Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 30 Julai 1974 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 22 Ogos 1974
Cetakan Semula Yang Terdahulu
Cetakan Semula Yang Pertama 1997
Cetakan Semula Yang Kedua 2001
Akta 145
AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974
SUSUNAN SEKSYEN
AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan berkenaan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran Politeknik Ungku Omar, dan bagi perkara lain berhubungan dengannya.
[ ]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
3. Penubuhan Politeknik
4. Arahan oleh Menteri
5. Penubuhan Lembaga Pengelola
6. Fungsi Lembaga
7. Setiausaha Lembaga
8. Kuorum
9. Kuasa Lembaga untuk membuat kontrak dan memegang harta
10. Penubuhan Kumpulan Wang
11. Anggaran Tahunan
12. Audit
13. Laporan tahunan
14. Penggunaan meterai perbadanan
15. Penubuhan Lembaga Pengajian
16. Pelantikan, kuasa dan kewajipan Pengetua
17. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Akta 145
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Politeknik Ungku Omar 1974 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Penubuhan Politeknik
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengelola Politeknik Ungku Omar yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“Lembaga Pengajian” ertinya Lembaga Pengajian Politeknik yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;
“Pengetua” ertinya Pengetua Politeknik yang dilantik di bawah seksyen 16.
3. (1) Suatu institusi bernama “Politeknik Ungku Omar” hendaklah ditubuhkan (kemudian daripada ini disebut “Politeknik”).
(2) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, Politeknik boleh mengadakan pengajian dan latihan dalam bidang teknologi dan perdagangan dan apa-apa pengajian dan latihan lain sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga. Arahan oleh Menteri
4. Menteri boleh mengeluarkan arahan kepada Lembaga yang selaras dengan peruntukan Akta ini berkenaan dengan dasar yang hendaklah diikuti oleh Politeknik dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu. Penubuhan Lembaga Pengelola
5. (1) Suatu Lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Pengelola Politeknik Ungku Omar hendaklah ditubuhkan, yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
(2) Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada lima belas orang ahli lain yang dilantik oleh Menteri dan hendaklah termasuk wakil daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.
(3) Pengerusi dan ahli lain yang dilantik mengikut nama hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu.
(4) Seseorang ahli Lembaga boleh meletakkan jawatan daripada Lembaga melalui notis bertulis yang bermaksud sedemikian yang dialamatkan kepada Pengerusi, dan dari tarikh notis itu diterima
oleh Pengerusi ahli itu terhenti daripada menjadi ahli.
(5) Jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, ahli yang hadir hendaklah melantik di antara mereka seorang Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.
(6) Lembaga boleh memberikan kebenaran untuk tidak hadir kepada mana-mana ahli Lembaga.
(7) Seseorang ahli yang tidak menghadiri mesyuarat Lembaga empat kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran untuk tidak hadir daripada Lembaga hendaklah dianggap telah meletakkan jawatan daripada Lembaga.
(8) Jika sesuatu kekosongan berlaku disebabkan oleh kematian, peletakan jawatan, pembatalan pelantikan atau selainnya, kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri dan orang itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh jawatan ahli yang dia dilantik bagi menggantikannya itu. Fungsi Lembaga
6. (1) Menjadi kewajipan Lembaga, dalam menjalankan kuasanya dan dalam melaksanakan fungsinya, untuk bertindak mengikut cara yang pada pendapatnya dikira yang terbaik bagi mencapai tujuan dan kepentingan Politeknik.
(2) Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan wajar bagi pengelolaan, pengawalan dan pentadbiran Politeknik dan aset Politeknik dan, khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu, hendaklah termasuk yang berikut: Setiausaha Lembaga
(a) tertakluk kepada seksyen 11, membenarkan perbelanjaan yang sesuai dan perlu dalam takat kumpulan wang yang ada bagi Politeknik;
(b) menyediakan laporan tahunan mengenai perjalanan Politeknik dan pernyataan tahunan yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
(c) melantik kakitangan akademik dan bukan akademik dan
selain daripada itu melantik penasihat yang difikirkan perlu atau dikehendaki oleh Lembaga, tertakluk kepada
apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Menteri;
(d) mengadakan peraturan-peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan pengurusan akademik Politeknik dan khususnya yang berhubungan dengan kelayakan yang perlu bagi kemasukan ke Politeknik, kursus pengajaran, tempoh kursus dan mengawardkan sijil;
(e) mengadakan peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan—
(i) tatacara mengenai mesyuarat Lembaga dan Lembaga Pengajian;
(ii) penubuhan, keanggotaan, kuasa dan fungsi Jawatankuasa Penasihat dan apa-apa Jawatankuasa lain yang dilantik dengan sepatutnya di bawah peruntukan Akta ini dan tatacara mengenai mesyuarat Jawatankuasa itu;
(iii) bentuk dan cara menyimpan akaun Politeknik;
(iv) kuasa dan fungsi pegawai Politeknik;
(v) penubuhan badan penuntut; dan
(vi) bayaran yang kena dibayar oleh penuntut Politeknik;
(f) mengadakan skim pencen, persaraan atau kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya atau mana-mana bahagian daripada pekerja itu dan membuat perkiraan bagi mengadakan apa-apa skim yang diluluskan oleh Menteri;
(g) mengadakan peraturan dan peruntukan mengenai kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan penuntut;
(h) menetapkan apa-apa bayaran yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan melalui peraturan.
7. Pendaftar Politeknik hendaklah menjadi setiausaha Lembaga. Kuorum
8. (1) Tiap-tiap persoalan yang dikemukakan kepada Lembaga dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diputuskan melalui undian lebih suara anggota yang hadir.
(2) Setengah daripada ahli yang dilantik hendaklah menjadi suatu kuorum.
(3) Pengerusi dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah mempunyai undi asal dan, jika terdapat bilangan undi sama banyak, dia boleh memberikan undi kedua atau undi pemutus. Kuasa Lembaga untuk membuat kontrak dan memegang harta
9. (1) Lembaga boleh membuat apa-apa kontrak yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
(2) Lembaga boleh memperoleh dan memegang apa-apa harta alih atau harta tak alih yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini, dan bagi maksud yang sama boleh menjual, memajak, menggadaijanjikan, atau dengan cara lain melupuskan apa-apa harta yang diperoleh sedemikian. Penubuhan Kumpulan Wang
10. (1) Bagi maksud Akta ini dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Politeknik Ungku Omar yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b) apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dari semasa ke semasa dipinjamkan kepada Lembaga oleh Kerajaan;
(c) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek,
skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang itu;
(d) semua jumlah wang atau harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Lembaga atau diletakhakkan pada Lembaga mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan kuasa dan kewajipannya;
(e) apa-apa pemberian sukarela kepada Lembaga atau kepada Politeknik.
(3) Semua wang yang dibayar kepada Lembaga atau Politeknik hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Politeknik bagi segala atau mana-mana daripada maksud Politeknik mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri.
(4) Menjadi kewajipan Lembaga untuk menyenggara Kumpulan Wang itu dengan menjalankan dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat memastikan jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk menampung semua jumlah wang yang kena dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya.
(5) Kumpulan Wang itu boleh diletakkan sebagai deposit dengan suatu bank dalam Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau dilaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri Kewangan. Anggaran Tahunan
11. (1) Pengetua hendaklah membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan Politeknik termasuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan yang berikutnya mengikut apa-apa butir atau bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
(2) Suatu salinan anggaran itu hendaklah dihantar kepada setiap Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang dalamnya anggaran itu hendak dibentangkan.
(3) Lembaga hendaklah menimbangkan anggaran yang dikemukakan itu dan hendaklah mengizinkannya sama ada tanpa perubahan atau tertakluk kepada apa-apa perubahan sebagaimana
yang difikirkannya patut.
(4) Anggaran itu sebagaimana yang diizinkan oleh Lembaga hendaklah dikemukakan kepada Menteri dan Menteri boleh, pada bila-bila masa, dalam tempoh satu bulan selepas anggaran itu diterima, tidak membenarkan anggaran itu, atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengembalikannya untuk dipinda.
(5) Jika anggaran itu dikembalikan sedemikian oleh Menteri, Lembaga hendaklah bertindak segera untuk meminda anggaran itu dan hendaklah mengemukakan semula anggaran yang dipinda sedemikian itu kepada Menteri.
(6) Lembaga boleh, pada bila-bila masa dalam tahun yang baginya anggaran itu telah diizinkan, mengarahkan supaya anggaran tambahan disediakan dan dikemukakan kepadanya.
(7) Tiap-tiap anggaran tambahan itu hendaklah ditimbang dan diizinkan oleh Lembaga dan hendaklah dikemukakan kepada Menteri, dan, jika perlu, dipinda dan dikemukakan semula seolah-olah anggaran itu adalah suatu anggaran yang asal.
(8) Lembaga tidak boleh melakukan perbelanjaan melainkan dengan mengikut anggaran atau anggaran tambahan yang diluluskan oleh Menteri. Audit
12. (1) Akaun Politeknik hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri Kewangan.
(2) Akaun yang telah diaudit, bersama dengan apa-apa pandangan yang dibuat ke atasnya oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1), hendaklah dikemukakan kepada Lembaga pada mesyuaratnya yang akan datang. Laporan tahunan
13. Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 April pada setiap tahun mengarahkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Politeknik dalam masa tahun kewangan yang terdahulu dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Politeknik Penggunaan meterai perbadanan
sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
14. Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disimpan oleh Pengetua dan tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat cara kecuali di hadapan Pengerusi atau di hadapan seseorang anggota Lembaga dan Pengetua yang akan menandatangani nama mereka pada surat cara itu sebagai tanda kehadiran mereka. Penubuhan Lembaga Pengajian
15. Lembaga hendaklah menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pengajian Politeknik dan menjadi kewajipannya untuk menasihati Lembaga mengenai perkara akademik mengikut peruntukan Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya. Pelantikan, kuasa dan kewajipan Pengetua
16. (1) Seorang Pengetua Politeknik yang dilantik oleh Lembaga hendaklah ada dengan persetujuan Menteri, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
(2) Pengetua hendaklah menjadi ahli ex-officio bagi Lembaga dan juga menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengajian.
(3) Pengetua hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir dan akademik Politeknik dan hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga— Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
(a) bagi pentadbiran Politeknik yang sempurna mengikut dasar Lembaga;
(b) bagi pengurusan akademik Politeknik mengikut dasar Lembaga;
(c) bagi penguatkuasaan yang sempurna akan peraturan- peraturan dan undang-undang kecil;
(d) bagi kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan juga penuntut Politeknik,
dan bagi maksud itu Pengetua, hendaklah, tertakluk kepada
peruntukan Akta ini, mempunyai segala kuasa yang perlu atau suai manfaat.
17. (1) Menteri boleh membuat semua peraturan yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut: UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 145 AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 145 AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974
(a) kuasa dan fungsi Lembaga;
(b) perkara yang berhubungan dengannya undang-undang kecil boleh dibuat oleh Lembaga; dan
(c) penyediaan, pengauditan dan pengemukaan kepada Menteri akan anggaran, belanjawan, pernyataan dan penyata.
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
—TIADA—
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
—TIADA—