로고

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut —

1. Gelaran. 2. Pindaan bab 5 dari S 9/2009. 3. Pindaan bab 6. 4. Pindaan bab 7. 5. Pindaan bab 15. 6. Pindaan bab 16. 7. Pindaan bab 18. 8. Pindaan bab 20. 9. Pindaan bab 21. 10. Pindaan bab 23. 11. Pindaan bab 24. 12. Pindaan bab 25. 13. Pindaan bab 27. 14. Pindaan bab 29. 15. Pindaan bab 30. 16. Pindaan bab 32. 17. Pindaan bab 33. 18. Pindaan bab 34. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 19. Pindaan bab 39. 20. Pindaan bab 41. 21. Pindaan bab 42. 22. Pindaan bab 43. 23. Pindaan bab 44. 24. Pindaan bab 45. 25. Pindaan bab 46. 26. Pindaan bab 49. 27. Pindaan bab 50. 28. Pindaan bab 51. 29. Pindaan bab 54. 30. Pindaan bab 55. 31. Penggantian bab 57. 32. Pindaan bab 60. 33. Pindaan bab 61. 34. Pindaan bab 64. 35. Pindaan bab 65. 36. Pindaan bab 66. 37. Pindaan bab 75. 38. Pemasukan bab 78A baru. 39. Pindaan bab 79. 40. Pindaan bab 82. 41. Pindaan bab 92. 42. Pindaan Jadual Pertama.

1. Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Takaful (Pindaan), 2015.

Pindaan bab 5 dari S 9/2009.

2. Bab 5 dari Perintah Takaful, 2008, dalam Perintah ini disebut sebagai Perintah utama, adalah dipinda, dalam ceraian (6), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $25,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $150,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan".

Pindaan bab 6.

3. Bab 6 dari Perintah utama adalah dipinda dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $25,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $100,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali, atau dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan".

Pindaan bab 7.

4. Bab 7 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (3), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak

melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan". Pindaan bab 15.

5. Bab 15 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas cerai an (2) cerai an baru yang berikut —

"(3) Mana-mana pengendali takaful yang melanggar cerai an (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 16.

6. Bab 16 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dalam cerai an (1), dengan memotong "ditetapkan" dari baris akhir dan menggantikannya dengan "ditentukan"; (b) dalam cerai an (2), dengan memotong "ditetapkan" dari baris akhir dan menggantikannya dengan "ditentukan"; (c) dalam cerai an (5), dengan memotong "ditetapkan" dari baris keempat dan menggantikannya dengan "ditentukan"; (d) dalam cerai an (6), dengan memotong "ditetapkan" dari baris ketiga dan menggantikannya dengan "ditentukan"; (e) dengan menambah sejurus selepas cerai an (8) cerai an baru yang berikut — "(9) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $100,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pindaan bab 18.

7. Bab 18 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dengan memasukkan "(1)" sejurus sebelum "Mana-mana" dalam baris pertama; (b) dengan menambah sejurus selepas cerai (1) cerai baru yang berikut — "(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi cerai (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 20.

8. Bab 20 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas cerai (12) cerai baru yang berikut —

"(13) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $100,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 21.

9. Bab 21 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas cerai (4) cerai baru yang berikut —

"(5) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $500,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 23.

10. Bab 23 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas cerai (6) cerai baru yang berikut —

"(7) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $100,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 24.

11. Bab 24 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (5) ceraian baru yang berikut —

"(6) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $100,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 25.

12. Bab 25 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (6), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 3 tahun, atau kedua-duanya sekali" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 3 tahun, atau kedua-duanya sekali".

Pindaan bab 27.

13. Bab 27 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (5), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan".

Pindaan bab 29.

14. Bab 29 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dalam ceraian (1), dengan memotong "bab-bab 19, 20 atau 23" dari 2 baris pertama dan menggantikannya dengan "bab 19 atau 20"; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) dalam ceraian (2), dengan memotong "bab-bab 19, 20 atau 23" dari baris akhir dan menggantikannya dengan "bab 19 atau 20". Pindaan bab 30.

15. Bab 30 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (4), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan".

Pindaan bab 32.

16. Bab 32 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (7), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $10,000" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $50,000".

Pindaan bab 33.

17. Bab 33 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (2) ceraian baru yang berikut —

"(3) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $10,000.". Pindaan bab 34.

18. Bab 34 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (7), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $5,000" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $10,000".

Pindaan bab 39.

19. Bab 39 dari Perintah utama adalah dipinda dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali".

Pindaan bab 41.

20. Bab 41 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (2) ceraian baru yang berikut —

"[3] Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $10,000.". Pindaan bab 42.

21. Bab 42 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dalam ceraian (1)(a), dengan memotong "ditetapkan" dan menggantikannya dengan "ditentukan"; (b) dengan menambah sejurus selepas ceraian (5) ceraian baru yang berikut — "[6] Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 43.

22. Bab 43 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dalam ceraian (1)(a), dengan memotong "ditetapkan" dan menggantikannya dengan "ditentukan"; (b) dengan menambah sejurus selepas ceraian (4) ceraian baru yang berikut — "[5] Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000.". Pindaan bab 44.

23. Bab 44 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (4), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali".

WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pindaan bab 45.

24. Bab 45 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (2) ceraian baru yang berikut —

"(3) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $10,000.". Pindaan bab 46.

25. Bab 46 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (4), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $5,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $5,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan".

Pindaan bab 49.

26. Bab 49 dari Perintah utama adalah dipinda —

*(a)* dengan memasukkan sejurus selepas ceraian (2) tiga ceraian baru yang berikut — "(2A) Dalam mendaftarkan ejen takaful, Pihak Berkuasa boleh mengenakan syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan boleh pada bila-bila masa menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat tersebut. (2B) Pihak Berkuasa boleh membatalkan pendaftaran mana-mana ejen takaful jika dia berpuas hati bahawa mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pendaftaran itu telah dilanggar atau bahawa adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian. (2C) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya notis mengenai sebarang pendaftaran atau pembatalan sebarang pendaftaran ejen takaful disiarkan dalam Warta Kerajaan."; *(b)* dengan memotong ceraian (9) dan menggantikannya dengan ceraian baru yang berikut — "(9) Mana-mana orang yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh". tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 50.

27. Bab 50 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian {2}, dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali".

Pindaan bab 51.

28. Bab 51 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dalam ceraian {1} — (i) dalam perenggan {a}, dengan memotong "individu" dan menggantikannya dengan "seorang"; (ii) dalam perenggan {b}, dengan memotong "korporat"; (b) dalam ceraian {3}, dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali". Pindaan bab 54.

29. Bab 54 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dengan memotong ceraian {1} dan menggantikannya dengan ceraian baru yang berikut — "[1] Tiada sesiapa pun boleh, tanpa didaftarkan oleh Pihak Berkuasa, menjalankan perniagaan takaful di Negara Brunei Darussalam sebagai broker takaful."; (b) dengan memasukkan sejurus selepas ceraian {1} ceraian baru yang berikut — "[1A] Orang itu tidak boleh didaftarkan oleh Pihak Berkuasa melainkan jika — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) ia adalah suatu syarikat yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat (Penggal 39); (b) ia mempunyai modal saham berbayar minimum sebagaimana yang mungkin ditetapkan; (c) ia mempunyai takaful indemniti profesional sebagaimana yang mungkin ditetapkan; dan (d) Pihak Berkuasa telah diberikan dengan dokumen-dokumen dan maklumat sebagaimana yang mungkin ditetapkan atau sebagaimana yang mungkin dikehendakinya dalam sebarang hal tertentu.”; (c) dengan memasukkan sejurus selepas ceraian (5) ceraian baru yang berikut — “(5A) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya notis mengenai sebarang pendaftaran atau pembatalan sebarang pendaftaran broker takaful disiarkan dalam Warta Kerajaan.”; (d) dengan memotong ceraian (8) dan menggantikannya dengan ceraian baru yang berikut — “(8) Mana-mana orang yang melanggar ceraian (1) atau (1A) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.”. Pindaan bab 55.

30. Bab 55 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (3), dengan memotong “suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali” dan menggantikannya dengan “suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali”.

Penggantian bab 57.

31. Bab 57 dari Perintah utama adalah dimansuhkan dan digantikan dengan bab baru yang berikut —

"Pendaftaran ajuster.

57. (1) Tiada sesiapa pun boleh, tanpa didaftarkan oleh Pihak Berkuasa, bertindak atau mengemukakan dirinya sebagai seorang ajuster.

(2)

Orang itu tidak boleh didaftarkan oleh Pihak Berkuasa melainkan jika — (a) dia adalah seorang ahli persatuan ajuster; (b) dia mempunyai modal saham berbayar minimum sebagaimana yang mungkin ditetapkan; dan (c) Pihak Berkuasa telah diberikan dengan dokumen-dokumen dan maklumat sebagaimana yang mungkin ditetapkan atau sebagaimana yang mungkin dikehendakinya dalam sebarang hal tertentu.

(3)

Dalam mendaftarkan ajuster, Pihak Berkuasa boleh mengenakan syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan boleh pada bila-bila masa menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat tersebut.

(4)

Pendaftaran ajuster adalah bagi suatu tempoh selama satu tahun dan boleh diperbaharui pada tiap-tiap tahun.

(5)

Ajuster hendaklah membuat bayaran pendaftaran dan tahunan sebagaimana yang mungkin ditetapkan.

(6)

Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan supaya notis mengenai sebarang pendaftaran atau pembatalan sebarang pendaftaran ajuster disiarkan dalam Warta Kerajaan.

(7)

Pihak Berkuasa boleh membatalkan pendaftaran mana-mana ajuster jika dia berpuas hati bahawa sebarang syarat yang dikenakan berhubung dengan pendaftaran itu telah dilanggar atau bahawa adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(8)

Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh dikenakan kepada — (a) peguam bela dan peguam cara dan ahli profesion lain yang bertindak atau membantu dalam melaraskan tuntutan takaful yang berkaitan dengan amalan profesion mereka dan yang tidak mengemukakan diri mereka sebagai ajuster; (b) ajuster bagi kerugian maritim; (c) pekerja pengendali takaful yang, dalam masa mereka bekerja, bertindak atau membantu dalam melaraskan tuntutan takaful dan yang tidak mengemukakan diri mereka sebagai ajuster.

(9)

Tiap-tiap ajuster hendaklah dalam masa satu bulan selepas tamatnya setiap suku tahun mengemukakan kepada Pihak Berkuasa suatu laporan dalam bentuk yang ditetapkan mengenai segala kerugian yang menjadi perkara penyelarasan yang dibuat olehnya dalam suku tahun itu.

(10)

Bab-bab 41 hingga 46 hendaklah dikenakan kepada ajuster.

(11)

Tiada sesiapa pun yang menjalankan perniagaan ajuster kerugian takaful, penaksir kerugian, pemeriksa atau orang berdaftar lain yang memberikan perkhidmatan tambahan kepada industri takaful atau mana-mana anggota keluarganya yang terdekat, boleh memegang saham atau kepentingan lain dalam suatu syarikat takaful.

(12)

Bagi maksud ceraian (11), "anggota keluarganya yang terdekat" termasuk mana-mana isteri, suami, bapa, ibu, anak lelaki atau anak perempuan kepada ajuster kerugian, penaksir kerugian, pemeriksa atau orang berdaftar lain yang memberikan perkhidmatan tambahan kepada industri takaful.

(13)

Mana-mana orang yang melanggar ceraian (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $800 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.

(14)

Jika seseorang itu gagal mengemukakan suatu laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh ceraian (9), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pindaan bab 60.

32. Bab 60 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (12) ceraian baru yang berikut —

"(13) Mana-mana pengendali takaful berdaftar atau broker takaful berdaftar yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000 dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.". Pemasukan bab 61.

33. Bab 61 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (4) ceraian baru yang berikut —

“(5) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $2,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.”. Pindaan bab 64.

34. Bab 64 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (4) ceraian baru yang berikut —

“(5) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000.”. Pindaan bab 65.

35. Bab 65 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (6), dengan memotong “suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan” dan menggantikannya dengan “suatu denda tidak melebihi dari $50,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $5,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan”.

Pindaan bab 66.

36. Bab 66 dari Perintah utama adalah dipinda dengan memotong ceraian (3) dan menggantikannya dengan ceraian baru yang berikut —

“(3) Mana-mana pengendali takaful yang gagal mematuhi apa-apa arahan yang dibuat di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $100,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan.”. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pindaan bab 75.

37. Bab 75 dari Perintah utama adalah dipinda dengan menambah sejurus selepas ceraian (3) ceraian baru yang berikut —

"(4) Mana-mana orang yang gagal mematuhi bab ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000.". Pemasukan bab 78A baru.

38. Perintah utama adalah dipinda dengan memasukkan sejurus selepas bab 78 bab baru yang berikut —

"Kuasa Pihak Berkuasa untuk mengkompaun. 78A. (1) Pihak Berkuasa boleh, tanpa memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana sebarang kesalahan di bawah Perintah ini, atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, yang boleh dihukum hanya dengan denda atau penalti, menuntut dan menerima amaun denda atau penalti itu atau amaun yang dikurangkan sebagaimana yang difikirkannya patut daripada orang itu.

(2)

Jika orang itu — (a) membayar amaun itu kepada Pihak Berkuasa dalam masa 14 hari atau tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa selepas tuntutan itu, tiada prosiding boleh diambil terhadapnya berhubung dengan kesalahan itu; atau (b) tidak membayar amaun yang dituntut itu, Pihak Berkuasa boleh menyebabkan supaya prosiding dimulakan berhubung dengan kesalahan itu.

(3)

Semua jumlah wang yang dipungut di bawah bab ini hendaklah dibayar kepada Pihak Berkuasa.". Pindaan bab 79.

39. Bab 79 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (2), dengan memotong "suatu denda tidak melebihi dari $5,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan" dan menggantikannya dengan "suatu denda tidak melebihi dari $10,000, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi dari $1,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan".

Pindaan bab 82.

40. Bab 82 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (3), dengan memasukkan "apabila" sejurus selepas "atau" dalam baris akhir kedua.

Pindaan bab 92.

41. Bab 92 dari Perintah utama adalah dipinda, dalam ceraian (2), dengan memasukkan "atau dari tarikh yang kemudian sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Pihak Berkuasa dalam sebarang hal tertentu" sejurus selepas "bulan" dalam baris pertama.

Pindaan Jadual Pertama.

42. Jadual Pertama kepada Perintah utama adalah dipinda dengan memotong Bahagian I dan III.

Diperbuat pada hari ini 6 haribulan Ramadhan, Tahun Hijrah 1436 bersamaan dengan 23 haribulan Jun, 2015 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM