1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Simpanan Nasional 1974. Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
* CATATAN—Akta ini akan dimansuhkan oleh Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 [Akta 571] apabila Akta 571 mula berkuat kuasa.
“Bank” ertinya Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Bank Simpanan Pejabat Pos” ertinya Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat Pos 1948 [Akta 113];
“bunga” termasuklah bonus dan apa-apa faedah kewangan yang lain (dengan apa jua nama disebut) yang kena dibayar atas deposit dan akaun lain dengan Bank;
“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 9 dan termasuklah seseorang yang dilantik untuk bertindak sebagai Ketua Eksekutif;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah yang disebut dalam seksyen 6; “pegawai” termasuklah Ketua Eksekutif;
“pengarah” ertinya seseorang ahli Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 6 dan termasuklah Pengerusi dan pengarah silih ganti;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga;
“perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun memberikan arahan pembayaran kepada Bank dan yang membenarkan Bank menerima bayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak;
“sekuriti” ertinya debentur, saham dan syer dalam sesuatu syarikat awam atau perbadanan, atau bon sesuatu kerajaan atau sesuatu badan, perbadanan atau bukan perbadanan, dan termasuklah apa-apa hak atau opsyen yang berkenaan dengannya dan apa-apa kepentingan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 84 Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“sijil simpanan premium” ertinya sijil simpanan bernombor yang dikeluarkan oleh Bank bagi sesuatu akaun deposit yang baginya tiada bunga akan dibayar tetapi yang boleh atau tidak boleh menyertai cabutan berkala yang diadakan oleh Bank bagi mengawardkan pembayaran bonus dengan wang tunai atau selainnya;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Bahagian ii Penubuhan dan pemerbadanan
PENUBUHAN, TUJUAN DAN KUASA
3. Dengan ini ditubuhkan suatu bank simpanan bernama “Bank Simpanan Nasional” atau dalam bahasa Inggeris “National Savings Bank”, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan yang mempunyai kuasa bagi membuat kontrak, memperoleh, memegang, melupuskan atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai harta alih dan harta tak alih dan bagi membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya sendiri. Tujuan Bank
4. Tujuan utama bank ialah— Kuasa Bank
(a) untuk memaju dan menggembleng simpanan, khususnya daripada penyimpan kecil, dan untuk menggalakkan tabiat jimat cermat dan menyimpan wang;
(b) untuk mengadakan saluran untuk menyimpan wang oleh orang awam amnya;
(c) untuk menggunakan wang Bank itu bagi pelaburan, termasuk membiayai pembangunan ekonomi negara;
(d) untuk mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos; dan
(e) untuk memajukan kepentingan pendeposit dan pelanggannya yang lain.
5. Bagi maksud menjalankan tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 4, Bank boleh—
(a) menerima sebagai deposit daripada pelanggannya atau memungut bagi pihak mereka wang yang boleh dibayar balik sama ada atas permintaan atau selainnya;
(b) memberikan pinjaman dan pendahuluan kepada, atau memberikan gerenti bagi faedah, pendeposit dan pelanggannya yang lain bagi maksud perumahan dan apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan membuat perjanjian bagi maksud ini;
(c) melabur dalam sekuriti Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam atau dalam sekuriti lain bagi maksud yang sesuai dengan tujuannya;
(d) menggalakkan pembentukan sesuatu syarikat perbadanan atau mengambil bahagian dalam menggalakkan sesuatu syarikat itu atau memperoleh sesuatu pengusahaan atau sebahagian daripadanya;
(e) memperoleh tanah dan harta bagi atau berhubung dengan penjalanan kuasanya, dan memajukan tanah dan harta itu;
(f) melupuskan atau memajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusan mengenai kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau hartanya;
(g) mengadakan dan menjalankan perkhidmatan giro;
(h) menerima sekuriti dan barang berharga yang lain daripada pelanggan untuk disimpan dengan selamat;
(i) melevi sesuatu bayaran bagi apa-apa perkhidmatan yang diberi olehnya;
(j) menyenggara akaun dengan Kerajaan, Kerajaan mana-mana Negeri, bank dan institusi kewangan yang lain;
(k) membuka cawangan dan melantik ejen atau koresponden;
(l) mengendalikan skim bagi mengeluarkan dan menganjurkan sijil simpanan premium yang boleh ditebus sama ada apabila dikehendaki atau selainnya dan, walau apa pun peruntukan
mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan untuk mengawardkan pembayaran bonus kepada pemegang sijil simpanan premium yang dikeluarkan;
(la) mengadakan, mengendalikan dan menguruskan apa-apa produk atau perkhidmatan lain yang perlu bagi maksud mencapai tujuan Bank dan mengenakan caj bagi produk dan perkhidmatan sedemikian; dan
(m) menjalankan urusan am sesuatu bank simpanan dan membuat segala perkara lain yang bersampingan dengan atau yang berfaedah kepada pencapaian tujuannya.
Bahagian iii Lembaga Pengarah
KEANGGOTAAN BANK
6. (1) Suatu Lembaga Pengarah hendaklah ditubuhkan di bawah subseksyen (2) dan Lembaga itu hendaklah bertanggungjawab terhadap dasar dan pentadbiran keseluruhan hal ehwal dan urusan Bank.
(2) Ahli Lembaga Pengarah hendaklah dilantik mengikut nama oleh Menteri dan hendaklah terdiri daripada— Pengarah silih ganti
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang wakil Kementerian Kewangan, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;
(c) (Dipotong oleh Akta A1389);
(d) (Dipotong oleh Akta A1389);
(e) tidak kurang daripada empat orang pengarah lain dan mereka itu hendaklah orang yang berkenamaan dan berpengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan perbankan, perniagaan atau industri; dan
(f) Ketua Eksekutif.
7. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap pengarah yang dilantik di bawah perenggan 6(2)(b) melantik mengikut nama seseorang untuk menjadi seorang pengarah silih ganti bagi menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan pengarah itu apabila pengarah itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa jua sebab.
(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan seseorang pengarah, seseorang pengarah silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.
(3) Seseorang pengarah silih ganti hendaklah terhenti menjadi pengarah silih ganti apabila pengarah yang berkenaan dengannya dia menjadi pengarah silih ganti itu terhenti menjadi seorang ahli Lembaga. Syarat pelantikan Pengerusi dan pengarah
8. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini—
(a) Pengerusi hendaklah dilantik selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan layak dilantik semula; dan
(b) mana-mana pengarah lain (selain Ketua Eksekutif) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.
(2) Pengarah hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa gaji, bayaran atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(3) Dalam masa Pengerusi tidak berdaya buat sementara oleh sebab sakit atau dalam masa Pengerusi tidak ada buat sementara di Malaysia, Timbalan Pengerusi boleh bertindak sebagai Pengerusi sementara, dan jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak ada, Menteri boleh melantik seorang daripada pengarah lain itu untuk menjadi Pengerusi sementara.
(4) Menteri boleh pada bila-bila masa menamatkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana pengarah yang—
(a) bersalah atas salah laku yang berat berhubung dengan jawatannya;
(b) tidak menghadiri mesyuarat Lembaga lebih daripada tiga kali berturut-turut, kecuali apabila bercuti atau dengan kelulusan Menteri;
(c) tidak mematuhi kewajipannya di bawah seksyen 12; atau
(d) pada pendapat Menteri, tidak lagi layak menjadi Pengerusi atau pengarah.
(5) Seseorang tidak boleh dilantik atau tidak boleh lagi menjadi Pengerusi atau pengarah Bank jika dia— Pelantikan dan kewajipan Ketua Eksekutif
(a) disabitkan oleh sesuatu mahkamah undang-undang atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau disabitkan atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan fraud atau kecurangan dan dia belum mendapat pengampunan;
(b) menjadi seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berdaya menjalankan kewajipannya; atau
(c) menjadi seorang bankrap atau membuat apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya;
(d) (Dipotong oleh Akta A397).
9. (1) Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Pengerusi Lembaga, melantik seorang Ketua Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
(2) Ketua Eksekutif—
(a) (Dipotong oleh Akta A1389);
(b) hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga terhadap pentadbiran dan pengurusan Bank yang sempurna, mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
(c) boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, memberikan keputusan dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank; dan
(d) adalah bertanggungjawab kepada Lembaga terhadap perbuatan dan keputusannya.
(3) Ketua Eksekutif hendaklah menumpukan seluruh masa profesionalnya kepada perkhidmatan Bank: Arahan oleh Menteri
Dengan syarat bahawa dia boleh, jika dilantik sedemikian dan dengan kelulusan Menteri, menjadi—
(a) seorang pengarah, gabenor atau ahli lembaga (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu bank simpanan antarabangsa atau institusi yang seumpamanya yang bercorak antarabangsa;
(b) seorang pengarah bagi sesuatu perbadanan atau institusi di dalam Malaysia,yang dalamnya Bank mungkin mempunyai kepentingan; atau
(c) seorang pengarah atau ahli lembaga pengurus (dengan apa jua nama disebut) bagi sesuatu pihak berkuasa atau badan awam.
10. (1) Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan am yang selaras dengan peruntukan Akta ini kepada Lembaga berkenaan dengan dasar yang hendak diikuti oleh Bank dan Lembaga hendaklah terikat dengan sesuatu arahan itu dan Lembaga hendaklah segera mengambil segala langkah yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakannya.
(2) Bank hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat berkenaan dengan kedudukan kewangan dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. Mesyuarat Lembaga
11. (1) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat Lembaga seberapa kerap yang dikehendaki tetapi tidak kurang kerapnya daripada sekali sebulan.
(2) Pengerusi, atau jika dia tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat Lembaga. Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli Lembaga hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk bertindak sebagai Pengerusi.
(3) Mana-mana tiga orang ahli boleh meminta diadakan sesuatu mesyuarat Lembaga.
(4) Empat orang ahli Lembaga yang hadir pada sesuatu mesyuarat Lembaga mencukupkan kuorum.
(5) Segala keputusan dalam sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah mengikut undi lebih suara pengarah yang hadir dan yang mengundi: Jawatankuasa Lembaga 11 A . (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan tujuan dan kuasanya di bawah Akta ini.
Dengan syarat bahawa jika atas sesuatu soal bilangan undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau orang yang mempengerusikan mesyuarat itu berhak memberikan suatu undi pemutus.
(2) Lembaga boleh memilih seseorang anggota Lembaga untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
(3) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkandi bawah subseksyen (1).
(4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(5) Lembaga boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
(7) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(8) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Penzahiran kepentingan pengarah mengenai kontrak, dll.
12. (1) Seseorang pengarah yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan mengenai sesuatu syarikat atau pengusahaan yang dengannya Bank bercadang hendak membuat sesuatu kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai kontrak atau perkara yang dibincangkan oleh Bank hendaklah menzahirkan jenis kepentingannya dalam mesyuarat pertama Lembaga yang dihadirinya selepas fakta yang berkaitan itu diketahui olehnya.
(2) Sesuatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, selepas penzahiran itu, pengarah itu—
(a) tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu; dan
(b) tidak boleh diambil kira bagi maksud mencukupkan kuorum Lembaga untuk pertimbangan atau keputusan itu.
(3) Tiada apa-apa perbuatan atau prosiding Lembaga boleh dipersoalkan atas alasan bahawa seseorang pengarah telah melanggar peruntukan seksyen ini. Meterai perbadanan
13. (1) Bank hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu
boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi perkataan “Bank Simpanan Nasional” atau “National Savings Bank” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
(3) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara yang lain yang memerlukan meterai Bank hendaklah dimeteraikan dengan meterai Bank di hadapan Pengerusi dan Ketua Eksekutif atau beberapa orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu yang dicapkan dengan meterai itu dan tandatangan itu adalah bukti yang cukup bahawa meterai telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai ialah meterai yang sah di sisi undang-undang bagi Bank.
(4) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh dengan cara demikian disempurnakan oleh Bank; dan sesuatu dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Bank oleh seseorang pegawai atau pekerja Bank yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Bahagian iv Pegawai dan pekerja
PEGAWAI DAN PEKERJA BANK
14. (1) Bank boleh melantik pegawai dan pekerja yang difikirkannya perlu bagi penjalanan cekap urusan Bank.
(2) Pegawai dan pekerja Bank hendaklah memegang jawatan selama suatu tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri. Tatatertib 14 A . (1) Bank hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian.
(2) Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekerjanya.
(3) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini— Jawatankuasa tatatertib 14 B . (1) Bank boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori pegawai dan pekerjanya yang berlainan.
(a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Bank dan hukuman itu boleh meliputi—
(i) peringatan;
(ii) amaran;
(iii) penangguhan pergerakan gaji;
(iv) pengurangan gaji;
(v) penurunan pangkat; dan
(vi) buang kerja;
(c) hendaklah memberi peluang kepada pegawai atau pekerja yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib;
(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji seseorang pegawai atau pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan untuk membuang kerjanya atau menurunkan pangkatnya;
(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji pegawai atau pekerja—
(i) jika pegawai atau pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau
(ii) jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pegawai atau pekerja itu; dan
(f) boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran rayuan oleh Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 14
C
.
(2) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib:
(a) jawatankuasa tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli Lembaga Pengarah selain Pengerusi, atau apa-apa bilangan pegawai, atau apa-apa kombinasi ahli Lembaga Pengarah dan pegawai; dan
(b) pegawai yang menjadi anggota jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.
(3) Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai atau pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(4) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 14 Lembaga Rayuan Tatatertib 14 C . (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
A
.
(a) Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan
(b) dua orang anggota lain yang boleh terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah, pegawai atau apa-apa kombinasi ahli Lembaga Pengarah dan pegawai yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib bagi maksud rayuan itu dengan syarat bahawa—
(i) Ahli Lembaga Pengarah atau pegawai itu bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya menjadi hal perkara rayuan itu; dan
(ii) pegawai itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada pegawai yang membuat rayuan itu.
(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
(3) Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib. Surcaj 14 D . (1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Bank boleh disurcaj jika ternyata kepada Bank bahawa orang itu—
(a) tidak atau telah gagal memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Bank yang bagi pemungutannya menjadi atau telah menjadi tanggungjawabnya;
(b) adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Bank yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi
apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, kehilangan atau pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta Bank yang lain;
(d) sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod dengan sepatutnya; atau
(e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Bank kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Bank.
(2) Bank hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.
(3) Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Bank boleh mengenakan surcaj terhadap orang itu sebanyak suatu jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.
(4) Bank hendaklah menyebabkan supaya Ketua Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan Ketua Eksekutif hendaklah selepas itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
(5) Bank boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Bank hendaklah dengan serta-merta menyebabkan supaya Ketua Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu dan Ketua Eksekutif hendaklah memaklumkan orang yang disurcaj itu mengenai penarikan balik itu.
(6) Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Bank oleh orang yang disurcaj itu dan boleh dibawa Pertukaran anggota perkhidmatan awam ke Bank
guaman terhadapnya dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas tindakan guaman Bank dan boleh juga, jika diarahkan sedekimian oleh Bank, didapatkan kembali melalui potongan daripada—
(a) gaji orang yang disurcaj itu; atau
(b) pencen orang yang disurcaj itu,
secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
15. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah seorang anggota perkhidmatan awam dan yang pada pendapat Menteri perlu bagi perjalanan sempurna Bank hendaklah bermula dari tarikh itu menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank, mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatannya sebaik sebelum tarikh itu.
(2) Seseorang anggota perkhidmatan awam yang telah, menurut kuasa subseksyen (1), menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank boleh tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan memilih secara bertulis sama ada hendak meneruskan perkhidmatan dengan Bank atau kembali kepada perkhidmatan awam; dan jika dia memilih untuk kembali kepada perkhidmatan awam, dia hendaklah dengan itu kembali kepada perkhidmatan itu mengikut terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatannya jika dia tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja Bank menurut kuasa subseksyen (1); dan perkhidmatannya dengan Bank hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.
(3) Seseorang anggota perkhidmatan awam yang kembali kepada perkhidmatan awam di bawah subseksyen (2) boleh, oleh sebab kekosongan tidak ada dengan serta-merta untuknya dalam perkhidmatan awam, dikehendaki oleh Kerajaan, dan Bank hendaklah membenarkannya, terus lagi berkhidmat dengan Bank selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun.
(4) Pada menentukan sama ada terma dan syarat perkhidmatan kurang atau tidak kurang baiknya, sebagaimana yang disebut terdahulu, perhatian
hendaklah diberi kepada gaji, syarat berhubung dengan penamatan perkhidmatan, faedah persaraan, rawatan perubatan, rumah kediaman, elaun, cuti dan tambang ke luar negeri (jika ada) bagi dirinya dan keluarganya dan apa-apa faedah lain sama ada diperuntukkan bagi dirinya atau balunya atau orang tanggungannya.
(5) Sesuatu soal yang timbul mengenai sama ada sesuatu terma dan syarat perkhidmatan kurang baiknya daripada yang dikenakan kepada perkhidmatan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2) hendaklah dirujukkan kepada Menteri dan keputusannya mengenai hal itu muktamad. Kemudahan bagi kakitangan
16. Pada menurut tujuannya, Bank boleh memperuntukkan bagi kakitangannya kemudahan pelajaran dan kebajikan, termasuklah— Pekhidmat awam
(a) biasiswa dan bantuan kewangan yang lain bagi orang yang diambil kerja atau mungkin diambil kerja olehnya; dan
(b) mengadakan rumah, asrama, kelab dan kemudahan pelajaran dan rekreasi yang lain.
17. Seseorang pengarah, pegawai dan pekerja Bank hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].
Bahagian V Memindahkan hak milik kuasa, hak, dan keistimewaan, aset dan liabiliti
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENJALANAN URUSAN BANK
18. Semua kuasa, hak dan keistimewaan, harta alih, aset, hutang, tanggungan dan kewajipan yang diletakhakkan pada atau dipunyai oleh Bank Simpanan Pejabat Pos, dan semua urusan lain yang ditransaksikan olehnya hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahkan hakmilik dan Penerimaan dan pembayaran balik deposit dan bunga yang kena dibayar
diletakhakkan pada Bank tanpa pindah hak selanjutnya dan urusannya hendaklah dijalankan oleh Bank.
19. Wang daripada pendeposit dan pelanggan Bank yang lain hendaklah diterima dan dibayar balik mengikut terma dan syarat yang diputuskan oleh Lembaga; dengan syarat bahawa bunga yang kena dibayar hendaklah mengikut kadar yang diluluskan oleh Menteri. Gerenti Kerajaan
20. Pembayaran balik semua wang yang didepositkan ke dalam Bank bersama dengan bunganya digerenti oleh Kerajaan dan jika sekiranya aset Bank tidak mencukupi untuk membayar tuntutan yang sah di sisi undang- undang daripada tiap-tiap pendeposit, kekurangan itu hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan dan Menteri hendaklah membuat suatu perakuan mengenai kekurangan itu kepada Dewan Rakyat dengan seberapa awal yang mungkin. Bunga ke atas pinjaman dan pendahuluan
21. Bank boleh mengenakan bunga ke atas pinjaman dan pendahuluan yang dibuat kepada pendeposit dan pelanggan lain mengikut kadar yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri. Kuasa untuk meminjam
22. Bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, meminjam daripada Kerajaan, Kerajaan mana- mana Negeri atau daripada mana-mana Bank atau institusi kewangan apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Bank mengikut terma dan tertakluk kepada syarat yang dipersetujui antara pihak yang memberikan pinjaman dengan Bank dan diluluskan oleh Menteri. Peminjaman oleh kakitangan
23. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Bank tidak boleh meminjamkan atau mendahulukan wang kepada seseorang pegawai atau pekerja kecuali—
(a) bagi membeli, mendirikan, mengubah dan membaiki rumah yang di dudukinya atau yang dia bercadang hendak menduduki di bawah kaedah-kaedah yang diluluskan oleh Lembaga;
(b) untuk melepaskan sesuatu rumah daripada sesuatu gadai janji atau beban; atau
(c) bagi membeli kenderaan.
(2) Apabila Bank berpuas hati tentang adanya keadaan khas atau yang menimbulkan belas kasihan, Bank boleh meluluskan sesuatu pinjaman atau pendahuluan kepada seseorang pegawai atau pekerja mengikut terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga. Sekatan ke atas pinjaman dan pendahuluan
24. Bank tidak boleh memberikan sesuatu pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pengarah atau orang yang baginya seseorang pengarah ialah seorang penggerenti. Pelaburan wang
25. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, wang Bank hendaklah, setakat yang praktik dan kecuali sesuatu jumlah wang yang mungkin dikhaskan untuk disimpan dalam tangan bagi maksud am Bank, dilaburkan dalam—
(a) sekuriti Kerajaan;
(b) pelaburan lain yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];
(c) pinjaman perumahan bagi pendeposit dan pelanggan lain mengikut arahan am Menteri;
(d) pinjaman dan pendahuluan lain kepada pendeposit dan pelanggan lain bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri; dan
(e) sekuriti dan pelaburan lain yang diputuskan oleh Lembaga dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada apa-apa perubahan yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (2), sekuriti yang dipegang di bawah perenggan (a) tidak boleh kurang daripada 70 peratus, dan sekuriti dan pelaburan yang dipegang di bawah perenggan (e) tidak boleh melebihi 10 peratus, daripada wang yang ada dalam mana-mana satu tahun untuk pelaburan dan yang tidak dikehendaki bagi penggunaan serta-merta oleh Bank.
(2) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam proviso subseksyen (1).
(3) Tiada pelaburan boleh dibuat oleh Bank di luar Malaysia.
Bahagian VI Tahun kewangan
PERUNTUKAN KEWANGAN
26. Tahun kewangan Bank hendaklah bermula pada satu hari bulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu hari bulan Disember tiap-tiap satu tahun: Anggaran tahunan
Dengan syarat bahawa jika Akta ini mula berkuat kuasa pada suatu tarikh selain satu hari bulan Januari, tahun kewangan pertama ialah sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri atas syor Lembaga.
27. Lembaga hendaklah dalam masa tiap-tiap satu tahun menyediakan dan memakai anggaran tahunan pendapatan dan perbelanjaan Bank untuk tahun kewangan yang berikutnya. Akaun dan audit
28. (1) Bank hendaklah mengarahkan supaya disimpan apa-apa rekod akaun dan rekod lain yang akan menerangkan dengan secukupnya transaksi dan kedudukan kewangan Bank dan membolehkan suatu akaun untung rugi dan suatu kunci kira-kira disediakan dalam tiap-tiap satu tahun kewangan dan hendaklah mengarah supaya rekod ini disimpan mengikut cara yang membolehkannya diaudit dengan mudah dan sempurna.
(2) Akaun Bank hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara. Kumpulan Wang Rizab Am
29. (1) Suatu Kumpulan Wang Rizab Am bagi Bank hendaklah diadakan.
(2) Pada penghujung tiap satu tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas mengambil kira belanja pengendalian dan selepas membuat peruntukan bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai aset, caruman kepada kumpulan wang simpanan atau pencen kakitangan dan apa-apa luar jangkaan lain yang biasanya diperuntukkan oleh bank.
(3) Keuntungan bersih yang ditentukan di bawah subseksyen (2) hendaklah diuruskan seperti berikut:
(a) apa-apa bahagian yang diarahkan oleh Lembaga hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am; dan
(b) apa-apa lebihan hendaklah dibawa ke dalam akaun untung-rugi bagi tahun kewangan berikutnya.
(4) Lembaga boleh menguntukkan apa-apa bahagian Kumpulan Wang Rizab Am yang perlu bagi maksud— Akaun untung rugi, kunci kira-kira dan laporan tahunan
(a) menampung kerugian yang timbul daripada apa-apa penilaian semula atau pelupusan aset;
(b) menyenggara pembayaran bunga dengan kadar yang berpatutan ke atas deposit dalam Bank;
(c) menjalankan urusan am Bank; dan
(d) apa-apa maksud lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri sesuai dengan tujuan Akta ini.
30. (1) Bank hendaklah selepas penghujung setiap satu tahun kewangan, selepas sahaja akaun Bank diaudit tetapi, kecuali dengan kelulusan tertentu Menteri, tidak lewat daripada 30 hari bulan April setiap satu tahun—
(a) mengarahkan supaya akaun untung rugi dan kunci kira-kiranya yang diperakui oleh Ketua Audit Negara, bersama dengan suatu salinan pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, dihantar kepada Menteri dan penyata kewangan dan pandangan itu hendaklah kemudiannya disiarkan dalam Warta;
(b) menghantar kepada Menteri laporan tahunannya berkenaan dengan aktiviti Bank dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengandungi maklumat berhubung dengan pengendalian dan akaun Bank, termasuk suatu penyata mengenai sama ada sesuatu tanggungan luar jangka telah diakujanjikan oleh Bank menurut perenggan 5(b) dalam tempoh yang diliputi oleh penyata kewangan itu; dan
(c) menyiarkan laporan tahunannya bersama dengan penyata kewangan dan pandangan Ketua Audit Negara yang disebut dalam perenggan (a).
(2) Menteri hendaklah mengarahkan supaya salinan dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(c) dibentangkan dalam setiap satu Majlis Parlimen.
Bahagian vii Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
AM
31. (1) Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang perlu bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini.
(2) Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu boleh dibuat berhubung dengan— Kerahsiaan
(a) pengendalian skim untuk simpanan dengan Bank;
(b) peruntukan pinjaman dan pendahuluan bagi maksud perumahan dan maksud tertentu yang lain;
(c) pelaburan wang Bank;
(d) pengendalian perkhidmatan giro; dan
(e) pengeluaran dan penganjuran sijil simpanan premium dan hal mengadakan, menganjurkan, merancang dan mentadbirkan cabutan yang berkenaan dengannya:
Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan dasar memerlukan kelulusan Menteri.
32. (1) Nama pendeposit dan amaun deposit dan wang keluar tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai atau pekerja Bank, kecuali kepada Ketua Audit Negara atau dengan persetujuan bertulis Menteri:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakim Mahkamah Tinggi oleh Akta Buku Banker (Keterangan) 1949 [Akta 33] untuk melarang seseorang mematuhi perintah yang dibuat di bawah Akta itu.
(2) Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. Kuasa untuk melantik wakil
33. Bank boleh dengan surat cara yang dimeteraikan dengan meterainya melantik seseorang sama ada di Malaysia atau di sesuatu tempat di luar Bank disifatkan sebagai orang Melayu atau bumiputera
Malaysia, menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakannya.
34. Bagi maksud sesuatu undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang dirizabkan untuk diberi hakmilik kepada orang Melayu atau kepada bumiputera Negeri yang didalamnya tanah itu terletak, Bank hendaklah disifatkan sebagai seorang Melayu atau seorang bumiputera, mengikut mana-mana yang berkenaan. Penahanan deposit
35. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2), tiada sesuatu deposit dalam Bank, dan tiada sesuatu bunga atas sesuatu deposit itu, boleh ditahan, diasingkan atau dilevi untuk atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan.
(2) Atas notis mengenai sesuatu tuntutan di bawah sesuatu penghakiman mana-mana mahkamah, sah di sisi undang-undang bagi Ketua Eksekutif mengikut budi bicaranya untuk menyimpan dalam akaun suatu jumlah wang yang cukup untuk menjelaskan tuntutan itu dan untuk membayar kepada mahkamah atas perintahnya amaun tuntutan itu atau sebahagian daripadanya; tetapi sesuatu mahkamah hendaklah membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini hanya jika mahkamah itu berpuas hati bahawa penghutang penghakiman mempunyai suatu akaun dengan Bank semata-mata bagi faedahnya sendiri. Kuasa untuk mentadbirkan sumpah
36. (1) Bagi maksud mendapatkan bukti tentang kematian seseorang pendeposit atau bagi menentukan siapakah orang yang wajar menerima wang yang ada dalam nama seseorang belum dewasa, orang yang tidak sempurna akal, atau orang yang telah mati, Ketua Eksekutif, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik oleh Ketua Eksekutif bagi maksud itu, boleh mengambil keterangan atas sumpah atau ikrar mengikut undang-undang.
(2) Seseorang yang, atas sumpah atau ikrar itu, membuat sesuatu pernyataan yang palsu, dan pernyataan itu sama ada diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu, atau tidak diketahuinya sebagai benar, hendaklah disifatkan bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam
37. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Bank atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekerja, ejen atau koresponden Bank, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau kemungkiran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian. Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini
38. Semua perkara yang dibuat oleh seseorang atau pihak berkuasa bagi pihak Bank sebagai persediaan bagi dan ke arah pelaksanaan yang sempurna mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dalam menjangkakan perisytiharan Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan oleh Akta ini; dan semua hak dan tanggungan yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Bank daripada apa-apa perkara yang dibuat sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila mula berkuat kuasanya Akta ini disifatkan sebagai hak dan tanggungan Bank. Pengambilan tanah secara paksa
39. (1) Jika sesuatu harta tak alih, yang bukannya tanah Negeri, diperlukan untuk diambil oleh Bank bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diambil mengikut peruntukan sesuatu undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud awam yang berkuat kuasa pada masa itu dalam Negeri yang didalamnya harta itu terletak, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh sesuatu undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan kena dibayar oleh Bank; dan perisytiharan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
(2) Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan sesuatu harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Bank.
(3) Apabila sesuatu harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Bank hendaklah mendapatkan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang kena dibayar mengenai harta itu.
Bahagian viii Pemansuhan dan kecualian
PEMANSUHAN DAN PERALIHAN
40. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Akta Bank Simpanan Pejabat Pos 1948 (kemudian daripada ini disebut Akta 1948) dengan ini dimansuhkan dan Bank Simpanan Pejabat Pos yang ditubuhkan oleh atau di bawah Akta 1948 dengan ini dibubarkan.
(2) Semua perundangan kecil yang berkuat kuasa sebaik sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan yang dibuat di bawah Akta 1948 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terus lagi berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah telah dibuat di bawah Akta ini, dan boleh dipinda atau dimansuhkan dengan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Semua deposit yang dibuat dan semua catatan dalam buku pendeposit, dan semua wang yang dilaburkan dalam sekuriti yang masih lagi belum dijual pada tarikh yang ditetapkan dan semua urusan lain yang ditransaksikan di bawah Akta 1948 hendaklah, setakat yang bersesuaian dengan Akta ini, disifatkan sebagai deposit dan catatan yang dibuat, wang yang dilaburkan dan urusan yang ditransaksikan di bawah Akta ini. Pindah hakmilik tanah dan harta
41. (1) Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diletakhakkan pada, atau dirizabkan di bawah sesuatu undang-undang
bertuliskan berhubungan dengan tanah bagi maksud Bank Simpanan Pejabat Pos, dan semua tanah yang diperoleh dengan wang Bank Simpanan Pejabat
Pos, hendaklah pada hari itu diletakhakkan pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan telah diletakhakkan pada Bank Simpanan Pejabat Pos atau pada seseorang bagi pihaknya hendaklah pada tarikh itu diletakhakkan pada Bank. Pindah hak milik wang
42. Semua wang Bank Simpanan Pejabat Pos atau yang kena dibayar kepadanya hendaklah pada tarikh yang ditetapkan, dipindahkan hak milik kepada Bank atau kena dibayar kepadanya. Kontrak yang sedia ada
43. Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang menyentuh mana- mana harta yang dipindahkan hakmilik di bawah seksyen 41 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Bank dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Bank Simpanan Pejabat Pos atau seseorang yang bertindak bagi pihak Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya. Penerusan prosiding jenayah dan sivil
44. Pemansuhan di bawah seksyen 40 atau apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan di bawah Akta 1948. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 146 AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 146 AKTA BANK SIMPANAN NASIONAL 1974
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
Akta A397
Akta Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 1977
Akta A1389
Akta Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2011
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta 160
Akta 160
Akta A397
Akta A1389
Akta 160
Akta A397
Akta A1389
Akta A397
Akta A1389
Akta A397
Akta A1389
Akta A1389
11A
Akta A1389
Akta A1389
14A
Akta A1389
14B
Akta A1389
14C
Akta A1389
14D
Akta A1389
Akta A397
Akta A1389
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa
dari
Akta A1389