Sebagaimana pada 1 Disember 2011
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 Tarikh Perkenan Diraja … … … Tarikh penyiaran dalam Warta … … … Kali terakhir dipinda melalui Akta A1285 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 Ogos 2008 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2006 Akta 308 AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ─1 Mac 1985, P.U. (B) 101/1985; Selangor ─1 Mac 1985, P.U. (B) 101/1985; Negeri Lain ─1 Februari 1986, P.U. (B) 55/1985] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B AHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pengecualian Bahagian II PENDAFTARAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 4. Semua taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan 5. Kategori taman asuhan kanak-kanak 6. Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar 7. Pendaftaran 8. Terma dan syarat yang hendak dikenakan 9. Daftar yang hendak disimpan 10. Pemeriksaan daftar yang disimpan 11. Perakuan pendaftaran 11 A . Tafsiran Bahagian III PEMBATALAN PENDAFTARAN Seksyen 12. Pembatalan pendaftaran B AHAGIAN IV PELANTIKAN PEGAWAI DIBERI KUASA 13. Pelantikan pegawai 14. Kuasa Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa B AHAGIAN V ARAHAN 15. Ketua Pengarah hendaklah memberi arahan bertulis 16. Perintah untuk menutup sementara taman asuhan kanak-kanak Bahagian VI PERBAGAI 17. Kesalahan dan penalti 17 A . Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb . 18. Anggapan 19. Taman asuhan kanak-kanak yang ada 20. Kuasa untuk masuk dan memeriksa premis 20 A . Kuasa untuk mengelak 21. Permulaan Pendakwaan 21 A . Pengkompaunan kesalahan 22. Rayuan 23. Peraturan-peraturan 24. Peruntukan untuk membenarkan penerimaan masuk kanak-kanak di atas umur empat tahun Akta 308
bahagian atau peruntukan yang berlainan dan bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.
─ “daftar” ertinya apa-apa daftar yang dikehendaki disimpan di bawah peruntukan Akta ini; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat; “pegawai diberi kuasa” ert inya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 13 ; “Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Kebajikan Masyarakat suatu Negeri dan termasuklah masing-masingnya Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya; “saudara” ertinya datuk atau nenek, abang atau adik laki-laki, kakak atau adik perempuan, bapa saudara atau emak saudara yang ada pertalian darah; “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah; “taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
─ (a) mana-mana hospital kerajaan atau hospital persendirian yang dilesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [ Akta 586 ]; (b) mana-mana institusi yang dikecualikan daripada peruntukan Akta ini oleh Ketua Pengarah; (c) mana-mana tadika atau sekolah asuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; dan (d) mana-mana taman asuhan kanak-kanak atau mana-mana rumah kanak-kanak yang ditubuhkan atau dikelolakan oleh Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.
PENDAFTARAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
(a) taman asuhan kanak-kanak di rumah iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah seksyen 7; (b) taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak; (c) taman asuhan kanak-kanak komuniti iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri; dan (d) taman asuhan kanak-kanak di institusi iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak selain taman asuhan kanak-kanak di bawah perenggan (a), (b) dan (c) yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.
itu.
(a) dengan mengehadkan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk dalam mana-mana taman asuhan kanak-kanak pada satu-satu masa; (b) dengan menjamin bahawa pemohon atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak seorang yang layak dan sesuai, sama ada disebabkan oleh umur atau selainnya, untuk menjalankan, mengambil bahagian dalam pengurusan atau diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak itu; (c) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah mengadakan kakitangan yang cukup, baik dari segi bilangan mahu pun kelayakan atau pengalaman orang yang diambil bekerja atau mengambil bahagian dalam penjalanannya; (d) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya; (e) dengan menjamin bahawa, jika mana-mana kanak-kanak diterima masuk di mana-mana taman asuhan kanak-kanak dan tinggal di sana selama suatu jangka masa terus-menerus yang melebihi empat jam dalam satu-satu hari, hendaklah ada peraturan yang cukup dan sesuai bagi makanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak itu dan diet yang cukup serta seimbang hendaklah diadakan; (f) dengan mematuhi apa-apa kehendak yang berkaitan dengan struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan dan keselamatan; (g) apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah.
─ (a) nama dan alamat tiap-tiap orang yang didaftarkan berhubungan dengan mana-mana taman asuhan kanak-kanak; (b) nama dan alamat tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak berdaftar; dan (c) apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
pejabat.
B AHAGIAN III PEMBATALAN PENDAFTARAN
─ (a) di mana terdapat apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dikenakan berhubungan dengan apa-apa pendaftaran yang dibuat di bawah Akta ini; (b) jika terdapat apa-apa kegagalan memberitahu apa-apa perubahan hal keadaan mengikut subseksyen 11(4); (c) atas sebab bahawa orang yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak; (e) jika dia dapati bahawa ─ (i) taman asuhan kanak-kanak itu tidak dijalankan sebagai sedemikian atau tidak wujud lagi; atau (ii) seseorang itu telah berhenti menjalankan taman asuhan kanak-kanak itu. B AHAGIAN IV PELANTIKAN PEGAWAI DIBERI KUASA
beberapa orang pegawai yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
(a) kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerjanya memuaskan; (b) daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira disenggarakan dengan sempurna; (c) alat yang cukup dan sesuai diadakan dalamnya; (d) struktur, kesihatan dan kebersihan disenggarakan; (e) pengawasan yang cukup diambil terhadap bahaya kebakaran atau apa-apa bahaya lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuhnya. B AHAGIAN V ARAHAN
(a) taman itu dijalankan dan diuruskan dengan memuaskan; (b) kebajikan kanak-kanak yang menghadiri taman itu digalakkan dengan cara sempurna; (c) radas dan kelengkapan perlu yang cukup sebagai keselamatan dari api diadakan dalamnya; dan (d) peruntukan Akta ini dipatuhi.
(a) hendaklah disampaikan kepada orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak itu; dan (b) hendaklah menetapkan suatu tempoh masa dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.
(a) jika dia dapati bahawa ada bahaya atau risiko bahaya kepada orang dalam mana-mana premis taman asuhan kanak-kanak berdaftar; atau (b) jika, berhubungan dengan mana-mana premis itu sesuatu arahan yang diberi di bawah seksyen 15 tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam notis yang disampaikan di bawahnya, melalui perintah secara bertulis mengarahkan bahawa premis itu hendaklah berhenti digunakan sebagai taman asuhan kanak-kanak selama tempoh yang difikirkannya patut atau sehingga diberitahu selanjutnya.
(a) ianya dihantar serah sendiri kepada orang yang kepadanya ianya disampaikan; (b) ianya dihantar melalui pos berdaftar ke alamat orang itu yang akhir diketahui; atau (c) satu salinannya ditampalkan di suatu tempat yang mudah dilihat atau di premis yang dimaksudkannya itu. B AHAGIAN VI PELBAGAI
(a) menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu taman asuhan kanak-kanak dalam mana-mana premis selain daripada premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak; (b) dalam atau berhubungan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini membuat suatu pernyataan atau memberi maklumat, sama ada kenyataan itu kenyataan lisan atau bertulis, yang palsu mengenai apa-apa butir material dan yang dia tahu atau semunasabahnya patut tahu adalah palsu mengenai butir itu; (c) menghalang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini; (d) enggan mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang lain apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 20, atau, apabila dikehendaki sedemikian, memberi maklumat yang palsu mengenai butir material dan yang dia tahu atau semunasabahnya patut tahu adalah palsu mengenai butir itu; (e) menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan taman asuhan kanak-kanak yang dijalankan dengan apa jua nama lain daripada nama ianya didaftarkan; (f) gagal mematuhi sesuatu perintah yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 16; (g) gagal memberitahu Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan yang berlaku dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam perakuan itu mengikut subseksyen 11(4); (h) gagal menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran itu dipamerkan mengikut subseksyen 11(5); atau (i) gagal menyerahkan perakuan pendaftaran itu apabila berhenti mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak mengikut subseksyen 11(6), bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu pada masa kesalahan itu dilakukan; (b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa kesalahan itu dilakukan; atau (c) dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu pada masa kesalahan itu dilakukan, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama sebagaimana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah kesalahan itu dilakukan.
membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu.
(a) mengemukakan soalan mengenai pengurusan taman asuhan kanak-kanak kepada, orang yang didaftarkan di bawah Akta ini dan kepada mana-mana orang lain yang menjaga taman asuhan kanak-kanak yang keterangannya ia fikirkan perlu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar sepanjang yang mereka boleh berikan; (b) menghendaki orang yang menjaga supaya mengemukakan di hadapannya semua atau apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini; dan (c) menyita atau mengambil salinan apa-apa rekod yang dikemukakan di hadapannya di bawah perenggan (b).
. (1) Jika Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain digunakan sebagai suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini, Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak taman asuhan kanak-kanak itu.
hendaklah— (a) dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu perakuan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak itu; dan (b) menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.
(a) orang itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau (b) suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap orang itu supaya orang itu berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak, mengikut mana-mana yang terdahulu.
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. . (1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis, dalam borang yang ditetapkan, kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
.
dalam mana-mana mahkamah undang-undang atas apa jua alasan.
(a) penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak; (b) tugas dan tanggungjawab orang-orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak; (c) kelayakan, pengalaman, perlantikan, tugas, tanggungjawab dan disiplin orang bagi maksud penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak; (d) penjagaan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang dijaga di taman asuhan kanak-kanak; (e) pendaftaran penjaga kanak-kanak yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak; (f) penyimpanan dan penyenggaraan apa-apa daftar mengenai kanak-kanak, dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Menteri; (g) penetapan kehendak minimum bagi taman asuhan kanak-kanak untuk digunakan bagi penerimaan masuk kanak-kanak dan peruntukan bagi mengadakan keperluan kebersihan minimum, bekalan air dan perkara lain mengenai kesihatan berhubungan dengan bangunan itu; (h) penetapan kelengkapan minimum; (i) penetapan borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak diberikan bagi mana-mana maksud Akta ini; (j) pemberian perakuan dan pengeluaran salinan perakuan dalam hal perakuan yang hilang atau musnah; (k) fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini; (l) penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.
tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat selanjutnya yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk Ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1285 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari Akta A1285 Akta A1285 Akta A1285 Akta A1285 Akta A1285 11 A Akta A1285 Akta A1285 Akta A1285 17 A Akta A1285 20 A Akta A1285 Akta A1285 21 A Akta A1285