Sebagaimana pada 1 Ogos 2018
AKTA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS HARTA 1981 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 4 Februari 1981 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 5 Februari 1981 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1550 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 2 Januari 2018 C ETAKAN S EMULA Y ANG T ERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama 2006 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 242 AKTA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS HARTA 1981 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN Seksyen Pemeriksa dan kakitangan lain Kumpulan Wang Lembaga Pengauditan akaun B AHAGIAN IV DAFTAR 14. Daftar 15. Pendaftar 15 A . Permohonan bagi mendapatkan kuasa untuk menjalankan amalan 16. Kuasa untuk menjalankan amalan B AHAGIAN V PENILAI DAN PENTAKSIR 17. Pendaftaran penilai dan pentaksir 17 A . Pendaftaran penilai percubaan 18. Kelayakan untuk pendaftaran penilai dan penilai percubaan 19. Amalan penilaian 20. Sekatan ke atas pentaksir berdaftar 21. Sekatan ke atas amalan penilaian 22. Kuasa khas B AHAGIAN V A EJEN HARTA TANAH 22 A . Pendaftaran ejen harta tanah 22 B . Amalan perejenan harta tanah 22 C . Sekatan ke atas amalan perejenan harta tanah 22 D . Kelayakan untuk pendaftaran ejen harta tanah dan ejen harta tanah percubaan 22 E . Pendaftaran ejen harta tanah percubaan Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 5 dan Pengurus Harta B AHAGIAN V B PENGURUS HARTA Seksyen 22 F . Pendaftaran pengurus harta 22 G . Pendaftaran pengurus harta percubaan 22 H . Kelayakan untuk pendaftaran pengurus harta dan pengurus harta percubaan 22 I . Amalan pengurusan harta 22 J . Sekatan ke atas amalan pengurusan harta B AHAGIAN VI FIRMA 23. Amalan oleh firma B AHAGIAN VII PROSIDING TATATERTIB DAN PROSIDING LAIN 24. Pembatalan, penggantungan dan teguran 25. Pemotongan nama dari Daftar 26. Pemasukan semula 27. Rayuan 28. Lembaga Rayuan 29. Tatacara membuat rayuan B AHAGIAN VIII AM 30. Kesalahan 30 A . Kuasa untuk menyiasat 30 B . Penggeledahan dengan waran 30 C . Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 6 Undang-Undang Malaysia Akta 242 Seksyen 30 D . Senarai benda disita 31. Penalti kerana kesalahan lain 31 A . Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 32. Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah 33. Kecualian tentang hak Kerajaan 34. Pindaan berbangkit yang dibuat kepada Akta Pendaftaran Jurukur 1967 35. Pemansuhan Jadual Pertama Jadual Kedua Jadual Ketiga UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 242 *AKTA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS HARTA 1981 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pelantikan seorang Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan mengenai pendaftaran penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [6 Februari 1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di- Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran B AHAGIAN II PELANTIKAN, TUGAS DAN KUASA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA DAN PEGAWAI LAIN 3. Ketua Pengarah dan pegawai lain 4. Fungsi dan tugas Ketua Pengarah 5. Akses ke tanah, bangunan, dsb. 6. Pengemukaan maklumat yang berkaitan 7. Kuasa perwakilan 8. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah B AHAGIAN III LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS HARTA 9. Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 10. Fungsi Lembaga 10 A . Jawatankuasa Undang-Undang Malaysia Akta 242
* CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981. Tajuk ringkas ditukar oleh seksyen 3 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 [Akta A1550] yang berkuat kuasa pada 2 Februari 2017–lihat P.U. (B) 605/2018. “anggota” ertinya anggota Lembaga; “Daftar” ertinya Daftar Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(a); “Daftar Firma” ertinya Daftar Firma yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(c); “Daftar Percubaan” ertinya Daftar Penilai Percubaan, Ejen Harta Tanah Percubaan dan Pengurus Harta Percubaan yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(b); “ditetapkan”ertinya yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri atau oleh garis panduan, standard, pekeliling atau arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga; “ejen harta tanah berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16; “ejen harta tanah percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai ejen harta tanah percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar Percubaan; “firma” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, sesuatu perkongsian atau sesuatu ketuanpunyaan tunggal; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang dilantik di bawah subseksyen 3(1); “kuasa untuk menjalankan amalan” ertinya sesuatu kuasa untuk menjalankan amalan dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 16; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1); “Lembaga” ertinya Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang ditubuhkan di bawah seksyen 9; “Lembaga Rayuan” ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28; “Menteri” ertinya Menteri yang pada sesuatu waktu tertentu adalah bertanggungjawab bagi kewangan; “pemohon” ertinya penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar perseorangan, atau suatu firma penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang dilantik di bawah seksyen 15; “pengurus harta” ertinya seseorang, sesuatu firma atau sesuatu syarikat yang, bagi pihak pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya, menguruskan dan mengawal tanah, bangunan dan kepentingan itu; “pengurus harta berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian IV Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16; “pengurus harta percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai pengurus harta percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar Percubaan; “pengurusan harta” ertinya pengurusan dan pengawalan apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalam tanah atau bangunan itu, tidak termasuk pengurusan perniagaan berdasarkan harta, bagi pihak pemunya untuk suatu fi; “penilai berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian I Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16; “penilai percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai penilai percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar Percubaan; “pentaksir berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian II Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16; “perniagaan berdasarkan harta” termasuklah hotel, motel, asrama, ladang, kuari, marina, pelabuhan, padang golf, pawagam, stadium, kompleks sukan dan hospital. B AHAGIAN II PELANTIKAN, TUGAS DAN KUASA KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA DAN PEGAWAI LAIN
(a) menjalankan tugas yang diberi kepadanya oleh Akta ini; (b) memungut dan menyusun kumpul— (i) apa-apa maklumat yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah untuk membantu pegawai dan penilai dalam membuat penilaian; dan (ii) apa-apa maklumat yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah mengenai segala atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan harta; (ba) menyiarkan maklumat yang dipungut dan disusun kumpul di bawah perenggan (b), kecuali jika maklumat itu diklasifikasikan sebagai sulit oleh, atau bagi pihak, Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri; (bb) memberikan maklumat dan nasihat kepada Kerajaan dan mana- mana Kerajaan Negeri atau mana-mana orang mengenai perkara yang berkaitan dengan harta; (bc) mengadakan perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan latihan, perkhidmatan penyelidikan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini kepada Kerajaan dan mana-mana Kerajaan Negeri atau mana- mana orang; dan (c) amnya menyiasat dan memberi laporan kepada Menteri atas apa- apa perkara yang difikirkannya mungkin dapat memajukan standard penilaian, perejenan harta tanah dan perkhidmatan harta lain di Malaysia. (1 A ) Bagi maksud menyediakan perkhidmatan penyelidikan di bawah perenggan (1)(bc), Ketua Pengarah boleh— (a) menjalankan penyelidikan asas atau gunaan; (b) memberikan perkhidmatan nasihat atau perundingan; (c) mentauliahkan atau mengambil kerja mana-mana orang untuk melakukan penyelidikan; (d) mengeluarkan apa-apa bantuan; dan (e) menyelaraskan penjalanan penyelidikan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain.
(a) melakukan penilaian mengenai semua tanah dan bangunan termasuk perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera dan barang lain; (b) melakukan penilaian mengenai tanah dan bangunan yang dikehendaki untuk kajian kemungkinan, prosiding mahkamah, timbang tara atau maksud lain; (c) bertindak sebagai ejen harta tanah termasuk mengadakan rundingan mengenai penjualan, pembelian, sewaan dan penyewaan melalui perjanjian, lelong atau tender; dan (d) melakukan pengurusan harta, pengurusan projek dan menyediakan atau menyemak dan memeriksa inventori perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera dan barang lain.
(3 A ) Maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (3) boleh termasuk— (a) butir-butir mengenai mana-mana penjualan atau pindah milik tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya; (b) maklumat mengenai kedudukan pembekalan dan permintaan mengenai harta; (c) maklumat mengenai terdapatnya sumber pembiayaan bagi pembelian atau pemajuan harta; (d) maklumat mengenai pergerakan harga harta dan sewa harta; (e) maklumat mengenai pemajuan harta (termasuk kos pemajuan), pelaburan harta dan pengurusan harta dalam segala atau mana- mana sektor pasaran harta; dan (f) maklumat yang perlu bagi pemajuan indeks pasaran harta dan indeks kos.
(a) apabila semunasabahnya perlu bagi maksud menjalankan fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini, memasuki pada setiap waktu yang munasabah mana-mana tanah, bangunan atau premis, dan memeriksanya tanpa dikenakan liabiliti kerana menceroboh; (b) mengemukakan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada pemunya atau ejennya atau orang yang menduduki atau menjaga tanah, bangunan atau premis itu apa-apa soalan yang berkaitan untuk membolehkannya menjalankan fungsinya di bawah Akta ini secara profesional; dan (c) memeriksa apa-apa buku, dokumen dan kertas yang ada dalam simpanan mana-mana orang, termasuk seorang pekhidmat awam, bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan dengan tidak dikenakan bayaran membuat cabutan daripadanya.
yang ditentukan, borang serta tempoh itu akan ditetapkan oleh Menteri. *CATATAN—Sebelum ini, “lima ribu ringgit”– lihat Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 1997 [Akta A980].
(a) butir-butir mengenai penjualan, pembelian, keputusan lelong dan tender, penyewaan dan pemajakan; dan (b) apa-apa maklumat lain yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
B AHAGIAN III LEMBAGA PENILAI, PENTAKSIR, EJEN HARTA TANAH DAN PENGURUS HARTA
(a) Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Yang Dipertua Lembaga; (b) enam orang penilai berdaftar daripada perkhidmatan awam; (c) empat orang penilai berdaftar yang mempunyai sekurang- kurangnya enam tahun pengalaman profesional sebagai penilai dan telah dinamakan oleh Institut Juruukur (Malaysia) atau badan profesional lain yang diiktiraf dari semasa ke semasa oleh Lembaga sebagai mewakili penilai; (cc) tiga orang ejen harta tanah berdaftar yang dinamakan oleh Yang Dipertua Lembaga yang mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pengalaman sebagai ejen harta tanah; (d) tiga orang penilai berdaftar yang dinamakan oleh Yang Dipertua Lembaga.; dan (e) tiga orang pengurus harta berdaftar yang dinamakan oleh Yang Dipertua Lembaga.
(5 A ) Berkenaan dengan orang yang pertama sekali dilantik menjadi anggota Lembaga yang tersebut dalam perenggan (2)(cc), orang yang dilantik itu hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelantikan mereka didaftarkan di bawah peruntukan yang berkaitan dengan Akta ini sebagai ejen harta tanah berdaftar.
(a) menyimpan dan menyenggara Daftar, Daftar Percubaan dan Daftar Firma; (b) meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan mana-mana permohonan itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkannya patut dikenakan; (c) mengadakan prosiding tatatertib mengikut Bahagian VII; (d) mengadakan atau menyebab diadakan peperiksaan bagi orang yang berhasrat hendak melayakkan diri mereka untuk pendaftaran di bawah Akta ini; (e) menetapkan dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri, fi yang kena dibayar di bawah Akta ini termasuk skala fi yang dikenakan oleh penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta bagi nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan itu; (f) mendengar dan memutuskan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta atau melantik suatu jawatankuasa atau seorang timbang tara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian itu; (g) menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesional penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta dan menetapkan standard amalan profesional; (h) mengawardkan biasiswa kepada orang yang menjalani kursus profesional dalam bidang penilaian, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, atau mana-mana bidang yang berkaitan dan untuk mengawardkan bantuan atau derma bagi penggalakan profesion itu; (ha) melantik anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang dibentuk bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan profesion itu atau mana-mana profesion yang berkaitan; (hb) meminjam atau dengan apa-apa cara mendapatkan wang untuk membeli atau memajak apa-apa harta tak alih yang dikehendaki oleh Lembaga dan melupuskan atau menguruskan harta itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; (hc) menetapkan kaedah-kaedah mengenai pengambilan insurans tanggung rugi profesional bagi penilai, pentaksir, ejen harta tanah dan pengurus harta terhadap apa-apa kelas liabiliti profesional; (hd) menetapkan standard, arahan, surat pekeliling atau garis panduan untuk melaksanakan peruntukan Bahagian III hingga Bahagian VIII; (he) memegang secara amanah wang dalam pertikaian antara seorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar, dengan klien atau pihak ketiga dalam suatu kontrak bagi perkhidmatan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, apabila difikirkan perlu oleh Lembaga; (i) pada amnya, melakukan segala perbuatan, perkara dan benda yang perlu untuk melaksanakan peruntukan Bahagian III hingga Bahagian VIII. A
(a) membayar gaji, saraan dan elaun kakitangan yang bekerja dengan Lembaga; (b) membayar bayaran kerana perkhidmatan profesional dan perkhidmatan lain yang dikehendaki oleh Lembaga dan yang diberi kepada Lembaga; (c) membayar kos kelengkapan pejabat, alat tulis, perabot dan benda lain yang dikehendaki oleh Lembaga; (d) membayar kepada anggota Lembaga atau Lembaga Rayuan apa- apa fi dan elaun perjalanan serta elaun saraan hidup yang berpatutan kerana menghadiri mesyuarat Lembaga atau Lembaga Rayuan sebagaimana diluluskan dari semasa ke semasa oleh Menteri; (e) membayar belanja pendaftaran dan belanja pentadbiran lain, belanja apa-apa penyelidikan, penyiasatan, kajian, persidangan atau seminar dan belanja pencetakan atau penerbitan semua borang, jurnal, brosur, buku panduan, risalah, iklan dan dokumen lain yang berkaitan dengan fungsi atau tugas Lembaga; (f) membayar sewa, fi, dius, kadar, premium, pampasan dan bayaran lain yang Lembaga mungkin dikehendaki membayarnya; (g) membayar wang untuk award, bantuan dan derma yang dibuat oleh Lembaga; (h) membeli atau memajak apa-apa harta tak alih yang dikehendaki oleh Lembaga; dan (i) menjalankan segala fungsi lain Lembaga.
B AHAGIAN IV DAFTAR
(a) suatu Daftar Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta yang hendaklah dalam empat Bahagian: (i) Bahagian I yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai penilai berdaftar; (ii) Bahagian II yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai pentaksir berdaftar; (iii) Bahagian III yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai ejen harta tanah berdaftar; dan (iv) Bahagian IV yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai pengurus harta berdaftar; (b) suatu Daftar Penilai Percubaan, Ejen Harta Tanah Percubaan dan Pengurus Harta Percubaan yang hendaklah mengandungi nama, alamat perniagaan, kelayakan dan butir-butir lain mengenai penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan dan pengurus harta percubaan; dan (c) suatu Daftar Firma yang hendaklah dalam empat Bahagian: (i) Bahagian I yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai penilai; (ii) Bahagian II yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai pentaksir; (iii) Bahagian III yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai ejen harta tanah; dan (iv) Bahagian IV yang hendaklah mengandungi nama, alamat dan butir-butir lain mengenai firma yang menjalankan amalan sebagai pengurus harta. (1 A ) (Dipotong oleh Akta A980).
A ) yang dipotong sebelum pemotongan itu mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dipindahkan ke Bahagian III Daftar.
. Penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar hendaklah memohon kepada Lembaga bagi mendapatkan kuasa untuk menjalankan amalan jika dia berniat untuk menjalankan amalan sebagai penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar di bawah seksyen 19, sebagai ejen harta tanah berdaftar di bawah seksyen 22 B , atau sebagai pengurus harta berdaftar di bawah seksyen 22 I .
(1 A ) Bagi maksud subseksyen (1), kuasa untuk menjalankan amalan sebagai seorang pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar perseorangan hendaklah tertakluk kepada syarat bahawa amalan itu adalah menurut seksyen 23.
mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
(a) yang merupakan seorang pekerja, hendaklah, dalam masa satu bulan dari apa-apa perubahan pekerjaan, memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai nama, alamat perniagaan dan butir-butir lain majikannya yang dahulu serta majikannya yang baru; (b) yang bukan seorang pekerja, hendaklah, dalam masa satu bulan dari apa-apa perubahan dalam nama, alamat perniagaan, perkongsian, pemegangan syer atau pengarahan amalannya atau apa-apa perubahan dalam penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang menjalankan amalan di bawah penggajiannya atau di bawah *CATATAN—Akta ini telah disemak sebagai Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487]. penggajian firmanya, memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai perubahan itu, dan perubahan itu hendaklah dimasukkan dalam Daftar yang sesuai. (7 A ) Bagi maksud perenggan (7)(b), suatu notis yang diberikan oleh pekongsi, pemegang syer atau pengarah orang yang berkenaan hendaklah disifatkan sebagai mematuhi dengan secukupnya perenggan itu. (7 B ) Perenggan (7)(a) hendaklah juga terpakai bagi penilai percubaan, ejen harta tanah percubaan dan pengurus harta percubaan dan apa-apa perubahan hendaklah dimasukkan dalam Daftar Percubaan dengan sewajarnya.
B AHAGIAN V PENILAI DAN PENTAKSIR
(a) dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya; (aa) dia bukan bankrap yang belum dilepaskan; (ab) dia tidak pernah membuat pernyataan atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan; (ac) dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan; (ad) dia tidak memberikan maklumat yang palsu; (b) dia telah memenuhi kehendak seksyen 18; (c) dia telah membuat akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga; (d) dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (e) dia tidak digantung daripada menjalankan amalan perejenan harta tanah atau pengurusan harta dan juga namanya tidak dibatalkan daripada Daftar. (1 A ) Walau apa pun perenggan (1)(e), seseorang yang hilang kelayakan daripada menjalankan amalan atau pengurusan harta boleh, jika Lembaga berpendapat dia sesuai untuk menjalankan amalan penilaian, untuk mendapatkan namanya dimemasukkan di bawah Bahagian I Daftar sebagai penilai.
Dengan syarat bahawa selama satu tahun selepas mula berkuat kuasanya Akta ini orang itu boleh terus menjalankan amalan di bawah peruntukan *Akta Pendaftaran Jurukur 1967.
* CATATAN—Akta ini telah disemak sebagai Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487]. (a) sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini telah menjadi seorang pentaksir berlesen di bawah mana-mana jua daripada berbagai-bagai undang-undang yang berhubungan dengan pelesenan pentaksir dalam Malaysia dan bahawa pada amnya perniagaannya sebagai seorang pentaksir berlesen telah menjadi pekerjaan utamanya selain perniagaannya sebagai seorang ejen harta tanah, dan bahawa dia telah memberi khidmat kepada kliennya yang pada keseluruhannya memuaskan hati mereka itu; dan (b) memenuhi atau mematuhi peruntukan perenggan (1)(a), (c), (d) dan (e).
A Daftar Percubaan setelah membuat permohonan kepada Lembaga dan membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa— (a) dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya; (b) dia bukan bankrap yang belum dilepaskan; (c) dia telah memenuhi kehendak seksyen 18; (d) dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga; (e) dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (f) dia telah mengemukakan semua dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.
(a) penilaian mengenai semua tanah dan bangunan dan segala kepentingan mengenainya termasuk pokok, tanaman, perabot, lekapan, stok tred, loji, jentera, peralatan dan barang lain; dan (b) penilaian tanah dan bangunan dan segala kepentingan mengenainya yang dikehendaki bagi kajian kemungkinan, pengurusan projek, prosiding mahkamah, timbang tara atau maksud lain. (c) (Dipotong oleh Akta A1550).
amalan telah dikeluarkan di bawah seksyen 16— (a) menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja di bawah apa-apa nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Penilai”, “Pentaksir”, “Ahli Ekonomi Tanah”, “Perunding Cara Harta”, atau yang seerti dengannya, dalam apa- apa bahasa atau mengandungi apa-apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia merupakan seorang penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan; (aa) (Dipotong oleh Akta A1550). (ab) menjalankan perniagaan atau bekerja sebagai seorang penilai atau pentaksir; (b) mempamerkan apa-apa papan tanda, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang penilai berdaftar atau pentaksir berdaftar; (c) mengusaha bagi suatu fi atau balasan lain apa-apa kerja yang disenaraikan dalam seksyen 19; atau (d) berhak mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi sebagai seorang penilai atau pentaksir.
B AHAGIAN V A EJEN HARTA TANAH berpuas hati bahawa— (a) dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya; (aa) dia tidak pernah membuat pernyataan atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan; (ab) dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan; (ac) dia tidak memberikan maklumat yang palsu; (b) dia bukan bankrap yang belum dilepaskan; (c) dia telah memenuhi kehendak seksyen 22 D ; (d) dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga; (e) dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (f) dia tidak digantung daripada menjalankan amalan penilaian atau pengurusan harta dan juga namanya tidak dipotong dari Daftar. (1 A ) Walau apa pun perenggan (1)(f), seseorang yang hilang kelayakan untuk menjalankan amalan penilaian atau pengurusan harta boleh, jika Lembaga berpendapat dia sesuai menjalankan amalan perejenan harta tanah, untuk mendapatkan namanya dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar sebagai ejen harta tanah.
(a) sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini— (i) dia telah melibatkan diri dalam amalan perejenan harta tanah dan bahawa pada amnya perniagaannya sedemikian adalah menjadi pekerjaan utamanya; atau (ii) dia adalah penilai atau pentaksir berdaftar dan bahawa perniagaannya sebagai sedemikian termasuklah amalan perejenan harta tanah, dan bahawa dia telah melayani kliennya secara amnya dengan memuaskan hati mereka; dan (b) memenuhi atau mematuhi peruntukan perenggan (1)(a), (d), (e) dan (f).
. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang ejen harta tanah berdaftar yang telah dikeluarkan suatu kuasa untuk menjalankan amalan oleh Lembaga adalah berhak mengamalkan profesionnya dan dibenarkan untuk mengusahakan amalan perejenan harta tanah. (1 A ) Seseorang itu menjalankan amalan perejenan harta tanah jika dia bertindak sebagai ejen, atau mengemukakan dirinya kepada orang ramai atau kepada mana-mana individu atau firma sebagai bersedia untuk bertindak sebagai ejen, bagi suatu komisen, fi, upah atau balasan lain— (a) berkenaan dengan apa-apa jualan atau pelupusan lain tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya; (b) berkenaan dengan apa-apa pembelian atau pengambilan lain tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya; (c) berkenaan dengan apa-apa pemajakan atau penyewaan tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya; (d) dalam membuat makluman tentang adanya tanah, bangunan, atau apa-apa kepentingan dalamnya untuk apa-apa jualan atau pelupusan, pembelian atau pengambilan, atau pemajakan atau penyewaan yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (e) berkenaan dengan apa-apa pentadbiran penyewaan termasuklah pengutipan sewa, bayaran perbelanjaan, perkiraan bagi pembaikan kecil dan penyerahan dan pengambilan milikan sesuatu harta bagi apa-apa tanah dan bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya. (1 B ) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada ejen harta tanah berdaftar boleh menjalankan pengurusan harta.
B ), Lembaga boleh membenarkan ejen harta tanah berdaftar menjalankan pengurusan harta— (a) jika dia dibenarkan berbuat demikian sebelum subseksyen (1 B )mula berkuat kuasa; dan (b) tertakluk kepada syarat dan sekatan yang sama yang dikenakan oleh Lembaga ke atasnya sebelum subseksyen (1 B )mula berkuat kuasa. (a) menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja dengan apa jua nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Ejen Harta Tanah”, “Ejen Perumahan”, “Ejen Harta”, “Ejen Tanah”, “Broker Rumah” , “Perunding Perejenan Harta Tanah”, atau apa-apa perkataan lain yang seerti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia adalah seorang ejen harta tanah berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah; (aa) menjalankan perniagaan atau bekerja sebagai seorang ejen harta tanah; (b) mempamerkan apa-apa papan tanda atau poster, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang ejen harta tanah berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan perejenan harta tanah; (ba) menawarkan untuk jualan, sewaan atau pajakan atau mempelawa tawaran untuk membeli, menyewa atau memajak apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya tidak kira sama ada tanah, bangunan dan kepentingan itu terletak di dalam Malaysia atau di luar Malaysia: Dengan syarat bahawa jika harta asing hendak dipasarkan di Malaysia, tawaran atau pelawaan itu hendaklah dibuat oleh atau melalui seorang ejen harta tanah yang menjalankan amalan dan bermastautin di Malaysia bagi pihak seseorang prinsipal atau seseorang ejen harta tanah yang menjalankan amalan atau bermastautin di luar Malaysia; (c) mengusahakan mana-mana kerja yang dinyatakan dalam seksyen 22 B ; atau (d) berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberi sebagai seorang ejen harta tanah.
(a) seseorang pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya boleh menjual atau menyewa atau memajakkan atau mensubpajakkan, atau menawarkan untuk menjual atau menyewa atau memajakkan atau mensubpajakkan, tanah, bangunan dan kepentingan itu; (b) seseorang pelelong berlesen boleh menjual atau menawarkan untuk menjual mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya melalui lelongan awam; (c) seseorang pemegang surat kuasa wakil berkenaan dengan mana- mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan mengenainya yang bertindak dengan percuma dan tanpa komisen, fi, upah atau balasan lain, boleh menjual, membeli atau menyewa, atau menawarkan untuk menjual, membeli atau menyewa, tanah, bangunan dan kepentingan itu; dan (d) seseorang perunding boleh membantu ejen harta tanah berdaftar dalam amalan perejenan harta tanah. (2 A ) Bagi maksud perenggan (2)(d), “perunding” ertinya seseorang yang diambil bekerja oleh ejen harta tanah berdaftar untuk membantunya dalam amalan perejenan harta tanah.
bawah Akta ini.
(a) dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya; (b) dia bukan bankrap yang belum dilepaskan; (c) dia telah memenuhi kehendak seksyen 22 D ; (d) dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga; (e) dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (f) dia telah mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.
B AHAGIAN V B PENGURUS HARTA (a) dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh permohonannya; (b) dia bukan bankrap yang belum dilepaskan; (c) dia tidak pernah membuat pernyataan, atau mengesahkan atau mengaku saksi dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir matan; (d) dia tidak secara tidak jujur merahsiakan fakta matan; (e) dia tidak memberikan maklumat yang palsu; (f) dia memenuhi kehendak seksyen 22 H ; (g) dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga; (h) dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (i) dia tidak digantung daripada menjalankan amalan penilaian atau perejenan harta tanah dan juga namanya tidak dipotong daripada Daftar.
B
IV Daftar berhak mendapatkan namanya didaftarkan sedemikian jika dia membuktikan sehingga Lembaga berpuas hati bahawa— (a) sebaik sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Bahagian ini— (i) dia telah melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta; dan (ii) dia telah memberikan khidmat kepada kliennya yang secara amnya memuaskan hati mereka; dan (b) dia mematuhi peruntukan subseksyen (1).
(a) dia telah mencapai umur 21 tahun dan sempurna akal, berkelakuan baik dan tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak dalam tempoh lima tahun sebelum sahaja tarikh permohonannya; (b) dia bukan bankrap yang belum dilepaskan; (c) dia memenuhi kehendak seksyen 22 H ; (d) dia telah membuat suatu akuan dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga; (e) dia telah membayar fi yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (f) dia telah mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga.
(a) menguatkuasakan terma pajakan dan perjanjian lain yang berhubungan dengan harta itu; (b) menyediakan belanjawan dan menyenggarakan rekod kewangan bagi harta itu; (c) memantau perbelanjaan bagi harta itu dan membuat pembayaran daripada pendapatan harta itu; (d) memberikan nasihat mengenai keputusan penjualan, pembelian dan penyewaan; (e) memberikan nasihat mengenai perkara insurans; (f) memberikan nasihat mengenai peluang untuk menghasilkan potensi pembangunan atau pelaburan harta itu; (g) memberikan nasihat mengenai keperluan untuk meningkatkan harta itu atau untuk mencantumkan kepentingan; (h) menguruskan dan menyenggarakan bangunan dan kemudahan pada bangunan itu; dan (i) menyediakan atau memeriksa inventori perabot, lekapan, stok tred, loji atau jentera, atau barang lain. (a) menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja di bawah apa-apa nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Pengurus Harta”, “Ejen Pengurusan”, atau yang seerti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa-apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia merupakan seorang pengurus harta berdaftar atau bahawa dia melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta; (b) bertindak sebagai pengurus harta; (c) menjalankan perniagaan atau dilantik atau melibatkan diri sebagai pengurus harta; (d) mempamerkan apa-apa papan tanda atau poster, atau menggunakan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa kad, surat, risalah, lembaran, notis atau apa-apa bentuk iklan, yang membayangkan sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia merupakan seorang pengurus harta berdaftar atau melibatkan diri dalam amalan atau perniagaan pengurusan harta; (e) mengusahakan untuk suatu fi atau balasan lain mana-mana kerja yang disenaraikan dalam subseksyen 22 I
(f) berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan sebagai seorang pengurus harta.
(a) pemunya berdaftar; (b) benefisiari apa-apa harta pusaka atau amanah si mati; dan (c) pemajak yang kepentingannya didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81] dan Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68].
B AHAGIAN VI FIRMA
untuk mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah apa-apa fi, komisen, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan olehnya menurut amalannya melainkan jika dia menjalankan amalan sebagai tuan punya tunggal suatu ketuanpunyaan tunggal, pekongsi suatu perkongsian, pemegang syer atau pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang didaftarkan dengan Lembaga, atau sebagai pekerja ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu. (1 A ) Sesuatu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan boleh memohon kepada Lembaga bagi pendaftaran untuk menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta dalam borang dan mengikut cara, dan disertakan dengan fi, yang ditetapkan oleh Lembaga. (1 B ) Sesuatu ketuanpunyaan tunggal yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta, mengikut mana- mana yang berkenaan, tidak boleh didaftarkan oleh Lembaga melainkan jika— (a) tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu merupakan penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) kepentingan dalam ketuanpunyaan tunggal itu terletak hak semata-mata pada tuan punya tunggal itu; dan (c) tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu telah memenuhi semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
(a) semua pekongsi perkongsian itu atau semua pengarah dan pemegang syer pertubuhan perbadanan itu adalah— (i) dalam hal suatu amalan penilaian— (A) semata-mata penilai berdaftar; (B) suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar ; atau (C) suatu gabungan penilai berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain; (ii) dalam hal suatu amalan pentaksiran— (A) semata-mata pentaksir berdaftar; (B) suatu gabungan pentaksir berdaftar, penilai berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar; atau (C) suatu gabungan pentaksir berdaftar dan mana- mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain; (iii) dalam hal suatu amalan perejenan harta tanah— (A) semata-mata ejen harta tanah berdaftar; (B) suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar, penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan pengurus harta berdaftar; atau (C) suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain; dan (iv) dalam hal suatu amalan pengurusan harta— (A) semata-mata pengurus harta berdaftar; (B) suatu gabungan pengurus harta berdaftar, penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau (C) suatu gabungan pengurus harta berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain; (b) syer dalam perkongsian atau pertubuhan perbadanan itu dipegang— (i) dalam hal suatu amalan penilaian, semata-mata oleh penilai berdaftar; (ii) dalam hal suatu amalan pentaksiran, semata-mata oleh pentaksir berdaftar; (iii) dalam hal suatu amalan perejenan harta tanah, semata- mata oleh ejen harta tanah berdaftar; (iv) dalam hal suatu amalan pengurusan harta, semata-mata oleh pengurus harta berdaftar; dan (v) dalam hal suatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang semua pekongsi bagi perkongsian itu atau semua pengarah dan pemegang syer pertubuhan perbadanan itu adalah suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar dan pengurus harta berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain— (A) dalam hal suatu amalan penilaian, oleh suatu majoriti penilai yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; (B) dalam hal suatu amalan pentaksiran, oleh suatu majoriti pentaksir yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; (C) dalam hal suatu amalan perejenan, oleh suatu majoriti ejen harta tanah yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; dan (D) dalam hal suatu amalan pengurusan harta, oleh suatu majoriti pengurus harta yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti. (c) ia memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
(4 A ) Tiada pengurus harta berdaftar boleh, melainkan jika Lembaga meluluskan sedemikian secara bertulis, menjadi atau terus menjadi tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah lebih daripada satu ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menjalankan amalan pengurusan harta. (4 B ) Walau apa pun subseksyen (2), (4) atau (4 A ), Lembaga hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu firma jika Lembaga mendapati bahawa— (a) firma itu atau mana-mana pekongsi atau pengarahnya telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak melaksanakan mana- mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga semasa memberikan kelulusan; (b) komposisi pekongsi dalam perkongsian atau pengarah pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2); (c) pemegangan syer bagi perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2); (d) mana-mana pekongsi bagi perkongsian atau pengarah bagi pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta , sama ada pekongsi atau pengarah itu merupakan seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar atau selainnya, melakukan, atau telah menyumbang kepada, mana- mana perbuatan yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c); dan (e) firma itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
(a) dalam masa satu bulan dari dia menjadi seorang tuan punya tunggal, pekongsi, pemegang syer atau pengarah sesuatu firma; atau (b) dalam masa satu bulan dari apa-apa perubahan dalam perkongsian, pemegangan syer atau pengarahan sesuatu firma, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai kejadian atau perubahan itu.
(a) mengarahkan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang lain itu untuk— (i) mengambil alih pengurusan firmanya; dan (ii) menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu dan dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya; dan (b) menyerahkan kepada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang lain itu semua dokumen, buku akaun, rekod dan baucar dan apa-apa dokumen lain dalam milikan atau kawalannya.
puluh hari dari tarikh pemotongan namanya atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyerahkan semua kliennya dan semua dokumen yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pekongsinya.
(a) mengarahkan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang lain itu untuk— (i) mengambil alih pengurusan firmanya; dan (ii) menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu dan dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya; dan (b) menyerahkan kepada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang lain itu semua dokumen, buku akaun, rekod dan baucar dan apa-apa dokumen lain dalam milikan atau kawalannya.
awam atau kepentingan klien atau profesionnya.
berdaftar yang dilantik di bawah subseksyen (12) hendaklah— (a) melakukan usahanya yang terbaik untuk melaksanakan dan menjalankan perniagaan itu dengan cara yang sepatutnya dan cekap; (b) menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu atau yang dipegang olehnya; dan (c) menyediakan untuk pemeriksaan Lembaga kesemua akaun atau rekod lain firma itu.
B AHAGIAN VII PROSIDING TATATERTIB DAN PROSIDING LAIN
harta tanah percubaan atau pengurus harta percubaan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar atau Daftar Percubaan, mengikut mana-mana yang berkenaan — (a) telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak; (b) telah didapati memperoleh pendaftaran atau kuasanya untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini secara fraud atau salah nyataan; (c) telah ditarik balik atau dibatalkan kelayakannya di bawah seksyen 18, 22 D atau 22 H oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperolehi atau olehnya kelayakan itu diberikan; (d) telah melanggari atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya; (e) telah tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya ia didaftarkan; (f) telah enggan atau cuai mematuhi apa-apa perintah Lembaga yang bertindak di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana- mana kaedah yang dibuat di bawahnya; (g) telah didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa salah laku profesional atau atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah keji atau mengaibkan; (h) telah membenarkan mana-mana orang yang tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta atas namanya; (i) telah menjalankan sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan amalan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta; atau (j) telah menjual, memajak, menyewa kecil, memindahkan atau selainnya membenarkan mana-mana orang lain untuk menggunakan kuasanya untuk menjalankan amalan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini, Lembaga boleh membuat suatu perintah— (i) membatalkan pendaftarannya di bawah Bahagian yang berkenaan Daftar yang berkenaan; (ii) menggantung amalannya selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun; (iii) menegurnya dan merekodkan teguran itu dalam Daftar yang berkenaan; (iv) menegurnya atau mengenakan denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan merekodkan teguran atau denda itu dalam Daftar yang berkenaan; (v) mengenakan denda yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan merekodkan denda itu dalam Daftar yang berkenaan dan supaya dia digantung daripada menjalankan amalan sehingga denda itu dibayar; (vi) melarangnya daripada membuat permohonan kepada Lembaga bagi pendaftaran sehingga semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga telah dipatuhi; (vii) memberi amaran kepadanya; atau (viii) menolak pertuduhan. (1 A ) Jika Lembaga membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(ii) hingga (v), Lembaga boleh, sebagai tambahan, memerintahkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat membayar kepada Lembaga kos prosiding tidak melebihi lima ribu ringgit, dan denda serta kos itu hendaklah boleh didapatkan kembali sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.
A ) melainkan jika— (a) suatu pendengaran telah diadakan yang tidak kurang daripada sepuluh anggota Lembaga hadir; dan (b) suatu peluang untuk didengar, sama ada dengan atau tanpa bantuan peguam, telah diberi kepada orang yang menghadapi tindakan tatatertib. (2 A ) Tiada perintah penggantungan amalan atau pembatalan pendaftaran boleh berkuat kuasa— (a) jika tiada rayuan difailkan, sehingga rayuan itu habis tempoh; atau (b) jika suatu rayuan difailkan, sehingga Lembaga Rayuan mengesahkan keputusan itu.
(3 A ) Apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah perenggan (1)(iii), (iv) dan (v) boleh disiarkan dalam apa-apa penerbitan yang difikirkan patut oleh Lembaga jika tiada rayuan terhadap perintah itu dibuat di bawah seksyen 27 dalam tempoh empat puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.
hari selepas perintah itu dibuat.
(a) telah memohon secara bertulis supaya namanya itu dipotong; (b) telah mati; (c) telah diperakui oleh pegawai perubatan Kerajaan sebagai tidak sempurna akal atau oleh sebab apa-apa kelemahan lain pada tubuh badan atau fikiran atau apa-apa sebab lain, menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi sebagai penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta berdaftar dengan berkesan; (ca) telah dihukum bankrap; (d) tidak membaharui kuasanya untuk menjalankan amalan dalam tempoh tiga bulan selepas tamat kuasanya itu atau tidak mematuhi apa-apa syarat pembaharuan; atau (e) pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen 24.
(a) yang telah memohon secara bertulis supaya nama dan butir- butirnya itu dipotong; (b) yang telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat pendaftarannya; atau (c) yang telah dibubarkan atau dibatalkan pendaftarannya di bawah undang-undang yang di bawahnya firma itu diperbadankan atau didaftarkan; atau (d) jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(ca), (d) dan (e) telah berlaku.
Lembaga.
(a) telah ditolak pendaftaran oleh Lembaga; (b) telah didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga; (c) telah pun didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 24; atau (d) kemasukan semulanya di bawah seksyen 26 telah ditolak oleh Lembaga, boleh dalam tempoh tiga puluh hari setelah diberitahu tentang penolakan, sekatan atau perintah itu, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan boleh dengan itu membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut atau wajar termasuk apa-apa arahan tentang kos rayuan itu.
pelantikannya itu dan dia layak dilantik semula.
B AHAGIAN VIII AM
(a) mendapatkan atau cuba mendapatkan pendaftaran atau suatu kuasa untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini dengan diketahuinya membuat atau mengemukakan atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan apa-apa akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau fraud sama ada secara bertulis atau sebaliknya; (b) dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemalsuan dalam Daftar atau Daftar Percubaan atau Daftar Firma; (c) memalsukan, mengubah atau melancung apa-apa perakuan, testimonial, perintah atau kuasa untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini; (d) mengedarkan atau mengguna apa-apa kuasa yang dipalsukan, diubah atau dilancung untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini dengan mengetahui yang kuasa itu telah dipalsu, diubah atau dilancung; (e) menyamar diri sebagai seorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar; (f) membeli atau secara fraud memperoleh suatu kuasa untuk menjalankan amalan di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada seorang lain; (g) (Dipotong oleh Akta A1550). (h) bukannya seorang yang bertindak di bawah arahan dan penyeliaan diri secara langsung seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar yang menjalankan atau mengaku janji hendak menjalankan apa-apa kerja yang diperuntukkan di bawah seksyen 19, 22 B atau 22 I ; (i) bertindak dengan melanggar seksyen 21, 22 C atau 22 J ; atau (j) membantu dan bersubahat dalam pelakuan kesalahan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dia boleh didenda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari semasa kesalahan itu berterusan.
(a) bertindak sebagai seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta bagi mana-mana pihak atau bertindak atas apa- apa sifat sebagai seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta sama ada matlamat asas atau utama perniagaannya ialah penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta atau sama ada apa-apa bahagian sampingan perniagaannya merupakan penilaian, pentaksiran, perejenan harta tanah atau pengurusan harta; atau (b) dengan sengaja atau dengan palsu berpura-pura menjadi, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia mempunyai kelayakan atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak sebagai, seorang penilai, pentaksir, ejen harta tanah atau pengurus harta , atau bahawa dia mempunyai kelayakan atau kuasa sedemikian menurut undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
(a) untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan kekerasan; (b) untuk menggeledah dan menyita di premis itu apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis atau peranti lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah penilai berdaftar, pentaksir berdaftar, ejen harta tanah berdaftar atau pengurus harta berdaftar, dan apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; dan (c) untuk menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga premis itu selesai digeledah, jika perlu.
B mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 30 B dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu. B atau 30 C , pegawai atau orang yang menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menghantarserahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.
menguatkuasakan peruntukan Bahagian III hingga Bahagian VIII.
J ADUAL P ERTAMA [Subseksyen 9(8)]
(a) seseorang yang tidak sempurna akal atau sebaliknya tidak berupaya menjalankan kewajipannya; (b) seorang bankrap.
(d) hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada Yang Dipertua atau jika dia hilang kelayakan di bawah perenggan (1). * CATATAN—Akta ini telah disemak sebagai Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487].
J ADUAL K EDUA [Seksyen 34] * AKTA PENDAFTARAN JURUKUR 1967 Peruntukan Pindaan
dengan perkataan “three”.
(e) yang berikut: “(e) three registered Quantity Surveyors who are Federal Citizens and who have had at least six years professional experience practising their profession in Malaysia and who are in private practice on the nomination of the Council of the Institution of Surveyors (Malaysia) or other professional body that the Board may from time to time recognize to represent Quantity Surveyors;”
perenggan baru (h) yang berikut— * CATATAN—Akta ini telah disemak sebagai Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487]. Peruntukan Pindaan “(h) one member on the nomination of the Board of Valuers and Appraisers from among members of that Board established under the Valuers and Appraisers Act 1981 [Act 242].”. Subseksyen 3(2 A ) Potong.
Subseksyen 5(2) Potong. Subseksyen 6(2) Potong perkataan “(including the branch or branches of surveying to which the qualifications relate)” dalam perenggan (a). Subseksyen 7(1) Gantikan perkataan “‘Building Surveyor’, ‘Valuer’, ‘Appraiser’, ‘Land Economist’” yang terdapat selepas sahaja perkataan “‘Quantity Surveyor’,” dalam perenggan (a) dengan perkataan “‘Building Economist’, ‘Building Cost Consultant’”.
A Potong perkataan “or general practice” di mana jua ia terdapat.
Subseksyen 10(2) Gantikan dengan yang berikut: “(2) Subject to the provisions of this Act, any person who— Peruntukan Pindaan (a) is a provisionally registered surveyor; (b) has obtained the practical experience as prescribed under paragraph (1)(b); and (c) is a Member of the Institution of Surveyors (Malaysia) or has obtained a qualification which the Board considers to be equivalent thereto, shall be entitled on application to be registered as a Surveyor.”.
Jadual 1. Gantikan perkataan “seven” dalam subperenggan 2(3) dengan perkataan “six”.
Di mana jua terdapat perkataan “Surveyor” atau “Surveyors” kecuali dalam perenggan 3(2)(b), perenggan 7(1)(a) dan seksyen 27 Masukkan “Quantity” sebelum perkataan itu. J ADUAL K ETIGA [Seksyen 35] Undang-Undang bertulis Takat Dimansuhkan (a) Enakmen Pentaksir bagi Negeri- Negeri Melayu [N.M.B. Bab 80] Kesemuanya. (b) Enakmen Pentaksir [N.M.B. Bab 80] sebagaimana terpakai bagi Wilayah Persekutuan, Perlis dan Terengganu [P.U.(A) 62/74, Ord. P.T.M. 30/1961, Ord. P.T.M. 55/1955] (c) Enakmen Pentaksir [Enak. Johor 4] Kesemuanya. Kesemuanya. (d) Enakmen No. 8 (Pelelong) [Enak. Kedah 8] (e) Enakmen Pentaksir 1911 [Enak. Kelantan 3 tahun 1911] Setakat yang berkaitan dengan ejen perumahan. Kesemuanya. (f) Ordinan Pelbagai Lesen [Sarawak Bab 72] (g) Ordinan Lesen Pelelong [N.S. Bab 198] Setakat yang berkaitan dengan ejen penilai. Setakat yang berkaitan dengan ejen perumahan. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A598 Akta Penilai dan Pentaksir (Pindaan) 1984 Akta A980 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 1997 Akta A1056 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 1999 Akta A1404 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 1999 Akta A1550 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A598 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1056 Akta A1404 Akta A980 Akta A1056 Akta A980 Akta A1056
Akta A598 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 10 A Akta A1404 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550
Akta A598 Akta A980 Akta A598 Akta A980 Akta A1550 Akta A598 Akta A1550 15 A Akta A980 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 17 A Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1550 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550
A Akta A598 22 A Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 22 B Akta A980 Akta A1550 22 C Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 22 D Akta A980 Akta A1550 22 E Akta A1404 Akta A1550
B Akta A1550 22 F Akta A1550 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 22 G Akta A1550 22 H Akta A1550 22 I Akta A1550 22 J Akta A1550
Akta A598 Akta A980 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 Akta A980 Akta A1550 Akta A980 Akta A980 Akta A980 Akta A1404 Akta A598 Akta A980 Akta A1404 Akta A1550 30A Akta A1550 02-01.2018 30 B Akta A980 Akta A1550 30 C Akta A980 Akta A1550 30 D Akta A980 Akta A1550 Akta A980 Akta A1404 31 A Akta A980 Akta A1550 Akta A980 Jadual Pertama Akta A598 Akta A980 Jadual Ketiga Akta A598