로고

(Disemak—2016) DISEMAK OLEH 2016 (Disemak—2016) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda

seksyen 2

1. Perkataan “Mana-mana” menggantikan “Sah bagi”

perenggan 6. (1. )(xxi)

2. Tanda koma selepas perkataan “Majistret” ditinggalkan

perenggan 6. (1. )(xvi)

3. Perkataan “atau” dimasukkan sebelum perkataan “Pesuruhjaya”

perenggan 6. (1. )(iii) dan (xxiv)

4. Perkataan “bagi” sebelum perkataan “mana-mana” ditinggalkan

perenggan 6. (1. )(xxi)

5. Perkataan “boleh” dimasukkan sebelum perkataan “mengambil”

perenggan 6. (1. )(xxi)

seksyen 3

Perkataan “kuasa” menggantikan “peruntukan” perenggan 6. (1. )(xxi)

seksyen 4

1. Perkataan “kuasa” menggantikan “peruntukan”

perenggan 6. (1. )(xxi)

2. Perkataan “sebagaimana” selepas perkataan “fi” ditinggalkan

perenggan 6. (1. )(xxi)

3. Perkataan “dari semasa ke semasa” ditinggalkan

perenggan 6. (1. )(xxi)

Jadual dalam bahasa Melayu 1. Perkataan “bahasa” menggantikan “Bahasa” perenggan 6(1)(iii) dan (xxiv) 2. Perkataan “sesungguhnya” menggantikan “sesungguh” perenggan 6(1)(iii) 3. Perkataan “dan” menggantikan “serta” perenggan 6(1)(iii) 4. Perkataan “dalam” dimasukkan selepas perkataan “di” perenggan 6(1)(iii) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda 5. Tanda koma dimasukkan selepas perkataan “Majistret” perenggan 6(1)(xvi) 6. Perkataan “atau” selepas perkataan “Majistret” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi) 7. Perkataan “atau notari awam” dimasukkan selepas perkataan “Pesuruhjaya Sumpah” perenggan 6(1)(iii) Jadual dalam bahasa Inggeris 1. Perkataan “bahasa” menggantikan “Bahasa” perenggan 6(1)(iii) dan (xxiv) 2. Perkataan “declaration” menggantikan “same” perenggan 6(1)(xxi) 3. Perkataan “the provisions of” ditinggalkan perenggan 6(1)(iii) dan (xxi) 4. Tanda koma dimasukkan selepas perkataan “Magistrate” perenggan 6(1)(xvi) 5. Perkataan “or” selepas perkataan “Magistrate” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi) 6. Perkataan “or notary public” dimasukkan selepas perkataan “Commissioner for Oaths” perenggan 6(1)(iii) AKTA AKUAN BERKANUN 1960 Disemak sehingga … … … … … 1 November 2016 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … … … … 17 November 2016 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] … … … … … 17 November 2016 Naskhah bahasa kebangsaan ialah naskhah sahih … … … … … P.U. (B) 197/1994 Pertama kali diperbuat dalam tahun 1960 sebagai Akta No. 20 tahun 1960 SEMAKAN TERDAHULU Semakan Pertama … … … … … 1969 (Akta No. 13 m.b.p. 14 April 1970) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 783 AKTA AKUAN BERKANUN 1960 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Borang akuan 3. Akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan 4. Fi 5. Sebutan dalam undang-undang persekutuan Sabah dan Sarawak mengenai undang-undang yang dimansuhkan JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 783 AKTA AKUAN BERKANUN 1960 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi membuat dan mengambil akuan berkanun dan bagi maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya. [Semenanjung Malaysia —1 Jun 1961, L.N. 154/1961; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1969, P.U. 488/1968] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960. Borang akuan 2. Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah, atau, tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 [Akta 115], mana-mana notari awam yang dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, boleh mengambil dan menerima akuan mana-mana orang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mengikut borang dalam Jadual. Akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan 3. Akuan yang dibuat menurut kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai akuan yang disebut dalam seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan [Akta 574]. Fi 4. Seseorang yang membuat apa-apa akuan menurut kuasa Akta ini hendaklah membayar kepada pegawai atau Pesuruhjaya yang mengambil akuan itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Sebutan dalam undang-undang persekutuan Sabah dan Sarawak mengenai undang-undang yang dimansuhkan 5. Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sabah mengenai Ordinan Akuan Berkanun Sabah [Bab 138] dan apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sarawak mengenai Ordinan Akuan Berkanun Sarawak [Bab 52] atau mengenai Akta Akuan Berkanun 1835 [5 dan 6 Wm. IV, C. 62], United Kingdom, hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Akta ini. JADUAL [Seksyen 2] Dalam bahasa Melayu BORANG AKUAN Saya, ........................................................................................................ dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa ............................................................ dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akuan ini adalah benar, dan menurut kuasa peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960. Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh yang tersebut namanya di atas ........................................... di ............................................................................................................. di dalam Negeri .................................................................................... pada ................................................................. , 20........... Di hadapan saya, ................................................................. (Tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau notari awam) Akuan Berkanun 7 Dalam bahasa Inggeris FORM OF DECLARATION I, ..................................................................................................................... do solemnly and sincerely declare that ......................................................... ......................................................................................................................... and I make this solemn declaration conscientiously believing the declaration to be true, and by virtue of the Statutory Declarations Act 1960. Subscribed and solemnly declared by the abovenamed ......................................................................................................................... at ..................................................................................................................... in the State of ................................................................................................. this ..........................................................., 20................ Before me, ......................................................................................................................... (Signature of Sessions Court Judge, Magistrate, Commissioner for Oaths or notary public) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 783 AKTA AKUAN BERKANUN 1960 (Disemak—2016) Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN | Undang-undang yang meminda | Tajuk ringkas | Berkuat kuasa dari | |----------------------------|---------------|--------------------| | P.U. 488/1968 | Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Akuan Berkanun) (Pengubahsuaian dan Peluasan ke Negeri-Negeri Borneo) 1968 | 28-11-1968 | SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN-BAHAGIANNYA YANG DIGANTIKAN | No. | Tajuk | |-----|-------| | Akta 13 | Akta Akuan Berkanun 1960 | UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 783 AKTA AKUAN BERKANUN 1960 (Disemak—2016) SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-