「2000 지리적표시법」
• 국가‧지역: 말레이시아 • 법률번호: 법률 제602호 • 제정일: 2000년 5월 30일 • 개 정 일: 2003년 3월 3일
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelindungan petunjuk geografi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [15 Ogos 2001, P.U. (B) 313/2001] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: 지리적표시 및 이와 관련된 사항 의 보호에 관한 법률 [2001년 8월 15일, P.U. (B) 313/2001] 말레이시아 국회에서 다음과 같 이 제정한다.
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Petunjuk Geografi 2000.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
“barang” ertinya apa-apa keluaran semula jadi atau pertanian atau apa-apa keluaran kraftangan atau industri; “Daftar” ertinya Daftar Petunjuk Geografi yang disimpan di bawah Akta ini; “ejen” ertinya seorang Petunjuk Geografi yang berdaftar mengikut Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya; “Konvensyen Paris” ertinya Konvensyen Paris bagi Pelindungan Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883, sebagaimana yang disemak atau dipinda dari semasa ke semasa; “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek; “orang yang berkepentingan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam seksyen 11; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Petunjuk Geografi yang ditetapkan dalam subseksyen 8(1); “pengeluar” ertinya— (a) mana-mana pengeluar keluaran pertanian; (b) mana-mana orang yang menggunakan keluaran semula jadi; (c) mana-mana pengilang keluaran kraftangan atau industri; atau (d) mana-mana pedagang yang berurus niaga keluaran yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c); “Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar dibawah subseksyen 8(2) atau (3); “Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617]; “petunjuk geografi” ertinya suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu barang itu adalah pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya; “petunjuk geografi yang boleh dilindungi” ertinya petunjuk geografi yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori petunjuk geografi yang dinyatakan dalam seksyen 4; “pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi yang dipunyai oleh, bagi pihak, atau yang dibenarkan oleh, Kerajaan; “tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002; “Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilatik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen8(2) atau (3); dan “tuan punya berdaftar” berhubung dengan sesuatu petunjuk geografi, ertinya orang yang pada masa ini tercatat dalam Daftar sebagai tuan punya petunjuk geografi itu.
(a) tanpa mengira sama ada atau tidak petunjuk geografi itu didaftarkan di bawah Akta ini; dan (b) terhadap petunjuk geografi yang lain yang, walaupun secara harfiahnya adalah benar tentang negara, wilayah, kawasan atau tempat yang darinya barang itu berasal, memberikan gambaran yang palsu kepada orang ramai bahawa barang itu berasal dari negara, wilayah, kawasan atau tempat lain.
(a) petunjuk geografi yang tidak sama dengan pengertian “petunjuk geografi” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2; (b) petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral; (c) petunjuk geografi yang tidak lagi dilindungi atau telah terhenti dilindungi di negara atau wilayah asalnya; atau (d) petunjuk geografi yang tidak digunakan lagi di negara atau wilayah asalnya.
Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memulakan prosiding di Mahkamah untuk menghalang, berkenaan dengan petunjuk geografi— (a) penggunaan dalam perjalanan perdagangan apa apa cara mengenai nama atau penyampaian apa-apa barang yang menunjukkan atau yang memberikan maksud, mengikut cara yang mengelirukan orang ramai tentang asal geografi barang itu, bahawa barang yang berkenaan berasal dari kawasan geografi yang lain daripada tempat asal sebenar barang itu; (b) apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan yang menjadi suatu tindakan persaingan tidak saksama mengikut pengertian Perkara 10bis Konvensyen Paris sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual; (c) apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan sesuatu petunjuk geografi yang, walaupun secara harfiahnya adalah benar tentang negara, wilayah, kawasan atau tempat yang darinya barang itu berasal, memberikan gambaran yang palsu kepada orang ramai bahawa barang itu berasal dari negara, wilayah, kawasan atau tempat lain; atau (d) apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan sesuatu petunjuk geografi yang mengenal pasti wain bagi wain yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan atau sesuatu petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit bagi spirit yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan, walaupun asal sebenar wain atau spirit itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam bentuk terjemahan atau disertakan dengan ungkapan seperti “jenis”, “macam”, “gaya” atau “tiruan”.
Mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalang apa-apa penggunaan secara tidak sah petunjuk geografi itu dan mengawardkan apa-apa ganti rugi dan apa-apa remedi atau relief lain di sisi undang- undang sebagaimana yang difikirkannya patut.
Tiada tindakan di bawah seksyen 5 boleh dibawa terhadap seseorang kerana penggunaan suatu cap dagangan yang mengandungi atau terdiri daripada suatu petunjuk geografi selepas habis tempoh lima tahun— (a) dari tarikh penggunaan sedemikian oleh orang itu atau pendulunya dalam hakmilik telah diketahui ramai di Malaysia; atau (b) dari tarikh pendaftaran cap dagangan itu oleh orang itu di bawah Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175], mengikut mana-mana yang lebih awal.
Subseksyen (1) tidak terpakai jika cap dagangan itu digunakan atau didaftarkan dengan niat jahat.
Dalam hal petunjuk geografi yang homonim bagi wain, perlindungan hendaklah diberikan kepada setiap petunjuk.
Pendaftar, dalam hal penggunaan serentak secara bona fide petunjuk geografi yang homonim, hendaklah menentukan keadaan-keadaan yang praktis yang di bawahnya petunjuk geografi yang homonim yang berkenaan boleh dibezakan antara satu sama lain, dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada pengeluar yang berkenaan dan bahawa orang ramai tidak dikelirukan.
Ketua Pengarah Perbadanan hendaklah menjadi Petunjuk Geografi.
Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukannya, daripada kalangan orang dalam pengajian Perbadanan, apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Petunjuk Geografi, Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian dibawah subseksyen (3).
Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain dibawah Akta ini sebelum tarikh yang ditetapkan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan dan telah memilih sedemikian hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain di bawah subseksyen (2).
Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar, seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa fungsi Pendaftar di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar dan perbuatan atau tandatangan seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.
Pendaftar hendaklah mempunyai meterai dengan reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.
Suatu Pejabat Petunjuk Geografi Pusat dan apa-apa bilangan pejabat cawangan bagi Pejabat Petunjuk Geografi Pusat yang diperlukan bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan.
Apa-apa permohonan atau dokumen lain yang dikehendaki atau dibenarkan difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi Pusat dan permohonan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat.
Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang dinamakan Daftar Petunjuk Geografi yang di dalamnya hendaklah direkodkan semua butir yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar.
Daftar hendaklah disimpan dalam bentuk dan pada bahan yang ditetapkan.
Daftar hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang ramai pada masa dan mengikut syarat yang boleh ditetapkan.
Suatu salinan atau cabutan yang diperakui benar bagi manamana catatan dalam Daftar yang dimeterai dengan meterai Pendaftar hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang menghendaki salinan atau cabutan itu apabila fi yang ditetapkan dibayar.
Orang yang berikut adalah berhak untuk memfailkan permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi: (a) seseorang yang menjalankan suatu aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam permohonan itu berkenaan dengan barang yang dinyatakan dalam permohonan itu, dan termasuklah suatu kumpulan atau kumpulan-kumpulan orang sedemikian; (b) suatu pihak berkuasa yang berwibawa; atau (c) suatu organisasi atau persatuan perdagangan.
Seseorang pemohon boleh memfailkan permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi secara sendiri atau melalui seorang ejen.
Walau apa pun subseksyen (1A), jika pemohon tidak bermastautin atau tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, dia hendaklah melantik seseorang ejen untuk bertindak bagi pihaknya.
Mana-mana orang, firma atau syarikat boleh memohon untuk bertindak sebagai seorang ejen bagi maksud Akta ini jika— (a) orang itu berdomisil atau bermastautin di Malaysia; atau (b) firma atau syarikat itu diperbadankan di bawah undangundang Malaysia; dan (c) orang, firma atau syarikat itu menjalankan perniagaan atau amalannya terutamanya di Malaysia.
Kelayakan dan cara pendaftaran seseorang ejen hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah difailkan dengan Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah menyatakan— (a) nama, alamat dan kerakyatan orang sebenar atau entiti undang-undang yang memfailkan permohonan itu, dan atas sifat apa pemohon membuat permohonan untuk pendaftaran itu; (b) petunjuk geografi yang baginya pendaftaran itu diminta; (c) kawasan geografi yang baginya petunjuk geografi itu terpakai; (d) barang yang baginya petunjuk geografi itu terpakai; (e) kualiti, reputasi atau ciri lain barang yang baginya petunjuk geografi itu digunakan; dan (f) apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan.
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam masa dua bulan dari tarikh pengiklanan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pendaftaran, memberikan notis kepada Pendaftar dan pemohon mengenai niatnya untuk membangkang permohonan itu atas alasan bahawa petunjuk geografi yang hendak didaftarkan oleh pemohon— (a) tidak termasuk dalam pengertian takrif “petunjuk geografi” di bawah Akta ini; (b) adalah bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral; (c) tidak lagi dilindungi atau telah terhenti dilindungi di negara asalnya; atau (d) tidak digunakan lagi di negara asalnya.
Notis hendaklah diberikan secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai alasan bagi bangkangan itu.
Dalam masa dua bulan selepas menerima notis mengenai bangkangan itu pemohon hendaklah menghantar suatu jawapan kepada Pendaftar dan pembangkang itu, mengikut cara yang ditetapkan, mengenai alasan bagi permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran.
Jika pemohon gagal untuk memberikan jawapan kepada bangkangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan oleh Pendaftar, dalam tempoh tambahan itu, pemohon hendaklah disifatkan tidak lagi mahu meneruskan permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran.
Jika pemohon mengemukakan suatu jawapan di bawah subseksyen 15(1), pembangkang dan pemohon hendaklah memfailkan keterangan dokumentar yang menyokong bangkangan atau permohonan untuk mendapatkan pendaftaran itu, mengikut manamana yang berkenaan, dengan Pendaftar.
Apa-apa keterangan dokumentar yang hendak difailkan oleh pembangkang atau pemohon di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan.
Jika pemohon memfailkan keterangan dokumentar yang menyokong permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran, pembangkang boleh diberi peluang, dalam masa yang ditetapkan, untuk mengemukakan keterangan jawapan yang hendaklah dikemukakan mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dan pemohon.
Selepas menimbangkan keterangan dokumentar yang difailkan oleh pembangkang dan pemohon, dan selepas memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membuat hujah, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada— (a) untuk enggan mendaftarkan petunjuk geografi itu; (b) untuk mendaftarkan petunjuk geografi itu; atau (c) untuk mendaftarkan petunjuk geografi itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya patut.
Pendaftar hendaklah menyediakan alasan keputusannya secara bertulis dalam masa dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (4).
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (4) boleh merayu kepada Mahkamah.
Jika pemohon gagal memfailkan keterangan dokumentar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 16(1), Pendaftar adalah berhak untuk menganggap permohonan untuk pendaftaran itu tidak lagi mahu diteruskan.
Jika pembangkang gagal memfailkan keterangan dokumentar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 16(1), Pendaftar adalah berhak untuk menganggap bangkangan itu tidak lagi mahu diteruskan dan hendaklah mendaftarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.
Dalam apa-apa rayuan di bawah subseksyen 16(6), Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat perintah supaya— (a) petunjuk geografi itu didaftarkan; (b) petunjuk geografi itu didaftarkan tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang tidak dalam apa-apa cara menjejaskan identiti petunjuk geografi itu secara substansial; atau (c) petunjuk geografi itu tidak didaftarkan.
Jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), maka Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi itu sebagaimana yang dikehendaki dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi mematuhi kehendak seksyen 14 dan 15 dan bahawa petunjuk geografi yang hendak didaftarkan itu tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral dan— (a) tiada bangkangan telah difailkan di bawah seksyen 14; atau (b) Pendaftar telah membuat suatu keputusan di bawah perenggan 16(4)(b) atau (c) dan tiada rayuan telah difailkan terhadap keputusan itu, maka Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.
Tempoh pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah sepuluh tahun dan pendaftaran itu boleh diperbaharui apabila permohonan dibuat di bawah seksyen 19A.
Dalam masa yang ditetapkan sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran sesuatu petunjuk geografi Pendaftar hendaklah menghantar suatu notis mengikut cara yang ditetapkan kepada tuan punya berdaftar tentang tarikh habis tempoh itu.
Sesuatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah dibuat oleh tuan punya berdaftar mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dalam masa yangditetapkan sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran itu.
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Tertakluk kepada subseksyen (5), apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) dan fi yang ditetapkan, pendaftaran petunjuk geografi itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun bagi setiap pembaharuan.
Bagi maksud memperbaharui pendaftaran sesuatu petunjuk geografi, Pendaftar boleh menghendaki butir-butir tambahan dan boleh enggan untuk memperbaharui pendaftaran itu jika pemohon tidak memberikan butir-butir tambahan yang dikehendaki.
Jika Pendaftar enggan untuk memperbahari pendaftaran di bawah subseksyen (5) Pendaftar hendaklah memberitahu pemohonsecara bertulis tentang keputusan itu.
Tertakluk kepada seksyen 19B, Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu petunjuk geografi daripada Daftar jika pemohon tidak memohon pembaharuan petunjuk geografi itu dalam masa yangditetapkan.
(a) pemohon memfailkan permohonan bagi kemasukan semula itu dalam masa dua belas bulan dari tarikh habis tempoh pendaftaran petunjuk geografi itu; dan (b) Pendaftar berpuas hati bahawa— (i) tidak ada penggunaan dengan niat jahat petunjuk geografi itu dalam tahun sebaik sebelum pengeluarannya daripada Daftar; atau (ii) tiada perdayaan atau kekeliruan yang mungkin berbangkit daripada penggunaan petunjuk geografi itu disebabkan oleh penggunaan terdahulunya.
Sesuatu petunjuk geografi yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah, dalam mana-mana prosiding, membangkitkan suatu anggapan bahawa petunjuk itu ialah suatu petunjuk geografi mengikut pengertian seksyen 2.
Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu dan mengenai kesahan pendaftaran itu.
Dalam hal petunjuk geografi yang berdaftar, hanya pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam Daftar hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan suatu petunjuk geografi yang berdaftar dalam perjalanan perdagangan.
Hak penggunaan itu hendaklah berkenaan dengan keluaran yang dinyatakan dalam Daftar mengikut kualiti, reputasi atau ciri yang dinyatakan dalam Daftar.
Pendaftar boleh, atas permintaan mana-mana orang yang berkepentingan dan apabila fi yang ditetapkan dibayar— (a) membatalkan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi atas alasan bahawa petunjuk geografi itu tidak layak untuk mendapat perlindungan sebagai yang sedemikian dengan mengambil kira seksyen 4; atau (b) membetulkan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi atas alasan bahawa kawasan geografi yang dinyatakan dalam pendaftaran itu tidak sama dengan petunjuk geografi itu, atau bahawa petunjuk keluaran yang baginya petunjuk geografi itu digunakan atau petunjuk kualiti, reputasi atau ciri lain keluaran itu tidak ada atau tidak memuaskan.
Orang yang meminta supaya pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan atau dibetulkan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan notis kepada pemohon yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan pendaftaran petunjuk geografi itu atau penggantinya dalam hakmilik.
Pendaftar hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memberitahu semua orang yang mempunyai hak penggunaan ke atas petunjuk geografi itu di bawah seksyen 21.
Orang yang disebut dalam subseksyen (3) dan mana- mana orang lain yang berkepentingan boleh, dalam tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar, memohon kepada Pendaftar untuk menyertai apaapa prosiding yang boleh diadakan oleh Pendaftar untuk menentukan sama ada atau tidak pendaftaran petunjuk geografi itu patut dibatalkan atau dibetulkan.
Pendaftar hendaklah menyediakan alasan keputusannya secara bertulis dalam masa dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (1).
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Mahkamah.
Dalam semua prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawardkan apa-apa kos sebagaimana yang difikirkannya munasabah kepada mana-mana pihak.
Kos yang diawardkan oleh Pendaftar boleh didapatkan, jika berlaku keingkaran untuk membuat bayaran, dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang wibawa oleh pihak yang kepadanya kos itu telah diawardkan seolah-olah kos itu ialah hutang yang kena dibayar kepada pihak itu.
Pendaftar boleh menghendaki mana-mana orang yang memberikan notis bangkangan di bawah seksyen 14, atau seseorang yang memberikan jawapan kepada notis bangkangan di bawah seksyen 15, dan tidak bermastautin atau menjalankan perniagaan di Malaysia supaya memberikan jaminan kos bagi prosiding di hadapan Pendaftar berhubung dengan bangkangan atau permohonanitu.
Pendaftar boleh menganggap bangkangan atau permohonan itu tidak lagi mahu diteruskan jika jaminan kos sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak dibayar.
Jaminan kos hendaklah boleh dibayar balik atau dianggap sebagai sebahagian daripada bayaran kos prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Akta ini hendaklah terpakai bagi sesuatu petunjuk geografi yang boleh dilindungi yang wujud sebelum Akta ini mula berkuat kuasa sebagaimana Akta ini terpakai bagi sesuatu petunjuk geografi yang boleh dilindungi yang wujud selepas Akta ini mula berkuatkuasa.
Berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi yang wujud sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, tiada guaman atau prosiding boleh dibawa dibawah Akta ini bagi apa-apa yang dilakukan sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang penggunaan terus menerus dan yang serupa dengannya di Malaysia sesuatu petunjuk geografi tertentu suatu negara lain yang mengenal pasti wain atau spirit berkaitan dengan barang atau perkhidmatan oleh mana-mana rakyat atau domisiliari Malaysia yang telah menggunakan petunjuk geografi itu secara terus menerus berkenaan dengan barang atau perkhidmatan yang sama atau berkaitan di Malaysia sama ada— (a) selama sekurang- kurangnya sepuluh tahun sebelum 15 April 1994; atau (b) dengan suci hati sebelum 15 April 1994.
Jika sesuatu cap dagangan telah dipohon atau didaftarkan dengan suci hati, atau jika hak kepada sesuatu cap dagangan telah diperoleh melalui penggunaan secara suci hati sama ada— (a) sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; atau (b) sebelum petunjuk geografi itu dilindungi di negara asalnya, maka Akta ini tidak boleh menjejaskan kebolehdaftaran atau kesahan pendaftaran cap dagangan itu, atau hak untuk menggunakan cap dagangan itu, atas dasar bahawa cap dagangan sedemikian adalah sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi mana-mana negara mengenai barang atau perkhidmatan yang baginya petunjuk yang berkaitan adalah sama dengan istilah yang lazim digunakan dalam bahasa umum sebagai nama biasa bagi barang atau perkhidmatan sedemikian di Malaysia atau berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi manamana negara lain mengenai hasil pokok anggur yang baginya petunjuk yang berkaitan itu adalah sama dengan nama biasa sesuatu jenis anggur yang wujud di Malaysia mulai 1 Januari 1995.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana yang berikut: (a) mengawal selia tatacara yang hendak diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat di bawah Akta ini termasuklah penyampaian dokumen; (b) menetapkan fi yang hendaklah dibayar berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain atau berkaitan dengan pemberian apa-apa perkhidmatan oleh Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat, dan menetapkan jumlah fi itu dan membenarkan fi yang berbeza dalam hal keadaan tertentu bagi kes tertentu yang ditetapkan; (c) menetapkan borang dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini; (d) mengawal selia penyimpanan Daftar dan menetapkan bentuk dan kandungannya; dan menetapkan syarat dan fi bagi membuat cabutan daripada Daftar; (e) mengawal selia cara pemberian keterangan dalam manamana prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini dan memberi Pendaftar kuasa untuk memaksa kehadiran saksi- saksi dan penzahiran dan pengemukaan dokumen; (f) melakukan apa-apa yang dikehendaki supaya dilakukan berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat; (g) menetapkan had masa; (ga) menetapkan kelayakan ejen dan perkara lain yang berhubung dengan kelayakan itu; (gb) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ejen; dan (h) mengawal selia secara umum perkara-perkara yang berhubungan dengan urusan pendaftaran petunjuk geografi yang dijalankan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat sama ada atau tidak ditetapkan secara khusus di bawah Akta ini.
[Perenggan 5(1)(b)] PERUNTUKAN KONVENSYEN PARIS BAGI PELINDUNGAN HARTA PERINDUSTRIAN (1967)
Negara-negara Kesatuan adalah terikat untuk memastikan bahawa pelindungan yang berkesan terhadap persaingan tidak saksama diberikan kepada rakyat negara-negara itu.
Apa-apa perbuatan persaingan yang berlawanan dengan amalan-amalan jujur dalam perkara-perkara perindustrian atau komersial adalah merupakan suatu perbuatan persaingan tidak saksama.
Yang berikut pada khususnya adalah dilarang: 1. semua jenis perbuatan yang mewujudkan kekeliruan dengan apa cara sekalipun tentang institusi, barang, atau aktiviti perindustrian atau komersial, seseorang pesaing; 2. apa-apa jenis pengataan palsu dalam perjalanan perdagangan yang mencemarkan nama baik institusi, barang, aktiviti perindustrian atau komersial, seseorang pesaing; 3. petunjuk atau pengataan yang penggunaannya dalam perjalanan perdagangan boleh mengelirukan orang ramai tentang jenis, proses pengilangan, ciri, kesesuaian maksud, atau kuantiti, barang itu.
「2000 지리적표시법」
• 국가‧지역: 말레이시아 • 법률번호: 법률 제602호 • 제정일: 2000년 5월 30일 • 개 정 일: 2003년 3월 3일
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelindungan petunjuk geografi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [15 Ogos 2001, P.U. (B) 313/2001] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: 지리적표시 및 이와 관련된 사항 의 보호에 관한 법률 [2001년 8월 15일, P.U. (B) 313/2001] 말레이시아 국회에서 다음과 같 이 제정한다.
이 법은 「2000 지리 적표시법」으로 인용할 수 있다.
이 법은 관보 고시를 통하 여 장관이 지정한 날에 발효한 다.
“상품”이란 천연물, 농산물 또는 수공예품 또는 공산품을 말한다. “등록부”란 이 법에 따라 보관되 는 지리적표시등록부를 말한다. “대리인”이란 이 법 및 이 법에 따라 제정된 규칙에 따라 등록된 지리적표시를 하는 자를 말한다. “파리 협약”이란 수시로 개정되 거나 수정되는 1883년 3월 20 일 「공업소유권의 보호를 위한 파리 협약」을 말한다. “법원”이란 고등법원을 말한다. “장관”이란 지식재산에 대한 책 임이 있는 장관을 말한다. “이해관계자”란 제11조에 명시된 자를 말한다. “등록관”이란 제8조제1항에서 정 한 지리적표시등록관을 말한다. “생산자”란 다음 각 호의 자를 말한다. (a) 농산물 생산자 (b) 천연물 이용자 (c) 수공예품 또는 공산품 제조업자 (d) 제a 호, 제b호 또는 제c호에 언급된 상품을 취급하는 상인 “보조등록관”이란 제8조제2항 또 는 제3항에 따라 보조등록관으 로 임명되거나 임명된 것으로 볼 수 있는 자를 말한다. “공사”란 「2002 말레이시아 지 식재산공사법」에 따라 설립된 말레이시아 지식재산공사를 말한 다. “지리적표시”란 특정 국가 또는 지역 또는 해당 국가 또는 지역 의 영역 또는 장소를 원산지로 하는 상품을 식별하는 표시를 의 미하는 것으로 해당 상품의 특정 품질, 명성 또는 특징이 본질적 으로 지리적 원산지에서 나온 것 으로 볼 수 있는 것을 말한다. “보호 가능한 지리적표시”란 제4 조에 명시된 지리적표시 범주에 속하지 아니하는 지리적표시를 말한다. “관할 당국”이란 정부를 대신하 여 또는 정부가 승인한 기능을 수행하는 정부기관 또는 법적기 관을 말한다. “지정일”이란 「2002 말레이시 아 지식재산공사법」에서 부여한 의미와 동일한 의미를 가진다. “부등록관”이란 제8조제2항 또는 제3항에 따라 부등록관으로 임 명되거나 임명된 것으로 볼 수 있는 자를 말한다. “지리적표시와 관련하여 “등록된 소유자”란 지리적표시의 소유자 로서 현재 등록부에 기재된 자를 말한다.
(a) 지리적표시가 이 법에 따라 등록되었는지 여부에 관계없이 부여 (b) 해당 상품의 원산지인 국가, 지역, 영역 또는 장소에 대하여 문자 그대로 사실일지라도 대중에게 해당 상품이 다른 국가, 지역, 영역 또는 장소에서 유래한다는 잘못된 인상을 주는 기타 지리적표시에 대항하기 위하여 부여
(a) 제2조에 정의된 “지리적표시”와 의미가 동일하지 아니한 지리적표시 (b) 공서양속에 반하는 지리적표시 (c) 더 이상 보호되지 아니하거나 원산지 국가 또는 지역에서 더 이상 보호하지 아니하는 지리적표시 (d) 원산지 국가 또는 지역에서 더 이상 사용하지 아니하는 지리적표시
이해관계자는 지리적 표시와 관련하여 다음 각호를 방 지하기 위하여 법원에 소송을 제 기할 수 있다. (a) 해당 상품의 지리적 원산지와 관련하여 해당 상품이 실제 원산지 이외의 지리적 구역을 원산지로 하는 상품임을 대중이 오인하게 하는 방식으로 거래 과정에서 의미를 부여하고 표시하는 상품의 호칭 또는 제시에 사용하는 경우 (b) 거래 과정에서 별표 제2에 명시된 파리 협약 제10조의2의 의미 내에서 불공정 경쟁 행위에 사용하는 경우 (c) 거래 과정에서 문자 그대로 상품의 원산지로서의 국가, 영역, 구역 또는 장소에 해당하나 대중에 대하여는 다른 나라, 지역, 구역 또는 장소에서 생산된다는 잘못된 인상을 주는 지리적표시로 사용하는 경우 (d) 거래 과정에서 와인 또는 증류주의 실제 원산지를 표시하거나 지리적표시를 번역의 형태로 사용하거나 “유형”, “종류”, “양식” 또는 “모조품”과 같은 표현을 수반하더라도 와인의 식별에 사용되는 지리적표시에 의하여 표시되는 장소에서 생산되지 아니하는 와인에 사용하거나 증류주의 식별에 사용되는 지리적표시에 의하여 표시되는 장소에서 생산되지 아니하는 증류주에 사용하는 경우
법원은 지리적표시의 불법 적인 사용을 방지하기 위하여 금지명령을 내릴 수 있으며, 적절 하다고 판단하는 대로 손해배상 및 기타 법적 구제조치를 내릴 수 있다.
다음 각 호로부터 5 년의 기한이 지난 후에는 지리적 표시를 포함하거나 구성하는 상 품의 사용에 대하여 제5조에 따 른 소송을 제기할 수 없다. (a) 해당인 또는 이전 권리자의 이러한 사용이 말레이시아에 일반적으로 알려지게 된 날 (b) 「1976 상표법」[법률 제175호]에 따라 해당인이 상표를 등록한 날 중 더 빠른 날
제1항은 상표가 악의적으로 사용 또는 등록된 경우에는 적용 되지 아니한다.
와인과 같이 동명의 지리적표시의 경우 각 표시에 대 하여 보호를 부여하는 것으로 한 다.
등록관은 동명의 지리적표 시의 선의의 동시 사용의 경우 관련 생산자에 대한 공정한 대우 를 보장할 필요성과 대중의 오인 을 일으키지 아니할 것을 고려하 여 관련 동명의 지리적표시가 서 로 구별될 수 있는 실무적 조건 을 결정한다.
공사의 국장은 지리 적표시관리관이 된다.
공사는 공사에 고용된 자 중에서 정한 규정과 조건에 따라 이 법의 적절한 관리에 필요한 인원수의 지리적표시 부등록관, 지리적표시 보조등록관 및 적절 한 관리에 필요한 기타 담당관을 임명할 수 있으며, 제3항에 따라 임명되거나 임명된 것으로 볼 수 있는 자의 임명을 취소할 수 있 다.
임명된 날 이전에 이 법에 따라 부등록관, 보조등록관 기타 담당관으로 재직 중인 자로 말레 이시아 정부로부터 공사의 직원 으로 고용될 권리가 주어져 그렇 게 선택한 자는 임명된 날로부터 제2항에 따른 부등록관, 보조등 록관 및 기타 담당관으로 임명된 것으로 본다.
등록관의 일반적인 지시와 관리 및 등록관이 부과하는 요건 또는 제한 하에 부등록관 또는 보조등록관은 이 법에 따른 등록 관의 기능을 수행할 수 있으며, 이 법에 따라 임명되거나 허가되 거나 등록관에 의하여 수행 또는 서명이 요구되는 것들은 부등록 관 또는 보조등록관이 수행하거 나 서명할 수 있으며, 부등록관 또는 보조등록관이 수행하거나 서명한 것과 동일한 효과를 가진 다.
등록관은 공사가 승인한 도 안의 인장을 가지고 있어야 하 며, 이 인영(印影)은 사법적 승 인을 받아 증거로서 인정되어야 한다.
이 법의 목적상 필요 한 중앙지리적표시국 및 중앙지 리적표시국의 지국을 설립하여야 한다.
중앙지리적표시국에서 제출 이 요구되거나 허가된 신청서 및 기타 서류는 중앙지리적 표시국 의 지국에서도 제출할 수 있으 며, 해당 신청서 및 기타 서류는 중앙지리적표시국에 제출한 것으 로 본다.
등록관은 적절하다 고 판단하는 모든 세부사항이 기 록되어 있는 지리적표시등록부라 고 하는 등록부를 보관 및 유지 하여야 한다.
등록부는 규정된 형식과 자 료로 보관하여야 한다.
등록부는 규정된 기간과 조 건에 따라 일반인의 열람을 위하 여 공개하여야 한다.
등록관의 인장이 날인되어 있고 등록부의 내용을 인증받은 등본 또는 초본은 이를 요구하는 자가 규정된 수수료를 납부하는 경우 발급하여야 한다.
다음 각 호의 자는 지리적표시 등록을 신청할 수 있 다. (a) 신청서에 명시된 상품과 관련하여 신청서에 명시된 지리적 영역에서 생산자로서 활동을 수행하는 개인 또는 그러한 개인의 단체 (b) 관할 당국 (b) 회사 또는 기업이 말레이시아 법률에 따라 (c) 상업 조직 또는 협회
신청자는 직접 또는 대리 인을 통하여 지리적표시 등록을 신청할 수 있다.
제1A항에도 불구하고 신청 자가 말레이시아 거주자가 아니 거나 사업을 수행하지 아니하는 경우 당사자를 위하여 수행하는 대리인을 지정하여야 한다.
다음 각 호의 경우 개인, 회사 또는 기업은 이 법의 목적을 위하여 대리인 역할을 신 청할 수 있다. (a) 해당인이 말레이시아에 거주하거나 정착한 경우 (b) 회사 또는 기업이 말레이시아 법률에 따라 설립된 경우 (c) 개인, 회사 또는 기업이 주로 말레이시아에서 사업 또는 업무를 수행하는 경우
대리인의 자격 및 등록 방 법은 정하는 바에 따른다.
지리적표시 등록 신 청은 규정된 방식으로 등록관에 게 제출하여야 하며, 다음 각 호 를 명시하여야 한다. (a) 신청서를 제출한 자연인 또는 법인의 성명, 주소 및 국적, 그리고 해당 등록을 신청한 신청자의 자격 (b) 등록을 요청하는 지리적표시 (c) 지리적표시가 적용되는 지리적 영역 (d) 지리적표시가 적용되는 상품 (e) 지리적표시가 사용되는 상품의 품질, 명성 또는 기타 특성 (f) 그 외 정할 수 있는 사항
제1항에 따른 신청에는 규 정된 수수료가 납부되어야 한다.
이해관계자는 등록 신청 공고일로부터 2개월 이내 에 등록관과 신청자에게 다음 각 호를 이유로 등록하려는 지리적 표시에 대한 신청에 반대하는 의 사를 통지할 수 있다. (a) 이 법에 따른 "지리적표시"의 정의에 해당하지 아니함 (b) 공서양속에 반함 (c) 원산지 국가에서 더 이상 보호하지 아니하거나 보호를 중지함 (d) 원산지 국가에서 더 이상 사용되지 아니함
통지는 규정된 방식에 따라 서면으로 전달하여야 하며 이의 의 근거에 대한 설명이 포함되어 야 한다.
신청자는 이의신청 통지를 받은 후 2개월 이내에 등록관과 이의신청자에게 규정된 방식에 따라 등록 신청의 근거에 대하여 답변하여야 한다.
신청자가 제1항에 명시된 기간 내에 이의신청에 대하여 답 변하지 아니하거나 등록관이 기 간을 연장한 경우에 해당 추가 기간 내에 이의신청에 답변하지 아니한 경우 신청자는 등록 신청 을 포기한 것으로 본다.
신청자가 제15조제1 항에 따라 답변을 제출하는 경우 이의신청자와 신청자는 경우에 따라 이의신청 또는 등록 신청을 뒷받침하는 증빙서류를 등록관에 게 제출하여야 한다.
제1항에 따라 이의신청자 또는 신청자가 제출하여야 하는 모든 증빙서류는 규정된 기간 내 에 규정된 방식에 따라 제출하여 야 한다.
신청자가 등록 신청을 뒷받 침하는 증빙서류를 제출하는 경 우 이의신청자는 규정된 기간 내 에 규정된 방식에 따라 제출하여 야 하는 답변 진술을 제출할 수 기회가 부여될 수 있다.
이의신청자와 신청자가 제 출한 증빙서류를 검토하고 양 당 사자에게 변론 기회를 제공한 후 등록관은 다음 각 호의 여부를 결정하여야 한다. (a) 지리적표시 등록 거부 (b) 지리적표시 등록 (c) 적합하다고 판단하는 조건, 수정, 변경 또는 제한으로 지리적표시 등록
등록관은 제4항에 따라 결 정을 내린 후 2개월 이내에 결 정 이유를 서면으로 교부하여야 한다.
제4항에 따른 등록관의 결 정에 불복하는 자는 법원에 항소 할 수 있다.
신청자가 제16조제1 항에 따라 필요한 증빙서류를 제 출하지 아니하는 경우 등록관은 등록 신청을 포기한 것으로 취급 할 권리가 있다.
이의신청자가 제16조제1항 에 따라 필요한 증빙서류를 제출 하지 아니하는 경우 등록관은 이 의가 더 이상 진행되는 것을 원 하니 아니한다고 취급할 권리가 있으며, 신청을 등록하고 규정된 방식으로 신청자에게 등록증명서 를 교부하여야 한다.
제16조제6항에 따른 항소에서 법원은 당사자의 주장 을 심리한 후 다음 각 호의 명령 을 내릴 수 있다. (a) 지리적표시의 등록 (b) 지리적표시의 식별에 어떠한 형태로도 실질적으로 영향을 미치지 아니하는 수정을 조건으로 지리적표시 등록 (c) 지리적표시 등록 불허
법원이 제1항제a호 또는 제 b호에 따라 명령을 내리는 경우 등록관은 필요에 따라 지리적표 시를 등록하고 규정된 형식에 따 라 신청자에게 등록 증명서를 교 부하여야 한다.
등록관이 지리적표 시 등록 신청이 제14조 및 제15 조의 요건을 준수하고 등록할 지 리적 표시가 공서양속에 반하지 아니한다고 판단하고 다음 각 호 에 해당하는 경우 등록관은 지리 적표시를 등록하고 규정된 형식 에 따라 신청자에게 등록 증명서 를 교부하여야 한다. (a) 제14조에 따라 이의가 제기되지 아니하는 경우 (b) 등록관이 제16조제4항제b호 또는 제c호에 따라 결정을 내렸고 해당 결정에 대한 항소가 제기되지 아니하는 경우
지리적표시의 등록 기간은 10년으로 하며 제19A조에 따라 신청하면 등록을 갱신할 수 있 다.
지리적표시의 등록 만료일 전 규정된 기간 내에 등 록관은 만료일의 등록된 소유자 에게 규정된 방식에 따라 통지를 보내야 한다.
지리적표시의 등록 갱신 신 청은 등록 만료일 이전에 규정된 기간 내에 등록 소유자가 규정된 방식에 따라 등록관에게 제출하 여야 한다.
제2항의 신청에는 규정된 수수료가 납부되어야 한다.
제5항에 따라 제2항에 따른 신청과 규정 수수료를 받은 등록 관은 각 갱신에 대하여 10년을 초과하지 아니하는 기간 동안 해 당 지리적표시를 등록한다.
지리적표시의 등록 갱신을 위하여 등록관은 추가 세부 사항 을 요구할 수 있으며 신청자가 필요한 추가 사항을 제공하지 아 니하는 경우 등록 갱신을 거부할 수 있다.
등록관이 제5항에 따라 등 록 갱신을 거부하는 경우 등록관 은 결정을 서면으로 신청자에게 통지하여야 한다.
제19B조에 따라 등록관은 신청자가 규정된 기간 내에 지리 적표시 갱신을 신청하지 아니하 는 경우 등록부에서 지리적표시 를 삭제할 수 있다.
(a) 신청자가 지리적표시의 등록 만료일로부터 12개월 이내에 복원을 위한 신청서 제출 (b) 등록관이 다음 각 목을 인정하는 경우 (i) 등록부에서 삭제되기 직 전 연도에 지리적표시의 악 의적인 사용이 없음 (ii) 이전의 사용을 근거로 지 리적표시의 사용으로 인 하여 기만 또는 혼동이 발생하지 아니함
이 법에 따라 등록 된 지리적표시는 모든 절차에서 해당 표시가 제2조에서 정한 정 의 내에서 지리적표시라고 추정 하여야 한다.
이 법에 따라 교부한 등록 증명서는 증명서에 명시된 사실 과 등록의 유효성에 대한 명백한 증거가 된다.
등록된 지리적표시 의 경우 등록부에 명시된 지리적 영역에서 활동하는 생산자만이 사업 과정에서 등록된 지리적표 시를 사용할 권리를 가진다.
사용권은 등록부에 명시된 품 질, 명성 또는 특성에 따라 등록 부에 기재된 상품에 적용한다.
등록관은 이해관계 인의 요청에 따라 규정된 수수료 가 납부되면 다음 각 호를 수행 할 수 있다. (a) 지리적표시가 제4조와 관련하여 보호 대상이 아니라는 이유로 지리적표시의 등록 취소 (b) 등록에 명시된 지리적 영역이 해당 지리적표시와 동일하지 아니하거나 지리적표시가 사용되는 제품의 표시 또는 품질, 평판 또는 기타 특성의 표시가 없거나 불충분하다는 근거로 지리적표시의 등록 정정
제1항에 따라 지리적표시 등록의 취소 또는 정정을 요청하 는 자는 지리적표시 등록을 신청 한 자 또는 승계인에게 통지하여 야 한다.
등록관은 규정된 방식으로 제21조에 따라 지리적표시를 사 용할 권리가 있는 모든 사람에게 통지하여야 한다.
제3항의 자와 기타 이해관 계인은 등록관이 명시한 기간 내 에 등록관이 지리적표시의 등록 을 취소 또는 정정할 필요가 있 는지를 판단하기 위한 절차에 참 가 신청을 할 수 있다.
등록관은 제1항에 따라 결 정을 내린 후 2개월 이내에 결 정 이유를 서면으로 제공하여야 한다.
제1항에 따른 등록관의 결 정에 불복하는 자는 법원에 항소 할 수 있다.
이 법에 따른 관리 관의 모든 절차에서 관리관은 합 리적이라고 생각하는 비용을 당 사자에게 지급할 권한이 있다.
등록관이 지급한 비용은 지 급 불이행의 경우 비용이 지급된 당사자가 해당 당사자에게 부채 를 진 것처럼 관할법원에서 회수 할 수 있다.
등록관은 제14조에 따라 이의신청을 하는 자 또는 제15조에 따라 이의신청에 답변 하는 신청자 중 말레이시아에 거 주 또는 사업을 수행하지 아니하 는 자에 대하여 등록관은 이의신 청 또는 신청 절차와 관련된 비 용의 담보를 요구할 수 있다.
등록관은 제1항에 따라 요 구되는 비용 담보가 납부되지 아 니하는 경우 이의제기 또는 신청 을 포기한 것으로 볼 수 있다.
비용 담보는 경우에 따라 환불되거나 관련된 소송 비용 납 부의 일부로 볼 수 있다.
이 법은 이 법 시행 이후의 보호 대상인 지리적표시 에 대하여 적용되는 것처럼 이 법 시행 이전에 존재하고 있는 보호 대상인 지리적표시에 대하 여도 적용한다.
이 법의 시행 이전에 존재 한 지리적표시와 관련하여, 이 법의 시행 이전에 행한 모든 것 에 대하여 이 법에 따라 소송이 나 절차를 제기할 수 없다.
이 법의 어떠한 규 정도 다음 각호와 관련하여 상품 또는 서비스와 관련하여 와인 또 는 증류주를 식별하기 위한 타국 의 지리적표시에 대하여 말레이 시아 국민 또는 거주자가 동일 또는 유사한 상품 또는 서비스에 대하여 지속적이고 유사한 방식 으로 사용하는 것을 금지하지 아 니한다. (a) 1994년 4월 15일 이전에 최소 10년 동안 사용한 경우 (b) 1994년 4월 15일 이전에 선의로 사용한 경우
다음 각 호의 시점에 상표 가 선의로 출원 또는 등록되거나 상표에 대한 권리가 선의의 사용 을 통하여 취득한 경우 이 법은 해당 상표가 지리적표시와 동일 하거나 유사하다는 이유로 상표 등록 가능성 또는 유효성 또는 상표 사용 권리에 영향을 미치지 아니한다. (a) 이 법이 시행되기 이전 (b) 지리적표시가 원산지 국가에서 보호되기 이전
이 법의 어떠한 규정도 관 련 표시가 말레이시아에서의 상 품 또는 서비스의 보통 명칭으로 서의 용어와 동일한 상품 또는 서비스에 관한 모든 국가의 지리 적표시에 관한 경우 또는 관련 표시가 1995년 1월 1일 시점에 서 말레이시아에 존재 포도 품종 의 보통 명칭과 일치하는 포도의 제품에 관한 타국의 지리적 표시 에 관한 경우에는 적용되지 아니 한다.
이 법의 규정에 따 라 장관은 이 법의 규정을 시행 하기 위한 목적으로 규칙을 제정 할 수 있다.
특히 제1항의 일반성을 침 해하지 아니하고 이 조에 따라 제정된 규칙은 다음 각 호의 일 부 또는 전부를 규정할 수 있다. (a) 문서 송달을 포함하여 이 법에 따라 등록관 또는 중앙지리적표시국의 절차 또는 기타 문제와 관련하여 따라야 하는 절차 규정 (b) 절차 또는 기타 사항과 관련하여 또는 등록관이나 중앙지리적표시국의 서비스 제공과 관련하여 납부하여야 하는 수수료와 그 액수 규정 및 특정 상황에서의 별도의 수수료 허용 규정 (c) 이 법에 따라 사용되는 양식 및 기타 사항의 규정 (d) 등록부의 보관 및 그 형식과 내용 규정, 등록부에서 발췌한 내용을 작성하기 위한 조건 및 수수료 규정 (e) 이 법에 따라 등록관 앞에서 진행되는 절차에서 증거를 제공하는 방식 규정 및 등록관이 증인의 출석과 문서 공개 및 생성을 강제할 수 있는 권한 부여 (f) 등록관 또는 중앙지리적표시국의 절차 또는 기타 문제와 관련하여 수행하여야 하는 모든 조치 실시 (g) 시간 제한 설정 (ga) 대리인의 자격 및 해당 자격과 관련된 기타 사항의 규정 (gb) 대리인 등록을 위한 규정 제공 (h) 이 법에 따라 구체적으로 규정되었는지 여부와 관계없이 중앙지리적표시국에서 수행하는 지리적표시의 등록과 관련된 일반적인 사항 규정
[제5조제1항제b호] 공업소유권의 보호를 위한 파리 협약 (1967)
각 동맹국은 동맹국의 국민 에게 부당경쟁으로부터의 효과적 인 보호를 보장한다.
공업상 또는 상업상의 공정 한 관습에 반하는 모든 경쟁행위 는 부당 경쟁행위를 구성한다.
특히 다음과 같은 것은 금 지된다. 1. 여하한 방법에 의함을 불문하고 경쟁자의 영업소, 산품 또는 공업상 혹은 상업상의 활동과 혼동을 일으키게 하는 모든 행위 2. 거래의 과정에 있어 경쟁자의 영업소, 산품 또는 공업상 혹은 상업상의 활동에 관하여 신용을 해하게 할 허위의 주장 3. 거래의 과정에 있어 산품의 성질, 제조방법, 특징, 용도 또는 수량에 대하여 공중을 오도할 표시 또는 주장