1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
(3) Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Pemakaian
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“audit tenaga” ertinya suatu penilaian sistematik dan objektif mengenai keperluan, penggunaan dan kecekapan tenaga;
“bangunan” ertinya apa-apa bangunan atau premis di mana tenaga digunakan termasuk bangunan atau premis yang dibina atau digunakan bagi maksud kediaman, institusi, komersial atau industri;
“ ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“garis panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 67;
“institusi latihan berdaftar” ertinya apa-apa institusi latihan yang didaftarkan dan memegang suatu perakuan amalan yang sah di bawah Akta ini;
“intensiti tenaga” ertinya penunjuk kecekapan tenaga;
“juruaudit tenaga” ertinya seseorang yang menjalankan audit tenaga;
“juruaudit tenaga berdaftar” ertinya mana-mana juruaudit tenaga yang didaftarkan dan memegang suatu perakuan amalan yang sah di bawah Akta ini;
“kecekapan tenaga” ertinya kecekapan dalam penggunaan tenaga atau sumber tenaga yang menghasilkan peningkatan dalam faedah bersih setiap unit tenaga;
“label intensiti tenaga” ertinya suatu label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah seksyen 10;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan pembekalan elektrik;
“orang yang bertanggungjawab bagi bangunan” ertinya pemunya sesuatu bangunan atau mana-mana orang lain yang menjaga, mengurus atau mengawal sesuatu bangunan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 41;
“penarafan kecekapan tenaga” ertinya penarafan kecekapan tenaga bagi sesuatu bangunan yang ditunjukkan melalui penarafan bintang;
“pengguna tenaga” ertinya seseorang yang, bagi maksud menjalankan aktiviti, perniagaan atau perdagangannya, dibekalkan dengan tenaga atau sumber tenaga dan menggunakan tenaga atau sumber tenaga yang dibekalkan itu;
“pengilang” ertinya seseorang pengilang yang mengilang apa-apa produk menggunakan tenaga;
“pengilang berdaftar” ertinya mana-mana pengilang yang didaftarkan di bawah Bahagian V;
“pengimport” ertinya seseorang pengimport yang mengimport apa-apa produk menggunakan tenaga;
“pengimport berdaftar” ertinya mana-mana pengimport yang didaftarkan di bawah Bahagian V;
“pengurus tenaga” ertinya seseorang yang mengurus kecekapan dan konservasi tenaga bagi seseorang pengguna tenaga;
“pengurus tenaga berdaftar” ertinya mana-mana pengurus tenaga yang didaftarkan dan memegang suatu perakuan amalan yang sah di bawah Akta ini;
“perakuan kecekapan tenaga” ertinya perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan berkenaan dengan suatu kelas produk menggunakan tenaga;
“produk menggunakan tenaga” ertinya apa-apa kelengkapan, peranti, perkakas atau barang yang menggunakan tenaga atau sumber tenaga;
“sistem pengurusan tenaga” ertinya suatu set elemen yang berkait atau yang berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan dasar tenaga dan objektif tenaga, dan proses dan tatacara untuk mencapai objektif tenaga itu;
“standard prestasi tenaga minimum” ertinya spesifikasi tahap kecekapan tenaga yang minimum bagi suatu kelas produk menggunakan tenaga;
“sumber tenaga” ertinya sumber tenaga yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];
“tenaga” ertinya tenaga yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
3. (1) Akta ini hendaklah terpakai bagi—
(a) mana-mana pengguna tenaga yang penggunaan tenaganya bagi suatu tempoh dua belas bulan berturut-turut bersamaan dengan atau melebihi ambang penggunaan tenaga sebagaimana yang ditetapkan;
(b) apa-apa bangunan sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual Ketiga; dan
(c) apa-apa produk menggunakan tenaga sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan.
(2) Suruhanjaya hendaklah, berdasarkan apa-apa maklumat atau keterangan yang tersedia kepada Suruhanjaya dan mengikut garis panduan, menentukan—
(a) sama ada seseorang itu merupakan pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai di bawah perenggan (1)(a); dan
(b) sama ada sesuatu bangunan itu merupakan bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai di bawah perenggan (1)(b).
(3) Suruhanjaya hendaklah, setelah menentukan bahawa seseorang itu merupakan pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai, mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu yang memberitahu bahawa orang itu merupakan pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai.
(4) Suruhanjaya hendaklah, setelah menentukan bahawa sesuatu bangunan itu merupakan bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu yang memberitahu bahawa bangunan itu merupakan bangunan yang baginya Akta ini terpakai.
(5) Bagi maksud perenggan (1)(a), penggunaan tenaga hendaklah berkenaan dengan suatu aktiviti, perniagaan atau perdagangan pengguna tenaga yang dijalankan di satu tempat. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya
B
ahagian
II
FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA
4. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk menasihati Menteri tentang segala perkara yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
(b) untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa dasar, undang-undang, tindakan dan langkah-langkah yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
(c) untuk menggalakkan, membangunkan atau melaksanakan dasar dan inisiatif yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
(d) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan di bawah Akta ini;
(e) untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk mengesyorkan kepada Menteri kelayakan minimum dan pengalaman praktikal bagi apa-apa maksud menurut Akta ini;
(f) untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam kecekapan dan konservasi tenaga;
(g) untuk menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan penyelidikan, kajian atau penilaian dalam kecekapan dan konservasi tenaga;
(h) untuk mengumpul, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau relevan dengan pembangunan kecekapan dan konservasi tenaga;
(i) untuk mengiktiraf sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, latihan atau program lain yang berhubungan dengan pembangunan sumber manusia dan pembinaan keupayaan dalam sektor kecekapan dan konservasi tenaga;
(j) untuk mendorong dan menggalakkan penyertaan awam dan untuk menambah baik kesedaran awam mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
(k) untuk menetapkan sasaran dan memastikan pematuhan sasaran itu bagi penambahbaikan dalam kecekapan dan konservasi tenaga; dan
(l) untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau secara munasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
(a) untuk menjalankan segala aktiviti yang ternyata pada Suruhanjaya adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya; dan
(b) untuk mengenakan fi, kos atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan dalam menjalankan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya.
(4) Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Pelantikan pengurus tenaga berdaftar
B
ahagian
III
KEWAJIPAN PENGGUNA TENAGA
5. (1) Seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai hendaklah melantik seorang pengurus tenaga berdaftar dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Seseorang pengurus tenaga berdaftar yang dilantik oleh pengguna tenaga di bawah seksyen ini hendaklah menjalankan fungsi dan kewajipan seperti yang berikut:
(a) untuk mengumpul dan menganalisis data mengenai tenaga bagi dan penggunaan tenaga oleh, pengguna tenaga;
(b) untuk memastikan bahawa pengguna tenaga melaksanakan sistem pengurusan tenaga;
(c) untuk mengawasi pelaksanaan sistem pengurusan tenaga oleh pengguna tenaga;
(d) untuk menyediakan laporan kecekapan dan konservasi tenaga bagi pengguna tenaga;
(e) untuk memastikan ketepatan maklumat yang diberikan dalam laporan kecekapan dan konservasi tenaga;
(f) untuk menasihati pengguna tenaga mengenai apa-apa langkah-langkah penjimatan tenaga lain yang boleh dilaksanakan oleh pengguna tenaga dan untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa langkah-langkah itu; dan
(g) untuk menjalankan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(4) Mana-mana pengurus tenaga berdaftar yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. Sistem pengurusan tenaga
6. (1) Dalam memastikan kecekapan tenaga dalam menjalankan aktiviti, perniagaan atau perdagangannya, seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai hendaklah membangunkan suatu sistem pengurusan tenaga dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan dan melaksanakan sistem pengurusan tenaga itu.
(2) Pengguna tenaga hendaklah membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan tenaga mengikut garis panduan.
(3) Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(4) Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. Laporan kecekapan dan konservasi tenaga
7. (1) Pengurus tenaga berdaftar yang dilantik oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai di bawah subseksyen 5(1) hendaklah menyediakan suatu laporan kecekapan dan konservasi tenaga bagi pengguna tenaga itu yang hendaklah mengandungi maklumat seperti yang berikut:
(a) perihal sistem pengurusan tenaga yang dilaksanakan oleh pengguna tenaga itu;
(b) butiran mengenai jumlah keseluruhan dan tujuan penggunaan tenaga dan sumber tenaga oleh pengguna tenaga itu;
(c) langkah-langkah yang dicadangkan untuk menambah baik kecekapan dan konservasi tenaga oleh pengguna tenaga itu;
(d) butiran mengenai apa-apa langkah-langkah kecekapan dan konservasi tenaga lain yang telah dilaksanakan dan langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan pada tarikh laporan kecekapan dan konservasi tenaga itu; dan
(e) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan.
(2) Pengguna tenaga yang berkenaan dengannya laporan kecekapan dan konservasi tenaga telah disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan kecekapan dan konservasi tenaga itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Mana-mana pengurus tenaga berdaftar yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
(4) Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Audit tenaga
8. (1) Seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai hendaklah dari semasa ke semasa menyebabkan dijalankan suatu audit tenaga berkenaan dengan aktiviti, perniagaan atau perdagangannya untuk mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pengemukaan laporan audit tenaga di bawah subseksyen 9(2).
(2) Pengguna tenaga hendaklah melantik seorang juruaudit tenaga berdaftar untuk menjalankan audit tenaga di bawah subseksyen (1).
(3) Audit tenaga itu hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh juruaudit tenaga berdaftar.
(4) Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Laporan audit tenaga
9. (1) Juruaudit tenaga berdaftar yang dilantik oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai di bawah subseksyen 8(2) hendaklah menyediakan suatu laporan audit tenaga berdasarkan audit tenaga yang dijalankan di bawah subseksyen 8(1) mengikut garis panduan.
(2) Pengguna tenaga yang berkenaan dengannya laporan audit tenaga telah disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan audit tenaga itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Pengguna tenaga boleh, selepas mengemukakan laporan audit tenaganya yang pertama dan dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, memohon kepada Suruhanjaya supaya dikecualikan daripada mengemukakan laporan audit tenaga selanjutnya dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) jika pengguna tenaga itu berupaya untuk menunjukkan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya bahawa selepas sebahagian besar tempoh masa dia telah melaksanakan langkah-langkah kecekapan dan konservasi tenaga yang penting dan pelaksanaan langkah-langkah itu telah menyebabkan penambahbaikan dalam kecekapan tenaga dalam menjalankan aktiviti, perniagaan atau perdagangannya.
(4) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (3) dan apabila berpuas hati dengan permohonan bagi pengecualian itu, Suruhanjaya boleh meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu notis pengecualian bertulis kepada pengguna tenaga itu.
(5) Pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (4) hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh yang dinyatakan dalam notis pengecualian bertulis itu.
(6) Apabila menerima suatu laporan audit tenaga daripada pengguna tenaga di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh meminta pengguna tenaga itu untuk memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan laporan audit tenaga sebagaimana yang difikirkan perlu
oleh Suruhanjaya dan jika pengguna tenaga tidak memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan itu, laporan audit tenaga itu boleh ditolak oleh Suruhanjaya.
(7) Apabila meneliti laporan audit tenaga dan jika—
(a) Suruhanjaya mendapati bahawa laporan audit tenaga itu tidak disediakan mengikut garis panduan; atau
(b) pada pendapat Suruhanjaya, kandungan laporan audit tenaga itu tidak memadai,
Suruhanjaya boleh mengarahkan pengguna tenaga itu untuk membetulkan laporan audit tenaga itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(8) Jika Suruhanjaya mengarahkan pengguna tenaga untuk membetulkan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (7) dan pengguna tenaga tidak membetulkan laporan audit tenaga itu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya hendaklah selanjutnya mengarahkan pengguna tenaga itu untuk mengemukakan laporan audit tenaga yang baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(9) Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan penyediaan laporan audit tenaga yang baharu di bawah subseksyen (8).
(10) Mana-mana pengguna tenaga yang tidak mengemukakan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (2) atau (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Label intensiti tenaga
B
ahagian
IV
KEWAJIPAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB BAGI BANGUNAN
10. (1) Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah, dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, memohon kepada Suruhanjaya supaya dikeluarkan suatu label intensiti tenaga berkenaan dengan bangunan itu.
(2) Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak memohon label intensiti tenaga dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah membayar fi lewat yang ditetapkan.
(3) Permohonan bagi suatu label intensiti tenaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan bayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(4) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan berkenaan dengan bangunan itu suatu label intensiti tenaga dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(5) Label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah sah selama suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan. Mempamerkan label intensiti tenaga
11. (1) Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah pada setiap masa mempamerkan di suatu bahagian yang mudah dilihat di bangunan itu label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah seksyen 10 berkenaan dengan bangunan itu.
(2) Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Pengubahan, pemalsuan, dsb., label intensiti tenaga
12. (1) Tiada seorang pun boleh—
(a) mengubah, memalsukan, mencacatkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa label intensiti tenaga;
(b) menggunakan apa-apa label intensiti tenaga yang dalam pengetahuannya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan, dirosakkan, dimusnahkan atau habis tempoh bagi apa-apa jua maksud; atau
(c) mempamerkan apa-apa label intensiti tenaga yang dalam pengetahuannya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan, dirosakkan atau habis tempoh.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Prestasi intensiti tenaga
13. (1) Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah memastikan bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu mematuhi penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Dalam memastikan bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu mematuhi penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah mematuhi apa-apa cara bagi maksud itu sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Dalam menentukan sama ada prestasi intensiti tenaga bangunan itu mematuhi penarafan kecekapan tenaga, Suruhanjaya hendaklah menggunakan apa-apa maklumat atau keterangan yang tersedia pada Suruhanjaya dan mematuhi garis panduan.
(4) Jika Suruhanjaya mendapati bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu tidak mematuhi penarafan kecekapan tenaga, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis ketidakpatuhan kepada orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu.
(5) Apabila menerima notis bertulis ketidakpatuhan di bawah subseksyen (4), orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah menyebabkan dijalankan suatu audit tenaga untuk menambah baik prestasi intensiti tenaga bangunan itu bagi mematuhi penarafan kecekapan tenaga.
(6) Orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah melantik seorang juruaudit tenaga berdaftar untuk menjalankan audit tenaga di bawah subseksyen (5).
(7) Audit tenaga itu hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh juruaudit tenaga berdaftar.
(8) Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang melanggar subseksyen (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Laporan audit tenaga berkenaan dengan bangunan
14. (1) Juruaudit tenaga berdaftar yang dilantik oleh orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai di bawah subseksyen 13(6) hendaklah menyediakan suatu laporan audit tenaga berdasarkan audit tenaga yang dijalankan di bawah subseksyen 13(7) mengikut garis panduan.
(2) Orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang berkenaan dengan bangunan itu laporan audit tenaga telah disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan audit tenaga itu bersama-sama dengan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang disediakan di bawah seksyen 15 kepada Suruhanjaya dalam masa satu tahun dari tarikh notis bertulis ketidakpatuhan dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen 13(4).
(3) Apabila menerima laporan audit tenaga daripada orang yang bertanggungjawab bagi bangunan di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh meminta orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan laporan audit tenaga sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya dan jika orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu tidak memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan itu, laporan audit tenaga itu boleh ditolak oleh Suruhanjaya.
(4) Apabila meneliti laporan audit tenaga dan jika—
(a) Suruhanjaya mendapati bahawa laporan audit tenaga itu tidak disediakan mengikut garis panduan; atau
(b) pada pendapat Suruhanjaya, kandungan laporan audit tenaga itu tidak memadai,
Suruhanjaya boleh mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk membetulkan laporan audit tenaga itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(5) Jika Suruhanjaya mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk membetulkan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (4) dan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu tidak membetulkan laporan audit tenaga itu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya hendaklah selanjutnya mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk mengemukakan laporan audit tenaga yang baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(6) Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan penyediaan laporan audit tenaga yang baharu di bawah subseksyen (5).
(7) Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak mengemukakan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (2) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Pelan penambahbaikan kecekapan tenaga
15. (1) Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang berkenaan dengan bangunan itu suatu laporan audit tenaga dikehendaki untuk disediakan dan dikemukakan di bawah seksyen 14 hendaklah menyediakan suatu pelan penambahbaikan kecekapan tenaga berdasarkan laporan audit tenaga itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah mengemukakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang disediakan di bawah subseksyen (1) kepada Suruhanjaya bagi kelulusan Suruhanjaya bersama-sama dengan laporan audit tenaga di bawah subseksyen 14(2).
(3) Selepas menimbangkan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu, Suruhanjaya boleh meluluskan atau menolak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu.
(4) Jika Suruhanjaya meluluskan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah melaksanakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang diluluskan itu berkenaan dengan bangunan itu.
(5) Jika Suruhanjaya menolak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu, Suruhanjaya hendaklah mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu menyemak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(6) Jika orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu tidak menyemak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (5), Suruhanjaya hendaklah selanjutnya mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk mengemukakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(7) Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan penyediaan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang baharu di bawah subseksyen (6).
(8) Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak melaksanakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang diluluskan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(9) Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak mengemukakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga di bawah subseksyen (2) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Ketidakpakaian seksyen 13, 14 dan 15
16. Seksyen 13, 14 dan 15 tidak terpakai berkenaan dengan bangunan yang orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu juga merupakan seorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai. Menjual, dsb., produk menggunakan tenaga
B
ahagian
V
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PRODUK MENGGUNAKAN TENAGA
17. (1) Tiada seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk menjual, mempamer, mengiklan atau memajak apa-apa produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai melainkan jika produk menggunakan tenaga itu ditampal dengan label penarafan kecekapan tenaga yang dikeluarkan di bawah subseksyen 21(5).
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Mengedarkan produk menggunakan tenaga
18. (1) Tiada pengilang atau pengimport boleh mengedarkan apa-apa produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai melainkan jika pengilang atau pengimport itu berdaftar dengan Suruhanjaya di bawah seksyen 19 dan suatu perakuan kecekapan tenaga telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu di bawah seksyen 21.
(2) Mana-mana pengilang atau pengimport yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Pendaftaran pengilang atau pengimport
19. (1) Permohonan bagi pendaftaran oleh pengilang atau pengimport yang berhasrat untuk mengedarkan produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(4) Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran. Pembatalan perakuan pendaftaran pengilang berdaftar dan pengimport berdaftar
20. (1) Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 19(3) jika pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar itu—
(a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
(b) telah terhenti daripada menjalankan perniagaan yang berkenaan dengannya ia didaftarkan di bawah Akta ini;
(c) telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan pendaftaran itu;
(d) telah mengubah perakuan pendaftaran itu; atau
(e) telah memperoleh perakuan pendaftaran itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya.
(2) Apabila perakuan pendaftaran dibatalkan, perakuan pendaftaran itu hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan pengilang atau pengimport itu tidak dibenarkan untuk memfailkan apa-apa permohonan baharu untuk didaftarkan di bawah Akta ini. Permohonan bagi perakuan kecekapan tenaga
21. (1) Permohonan oleh pengilang atau pengimport yang berhasrat untuk mengedarkan produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai bagi suatu perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
(a) meluluskan permohonan itu jika—
(i) produk menggunakan tenaga itu mematuhi metodologi pengujian produk menggunakan tenaga, pengiraan kecekapan tenaga dan penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan; dan
(ii) produk menggunakan tenaga itu memenuhi standard prestasi tenaga minimum sebagaimana yang ditetapkan; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(4) Jika Suruhanjaya meluluskan permohonan itu, Suruhanjaya hendaklah, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(5) Apabila dikeluarkan perakuan kecekapan tenaga di bawah subseksyen (4), Suruhanjaya hendaklah juga mengeluarkan label penarafan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga itu dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(6) Perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) hendaklah sah bagi tempoh satu tahun dari tarikh pengeluarannya. Pembaharuan perakuan kecekapan tenaga
22. (1) Pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan berkenaan dengan produk menggunakan tenaga di bawah seksyen 21 sebelum tarikh habis tempoh perakuan kecekapan tenaga itu dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
(a) meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan kecekapan tenaga itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan penolakan itu.
(4) Mana-mana pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar yang berhasrat untuk memohon bagi pembaharuan perakuan kecekapan tenaga tetapi tidak memohon bagi pembaharuan itu sebelum tarikh habis tempoh perakuan kecekapan tenaga itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan baharu bagi perakuan kecekapan tenaga itu di bawah seksyen 21.
(5) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiadanya pembaharuan perakuan kecekapan tenaga atau penolakan oleh Suruhanjaya untuk membaharui perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan suatu produk menggunakan tenaga di bawah seksyen ini tidak menjejaskan kesahan label penarafan kecekapan tenaga yang telahpun dikeluarkan berkenaan dengan produk itu di bawah subseksyen 21(5). Pembatalan perakuan kecekapan tenaga
23. (1) Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan perakuan kecekapan tenaga yang dikeluarkan berkenaan dengan produk menggunakan tenaga di bawah seksyen 21 dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a) komponen produk menggunakan tenaga itu telah diubah, diganti atau ditukar;
(b) selepas pemeriksaan oleh Suruhanjaya semasa pengawasan pasaran, Suruhanjaya mendapati bahawa produk menggunakan tenaga sebagaimana yang diletakkan dalam pasaran tidak lagi memenuhi standard prestasi tenaga minimum sebagaimana yang ditetapkan;
(c) pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan kecekapan tenaga itu; atau
(d) pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar telah memperoleh perakuan kecekapan tenaga itu berkenaan dengan produk menggunakan tenaga dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya.
(2) Apabila perakuan kecekapan tenaga dibatalkan, perakuan kecekapan tenaga itu hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar hendaklah memanggil balik dan menyebabkan dialihkan daripada pasaran produk menggunakan tenaga yang berkenaan dengannya perakuan kecekapan tenaga yang dibatalkan itu telah dikeluarkan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis.
(3) Mana-mana pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Kewajipan untuk menyimpan rekod dan dokumen oleh pengilang berdaftar dan pengimport berdaftar
24. (1) Pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar hendaklah menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat selama tempoh tujuh tahun dari tarikh perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen 19(3) suatu salinan laporan pengujian prestasi tenaga atau surat penilaian yang dikeluarkan oleh badan penilaian pematuhan atau makmal yang diiktiraf oleh Suruhanjaya berhubung dengan produk menggunakan tenaga yang berkenaan dengannya perakuan kecekapan tenaga itu telah dikeluarkan.
(2) Mana-mana pengilang berdaftar atau pengimport berdaftar yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Kehendak bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga
B
ahagian
VI
PENDAFTARAN PENGURUS TENAGA DAN JURUAUDIT TENAGA
25. (1) Tiada seorang pun pengurus tenaga boleh menjalankan apa-apa fungsi atau kewajipan di bawah Akta ini melainkan jika dia telah berdaftar di bawah Akta ini dan memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2) Tiada seorang pun juruaudit tenaga boleh menjalankan apa-apa audit tenaga di bawah Akta ini melainkan jika dia telah berdaftar di bawah Akta ini dan memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. Kelayakan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga
26. Mana-mana pengurus tenaga atau juruaudit tenaga boleh memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini jika— Permohonan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga
(a) dia warganegara Malaysia;
(b) dia memegang apa-apa kelayakan sebagaimana yang ditetapkan;
(c) dia memenuhi kehendak prasyarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, termasuk kehendak bagi latihan; dan
(d) dia tidak pernah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.
27. (1) Permohonan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh— Permohonan bagi perakuan amalan pengurus tenaga berdaftar dan juruaudit tenaga berdaftar
(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
28. (1) Permohonan bagi suatu perakuan amalan oleh pengurus tenaga atau juruaudit tenaga yang telah berdaftar di bawah seksyen 27 hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan amalan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(4) Perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan amalan itu. Pembaharuan perakuan amalan pengurus tenaga berdaftar dan juruaudit tenaga berdaftar
29. (1) Pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan amalannya yang dikeluarkan di bawah subseksyen 28(3) sebelum tarikh habis tempoh perakuan amalan itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar yang memohon bagi pembaharuan perakuan amalan selepas tarikh habis tempoh perakuan amalan itu hendaklah membayar fi lewat yang ditetapkan.
(3) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(4) Jika permohonan bagi pembaharuan perakuan amalan dibuat oleh pengurus tenaga berdaftar, sebagai tambahan kepada fi yang ditetapkan dan maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (3), permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa bukti bahawa pengurus tenaga berdaftar itu telah menghadiri program pembangunan berterusan yang mencukupi yang dijalankan oleh suatu institusi latihan berdaftar sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
(5) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh— Pembatalan perakuan pendaftaran pengurus tenaga berdaftar dan juruaudit tenaga berdaftar
(a) meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan amalan itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
30. (1) Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan perakuan pendaftaran pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar itu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(3) jika pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar itu—
(a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
(b) telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan pendaftaran itu;
(c) telah mengubah perakuan pendaftaran itu;
(d) telah memperoleh perakuan pendaftaran itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya; atau
(e) telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.
(2) Apabila perakuan pendaftaran dibatalkan, kedua-dua perakuan pendaftaran dan perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(3) dan 28(3) masing-masing, hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan pengurus tenaga atau juruaudit tenaga itu tidak dibenarkan untuk memfailkan apa-apa permohonan baharu untuk didaftarkan di bawah Akta ini. Kehendak bagi pendaftaran institusi latihan
B
ahagian
VII
PENDAFTARAN INSTITUSI LATIHAN
31. (1) Tiada institusi latihan boleh—
(a) mengendalikan kursus latihan kepada mana-mana orang yang berhasrat untuk menjadi pengurus tenaga berdaftar; atau
(b) menjalankan program pembangunan berterusan bagi pengurus tenaga berdaftar di bawah Akta ini,
melainkan jika institusi latihan itu telah berdaftar di bawah Akta ini dan memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana institusi latihan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Kelayakan bagi pendaftaran institusi latihan
32. Mana-mana institusi latihan boleh memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini jika institusi latihan itu— Permohonan bagi pendaftaran institusi latihan
(a) merupakan suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain yang diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(b) memenuhi kehendak prasyarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
(c) tidak pernah disabitkan dengan suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.
33. (1) Permohonan bagi pendaftaran institusi latihan hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh— Permohonan bagi perakuan amalan institusi latihan berdaftar
(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan pendaftaran dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
34. (1) Permohonan bagi perakuan amalan oleh institusi latihan yang telah berdaftar di bawah seksyen 33 hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan suatu perakuan amalan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
(4) Perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan amalan itu. Pembaharuan perakuan amalan institusi latihan berdaftar
35. (1) Institusi latihan berdaftar boleh memohon untuk membaharui perakuan amalannya yang dikeluarkan di bawah subseksyen 34(3) sebelum tarikh habis tempoh perakuan amalan itu dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Institusi latihan berdaftar yang memohon bagi pembaharuan perakuan amalan selepas tarikh habis tempoh perakuan amalan itu hendaklah membayar fi lewat yang ditetapkan.
(3) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(4) Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh— Pembatalan perakuan pendaftaran institusi latihan berdaftar
(a) meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan amalan itu selepas dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b) menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
36. (1) Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada institusi latihan berdaftar, membatalkan perakuan pendaftaran institusi latihan berdaftar itu yang dikeluarkan di bawah subseksyen 33(3) jika institusi latihan berdaftar itu—
(a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
(b) telah terhenti untuk menjalankan perniagaan yang berkenaan dengannya ia didaftarkan di bawah Akta ini;
(c) telah menyalahgunakan atau menyebabkan disalah guna perakuan pendaftaran itu;
(d) telah mengubah perakuan pendaftaran itu;
(e) telah memperoleh perakuan pendaftaran itu dengan membuat atau menyebabkan dibuat, atau dengan mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan, suatu pengakuan, perakuan, permohonan, representasi atau maklumat palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya; atau
(f) telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.
(2) Apabila perakuan pendaftaran dibatalkan, kedua-dua perakuan pendaftaran dan perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 33(3) dan 34(3) masing-masing, hendaklah menjadi tidak sah dari tarikh notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dan institusi latihan itu tidak dibenarkan untuk memfailkan apa-apa permohonan baharu untuk didaftarkan di bawah Akta ini. Kajian semula dan audit pengguna tenaga, dsb.
B
ahagian
VIII
KUASA MENGUMPULKAN MAKLUMAT
37. (1) Suruhanjaya boleh—
(a) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan kajian semula atau audit ke atas mana-mana pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, pengilang berdaftar, pengimport berdaftar, pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar atau institusi latihan berdaftar atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengenai pematuhan mereka terhadap peruntukan Akta ini, mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikemukakan oleh mereka kepada Suruhanjaya atau mengenai apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya; atau
(b) menghendaki mana-mana pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, pe ngi l a ng be rda ft a r , pe ngi m port be rdaft a r , pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar atau institusi latihan berdaftar untuk melantik, atas kos mereka sendiri, seorang pakar bebas, dengan kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk menjalankan kajian semula atau audit mengenai pematuhan mereka terhadap peruntukan Akta ini, mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikemukakan oleh mereka kepada Suruhanjaya atau mengenai apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
(2) Kajian semula dan audit di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan mengikut garis panduan.
(3) Pengguna tenaga, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan, pengilang berdaftar, pengimport berdaftar, pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar atau institusi latihan berdaftar atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang— Kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat, dsb.
(a) tidak memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bagi maksud seksyen ini;
(b) dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki melalui notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya untuk dikemukakan bagi maksud seksyen ini; atau
(c) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, atau pakar bebas dalam menjalankan kajian semula atau audit di bawah seksyen ini,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
38. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—
(a) mempunyai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau
(b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini,
Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan orang itu—
(A) supaya memberikan apa-apa maklumat atau butir-butir sedemikian kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan bentuk dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;
(B) supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;
(C) supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan supaya mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;
(D) jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;
(E) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan itu untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; atau
(F) jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya.
(2) Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—
(a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan
(b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang yang terakhir mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.
(3) Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian,
termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain yang akan menjadikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu tidak benar atau mengelirukan.
(4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit. Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen
39. (1) Suruhanjaya boleh mengambil dan memegang simpan selama apa-apa tempoh masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya, mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah Bahagian ini.
(2) Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperaku sah oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan benar dokumen itu.
(3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, salinan yang diperaku sah dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
(4) Sehingga suatu salinan yang diperaku sah dokumen itu dibekalkan, Suruhanjaya hendaklah, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang memberikan dokumen itu atau seseorang yang diberi kuasa oleh orang itu untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen asal itu.
(5) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu secepat yang dapat dilaksanakan. Akses kepada rekod
40. (1) Seseorang hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta oleh Suruhanjaya melalui notis bertulis, membenarkan Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam notis bertulis itu, untuk mendapat akses kepada rekodnya bagi maksud menjalankan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. Pegawai diberi kuasa
B
ahagian
IX
PENGUATKUASAAN
41. (1) Menteri boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kad kuasa
42. (1) Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya.
(2) Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1). Kuasa penyiasatan
43. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis, kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Kuasa untuk memasuki premis dan memeriksa, dsb., dokumen, rekod, dsb.
44. Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, menjalankan kuasa yang berikut: Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
(a) untuk memasuki mana-mana premis selain premis yang hanya digunakan untuk kediaman;
(b) untuk memeriksa atau menentusahkan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang dijumpai di dalam premis itu;
(c) untuk mengambil sampel apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada suatu kesalahan telah dilakukan;
(d) untuk membuat salinan atau mengambil cabutan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan atau benda yang dijumpai di dalam premis itu; dan
(e) untuk menghendaki, tetapi hanya jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perintah atau arahan yang dibuat di bawah Akta ini dituruti dengan sewajarnya,
mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan, dan jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, pegawai diberi kuasa itu sendiri boleh berbuat demikian.
45. (1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di dalam mana-mana premis, supaya apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai suatu kesalahan boleh didapati di dalam mana-mana premis, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa, dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan untuk menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda itu.
(2) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang ternyata pada pegawai diberi kuasa itu perlu dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya menurut waran di bawah subseksyen yang terdahulu dia hendaklah, jika premis itu tidak dihuni atau penghuni tidak ada buat sementara waktu, meninggalkan premis itu dalam keadaan yang betul-betul selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan premis itu didapati olehnya.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberikan kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang mengandungi atau dengan semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.
(4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(5) Pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan seseorang di bawah subseksyen (4) atau seksyen 46 boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga suatu perintah dikeluarkan oleh mahkamah bagi pelupusannya.
(6) Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seseorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
(7) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa yang menyita itu hendaklah dengan apa-apa cara mengelak dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
(8) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7) atau memindahkan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
46. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer, dsb.
waran geledah di bawah seksyen 45 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 45 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
47. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44, 45 dan 46 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital, sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2) Pada menjalankan kuasanya, pegawai diberi kuasa—
(a) boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
(b) boleh menghendaki—
(i) orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
(ii) orang yang bertanggungjawab bagi, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data,
untuk memberinya apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
(3) Pegawai diberi kuasa boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital itu, jika difikirkannya perlu.
(4) Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital.
(5) Mana-mana orang yang tidak memberi akses kepada mana-mana pegawai diberi kuasa kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau data berdigital di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit. Pemberian maklumat
48. (1) Mana-mana orang yang—
(a) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
(b) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seseorang pegawai diberi kuasa dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
(a) kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
(b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
(3) Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
(4) Dalam mana-mana prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa—
(a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau
(b) dia mempunyai kuasa yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.
(5) Seseorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang dilakukan olehnya dalam penjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang diniatkan, bagi Akta ini. Waran geledah sah walaupun cacat
49. Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran geledah itu dan apa-apa dokumen, rekod, Senarai dokumen, dsb., yang disita
data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita di bawah waran geledah itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
50. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda disita di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan senarai dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita itu dan dengan segera menyerahkan salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
(2) Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu. Pelucuthakan dokumen, dsb., yang disita
51. (1) Apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
(2) Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan
tenaga, produk, label, item atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dilucuthakkan apabila habis tempoh tiga bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan kepada dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dan bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa bahawa dia menuntut dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu.
(5) Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Suruhanjaya yang boleh mengarahkan supaya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa untuk merujukkan perkara itu kepada
mahkamah bagi keputusan.
(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dan orang yang daripadanya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu disita supaya hadir di mahkamah dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dilucuthakkan atau boleh jika tidak dibuktikan sedemikian memerintahkan supaya dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu dilepaskan.
(7) Apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu mengikut arahan Suruhanjaya. Pelepasan dokumen, dsb., yang disita
52. (1) Jika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh pada bila-bila masa selepas itu, dengan keizinan Pendakwa Raya, melepaskan dokumen, rekod,
data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji,
kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu, jika dia berpuas hati bahawa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam hal sedemikian, pegawai yang diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu atau Kerajaan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.
(2) Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda itu di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari daripada pelepasan itu. Kos memegang dokumen dsb., yang disita
53. Jika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Suruhanjaya sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda dalam jagaan itu hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan kembali
54. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
55. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
(2) Jika mana-mana orang sedemikian enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu. Halangan
56. Mana-mana orang yang— Keterangan ejen provokasi boleh diterima
(a) enggan untuk memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c) enggan untuk memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya;
(d) enggan untuk memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya yang lain apa-apa maklumat yang boleh dikehendaki daripadanya secara munasabah dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya yang berhubungan dengan apa-apa perkara di bawah fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 4; atau
(e) memberikan maklumat atau dokumen yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai respons kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
57. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
(2) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau secara bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi itu oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya. Mengambil sampel
58. (1) Jika apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini terdapat dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalnya, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang sama jenis, kuantiti dan kualiti.
(2) Jika bungkusan atau bekas yang mengandungi dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang melanggar peruntukan Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah disita, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel sahaja, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.
(3) Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan dokumen, dsb.
59. Mana-mana orang yang— Pemulaan pendakwaan
(a) memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau
(b) menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar ke luar Malaysia,
apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disimpan atau disenggarakan untuk memfraud pegawai diberi kuasa atau Suruhanjaya atau untuk menyekat, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa oleh pegawai diberi kuasa atau Suruhanjaya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
B
ahagian
X
AM
60. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Pengkompaunan kesalahan
61. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
(a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2) Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah
telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Suruhanjaya suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3) Suatu tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Suruhanjaya boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa dokumen, rekod, data berkomputer, data berdigital, pelan, lukisan, bahan, loji, kelengkapan, jentera, barang, produk menggunakan tenaga, produk, label, item atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
(5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.
62. Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.
firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara
atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
(b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
63. Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan— Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
(a) oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;
(b) oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
(c) oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu,
orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.
64. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap— Daftar
(a) Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diperintahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b) mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa,
jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dihasratkan untuk dicapai dengannya.
65. (1) Suruhanjaya hendaklah menyimpan dan menyenggara daftar-daftar yang berikut dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya:
(a) daftar pengurus tenaga berdaftar;
(b) daftar juruaudit tenaga berdaftar;
(c) daftar pengilang berdaftar dan pengimport berdaftar; dan
(d) daftar institusi latihan berdaftar.
(2) Suruhanjaya hendaklah memotong daripada daftar nama dan butir-butir lain— Penyampaian notis
(a) mana-mana pengurus tenaga berdaftar atau juruaudit tenaga berdaftar—
(i) yang telah meninggal dunia;
(ii) yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau
(iii) yang perakuan pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 30; dan
(b) mana-mana pengilang berdaftar, pengimport berdaftar atau institusi latihan berdaftar—
(i) yang berada dalam penyelesaian atau telah digulung atau selainnya dibubarkan: atau
(ii) yang perakuan pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 20 dan 36 masing-masing.
66. (1) Tiap-tiap notis atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki untuk disampaikan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini boleh disampaikan—
(a) secara ke diri kepada orang itu;
(b) dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau
(c) melalui cara elektronik.
(2) Notis atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah dihantar serah kepada
orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis atau dokumen lain itu telah dialamatkan—
(a) dalam hal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain—
(i) ke pejabat berdaftarnya;
(ii) ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau
(iii) kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima proses penyampaian; dan
(b) dalam hal seorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui.
(3) Jika seseorang telah memberikan persetujuannya untuk suatu notis atau dokumen disampaikan kepadanya melalui cara elektronik, notis atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa notis atau dokumen elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui cara elektronik. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan arahan
67. (1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2) Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.
(3) Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan atau arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini. Kuasa untuk mengecualikan
68. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat dikenakan, mengecualikan apa-apa Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
bangunan atau kelas bangunan, mana-mana pengilang atau pengimport atau kelas pengilang atau pengimport atau apa-apa produk menggunakan tenaga atau kelas produk menggunakan tenaga daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini.
69. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
(a) untuk menetapkan ambang penggunaan tenaga bagi maksud menentukan pemakaian Akta ini bagi seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;
(b) untuk menetapkan tempoh dan cara bagi pelantikan pengurus tenaga berdaftar;
(c) untuk menetapkan tempoh bagi pembangunan suatu sistem pengurusan tenaga oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;
(d) untuk menetapkan tempoh dan cara bagi pengemukaan suatu laporan kecekapan dan konservasi tenaga oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;
(e) untuk menetapkan tempoh dan cara bagi pengemukaan suatu laporan audit tenaga oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;
(f) untuk menetapkan tempoh bagi suatu permohonan pengecualian daripada mengemukakan laporan audit tenaga selanjutnya oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai;
(g) untuk menetapkan tempoh dan cara permohonan bagi suatu label intensiti tenaga berkenaan dengan bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, termasuk tempoh sah label intensiti tenaga itu;
(h) untuk menetapkan penarafan kecekapan tenaga berhubung dengan prestasi intensiti tenaga yang hendaklah dipatuhi oleh bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, termasuk cara untuk mematuhi penarafan kecekapan tenaga itu;
(i) untuk menetapkan standard prestasi tenaga minimum yang hendaklah dipenuhi oleh produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai;
(j) untuk menetapkan kelayakan bagi pendaftaran pengurus tenaga dan juruaudit tenaga di bawah Akta ini;
(k) untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan-kesalahan itu bagi maksud seksyen 61;
(l) untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini, termasuk fi lewat; dan
(m) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.
(3) Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi kesalahan itu. Kuasa untuk meminda Jadual
70. Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini. Kecualian
71. (1) Mana-mana orang yang memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai pengurus tenaga elektrik yang dikeluarkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai pengurus tenaga berdaftar di bawah Akta ini dan boleh menjalankan
fungsi dan kewajipan pengurus tenaga berdaftar di bawah Akta ini sehingga tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu, dengan syarat bahawa orang itu telah membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai seseorang pengurus tenaga di bawah Akta ini.
(2) Apa-apa produk menggunakan tenaga yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelulusan yang sah telah dikeluarkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dikeluarkan berkenaan dengannya suatu perakuan kecekapan tenaga di bawah Akta ini sehingga tarikh habis tempoh perakuan kelulusan itu, dengan syarat bahawa permohonan bagi suatu perakuan kecekapan tenaga berkenaan dengan produk menggunakan tenaga telah dibuat di bawah Akta ini.
J
adual
P
ertama
[Seksyen 2]
SUMBER TENAGA
1. Arang batu keras
2. Kok atau kok ketuhar
3. Kok gas
4. Kok arang batu coklat
5. Brikuet bahan api bercorak
6. Lignit atau arang batu coklat
7. Gambut
8. Briket lignit
9. Gas asli cecair (LNG)
10. Butana
11. Propana
12. Gas asli
13. Etana
14. Metana
15. Fotovolta suria
16. Terma suria
17. Biogas
18. Biodiesel
19. Arang
20. Tandan buah kosong (EFB)
21. Kayu api
22. Serat mesokarp
23. Tempurung inti sawit (PKS)
J
adual
K
edua
[Seksyen 2] TENAGA
1. Elektrik
2. Air kokol
3. Stim
4. Air panas
J
adual
K
etiga
[Perenggan 3(1)(b)] BANGUNAN
1. Bangunan pejabat