UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 1
Seksyen 1: Perkataan “, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada satu haribulan Januari, 1969” ditinggalkan dalam cetakan semula 1992. Seksyen 2: 1. Takrif “cetakan semula”: dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 2, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998. Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk menyemak dan mencetak semula undang-undang dan perundangan subsidiari. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pelantikan Pesuruhjaya 4. Pelantikan Jawatankuasa 5. Pencetakan undang-undang yang disemak 6. Kuasa Pesuruhjaya 7. Cara menyusun undang-undang yang disemak 8. Pemeriksaan oleh Jawatankuasa 9. Undang-undang yang disemak hendaklah mematuhi pendapat Jawatankuasa 10. Penyiaran undang-undang yang disemak 11. Siapnya penyemakan undang-undang sebelum tahun 1969 hendaklah diberitahu dalam Warta 12. Kecualian bagi perundangan subsidiari yang ada sekarang 13. Penyemakan perundangan subsidiari 14. Cetakan semula undang-undang a . Penerbitan jilid demi jilid b . Pengemaskinian cetakan semula c . Pewakilan kuasa 15. Membetulkan kesilapan pada bentuk 16. Rujukan mengenai nombor barisan dalam sesuatu undang-undang 17. Tempat Akta ini dalam siri Undang-Undang Malaysia 18. Pemansuhan
“cetakan semula” ertinya edisi cetakan semula mana-mana undang-undang, atau mana-mana jilid undang-undang sedemikian, yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3; “enakmen” ertinya suatu undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan di bawah ini atau mana-mana bahagian undang-undang itu; “Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 4; 6 Undang-Undang Malaysia A
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 3; “undang-undang” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang Parlimen ada kuasa untuk membuat undang-undang tetapi, kecuali dalam seksyen 14, 15 dan 16, tidak termasuk Akta ini; “undang-undang yang disemak” ertinya edisi semakan mana-mana undang-undang yang disediakan dan diterbitkan menurut seksyen 3.
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik suatu Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang yang mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh orang ahli daripada kalangan Hakim dan orang lain yang, pada pendapatnya, mempunyai kelayakan yang sesuai bagi maksud memeriksa naskhah draf undang-undang yang disemak.
Seseorang ahli Jawatankuasa itu hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama dua tahun dan layak untuk dilantik semula: Dengan syarat bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamatkan jawatan seseorang ahli, dan mana-mana ahli boleh meletakkan jawatan, pada bila-bila masa.
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa itu. Penyemakan Undang-Undang CATATAN
“undang-undang” ertinya mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan sesuatu perkara yang Parlimen ada kuasa untuk membuat undang-undang, tetapi, kecuali dalam seksyen 14 dan 15, tidaklah termasuk Akta ini atau mana-mana perundangan kecil;”. Perkataan “14, 15 dan 16” menggantikan perkataan “14 dan 15” oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 2, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “14, 15 dan 16” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 2, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “atau mana-mana perundangan kecil” dipotong oleh Akta A1061, seksyen 2, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.
“3. Yang di-Pertuan Agong hendaklah, melalui pemberitahu dalam Warta, melantik seorang Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang bagi maksud menyemak undang-undang dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan mustahak oleh Pesuruhjaya.”.
Penyemakan Undang-Undang CATATAN
Penyemakan Undang-Undang 7
Pesuruhjaya mempunyai kuasa seperti berikut: (i) meninggalkan daripada mana-mana undang-undang yang disemak— (a) mana-mana enakmen pemansuhan dan apa-apa susunan atau senarai enakmen yang telah dimansuhkan, yang terkandung dalam sesuatu jadual atau selainnya; (aa) mana-mana peruntukan, atau bahagian sesuatu peruntukan, dalam mana-mana undang-undang yang tidak lagi berkuat kuasa; (b) mana-mana mukadimah atau sebahagian daripada mukadimah dalam sesuatu undang-undang; (c) mana-mana kata permulaan bagi enakmen dalam mana-mana undang-undang atau peruntukannya; (d) mana-mana enakmen yang menetapkan tarikh bila sesuatu undang-undang atau sebahagiannya akan mula berkuat kuasa; Dengan syarat bahawa tarikh bila undang-undang itu atau bahagiannya mula berkuat kuasa dimasukkan oleh Pesuruhjaya dalam kurungan segi selepas sahaja tajuk panjang undang-undang yang disemak itu; (e) mana-mana enakmen pemindaan jika pindaan yang terlibat olehnya itu dimasukkan oleh Pesuruhjaya dalam undang-undang yang berkenaan dengannya atau telah dimasukkan sedemikian dalam mana-mana cetakan semula yang dicetak menurut mana-mana undang-undang bertulis; 8 Undang-Undang Malaysia A
(f) mana-mana ayat yang menjadikan undang-undang; (g) mana-mana bahagian undang-undang yang boleh lebih sesuai dimasukkan sebagai perundangan subsidiari; (h) mana-mana tafsiran mengenai apa-apa ungkapan yang ada ditakrifkan dalam undang-undang yang terpakai bagi pentafsiran undang-undang yang disemak itu dan istilah itu sama atau serupa dengan istilah yang digunakan dalam takrif istilah undang-undang itu selepas ia disemak; (i) mana-mana peruntukan yang merujuk kepada sesuatu perkara dan perkara itu ada diperuntukkan mengikut istilah yang sama atau yang serupa dalam undang-undang yang terpakai bagi pentafsiran undang-undang itu selepas ia disemak: Dengan syarat bahawa peruntukan berkenaan dengan cara mengertikan undang-undang pemindaan yang terkandung dalam undang-undang berkenaan dengan pentafsiran undang-undang hendaklah terpakai bagi peninggalan itu seolah-olah peruntukan yang ditinggalkan itu dimansuhkan; dan (j) mengenai sesuatu undang-undang berkenaan dengan perkara yang sebahagiannya dalam Senarai Persekutuan dan— (A) yang sebahagiannya dalam Senarai Bersama atau Senarai Negeri; atau (B) yang sebahagiannya dalam Senarai Bersama dan yang sebahagiannya dalam Senarai Negeri, semua peruntukan kecuali peruntukan berkenaan dengan perkara dalam Senarai Persekutuan: Dengan syarat bahawa kuasa yang terkandung dalam perenggan ini tidak boleh dijalankan melainkan selepas berunding dengan Peguam Besar Negeri atau Penasihat Undang-Undang bagi Negeri yang berkenaan itu; Penyemakan Undang-Undang CATATAN Subperenggan 6(1)—(samb.)
Penyemakan Undang-Undang CATATAN Subperenggan 6(1)—(samb.)
Perkataan “ungkapan” menggantikan perkataan “perbahasaan” dalam perenggan (iii) dalam cetakan semula 1999.
Penyemakan Undang-Undang 9 (ii) mengatur susunan undang-undang yang disemak dan memberikan nombor bab, nombor siri atau nombor lain kepadanya; (iii) membuat apa-apa perubahan bentuk sebagaimana yang perlu atau suai manfaat kepada mana-mana undang-undang bagi maksud mendapatkan persamaan ungkapan; atau bagi menyesuaikan undang-undang itu supaya selaras dengan peruntukan undang-undang yang terpakai bagi pentafsiran undang-undang itu selepas ia disemak; (iv) menerima pakai suatu bentuk piawaian yang sesuai dalam semua undang-undang yang disemak bagi— (a) seksyen tafsiran; (b) mana-mana seksyen penal; (c) mana-mana seksyen yang memberi kuasa untuk membuat perundangan subsidiari; (v) mengubah perkataan “Enakmen”, “Ordinan” atau “Perisytiharan” dalam mana-mana undang-undang kepada “Akta”; (vi) menambahkan tajuk panjang atau tajuk ringkas kepada mana-mana undang-undang yang menghendakinya, dan mengubah tajuk panjang atau tajuk ringkas mana-mana undang-undang; (vii) mengadakan atau mengubah susunan kandungan, susunan kronologi, rujukan dan nota: Dengan syarat bahawa susunan kandungan, susunan kronologi, rujukan dan nota itu tidak menjadi sebahagian daripada undang-undang yang mengandunginya; (viii) menyatukan dalam satu undang-undang mana-mana dua undang-undang atau lebih atau bahagiannya yang in pari materia berhubung dengan perkara yang Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tidak kira badan 10 Undang-Undang Malaysia A
perundangan mana yang telah membuat undang-undang itu, dengan membuat apa-apa perubahan sebagaimana yang diperlukan dalam enakmen yang disatukan itu, dan dengan melaksanakan ubah suaian dalam Negeri yang tertentu di mana, jika sekiranya ubah suaian itu tidak dibuat, suatu perubahan yang besar akan berlaku kepada undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu dan dengan menetapkan suatu tarikh yang difikirkan sesuai sekali bagi mula berkuat kuasanya undang-undang itu; (ix) memecahkan mana-mana undang-undang kepada dua undang-undang atau lebih dan membuat apa-apa pindaan, termasuk memberikan tajuk, atau mengubah tajuk yang sedia ada sebagaimana yang didapati perlu; (x) menambahkan kepada atau meninggalkan daripada mana-mana undang-undang apa-apa peruntukan yang dikehendaki ditambahkan atau ditinggalkan, atau menggantikan, apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang yang dikehendaki digantikan, disebabkan oleh apa-apa pindaan yang dibuat kepada undang-undang itu oleh mana-mana undang-undang lain atau oleh sesuatu pihak berkuasa mengikut kuasa yang diberikan oleh undang-undang; (xi) memindahkan apa-apa peruntukan yang terkandung dalam sesuatu undang-undang daripada undang-undang itu kepada mana-mana undang-undang lain yang lebih sesuai bagi peruntukan itu, dengan membuat apa-apa perubahan yang didapati perlu; (xii) mengubah susunan peruntukan dalam mana-mana undang-undang, dan menomborkan semula peruntukan mana-mana undang-undang; (xiii) mengubah bentuk atau susunan peruntukan mana-mana undang-undang dengan menukar tempat perkataan, dengan mencantumkan kesemuanya atau sebahagiannya dengan suatu peruntukan lain atau peruntukan-peruntukan lain atau dengan memecahkannya kepada dua peruntukan atau lebih; Penyemakan Undang-Undang CATATAN Penyemakan Undang-Undang CATATAN Subperenggan 6(1)—(samb.)
Penyemakan Undang-Undang 11 (xiv) memecahkan mana-mana undang-undang, sama ada yang disatukan atau yang tidak disatukan, kepada bahagian atau penggal lain; (xv) membetulkan kesilapan nahu, cetak dan kesilapan yang seumpamanya dan bagi maksud itu menambahkan, meninggalkan atau mengubah apa-apa perkataan dengan tidak menyentuh pengertian mana-mana undang-undang; (xvi) mengubah, memasukkan atau meninggalkan tanda bacaan dalam mana-mana undang-undang; (xvii) membuat apa-apa perubahan bentuk tentang nama, tempat, jabatan, pejabat, nama jawatan dan selainnya sebagaimana yang perlu untuk menyesuaikan mana-mana undang-undang dengan hal keadaan Persekutuan pada tarikh bila undang-undang dalam bentuknya yang disemak itu mula berkuat kuasa; *(xviia) untuk membuat apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian; (xviii) membuat apa-apa penyesuaian atau pindaan sebagaimana yang didapati perlu atau patut disebabkan oleh apa-apa perubahan tentang keanggotaan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana bahagian Komanwel; (xix) membetulkan rujukan silang termasuk rujukan mengenai undang-undang bagi wilayah lain; *CATATAN— lihat seksyen 4, Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019 [Akta A1599] m.b.p. 1 Ogos 2019 yang memperuntukan seperti berikut: “Permulaan kuat kuasa pertukaran atau pemindahan
12 Undang-Undang Malaysia A
(xx) membetulkan rujukan mengenai undang-undang yang dimansuhkan dengan menggantikan rujukan itu dengan rujukan mengenai mana-mana undang-undang yang telah memansuhkannya, dan bagi maksud itu diisytiharkan bahawa suatu undang-undang disifatkan digantikan oleh suatu undang-undang lain jika sekiranya dinyatakan dengan nyatanya dalam undang-undang yang kemudian itu bahawa ia menggantikan undang-undang yang dimansuhkan itu, atau jika sekiranya undang-undang yang kemudian itu memperbuat undang-undang semula, sama ada dengan ubah suaian atau tidak, mana-mana peruntukan undang-undang yang dimansuhkan itu; (xxa) mengemaskinikan istilah dan ejaan dalam teks bahasa kebangsaan mana-mana undang-undang supaya selaras dengan istilah dan ejaan yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; (xxb) memotong apa-apa perkataan, ungkapan, tatanama atau peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi berkuat kuasa, termasuk rujukan kepada undang-undang yang dimansuhkan, dan untuk menggantikannya jika perlu, dengan perkataan, ungkapan, tatanama atau peruntukan yang sesuai atau rujukan kepada undang-undang yang sesuai; (xxi) meringkaskan atau memudahkan rangkai kata mana-mana undang-undang; (xxii) memansuhkan atau meminda mana-mana enakmen oleh sebab penyediaan undang-undang yang disemak; (xxiii) menetapkan tarikh bila sesuatu undang-undang yang disemak itu akan mula berkuat kuasa; Dengan syarat bahawa tarikh itu tidak boleh lebih awal dari tarikh bila undang-undang yang disemak itu disiarkan dalam Warta; (xxiv) membuat segala perkara lain yang berhubungan dengan bentuk dan kaedah yang perlu untuk memperkemas suatu undang-undang yang disemak. Penyemakan Undang-Undang CATATAN Subperenggan 6(1)—(samb.)
“(xx) membetulkan rujukan-rujukan mengenai undang-undang yang dimansuhkan dengan menggantikan rujukan-rujukan itu dengan rujukan-rujukan mengenai mana-mana undang-undang yang telah memansuhinya, dan bagi maksud itu adalah diisytiharkan bahawa suatu undang-undang adalah disifatkan sebagai diganti dengan suatu undang-undang lain jika sekiranya dinyatakan dengan nyatanya dalam undang-undang yang kemudiannya itu bahawa ia adalah menggantikan undang-undang yang dimansuhkan itu, atau jika sekiranya undang-undang yang kemudiannya itu menjadikan undang-undang semula, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak mana-mana peruntukan undang-undang yang dimansuhkan itu;”. Perenggan asal itu telah digantikan oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 3(b), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perenggan yang digantikan itu telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 3(b), berkuat kuasa dari 30 April 1971.
Penyemakan Undang-Undang CATATAN
(xxiii)” dalam perenggan (i)(d) menggantikan perkataan “seksyen 6(1)(xxii)” oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 4(a), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “seksyen 6(1)(xxiii)” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, perenggan 4(a) berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “perenggan” menggantikan perkataan “seksyen” dalam cetakan semula 2006. Penyemakan Undang-Undang 13
Dalam subseksyen (1) “pindaan” termasuklah, jika ia digunakan berhubung dengan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya, apa-apa perubahan undang-undang yang perlu untuk melaksanakan mana-mana enakmen dalam mana-mana undang-undang lain supaya dengan demikian itu bidang, kuat kuasa atau pengertian mana-mana peruntukan undang-undang yang mula-mula disebut itu diubah, diubahsuaikan, diperluas, dihadkan, dipersyaratkan atau selainnya tersentuh.
Kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh subseksyen (1) tidak boleh diertikan sebagai dia berkuasa untuk membuat apa-apa pengubahan atau pindaan tentang isi mana-mana undang-undang.
(i) di muka hadapannya— (a) ungkapan “Undang-Undang Malaysia”; (b) tajuk ringkas dan nombor undang-undang yang disemak itu; (c) tarikh yang sehingganya undang-undang itu disemak; dan (d) tarikh yang ditetapkan di bawah perenggan 6(1) (xxiii) bila undang-undang yang disemak itu akan mula berkuat kuasa; (ii) suatu senarai undang-undang yang telah meminda undang-undang itu sehingga tarikh penyemakannya dengan menunjukkan tarikh bila pindaan itu mula berkuat kuasa; Penyemakan Undang-Undang CATATAN
“(iv) suatu senarai undang-undang yang dibuat oleh Pesuruhjaya dalam cetakan undang-undang itu.”. Perenggan (iv) dipotong oleh P.U. (A) 107/1970, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan melalui Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Pemotongan itu dikekalkan oleh Akta A43, perenggan 4(b), berkuat kuasa dari 30 April 1971.
dimasukkan selepas perkataan “tiap-tiap undang-undang yang disemak” oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “dan sepuluh naskhah senarai pindaan-pindaan yang dibuat olehnya dalam undang-undang yang disemak itu” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 5, berkuat kuasa dari 30 April 1971.
menggantikan perkataan “tercatat” dalam cetakan semula 2006. 14 Undang-Undang Malaysia A
(iii) suatu senarai undang-undang atau bahagian yang digantikan atau dimansuhkan oleh undang-undang yang disemak itu. (iv) (Dipotong oleh Akta A43).
Pesuruhjaya hendaklah menghantar sepuluh naskhah draf tiap-tiap undang-undang yang disemak dan sepuluh naskhah senarai pindaan yang dibuat olehnya dalam undang-undang yang disemak itu kepada Jawatankuasa untuk pemeriksaannya. Jawatankuasa itu hendaklah memeriksa naskhah draf itu dan memperakui kepada Pesuruhjaya sama ada pada pendapat Jawatankuasa itu pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya mengikut atau tidak mengikut kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini. Jika Jawatankuasa itu tidak memperakui sedemikan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh naskhah draf itu diterima oleh Setiausaha Jawatankuasa itu, pindaan itu hendaklah disifatkan telah diperakui sebagai mengikut kuasa Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya boleh meneruskan tindakan mengikut subseksyen 10(1).
Kesahan sesuatu perakuan yang diberikan oleh Jawatankuasa itu di bawah subseksyen (1) tidak terjejas oleh apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Jawatankuasa itu atau oleh sebab seseorang ahlinya tidak berupaya buat sementara untuk memberikan pendapatnya oleh sebab ahli itu tidak ada, uzur atau apa-apa sebab lain.
, meminda draf undang-undang yang disemak untuk mematuhi pendapat Jawatankuasa itu. Penyemakan Undang-Undang CATATAN
Perkataan “dirujuk dalam seksyen 7(i)(d)” menggantikan perkataan “dinyatakan menurut seksyen 7(1)(d)” oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Januari 1969. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “dirujuk dalam seksyen 7(i)(d)” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 6, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “perenggan” menggantikan perkataan “seksyen” dalam cetakan semula 2006. Penyemakan Undang-Undang 15
Suatu undang-undang yang disemak yang mengandungi pindaan yang telah diperakui atau yang disifatkan telah diperakui oleh Jawatankuasa sebagai mengikut kuasa Pesuruhjaya hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh yang dirujuk dalam perenggan 7(i)(d).
Pada dan selepas dari tarikh sesuatu undang-undang yang disemak berkuat kuasa, undang-undang yang disemak itu hendaklah disifatkan sebagai dan ia hendaklah menjadi, dengan tidak dipersoalkan apa-apa jua pun dalam semua mahkamah dan bagi segala maksud, undang-undang yang tunggal dan yang sepatutnya bagi perkara yang termasuk dalamnya dan yang berkuat kuasa pada tarikh itu. Siapnya penyemakan undang-undang sebelum tahun 1969 hendaklah diberitahu dalam Warta
Penyemakan Undang-Undang CATATAN
Perkataan “, tetapi bukan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pemeriksaan oleh Jawatankuasa” selepas perkataan “suatu undang-undang yang disemak” dimasukkan oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 7, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Perkataan “, tetapi bukan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan pemeriksaan oleh Jawatankuasa” telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 7, berkuat kuasa dari 30 April 1971.
“14. Jika sesuatu undang-undang sama ada telah disemak atau tidak telah dipinda, Pencetak Kerajaan atau mana-mana pencetak lain sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, mencetak naskhah-naskhah undang-undang itu bersama dengan tambahan-tambahan, ketinggalan-ketinggalan, atau penggantian-penggantian yang perlu yang dibuat oleh mana-mana undang-undang yang memindanya; dan mana-mana naskhah undang-undang itu yang berupa sebagai dicetak sedemikian hendaklah disifatkan sehingga akasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang yang dipinda sebagaimana yang berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan itu, kecuali setakat yang dinyatakan dalam naskhah itu.”.
“14. (1) Pencetak Kerajaan atau mana-mana Pencetak Kerajaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, membuat cetakan semula bagi mana-mana undang-undang, sama ada telah disemak atau tidak mengandungi— (a) pindaan-pindaan yang dibuat oleh mana-mana undang-undang; dan (b) pindaan-pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya di bawah kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (2), 16 Undang-Undang Malaysia A
Dengan seberapa segera yang boleh hendaklah disediakan, sebagai tambahan kepada setiap satu undang-undang yang disemak, suatu cetakan perundangan subsidiari yang disemak di bawah undang-undang yang disemak itu sebagaimana yang didapati oleh Pesuruhjaya cukup mustahak untuk dimasukkan dalamnya.
Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan menyediakan dan menyiarkan suatu undang-undang yang disemak, tetapi bukan peruntukan yang berhubungan dengan pemeriksaan oleh Jawatankuasa, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu bagi menyediakan dan menyiarkan perundangan subsidiari yang disemak.
Pencetak Kerajaan atau mana-mana pencetak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya dalam sesuatu hal yang tertentu bagi maksud itu boleh, dengan kuasa Pesuruhjaya, membuat cetakan semula bagi mana-mana undang-undang, sama ada yang telah disemak atau tidak, yang mengandungi— (a) pindaan yang dibuat oleh mana-mana undang-undang; dan (b) pindaan yang dibuat oleh Pesuruhjaya di bawah kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (2), dan mana-mana naskhah cetakan semula itu yang berupa sebagai dicetak mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan, sehingga akasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang itu sebagaimana yang berkuat kuasa, kecuali setakat yang dinyatakan dalam naskhah itu, pada tarikh yang dinyatakan sedemikian.
Pada menyediakan sesuatu cetakan semula Pesuruhjaya mempunyai kuasa yang terkandung dalam perenggan 6(1)(vii), (x), (xv), (xvi), (xvii), (xviia), (xviii), (xix), (xx), (xxa) dan (xxb). Penyemakan Undang-Undang 17
Mana-mana jilid sesuatu cetakan semula boleh mengandungi apa-apa susunan, lampiran dan perkara tambahan yang lain, termasuk indeks, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.
a , dan 14 b kepada Timbalan Pesuruhjaya.
Pesuruhjaya boleh dengan perintah, yang dibuat mengenai sesuatu Akta dengan kelulusan Jawatankuasa, membetulkan sesuatu kesilapan mengenai tulisan, cetakan atau kesilapan lain dalam mana-mana undang-undang: Dengan syarat bahawa pembetulan itu hendaklah tidak berlawanan dengan kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh seksyen 6, 13 dan 14.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang mulai dari tarikh yang dirujuk dalam perenggan 7(i)(d). Penyemakan Undang-Undang CATATAN
dan mana-mana naskhah cetakan semula itu yang berupa sebagai dicetak mengikut seksyen ini hendaklah disifatkan, sehingga akasnya dibuktikan, sebagai naskhah yang sah bagi undang-undang itu sebagaimana yang berkuat kuasa, kecuali setakat mana yang dinyatakan dalam naskhah itu, pada tarikh yang dinyatakan sedemikian.
Pada menyediakan sesuatu cetakan semula Pesuruhjaya adalah mempunyai kuasa-kuasa yang terkandung dalam perenggan (vii), (x), (xv), (xvi), (xvii), (xviii), (xix), dan (xx) seksyen 6(1).”. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1971. Peruntukan itu telah dimasukkan semula oleh Akta A43, seksyen 8, berkuat kuasa dari 30 April 1971.
: perkataan “, (xx), (xxa) dan (xxb)” menggantikan perkataan “dan (xx)” oleh Akta A1061, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.
: perkataan “(xviia),” telah dimasukkan selepas perkataan “(xvii)” oleh Akta A1599, seksyen 3, berkuat kuasa dari 1 Ogos 2019.
Dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.
Dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.
Dimasukkan oleh Akta A1061, seksyen 6, berkuat kuasa dari 1 Oktober 1998.
perkataan “dengan kelulusan” menggantikan perkataan “selepas dirujukkannya kepada”. Penyemakan Undang-Undang CATATAN
Seksyen ini sebelum ini ialah seksyen 15 dan dinomborkan semula sebagai seksyen 16 oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Penomboran semula itu dikekalkan oleh Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1970.
Seksyen ini sebelum ini ialah seksyen 16 dan dinomborkan semula sebagai seksyen 17 oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Penomboran semula itu dikekalkan oleh Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1970.
Seksyen ini sebelum ini ialah seksyen 17 dan dinomborkan semula sebagai seksyen 18 oleh P.U. (A) 107/1970, seksyen 9, berkuat kuasa dari 11 Mac 1970. P.U. (A) 107/1970 telah dimansuhkan oleh Akta A43, seksyen 10, berkuat kuasa dari 30 April 1970. Penomboran semula itu dikekalkan oleh Akta A43, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30 April 1970. 18 Undang-Undang Malaysia A
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. (A) 107/1970 Ordinan Darurat (Penyemakan Undang-Undang) (Pindaan) 1970 01-01-1969; 11-03-1970 (seksyen 2, 7, 8 dan 9) Akta A43 Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 1971 Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 Akta A1061 Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 1999 Akta A1599 Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari P.U. (A) 107/1970 Akta A43 Akta A1061 11-03-1970 30-04-1971 01-10-1998 Akta A1061 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 Akta A1061 Akta A1599 01-01-1969 30-04-1971 01-10-1998 01-08-2019 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 01-01-1969 30-04-1971 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 01-01-1969 30-04-1971 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 01-01-1969 30-04-1971 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 Akta A1061 Akta A1599 11-03-1969 30-04-1971 01-10-1998 01-08-2019 a Akta A1061 b Akta A1061 c Akta A1061 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 21 Undang-Undang Malaysia A
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari P.U. (A) 107/1970 Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 11-03-1970 30-04-1971 P.U. (A) 107/1970 Akta A43 11-03-1970 30-04-1971