로고

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1671

Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 Oktober 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Oktober 2022

Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1.

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan bagi barang bernilai rendah di bawah Akta ini.

Bahagian baharu III a

2. Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian III bahagian yang berikut:

“B ahagian iii a PENGENAAN CUKAI JUALAN KE ATAS BARANG BERNILAI RENDAH

Tafsiran a . Bagi maksud Bahagian ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan Bahagian ini—

“barang bernilai rendah” ertinya apa-apa barang atau kelas barang di luar Malaysia yang ditetapkan yang dijual pada harga tidak lebih daripada amaun yang ditetapkan dan dibawa masuk ke Malaysia mengikut cara yang ditetapkan; “penjual” ertinya seseorang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang menjual barang bernilai rendah di suatu pasaran dalam talian atau mengendalikan suatu pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian barang bernilai rendah; “penjual berdaftar” ertinya mana-mana penjual yang berdaftar di bawah seksyen 13.

Pemakaian b . (1)

Peruntukan Akta ini, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Bahagian ini dan tertakluk kepada ubah suaian dalam Jadual, hendaklah terpakai kepada barang bernilai rendah.

(2)

Bahagian VIII, IX, iX a , dan XIII, dan seksyen 3, 14, 15, 16, 23, 32, 35, 36, 37, 40, 41 a , 43, 44, 45, 46, 47, 57 a , 76 dan 96 tidak terpakai kepada barang bernilai rendah.

Pemakaian dalam wilayah dan luar wilayah c . (1) Bahagian ini hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, melepasi had geografi Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu— (a) ialah seorang penjual; atau (b) berdaftar di bawah seksyen 13 sebagai penjual berdaftar.

Paparan maklumat pada bungkusan d . Tiap-tiap penjual berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah butir-butir yang ditetapkan yang hendaklah dipaparkan pada bungkusan barang bernilai rendah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.”. Pindaan seksyen 19

3. Seksyen 19 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

subseksyen (4)

subseksyen yang berikut: “(5) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan oleh pengilang berdaftar, membatalkan pendaftaran pengilang berdaftar itu jika pengilang berdaftar itu telah dikecualikan daripada pendaftaran menurut subseksyen 20(1).”.

Seksyen baharu 57 a

4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 57 seksyen yang berikut:

“Kekurangan kuantiti barang bercukai dalam kawasan khas

a . (1) Jika didapati oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa bahawa dalam kawasan khas terdapat kekurangan pada kuantiti barang bercukai yang dalam keadaan biasa sepatutnya berada dalam kawasan khas itu, mana-mana orang yang merupakan atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, ejen atau orang yang memiliki, atau yang berkepentingan secara benefisial dalam, atau yang mempunyai apa-apa kawalan ke atas, atau berkuasa untuk melupuskan, barang itu hendaklah—

(a) jika tiada bukti sebaliknya, dianggap sebagai telah mengangkut barang itu ke Malaysia secara menyalahi undang-undang; dan (b) bertanggungan untuk membayar cukai jualan yang boleh dilevi pada tarikh kuantiti barang itu didapati kurang seolah-olah barang itu diimport ke dalam Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika dibuktikan kepada Ketua Pengarah dengan memuaskan hatinya bahawa kekurangan itu telah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan, Ketua Pengarah boleh meremit kesemua atau sebahagian daripada cukai jualan yang boleh dilevi atas barang yang didapati kurang itu.”.

Pindaan seksyen 91

5. Seksyen 91 Akta ibu dipinda dalam perenggan (a) dengan memasukkan selepas perkataan “yang merupakan pekerja bagi orang kena cukai” dengan perkataan “, pekerja di bawah seksyen 89”.

Pindaan seksyen 106

6. Seksyen 106 Akta ibu dipinda dalam

subseksyen (2)

— (a) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “pendaftaran pengilang” dengan perkataan “pendaftaran pengilang dan penjual”; (b) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bercukai dan barang bernilai rendah”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (k) perenggan yang berikut: “(ka) semua perkara yang berhubungan dengan barang bernilai rendah;”.

Seksyen baharu 106 a dan 106 b

7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 106 seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk melanjutkan tempoh

a . Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan

atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.

Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat b . (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.

(2)

Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan— (a) terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan (b) tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.

(3)

Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.

Jadual baharu

8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 109

jadual yang berikut: “J adual [Seksyen 11 B ] UBAH SUAIAN KEPADA PERUNTUKAN AKTA CUKAI JUALAN 2018 YANG TERPAKAI BAGI BARANG BERNILAI RENDAH

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 2

Dalam tafsiran “orang kena cukai” gantikan perkataan “seorang pengilang berdaftar atau seorang pengilang” dengan perkataan “penjual berdaftar atau penjual”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 8

Gantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut: “Pengenaan dan skop cukai jualan

8.

(1)

Cukai jualan hendaklah dikenakan ke atas barang bernilai rendah yang dijual oleh orang kena cukai.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan barang bernilai rendah berdasarkan kriteria berikut: (a) barang atau kelas barang; (b) harga barang; dan (c) cara yang barang itu dibawa masuk ke dalam Malaysia.

(3)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat.

(4)

Akta ini hendaklah ditafsirkan bersekali dengan Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 berkenaan dengan barang yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk barang dalam transit dan pergerakan barang di bawah kawalan kastam atau kawalan eksais.

(5)

Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan Akta Kastam 1967 atau Akta Eksais 1976 dengan peruntukan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.”.

Seksyen 9

Gantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut: “Penentuan nilai jualan barang bernilai rendah

9. Nilai jualan barang bernilai rendah yang cukai jualan kena dibayar hendaklah harga barang bernilai rendah itu tidak termasuk apa-apa cukai, fi atau caj lain yang dikenakan ke atas barang bernilai rendah itu.”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 10

1. Dalam

subseksyen (1)

— (a) gantikan perkataan “barang bercukai yang dijual, digunakan atau dilupuskan atau diimport” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang dijual”; dan (b) gantikan perkataan “nilai jualan barang bercukai” dengan perkataan “nilai jualan barang bernilai rendah”.

2. Potong

subseksyen (4)

, (5) dan (6).

Seksyen 11

Gantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut: “Cukai jualan yang genap masa

11. Cukai jualan yang boleh dikenakan di bawah seksyen 8 hendaklah genap masa pada masa barang bernilai rendah dijual oleh orang kena cukai.”.

Bahagian IV (kecuali jika diperuntukkan selainnya)

1. Gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.

2. Gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.

3. Gantikan perkataan “pengilang berdaftar” dengan perkataan “penjual berdaftar”.

4. Gantikan perkataan “mengilang” dengan perkataan “menjual”.

Seksyen 12

1. Dalam perenggan 3(b), gantikan perkataan “ penda ft ara n pengi l ang” denga n perka t aa n “pendaftaran penjual”.

2. Potong

subseksyen (4)

.

Seksyen 17

Gantikan perkataan “pengilangan” dengan perkataan “penjualan”.

Seksyen 18

Gantikan perkataan “seksyen 13 atau 14” dengan perkataan “seksyen 13”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 19

1. Dalam

subseksyen (1)

, gantikan perkataan “ penda ft ara n pengi l ang” denga n perka t aa n “pendaftaran penjual”.

2. Gantikan

subseksyen (3)

dengan subseksyen yang berikut: “(3) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada tarikh yang penjual telah berdaftar di bawah seksyen 13, penjual tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12 atau telah berhenti untuk menjual barang bernilai rendah, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran penjual berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam notis secara bertulis kepada penjual itu.”.

3. Potong

subseksyen (4)

.

Bahagian V (kecuali jika diperuntukkan selainnya)

1. Gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.

2. Gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.

3. Gantikan perkataan “pengilang berdaftar” dengan perkataan “penjual berdaftar”.

4. Gantikan perkataan “mengilang” dengan perkataan “menjual”.

Seksyen 21

1. Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Invois dan dokumen”.

2. Dalam

subseksyen (1)

, gantikan perkataan “invois” dengan perkataan “invois atau apa-apa dokumen”.

3. Dalam

subseksyen (2)

, gantikan perkataan “Tiada invois” dengan perkataan “Tiada invois atau dokumen”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 22

1. Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Pengeluaran invois atau dokumen oleh komputer”.

2. Gantikan perkataan “Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois, pengilang berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois kepada pembeli” dengan perkataan “Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois atau dokumen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 21

(1)

, penjual berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois atau dokumen di bawah subseksyen 21(1) kepada pembeli”.

Seksyen 24

1. Gantikan

subseksyen (1)

dengan subseksyen yang berikut: “(1) Setiap orang kena cukai hendaklah menyimpan rekod bertulis yang lengkap dan benar yang terkini tentang semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh liabilitinya terhadap cukai jualan.”.

2. Gantikan

subseksyen (2)

dengan subseksyen yang berikut: “(2) Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.”.

3. Potong

subseksyen (4)

.

4. Dalam

subseksyen (6)

, gantikan perkataan “subseksyen (1), (2), (3) atau (4)” dengan perkataan “subseksyen (1), (2) atau (3)”.

Seksyen 25

1. Dalam

subseksyen (1)

, gantikan perkataan “dua bulan” dengan perkataan “tiga bulan”.

2. Potong

subseksyen (2)

.

3. Dalam

subseksyen (5)

, gantikan perkataan “subseksyen (1), (2) atau (4)” dengan perkataan “subseksyen (1) atau (4)”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 26

1. Potong

subseksyen (4)

.

2. Dalam

subseksyen (6)

, gantikan perkataan “subseksyen (1), (2), (3) dan (4)” dengan perkataan “subseksyen (1), (2) dan (3)”.

3. Dalam

subseksyen (7)

, gantikan perkataan “subseksyen (1), (2), (3) atau (4)” dengan perkataan “subseksyen (1), (2) atau (3)”.

Seksyen 27

1. Potong

subseksyen (4)

, (5) dan (6).

2. Dalam

subseksyen (8)

, gantikan perkataan “di bawah subseksyen (1), (2), (4), (6) atau (7)” dengan perkataan “di bawah subseksyen (1), (2) atau (7)”.

3. Dalam

subseksyen (9)

, gantikan perkataan “di bawah subseksyen (1), (2), (6) atau (8)” dengan perkataan “di bawah subseksyen (1), (2) atau (8)”.

Seksyen 28

1. Gantikan perkataan “invois itu” dengan perkataan “invois atau dokumen itu”.

2. Dalam

subseksyen (2)

, gantikan perkataan “invois” dengan perkataan “invois atau dokumen”.

3. Dalam

subseksyen (3)

, gantikan perkataan “ialah suatu invois” dengan perkataan “ialah suatu invois atau dokumen”.

Seksyen 29

Potong subseksyen (2).

Seksyen 31

Dalam subseksyen (3), masukkan selepas perkataan “pos berdaftar” perkataan “atau melalui kaedah elektronik”.

Seksyen 33

Gantikan seksyen 33 dengan seksyen yang berikut: “Barang bernilai rendah yang tertakluk kepada kawalan kastam atau eksais tidak boleh diserahkan sehingga cukai jualan telah dibayar sepenuhnya

33. Jika pegawai cukai jualan mendapati bahawa cukai jualan bagi barang bernilai rendah—

(a) tidak dikenakan ke atasnya;

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian (b) dikenakan pada kadar lebih rendah daripada kadar sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 10; atau (c) tidak dibayar, tiada seorang pun berhak untuk mendapatkan serahan barang bernilai rendah itu dari kawalan kastam atau kawalan eksais sehingga amaun cukai jualan bagi barang bernilai rendah itu di bawah perenggan (a), (b) atau (c) telah dibayar sepenuhnya.”.

Bahagian VI (kecuali jika diperuntukkan selainnya) Gantikan perkataan “pengilang berdaftar” dengan perkataan “penjual berdaftar”.

Seksyen 35

a Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “pembayaran balik cukai jualan di bawah perenggan 35(3)(c) atau telah membuat potongan di bawah seksyen 23 atau 41 a ” dengan perkataan “pembayaran balik cukai jualan di bawah seksyen 39”.

Seksyen 39

Gantikan subseksyen (1) dan (2) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Pembayaran balik keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada amaun cukai jualan, yang telah dibayar kepada Ketua Pengarah oleh penjual berdaftar, boleh dibuat atau dituntut di bawah hal keadaan yang ditetapkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang akan dibayar balik di bawah subseksyen (1) untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai yang berikut atau yang seterusnya dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran diterima daripada penjual berdaftar.”.

Seksyen 62

Dalam subseksyen (3), gantikan perkataan “menghendaki pembekal atau, atas kegagalan pembekal” dengan perkataan “menghendaki penjual atau, atas kegagalan penjual”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 64

1. Gantikan perkataan “pengilang atau pengimport” dengan perkataan “pengilang, pengimport atau penjual”.

2. Gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.

Seksyen 69

Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “seksyen 13 dan 14” dengan perkataan “seksyen 13”.

Seksyen 70

Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.

Seksyen 74

1. Dalam perenggan

(1)

(a), gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.

2. Dalam perenggan

(1)

(e), potong perkataan “atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43”.

Seksyen 83

Dalam perenggan (c), gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.

Bahagian XII (kecuali jika diperuntukkan selainnya)

1. Gantikan perkataan “barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah”.

2. Gantikan perkataan “pengilang” dengan perkataan “penjual”.

3. Gantikan perkataan “pengilang berdaftar” dengan perkataan “penjual berdaftar”.

4. Gantikan perkataan “mengilang” dengan perkataan “menjual”.

Seksyen 86

a

1. Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pengelakan cukai jualan atas barang bernilai rendah”.

2. Dalam

subseksyen (1)

, gantikan perkataan “pengimportan barang bercukai” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang dijual”.

Seksyen 88

Gantikan perkataan “seksyen 10, 36 atau 39” dengan perkataan “seksyen 39”.

(1)

Peruntukan Akta ini

(2)

Ubah suaian

Seksyen 88

a Gantikan perkataan “seksyen 23, 35 a atau 41 a ” dengan perkataan “seksyen 35 a ”.

Seksyen 98

Dalam subseksyen (1), gantikan perkataan “barang bercukai yang telah dijual, dikilangkan, dibeli atau diperolehi” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang telah dijual”.

Seksyen 99

1. Gantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Penjual berdaftar hendaklah mengemukakan perakuan audit”.

2. Gantikan perkataan “pengeluaran dan penjualan barang bercukai pengilang berdaftar itu yang dikilangkan” dengan perkataan “barang bernilai rendah yang dijual”.”.

Peruntukan peralihan

9.

(1)

Walau apa pun subseksyen 12(2) dan seksyen 13 Akta ibu sebagaimana yang diubah suai oleh Akta ini, seorang penjual yang menjual barang bernilai rendah sebelum tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah hendaklah, pada tarikh permulaan Akta ini, memohon kepada Ketua Pengarah untuk berdaftar sebagai penjual berdaftar jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai jualan barang bernilai rendah dalam bulan permulaan kuat kuasa Akta ini dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah nilai jualan barang bernilai rendah yang ditentukan di bawah subseksyen 12(1) Akta ibu sebagaimana yang diubah suai oleh Akta ini.

(2)

Jika barang dibeli sebelum tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah dan barang itu adalah barang bernilai rendah dari tarikh mula berkuat kuasa Akta ini, tiada cukai jualan boleh dikenakan atau dilevikan ke atas barang itu walaupun barang itu dihantar ke Malaysia selepas tarikh efektif.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

10. Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Ketua Pengarah.