) Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazr ‘am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr ‘am itu dan dipegang sebagai wang yang berasingan.
(2) Jika disebabkan keluputan masa atau perubahan hal keadaan, maka tidak mungkin lagi dapat dijalankan secara berfaedah
peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau nazr ‘am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh terma-terma wakaf atau nazr ‘am itu, dan hendaklah menggunakannya dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa Majlis boleh, dengan kelulusan bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong, mengarahkan supaya harta dan aset itu hendaklah ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
(3) Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr ‘am tidak menyatakan cara penggunaan harta dan aset modal yang tersentuh olehnya, atau tidak ada ketentuan tentang cara bagaimana ia hendak digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya cara penggunaan harta dan aset modal itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
(4) Segala surat cara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazr ‘am, berserta dengan mana-mana dokumen hak milik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis. Pentafsiran surat cara
66. Jika, pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah samar-samar atau tidak tentu, Majlis boleh merujukkan perkara itu kepada Mufti bagi mendapatkan pendapatnya Akaun dan laporan tahunan
tentang makna dan natijah itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Mufti.
67. Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Majlis dan bagi mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini. Harta wakaf dan nazr
68. Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 Disember tiap-tiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis tertakluk pada mana-mana amanah, wakaf atau nazr, dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang. Anggaran
69. (1) Majlis hendaklah menyediakan dan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak lewat daripada 31 Oktober dalam setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk di dalamnya anggaran segala harta yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk barang, berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda. Apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian, anggaran itu hendaklah disiarkan dalam Warta.
(2) Majlis boleh pada bila-bila masa mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang serupa.
(3) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang, kecuali mengikut anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucar yang ditandatangani oleh Pengerusi Perbelanjaan Majlis
atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.
70. Semua kos, bayaran dan belanja mentadbir harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai yang demikian, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Kumpulan Wang. Jurubank
71. (1) Majlis hendaklah melantik mana-mana jurubank yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.
(2) Pembayaran oleh Majlis amaun yang melebihi lima puluh ringgit hendaklah dibuat melalui cek. Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.
(3) Cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana anggota atau pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi. Peramanahan masjid dan tanah yang berkaitan
B
AHAGIAN
VII MASJID
72. Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan dalam mana-mana surat cara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang Sekatan ke atas penubuhan masjid
amanah bagi semua masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan; dan tiap-tiap masjid, bersama dengan tanah yang di atasnya terdiri masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakkan, atau pemindahan hak milik, terletak hak pada Majlis bagi maksud Akta ini.
73. (1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid, atau selainnya menggunakan mana-mana bangunan bagi maksud sesuatu masjid, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan untuk digunakan sebagai masjid.
(2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan. Penyenggaraan masjid dan kawasannya
74. (1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah disenggarakan
d
alam keadaan pembaikan yang sepatutnya dan bahawa kawasannya disenggarakan dalam keadaan kebersihan yang sepatutnya; dan Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan itu, atau bolehlah membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Kumpulan Wang.
(2) Naqib Masjid atau Imam hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.
(3) Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.
(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu jawatankuasa kariah supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawab di dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya. Sempadan kariah masjid
75. Majlis boleh pada bila-bila masa melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan, meminda, atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid. Pelantikan Pegawai Masjid
76. (1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik seorang Naqib Masjid, seorang Imam, seorang Imam Ratib, seorang Bilal dan seorang Pembantu Bilal.
(2) Jawatan Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.
(3) Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis dalam kalangan orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan Pentadbiran Agama.
(4) Imam Ratib dan Pembantu Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis, atas nasihat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dalam kalangan anak kariah.
(5) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah menjadi Imam dan Bilal suatu masjid yang dilantik di bawah Enakmen, hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam atau Bilal masjid itu masing-masingnya dan hendaklah, tertakluk pada seksyen 78, terus memegang jawatan sebagai yang demikian. Tauliah
77. (1) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 76(5), hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.
(2) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa dan tugas yang dinyatakan dalam tauliah mereka masing-masing. Tempoh jawatan Pegawai Masjid
78. (1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid boleh ditamatkan dengan notis daripada Majlis.
(2) Tiada seorang pun Imam Ratib dan Pembantu Bilal boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun.
(3) Ia hendaklah menjadi kewajipan Setiausaha untuk membawa kepada pengetahuan Majlis apa-apa kelakuan keji mana-mana Pegawai Masjid, sama ada berhubung dengan tugasnya sebagai yang demikian atau selainnya, dan untuk membuat apa-apa syor yang munasabah. Kawalan dan arahan ke atas Pegawai Masjid
79. Dalam pelaksanaan tugas mereka, Imam, Imam Ratib, Bilal dan Pembantu Bilal hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Naqib Masjid. Penghapusan jawatan Nazir
80. Apabila mula berkuatkuasanya seksyen 76, jawatan Nazir masjid tidak lagi wujud. Jawatankuasa Kariah
81. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah bagi—
(a) penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah;
(b) menetapkan cara bagaimana anggota jawatankuasa kariah itu hendaklah dilantik; dan
(c) menetapkan fungsi jawatankuasa kariah.
(2) Jawatankuasa kariah, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah— Pengecualian
(a) bertanggungjawab bagi pengelolaan yang sepatutnya dan keadaan baik bagi masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariahnya;
(b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan
(c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah itu yang menghendaki perhatian Majlis.
82. (1) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana masjid daripada semua atau mana-mana peruntukan Bahagian ini.
(2) Peruntukan Bahagian ini, kecuali seksyen 72, tidak terpakai bagi Masjid Negara. Kuasa meminda Jadual Ketiga
83. Majlis boleh, dari semasa ke semasa, meminda Jadual Ketiga melalui pemberitahuan dalam Warta. Pungutan Khairat
B
AHAGIAN
VIII PUNGUTAN KHAIRAT
84. (1) Majlis boleh memungut, atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkan patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu untuk memungut wang atau sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan menggalakkan agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak.
(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai satu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah—
(a) mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang yang dipungut sedemikian suatu resit mengikut nombor siri dalam borang yang ditetapkan;
(b) menyimpan akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang yang dipungut sedemikian dan tentang pelupusannya dengan semua baucar yang sepatutnya;
(c) mengemukakan apabila dituntut keratan resit dan semua akaun dan baucar itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh Majlis;
(d) menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut mengikut terma surat kebenaran itu atau, jika tiada kaedah pelupusannya yang dibenarkan dengan
nyatanya, membayar dan mengakaunkan bagi yang demikian itu kepada Baitulmal.
(3) Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
(4) Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebutkan terdahulu itu kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya. Kehendak bagi masuk Islam
B
AHAGIAN
IX MASUK ISLAM
85. (1) Kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi kemasukan sah seseorang itu ke dalam agama Islam:
(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara semunasabahnya jelas;
(b) pada masa mengucap dua kalimah itu, orang itu mestilah sedar bahawa ia bermakna “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W ialah Pesuruh Allah”; dan
(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.
(2) Seseorang yang tidak upaya bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (1)(a), mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan cara isyarat yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (b) subseksyen itu. Saat masuk Islam
86. Seseorang itu masuk Islam dan menjadi seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak seksyen 85 adalah dipenuhi, dan orang itu hendaklah selepas itu disebut sebagai seorang muallaf. Tugas dan kewajipan seorang muallaf
87. Dari saat kemasukannya, seseorang muallaf menjadi tertakluk pada tugas dan kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain. Pendaftar dan Daftar Muallaf
88. Seseorang Pendaftar Muallaf hendaklah dilantik oleh Majlis untuk menyenggarakan suatu Daftar Muallaf dalam bentuk yang ditetapkan untuk pendaftaran muallaf. Pendaftaran muallaf
89. (1) Seseorang yang telah masuk Islam boleh memohon kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk pendaftaran sebagai seorang muallaf.
(2) Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kehendak seksyen 85 telah dipenuhi berkenaan dengan orang itu, Pendaftar boleh mendaftarkan kemasukan Islam orang itu dengan mencatatkan dalam Daftar Muallaf nama orang itu dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki dalam Daftar.
(3) Pendaftar hendaklah juga menentukan tarikh masuk Islam dan mencatatkan tarikh itu dalam Daftar Muallaf.
(4) Untuk memuaskan hatinya akan hal dan tarikh masuk Islam, dan butir-butir lain yang hendak dicatatkan dalam Daftar Muallaf, Pendaftar boleh membuat siasatan dan memanggil apa-apa keterangan sebagaimana yang dia fikirkan perlu, tetapi subseksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang Pendaftar daripada hanya bergantung kepada kata pemohon bagi kemasukan Islam itu setakat yang berkenaan dengan hal dan tarikh masuk Islam itu.
(5) Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa kehendak seksyen 85 telah dipenuhi berkenaan dengan pemohon bagi kemasukan Islam, dia boleh membenarkan pemohon itu mengucap, di hadapannya atau mana-mana pegawainya, dua kalimah Syahadah mengikut kehendak seksyen itu. Perakuan Masuk Islam
90. (1) Pendaftar hendaklah memberikan kepada tiap-tiap orang yang kemasukan Islamnya telah didaftarkan suatu Perakuan Masuk Islam dalam borang yang ditetapkan.
(2) Perakuan Masuk Islam hendaklah menjadi bukti muktamad akan hal-hal yang dinyatakan di dalamnya. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam
91. (1) Seseorang yang telah masuk Islam dan telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan untuk semua masa, diperlakukan sebagai seorang Islam.
(2) Seseorang yang kemasukan Islamnya dan telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan bagi maksud Menentukan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang muallaf
menguatkuasakan di Wilayah-Wilayah Persekutuan peruntukan mana-mana undang-undang, diperlakukan sebagai seorang Islam.
92. Jika apa-apa soalan timbul dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sama ada seseorang itu ialah seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, soalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 85. Kesalahan memberi maklumat palsu
93. Mana-mana orang yang, dalam suatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 89, atau sebagai jawapan kepada apa-apa permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi kepada Pendaftar apa-apa maklumat atau keterangan palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Kuasa membuat kaedah-kaedah
94. Majlis boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini. Keupayaan masuk Islam
95. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan— Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama
(a) telah mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.
B
AHAGIAN
X PENDIDIKAN AGAMA
96. (1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama, yang hendaklah terdiri daripada—
(a) seorang Pengerusi; dan
(b) tidak kurang daripada tiga orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Setiausaha Majlis hendaklah menjadi setiausaha kepada jawatankuasa itu dan hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan jawatankuasa itu.
(3) Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud mengajar mengenai apa-apa aspek agama Islam dan untuk menarik balik tauliah sedemikian.
(4) Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi— Sekolah Agama
(a) tatacara, kehendak dan perkara lain berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fi yang boleh dikenakan;
(b) tatacara jawatankuasa itu;
(c) elaun yang patut dibayar kepada anggota jawatankuasa.
97. Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftar sekolah Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Pengecualian
98. Majlis boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini. Kaedah-kaedah
Bahagian XI AM
99. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan kelulusan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi— Kecualian kaedah-kaedah dan pelantikan
(a) tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan surat cara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai bawahan Majlis;
(b) fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Akta ini, dan cara memungut dan melupuskan fi itu;
(c) pelantikan jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan tatacaranya;
(d) borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran, dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Akta ini;
(e) pengelolaan mana-mana pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;
(f) pengelolaan mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
(g) kuasa dan tugas Pegawai Masjid;
(h) penentuan dan penyiaran sempadan kariah Masjid;
(i) jagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan cara mendaftarkan muallaf;
(j) pentadbiran sekolah Islam dan aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran agama.
100. Semua kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang ia tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan Akta ini. Peralihan
101. Apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, semua kuasa Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah-Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah seksyen 44 Enakmen hendaklah diambil alih atau dijalankan oleh Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 dan mana-mana sebutan mengenai Mahkamah Pindaan seksyen 165 dan 166 Enakmen
Kadi Besar hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 40(2).
102. (1) Seksyen 165 Enakmen dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah dipinda dengan menggantikan perkataan “112 of this Enactment, eracts any mosque, or dedicates or otherwise applies any existing building as of for the purposes of a mosque,” perkataan “73 of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993, erects any building to be used as a mosque, or otherwise applies any building for the purposes of a mosque, or causes or permits any building to be used as a mosque”.
(2) Seksyen 166 Enakmen adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Kadi”, perkataan “or a tauliah granted under subsection 96(3) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993”. Pemberhentian pemakaian Enakmen
103. Bahagian I, II, III, IV, V, VIII dan X (kecuali seksyen 52 hingga 93 dan 107 hingga 109) Enakmen hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan. Kecualian dan peralihan
*
CATATAN—
lihat seksyen 4 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No. 2) 2019 [Akta A1606] m.b.p 21 Jun 2022 yang memperuntukkan seperti berikut:
(1) Apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi penerimaan sebagai Peguam Syarie, atau bantahan mengenai permohonan itu atau penerimaan sebagai Peguam Syarie, atau rayuan terhadap keputusan yang berhubungan dengan permohonan bagi penerimaan itu, atau prosiding tatatertib yang berhubungan dengan Peguam Syarie, yang belum selesai sebelum mula berkuatkuasanya Akta
ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda.
(2) Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah Akta ibu sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini dan masih sah, dan apa-apa Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan bagi maksud subseksyen (1), adalah tertakluk pada Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Kecualian
Persekutuan) 2019 [Akta 814].
Jadual Pertama
[Subseksyen 2(3)]
AKSARA ARAB BAGI PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU
قرف
Faraq
—
Fasakh
—
Fatwa
—
Hadith
—
Hukum Syarak
—
Kariah
—
Nass
—
Naqib
—
Nazr
—
Qaul muktamad
—
Quran
—
Ratib
—
Syariah
—
خسف
يوٺف
ٽيدح
عرش مكح
ۃيرق
صن
بيقن
رذن
دمتعملوق
نأرق
بتار
ۃعيرش
Jadual Kedua
[Subseksyen 8(3)]
1. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 8 boleh disifatkan sebagai membenarkan Majlis membuat perintah untuk menubuhkan apa-apa perbadanan yang mempunyai apa-apa kewajipan, kuasa atau hak yang bukan dalam kewajipan kuasa atau hak Majlis di bawah Akta ini. Perintah-perintah mempunyai kuat kuasa mengikat
2. Tertakluk pada peruntukan Akta ini, apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 8 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya ia dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah ia telah diperbuat di dalam Akta ini. Pindaan dsb. perintah-perintah
3. Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah kepada apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah seksyen 8. Daftar perbadanan
4. Majlis hendaklah menyimpan satu daftar bagi semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 8 dan daftar itu bersekali dengan salinan semua perintah yang dibuat di bawah seksyen itu hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di tempat atau tempat dan pada waktu-waktu sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. Penggulungan
5. (1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
(2) Apabila terbubarnya mana-mana perbadanan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu, setelah dibayar segala liabiliti, hendaklah dipindahkan kepada dan diletak hak pada Majlis.
(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Majlis. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
6. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan nama yang diberikan kepadanya oleh Majlis dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama itu, dan, bagi maksud memajukan atau menunaikan fungsinya, boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan mengurusniagakan atau memperlakukan apa-apa harta alih atau tak alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk pada apa-apa sekatan yang ditetapkan oleh Majlis dalam setiap satu hal. Meterai perbadanan bagi sesuatu perbadanan
7. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu bolehlah digunakan sebagai meterai biasa.
(3) Meterai biasa, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah berada dalam jagaan orang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai itu, yang disahkan seperti yang disebutkan terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya.
(4) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki supaya dibuat di bawah meterai, boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh perbadanan.
(5) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan secara rasmi dan kehakiman.
Jadual Ketiga
[Seksyen 83]
MASJID, SURAU DAN MADRASAH DI DALAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
2. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara,
Kepong,
52100 Kuala Lumpur
3. Masjid Anas Bin Malik, Kg. Selayang Lama, Batu Caves,
52100 Kuala Lumpur
4. Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur
5. Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Batu 4 ½, Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur
6. Masjid Amaniah, Jalan Besar, Kepong,
52100 Kuala Lumpur
7. Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar, 51200 Kuala Lumpur
8. Masjid Al-Ubudiyyah, Segambut Dalam, 51200 Kuala Lumpur
9. Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, 68100 Kuala Lumpur
10. Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, 51200 Kuala Lumpur
11. Masjid Abi Ayyub Al-Ansari, No. 4, Jalan Batu Muda 6, Taman Batu Muda,
Batu Caves,
68100 Kuala Lumpur
13. Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Batu 4, Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur
12. Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati,
Setapak,
53100 Kuala Lumpur
14. Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Sentul,
51000 Kuala Lumpur
15. Masjid Saidina Ali K.W., Kg. Padang Balang, Sentul,
51000 Kuala Lumpur
16. Masjid Zaid bin Haritsah, Kg. Sungai Muda,
KM 8 Jalan Gombak, 52100 Kuala Lumpur
17. Masjid Jamek Haji Salleh, Jalan Haji Salleh,
Sentul,
51100 Kuala Lumpur
18. Masjid Amru Ibnu Al-‘As, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur
19. Masjid Ibnu Abbas,
No. 61, Taman Ibu Kota, 53100 Kuala Lumpur
20. Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Batu Caves,
68100 Kuala Lumpur
21. Masjid Al-Imam Al-Syafie, Jalan Perkasa,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
22. Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Alang,
50300 Kuala Lumpur
23. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur
24. Masjid Jamek Pakistan, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, 50300 Kuala Lumpur
25. Masjid Bukit Aman, Jalan Cenderasari, 50480 Kuala Lumpur
26. Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak, Pudu, 55100 Kuala Lumpur
27. Masjid India, Jalan Melayu,
50100 Kuala Lumpur
28. Masjid Al-Syakirin,
Menara Berkembar Petronas (KLCC), Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur
29. Masjid Al-Rahimah, Kg. Pandan,
55100 Kuala Lumpur
30. Masjid Nurul Islam,
Kg. Desa Pahlawan/Perwira Jaya, Batu 4, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur
31. Masjid Al-Sadiqin, Jalan 2/29b,
Taman Kobena, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
32. Masjid Albukhary,
No. 1, Jalan Hang Tuah, 55000 Kuala Lumpur
33. Masjid Usamah bin Zaid, No. 8 Jalan 2/27A Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
34. Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
35. Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Jalan 1/26 Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur
36. Masjid Mu’adh bin Jabal, Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54000 Kuala Lumpur
37. Masjid Jameul Ehsan, Pekan Setapak,
53000 Kuala Lumpur
38. Masjid Al-Muttaqin, Jalan Wangsa Melawati 6, Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
39. Masjid Ibnu Sina, Lot 16646 & 16648,
Jalan Ayer Embun, Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur
40. Masjid Khalid Ibnu Al-Walid, Jalan Padang Tembak,
54100 Kuala Lumpur
41. Masjid Salihin, Polis Depoh, Jalan Semarak,
54000 Kuala Lumpur
42. Masjid Universiti Teknologi Malaysia, International Campus, Jalan Semarak,
54100 Kuala Lumpur
43. Masjid Ibnu Mas’ud, 102 Jalan Damai, Ampang,
55000 Kuala Lumpur
44. Masjid Muhammad Al-Fatih, Markas 4 Division,
Kem Wardieburn, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
45. Masjid Al-Muqarrabin, Jalan Liku Tasek Selatan, Bandar Tasek Selatan, 57000 Kuala Lumpur
46. Masjid Al-Zubair Ibnu Al-Awwam,
Batu 3 ½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
47. Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
48. Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
49. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Batu 5 ½ Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur
50. Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Baru Sri Petaling, Jalan Radin,
Bandar Baru Sri Petaling, 57100 Kuala Lumpur
51. Masjid Al-Muhsinin, Jalan Desa Bakti, Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur
52. Masjid Al-Imam Al-Tirmidhi, Taman Sri Sentosa,
Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur
53. Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur
54. Masjid Al-Najihin, Bandar Seri Permaisuri, Cheras,
56000 Kuala Lumpur
55. Masjid Al-Mukhlisin, Taman Alam Damai, Cheras,
56000 Kuala Lumpur
56. Masjid Tariq bin Ziyad, Pangkalan Tentera Darat, Kem Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur
57. Masjid Abdullah bin Al-Zubair, Pangkalan Tentera Udara,
Jalan Lapangan Terbang Lama, 50460 Kuala Lumpur
58. Masjid Talhah bin Ubaidillah, Jalan Alam Sutera,
Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur
59. Masjid Al-Mubarakah, 21A, Jalan 12/144A,
Taman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur
60. Masjid Zaid bin Thabit, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
61. Masjid Saidina Umar bin Al-Khattab, Jalan Setiabudi,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
62. Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq,
Jalan Ara Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
63. Masjid Al-Rahman, Jalan Pantai Baru,
59000 Kuala Lumpur
64. Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur
65. Masjid Al-Ghufran, Kompleks Balai Islam,
Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
66. Masjid Al-Ikhlasiah, Kg. Kerinchi,
Jalan Pantai Permai 7, Off Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
67. Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah,
Sg. Penchala, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
68. Masjid Al-Khadijiyyah, No.5 Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
69. Masjid Al-Hidayah,
Lot 2957, Kg. Sungai Penchala, Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur
70. Masjid Al-Rahah,
Lot 51805, Kg. Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
71. Masjid Muhammadi, Jalan Pantai, Angkasapuri, 50610 Kuala Lumpur
72. Masjid Jamek Abdullah Hukum, Jalan Bangsar,
Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur
73. Masjid Mahmoodiah, Jalan 18c, Presint 18, 62100 Putrajaya
74. Masjid Jamek Al-Nur, Peti Surat 82197,
87029 Labuan
75. Masjid Al-Muttaqin, Taman 10FC,
Kg. Kerupang 2,
87000 Labuan
76. Masjid Jamek Layang-Layangan, Kg. Layang-Layang,
Peti Surat 81896,
87028 Labuan
77. Masjid Rancha-Rancha Darat, RR 0406 Kg. Ranca-Ranca, 87000 Labuan
78. Masjid Al-Muzakkirullah, Kg. Lubok Temiang, 87000 Labuan
79. Masjid Nurul Iman, Kg. Sungai Bedaun, Peti Surat 80812,
87000 Labuan
80. Masjid Nur Iman, Kg. Ganggarak, Peti Surat 80693,
87016 Labuan
81. Masjid Jamek Adam, Kg. Lajau,
87000 Labuan
82. Masjid Bebuloh Darat, Kg. Bebuloh Darat, 87000 Labuan
83. Masjid Al-Rahman,
Kg. Sungai Lada, 87000 Labuan
84. Masjid Sirajul Islam,
Kg. Tanjung Aru, 87000 Labuan
85. Masjid Al-Falah, Jalan Mohd Salleh, Kg. Bukit Kallam, 87000 Labuan
86. Masjid Munawwar, Kg. Pohon Batu, 87000 Labuan
87. Masjid Al-Ehsan, Kg. Sungai Labu, 87000 Labuan
88. Masjid Sultan Muhammad V, LS 7096, Jalan Pohon Batu, Kg. Lajau,
87008 Labuan
89. Masjid Al-Hijrah, Kg. Sungai Miri, 87000 Labuan
90. Surau Salman Al-Farisi, Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur
91. Surau Al-Hijrah,
D-0-3 PPR Intan Baiduri, Jalan Intan Biduri, Kepong Utara,
52100 Kuala Lumpur
92. Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2,
Off Jalan Sibu, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
93. Madrasah Al-Islah Al-Diniah, No. 1A, Jalan Api-Api, Kepong Baru,
52100 Kuala Lumpur
94. Surau Al-Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara,
52100 Kuala Lumpur
95. Surau Al-Khir,
Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa II,
68100 Kuala Lumpur
96. Surau Al-Muqarrabin, SMK Segambut Jaya,
Jalan 4/38A, Segambut, 51200 Kuala Lumpur
97. Surau Al-Taqwa,
Persiaran Blok 205,
Jalan Dato Senu Utama, 51000 Kuala Lumpur
98. Surau Al-Taqwa, Jalan Jerejak,
53100 Kuala Lumpur
99. Surau Medan Idaman, Lot 18, Medan Idaman, 53100 Kuala Lumpur
100. Madrasah Raudatul Muttaqin, Jalan 11/48 Taman Dato Senu, Jalan Sentul,
51000 Kuala Lumpur
101. Madrasah I’tisamiah, Taman Melati, Gombak, 53100 Kuala Lumpur
102. Madrasah Nuril Iman, Jalan Pelangi 8, Taman Pelangi, Sentul
51100 Kuala Lumpur
103. Surau Al-Falah,
Surau Off Jalan 3/23 Danau Kota, 53000 Kuala Lumpur
104. Madrasah Raja’iyyah, Jalan Raja Uda, Kg. Baru, 50300 Kuala Lumpur
105. Surau Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
106. Madrasah Islamiah, Hospital Kuala Lumpur,
50586 Kuala Lumpur
107. Surau Al-Hukama’,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Peti Surat 10803,
50962 Kuala Lumpur
108. Madrasah Al-Amaliah,
Lot 28, Jalan 15, Kg. Cheras Baru,
56100 Kuala Lumpur
109. Surau Al-Rahman,
41, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
110. Surau Al-Hidayah, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu,
55100 Kuala Lumpur
111. Surau IPD Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Daerah,
Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
112. Madrasah Al-Islamiah, No. 30, Jalan Kuari,
Bukit A, Kg. Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
113. Surau Institut Jantung Negara (IJN),
Surau Wakaf Ahmad Dawjee
No. 145, Jalan Tun Razak,
Dadabhoy,
50400 Kuala Lumpur
Bank Islam Malaysia,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
115. Surau Al-Insaf,
Tingkat 11, Menara Maybank, Bukit Mahkamah, No. 100, Jalan Tun Perak,
50936 Kuala Lumpur
Surau Nur Iman,
No. 6672, Kuarters JKR, Salak Selatan,
Batu 4 ½, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur
117. Surau Silaturrahim,
4-0-2, PPR Jalan Lapangan Terbang Lama,
57100 Kuala Lumpur
Surau Al-Nur, Tingkat 6, Tower 1,
RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur
119. Surau Khadijah binti Khuwailid, SMK Seri Bintang Utara 3/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
Surau Abbas Al-Habshee, Blok A, PPR Laksamana, Jalan Peel,
55100 Kuala Lumpur
121. Surau Al-Sakinah,
Tingkat 2, Menara Bumiputra, No. 21, Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur
Madrasah Al-Taufiqiyyah, Jalan Menteri,
55100 Kuala Lumpur
123. Surau Aslahiyyah, Kg. Kenanga,
Seksyen 69 Jalan San Peng, 55200 Kuala Lumpur
Surau Balai Islam, Jalan Tun Razak, 54100 Kuala Lumpur
125. Surau Bunga Raya, Jalan Malinja Satu, Taman Bunga Raya, Setapak,
53000 Kuala Lumpur
Al-Madrasatul Ittifaqiyyah, Jalan Keramat Hujung,
Kg. Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
127. Surau Darul Huda, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Surau Al-Syakirin,
Jalan 30/56, Keramat Wangsa, 54200 Kuala Lumpur
129. Madrasah Al-Sa’adah,
Seksyen 1,
Bandar Baru Wangsa Maju, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Surau Muhajirin, Blok B-8-16,
Perumahan Awam Desa Rejang, Taman Setapak Jaya,
53300 Kuala Lumpur
131. Surau Al-Mukmin,
Kompleks Perumahan Desa Pasifik, Jalan Ampang Kiri,
55000 Kuala Lumpur
Surau Al-Taqwa, PPR Blok B,
Kampung Baru Air Panas, 53300 Kuala Lumpur
133. Surau Al-Nai’m,
Jalan 11/27A, Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Surau Setapak Jaya, Jalan Rejang 4, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur
135. Surau Al-Ikhlasiah,
No. 91 Blok B Flat Keramat Jaya, Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur
Surau Al-Hidayah,
Jalan AU 29/56 Keramat Wangsa, 54200 Kuala Lumpur
137. Al-Madrasatul Faridiyyah, Lot 14077 Jalan 14/26, Taman Sri Rampai, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Surau Al-Husna,
Blok F, PPR Seri Semarak, Jalan Air Keroh,
Setapak,
53200 Kuala Lumpur
139. Surau Muhammad Al-Fatih, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Surau Ibu Sina, Hospital HUKM, Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
141. Madrasah Al-Khairiah, Taman Salak Jaya, 57100 Kuala Lumpur
Surau Institut Latihan Perindustrian,
Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur
143. Madrasah Syukriah, Kg. Pasir Baru Petaling, 58200 Kuala Lumpur
Surau Darul Jalil, Apartment Sri Rakyat,
Jalan 14/155C Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
145. Madrasah Nahdatul Diniah, Kg. Malaysia Tambahan, Jalan Sungai Besi,
58200 Kuala Lumpur
Madrasah Nurul Yaqin, Pusat Serenti Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
147. Surau Al-Syakirin, Kolej Tun Dr Ismail, Bandar Tun Razak, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur
Surau Al-Muslihin,
Jalan 1/108 C Taman Sg. Besi, Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
149. Surau Nurul Hidayah, 3016 Jalan 7/116B,
Kuchai Enterpreneurs Park, Off Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur
Madrasatul Ehsan, Jalan Goh Bon, Taman Tayton View, 56000 Kuala Lumpur
151. Surau Jabal Nur,
Sekolah Tunas Bakti, Sg. Besi, 57100 Kuala Lumpur
Surau Al-Sabirin,
A-06-14 PPR Raya Permai, Jalan Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur
153. Surau Al-Faizin,
Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Surau Al-Ghazali, Maktab Tentera Diraja,
Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
155. Surau Nur Al-Syakirin, PPR Kg. Muhibbah, Jalan Puchong Muhibbah, 58200 Kuala Lumpur
Surau Al-Mustaqim,
PPR Pinggiran Bukit Jalil, Jalan Bukit Jalil Indah, 57000 Bukit Jalil,
Kuala Lumpur
157. Madrasah Mustaqimah, Taman Jaya,
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
Surau Al-Islah,
Hospital Rehabilitasi Cheras, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
159. Surau Al-Amin,
Lot 52936, Jalan Ikhlas 7, Taman Bandaraya Damai, Bandar Tun Razak,
56000 Kuala Lumpur
Madrasah Bustanul Ulum, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur
161. Surau Al-Raudah,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jalan Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur
Surau ISTAC,
24, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,
Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur
163. Surau Tenaga Nasional Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Surau Istana Negara, Jalan Istana Negara, 50500 Kuala Lumpur
165. Madrasah Nurul Huda, Apartment Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Madrasah Ghouthiyyah,
Lot 627, Kg. Khatijah Brickfields, Jalan Sultan Abdul Samad,
50470 Kuala Lumpur
167. Surau Al-Barakah,
Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Travers, 50470 Kuala Lumpur
Surau Al-Taqwa,
Institut Bahasa Melayu Malaysia, Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur
169. Surau Menara Telekom, Menara Telekom,
Jalan Pantai Baru, 50672 Kuala Lumpur
Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur
171. Surau Ihsaniah,
Blok 4 Kondo Rakyat, Desa Pantai Hillpark, 59200 Kuala Lumpur
Surau Ibadurrahman, PPR Kampung Limau,
96-05-17 PPR Kg. Limau,
Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
173. Surau Al-Diniah,
Hospital Universiti PPUM, 59000 Kuala Lumpur
Surau Hartamas,
Lot 51012, Jalan Sri Hartamas 4, Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur
175. Surau Al-Hijrah,
C-00-01, Blok C, PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur
Surau Utama Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara,
50480 Kuala Lumpur
177. Surau Al-Rahman,
Jalan P 16 D, Presint 16,
62250 Putrajaya
Surau Alam Shah, Sekolah Alam Shah,
Parcel G Presint 1, 62520 Putrajaya
179. Surau Al-Muhajirin, Jalan P9G, Presint 9, 62250 Putrajaya
Surau Al-Furqan,
Jalan P11 A5/8, Persint 11, 62300 Putrajaya
181. Surau Putra Al-Amin, Kuarters Kediaman Kerajaan, Fasa 4C
Presint 8,
62250 Putrajaya
Surau Al-Mizan, Fasa 4A Jalan P82, Presint 8,
62000 Putrajaya
183. Surau Al-Syakirin,
SMK Putrajaya, Presint 14(1), No. 1A Jalan P14,
62300 Putrajaya
Surau Al-Najah, Jalan Presint 9A, Presint 9,
62250 Putrajaya
185. Surau Al-Munawwarah, Kuarters Kerajaan, Parcel 5R3, Presint 5, 62200 Putrajaya
Surau Al-Muttaqin,
No. 1, Jalan P5A Fasa 5R6, Presint 5,
62200 Putrajaya
187. Surau Al-Manar, No.8, Jalan P14 A1/2, Presint 14,
62050 Putrajaya
Surau Al-Iman,
No. 54, Jalan Presint 9 B1/4,
Presint 9,
62250 Putrajaya
189. Surau Al-Rahim, Lot PT10786,
Jalan P15H, Presint 15, 62000 Putrajaya
Surau Darul Ulum, SMK Agama Putrajaya Lot PT 14189,
Jalan P11E, Presint 11, 62350 Putrajaya
191. Surau Istiqamah,
Presint 18 R8, Pangsapuri Fasa 18 R8, Jalan P18L, Presint 18,
62100 Putrajaya
Surau Al-Istiqlal,
Jalan P14h, Apartment Presint 14, Presint 14,
62050 Putrajaya
193. Surau Al-Rayyan,
1A 01 -05 PPAM Larai,
Presint 6,
62200 Putrajaya
Surau Fathurrahman, PPAM Malinjau, Presint 11,
62300 Putrajaya
195. Surau Amaniah,
Ibu Pejabat Polis Daerah, Presint 7,
62250 Putrajaya
Surau Pudina,
PPAM Pudina, No. 2, Jalan Kasturi, Presint 17, 62150 Putrajaya
197. Surau Baitul Makmur, Kg. Durian Tunjung, Peti Surat 81416,
87000 Labuan
Surau Al-Raudah, Kg. Bukit Kuda, 87000 Labuan
199. Surau Khalid Ibnu Al-Walid, Kg. Batu Manikar,
87000 Labuan
Surau Al-Munawwarah, Kg. Patau-Patau No.1, 87000 Labuan
201. Surau Darus Salam,
PP 0222 Kg. Patau-Patau 2,
87000 Labuan
Surau Nur Al-Rahim, Kg. Sungai Buton, 87000 Labuan
203. Surau Nurhidayah,
Perumahan Kos Rendah Batu Arang, Taman Ranca-Ranca 2,
87000 Labuan
Surau Uwais Al-Qarni, Jalan Tanjung Kubong, Kg. Pantai,
87000 Labuan
205. Surau Al-Hikmah, Universiti Malaysia Sabah,
Kampus Antarabangsa Labuan, 87000 Labuan
Surau Al-‘Irfan
Kolej Matrikulasi Labuan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Peti Surat 81735,
87000 Labuan
207. Surau Al-Sa’adah, Pangkalan Udara Labuan, 87000 Labuan
Surau Ubudiyyah,
Perumahan Kakitangan Awam, Bukit Kuda,
87000 Labuan
209. Surau Nurul Islam, Bandar Labuan,
Jalan Merdeka, Sun Mart, 87000 Labuan
Surau Al-Taqwa Petronas Methanol, 87000 Labuan
211. Surau Al-Rayyan, Perumahan Taman Mutiara, Sungai Bedaun, UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 505 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 505 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
87000 Labuan
Surau Abu Raihan Al-Biruni, Institut Latihan Perindustrian, Peti Surat 80849,
87000 Labuan
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A931
Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) (Pindaan) 1995
P.U. (B) 77/2000
Pemberitahuan Pindaan Jadual
Ketiga
P.U. (A) 250/2002
Perintah Wilayah Persekutuan
Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah
Suaian Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993) 2002
Akta A1523
Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) (Pindaan) 2017
P.U. (B) 93/2022
Pemberitahuan Penggantian Jadual
Ketiga
P.U. (B) 221/2022
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 Pembetulan
Akta A1606
Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta A1606
8
A
Akta A931
57
A
Akta A1523
Bahagian V
Akta A1523
Akta A931
Akta A1523
Akta A931
Akta A1606
95(b)
P.U. (B) 221/2022
Akta A931
Jadual Ketiga
P.U. (B) 77/2000
P.U. (B) 93/2022