AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2024
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Mei 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 20 Mei 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1707 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
da dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut: “(6) Tertakluk pada syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang— (a) memperoleh apa-apa barang yang dijual atau menikmati apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan; atau (b) menyediakan platform perdagangan elektronik berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang lain, orang itu hendaklah bagi tahun taksiran itu mengeluarkan suatu invois bil kendiri mengikut syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan invois itu hendaklah dianggap sebagai suatu invois elektronik.”.