SUSUNAN BAB-BAB
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh ceraian (3) bab 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut—
1. Gelaran dan gelaran panjang. 2. Tafsiran dan pengenaan. 3. Harta boleh dilupuskan dengan wasiat. 4. Wasiat orang yang belum cukup umur adalah tidak sah. 5. Cara penyempurnaan. 6. Penyempurnaan lantikan dengan wasiat. 7. Penyiaran wasiat adalah tidak perlu. 8. Ketidaklayakan saksi yang membuat akusaksi. 9. Pemberian kepada saksi yang membuat akusaksi, dll adalah tidak sah. 10. Pemiutang yang mengakusaksi wasiat, adalah seorang saksi. 11. Wasi adalah seorang saksi. 12. Setakat mana wasiat dibatalkan atas perkahwinan atau perceraian. 13. Hal keadaan yang berubah. 14. Pembatalan wasiat. 15. Kesan pemadaman, dll. 16. Pemulihan wasiat yang telah dibatalkan. 17. Perbuatan berikutnya tidaklah menghalang perlaksanaan wasiat. 18. Wasiat disampaikan kerana kematian. 19. Devis atau warisan bakian. 20. Kesan devis atau warisan am ke atas kuasa lantikan. 21. Devis atau warisan tanpa perkataan batasan. 22. Perkataan-perkataan yang bermaksud tidak ada zuriat atau tidak mempunyai zuriat. 23. Pemegang amanah atau wasi. 24. Devis atau warisan harta kepada pemegang amanah tanpa batasan. 25. Devis atau warisan kepada kanak-kanak atau zuriat lain. 26. Wasiat terlindung anggota-anggota ABDB, dll. 27. Wasiat yang disempurnakan di luar negeri. 28. Wasiat yang dibuat oleh rakyat. 29. Perubahan domisil.
Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk membuat peruntukan bagi undang-undang yang mengawal wasiat dan bagi perkara-perkara yang berhubung dengannya".
"harta" termasuk tanah, pajakan, sewaan dan herediamen zahir, tidak zahir atau persendirian dan mana-mana syer individunya dan mana-mana harta pusaka, hak atau kepentingan ke atasnya atau berkaitan dengannya, wang, syer dan dana lain, jaminan wang, cagaran, hutang, hak dalam tindakan, hak, kredit, barang-barang dan semua harta lain apa pun yang turun kepada wasi atau pentadbir dan sebarang syer atau kepentingan ke atasnya dan sebarang kepentingan kontingen, eksekutori atau masa depan yang lain; "wasiat" bermakna suatu pengakuan yang dimaksudkan untuk mempunyai kesan di sisi undang-undang mengenai niat seseorang pewasiat berkaitan dengan hartanya atau perkara-perkara lain yang dia berhasrat untuk melaksanakannya setelah dia mati dan termasuk testament, kodisil dan lantikan dengan wasiat atau secara bertulis dalam bentuk wasiat pada menjalankan kuasa dan juga suatu pelupusan dengan wasiat atau testament penjagaan, jagaan dan tuisyen mana-mana kanak-kanak. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perintah ini hendaklah tidak dikenakan kepada wasiat orang-orang yang menganut agama Islam yang kuasa-kuasa perwasiatannya tetap tidak terjejas oleh apa-apa jua yang terkandung dalam Perintah ini.
Dengan tidak menghiraukan pembuatan Perintah ini, suatu wasiat yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuatkuasa Perintah ini hendaklah, jika sejurus sebelum tarikh tersebut wasiat itu mungkin telah ditafsirkan menurut undang-undang itu, terus ditafsirkan menurut undang-undang berkenaan dengan wasiat yang berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam sejurus sebelum tarikh tersebut.
Bagi maksud-maksud ceraian (3), suatu wasiat yang disempurnakan semula, disiarkan semula atau dipulihkan dengan suatu kodisil hendaklah dianggap telah dibuat pada masa wasiat itu disempurnakan semula, disiarkan semula atau dipulihkan. Harta boleh dilupuskan dengan wasiat.
Wasiat orang yang belum cukup umur adalah tidak sah.
Cara penyempurnaan.
Tiap-tiap wasiat hendaklah ditandatangani di kaki atau hujung wasiat itu oleh pewasiat atau oleh orang lain di hadapannya dan atas arahannya; tandatangan tersebut hendaklah dibuat atau diakui oleh pewasiat sebagai tandatangan untuk wasiatnya di hadapan dua orang saksi atau lebih yang hadir pada masa yang sama, dan saksi-saksi tersebut hendaklah menandatangani wasiat tersebut di hadapan pewasiat, tetapi cara untuk mengakusaksi tidaklah diperlukan.
Dengan tidak menghiraukan ceraian (2), tiap-tiap wasiat hendaklah, hanya setakat yang berhubung dengan kedudukan tandatangan pewasiat atau orang yang menandatangani bagi pihaknya sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (2), dianggap sebagai sah di bawah bab ini jika tandatangan dibubuh pada atau selepas, atau sesudah, atau di bawah, atau di sebelah, atau bertentangan dengan hujung wasiat tersebut, supaya jelas pada permukaan wasiat tersebut bahawa pewasiat bermaksud untuk melaksanakan, dengan tandatangannya pada tulisan yang ditandatangani, sebagai wasiatnya, dan wasiat tersebut tidaklah terjejas oleh hal keadaan — (a) bahawa tandatangan tidak dibubuh sesudah atau tidak betul-betul selepas kaki atau hujung wasiat tersebut; (b) bahawa ruang kosong berada di antara kata penutup wasiat tersebut dan tandatangan; (c) bahawa tandatangan dibubuh di antara perkataan-perkataan ayat testimonium atau ayat pengakusaksian, atau sesudah atau selepas atau di bawah ayat pengakusaksian, sama ada dengan atau tanpa adanya ruang kosong, atau sesudah atau selepas, atau di bawah, atau di sebelah nama-nama atau salah satu daripada nama-nama saksi yang menandatangani; (d) bahawa tandatangan dibubuh di tepi atau muka surat atau bahagian lain kertas atau kertas-kertas yang mengandungi wasiat tersebut jika tiada ayat atau perenggan atau bahagian pelupusan wasiat tersebut tertulis di atas tandatangan; atau (e) bahawa terdapat ruang yang mencukupi pada atau di sebelah bawah di tepi atau muka surat sebelumnya atau bahagian lain kertas yang sama di mana wasiat tersebut ditulis ada mengandungi tandatangan.
Penyebutan satu persatu mengenai hal keadaan dalam ceraian (3) hendaklah tidak menyekat keluasan makna ceraian (3), tetapi tandatangan tidaklah boleh berkuatkuasa untuk memberi kesan kepada sebarang pelupusan atau arahan yang ada di bawahnya atau sesudahnya, atau tandatangan tidaklah juga boleh memberi kesan kepada sebarang pelupusan atau arahan yang dimasukkan setelah tandatangan dibuat.
Tiap-tiap wasiat yang disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini, setakat yang berkaitan dengan penyempurnaan dan pengakusaksiannya, adalah penyempurnaan yang sah bagi kuasa untuk melantik dengan wasiat, walaupun ia telah dikehendaki dengan nyata bahawa suatu wasiat yang dibuat pada menjalankan kuasa tersebut hendaklah disempurnakan dengan beberapa bentuk tambahan atau bentuk lain penyempurnaan atau rasmi. Penyiaran wasiat adalah tidak perlu.
Ketidaklayakan saksi yang membuat akusaksi.
Pemberian kepada saksi yang membuat akusaksi, dll adalah tidak sah.
Pemiutang yang mengakusaksi wasiat, adalah seorang saksi.
Wasi adalah seorang saksi.
Setakat mana wasiat dibatalkan atas perkahwinan atau perceraian.
Dengan tidak menghiraukan cerai (1), suatu wasiat yang dinyatakan akan dibuat bagi maksud sesuatu perkahwinan tidaklah boleh dibatalkan dengan upacara perkahwinan yang dimaksudkan; dan cerai ini hendaklah dikenakan walaupun perkahwinan yang dimaksudkan adalah perkahwinan pertama, kedua atau berikutnya bagi seseorang yang mengamalkan poligami secara sah.
Jika, setelah pewasiat membuat suatu wasiat, suatu dekri mahkamah membubarkan atau membatalkan perkahwinannya— (a) wasiat tersebut hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sebarang lantikan bekas suami atau isteri sebagai seorang wasi atau sebagai wasi dan pemegang amanah wasiat tersebut ditinggalkan; dan (b) sebarang devis atau warisan kepada bekas suami atau isteri hendaklah luput, kecuali setakat mana niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pemulihan wasiat yang telah dibatalkan.
Apabila sebarang wasiat yang telah dibatalkan sebahagiannya dan setelah itu dibatalkan seluruhnya, dipulihkan, pemulihan tersebut tidaklah boleh diperluaskan kepada sebanyak mana yang telah dibatalkan sebelum seluruh wasiat tersebut dibatalkan, melainkan jika niat yang bertentangan ditunjukkan. Perbuatan berikutnya tidaklah menghalang perlaksanaan wasiat.
Wasiat disampaikan kerana kematian.
Devis atau warisan bakian.
Kesan devis atau warisan am ke atas kuasa lantikan.
Devis atau warisan tanpa perkataan batasan.
terhadap seluruh harta pusaka atau kepentingan ke atas harta tersebut yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskannya dengan wasiat melainkan jika ternyata menurut wasiat itu bahawa hanya kepentingan terhad sahaja dimaksudkan untuk penerima devis atau penerima pusaka tersebut.
Dengan syarat bahawa bab ini hendaklah tidak diperluaskan kepada kes-kes jika tiada zuriat yang diperihalkan dalam pemberian sebelumnya dilahirkan atau jika tidak ada zuriat yang hidup mencapai umur ataupun sebaliknya memenuhi perihalan yang dikehendaki untuk mendapatkan harta pusaka terletak hak melalui pemberian sebelumnya kepada zuriat tersebut.
Bagi maksud-maksud bab ini, wasiat terlindung bermakna sebarang pengakuan atau pelupusan, secara lisan atau bertulis, yang dibuat oleh atau atas arahan pewasiat yang menyatakan dengan jelas niat pewasiat yang dia berhasrat hendak melaksanakannya atau terhadap penjagaan, jagaan dan tuisyen seseorang kanak-kanak atau terhadap perjalanan kuasa lantikan.
Suatu pengakuan adalah wasiat terlindung yang sah walaupun ia tidak disempurnakan dengan cara yang ternyata telah dimaksudkan oleh pewasiat atau ia dimaksudkan oleh pewasiat yang kemudiannya menyempurnakan suatu wasiat rasmi untuk memberi kesan kepada pelupusan perwasiatannya, melainkan jika ternyata bahawa kegagalan untuk menyempurnakan pengakuan tersebut dengan cara wasiat rasmi itu adalah kerana pewasiat menggugurkan niat perwasiatan yang dinyatakan dalam pengakuan tersebut.
Bab-bab 4, 5 dan 6 hendaklah tidak dikenakan kepada wasiat terlindung, atau wasiat terlindung bertulis tidak perlu ditandatangani oleh pewasiat.
Suatu wasiat terlindung, kecuali wasiat yang selain dari peruntukan-peruntukan bab ini mungkin sah di bawah Perintah ini, adalah batal dan tidak sah pada tamatnya tempoh satu bulan setelah pewasiat, yang masih hidup, tidak lagi berhak untuk membuat suatu wasiat terlindung.
(a) Perintah ini; (b) undang-undang tempat di mana ia disempurnakan; (c) undang-undang domisil pewasiat pada masa penyempurnaannya; atau (d) undang-undang domisil pewasiat pada masa kematiannya, hendaklah dianggap sebagai wasiat yang disempurnakan bagi maksud diterima untuk probet di Negara Brunei Darussalam.
Diperbuat pada hari ini 11 haribulan Rejab, Tahun Hijrah 1420 bersamaan dengan 21 haribulan Oktober, 1999 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM