Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971 Tarikh Perkenan Diraja 27 April 1971 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … Cetakan Semula Yang Kedua … … DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 29 AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971 SUSUNAN SEKSYEN Suatu Akta bagi menubuhkan Majlis Sukan Negara Malaysia dan bagi membuat peruntukan yang berkaitan dengannya. [Seluruh Malaysia—30 April 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Majlis 4. Fungsi Majlis 5. Ahli Majlis B AHAGIAN I PERMULAAN B AHAGIAN II MAJLIS Bahagian III LEMBAGA PENGURUSAN 6. Lembaga Pengurusan Bahagian IV MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN NEGERI 7. Penubuhan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Negeri 7 A . Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian kepada peruntukan Akta Bahagian V PENTADBIRAN 8. Pelantikan Ketua Pengarah dan pekhidmat lain Lembaga Undang-Undang Malaysia Akta 29 Bahagian VI Seksyen KEWANGAN Kumpulan Wang Majlis Kuasa meminjam Pelaburan Anggaran perbelanjaan Akaun dan audit Bahagian VII AM 14. Laporan Tahunan 15. Peraturan-peraturan 16. Kerahsiaan dan penalti 17. Kanun Keseksaan 18. Perlindungan terhadap prosiding undang-undang 19. Pewakilan oleh Lembaga 20. Arahan oleh Menteri 21. Hilang kelayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai Majlis J ADUAL P ERTAMA Jadual Kedua 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 29 AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6; “Majlis” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Majlis Sukan Wilayah Persekutuan” dan “Majlis Sukan Negeri” masing-masing ertinya Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan sesuatu Majlis Sukan Negeri yang ditubuhkan dengan sewajarnya di bawah seksyen 7; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sukan. 6 Undang-Undang Malaysia Akta 29 B AHAGIAN II MAJLIS
(a) untuk menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan sukan pada amnya dan pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan sepatutnya dan lebih berkesan; (b) untuk menyelaraskan kegiatan berkenaan dengan sukan yang dijalankan oleh jabatan kerajaan atau agensi kerajaan atau bukan kerajaan; (c) untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan (d) secara amnya untuk menggalakkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, dan mengambil bahagian dalam, kemajuan sukan di Malaysia.
(a) untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan; (b) untuk menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan sukan; Majlis Sukan Negara Malaysia 7 (c) untuk menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan sukan supaya menghantar laporan berkenaan dengan kegiatannya; (d) untuk mengambil bahagian atau membantu dalam kemajuan sukan, dan dalam mengadakan atau memperbaik kemudahan sukan di dalam dan di luar Malaysia, jika kerjasama antarabangsa boleh mempergiat kemajuan sukan di Malaysia; (e) dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, untuk membuat penyertaan ekuiti dalam memajukan perusahaan sukan, dan mengadakan kemudahan dan daya penarik sukan; (f) tertakluk kepada peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15, untuk mengawal standard yang akan dipelihara oleh perusahaan sukan; (g) untuk memperoleh, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik, dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa- apa harta alih atau harta tak alih kepunyaan Majlis mengikut syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; (h) untuk membuat apa-apa kontrak; (i) untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui; (j) untuk menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang terletak hak pada atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis; dan (k) secara amnya untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud mencapai mana-mana tujuan yang disebut terdahulu itu. 8 Undang-Undang Malaysia A
(a) seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan oleh setiap satu Majlis Sukan Negeri; (b) tiga orang wakil yang dinamakan oleh Majlis Olimpik Malaysia; (c) seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia; (d) tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli yang dilantik daripada kalangan orang yang pada pendapat Menteri boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan; dan (e) tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang ahli yang dilantik daripada kalangan Kementerian yang difikirkan oleh Menteri perlu diwakili.
LEMBAGA PENGURUSAN
dilantik oleh Menteri mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (2). Majlis Sukan Negara Malaysia 9
(a) empat orang ahli daripada orang yang menjadi ahli Majlis yang dilantik di bawah seksyen 5; (b) seorang wakil Kementerian Belia dan Sukan dan seorang wakil Kementerian Kewangan; dan (c) mana-mana orang lain yang difikirkan layak dan patut menjadi ahli Lembaga.
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Negeri Sabah dan Sarawak dan khususnya kepada adanya 10 Undang-Undang Malaysia Akta 29 kawasan, dengan apa jua nama disebut, di Wilayah Persekutuan dan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak.
PENTADBIRAN
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah yang pertama sebaik selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah seorang yang dilantik oleh Menteri.
B AHAGIAN VI KEWANGAN
Majlis Sukan Negara Malaysia 11 (a) yang ke dalamnya akan dimasukkan— (i) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen; (ii) wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Lembaga atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya; (iii) semua wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, rancangan atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (iv) semua wang yang didapati atau yang terbit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; (iva) semua pemberian, derma dan bekues daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan dan sumber lain; dan (v) semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya; (b) yang daripadanya akan dibayar— (i) segala perbelanjaan (termasuk perbelanjaan modal) yang dilakukan oleh Lembaga dalam menjalankan fungsinya; dan (ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Lembaga menurut kuasanya untuk meminjam.
12 Undang-Undang Malaysia A
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Majlis Sukan Negara Malaysia 13
Bahagian VII AM
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun. 14 Undang-Undang Malaysia A
Dengan syarat bahawa seseorang itu atau mana-mana badan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengelolakan Kumpulan Wang dan hendaklah menjalankan kewajipannya dalam serba perkara mengikut arahan Lembaga.
fungsinya di bawah Akta ini, dan Majlis atau Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu. Majlis Sukan Negara Malaysia 15
Jadual Pertama BAHAGIAN I [Subseksyen 5(4)] MAJLIS
(a) jika dia mati; (b) jika dia tidak lagi berkelayakan; (c) jika dia menjadi bankrap, gila atau tidak sempurna akal; (d) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau (e) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
16 Undang-Undang Malaysia Akta 29
[Subseksyen 6(4)] LEMBAGA PENGURUSAN
(a) jika dia mati; (b) jika dia tidak lagi berkelayakan; (c) jika dia menjadi bankrap, gila atau tidak sempurna akal; (d) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; atau (e) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
Jadual Kedua [Subseksyen 7(1)] KAEDAH-KAEDAH BAGI MENUBUHKAN MAJLIS SUKAN DI NEGERI-NEGERI PERSEKUTUAN MALAYSIA
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengurusan yang dilantik di bawah kaedah 9; “Majlis” ertinya Majlis Sukan Negeri; Majlis Sukan Negara Malaysia 17 “Majlis Sukan Daerah” ertinya Majlis Sukan Daerah yang ditubuhkan di dalam Negeri itu oleh Majlis Sukan Negeri atau bagi Wilayah Persekutuan, Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak, Majlis Sukan setiap kawasan pentadbiran; “Pengarah” ertinya Pengarah Majlis Sukan Negeri yang dilantik di bawah subkaedah 10(1); “Persatuan Sukan Negeri” ertinya mana-mana persatuan, kelab, yayasan atau badan lain yang menjalankan kawalan khusus ke atas mana-mana cawangan sukan di dalam Negeri pada peringkat seluruh negeri.
(a) untuk memajukan kepentingan sukan pada amnya di dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat Negeri dan Daerah; (b) untuk melakukan penyelarasan semua Persatuan Sukan Negeri dan agensi sukan lain di dalam Negeri itu; dan (c) untuk mendapatkan dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan Majlis berhubung dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.
(a) untuk menjalankan tujuan Majlis; (b) untuk menubuhkan Majlis Sukan Daerah bagi mengadakan kemudahan yang cukup bagi memajukan sukan pada peringkat Daerah; (c) untuk membuat syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan (d) untuk mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai dengan sepatutnya tujuan Majlis.
18 Undang-Undang Malaysia Akta 29 (a) untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan; (b) untuk menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan sukan supaya menghantar laporan berkenaan dengan kegiatannya; (c) untuk mengambil bahagian atau membantu dalam kemajuan sukan dan dalam mengadakan atau memperbaik kemudahan sukan; (d) untuk memperoleh, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa-apa harta alih atau harta tak alih kepunyaan Majlis mengikut terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis; (e) untuk membuat sesuatu kontrak; (f) untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui; dan (g) pada amnya untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud mencapai mana-mana tujuan yang disebut terdahulu.
*(a) Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri dengan berunding dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu; **(b) dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu, seorang daripadanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri; *CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;” – lihat Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1988 [P.U.(A)367/ 1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri, seorang daripadanya ialah Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;” – lihat [P.U.(A)367/1988]. Majlis Sukan Negara Malaysia 19 (c) seorang wakil yang dinamakan oleh setiap Persatuan Sukan Negeri; (d) Pengerusi setiap Majlis Sukan Daerah; *(e) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya; **(f) Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya; *(g) Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau wakilnya; dan (h) tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat Pengerusi boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.
*CATATAN— Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan perkataan “Negeri” dengan perkataan “Wilayah Persekutuan” – lihat [P.U.(A)367/1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “seorang wakil daripada Perbendaharaan;” – lihat [P.U.(A)367/1988]. 20 Undang-Undang Malaysia Akta 29
(a) Pengerusi; (b) dua orang Timbalan Pengerusi mengikut perenggan 7(1)(b); (c) empat orang ahli yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(c); (d) dua orang ahli yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d); *(e) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya; **(f) Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya; *(g) Pengarah Belia dan Sukan Negeri; dan (h) tidak lebih daripada tiga orang lain yang pada pendapat Pengerusi boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.
*CATATAN— Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan perkataan “Negeri” dengan perkataan “Wilayah Persekutuan” – lihat [P.U.(A)367/1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wakil daripada Perbendaharaan;” – lihat [P.U.(A)367/ 1988]. Majlis Sukan Negara Malaysia 21
(a) yang ke dalamnya akan dimasukkan— *(i) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri; **(ii) semua wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, rancangan atau perusahaan yang dibiayai oleh Kumpulan Wang; (iii) wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Majlis atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya; (iv) semua wang yang didapati atau yang terbit daripada mana-mana harta pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Majlis; dan (v) semua pemberian, derma dan bekues daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan dan sumber yang lain; (b) yang daripadanya akan dibayar— (i) semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Majlis bagi menjalankan fungsinya; dan *CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan;” – lihat [P.U.(A)367/1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wang yang dipinjamkan dari semasa ke semasa oleh Majlis atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan bagi menjelaskan apa-apa tanggungjawabnya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;” – lihat [P.U.(A)367/1988]. 22 Undang-Undang Malaysia Akta 29 (ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Majlis menurut kuasanya untuk meminjam.
*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “Jawatankuasa boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.” – lihat [P.U.(A)367/1988]. Majlis Sukan Negara Malaysia 23
24 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 Akta A460 Akta Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 1979 P.U.(A)224/1981 Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1981 P.U.(A)367/1988 Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1988 P.U.(A)368/1988 Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 29-08-1975 24-08-1979 01-07-1981 21-10-1988 01-01-1988 kecuali kaedah 16 Jadual Kedua: 21-10-1988 25 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A460 Akta A460 Akta A460 Akta A460 Akta A460 7 A Akta A460 Akta A460 Akta A460 Akta A460 Akta 160 Akta A460 Jadual Kedua Akta A460 P.U.(A)368/1988 01-01-1988; 21-10-1988