Sebagaimana pada 1 April 2012
AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 Tarikh Perkenan Diraja … … … Tarikh penyiaran dalam Warta… … … Kali terakhir dipinda oleh Akta A1295 yang mula berkuat kuasa pada … … … … Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … Cetakan Semula Yang Kedua … … … Cetakan Semula Yang Ketiga … … … UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 109 AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk pendaftaran Pertubuhan Peladang, pengawalan dan pengawasan Pertubuhan itu dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—1 November 1973] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN
Seksyen B AHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran B AHAGIAN II PEMBENTUKAN PERTUBUHAN PELADANG 3. Pembentukan 4. Larangan 5. Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 6. Tujuan Pertubuhan Peladang B AHAGIAN III PENDAFTARAN 7. Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang 8. Daftar Seksyen Bahagian IV HAK DAN TANGGUNGAN 9. Anggota dan unit anggota Pertubuhan Peladang 10. Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang 11. Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingan anggota atau unit anggota 12. Syer atau kepentingan tidak boleh ditahan atau dijual 13. Pindah hakmilik kepentingan apabila anggota mati atau unit anggota dibubarkan 14. Pengarah 15. Wang Pertubuhan Peladang 15 A . Kuasa untuk meminjam wang, dsb. 15 B . Pelaburan wang 16. Kumpulan Wang Rizab 17. Penyelesaian pertikaian 18. Kes dinyatakan atas soal undang-undang B AHAGIAN IV A PENGGABUNGAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN DAN NEGERI 18 A . Prosedur penggabungan Pertubuhan Peladang Kawasan 18 B . Pendaftaran Pertubuhan Peladang Negeri 18 C . Prosedur bagi penggabungan Persatuan Peladang Negeri B AHAGIAN V PEMERIKSAAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMBUBARAN 19. Kuasa untuk memeriksa 20. Kuasa untuk menggantung dan membubarkan Seksyen 21. Rayuan 22. Tidak boleh menjalankan urusan dalam masa penggantungan 23. Pengurusan dalam masa penggantungan 24. Audit 24 A . Hak akses kepada rekod, dsb. B AHAGIAN VI PELBAGAI 25. Daftar anggota 26. Bukti mengenai catatan dalam buku Pertubuhan Peladang dan unit anggota 27. Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendak tentang pendaftaran, dsb. 28. Kuasa untuk mengecualikan daripada duti atau cukai 28 A . Mesyuarat agung tahunan 29. Dilarang menggunakan perkataan “Pertubuhan Peladang” 30. Undang-undang Kesatuan Sekerja dan Akta Syarikat tidak terpakai 31. Kesalahan 32. Larangan dan sekatan ke atas pendaftaran koperasi berasaskan pertanian 33. (Dipotong) 34. (Dipotong) 35. Peraturan-peraturan 36. Pemansuhan UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 109
Malaysia.
“koperasi berasaskan pertanian” ertinya sesuatu koperasi yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1948 [Akta 287]*, Ordinan Koperasi 1958 Sabah [Ordinan 3 tahun 1958]* dan Ordinan Koperasi Sarawak [Bab 66]* dan yang tujuan pokoknya atau fungsi utamanya adalah mengenai pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang sama ada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi berasaskan pertanian, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang yang keputusannya itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah; “Lembaga Pertubuhan Peladang” atau “Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110]; “Pertubuhan Peladang” ertinya sesuatu pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah seksyen 3 di peringkat Kawasan, Negeri atau Kebangsaan dan yang didaftarkan di bawah seksyen 9.
PEMBENTUKAN PERTUBUHAN PELADANG
* CATATAN—Akta 287, Sabah Ordinan 3 tahun 1958 dan Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]—lihat seksyen 95 Akta 502. di bawahnya bagi mana-mana kawasan di mana-mana Negeri oleh tidak kurang daripada lima puluh orang yang memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 9(1) dan yang sebelum pembentukan itu telah berhimpun di suatu mesyuarat bagi maksud membentuk suatu Pertubuhan Peladang.
(a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dengan mempunyai suatu meterai perbadanan dan hendaklah mempunyai kuasa bagi membuat kontrak, bagi memulakan dan membela tindakan, guaman dan prosiding undang-undang dan bagi membuat segala perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 6; dan (b) boleh memperoleh dengan jalan pajakan, pembelian, derma, pemberian, devis, pemberian wasiat atau selainnya sesuatu harta alih atau harta tak alih bagi mana-mana tujuan pertubuhan itu dan bagi maksud itu boleh menjual atau memajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusan berkenaan dengan mana-mana harta itu.
(a) untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomi rumah tangga, perniagaan pertanian dan perusahaan komersial yang lain; (b) untuk meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaian dan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untuk meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian; (c) untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan harian termasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik; (d) untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha perladangan; (e) untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kredit dan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang pertanian dan ekonomi; (f) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar; (g) untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain; (h) untuk mengendali dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertanian dan usaha yang berkaitan; (i) untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memproses dan kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian; (j) untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan anggota atau unit anggotanya melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan; (k) untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untuk menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah anggota; (l) untuk menggalakkan dan mempergiat tindakan kumpulan melalui pelbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan; (m) untuk mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan social dan kebajikan keluarga perladangan.
dan Pendaftar boleh, pada memberikan kelulusan sedemikian, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
PENDAFTARAN
HAK DAN TANGGUNGAN
(a) mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian atau ternakan; (b) yang pendapatannya didapati daripada pengeluaran pertanian atau ternakan; atau (c) menguasai mana-mana daripada faktor pengeluaran pertanian atau ternakan, adalah layak, tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, untuk menjadi seorang anggota sesuatu Pertubuhan Peladang.
pembayaran kepada Pertubuhan Peladang itu berkenaan dengan keanggotaan atau memperoleh apa-apa kepentingan dalam Pertubuhan Peladang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau oleh perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
(a) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan sukarela mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu; (b) apabila anggota itu disifatkan telah terhenti menjadi seorang anggota menurut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau menurut peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu; (c) mengenai seseorang anggota apabila anggota itu mati atau mengenai sesuatu unit anggota, apabila unit itu dibubarkan.
(a) bahawa tiap-tiap anggota atau unit anggota itu yang menghasilkan apa-apa benda itu hendaklah melupuskan kesemua atau apa-apa amaun, kadar atau perihalan tertentu benda itu kepada atau melalui Pertubuhan Peladang; dan (b) bahawa seseorang anggota atau sesuatu unit anggota yang dibuktikan atau dihukum mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai telah melakukan suatu perlanggaran terhadap kaedah-kaedah atau kontrak itu hendaklah membayar kepada Pertubuhan Peladang itu sebagai ganti rugi yang ditentukan banyaknya sejumlah wang yang ditentukan atau ditaksirkan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh peraturan yang disebut terdahulu.
atau unit anggota itu, dan juga pemegang hartanya dalam hal keadaan tidak berkemampuannya atau seseorang penerima yang dilantik dengan sewajarnya tidak berhak kepada, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau kepentingan itu.
(a) berkenaan dengan anggota yang sudah mati itu, memindahkan hakmilik syer atau kepentingan anggota yang sudah mati itu kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau, jika tiada seseorang pun yang dinamakan sedemikian, kepada seseorang yang ternyata pada Jemaah Pengarah ialah waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang sudah mati itu atau boleh membayar kepada orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang itu mengikut mana-mana yang berkenaan, sejumlah wang yang berupa nilai syer atau kepentingan anggota yang sudah mati itu sebagaimana yang ditentukan mengikut apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) berkenaan dengan sesuatu unit anggota yang dibubarkan, membayar kepada pelikuidasi sejumlah wang yang berupa nilai syer atau kepentingan unit anggota yang dibubarkan itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
anggota yang dibubarkan oleh Pertubuhan Peladang kepada orang yang dinamakan, waris, wakil di sisi undang-undang atau pelikuidasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(a) jika dia menjadi bankrap; (b) jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaan dengan penipuan, kecurangan atau keburukan akhlak; (c) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jemaah Pengarah tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran; (d) jika dia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysia atau seorang anggota Pertubuhan Peladang itu; (e) jika dia menjadi gila; (f) jika dia mengambil bahagian dalam apa-apa urusan atau bertindak mengikut suatu cara yang pada pendapat Pendaftar mendatangkan mudarat kepada kepentingan Pertubuhan Peladang itu; atau (g) jika dia menerima gaji daripada atau menjadi pekerja bergaji Pertubuhan Peladang itu.
(a) yuran anggota dan unit anggota; dan (b) wang yang diperoleh, yang terakru atau yang didapati menurut kuasa Pertubuhan Peladang itu yang diberikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
keterhutangan yang boleh ditanggung olehnya pada bila-bila masa dalam tahun kewangan akan datang disebabkan wang yang dipinjam atau akan dipinjam dan komitmen dan tanggungan kewangan lain yang dibuat atau akan dibuat sebelum dan dalam tahun kewangan itu. (a) ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa; (b) dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri; (c) dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang Persekutuan atau Negeri; (d) dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar; (e) dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau (f) dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
Pertubuhan Peladang itu.
(i) di kalangan anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan anggota yang sudah mati; (ii) antara seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau orang yang menuntut melalui seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau anggota yang sudah mati dengan Pertubuhan Peladang itu atau Jemaah Pengarahnya; atau (iii) antara Pertubuhan Peladang itu dengan sesuatu Pertubuhan Peladang yang lain; pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan. (b) Sesuatu tuntutan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang kerana sesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepadanya oleh seseorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang- undang bagi seseorang anggota yang sudah mati atau pelikuidasi bagi sesuatu unit anggota yang dibubarkan atau sesuatu tuntutan oleh Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi bagi sesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar oleh Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih rendah hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan Pertubuhan Peladang itu.
(a) memutuskan pertikaian itu sendiri; atau (b) merujukkannya untuk diselesaikan kepada penimbang tara.
Bahagian IVa PENGGABUNGAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN DAN NEGERI cadangannya hendak mengadakan mesyuarat agung khas pertubuhan itu yang ketetapan khas bagi penggabungannya dengan Pertubuhan Peladang Kawasan yang lain akan dicadangkan.
A telah dibuat berkenaan dengan setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pendaftar berpuas hati— (a) bahawa ketetapan khas yang menyokong penggabungan yang dicadangkan itu telah diluluskan dengan sewajarnya oleh setiap Pertubuhan Peladang Kawasan bersamaan dalam segala butir-butir material dengan ketetapan yang diluluskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan yang lain; (b) bahawa skim penggabungan yang terkandung dalam ketetapan itu dalam hal setiap Pertubuhan Peladang Kawasan adalah bersamaan dalam segala butir-butir material dengan ketetapan Pertubuhan Peladang Kawasan yang lain; dan (c) bahawa peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang Negeri yang dicadangkan itu adalah mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan supaya didaftarkan Pertubuhan Peladang Negeri itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini. A dan 18 B hendaklah terpakai dengan syarat bahawa perkataan “Pertubuhan Peladang Kawasan” dan “Pertubuhan Peladang Negeri” di mana-mana jua terdapat masing-masingnya hendaklah digantikan dengan perkataan “Pertubuhan Peladang Negeri” dan “Pertubuhan Peladang Kebangsaan”.
PEMERIKSAAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMBUBARAN
(a) untuk memeriksa akaun dan harta sesuatu Pertubuhan Peladang atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu; dan (b) untuk mengadakan suatu penyiasatan berkenaan dengan perjalanan urusan dan keadaan kewangan Pertubuhan Peladang itu atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.
perintah itu telah dibuat atau berkenaan dengan apa-apa aspek urusan Pertubuhan Peladang itu.
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang Pertubuhan Peladang itu daripada diuruskan atau urusannya daripada dijalankan oleh mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 23.
(a) untuk memanggil pada masa pengauditannya itu mana-mana pegawai atau bekas pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota Pertubuhan Peladang atau unit anggota yang dia ada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumat material berhubung dengan apa-apa transaksi Pertubuhan Peladang atau unit anggota atau dengan pengurusan hal ehwalnya; (b) untuk menghendaki supaya dikemukakan di mana-mana tempat dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal, atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan, Pertubuhan Peladang berdaftar atau unit anggota oleh pegawai atau bekas pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti itu.
PELBAGAI
(a) tarikh nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar atau senarai itu sebagai seorang anggota; (b) tarikh nama sesuatu koperasi berasaskan pertanian atau kumpulan orang telah dicatatkan dalam daftar atau senarai itu sebagai suatu unit anggota; (c) tarikh seseorang, koperasi berasaskan pertanian atau kumpulan orang berhenti daripada menjadi seorang anggota atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.
diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab-sebab khas.
(a) duti atau cukai yang di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa kena dibayar berkenaan dengan keuntungan Pertubuhan Peladang itu atau berkenaan dengan dividen atau bayaran lain yang diterima oleh anggota atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu oleh sebab keuntungan; (b) duti setem yang boleh dikenakan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa atas setiap surat cara yang disempurnakan oleh atau bagi pihak mana-mana Pertubuhan Peladang, unit anggota itu atau oleh seorang pegawai atau anggota dan berhubung dengan urusan Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau atas apa-apa kelas surat cara itu.
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai terhadap penggunaan oleh seseorang, sesuatu pertubuhan atau syarikat atau persatuan atau penggantinya dalam kepentingan apa-apa nama atau gelaran yang perniagaan atau urusan telah dijalankan pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
Syarikat 1965 [Akta 125], tidak terpakai bagi mana-mana Pertubuhan Peladang yang didaftarkan di bawah Akta ini.
(a) abai atau enggan melakukan apa-apa perbuatan atau enggan atau tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (b) memberi maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki diberikan atau dibuat di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; (c) tidak menurut apa-apa permintaan atau perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; atau (d) melanggar atau tidak mematuhi kehendak lain Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, mengenai kesalahan yang berterusan, denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
* CATATAN—Seksyen ini mula berkuat kuasa pada 15-03-1974 ─ lihat Akta A247
(a) menetapkan borang yang hendak digunakan dan syarat yang hendak dipatuhi dengan pembentukan, penubuhan dan pendaftaran sesuatu Pertubuhan Peladang, dalam penggabungan dua Pertubuhan Peladang atau lebih kepada satu Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi dan pendaftarannya dan tatacara yang hendaklah terpakai mengenai perkara itu; (b) menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh orang yang memohon supaya diterima masuk sebagai anggota, dan mengadakan peruntukan mengenai pemilihan dan penerimaan masuk anggota dari semasa ke semasa, dan pembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yang hendaklah diperoleh sebelum menjalankan hak anggota; (c) menghendaki sesuatu koperasi berasaskan pertanian untuk memasuki mana-mana Pertubuhan Peladang dan menurut kehendak itu boleh— (i) mengawal selia kemasukan koperasi itu ke dalam Pertubuhan Peladang; (ii) menentukan pembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yang hendaklah diperoleh oleh koperasi itu; (iii) (Dipotong oleh Akta A1295); (iv) menentukan taraf, hak dan tanggungan anggota koperasi itu yang ialah unit yang berhubungan dengan Pertubuhan Peladang; (d) menetapkan bilangan maksimum syer atau bahagian maksimum modal sesuatu Pertubuhan Peladang berdaftar yang boleh dipegang oleh seorang anggota atau sesuatu unit anggota; (e) mengadakan peruntukan bagi anggota menarik diri dan bagi membuang anggota atau bagi menggantung dan membubarkan unit anggota dan bagi pembayaran, jika ada, yang hendaklah dibuat kepada anggota atau unit anggota yang menarik diri atau dibuang atau dibubarkan dan bagi tanggungan bekas anggota dan unit anggota; (f) mengadakan peruntukan bagi mesyuarat anggota dan unit anggota dan bagi tatacara di mesyuarat itu dan kuasa yang hendaklah dijalankan oleh mesyuarat itu; (g) mengadakan peruntukan mengenai penubuhan, keanggotaan, pelantikan, penggantungan dan pemecatan Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain Pertubuhan Peladang dan mengenai tatacara di mesyuarat Jemaah Pengarah dan mengenai kuasa yang hendaklah dijalankan dan kewajipan yang hendaklah dilaksanakan oleh Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain Pertubuhan Peladang; (h) menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatu Pertubuhan Peladang boleh atau hendaklah membuat kaedah-kaedah dan tatacara yang hendaklah diikuti pada membuat, mengubah dan membatalkan kaedah-kaedah dan syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah itu; (i) mengawal selia cara bagaimana wang boleh didapati dengan jalan syer atau debentur atau selainnya; (j) menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatu Pertubuhan Peladang yang memohon bantuan kewangan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang; (k) menetapkan pembayaran yang hendaklah dibuat, syarat yang hendaklah dipatuhi, dan bentuk bon, surat cara atau suratan lain yang hendaklah disempurnakan, oleh anggota atau unit anggota yang memohon pinjaman atau kredit wang tunai, tempoh pinjaman atau kredit boleh diberikan, dan amaun maksimum yang boleh dipinjamkan dan kredit maksimum yang boleh dibenarkan bagi seseorang anggota atau sesuatu unit anggota dengan atau tanpa persetujuan Pendaftar; (l) mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilai kepentingan seseorang anggota yang sudah mati atau nilai kepentingan sesuatu unit anggota yang dibubarkan hendak ditentukan, dan mengenai penamaan seseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik; (m) mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilai kepentingan seseorang yang telah tidak sempurna akalnya dan yang tidak berupaya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya hendak ditentukan dan mengenai penamaan seseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik; (n) mengadakan peruntukan mengenai pembentukan dan penyenggaraan kumpulan wang rizab, dan tujuan kumpulan wang itu boleh digunakan, dan mengenai pelaburan apa-apa wang yang ada di bawah kawalan mana-mana Pertubuhan Peladang; (o) menetapkan syarat yang di bawahnya keuntungan boleh dibahagikan kepada anggota dan unit anggota sesuatu Pertubuhan Peladang dan kadar maksimum dividen yang boleh dibayar oleh Pertubuhan Peladang; (p) menetapkan sistem pengauditan dan pengakaunan sesuatu Pertubuhan Peladang dan bagi penyiaran berkala suatu kunci kira-kira yang menunjukkan aset dan tanggungan sesuatu Pertubuhan Peladang; (q) menetapkan penyata yang hendaklah dihantar oleh sesuatu Pertubuhan Peladang kepada Pendaftar dan orang yang oleh siapa dan bentuk yang dalamnya penyata itu hendaklah dibuat; (r) mengadakan peruntukan mengenai penyenggaraan suatu daftar anggota dan unit anggota, dan suatu daftar syer; (s) mengadakan peruntukan mengenai pemeriksaan suratan dan daftar di pejabat Pendaftar dan bayaran yang hendaklah dibayar baginya dan mengenai pengeluaran salinan bagi suratan atau daftar itu; (t) menetapkan cara bagaimana sesuatu soal tentang perlanggaran sesuatu kaedah atau kontrak berhubung dengan pelupusan hasil kepada atau melalui sesuatu Pertubuhan Peladang boleh ditentukan dan cara bagaimana ganti rugi yang ditentukan banyaknya bagi sesuatu perlanggaran itu boleh ditentukan atau ditaksirkan; (u) menetapkan cara melantik penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Pendaftar atau penimbang tara itu; (v) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila sesuatu unit anggota atau sesuatu Pertubuhan Peladang digantung atau dibubarkan dan mengadakan peruntukan mengenai pelantikan seorang pelikuidasi dan tatacara yang hendaklah diikuti olehnya; (w) menetapkan borang yang hendaklah digunakan, bayaran yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhi dan segala perkara lain yang berkaitan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.
(a) semua Persatuan Peladang hendaklah disifatkan sebagai dibentuk dan didaftarkan di bawah Akta ini; (b) apa-apa sebutan mengenai “Persatuan Peladang” dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai “Pertubuhan Peladang”; dan (c) pertukaran nama “Persatuan Peladang” kepada “Pertubuhan Peladang” tidaklah menjejaskan apa-apa hak atau tanggungan Persatuan Peladang atau menjadikan tercacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya, dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini bolehlah diteruskan atau dimulakan di bawah namanya yang baharu. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk Ringkas Berkuat kuasa dari Akta A247 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 1974 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 Akta A552 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 1983 Akta A721 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 1989 Akta 502 Akta Koperasi 1993 P.U. (A) 343/2002 Perintah Penyemakan Undang- Undang (Pembetulan Akta Pertubuhan Ladang 1973) 2002 Akta A1295 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2007 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A552 Akta A552 Akta A552 Akta A721 Akta A552 Akta A721 15 A -15 B Akta A552 Akta A552 18 A -18 C Akta A552 24 A Akta A552 Akta A552 28 A Akta A552 Akta 160 Akta 160 Akta A247 Akta A552 Akta A552 Akta A1295 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A247 Akta A552 Akta A721 Akta A1295 Akta A552 Akta A1295 Akta A552