PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah dibuat di bawah Perkara 83(3))
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut —
PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah dibuat di bawah Perkara 83(3)) PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH, 2013 SUSUNAN BAB-BAB Bab BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Gelaran, permulaan kuatkuasa dan gelaran panjang. 2. Tafsiran. 3. Pengenaan. 4. Kriteria bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam. 5. Pengecualian hak mutlak. BAHAGIAN II KECUALIAN AM 6. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terikat, atau oleh sebab silap faham fakta percaya dirinya terikat, di sisi undang-undang. 7. Perbuatan Hakim Syar'ie apabila bertindak secara kehakiman. 8. Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah Mahkamah. 9. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh sebab silap faham fakta percaya dirinya dibenarkan oleh undang-undang. 10. Melakukan dengan tidak sengaja perbuatan yang sah di sisi undang-undang. 11. Perbuatan yang mungkin menyebabkan kerosakan, tetapi dilakukan dengan tiada niat jenayah, dan bagi mencegah kerosakan lain yang lebih berat. 12. Perbuatan kanak-kanak yang belum mumaiyiz. 13. Perbuatan kanak-kanak yang mumaiyiz tetapi belum baligh. 14. Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal. 15. Perbuatan seseorang yang mabuk tanpa kerelaan atau pengetahuan atau disebabkan perubatan. 16. Perbuatan yang tidak diniatkan, dan tidak diketahui sebagai mungkin, menyebabkan kematian atau kecederaan, dilakukan dengan kerelaan. 17. Perbuatan yang tidak diniatkan bagi menyebabkan kematian, dilakukan dengan kerelaan dengan suci hati untuk faedah seseorang. 18. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang yang belum baligh atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan, penjaga dll. 19. Kerelaan yang diketahui diberi dalam keadaan takut atau salah faham dll. 20. Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang berlaku kepada orang yang memberi kerelaan, tidak termasuk di bawah kecualian dalam bab-bab 16, 17 dan 18. 21. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang dengan tiada kerelaan. 22. Pemakluman dibuat dengan suci hati. 23. Perbuatan yang terpaksa dilakukan seseorang sebab ugutan. 24. Perbuatan yang menyebabkan kerosakan ringan. Hak pertahanan persendirian 25. Apa-apa jua yang dilakukan dalam pertahanan persendirian dll. tidak menjadi kesalahan. 26. Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh dan harta. 27. Hak pertahanan persendirian dari perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal dll. 28. Perbuatan yang tiada hak pertahanan persendirian. 29. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian. 30. Bila hak itu termasuk menyebabkan apa-apa kerosakan selain kematian. 31. Bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula dan berterusan. 32. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta termasuk menyebabkan kematian. 33. Bila hak itu termasuk menyebabkan apa-apa kerosakan selain kematian. 34. Bila hak pertahanan persendirian mengenai harta bermula dan berterusan. 35. Hak pertahanan persendirian terhadap serangan yang boleh menyebabkan kematian bila ada risiko kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah. 36. Pengecualian dari Bahagian ini. BAHAGIAN III SUBAHAT 37. Menyubahat sesuatu perkara. 38. Penyubahat. 39. Niat bersama. 40. Menyubahati di Negara Brunei Darussalam kesalahan yang dilakukan di luar Negara Brunei Darussalam. 41. Hukuman kerana subahat jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebab subahat dan tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi hukumannya. 42. Hukuman kerana subahat jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain daripada niat penyubahat. 43. Tanggungan penyubahat apabila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan lain dilakukan. 44. Bila penyubahat boleh dikenakan hukuman tambahan kerana perbuatan yang disubahati dan kerana perbuatan yang dilakukan. 45. Tanggungan penyubahat kerana kejadian yang disebabkan oleh perbuatan yang disubahat itu lain daripada yang dimaksudkan oleh penyubahat. 46. Penyubahat hadir pada masa kesalahan dilakukan. 47. Menyubahat kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. 48. Menyubahat kesalahan yang boleh dihukum penjara jika kesalahan tidak dilakukan. Penyubahat atau orang yang disubahat adalah seorang kakitangan kerajaan yang kewajipannya untuk mencegah kesalahan. 49. Menyubahat kesalahan yang dilakukan oleh orang ramai, atau oleh lebih sepuluh orang. 50. Kakitangan kerajaan menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang dia berkewajipan untuk mencegahnya. 51. Menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara. BAHAGIAN IV KESALAHAN-KESALAHAN Penggal I SARIQAH, HIRABAH, ZINA, ZINA BIL-JABAR, LIWAT, QAZAF, MEMINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN DAN IRTIDAD 52. Hadd. Sariqah 53. Sariqah dan hirz. 54. Kadar nisab bagi sariqah. 55. Hukuman sariqah. 56. Bila hukuman hadd bagi kesalahan sariqah tidak boleh dikenakan. 57. Harta dalam hirz yang berlainan. 58. Hukuman kerana melakukan qatl atau mencederakan seseorang semasa melakukan sariqah. 59. Percubaan melakukan sariqah. 60. Subahat melakukan sariqah. 61. Pengembalian harta sariqah. Hirabah 62. Hirabah. 63. Hukuman hirabah. 64. Bila hukuman potong tangan dan kaki dalam kesalahan hirabah tidak boleh dikenakan. 65. Percubaan melakukan hirabah. 66. Subahat melakukan hirabah. 67. Pengembalian harta hirabah. Zina 68. Zina. 69. Hukuman zina. 70. Hukuman zina jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh. 71. Percubaan melakukan zina. 72. Percubaan melakukan zina jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh. 73. Subahat melakukan zina. 74. Subahat melakukan zina jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh. Zina bil-jabar 75. Zina bil-jabar. 76. Hukuman zina bil-jabar. 77. Hukuman zina bil-jabar jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh. 78. Percubaan melakukan zina bil-jabar. 79. Percubaan melakukan zina bil-jabar jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh. 80. Subahat melakukan zina bil-jabar. 81. Subahat melakukan zina bil-jabar jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh. Liwat 82. Liwat. 83. Bukti liwat. 84. Percubaan melakukan liwat. 85. Subahat melakukan liwat. Kesalahan yang berkaitan zina, zina bil-jabar atau liwat 86. Menarik balik ikrar dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat. 87. Menarik balik keterangan dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat. 88. Orang yang mendakwa dan saksi-saksi tidak dikenakan qazaf. 89. Orang yang mendakwa dan saksi-saksi yang dikenakan qazaf. 90. Ityan al-mayyitah. 91. Ityan al-bahimah. 92. Musahaqah. 93. Keengganan melakukan li'an. 94. Hamil luar nikah. Qazaf 95. Qazaf. 96. Syarat orang yang melakukan qazaf dan yang kena qazaf. 97. Cara melakukan qazaf. 98. Hukuman qazaf. 99. Kes apabila hukuman hadd tidak dikenakan atau dikuatkuasakan. 100. Mengeluarkan dokumen yang dianggap mengandungi maksud qazaf. 101. Penjualan dokumen yang dianggap mengandungi maksud qazaf. 102. Percubaan melakukan qazaf. 103. Subahat melakukan qazaf. Minuman yang memabukkan 104. Meminum dll. arak atau minuman yang memabukkan. 105. Percubaan melakukan kesalahan meminum dll. arak atau minuman yang memabukkan. 106. Subahat melakukan kesalahan meminum dll. arak atau minuman yang memabukkan. Irtidad 107. Irtidad. 108. Mengisytiharkan diri sebagai tuhan. 109. Mengisytiharkan diri sebagai Rasul atau Nabi. 110. Menghina Nabi. 111. Mempermainkan dll. ayat Al-Qur'an, hadith atau perkara yang wajib dengan ijma'. 112. Mengisytiharkan diri sebagai bukan Islam. 113. Percubaan melakukan irtidad. 114. Subahat melakukan irtidad. 115. Perlucuthakan dan pemusnahan. 116. Perintah untuk bertaubat. 117. Pembebasan hukuman selepas taubat. Penggal II QATL DAN KECEDERAAN 118. Qisas. 119. Diyat. 120. Kadar diyat. 121. Arsy. 122. Badal-al-sulh. 123. Pengenaan qisas, diyat dan arsy. Qatl 124. Qatl dan jenis-jenisnya. 125. Qatlul-‘amd. 126. Hukuman qatlul-‘amd. 127. Qatlul-‘amd disebabkan ikrah. 128. Qatl disebabkan diupah. 129. Qatlul-‘amd dilakukan kerana mempertahankan diri. 130. Qatlul-‘amd dilakukan oleh kakitangan kerajaan. 131. Hak qisas wali-ad-dam dalam qatlul-‘amd. 132. Kes-kes apabila hukuman qatlul-‘amd tidak dikuatkuasakan. 133. Kemaafan berkaitan dengan qatlul-‘amd. 134. Pengguguran qisas. 135. Pembebasan atau hukuman selepas kemaafan atau pengguguran qisas. 136. Qatlul-'amd dilakukan oleh wali-ad-dam selepas memaafkan atau pengguguran qisas. 137. Percubaan melakukan qatlul-'amd. 138. Subahat melakukan qatlul-'amd. Qatlu syibhil-'amd 139. Qatlu syibhil-'amd. 140. Hukuman qatlu syibhil-'amd. 141. Bukti qatlu syibhil-'amd. 142. Pengguguran diyat dalam qatlu syibhil-'amd. 143. Pembebasan atau hukuman selepas pengguguran diyat. 144. Percubaan melakukan qatlu syibhil-'amd. 145. Subahat melakukan qatlu syibhil-'amd. Qatlul-khata' 146. Qatlul-khata'. 147. Hukuman qatlul-khata'. 148. Bukti qatlul-khata'. 149. Pengguguran diyat dalam qatlul-khata'. 150. Pembebasan atau hukuman selepas pengguguran diyat. Qatl dengan sihir 151. Sihir. 152. Qatl dengan sihir. 153. Percubaan melakukan qatl dengan sihir. 154. Subahat melakukan qatl dengan sihir. Qatl dengan racun 155. Qatl dengan menggunakan racun atau bahan beracun. 156. Percubaan melakukan qatl dengan menggunakan racun atau bahan beracun. 157. Subahat melakukan qatl dengan menggunakan racun atau bahan beracun. Qatl dengan pengguguran janin 158. Qatl dengan pengguguran janin. 159. Percubaan melakukan qatl dengan pengguguran janin. 160. Subahat melakukan qatl dengan pengguguran janin. 161. Pengguguran kandungan. 162. Percubaan menggugurkan kandungan. 163. Subahat menggugurkan kandungan. 164. Kekecualian bagi bab-bab 158 dan 161. Bunuh diri 165. Percubaan bunuh diri. 166. Subahat melakukan bunuh diri. Kecederaan 167. Menyebabkan kecederaan. 168. Jenis-jenis kecederaan. 169. Hukuman kerana menyebabkan kecederaan. 170. Bukti kecederaan yang boleh dikenakan qisas. 171. Kes-kes apabila hukuman qisas tidak dikuatkuasakan. 172. Kuasa Mahkamah menetapkan kecederaan yang boleh dilaksanakan qisas atau sebaliknya. 173. Kemaafan berkaitan dengan kecederaan. 174. Pengguguran qisas. 175. Pembebasan atau hukuman selepas kemaafan atau pengguguran qisas. 176. Hukuman arsy ghairu muqaddar. 177. Penentuan kadar arsy ghairu muqaddar. 178. Mendapatkan semula arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar. 179. Hukuman bagi kecederaan akibat perbuatan gopoh atau cuai. 180. Hukuman bagi kecederaan akibat kesilapan. 181. Arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar hendaklah dibayar kepada mangsa. 182. Percubaan menyebabkan kecederaan. 183. Subahat menyebabkan kecederaan. Penggal III MENARIK BALIK SYAHADAH 184. Menarik balik syahadah sebelum menjatuhkan hukuman, atau membuat perintah atau keputusan. 185. Menarik balik syahadah dalam kes mal setelah perintah atau keputusan dibuat. 186. Menarik balik syahadah dalam kes-kes yang telah dijatuhkan hukuman qisas dan hadd kecuali kes zina, zina-bil-jabar atau liwat. 187. Menarik balik syahadah dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat. 188. Menarik balik syahadah ihshan oleh syahid. 189. Menarik balik syahadah dalam kes-kes yang disabitkan dengan hukuman selain hadd, qisas, diyat atau arsy. 190. Menarik balik syahadah oleh syahid furu' dalam kes mal. 191. Maklumat palsu oleh muzakki. Penggal IV KESALAHAN-KESALAHAN AM 192. Hukuman melakukan ghasab. 193. Pengembalian harta ghasab. 194. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat. 195. Tidak menghormati bulan Ramadhan. 196. Khalwat. 197. Perbuatan tidak sopan. 198. Lelaki berlagak menyerupai perempuan atau sebaliknya. 199. Menghasut lelaki beristeri atau perempuan bersuami supaya bercerai atau mengingkari kewajipan. 200. Menghalang pasangan suami isteri Islam yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri. 201. Melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang Islam meninggalkan tempat tinggal suami isteri. 202. Melarikan perempuan Islam daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya. 203. Perempuan Islam yang belum berkahwin lari dari jagaan ibu bapanya atau penjaganya. 204. Memberi atau menyerahkan orang Islam. 205. Bertindak sebagai orang tengah. 206. Dakwaan palsu. 207. Ajaran atau amalan dll. yang bertentangan dengan Hukum Syara'. 208. Mengamalkan dll. sihir. 209. Mengembangkan agama selain agama Islam. 210. Memujuk dll. orang Islam supaya mengubah agama. 211. Memujuk dll. orang yang tidak mempunyai ugama menjadi penganut dll. kepada ugama selain ugama Islam dll. 212. Mendedahkan kepercayaan dan amalan ugama selain dari ugama Islam kepada kanak-kanak berugama Islam, atau kanak-kanak yang ibu bapanya tidak mempunyai ugama, yang belum mencapai umur 18 tahun. 213. Penerbitan yang bertentangan dengan Hukum Syara'. 214. Menghantar atau menyerahkan penerbitan mengenai ugama selain ugama Islam kepada orang Islam atau orang yang tidak mempunyai ugama. 215. Menyerahkan di tempat awam penerbitan mengenai ugama selain ugama Islam kepada orang Islam atau orang yang tidak mempunyai ugama. 216. Pemujaan. 217. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan tertentu berkaitan dengan ugama Islam. 218. Penyalagunaan gelaran terhormat bagi orang Islam yang dikhususkan untuk orang-orang tertentu. 219. Menuduh dll. orang Islam sebagai kafir. 220. Menghina atau menyebabkan ugama Islam dipandang hina dll. 221. Menghina Nabi oleh orang bukan Islam. 222. Mempermainkan dll. ayat Al-Qur'an atau hadith oleh orang bukan Islam. 223. Percubaan melakukan kesalahan di bawah bab 221 atau 222. 224. Subahat melakukan kesalahan di bawah bab 221 atau 222. 225. Perlucuthakan dan pemusnahan. 226. Perintah untuk bertaubat. 227. Pembebasan hukuman selepas taubat. 228. Fatwa. 229. Mengajar ugama tanpa kebenaran bertulis. 230. Menghina dll. pihak berkuasa ugama. 231. Menghalang Pegawai Penguatkuasa Agama. 232. Aduan palsu. 233. Memberikan syahadah palsu. 234. Memberikan keterangan atau maklumat palsu. 235. Hasutan untuk mengabaikan tanggungjawab agama. 236. Tidak membayar zakat atau fitrah. 237. Pengutipan zakat atau fitrah tanpa kuasa. 238. Pembayaran zakat atau fitrah kepada orang yang tidak diberi kuasa. 239. Pengutipan zakat atau fitrah secara penipuan. 240. Mendirikan dll. masjid tanpa kebenaran. 241. Membocorkan rahsia. 242. Dengan sengaja menghina atau mengganggu kakitangan kerajaan yang sedang bersidang dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman. 243. Tidak menolong kakitangan kerajaan apabila terikat di sisi undang-undang untuk memberi pertolongan. 244. Kakitangan kerajaan mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan kerosakan kepada mana-mana orang. 245. Peninggalan daripada mengemukakan sesuatu dokumen kepada kakitangan kerajaan oleh seseorang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan dokumen itu. 246. Enggan bersumpah atau membuat perakuan supaya menyatakan yang benar apabila dikehendaki untuk bersumpah atau membuat perakuan supaya menyatakan yang benar oleh kakitangan kerajaan. 247. Enggan menjawab soalan kakitangan kerajaan yang diberi kuasa menyoal. 248. Enggan menandatangani pernyataan. 249. Sengaja menyebabkan kecederaan untuk mendapatkan pengakuan atau untuk memaksa pengembalian harta. 250. Percubaan. 251. Hukuman yang tidak diperuntukkan. BAHAGIAN V AM 252. Peruntukan-peruntukan di bawah Penggal 22 tidak dikenakan. 253. Hukum Syara' hendaklah dikenakan jika tiada peruntukan lain. 254. Pemansuhan. JADUAL PERTAMA - SKRIP BAHASA ARAB JADUAL KEDUA - JENIS KECEDERAAN ITLAF-AL-UDHW ATAU ITLAF-SALAHIYYAT-AL-UDHW, JUMLAH ARSY DAN TEMPOH PENJARA JADUAL KETIGA - JENIS KECEDERAAN SYAJJAH, JUMLAH ARSY DAN TEMPOH PENJARA JADUAL KEEMPAT - JENIS KECEDERAAN JURH, JUMLAH ARSY DAN TEMPOH PENJARA JADUAL KELIMA - PERKATAAN-PERKATAAN DAN UNGKAPAN-UNGKAPAN
Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dan hendaklah mula berjalan kuatkuasanya pada suatu tarikh atau tarikh-tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta Kerajaan.
Tarikh-tarikh yang berlainan boleh ditetapkan di bawah ceraian (1) bagi peruntukan-peruntukan yang berlainan Perintah ini atau bagi maksud-maksud yang berlainan bagi peruntukan yang sama.
Gelaran panjang Perintah ini adalah “Suatu Perintah mengenai undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah dan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya.”
Dalam Perintah ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain — “anak” termasuk cucu dan keturunan selepasnya hingga ke bawah; “anggota badan” termasuk organ dalaman; “baligh” mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah bab 3(1) dari Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 [S 30/2001]; “bapa” termasuk datuk dan keturunan selepasnya hingga ke atas; “ghairu muhsan” bermakna seseorang yang belum berkahwin atau sudah berkahwin tetapi belum pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan itu; "Hakim Syar'ie" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah bab 2 dari Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Penggal 184); "harta" termasuk semua estet, kepentingan, easemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, ke atas, terhadap atau dari, harta dan benda dalam tindakan; "Hukum Syara'" bermakna hukum-hukum menurut mana-mana mazhab yang sah pada pendapat Mahkamah; "ibu" termasuk nenek dan keturunan selepasnya hingga ke atas; "ikrar" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah bab 20 dari Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001); "jawatankuasa Majlis" bermakna Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah bab-bab 41(1) dan 44(1) dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan jawatankuasa lain yang disebutkan dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi; "kakitangan kerajaan" bermakna seseorang yang tergolong di bawah mana-mana huraian yang berikut — (a) mana-mana orang yang memegang jawatan atas lantikan Tauliah atau Waran yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atau dengan kuasa Baginda; (b) mana-mana Hakim Syar'ie; (c) mana-mana pegawai polis; (d) mana-mana Pendaftar Mahkamah; (e) mana-mana pegawai Mahkamah yang bertanggungjawab menjalankan tugasnya sebagai pegawai Mahkamah, untuk menyiasat atau melaporkan mana-mana perkara mengenai undang-undang atau fakta, atau untuk membuat, mengesahkan, atau menyimpan mana-mana dokumen, atau untuk menjaga atau melupuskan mana-mana harta, atau untuk melaksanakan mana-mana surat perintah, atau untuk mentadbirkan mana-mana sumpah, atau untuk mentafsir, atau untuk mengekalkan ketenteraman awam di dalam Mahkamah, dan mana-mana orang yang khusus diberikan kuasa oleh Mahkamah untuk menjalankan mana-mana kewajipan tersebut; (f) mana-mana hakim atau orang lain yang menyebabkan isi kandungan atau perkara yang telah dirujukkan untuk keputusan atau laporan oleh mana-mana Mahkamah, atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam lain yang layak; (g) mana-mana orang yang memegang mana-mana jawatan disebabkan yang dia diberi kuasa untuk menempatkan atau menahan mana-mana orang dalam pengurungan; (h) mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang kewajipannya sebagai Pegawai Penguatkuasa Agama, untuk mencegah kesalahan-kesalahan, untuk memberikan maklumat tentang kesalahan-kesalahan, untuk membawa pesalah-pesalah ke muka pengadilan, atau untuk melindungi kesihatan, keselamatan atau keseleseaan awam; (i) mana-mana pegawai yang kewajipannya sebagai pegawai, untuk mengambil, menerima, menyimpan, atau mengeluarkan mana-mana harta bagi pihak Kerajaan atau Majlis, atau membuat mana-mana tinjauan, penilaian, atau kontrak bagi pihak Kerajaan atau Majlis, atau untuk melaksanakan mana-mana surat perintah hasil, atau untuk menyiasat atau untuk melaporkan apa-apa perkara yang menyentuh kepentingan kewangan Kerajaan atau Majlis, atau untuk membuat, mengesahkan, atau menyimpan apa-apa dokumen menyentuh kepentingan kewangan Kerajaan atau Majlis, atau untuk mencegah pelanggaran mana-mana undang-undang untuk melindungi kepentingan kewangan Kerajaan atau Majlis, dan mana-mana pegawai di dalam perkhidmatan atau yang digaji oleh Kerajaan atau Majlis, atau dibayar dengan bayaran atau komisen kerana menjalankan apa-apa tugas awam; "kerosakan" bermakna mana-mana kecederaan yang secara tidak sah dikenakan kepada mana-mana orang ke atas badan, akal, reputasi atau kerugian ke atas harta; "Mahkamah" bermakna Mahkamah-Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah bab 6(1) dari Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Penggal 184); "mahkum 'alaih" bermakna seseorang yang terhadapnya penghakiman atau perintah telah dibuat; "Majlis" bermakna Majlis Ugama Islam yang ditubuhkan di bawah bab 5 dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77); "Mufti Kerajaan" bermakna Mufti Kerajaan bagi Negara Brunei Darussalam yang dilantik di bawah bab 40 dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77); "muhshan" bermakna seseorang yang sudah berkahwin dengan sah dan telah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan itu; "mukallaf" bermakna seseorang yang telah mencapai umur 15 tahun qamariah dan sempurna akalnya; "mumaiyiz" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah bab 3(1) Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001); "Nabi Allah" bermakna mana-mana Nabi Allah yang telah disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Sunnah; "Pegawai Penguatkuasa Agama" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Penggal 184); "penerbitan" bermakna mana-mana perkara yang berikut — (a) buku, majalah atau terbitan berkala, sama ada berbentuk manuskrip atau bentuk terakhir; (b) rakaman suara; (c) gambar atau lukisan, sama ada dihasilkan menggunakan grafik komputer atau yang selainnya dalam apa cara sekalipun; (d) fotograf, negatif fotograf, plat fotograf atau slaid fotograf; atau (e) kertas, model, arca, pita, disket, artikel atau benda — (i) yang telah dicetak atau ditera di atasnya mana-mana perkataan, pernyataan, tanda atau gambaran; atau (ii) yang telah direkodkan atau disimpan untuk mendapatkan kembali mana-mana maklumat yang segera atau yang akan datang yang untuk kegunaan mana-mana komputer atau alat elektronik lain, berupaya untuk dihasilkan semula atau ditunjukkan dengan mana-mana gambar, fotograf, perkataan, pernyataan, tanda atau gambaran, dan termasuk salinan mana-mana penerbitan; "penerbitan mengenai agama selain daripada agama Islam" bermakna buku suci atau buku asas, atau salah satu daripada teks-teks penting agama selain daripada agama Islam atau jika pada intipatinya ia adalah suatu penerbitan yang — [a] mengandungi apa-apa kutipan, sedutan, petikan atau salinan sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya daripada mana-mana buku suci, buku asas atau teks-teks penting ugama itu; [b] memperkatakan sejarah, prinsip-prinsip, ajaran-ajaran, sifat-sifat, dasar-dasar, perlaksanaan-perlaksanaan, upacara-upacara, adat resam, perbuatan kebajikan, dogma-dogma, perintah-perintah atau organisasi-organisasi ugama itu; [c] memperkatakan suatu kewujudan, kuasa spiritual, orang atau benda, yang disembah oleh penganut-penganut atau ahli-ahli ugama itu; [d] mengandungi cerita-cerita, kisah-kisah, lagenda-lagenda, dongeng-dongeng ibarat atau anekdot-anekdot yang berasal dari asas ugama itu; [e] bertujuan untuk memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang supaya menjadi penganut-penganut atau ahli-ahli ugama itu atau mencari pengetahuan berkenaan dengan ugama itu; [f] bertujuan untuk memberi pengetahuan atau sumber pengetahuan kepada orang mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam perenggan [a], [b], [c] atau [d]; atau [g] mempunyai mana-mana kombinasi sifat-sifat yang disebutkan dalam perenggan-perenggan [a], [b], [c ] dan [d]; Huraian — Walaupun sesuatu penerbitan itu adalah penerbitan mengenai ugama selain daripada ugama Islam dengan sebab ia termasuk di bawah perenggan [a], [b], [c] atau [d], ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah Perintah ini jika penerbitan itu untuk kepentingan atau bagi faedah ugama Islam atau umat Islam; “penjaga”, berkaitan dengan kanak-kanak, bermakna mana-mana orang yang dilantik melalui surat ikatan atau wasiat atau dengan perintah Mahkamah untuk menjadi penjaga seseorang kanak-kanak atau mana-mana orang yang telah mengangkat kanak-kanak tersebut dan termasuk orang yang mempunyai hak penjagaan yang sah ke atas kanak-kanak itu; “suci hati” bermakna secara jujur dan tanpa apa-apa permusuhan atau kebencian; “sulh” bermaksud penyelesaian atau persetujuan; “syahadah” mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah bab 3(1) dari Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 [S 30/2001]; "syahid" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah bab 3(1) dari Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001); "taubat" bermakna menyedari, menyesali dan meninggalkan perbuatan yang salah itu dan berniat memperbaiki diri serta berazam tidak akan mengulanginya lagi; "tazkiyah al syuhud" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001); "ugama selain daripada ugama Islam" bermakna — (a) mana-mana ugama selain daripada ugama Islam atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ugama itu; (b) apa-apa pegangan, kepercayaan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau perlaksanaan yang — (i) salah satu daripada sifat-sifatnya ialah penyembahan sesuatu kewujudan atau kuasa spiritual atau sakti sama ada benar-benar ada atau disangka ada; atau (ii) mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual atau kewujudan spiritual, yang tidak diakui oleh ugama Islam; "wali" bermakna wali nasab dan termasuk perempuan; "wali-ad-dam" bermakna waris atau waris-waris mangsa jenayah yang berhak memaafkan pesalah yang melakukan kesalahan ke atas mangsa jenayah itu.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Perintah ini dan tidak ditakrifkan didalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran dan Perkara-Perkara Am (Penggal 4), hendaklah masing-masing mempunyai makna yang sama yang ditentukan kepadanya setakat yang ia tidak bercanggah dengan Hukum Syara'.
Jika apa-apa percanggahan atau keraguan timbul dalam memberi takrif apa-apa perkataan atau ungkapan berkaitan dengan Hukum Syara', maka adalah menjadi budi bicara Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk menentukan makna perkataan atau ungkapan tersebut.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran mana-mana perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Perintah ini yang disenaraikan. dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada bentuk skrip bahasa Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Melainkan diperuntukkan dengan nyata sebaliknya didalamnya, Perintah ini hendaklah dikenakan kepada orang Islam dan orang bukan Islam.
Setiap orang hendaklah dikenakan hukuman di bawah Perintah ini, dan bukan selainnya, bagi setiap perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan di bawahnya yang dia melakukan kesalahan di dalam Negara Brunei Darussalam.
Setiap orang yang boleh dibicarakan atas suatu kesalahan di bawah Perintah ini yang dilakukan di luar Negara Brunei Darussalam hendaklah diperlakukan menurut peruntukan-peruntukan Perintah ini bagi mana-mana perbuatan yang dilakukan di luar Negara Brunei Darussalam dengan cara yang sama seolah-olah perbuatan tersebut telah dilakukan di dalam Negara Brunei Darussalam.
Bagi mengelakkan apa-apa keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada mahkamah selain dari sesebuah Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Bahagian II Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah (Penggal 184) mempunyai bidang kuasa untuk mendengar atau memutuskan apa-apa tuntutan atau prosiding yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang berbangkit dalam Perintah ini.
Jika bagi maksud-maksud Perintah ini apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang itu orang Islam, persoalan itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak atau keingkaran orang itu.
Tiada sebarang apa pun yang terkandung dalam Perintah ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak mutlak dan kuasa-kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sebagai Ketua agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terikat di sisi undang-undang melakukannya atau yang, oleh sebab silap faham fakta dan bukannya oleh sebab silap faham undang-undang, dengan suci hati percaya dirinya, terikat di sisi undang-undang melakukannya. Huraian — Tidak ada sesuatu pun dikatakan dibuat atau dipercayai dengan suci hati yang dibuat atau dipercayai tanpa berjaga-jaga dan perhatian yang sewajarnya.
A, seorang pegawai Mahkamah, yang telah diperintahkan oleh Mahkamah itu supaya menangkap B, dan selepas menjalankan siasatan yang sewajarnya, dengan mempercayai C sebagai B menangkap C. A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang Hakim Syar'ie apabila bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya oleh undang-undang atau yang dipercayainya dengan suci hati diberi kepadanya oleh undang-undang.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah Mahkamah atau apa-apa jua yang dibenarkan oleh penghakiman atau perintah Mahkamah, jika dilakukan dalam masa penghakiman atau perintah itu masih berjalan kuatkuasanya, walaupun Mahkamah itu mungkin tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan penghakiman atau perintah itu, dengan syarat orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa Mahkamah itu mempunyai kuasa itu.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang pada melakukannya, atau oleh seseorang yang oleh sebab silap faham fakta dan bukannya oleh sebab silap faham undang-undang, dengan suci hati percaya dirinya sebagai dibenarkan oleh undang-undang melakukannya.
A nampak B melakukan perbuatan yang kelihatan padanya adalah suatu qatl. A, dalam membuat penilaian yang sebaik-baiknya dan dengan suci hati menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada semua orang untuk menangkap orang-orang yang melakukan qatl, menangkap B dengan tujuan untuk membawa B ke hadapan pihak-pihak berkuasa. A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan walaupun mungkin sebenarnya B bertindak bagi mempertahankan diri.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan dengan tidak sengaja dan dengan tiada apa-apa niat atau pengetahuan jenayah pada menjalankan suatu perbuatan yang sah disisi undang-undang secara yang sah di sisi undang-undang, dengan jalan yang sah di sisi undang-undang, dan dengan hemat dan cermat yang sepatutnya.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan semata-mata oleh sebab ia dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan kerosakan, jika ia dilakukan dengan tiada apa-apa niat jenayah hendak menyebabkan kerosakan, dan dengan suci hati bagi maksud mencegah atau mengelakkan kerosakan lain yang lebih berat kepada orang atau harta. Huraian — Adalah menjadi suatu soal fakta dalam hal seperti itu sama ada kerosakan yang hendak dicegah atau dielakkan itu sedemikian keadaannya dan sebegitu nyata hingga boleh memutamatkan atau memaafkan risiko bahaya melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan kerosakan.
A melarikan, mempengaruhi atau memujuk B, seorang perempuan yang belum berkahwin supaya meninggalkan jagaan ibu bapanya atau penjaganya untuk tujuan mencegahnya dari dijadikan pelacur. Dia melakukan ini dengan niat, dengan suci hati, untuk menyelamatkannya dari kerosakan yang lebih teruk. Di sini, sekiranya didapati bahawa kerosakan yang hendak dicegah itu sedemikian keadaannya dan sebegitu nyata hingga boleh memaafkan perbuatan A itu, maka A tidaklah melakukan kesalahan.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum mumaiyiz.
Tidaklah boleh dikenakan hukuman hadd atau qisas ke atas apa-apa kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hadd atau qisas yang dilakukan oleh kanak-kanak mumaiyiz yang belum baligh tetapi boleh dikenakan hukuman selainnya.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, pada masa melakukannya oleh sebab akalnya tidak sempurna, tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu atau apa yang dilakukannya itu adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, pada waktu dia melakukannya, atas sebab mabuk, tidak mengetahui keadaan sesuatu perbuatan, atau apa yang dia lakukan adalah salah atau betul, jika benda yang menyebabkannya mabuk telah diberikan kepadanya tanpa kerelaannya atau pengetahuannya atau dia mabuk disebabkan mengambil ubat untuk tujuan rawatan.
Bagi maksud bab ini, "mabuk" hendaklah disifatkan termasuk suatu keadaan yang disebabkan oleh narkotik atau dadah.
Tidaklah apa-apa jua yang tidak diniatkan bagi menyebabkan kematian atau kecederaan, dan yang tidak diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan kematian atau kecederaan, menjadi suatu kesalahan oleh sebab apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku atau diniatkan oleh orang yang melakukannya supaya berlaku, kepada mana-mana orang yang berumur lebih 15 tahun qamariah, yang telah memberi kerelaan, sama ada nyata atau tersirat, bagi menanggung kerosakan itu; atau oleh sebab apa-apa kerosakan yang mungkin diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin berlaku kepada mana-mana orang itu yang telah rela menempuh bahaya kerosakan itu.
A dan B bersetuju bermain pedang antara satu sama lain untuk bersuka-suka. Persetujuan ini membayangkan kerelaan tiap-tiap orang untuk menanggung apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku dengan tidak melanggar peraturan-peraturan dalam masa bermain pedang itu; dan jika A, semasa bermain dengan sepatutnya, mencederakan B, maka A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.
Tidaklah apa-apa jua yang tidak diniatkan bagi menyebabkan kematian, menjadi suatu kesalahan oleh sebab apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku, atau diniatkan oleh orang melakukannya supaya berlaku, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin berlaku, kepada mana-mana orang yang untuk faedahnya ia dilakukan dengan suci hati dan yang telah memberi kerelaan, sama ada nyata atau tersirat, bagi menanggung kerosakan itu, atau menempuh bahaya kerosakan itu.
A, seorang doktor bedah, yang mengetahui bahawa suatu pembedahan yang tertentu mungkin menyebabkan kematian B yang menderita suatu kesakitan yang amat sangat, menjalankan pembedahan itu ke atas B, dengan kerelaan B, dengan tidak berniat hendak menyebabkan kematian B, tetapi berniat dengan suci hati, untuk faedah B. Maka A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.
Tidaklah apa-apa jua yang dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang yang belum baligh atau yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan, sama ada nyata atau tersirat, penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaga orang itu, menjadi kesalahan oleh sebab apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku, atau diniatkan oleh orang yang melakukannya supaya berlaku, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin berlaku, kepada orang itu: Dengan syarat bahawa kecualian ini tidak termasuk — (a) menyebabkan kematian dengan sengaja atau percubaan untuk menyebabkan kematian; (b) melakukan sesuatu perkara, yang diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan kematian, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau kecederaan atau menyembuhkan apa-apa penyakit yang teruk atau kelemahan; (c) menyebabkan kecederaan dengan sengaja atau percubaan hendak menyebabkan kecederaan, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau kecederaan, atau menyembuhkan apa-apa penyakit yang teruk atau kelemahan; (d) bersubahat melakukan sebarang kesalahan yang tidak termasuk dalam kecualian ini.
A dengan suci hati, untuk faedah anaknya, dengan tiada kerelaan anaknya telah meminta seorang doktor bedah untuk menjalankan pembedahan ke atas anaknya bagi mengeluarkan batu karang, dengan mengetahui bahawa pembedahan itu mungkin menyebabkan kematian anaknya itu, tetapi tidak berniat untuk menyebabkan kematian anaknya itu. A adalah termasuk dalam kecualian ini oleh sebab tujuannya ialah hendak menyembuhkan penyakit anaknya itu.
Kerelaan bukanlah suatu kerelaan yang dimaksudkan oleh mana-mana peruntukan Perintah ini — (a) jika kerelaan itu diberi oleh seseorang dalam keadaan takutkan kerosakan atau dalam keadaan salah faham tentang fakta, dan jika orang yang melakukan perbuatan itu mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi oleh sebab ketakutan atau salah faham itu; (b) jika kerelaan itu diberi oleh seseorang yang, oleh sebab akalnya tidak sempurna atau oleh sebab mabuk, tidak boleh memahami keadaan dan akibat dari apa yang direlakan olehnya; atau (c) jika kerelaan itu diberi oleh seseorang yang belum baligh.
Kecualian dalam bab-bab 16, 17 dan 18 tidak termasuk perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku, atau diniatkan supaya berlaku, atau diketahui mungkin berlaku, kepada orang yang memberi kerelaan itu atau kepada orang yang bagi pihaknya kerelaan itu diberi.
Menyebabkan keguguran, melainkan jika disebabkan dengan suci hati bagi maksud menyelamatkan nyawa perempuan itu, adalah sendirinya menjadi suatu kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku atau diniatkan supaya berlaku kepada perempuan itu. Oleh yang demikian, menyebabkan keguguran tidaklah menjadi suatu kesalahan oleh sebab kerosakan itu; dan adanya kerelaan perempuan itu atau penjaganya bagi menyebabkan keguguran itu tidak bererti membenarkan perbuatan itu.
Tidaklah menjadi kesalahan oleh sebab apa-apa kerosakan yang mungkin berlaku kepada seseorang yang untuk faedahnya apa-apa jua dilakukan dengan suci hati, walaupun dengan tiada kerelaan orang itu, jika keadaannya adalah sedemikian rupa sehingga orang itu tidak mungkin menyatakan kerelaan, atau jika orang itu tidak dapat memberi kerelaan, dan tidak mempunyai penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaganya yang kerelaan daripadanya mungkin sempat diperolehi bagi perkara itu dilakukan untuk faedahnya: Dengan syarat kecualian ini tidak termasuk — (a) menyebabkan kematian dengan sengaja atau percubaan untuk menyebabkan kematian; (b) melakukan sesuatu perkara, yang diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan kematian, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau kecederaan atau menyembuhkan apa-apa penyakit yang teruk atau kelemahan; (c) menyebabkan kecederaan dengan sengaja atau percubaan hendak menyebabkan kecederaan, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau kecederaan; (d) bersubahat melakukan apa-apa kesalahan yang tidak termasuk dalam kecualian ini.
(a) A tercampak dari kudanya lalu pengsan. B, seorang doktor bedah, mendapati A terpaksa ditebuk tulang kepalanya. B, yang tidak bermaksud menyebabkan kematian A, tetapi dengan suci hati, untuk faedah A, menjalankan tebukan tulang kepala itu sebelum A sedar daripada pengsan dan boleh membuat pertimbangan sendiri. B tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. (b) C diheret oleh seekor buaya. D menembak buaya itu dengan mengetahui bahawa tembakan itu mungkin membunuh C, tetapi tidak bermaksud untuk membunuh C, dan dengan suci hati bermaksud untuk faedah C. Tembakan D melukakan C sehingga menyebabkan C mati. D tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. (c) E, seorang doktor bedah melihat seorang kanak-kanak ditimpa sesuatu kemalangan yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mati melainkan jika suatu pembedahan dijalankan dengan segera. Tiada masa untuk meminta persetujuan daripada penjaga kanak-kanak itu. E, yang bermaksud dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak itu, menjalankan pembedahan itu dengan tidak menghiraukan permintaan kanak-kanak itu supaya pembedahan itu tidak dijalankan. E tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. (d) F berada di dalam sebuah rumah yang terbakar, bersama-sama seorang kanak-kanak. Orang-orang di bawah membentangkan sehelai kain selimut. F menjatuhkan kanak-kanak itu dari atas rumah itu dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin membunuh kanak-kanak itu, tetapi tidak bermaksud untuk membunuh kanak-kanak itu, bahkan bermaksud dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak itu. Di sini, walaupun kanak-kanak itu terbunuh oleh sebab perbuatan menjatuhkannya itu, F tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. Huraian — Faedah kewangan semata-mata bukanlah faedah dalam makna bab-bab 17, 18 dan 21.
Pemakluman yang dibuat dengan suci hati tidaklah menjadi kesalahan oleh sebab apa-apa kerosakan kepada orang yang dimaklumkan itu, jika pemakluman itu dibuat untuk faedah orang itu.
A, seorang doktor, dengan suci hati memaklumkan pendapatnya kepada pesakitnya bahawa pesakit itu tidak boleh hidup. Pesakit itu mati oleh sebab terperanjat. A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan, meskipun dia mengetahui bahawa pemakluman itu mungkin menyebabkan kematian pesakit itu.
Kecuali melakukan qatl, tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang pada masa melakukannya menyebabkan orang itu membuat tanggapan dengan munasabah bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati serta-merta: Dengan syarat, orang yang melakukan perbuatan itu tidak, dengan kemahuannya sendiri, meletakkan dirinya dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu atau oleh sebab suatu tanggapan yang munasabah akan kerosakan kepada dirinya melainkan kematian serta-merta. Huraian 1 — Seseorang yang, dengan kemahuannya sendiri, atau oleh sebab ugutan akan dipukul, masuk kumpulan perompak dengan mengetahui watak mereka tidaklah berhak mendapat faedah dari kecualian ini atas alasan bahawa dia telah dipaksa oleh perompak-perompak sekutunya untuk melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Huraian 2 — Seseorang yang ditangkap oleh kumpulan perompak dan dipaksa dengan ugutan kematian serta-merta supaya melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang, misalnya seorang tukang besi yang dipaksa mengambil perkakas-perkakasnya dan memecahkan pintu sebuah rumah supaya kumpulan perompak itu dapat masuk dan melakukan hirabah, adalah berhak mendapat faedah dari kecualian ini.
Tidaklah menjadi kesalahan oleh sebab apa-apa jua menyebabkan, atau bermaksud hendak menyebabkan, atau diketahui mungkin menyebabkan, apa-apa kerosakan, jika kerosakan itu adalah begitu ringan hingga seseorang yang berakal dan berperangai biasa tidak akan mengadu kerosakan seperti itu.
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan dalam menjalankan hak pertahanan persendirian dan hak seseorang.
Tiap-tiap orang mempunyai hak, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang terkandung dalam bab 28, untuk mempertahankan — (a) tubuhnya sendiri, anggota isteri dan keturunannya, dari apa-apa kesalahan yang menyentuh tubuh manusia; (b) hartanya sendiri, harta isteri atau keturunannya, sama ada harta alih atau harta tak alih, dari apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan yang termasuk di bawah takrifan sariqah atau hirabah, atau yang merupakan cubaan untuk melakukan sariqah atau hirabah.
Apabila suatu perbuatan yang menjadi kesalahan dilakukan, tidak akan menjadi kesalahan oleh sebab orang yang melakukan itu belum mumaiyiz, tidak sempurna akal atau mabuk atau oleh sebab dia salah faham, maka tiap-tiap orang mempunyai hak pertahanan persendirian dari perbuatan itu sama seperti hak yang dipunyainya sekiranya perbuatan itu adalah menjadi kesalahan.
A oleh sebab gila, cuba melakukan qatl ke atas B. A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan, tetapi B mempunyai hak pertahanan persendirian sama seperti hak yang dipunyainya sekiranya A tidak gila.
(1) Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dari sesuatu perbuatan yang tidak menyebabkan dengan munasabah kematian yang ditakuti atau kecederaan jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, oleh seseorang kakitangan kerajaan yang bertindak dengan suci hati atas alasan jawatannya, meskipun perbuatan itu mungkin tidak dibenarkan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.
Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dari sesuatu perbuatan yang tidak menyebabkan dengan munasabah kematian yang ditakuti atau kecederaan, jika perbuatan itu dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang kakitangan kerajaan yang bertindak dengan suci hati atas alasan jawatannya, meskipun arahan itu mungkin tidak dibenarkan di sisi undang-undang dengan sepenuhnya.
Tidaklah ada hak pertahanan persendirian dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.
Hak pertahanan persendirian tidak sekali-kali termasuk mengenakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan persendirian. Huraian 1 — Seseorang tidak terlucut hak pertahanan persendirian dari sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan oleh seseorang kakitangan kerajaan, atas sifatnya sebagai kakitangan kerajaan, melainkan jika dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang melakukan perbuatan itu adalah seorang kakitangan kerajaan. Huraian 2 — Seseorang tidak terlucut hak pertahanan persendirian dari sesuatu perbuatan yang dilakukan, atau cuba dilakukan, menurut arahan seseorang kakitangan kerajaan melainkan jika dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, bahawa orang yang melakukan perbuatan itu bertindak menurut arahan tersebut, atau melainkan jika orang itu menyatakan kuasa yang membolehkannya bertindak atau, sekiranya orang itu mempunyai kuasa secara bertulis atau, melainkan jika dia menunjukkan kuasa itu apabila diminta.
Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang disebutkan dalam bab 28, adalah termasuk menyebabkan kematian dengan sengaja atau apa-apa kerosakan lain kepada penyerang itu jika kesalahan yang menyebabkan hak itu dijalankan adalah dari mana-mana jenis yang disenaraikan di bawah ini — (a) sesuatu serangan yang menyebabkan dengan munasabah ketakutan bahawa kematian akan berlaku akibat daripada serangan tersebut; (b) sesuatu serangan yang menyebabkan dengan munasabah ketakutan bahawa kecederaan akan berlaku akibat daripada serangan tersebut; (c) sesuatu serangan dengan niat hendak melakukan zina bil-jabar; (d) sesuatu serangan dengan niat hendak melakukan liwat; (e) sesuatu serangan dengan niat hendak melarikan orang.
Jika kesalahan itu bukan dari mana-mana jenis yang disenaraikan dalam bab 29, maka hak pertahanan persendirian mengenai tubuh tidak termasuk menyebabkan kematian dengan sengaja kepada penyerang itu, tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan yang disebutkan dalam bab 28, adalah termasuk menyebabkan dengan sengaja kepada penyerang itu apa-apa kerosakan selain kematian.
Hak pertahanan persendirian mengenai tubuh bermula sebaik sahaja timbul suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya pada tubuh dari sesuatu percubaan atau ugutan hendak melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak mungkin dilakukan dan hak itu berterusan selagi ketakutan akan bahaya pada tubuh itu berterusan.
Hak pertahanan persendirian mengenai harta, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang tersebut dalam bab 28, adalah termasuk menyebabkan kematian dengan sengaja atau apa-apa kerosakan lain kepada orang yang membuat salah itu, jika kesalahan itu apabila dilakukan atau cuba dilakukan menyebabkan hak itu dijalankan, adalah satu kesalahan dari mana-mana jenis yang disenaraikan di bawah ini — (a) hirabah; (b) sariqah dalam keadaan yang menyebabkan dengan munasabah ketakutan bahawa kematian atau kecederaan akan berlaku akibat darinya, jika hak pertahanan persendirian tersebut tidak dijalankan.
Jika kesalahan itu, apabila dilakukan, atau cuba dilakukan, menyebabkan hak pertahanan persendirian dijalankan, adalah kesalahan sariqah yang bukannya dari mana-mana jenis yang disenaraikan dalam bab 32, maka hak itu tidak termasuk menyebabkan kematian dengan sengaja, tetapi termasuk, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang disebutkan dalam bab 28, menyebabkan dengan sengaja kepada orang yang membuat salah itu apa-apa kerosakan selain kematian.
Hak pertahanan persendirian mengenai harta bermula apabila suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya pada harta itu bermula.
Hak pertahanan persendirian mengenai harta terhadap sariqah berterusan sehingga pesalah itu telah lepas lari dengan harta itu atau sama ada pertolongan pihak berkuasa awam diperolehi atau harta itu telah didapatkan balik.
Hak pertahanan persendirian mengenai harta terhadap hirabah berterusan selagi pesalah itu menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian atau kecederaan atau halangan salah kepada mana-mana orang, atau selagi ketakutan akan kematian serta-merta, kecederaan serta-merta atau halangan diri serta-merta berterusan.
Jika, dalam menjalankan hak pertahanan persendirian terhadap suatu serangan yang menyebabkan dengan munasabah kematian yang ditakuti, orang yang mempertahankan dirinya itu adalah dalam keadaan tidak dapat menjalankan hak itu dengan berkesan tanpa mendatangkan risiko kerosakan kepada seseorang yang tidak bersalah, maka hak untuk mempertahankan dirinya termasuklah mendatangkan risiko itu.
A diserang oleh sekumpulan perusuh yang cuba hendak membunuhnya. Dia tidak dapat menjalankan hak pertahanan persendirianya dengan berkesan tanpa melepaskan tembakan ke atas kumpulan perusuh itu, dan dia tidak dapat melepaskan tembakan itu tanpa mendatangkan risiko kerosakan kepada kanak-kanak yang bergaul dalam kumpulan perusuh itu. A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan jika dengan melepaskan tembakan itu dia mencederakan mana-mana kanak-kanak itu.
Bahagian ini hanya akan dikenakan jika tidak berlawanan dengan mana-mana peruntukan lain Perintah ini.
Seseorang bersubahat melakukan sesuatu perkara jika — (a) dia menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; (b) dia mengambil bahagian bersama dengan seorang atau beberapa orang lain dalam apa-apa pakatan jahat bagi melakukan perkara itu, jika suatu perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang berlaku menurut pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau (c) dia dengan sengaja membantu melakukan perkara itu dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang. Huraian 1 — Seseorang yang, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba menyebabkan atau mendapatkan, sesuatu perkara dilakukan, dengan sengaja menyalahnyatakan atau dengan sengaja menyembunyikan sesuatu fakta yang mustahak yang dia terikat untuk menyatakannya, adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.
A, seorang kakitangan kerajaan, diberi kuasa dengan suatu waran dari Mahkamah untuk menangkap B. C yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa D bukannya B, dengan sengaja menyatakan kepada A bahawa D ialah B, dan dengan yang demikian dengan niat menyebabkan A menangkap D. Di sini C bersubahat dalam penangkapan D dengan jalan hasutan. Huraian 2 — Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perkara sebelum atau pada waktu sesuatu perbuatan dilakukan, untuk memudahkan perbuatan itu dilakukan dan dengan yang demikian memudahkan perbuatan itu dilakukan adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.
Seseorang adalah menyubahat sesuatu kesalahan jika dia bersubahat melakukan sesuatu kesalahan, atau bersubahat melakukan sesuatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan, sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan dengan niat atau pengetahuan yang sama dengan niat atau pengetahuan penyubahat itu. Huraian 1 — Menyubahat sesuatu perbuatan yang ditinggalkan dengan menyalahi undang-undang boleh terjumlah kepada suatu kesalahan, sungguhpun penyubahat itu sendiri tidak terikat untuk melakukan perbuatan itu. Huraian 2 — Bagi menjadikan kesalahan subahat, maka tidaklah perlu supaya perbuatan yang disubahat itu dilakukan atau supaya kejadian yang diperlukan bagi menjadikan kesalahan itu berlaku.
(a) A menghasut B supaya melakukan qatl ke atas C. B enggan melakukannya. A adalah melakukan kesalahan kerana bersubahat dengan B supaya melakukan qatl. (b) D menghasut E supaya melakukan qatl ke atas F. E menurut hasutan itu menikam F. F sembuh daripada lukanya. D adalah melakukan kesalahan kerana menghasut E supaya melakukan qatl. Huraian 3 — Tidaklah perlu supaya orang yang disubahati itu berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan, atau supaya dia mempunyai niat atau pengetahuan salah yang sama dengan niat atau pengetahuan salah penyubahat itu, atau mempunyai apa-apa niat atau pengetahuan salah.
(a) A, dengan niat salah, bersubahat dengan seorang yang belum baligh atau seorang yang tidak sempurna akal supaya melakukan suatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan dan mempunyai niat yang sama dengan A. Di sini, sama ada perbuatan itu dilakukan atau tidak, A adalah melakukan kesalahan kerana menyubahat suatu kesalahan. (b) B, dengan niat hendak melakukan qatl ke atas C, menghasut D, seorang yang belum baligh, supaya melakukan suatu perbuatan yang menyebabkan kematian C. Oleh sebab subahat, D melakukan perbuatan itu dan dengan yang demikian menyebabkan kematian C. Di sini, walaupun D tidak berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan, B boleh dihukum sama seperti seolah-olah D berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan, dan telah melakukan kesalahan qatl, dan oleh sebab itu B boleh dikenakan hukuman bersubahat melakukan qatl. (c) E, dengan niat hendak menawarkan minuman yang memabukkan kepada F, menghasut G, seorang yang tidak sempurna akal, supaya menawarkan minuman yang memabukkan kepada F. Oleh sebab subahat, G melakukan perbuatan itu semasa ketiadaan E, dan dengan yang demikian menawarkan minuman yang memabukkan kepada F. Di sini, walaupun G tidak berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan, E boleh dihukum sama seperti seolah-olah G berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan dan telah melakukan kesalahan menawarkan minuman yang memabukkan dan oleh sebab itu E boleh dikenakan hukuman bersubahat melakukan kesalahan menawarkan minuman yang memabukkan. (d) A, yang bermaksud hendak menyebabkan kesalahan sariqah dilakukan, menghasut B supaya mengambil harta yang dipunyai oleh Z daripada milik Z. A mendorong B untuk mempercayai bahawa harta itu adalah dipunyai oleh A. B, mengambil harta itu daripada milik Z, dengan suci hati mempercayainya sebagai harta A. B yang bertindak di bawah salah faham ini, tidak mengambil harta itu secara tidak jujur, dan oleh sebab itu tidaklah melakukan kesalahan sariqah. Tetapi A adalah melakukan kesalahan kerana menyubahat kesalahan sariqah, dan boleh dikenakan hukuman bersubahat melakukan sariqah. Huraian 4 — Oleh sebab menyubahat sesuatu kesalahan adalah suatu kesalahan maka menyubahat subahat itu adalah juga suatu kesalahan.
A menghasut B supaya menghasut C untuk melakukan qatl ke atas D. B dengan yang demikian, menghasut C supaya melakukan qatl ke atas D, dan C melakukan kesalahan itu oleh sebab hasutan B. B boleh dihukum kerana kesalahannya dengan hukuman kerana kesalahan qatl; dan oleh sebab A telah menghasut B untuk melakukan kesalahan itu maka A boleh dikenakan hukuman bersubahat melakukan qatl. Huraian 5 — Tidaklah perlu bagi melakukan kesalahan subahat dengan jalan pakatan jahat bahawa penyubahat itu menyertai kesalahan itu bersama orang yang melakukannya. Memadaialah jika dia mengambil bahagian dalam pakatan jahat itu dan kesalahan itu dilakukan menurut pakatan jahat itu.
A menyertai B dalam suatu rancangan untuk melakukan qatl dengan cara menggunakan racun ke atas Z. Adalah dipersetujui bahawa A akan memberi racun itu. B kemudiannya menghuraikan rancangan itu kepada C, dengan menyebut bahawa orang lain akan memberi racun itu, tetapi tidak menyebut nama A. C bersetuju mendapatkan racun itu, lalu mendapatkan dan menyerahkannya kepada B bagi tujuan untuk digunakan dengan cara yang telah dihuraikan itu. A memberi racun itu. Akibatnya Z mati. Di sini, walaupun A dan C tidak berpakat jahat bersama-sama, akan tetapi C telah mengambil bahagian dalam pakatan jahat itu yang mengakibatkan Z telah mati. Oleh sebab itu, C telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam bab ini, dan boleh dikenakan hukuman kerana bersubahat melakukan qatl dengan cara menggunakan racun.
Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semua, tiap-tiap seorang daripada mereka adalah bertanggunggawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan olehnya seorang.
Seseorang adalah menyubahat sesuatu kesalahan dalam makna Perintah ini jika — (a) dia, di Negara Brunei Darussalam, menyubahat apa-apa perbuatan yang dilakukan di luar Negara Brunei Darussalam; atau (b) dia, di luar Negara Brunei Darussalam, menyubahat apa-apa perbuatan di Negara Brunei Darussalam yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan di Negara Brunei Darussalam.
A, di Negara Brunei Darussalam, menghasut B, orang asing di Singapura, untuk melakukan qatl di Singapura. A adalah melakukan suatu kesalahan menyubahat suatu qatl.
Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, mana-mana orang yang menyubahat sesuatu kesalahan, jika perbuatan yang disubahat itu dilakukan oleh sebab subahat itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Huraian — Sesuatu perbuatan atau kesalahan adalah dikatakan sebagai dilakukan oleh sebab subahat apabila perbuatan atau kesalahan itu dilakukan oleh sebab hasutan, atau menurut pakatan jahat, atau dengan bantuan yang menjadi subahat itu.
(a) A menghasut B supaya memberi keterangan palsu. B, oleh sebab hasutan itu, melakukan kesalahan tersebut. A adalah melakukan kesalahan kerana menyubahat kesalahan itu, dan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti B. (b) C dan D berpakat jahat hendak melakukan qatl dengan menggunakan racun ke atas E. C, menurut pakatan jahat itu mendapatkan racun lalu menyerahkannya kepada D supaya dia boleh memberinya kepada E. D menurut pakatan jahat itu: memberi racun itu kepada E, dalam masa ketiadaan C, dan dengan yang demikian menyebabkan kematian E. Di sini D adalah melakukan kesalahan kerana melakukan qatl dengan menggunakan racun. C adalah melakukan kesalahan kerana menyubahat kesalahan itu dengan pakatan jahat dan boleh dikenakan hukuman kerana kesalahan bersubahat melakukan qatl dengan menggunakan racun.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan sesuatu kesalahan, jika orang yang disubahat itu melakukan perbuatan itu dengan niat atau pengetahuan yang lain daripada niat atau pengetahuan penyubahat itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan yang mungkin telah dilakukan sekiranya perbuatan itu telah dilakukan dengan niat atau pengetahuan penyubahat itu tetapi tidak dengan apa-apa niat atau pengetahuan lain.
Apabila suatu perbuatan disubahat dan suatu perbuatan lain dilakukan, penyubahat itu adalah bertanggungan kerana perbuatan yang dilakukan itu dengan cara yang sama dan setakat yang sama seolah-olah dia telah menyubahatinya secara langsung: Dengan syarat bahawa, perbuatan yang dilakukan itu hendaklah akibat yang mungkin berlaku dari subahat itu; dan telah dilakukan di bawah pengaruh hasutan, atau dengan bantuan atau menurut pakatan jahat yang menjadi subahat itu.
A menghasut seorang kanak-kanak yang belum baligh supaya memasukkan racun ke dalam makanan B, dan memberi racun kepadanya bagi maksud itu. Kanak-kanak itu, oleh sebab hasutan itu tersilap masukkan racun itu ke dalam makanan C, yang ada disebelah makanan B. Di sini, jika kanak-kanak itu telah bertindak di bawah pengaruh hasutan A, dan perbuatan yang dilakukan itu adalah akibat kejadian yang mungkin berlaku dari subahat itu, maka A adalah bertanggungan dengan cara yang sama dan setakat yang sama seolah-olah A telah menghasut kanak-kanak itu supaya memasukkan racun itu ke dalam makanan C.
Jika perbuatan yang mana penyubahat adalah bertanggungan di bawah bab 43 dilakukan disamping perbuatan yang disubahat, dan menjadi suatu kesalahan yang berlainan, maka penyubahat itu boleh dikenakan hukuman bagi tiap-tiap kesalahan jika penyubahat itu mengetahui perbuatan tambahan itu mungkin dilakukan.
A menghasut B supaya melarikan seorang perempuan belum berkahwin dari jagaan ibu bapanya atau penjaganya. B melarikan perempuan tersebut dari jagaan ibu bapanya atau penjaganya dan semasa melarikan perempuan tersebut, B menghidangkan minuman memabukkan. B adalah melakukan dua kesalahan dan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman bagi kedua-dua kesalahan tersebut; dan jika A tahu bahawa B berkemungkinan menghidangkan minuman memabukkan kepada perempuan tersebut, A adalah juga dikenakan hukuman bagi tiap-tiap kesalahan tersebut.
Apabila sesuatu perbuatan disubahatkan dengan niat pada pihak penyubahat itu hendak menyebabkan suatu kejadian yang tertentu, dan suatu perbuatan yang penyubahat itu bertanggungan oleh sebab subahat itu, menyebabkan suatu kejadian yang lain daripada yang dimaksudkan oleh penyubahat itu, maka penyubahat itu adalah bertanggungan kerana kejadian yang berlaku itu, dengan cara yang sama dan setakat yang sama seolah-olah dia telah menyubahat perbuatan itu dengan niat hendak menyebabkan kejadian itu dengan syarat dia telah mengetahui bahawa perbuatan yang disubahat itu mungkin menyebabkan kejadian tersebut.
A menghasut B supaya mengajar apa-apa perkara yang berkaitan dengan ugama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis. B, oleh sebab hasutan itu, mengambil peluang untuk menghina ugama Islam. Di sini, jika A mengetahui bahawa mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan ugama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis yang disubahatinya itu akan menyebabkan kesalahan menghina ajaran ugama Islam, maka A boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan menghina ajaran ugama Islam.
Apabila seseorang yang, sekiranya tidak hadir, boleh dikenakan hukuman sebagai seorang penyubahat, hadir pada masa perbuatan atau kesalahan yang dia boleh dihukum oleh sebab subahat itu dilakukan, maka dia hendaklah dianggap telah melakukan perbuatan atau kesalahan itu.
Mana-mana orang yang menyubahat sesuatu kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, jika kesalahan itu tidak dilakukan oleh sebab subahat itu dan tiada apa-apa peruntukan yang nyata dibuat oleh Perintah ini berkenaan dengan hukuman bagi subahat itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun.
A menghasut B supaya melakukan qatl ke atas C. Kesalahan itu tidak dilakukan. Sekiranya B telah melakukan qatl ke atas C, A mungkin boleh dikenakan hukuman bersubahat melakukan qatl. Oleh sebab itu, A adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun.
(1) Mana-mana orang yang menyubahat sesuatu kesalahan yang boleh dihukum penjara hendaklah, jika kesalahan itu tidak dilakukan oleh sebab subahat itu dan tiada apa-apa peruntukan yang nyata dibuat oleh Perintah ini berkenaan dengan hukuman bagi subahat itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi... melebihi satu perempat daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau kedua-duanya sekali.
Jika penyubahat atau orang yang disubahat di bawah ceraian (1) kakitangan kerajaan yang kewajipannya adalah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu, maka penyubahat itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebagaimana diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi separuh daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau kedua-duanya sekali.
(a) A menghasut B supaya memberi keterangan palsu. Di sini, walaupun B tidak memberi keterangan palsu, A, walau bagaimanapun telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam bab ini dan boleh dihukum dengan sewajarnya. (b) C, seorang kakitangan kerajaan, yang kewajipannya adalah untuk mencegah penjualan minuman yang memabukkan, menyubahat penjualan minuman yang memabukkan dilakukan. Di sini, walaupun penjualan minuman yang memabukkan itu tidak dilakukan, C adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi separuh daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau kedua-duanya sekali. (c) D menyubahat suatu penjualan minuman yang memabukkan oleh E, seorang kakitangan kerajaan, yang kewajipannya adalah untuk mencegah kesalahan itu. Di sini, walaupun penjualan itu tidak dilakukan, D adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi separuh daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan tersebut atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menyubahat sesuatu kesalahan di bawah Bahagian IV Penggal IV (Kesalahan-Kesalahan Am) yang dilakukan oleh orang awam pada amnya, atau oleh sebilangan atau sekumpulan orang melebihi sepuluh, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
A menghasut satu kumpulan berjumlah lima orang untuk memberikan kenyataan palsu mengenai apa-apa perkara dalam mana-mana prosiding kehakiman. A telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam bab ini.
Mana-mana orang, sebagai seorang kakitangan kerajaan, yang bermaksud hendak memudahkan, atau yang mengetahui kemungkinan dia dengan yang demikian akan memudahkan, sesuatu kesalahan terhadap Bahagian IV Penggal IV (Kesalahan-Kesalahan Am) dilakukan yang dia berkewajipan sebagai kakitangan kerajaan itu untuk mencegahnya, dengan sengaja menyembunyikan, dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang, adanya sesuatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu — (a) jika kesalahan itu dilakukan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi separuh daripada tempoh hukuman penjara yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau kedua-duanya sekali; atau (b) jika kesalahan itu tidak dilakukan, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu perempat daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau kedua-duanya sekali.
A, seorang kakitangan kerajaan yang terikat secara undang-undang untuk memberikan maklumat mengenai segala rancangan untuk menjual minuman yang memabukkan yang mungkin sampai pada pengetahuannya, dan mengetahui B merancang untuk menjual minuman yang memabukkan, enggan untuk memberikan maklumat tersebut, dengan maksud untuk memudahkan berlakunya kesalahan itu. Di sini, A, dengan peninggalan yang menyalahi undang-undang menyembunyikan kewujudan rancangan B, dan hendaklah dihukum menurut peruntukan-peruntukan bab ini.
Mana-mana orang yang bermaksud hendak memudahkan, atau yang mengetahui kemungkinan dia dengan yang demikian akan memudahkan berlakunya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum penjara, dengan sengaja menyembunyikan, dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang, adanya sesuatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu — (a) jika kesalahan itu dilakukan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu perempat daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau kedua-duanya sekali; atau (b) jika kesalahan itu tidak dilakukan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan denda sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu perlapan daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan bagi kesalahan itu atau kedua-duanya sekali.
(1) Bagi maksud-maksud Perintah ini, "hadd" bermakna hukuman atau siksaan yang telah ditetapkan oleh Al-Qur'an atau Sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi kesalahan sariqah, hirabah, zina, qazaf, meminum minuman yang memabukkan dan irtidad.
Kesalahan zina bil-jabar dan liwat adalah termasuk dalam makna kesalahan zina yang boleh dikenakan hukuman hadd.
Bagi maksud-maksud Perintah ini — "hirz" bermakna penjagaan terhadap sesuatu harta menurut kesesuaiannya berdasarkan kepada Hukum Syara'; "sariqah" bermakna suatu perbuatan memindah dengan cara sembunyi-sembunyi harta alih daripada hirz atau milikan tuan punyanya tanpa persetujuannya dan perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak melucuthakkan harta itu daripada hirz atau milikan tuan punyanya.
Kadar nisab bagi sariqah yang dikenakan hukuman hadd ialah 1 dinar. Huraian — Kadar nisab bagi sariqah yang dikenakan hukuman hadd adalah 1 dinar (4.25 gram emas) atau nilainya dalam mata wang tempatan pada masa kesalahan sariqah dilakukan.
Jika harga pasaran bagi 1 gram emas ialah $80, maka kadar nisab bagi sariqah yang dikenakan hukuman hadd dalam matawang Brunei Darussalam adalah $340.
(1) Mana-mana orang yang melakukan sariqah, yang jumlah nilai harta sampai atau melebihi nisab dan sariqah itu dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' selain keterangan mangsa, setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut — (a) bagi kesalahan pertama, dipotong pada sendi pergelangan tangan kanannya; (b) bagi kesalahan kedua, dipotong kaki kirinya sehingga ke buku lali; dan (c) bagi kesalahan ketiga atau berikutnya, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun.
Mana-mana mukallaf yang melakukan sariqah secara berkumpulan dan jumlah nilai harta yang dicuri jika dibahagi rata antara mereka yang memasuki hirz, masing-masing mendapat jumlah sampai, atau melebihi, nisab, sama ada atau tidak setiap seorang dari mereka memindah harta sariqah itu atau sebahagian daripadanya dan sariqah itu dibuktikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ceraian (1).
Mana-mana orang yang melakukan sariqah — (a) yang dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1); atau (b) dalam keadaan-keadaan yang disebutkan dalam bab-bab 56 dan 57, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun. melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, dikenakan suatu denda tidak melebihi $56,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 14 tahun atau kedua-duanya sekali.
Hukuman hadd bagi kesalahan sariqah tidak boleh dikenakan dalam mana-mana keadaan yang berikut — (a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab; (b) apabila pesalah itu bukan mukallaf; (c) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengambil langkah yang cukup untuk menjaga harta itu daripada kena curi, memandangkan kepada keadaan harta itu dan tempat harta itu disimpan atau ditinggalkan bukan pada hirznya; (d) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya terhadap harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai jagaan atau milikan ke atas harta tersebut.
A membeli sebuah jam dari milik B. A telah membayar sebahagian daripada harga jam tersebut sebelum selesai tukar milik pembelian. A mencuri jam tersebut. A tidak boleh dikenakan hukuman hadd. (e) apabila harta yang dicuri adalah sejenis harta yang tidak bernilai dan boleh didapati dengan banyaknya di merata-rata tempat atau pun daripada jenis harta yang mudah musnah;
A mencuri buah di dalam kawasan kebun kepunyaan B dan memakan buah yang dicuri itu di kawasan atau di tempat tersebut. A tidak boleh dikenakan hukuman hadd. (f) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut Hukum Syara' seperti minuman yang memabukkan atau alat-alat hiburan; (g) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang dengannya yang enggan membayar hutang itu: Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuri itu tidak melebihi jumlah hutang, atau nilai harta tersebut melebihi jumlah hutang tetapi tidak melebihi nisab; (h) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak seperti perang, kelaparan, penyakit dan bencana alam; (i) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri daripada suaminya dan sebaliknya, atau anak mencuri daripada bapanya dan sebaliknya; (j) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang, yang mana bahagian yang diperolehi oleh tiap-tiap seorang daripada pesalah itu setelah dibahagikan, harta yang dicuri atau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada nisab; (k) apabila pesalah itu mengembalikan harta atau nilai harta yang dicuri itu sebelum hukuman hadd dilaksanakan; (l) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahawa hartanya telah dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat ikrar mencurinya; (m) apabila pesalah itu membuat bantahan yang boleh diterima oleh Hukum Syara' terhadap syahid-syahid;
A telah dituduh mencuri harta B. Dua orang syahid telah memberi syahadah untuk membuktikan kebenaran itu. A telah membuktikan kepada Mahkamah yang kedua-dua itu adalah fasik. A tidak boleh dikenakan hukuman hadd. (n) apabila harta yang dicuri itu, atau keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan, tidak ada hukuman hadd yang boleh dikenakan ke atasnya mengikut Hukum Syara'; (o) apabila harta yang dicuri itu harta milik bersama; Huraian — Harta milik bersama bermakna harta alih yang disediakan untuk faedah orang awam. (p) apabila tangan kanan atau kiri pesalah tidak berfungsi, kudung atau terpotong.
Jika sariqah dilakukan dari hirz yang sama lebih dari satu urusan, atau sariqah dilakukan lebih dari satu hirz, dan nilai harta sariqah dalam setiap kes kurang dari nisab, maka ia bukan sariqah yang boleh dikenakan hukuman hadd walaupun nilai harta yang terlibat dalam semua kes sampai kepada atau melebihi nisab.
(a) Memasuki sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga dan melakukan sariqah dari beberapa buah bilik dan nilai kesemua harta yang diambil sampai atau melebihi nisab. Sariqah sedemikian boleh dihukum hadd walaupun nilai harta yang diambil dari mana-mana bilik tidak sampai nisab. Jika rumah itu didiami oleh lebih dari sebuah keluarga dan nilai harta yang diambil dari hirz mana-mana keluarga itu kurang dari nisab, maka sariqah itu tidak boleh dikenakan hukuman hadd walaupun nilai kesemua harta yang diambil sampai atau melebihi nisab. (b) Memasuki sebuah rumah beberapa kali untuk melakukan sariqah di rumah itu, setiap kali dia masuk, nilai harta yang diambil tidak sampai nisab. Sariqah itu tidak boleh dikenakan hukuman hadd walaupun nilai kesemua harta yang diambil sampai atau melebihi nisab.
Mana-mana orang yang melakukan qatl atau mencederakan seseorang semasa melakukan sariqah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan sebagai tambahan kepada hukuman sariqah itu, dikenakan hukuman qisas, diyat atau arsy menurut Hukum Syara’.
Mana-mana orang yang cuba melakukan sariqah atau cuba untuk menyebabkan berlakunya sariqah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
A cuba untuk melakukan sariqah beberapa barang kemas dengan memecah satu kotak dan setelah kotak itu terbuka dia mendapati tidak ada barang kemas didalamnya. A telah melakukan perbuatan cuba melakukan sariqah, dari itu dia telah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan sariqah di bawah bab 55(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan sariqah di bawah bab 55(3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
Harta sariqah hendaklah dikembalikan kepada mangsa jika harta itu didapati dalam bentuk asal dan boleh dikenal pasti.
Jika harta sariqah itu hilang atau digunakan semasa dalam pegangan pesalah, maka pesalah terlibat hendaklah diperintahkan supaya membayar ganti rugi dan ganti rugi itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada pemilik.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "hirabah" bermakna suatu perbuatan merampas harta orang lain dengan kekerasan atau ugutan hendak menggunakan kekerasan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orang yang bersenjatakan apa-apa jenis senjata atau alat yang boleh digunakan sebagai senjata.
Mana-mana orang yang melakukan hirabah dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' selain keterangan mangsa setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut — (a) bunuh, jika semasa dia melakukan hirabah itu qatl telah berlaku, sama ada mengambil harta atau tidak, sama ada harta yang diambil itu nilainya sampai kepada nisab atau kurang daripada nisab; (b) (i) potong tangan kanan dipergelangannya dan kaki kiri di buku lali, jika semasa dia melakukan hirabah, harta yang diambil itu nilainya sampai kepada nisab atau lebih; (ii) apabila kesalahan hirabah itu telah dilakukan bersama oleh lebih daripada seorang, maka hukuman potong tangan dan kaki itu hendaklah hanya dikenakan jika nilai bahagian setiap orang daripada mereka itu adalah sampai kepada nisab atau lebih; (c) qisas atau arsy menurut jenis kecederaan yang dilakukan seperti yang ditetapkan dalam Jadual-Jadual Kedua, Ketiga dan Keempat atau seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Mana-mana orang yang melakukan hirabah — (a) yang dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1); atau (b) dalam keadaan-keadaan yang disebutkan di bawah bab 64, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Hukuman potong tangan dan kaki tidak boleh dikenakan dalam kes-kes yang hukuman hadd mungkin tidak dikenakan bagi kesalahan sariqah, dan peruntukan bab 56, menurut pindaan yang sesuai, hendaklah dikenakan kepada kes-kes hirabah seperti itu.
Mana-mana orang yang cuba melakukan hirabah atau cuba untuk menyebabkan berlakunya hirabah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan disebat tidak melebihi 30 sebatan.
(1) Mana-mana orang yang bersubahat melakukan hirabah di bawah bab 63(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan hirabah di bawah bab 63(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan disebat tidak melebihi 20 sebatan.
Peruntukan bab 61, menurut pindaan yang sesuai, hendaklah dikenakan bagi pengembalian harta yang diambil semasa melakukan hirabah.
(1) Seseorang lelaki dan perempuan dikatakan telah melakukan zina jika lelaki dan perempuan itu dengan sengaja telah melakukan persetubuhan tanpa pernikahan yang sah antara mereka atau persetubuhan itu bukan persetubuhan syubhah. Huraian — Memasukkan hasyafah atau qadarnya adalah mencukupi sebagai menjadi persetubuhan yang perlu bagi kesalahan zina.
Dalam bab ini — "persetubuhan syubhah" bermakna persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad nikah itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap; "persetubuhan yang berlaku secara tersilap" bermakna persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan atas sangkaan bahawa perempuan itu adalah isterinya dan lelaki itu adalah suaminya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya dan lelaki itu bukan suaminya.
Dalam keadaan yang gelap pada malam hari, A dan B melakukan persetubuhan. A menyangka B adalah isterinya dan B menyangka A adalah suaminya, sedangkan B bukan isteri A dan A bukan suami B. A dan B tidak melakukan kesalahan di bawah bab ini.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut — (a) jika dia muhsan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b) jika dia ghairu muhsan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan — (a) jika dia muhsan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau (b) jika dia ghairu muhsan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ceraian (1).
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukkan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah ceraian (2).
Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan — (a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syar' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun; atau (b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Mana-mana orang yang cuba melakukan zina atau cuba untuk menyebabkan berlakunya zina adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan — (a) jika dia muhshan, dikenakan suatu denda tidak melebihi $14,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan disebat tidak melebihi 20 sebatan; atau (b) jika dia ghairu muhshan, dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali, dan disebat tidak melebihi 10 sebatan.
A, seorang lelaki mukallaf, berbaring di atas sebuah katil bersama B seorang perempuan mukallaf dan dia bukan isteri A. A dan B melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Mana-mana orang, yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh, yang cuba melakukan zina atau cuba untuk menyebabkan berlakunya zina adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan disebat tidak melebihi 10 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun.
(1) Mana-mana orang yang bersubahat melakukan zina di bawah bab 69(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali, dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan zina di bawah bab 69(2) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $16,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali, dan disebat tidak melebihi 20 sebatan.
Mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh yang bersubahat melakukan zina adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Seseorang itu dikatakan telah melakukan zina bil-jabar jika lelaki atau perempuan itu melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana yang berkenaan, yang kepadanya lelaki atau perempuan itu tidak bernikah secara sah, dalam mana-mana keadaan yang berikut — (a) bertentangan dengan kemahuan mangsa; (b) tanpa kerelaan mangsa; (c) dengan kerelaan mangsa, apabila kerelaan itu diperolehi dengan ugutan bahawa mangsa itu akan dibunuh atau dicederakan; (d) dengan kerelaan mangsa, apabila pesalah mengetahui bahawa pesalah tidak bernikah secara sah dengan mangsa dan kerelaan itu diberikan kerana mangsa percaya yang pesalah itu adalah orang lain yang kepadanya mangsa telah bernikah secara sah atau mangsa tersebut percaya dia bernikah secara sah dengan pesalah itu;
(a) A, sebagai wali mujbir kepada anak perempuannya B, menikahkan B dengan C. B tidak mengenali C. D mengaku bahawa dia sebagai suami B dan B percaya D adalah suaminya dan B rela melakukan persetubuhan dengan D. D adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (b) E dan F, adalah saudara perempuan kembar seiras. G bernikah dengan E. F mengaku bahawa dia adalah isteri kepada G dan G percaya F adalah isterinya. G rela melakukan persetubuhan dengan F. F adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (c) H sudah mempunyai empat orang isteri. H bernikah dengan I yang tidak mengetahui bahawa H telah mempunyai empat orang isteri. I rela melakukan persetubuhan dengan H kerana percaya pernikahan mereka adalah sah. H adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (d) J masih dalam tempoh 'iddah. K tidak mengetahui bahawa J masih dalam tempoh 'iddah lalu menikahinya. K rela melakukan persetubuhan dengan J kerana percaya pernikahan mereka adalah sah. J adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (e) dengan kerelaan mangsa, jika kerelaan itu diberi oleh mangsa dalam keadaan salah faham tentang fakta dan pesalah itu mengetahuinya, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, bahawa kerelaan itu telah diberi oleh sebab salah faham itu;
A, seorang pesakit, meminta pertolongan daripada B, seorang bomoh. B memberitahu A bahawa bagi tujuan perubatan dibolehkan melakukan apa-apa saja cara. A, kerana salah faham fakta percaya kepada B, rela melakukan persetubuhan dengan B. B adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (f) dengan kerelaan mangsa, jika kerelaan itu diberi oleh mangsa yang tidak sempurna akal atau oleh sebab mabuk, tidak boleh memahami keadaan dan akibat dari apa yang direlakannya olehnya; atau jika kerelaan itu diberi oleh seseorang yang belum baligh.
(a) A seorang yang tidak sempurna akal dipujuk oleh B untuk melakukan persetubuhan dengannya. A rela melakukan persetubuhan dengan B. B adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (b) C dengan sengaja memasukkan dadah ke dalam minuman D untuk menyebabkan D mabuk. C mengajak D untuk melakukan persetubuhan dengannya. D oleh sebab mabuk, rela melakukan persetubuhan dengan C. C adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (c) E seorang yang belum baligh dipujuk oleh F, dengan menjanjikan hadiah, untuk melakukan persetubuhan dengannya. E rela melakukan persetubuhan dengan F. F adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. Huraian — Memasukkan hasyafah atau qadarnya adalah mencukupi sebagai menjadi persetubuhan yang perlu bagi kesalahan zina bil-jabar.
(1) Mana-mana orang yang melakukan zina bil-jabar dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syarak selain keterangan mangsa setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut — (a) jika dia muhsan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; (b) jika dia ghairu muhsan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
Mana-mana orang yang melakukan zina bil-jabar dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan — (a) jika dia muhsan, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat 40 sebatan; (b) jika dia ghairu muhsan, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan disebat 20 sebatan.
Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina bil-jabar dan — (a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' selain keterangan mangsa setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan disebat 40 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun; atau (b) dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan disebat 20 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Mana-mana orang yang cuba melakukan zina bil-jabar atau cuba untuk menyebabkan berlakunya zina bil-jabar adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan — (a) jika dia muhsan, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan disebat 20 sebatan; (b) jika dia ghairu muhsan, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun dan disebat 20 sebatan.
Mana-mana orang, yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh, yang cuba melakukan zina bil-jabar atau cuba untuk menyebabkan berlakunya zina bil-jabar adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan disebat 20 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 4 tahun.
(1) Mana-mana orang yang bersubahat melakukan zina bil-jabar di bawah bab 76(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat 40 sebatan.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan zina bil-jabar di bawah bab 76(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun dan disebat 20 sebatan.
Mana-mana orang, yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh, yang bersubahat melakukan zina bil-jabar adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan disebat 20 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
(1) Mana-mana orang yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan zina.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "liwat" bermakna suatu persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain isterinya, yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
Liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi membuktikan kesalahan zina.
Mana-mana orang yang cuba melakukan liwat atau cuba untuk menyebabkan berlakunya liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 71 atau 72, mengikut mana yang berkenaan.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 73 atau 74, mengikut mana yang berkenaan.
Pensabitan zina, zina bil-jabar atau liwat yang dibuat melalui ikrar tertuduh boleh ditarik balik oleh tertuduh pada bila-bila masa, walaupun ketika dia sedang menjalani hukuman.
Jika sesuatu ikrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman hadd ke atasnya, maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu dan jika dia menarik balik ikrar itu ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta-merta diberhentikan.
Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman hadd dilaksanakan tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai menarik balik ikrar itu; dengan yang demikian peruntukan ceraian (2) hendaklah dikenakan.
Jika seseorang syahid menarik balik keterangannya sebelum dilaksanakan hukuman hadd ke atas tertuduh, maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu dan jika dia menarik balik keterangan itu ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta-merta diberhentikan.
Dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat, jika seseorang syahid itu — (a) enggan memberi keterangan; (b) memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan; (c) memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangannya itu; (d) cacat mengikut Hukum Syara’, dan dengan sebab sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d) atau sebab-sebab lain, bilangan syahid yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina, zina bil-jabar atau liwat terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hadd, tetapi dia boleh dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan dalam bab 69(2), 69(4) atau 76(2).
Orang yang mendakwa dan saksi-saksi yang memberikan keterangan dengan suci hati, sama ada dengan syahadah atau bayyinah di hadapan Mahkamah, untuk membuktikan kesalahan zina, zina bil-jabar atau liwat yang tidak memenuhi kehendak Hukum Syara' bagi dikenakan hukuman hadd adalah tidak boleh dituduh melakukan kesalahan qazaf.
Orang yang mendakwa dan saksi-saksi yang memberikan keterangan dengan tidak suci hati, sama ada dengan syahadah atau bayyinah di hadapan Mahkamah, untuk membuktikan kesalahan zina, zina bil-jabar atau liwat yang tidak memenuhi kehendak Hukum Syara' bagi dikenakan hukuman hadd adalah boleh dituduh melakukan kesalahan qazaf.
(1) Mana-mana orang yang melakukan ityan al-mayyitah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Dalam bab ini, "ityan al-mayyitah" bermakna suatu kesalahan kerana melakukan persetubuhan dengan orang yang sudah meninggal dunia, sama ada orang yang sudah meninggal dunia itu lelaki atau perempuan.
(1) Mana-mana orang yang melakukan ityan al-bahimah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Dalam bab ini, "ityan al-bahimah" bermakna suatu kesalahan kerana melakukan persetubuhan dengan binatang.
(1) Mana-mana perempuan Islam yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Mana-mana perempuan bukan Islam yang melakukan musahaqah dengan perempuan Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Dalam bab ini, "musahaqah" bermakna apa-apa kegiatan fizikal antara perempuan dengan perempuan yang akan terjumlah kepada perbuatan seksual jika ia dilakukan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, selain kemasukan.
Seorang suami yang menuduh isterinya melakukan zina dan dia atau isterinya enggan untuk melakukan li’an setelah diperintahkan oleh Mahkamah untuk berli’an, suami atau isteri tersebut hendaklah dipenjarakan sehingga — (a) suami bersetuju untuk melakukan li’an atau dikenakan hukuman hadd kerana melakukan qazaf; atau (b) isteri bersetuju untuk melakukan li’an atau menerima tuduhan zina yang dibuat oleh suaminya dan jika isteri menerima tuduhan suaminya, dia adalah melakukan kesalahan zina dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd kerana melakukan zina.
Bagi maksud bab ini dan bab 95, "li’an" bermakna suatu tuduhan zina secara bersumpah menurut Hukum Syara’ yang dibuat oleh seorang suami terhadap isterinya manakala isterinya pula dengan secara bersumpah menurut Hukum Syara’ menolak tuduhan itu dan tuduhan dan penolakan itu adalah dibuat di hadapan Mahkamah.
Mana-mana perempuan Islam yang didapati hamil atau melahirkan anak luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan — (a) jika dia muhsan, dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali; (b) jika dia ghairu muhsan, dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana perempuan Islam yang melahirkan anak yang penuh sifat dalam masa kurang 6 bulan qamariah dan 2 lahzah selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai melahirkan anak luar nikah.
Bagi maksud ceraian (1), seorang perempuan adalah dikatakan hamil atau melahirkan anak luar nikah jika — (a) dia tidak berkahwin; (b) perkahwinannya adalah bukan perkahwinan syubhah; (c) dia tidak dirogol; (d) anak tersebut dilahirkan kurang 6 bulan qamariah dan 2 lahzah selepas perkahwinan yang sah; atau (e) anak tersebut dilahirkan lebih dari 4 tahun qamariah selepas perceraian atau pembubaran perkahwinan dan dia tidak berkahwin semula.
Beban membuktikan untuk mematahkan mana-mana perenggan (a), (b), (c), (d) atau (e) dalam ceraian (3) adalah terletak atas perempuan itu.
Mana-mana lelaki yang menghamilkan seorang perempuan Islam luar nikah, sama ada atau tidak perempuan tersebut telah melahirkan anak, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kecuali dalam hal keadaan yang memerlukan li'an, "qazaf" bermakna membuat tuduhan zina, zina bil-jabar atau liwat, sama ada secara lisan atau dokumen, yang tidak dibuktikan oleh empat orang syahid terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih dirinya daripada kelakuan zina, zina bil-jabar atau liwat.
Orang yang melakukan qazaf itu hendaklah seorang yang mukallaf.
Orang yang kena qazaf itu hendaklah seorang yang muhsan dan sekiranya orang yang kena qazaf itu sudah mati, maka hendaklah ditentukan orangnya.
A membuat pernyataan bahawa B adalah anak luar nikah. Di sini, A telah melakukan qazaf ke atas ibu B. Jika ibu B telah meninggal dunia, maka A hendaklah menyatakan nama ibu B tersebut dalam pernyataannya.
Dalam bab ini, "muhshan" bermakna seorang Islam, sempurna akal dan sampai umur had baligh, bersih diri daripada kelakuan zina, zina bil-jabar atau liwat, boleh melakukan persetubuhan dan hendaklah kekal syarat-syarat tersebut sehingga hukuman hadd dikenakan kepadanya.
Qazaf boleh dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan jelas seperti mengatakan bahawa seseorang itu telah melakukan zina, zina bil-jabar atau liwat atau membuat suatu pernyataan dengan cara tersirat seperti mengatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang tertentu.
Pernyataan di bawah ceraian (1) hendaklah dianggap sebagai qazaf melainkan dibuktikan dengan syahadah menurut kehendak pensabitan zina, zina bil-jabar atau liwat yang dikenakan dengan hukuman hadd dan jika pernyataan itu tidak dibuktikan sedemikian, maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf tetapi sekiranya pernyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya pernyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina, zina bil-jabar atau liwat.
A membuat pernyataan bahawa B telah melakukan zina. B mengadu ke Mahkamah bahawa A telah membuat pernyataan menuduhnya melakukan zina dengan membawa dua orang syahid yang menyokong aduannya. Jika sabit aduan B, maka A adalah melakukan kesalahan qazaf dan boleh dihukum kerana melakukan qazaf. Walau bagaimanapun, jika A dapat membuktikan pernyataannya itu dengan membawa empat orang syahid, maka A terlepas dari tuduhan melakukan qazaf. Oleh sebab itu, B disabitkan melakukan zina dan boleh dihukum kerana melakukan kesalahan zina.
Pernyataan di bawah ceraian (1) hendaklah dianggap tidak terbukti sekiranya seseorang atau beberapa orang antara empat orang syahid yang dipanggil untuk memberi keterangan dengan syahadah untuk menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan atau jika keterangan itu diberi, keterangan itu bercanggah dengan pernyataan itu, dan dalam hal yang tersebut tiap-tiap orang syahid yang memberi keterangan yang menyokong pernyataan itu, tertakluk kepada bab 88, hendaklah dianggap telah melakukan kesalahan qazaf.
Mana-mana orang yang melakukan qazaf dan dibuktikan sama ada dengan ikrarnya, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' selain keterangan mangsa setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan disebat 80 sebatan.
Mana-mana orang yang telah melakukan qazaf di dalam Mahkamah dan gagal membuktikan qazafnya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan disebat 80 sebatan.
A melakukan qazaf terhadap B dan hanya mendatangkan seorang syahid bagi menyokong tuduhannya. A telah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Selepas seseorang itu didapati sabit bagi kesalahan qazaf yang boleh dikenakan hukuman hadd, maka syahadahnya tidak boleh diterima di dalam mana-mana Mahkamah sehinggalah dia bertaubat.
Mana-mana orang yang melakukan qazaf — (a) yang dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1); (b) jika orang yang kena qazaf tidak memenuhi syarat di bawah bab 96; atau (c) dalam kes-kes yang disebutkan di bawah bab 99, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Hukuman hadd hendaklah tidak dikenakan bagi qazaf dalam mana-mana kes yang berikut — (a) seseorang itu telah melakukan qazaf ke atas mana-mana keturunannya; (b) orang yang melakukan qazaf itu meninggal dunia; (c) qazaf itu dibuktikan benar.
Jika sebelum pelaksanaan hukuman hadd — (a) pengadu menarik balik tuduhan qazaf; (b) syahid-syahid pengadu menarik balik kesaksian mereka atau pengadu menyatakan bahawa mana-mana syahidnya telah membuat keterangan palsu sehingga kurang daripada dua orang syahid mengikut kehendak Hukum Syara'; (c) pengadu menyatakan bahawa orang yang melakukan qazaf membuat pengakuan palsu; atau (d) pengadu memaafkan orang yang melakukan qazaf, hukuman hadd tidak boleh dikuatkuasakan, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan perbicaraan semula atau dikenakan hukuman di bawah bab 98(4) berdasarkan keterangan di hadapannya.
Dalam bab ini, “keturunan” bermakna anak kandung kepada seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, hingga ke bawah.
Mana-mana orang yang mengeluarkan apa-apa dokumen yang dianggap mengandungi maksud qazaf yang boleh merosakkan nama baik atau melukakan perasaan mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau dengan gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Mana-mana orang yang menjual, menawarkan untuk menjual, mempamerkan atau memberi mana-mana dokumen yang dianggap mengandungi maksud qazaf yang boleh merosakkan nama baik atau melukakan perasaan mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun, disebat tidak melebihi 40 sebatan atau dengan gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Mana-mana orang yang cuba melakukan qazaf atau cuba untuk menyebabkan berlakunya qazaf adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun, disebat 10 sebatan atau dengan gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan qazaf di bawah bab 98(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun, disebat 20 sebatan atau dengan gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan qazaf di bawah bab 98(4) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun, disebat 10 sebatan atau dengan gabungan mana-mana dua hukuman tersebut.
Mana-mana orang Islam yang meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan disebat 40 sebatan bagi kesalahan pertama, disebat 80 sebatan bagi kesalahan kedua dan disebat 80 sebatan serta dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun bagi kesalahan ketiga dan berikutnya.
Mana-mana orang Islam yang meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan yang boleh dikenakan hukuman hadd hendaklah dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syarak selain dari keterangan pesalah, setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud.
Mana-mana orang Islam yang — (a) meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan dan dibuktikan dengan keterangan, selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (2); atau (b) menggunakan arak atau sebarang minuman yang memabukkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Huraian — Seseorang yang minum minuman, atau makan makanan, yang dicampur atau dimasukkan arak atau minuman yang memabukkan adalah dikatakan menggunakan arak atau minuman yang memabukkan.
Mana-mana orang Islam yang membuat, menjual, mengiklankan, menghidangkan, menawarkan, menghadiahkan, mempamerkan, memiliki, menyimpan, membeli atau dalam miliknya apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yang menjual, mengiklankan, menghidangkan, menawarkan, menghadiahkan atau mempamerkan apa-apa arak atau minuman yang memabukkan kepada orang Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang Islam yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan di bawah bab 104(1), (3) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan di bawah bab 104(5) atau (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 104(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 104(3), (4), (5) atau (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
(1) Bagi maksud-maksud Perintah ini, "irtidad" bermakna apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan, dengan apa-apa cara sekalipun, oleh seseorang Islam yang mukallaf, yang perbuatan atau perkataan itu, mengikut Hukum Syara', adalah menjejaskan atau berlawanan dengan 'aqidah ugama Islam: Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan rela hati, dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.
Perbuatan atau perkataan yang menjejaskan 'aqidah itu ialah perbuatan atau perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam seperti Rukun Islam, Rukun Iman dan perkara-perkara lain yang secara umumnya diketahui oleh orang Islam.
(1) Mana-mana orang Islam yang mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai tuhan dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan hukuman mati.
Mana-mana orang Islam yang mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai tuhan dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
(1) Mana-mana orang Islam yang mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau Nabi dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan hukuman mati.
Mana-mana orang Islam yang mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau Nabi dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
(1) Mana-mana orang Islam yang menghina atau menyebabkan dipandang hina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam atau mana-mana Nabi Allah dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan hukuman mati.
Mana-mana orang Islam yang menghina atau menyebabkan dipandang hina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam atau mana-mana Nabi Allah dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
(1) Mana-mana orang Islam yang — (a) mempermain, mengolok-olok, mengajuk, mengejek atau menghina mana-mana ayat Al-Qur'an atau hadith Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam; (b) menafikan hadith Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam sebagai satu sumber atau autoriti (hujjiyyah) ajaran-ajaran ugama Islam; atau (c) menafikan perkara-perkara yang wajib dengan ijma', dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan hukuman mati.
Mana-mana orang Islam yang — (a) mempermain, mengolok-olok, mengajuk, mengejek atau menghina mana-mana ayat Al-Qur'an atau hadith Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam; (b) menafikan hadith Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam sebagai satu sumber atau autoriti (hujjiyyah) ajaran-ajaran ugama Islam; atau (c) menafikan perkara-perkara yang wajib dengan ijma', dan dibuktikan dengan bukti selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
(1) Mana-mana orang Islam yang mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd dengan hukuman mati.
Mana-mana orang Islam yang mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Islam dan dibuktikan dengan bukti selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mana-mana orang Islam yang cuba melakukan irtidad atau cuba untuk menyebabkan berlakunya irtidad adalah melakukan kesalahan irtidad dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.
(a) A, seorang Islam, mengambil senaskhah Al-Qur'an untuk diberikan kepada B supaya B membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah-sarap. Apabila A hendak memberikan Al-Qur'an itu kepada B, B tidak ada. A adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini dan boleh dikenakan hukuman di bawah bab 111. (b) C, seorang Islam, berkata bahawa dia berazam untuk keluar dari ugama Islam. C adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini dan boleh dikenakan hukuman di bawah bab 112.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan mana-mana kesalahan irtidad adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen, penerbitan, benda, objek atau struktur dan lain-lain yang serupa yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan mana-mana kesalahan irtidad supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan, tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
Mahkamah hendaklah, setelah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah dengan mana-mana kesalahan irtidad dan sebelum hukuman dilaksanakan, memerintahkannya supaya bertaubat.
Mahkamah hendaklah setelah berpuas hati bahawa pesalah telah bertaubat, membuat perintah pembebasan hukuman ke atas pesalah itu.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "qisas" bermakna hukuman balas balik atau hukuman yang serupa bagi kesalahan qatlu-'amd atau menyebabkan kecederaan badan ke atas seseorang.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "diyat" bermakna jumlah tertentu yang kena dibayar kepada ahli waris mangsa dalam kesalahan qatl.
Kadar diyat hendaklah 1000 dinar (4250 gram emas) atau nilainya dalam mata wang tempatan pada masa kesalahan qatl dilakukan.
Jika harga pasaran bagi 1 gram emas ialah $80, maka kadar bagi diyat penuh dalam mata wang Brunei Darussalam adalah $340,000.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "arsy" bermakna jumlah tertentu yang ditetapkan (muqaddar), atau jumlah tertentu yang tidak ditetapkan (ghairu muqaddar), oleh Hukum Syara' bagi ganti rugi yang kena dibayar kepada mangsa kerana kecederaan.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "badal-al-sulh" bermakna pampasan menurut Hukum Syara' yang dipersetujui bersama untuk dibayar atau diberikan oleh pesalah kepada wali-ad-dam dalam bentuk wang tunai atau dalam apa-apa jenis atau dalam bentuk harta alih atau tak alih.
Qisas, diyat dan arsy hendaklah dikenakan menurut syarat-syarat yang diperuntukkan di bawah Penggal ini.
(1) Bagi maksud-maksud Perintah ini, "qatl" bermakna perbuatan seseorang yang menyebabkan kematian orang lain.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, qatl adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu — (a) qatlu-'amd; (b) qatlu syibhil-'amd; dan (c) qatlu-khata'.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "qatlu-'amd" bermakna mana-mana perbuatan yang berikut — (a) perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kematian; (b) perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan tubuh badan yang orang itu mengetahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan kecederaan itu; atau (c) perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada seseorang dan kecederaan anggota badan yang dimaksudkan untuk dikenakan itu pada kebiasaannya cukup untuk menyebabkan kematian.
(a) A menembak B dengan niat hendak membunuhnya. B mati akibat tembakan itu. A adalah melakukan kesalahan qatlu'l-'amd. (b) A yang mengetahui bahawa B sedang menderita sesuatu penyakit yang mana suatu pukulan mungkin menyebabkan kematiannya, A memukulnya dengan niat hendak menyebabkan kecederaan anggota badan. B mati akibat pukulan itu. A adalah melakukan kesalahan qatlu'l-'amd walaupun pukulan itu mungkin tidak cukup pada kebiasaannya bagi menyebabkan kematian seseorang yang dalam keadaan sihat yang sempurna. Tetapi jika A, dengan tidak mengetahui bahawa B sedang menderita sesuatu penyakit, mengenakan suatu pukulan yang pada kebiasaannya, tidak akan membunuh seseorang yang dalam keadaan sihat yang sempurna, maka A, walaupun bermaksud menyebabkan kecederaan anggota badan, tidak melakukan kesalahan qatlu'l-'amd, jika dia tidak bermaksud hendak menyebabkan kematian, atau sesuatu kecederaan anggota badan yang pada kebiasaannya akan menyebabkan kematian. (c) A dengan sengaja melukakan B dengan pedang atau sesuatu benda pada kebiasaannya cukup bagi menyebabkan kematian seseorang. B mati akibatnya. Di sini A adalah melakukan kesalahan qatlu'l-'amd, walaupun dia mungkin tidak bermaksud hendak menyebabkan kematian B.
(1) Mana-mana orang yang telah melakukan qatlu'l-'amd dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum mati sebagai qisas.
Mana-mana — (a) orang yang melakukan qatlu'l-'amd dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1); (b) orang yang bukan mukallaf yang melakukan qatlu'l-'amd; atau (c) ibu atau bapa yang melakukan qatlu'l-'amd terhadap anaknya sendiri, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $100,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 25 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang melakukan qatlul-'amd disebabkan oleh ikrah tam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun dan orang yang melakukan ikrah tam itu hendaklah dikenakan hukuman mati sebagai qisas.
Mana-mana orang yang melakukan qatlul-'amd disebabkan oleh ikrah naqis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum mati sebagai qisas dan orang yang melakukan ikrah naqis itu hendaklah dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun.
Dalam bab ini — "ikrah naqish" bermakna mana-mana bentuk paksaan yang tidak terjumlah kepada ikrah tam; "ikrah tam" bermakna meletakkan mana-mana orang dalam keadaan takut akan berlaku kematian ke atas dirinya, ahli keluarganya atau kehilangan hartanya yang menyebabkan dia melakukan suatu perbuatan salah tanpa keredhaannya yang dia tidak berupaya untuk berikhtiar menghindarkan dirinya daripada melakukan perbuatan tersebut.
Mana-mana orang yang melakukan qatl disebabkan menerima upah untuk menyebabkan kematian seseorang yang tertentu, orang yang melakukan qatl dan pemberi upah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman mati sebagai qisas.
Mana-mana orang yang melakukan qatlul-'amd kerana menjalankan haknya untuk mempertahankan diri dengan suci hati hendaklah tidak tertakluk kepada mana-mana tanggungan bagi pembunuhan tersebut.
Bagi maksud ceraian (1), orang tersebut hendaklah tidak melebihi had-had yang ditetapkan bagi mempertahankan diri.
Mana-mana kakitangan kerajaan yang melakukan qatlul-'amd kerana mematuhi undang-undang atau kerana menjalankan kuasa-kuasa atau kewajipannya yang sah sebagai kakitangan kerajaan hendaklah tidak tertakluk kepada mana-mana tanggungan bagi pembunuhan tersebut.
Bagi maksud ceraian (1), kakitangan kerajaan tersebut hendaklah tidak melebihi kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh undang-undang dan. melakukan pembunuhan dengan melakukan sesuatu perbuatan yang dia dengan suci hati percaya bahawa perbuatannya itu adalah mengikut undang-undang dan perlu bagi menjalankan kewajipannya sebagai kakitangan kerajaan.
Di dalam qatlul-'amd, hak qisas adalah seperti berikut — (a) jika hanya ada seorang wali-ad-dam, maka dialah sahaja yang mempunyai hak qisas; (b) jika terdapat lebih daripada seorang wali-ad-dam, maka hak qisas terletak kepada setiap mereka; (c) jika wali-ad-dam itu bukan mukallaf, maka hak qisas adalah diganti oleh walinya; (d) jika mangsa tiada mempunyai wali-ad-dam, maka hak qisas adalah dijalankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
Hukuman qisas di dalam qatlul-'amd hendaklah tidak dikuatkuasakan di dalam mana-mana kes-kes berikut — (a) apabila pesalah itu meninggal dunia sebelum qisas dikuatkuasakan; (b) apabila mana-mana wali-ad-dam atau kesemua wali-ad-dam memberikan kemaafan; atau (c) apabila sulh di antara pihak wali-ad-dam mangsa dan pesalah telah dibuat.
(1) Di dalam kes qatlul-'amd, seseorang wali-ad-dam yang mukallaf boleh, sebelum hukuman dilaksanakan, memaafkan qisas ke atas pesalah tersebut sama ada dengan diyat atau tiada diyat.
Jika wali-ad-dam itu bukan mukallaf, maka walinya boleh memaafkan qisas ke atas pesalah itu dengan diyat.
Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan menjadi wali, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh memaafkan qisas ke atas pesalah itu dengan diyat.
Jika mangsa mempunyai lebih daripada seorang wali-ad-dam, maka salah seorang daripada mereka boleh memaafkan qisas ke atas pesalah itu dengan diyat atau tiada diyat.
Bagi maksud ceraian (4), wali-ad-dam yang tidak memaafkan qisas atau tidak menggugurkan hak diyatnya ke atas pesalah itu, hendaklah berhak kepada bahagian diyatnya.
A dan B adalah wali-ad-dam kepada C yang telah dibunuh oleh D. D telah disabitkan kesalahan qatlu-'amd dan dikenakan hukuman qisas. A telah memaafkan D sedangkan B tidak memaafkan atau tidak menggugurkan hak diyatnya. B berhak terhadap separuh daripada diyat yang dikenakan ke atas D.
Jika terdapat lebih daripada seorang mangsa, maka kemaafan qisas oleh wali-ad-dam atau wali salah seorang daripada mangsa tersebut tidak menjejaskan hak qisas wali-ad-dam atau wali kepada mangsa lain.
A telah menyebabkan kematian B dan C dan telah disabitkan melakukan kesalahan qatlu-'amd dan dikenakan hukuman qisas. Wali-ad-dam atau wali B telah memaafkan A tetapi wali-ad-dam atau wali C tidak memaafkannya. A tetap dikenakan hukuman qisas kerana wali-ad-dam atau wali C tidak memaafkannya walaupun wali-ad-dam atau wali B memaafkannya.
Jika terdapat lebih daripada seorang pesalah, maka kemaafan qisas ke atas salah seorang daripada mereka tidak menjejaskan hak qisas ke atas pesalah lain.
A dan B telah menyebabkan kematian C dan disabitkan melakukan kesalahan qatlu-'amd dan dikenakan hukuman qisas. Wali-ad-dam C telah memaafkan qisas ke atas A dan tidak memaafkan qisas ke atas B. B tetap dikenakan hukuman qisas.
Mana-mana kemaafan berkaitan dengan qatlu-'amd hendaklah dibuat di hadapan Mahkamah dan setelah Mahkamah berpuas hati mengenainya, Mahkamah hendaklah mengesahkannya.
Jika wali-ad-dam atau wali telah memaafkan qisas ke atas pesalah tersebut dan telah disahkan oleh Mahkamah, kemaafan itu hendaklah tidak boleh ditarik balik.
Diyat hendaklah dibayar oleh pesalah kepada wali-ad-dam mangsa secara tunai dengan serta-merta, dan dalam keadaan tertentu Mahkamah boleh memerintahkan supaya bayaran tersebut dibuat secara ansuran selama tempoh tertentu. tidak lebih dari 3 tahun dengan syarat adanya jaminan pembayaran yang boleh diterima oleh wali-ad-dam mangsa.
Di dalam kes qatlu'l-'amd, seseorang wali-ad-dam yang mukallaf boleh menggugurkan qisas dengan badal-al-sulh dan pengguguran qisas tersebut hendaklah dibuat setelah menerima badal-al-sulh dengan suatu jumlah yang boleh kurang atau lebih daripada kadar diyat penuh.
Jika wali-ad-dam bukan mukallaf, maka walinya boleh menggugurkan qisas dengan badal-al-sulh dan pengguguran qisas tersebut hendaklah dibuat setelah menerima badal-al-sulh dengan suatu jumlah yang sama dengan kadar diyat penuh.
Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan menjadi wali, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh menggugurkan qisas dengan badal-al-sulh dan pengguguran qisas tersebut hendaklah dibuat setelah menerima badal-al-sulh dengan suatu jumlah yang sama dengan kadar diyat penuh.
Mana-mana pengguguran qisas dalam qatlu'l-'amd hendaklah dibuat di hadapan Mahkamah dan setelah Mahkamah berpuas hati mengenainya, Mahkamah hendaklah mengesahkannya.
Badal-al-sulh boleh dibayar atau diberi apabila diminta secara tunai atau pada satu tarikh yang ditetapkan seperti yang dipersetujui antara pesalah dan wali-ad-dam mangsa.
Mahkamah boleh, dalam kes qisas dimaafkan atau digugurkan seperti yang diperuntukkan dalam bab-bab 133 dan 134, mengikut mana yang berkenaan, atas budi bicaranya, setelah mengambil kira akan fakta-fakta dan keadaan kes, membebaskan pesalah yang terhadapnya qisas telah dimaafkan atau digugurkan, atau menghukumnya dengan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun.
A telah menyebabkan kematian B dan telah disabitkan melakukan kesalahan qatlu'l-'amd dan dikenakan hukuman qisas. Wali-ad-dam atau wali B telah memaafkan A. Walaupun hukuman qisas tidak dilaksanakan terhadap A, Mahkamah mempunyai budi bicara menghukum A dengan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun dengan mengambil kira keadaan kes di mana A telah melakukan kekejaman terhadap B sebelum membunuhnya.
Jika seseorang wali-ad-dam melakukan qatlul-'amd ke atas pesalah yang qisas telah dimaafkan di bawah bab 133 atau digugurkan di bawah bab 134, maka wali-ad-dam tersebut hendaklah dihukum dengan — (a) qisas jika dia sendiri telah memaafkan atau menggugurkan qisas ke atas pesalah atau dia mengetahui qisas itu dimaafkan atau digugurkan oleh wali-ad-dam lain; (b) diyat dan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun jika dia tidak memaafkan atau menggugurkan qisas itu ke atas pesalah dan dia tidak mengetahui qisas itu dimaafkan atau digugurkan oleh wali-ad-dam lain.
Mana-mana orang yang cuba melakukan qatlul-'amd atau cuba untuk menyebabkan berlakunya qatlul-'amd adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana orang yang bersubahat melakukan qatlul-'amd di bawah bab 126(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $100,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 25 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan qatlul-'amd di bawah bab 126(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $60,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "qatlu syibhil-'amd" bermakna suatu perbuatan yang dilakukan dengan sengaja dan dengan niat hendak mencederakan anggota badan atau akal fikiran seseorang, yang telah menyebabkan orang itu mati atau orang lain mati, sama ada perbuatan itu dilakukan dengan menggunakan senjata atau tidak dan perbuatan itu pada kebiasaannya tidak mungkin menyebabkan kematian.
A kerana hendak menyebabkan kecederaan, memukul B dengan tongkat atau batu yang pada kebiasaannya tidak mungkin menyebabkan kematian. Akibat daripada kecederaan tersebut B telah mati. A adalah melakukan qatlul syibhil-'amd.
Mana-mana orang yang melakukan qatlul syibhil-'amd dan dibuktikan dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 141 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman dengan membayar diyat kepada wali-ad-dam mangsa dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun.
Mana-mana orang yang melakukan qatlul syibhil-'amd dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah bab 141 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $60,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Qatlul syibhil-'amd yang boleh dikenakan diyat hendaklah dibuktikan dengan cara-cara yang berikut — (a) ikrar tertuduh mengaku salah dengan rela hati di hadapan Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa; (b) syahadah dua orang syahid lelaki; (c) syahadah seorang syahid lelaki dan dua orang syahid perempuan; atau (d) syahadah seorang syahid lelaki dan sumpah orang yang mengadu.
Bagi maksud ceraian (1)(b), (c) dan (d), syahadah hendaklah dibuat menurut Hukum Syarak setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud.
Wali-ad-dam mangsa di dalam kes qatlul syibhil-'amd boleh menggugurkan diyat atau mana-mana bahagian daripadanya.
Mahkamah boleh, dalam kes di mana diyat digugurkan seperti yang diperuntukkan dalam bab 142, atas budi bicaranya, setelah mengambil kira akan fakta-fakta dan keadaan kes, membebaskan pesalah yang terhadapnya diyat telah digugurkan, atau menghukumnya dengan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Mana-mana orang yang cuba melakukan qatlu syibhil-'amd atau cuba untuk menyebabkan berlakunya qatlu syibhil-'amd adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana orang yang bersubahat melakukan qatlu syibhil-'amd di bawah bab 140(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $60,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan qatlu syibhil-'amd di bawah bab 140(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud-maksud Perintah ini, "qatlul-khata'" bermakna suatu perbuatan yang dilakukan tanpa niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan yang telah menyebabkan kematian seseorang, sama ada dengan melakukan suatu perbuatan yang tidak disangka boleh menyebabkan orang itu atau orang lain mati atau dengan melakukan suatu perbuatan salah yang kemudiannya telah menjadi sebab kepada kematian orang itu.
(a) A hendak menembak seekor rusa tetapi tidak mengenai sasarannya, walau bagaimanapun terkena B, yang menyebabkan kematian B. A adalah melakukan qatlul-khata'. (b) A menembak satu objek yang disangkanya rusa tetapi ternyata orang. A adalah melakukan qatlul-khata'.
Mana-mana orang yang melakukan qatluI-khata' tanpa apa-apa perbuatan gopoh, cuai atau salah pada zahirnya atau keingkaran pada pihaknya dan dibuktikan dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 148 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman dengan membayar diyat kepada wali-ad-dam mangsa dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $5,000.
Mana-mana orang yang melakukan qatluI-khata' dengan apa-apa perbuatan gopoh atau cuai dan dibuktikan dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 148 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman dengan membayar diyat kepada wali-ad-dam mangsa dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun.
Mana-mana orang yang melakukan qatluI-khata' tanpa apa-apa perbuatan cuai atau salah pada zahirnya atau keingkaran pada pihaknya dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah bab 148 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $10,000.
Mana-mana orang yang melakukan qatluI-khata' dengan apa-apa perbuatan gopoh atau cuai dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah bab 148 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
QatluI-khata' yang boleh dikenakan diyat hendaklah dibuktikan dengan cara-cara yang berikut — (a) ikrar tertuduh mengaku salah dengan rela hati di hadapan Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa; (b) syahadah dua orang syahid lelaki; (c) syahadah seorang syahid lelaki dan dua orang syahid perempuan; atau (d) syahadah seorang syahid lelaki dan sumpah orang yang mengadu.
Bagi maksud-maksud cerai an (1)(b), (c) dan (d) syahadah hendaklah dibuat menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud.
Wali-ad-dam mangsa dalam kes qatlu-khata' boleh menggugurkan diyat atau mana-mana bahagian daripadanya.
Mahkamah boleh, dalam kes jika diyat digugurkan seperti yang diperuntukkan dalam bab 149, atas budi bicaranya, setelah mengambil kira akan fakta-fakta dan keadaan kes, membebaskan pesalah yang terhadapnya diyat telah digugurkan, atau menghukumnya dengan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
(1) Bagi maksud-maksud bab-bab 152, 153 dan 154, "sihir" bermakna ikatan, jampi, mantera, perkataan atau ungkapan yang tertentu atau nama-nama khas yang diucapkan atau ditulis atau melakukan sesuatu perbuatan, dengan tujuan jahat yang mendatangkan kesan dan akibat, yang pada kebiasaannya menyebabkan mudarat terhadap tubuh, hati atau akal orang yang disihir; pada kebiasaannya tukang sihir mendekatkan diri kepada, atau meminta atau memohon pertolongan daripada, Iblis, syaitan, jin, semangat jahat, makhluk halus, hantu dan yang seumpamanya.
Dalam bab ini, "ikatan" bermakna suatu seni atau cara untuk mengikat sesuatu benda yang digunakan untuk melakukan sihir seperti dengan menggunakan tali, benang, kain dan sebagainya.
(1) Mana-mana orang yang melakukan qatl dengan sihir yang pada kebiasaannya boleh menyebabkan kematian dan dibuktikan dengan ikrar tertuduh adalah melakukan suatu kesalahan qatlu-'amd dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum mati sebagai qisas.
Jika A menyatakan dalam ikrarnya bahawa dia telah menyihir B dan menyihir itu pada kebiasaannya boleh menyebabkan kematian, maka A telah melakukan kesalahan qatlu-'amd.
Mana-mana orang yang melakukan qatlu-'amd dengan sihir — (a) yang dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1); (b) jika orang itu bukan mukallaf; atau (c) terhadap anaknya sendiri, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $100,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 25 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang melakukan qatl dengan sihir yang — (a) kadang-kadang atau jarang-jarang boleh menyebabkan kematian; (b) dimaksudkan untuk menyebabkan kematian seseorang yang tertentu tetapi telah menyebabkan kematian orang lain, kematian yang dia tidak bermaksud akan menyebabkan kematian kepada orang lain tersebut, dan dibuktikan dengan ikrar tertuduh adalah melakukan suatu kesalahan qatlu syibhil-‘amd dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman dengan membayar diyat kepada wali-ad-dam mangsa dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun.
(a) Jika pesalah menyatakan dalam ikrarnya bahawa dia telah menyihir seseorang dan sihirnya itu kadang-kadang menyebabkan kematian dan kadang-kadang tidak, atau sihirnya itu jarang menyebabkan berlakunya kematian, maka pesalah tersebut telah melakukan kesalahan qatlu syibhil-‘amd. (b) Jika pesalah menyatakan dalam ikrarnya bahawa dia menyihir orang tertentu, tetapi terkena orang lain dan orang lain itu mati, maka pesalah tersebut telah melakukan kesalahan qatlu syibhil-‘amd.
Mana-mana orang yang melakukan qatlu syibhil-‘amd dengan sihir dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $60,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan qatlu’l-‘amd atau qatlu syibhil-‘amd dengan sihir adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 152(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $100,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 25 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 152(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $60,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 152(3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $60,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 152(4) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang melakukan qatl — (a) dengan memaksa seseorang mengambil racun atau bahan beracun yang pada kebiasaannya boleh membunuh; atau (b) dengan memberi makanan atau minuman yang dia ketahui mengandungi racun yang pada kebiasaannya boleh membunuh, kepada seseorang yang tidak tahu makanan atau minuman tersebut mengandungi racun, dan telah menyebabkan orang itu mati adalah melakukan kesalahan qatlu'l-'amd dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 126(1) atau (2), mengikut mana yang berkenaan.
Mana-mana orang yang melakukan qatl — (a) dengan memaksa seseorang mengambil racun atau bahan beracun yang pada kebiasaannya tidak boleh membunuh; atau (b) dengan memberi makanan atau minuman yang dia ketahui mengandungi racun yang pada kebiasaannya tidak boleh membunuh, kepada seseorang yang tidak tahu makanan atau minuman tersebut mengandungi racun, dan telah menyebabkan orang itu mati adalah melakukan kesalahan qatlu syibhil-'amd dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman di bawah bab 140(1) atau (2), mengikut mana yang berkenaan.
Mana-mana orang yang melakukan qatl dengan menggunakan racun atau bahan beracun yang dimaksudkan untuk menyebabkan kematian seseorang yang tertentu tetapi telah menyebabkan kematian orang lain, kematian yang dia tidak bermaksud akan menyebabkan kematian kepada orang lain tersebut adalah melakukan suatu kesalahan qatlu syibhil-'amd dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman di bawah bab 140(1) atau (2), mengikut mana yang berkenaan.
A bermaksud untuk membunuh B dengan membubuh racun ke dalam makanan yang dihidangkannya untuk B, makanan tersebut dimakan oleh C. C mati akibat memakan makanan tersebut. A adalah melakukan kesalahan qatlu syibhil-'amd.
Dalam bab ini, "mengambil" bermakna memakan, meminum atau dengan apa jua cara yang menyebabkan kematian menggunakan racun atau bahan beracun.
Mana-mana orang yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan di bawah bab 155(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang cuba melakukan kesalahan atau cuba menyebabkan berlakunya kesalahan di bawah bab 155(2) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 155(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 138(1) atau (2), mengikut mana yang berkenaan.
(1) Mana-mana orang yang melakukan qatl ke atas janin dengan sengaja menyebabkan kegugurannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan bagi setiap janin dikenakan hukuman berikut — (a) apabila akibat pengguguran, janin yang dikandung gugur dan mati, orang yang menyebabkan kandungan perempuan itu gugur dihukum dengan satu per dua puluh daripada diyat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah ini; (b) apabila akibat pengguguran, janin yang dikandung itu gugur dan hidup kemudianya mati, orang yang menyebabkan kandungan perempuan itu gugur dihukum dengan diyat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah ini; (c) apabila perempuan yang mengandung itu sendiri yang menggugurkan janinnya dan janin tersebut adalah dalam keadaan seperti yang disebutkan di bawah perenggan (a) atau (b), dia dihukum sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (a) atau (b), mengikut mana yang berkenaan, dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 15 tahun.
Ahli waris janin adalah berhak ke atas diyat di bawah ceraian (1), melainkan jika pesalah tersebut adalah waris janin.
Bagi maksud-maksud bab ini dan bab-bab 159, 161 dan 164, “janin” bermakna anak di dalam rahim ibunya yang sebahagian anggota badannya telah terbentuk dan bernyawa.
Mana-mana orang yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan qatl dengan pengguguran janin adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 158(1)(a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 158(1)(b) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang dengan sengaja menyebabkan pengguguran kandungan seorang perempuan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud-maksud bab ini dan bab-bab 162, 163 dan 164, "kandungan" bermakna sesuatu dalam rahim perempuan hamil yang belum menjadi janin. Huraian — Seorang perempuan yang menyebabkan dirinya keguguran adalah termasuk dalam maksud bab ini.
Mana-mana orang yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan menggugurkan kandungan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang bersubahat menggugurkan kandungan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bab-bab 158 dan 161 tidak terpakai kepada pengamal perubatan yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis yang menggugurkan janin atau kandungan seseorang perempuan jika pengamal perubatan tersebut berpendapat,
Mana-mana orang yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya perbuatan bunuh diri adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menyubahat perbuatan orang membunuh diri adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $40,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun.
Mana-mana orang yang menyubahat perbuatan orang membunuh diri, dan orang yang disubahat itu bukan mukallaf, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $100,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 25 tahun.
Mana-mana orang yang menyebabkan kecederaan kepada seseorang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 168, dengan tidak menyebabkan kematian orang itu, adalah dikatakan telah menyebabkan kecederaan.
Bagi tujuan menetapkan hukuman, kecederaan hendaklah dibahagikan seperti berikut — (a) itlaf-al-udhwu iaitu putus atau kecederaan mana-mana anggota badan; (b) itlaf-salahiyyat-al-udhwu iaitu kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan mana-mana anggota badan, atau merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya; (c) syajjah iaitu kecederaan di kepala atau muka yang kecederaan itu tidak termasuk dalam itlaf-al-udhwu atau itlaf-salahiyyat-al-udhwu; (d) jurh iaitu luka kepada mana-mana anggota badan selain kepala dan muka yang luka itu meninggalkan suatu tanda atau parut sama ada sementara atau kekal; atau (e) kecederaan yang lain.
(1) Mana-mana orang yang menyebabkan kecederaan kepada seseorang dan dibuktikan dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 170 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman qisas.
Mana-mana — (a) orang yang melakukan kecederaan dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah bab 170; (b) orang yang bukan mukallaf yang melakukan kecederaan; (c) ibu atau bapa yang melakukan kecederaan terhadap anaknya sendiri; atau (d) orang yang melakukan kecederaan yang anggota badan yang hendak dikenakan hukuman qisas itu sudah tidak berfungsi atau tidak berupaya lagi, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan — (i) membayar arsy muqaddar, dan dihukum penjara selama suatu tempoh, sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua kerana melakukan itlaf-al-udhwu atau itlaf-salahiyyat-al-udhwu; (ii) membayar arsy, dan dihukum penjara selama suatu tempoh, sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga kerana melakukan syajjah; (iii) membayar arsy muqaddar, dan dihukum penjara selama suatu tempoh, sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Keempat kerana melakukan jurh jaefah; (iv) membayar arsy ghairu muqaddar, dan dihukum penjara selama suatu tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Keempat kerana melakukan jurh ghairu jaefah; atau (v) membayar arsy ghairu muqaddar, dan dihukum penjara selama suatu tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah kerana melakukan kecederaan selain yang diperuntukkan di bawah bab 168(a), (b), (c) dan (d).
Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah cerai (2)(ii), (ii) dan (iii), setelah mengambil kira akan fakta-fakta dan keadaan kes, memerintahkan supaya pesalah itu membayar pampasan sejumlah yang difikirkan patut oleh Mahkamah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut — (a) perbelanjaan-perbelanjaan yang dikenakan kerana merawat mangsa; (b) kehilangan atau kecacatan yang diakibatkan pada fungsi atau kuasa mana-mana anggota badan; (c) kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa; dan (d) lain-lain perkara yang difikirkannya patut.
Kecederaan yang boleh dikenakan hukuman qisas hendaklah dibuktikan dengan cara-cara yang berikut — (a) ikrar tertuduh mengaku salah dengan rela hati di hadapan Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa; atau (b) syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' selain keterangan mangsa, setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud.
Hukuman qisas tidak boleh dikuatkuasakan dalam kes-kes yang berikut — (a) apabila pesalah yang melakukan kesalahan qisas itu mati; (b) apabila anggota badan yang hendak dikenakan hukuman qisas itu sudah tidak berfungsi atau tidak berupaya lagi; (c) apabila kemaafan diberi oleh mangsa atau walinya; atau (d) apabila sulh di antara mangsa dan pesalah telah dibuat.
Mahkamah hendaklah, setelah meminta pandangan dari pengamal perubatan Kerajaan, menetapkan sesuatu kecederaan itu sama ada boleh dilaksanakan qisas atau sebaliknya.
(1) Di dalam kes kecederaan, seseorang mangsa yang mukallaf boleh, sebelum hukuman dilaksanakan, memaafkan qisas ke atas pesalah tersebut sama ada dengan arsy atau tiada arsy.
Jika mangsa itu bukan mukallaf, maka walinya boleh memaafkan qisas ke atas pesalah itu dengan arsy.
Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan menjadi wali, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh memaafkan qisas ke atas pesalah itu dengan arsy.
Jika terdapat lebih daripada seorang mangsa, maka kemaafan qisas oleh salah seorang mangsa atau walinya tidak menjejaskan hak qisas mangsa lain atau walinya.
A telah menyebabkan kecederaan kepada B dan C dan telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman qisas. B atau walinya telah memaafkan A tetapi C atau walinya tidak memaafkannya. A tetap dikenakan hukuman qisas kerana C atau walinya tidak memaafkannya walaupun B atau walinya memaafkannya.
Jika terdapat lebih daripada seorang pesalah, maka kemaafan qisas ke atas salah seorang daripada mereka tidak menjejaskan hak qisas ke atas pesalah lain.
A dan B telah menyebabkan kecederaan kepada C dan telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman qisas. C atau walinya telah memaafkan A tetapi tidak memaafkan B. A tidak dikenakan hukuman qisas tetapi B tetap dikenakan hukuman qisas kerana C atau walinya tidak memaafkannya.
Mana-mana kemaafan berkaitan dengan kecederaan hendaklah dibuat di hadapan Mahkamah dan setelah Mahkamah berpuas hati mengenainya, Mahkamah hendaklah mengesahkannya.
Jika mangsa atau walinya telah memaafkan qisas ke atas pesalah tersebut dan telah disahkan oleh Mahkamah, kemaafan itu tidak boleh ditarik balik.
Arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar hendaklah dibayar oleh pesalah kepada mangsa atau walinya secara tunai dengan serta-merta, dan dalam keadaan tertentu Mahkamah boleh memerintahkan supaya bayaran tersebut dibuat secara ansuran selama tempoh tidak lebih dari 3 tahun dengan syarat adanya jaminan pembayaran yang boleh diterima oleh mangsa atau walinya.
Di dalam kes kecederaan, seseorang mangsa yang mukallaf boleh menggugurkan qisas dengan badal-al-sulh dan pengguguran qisas tersebut hendaklah dibuat setelah menerima badal-al-sulh dengan suatu jumlah yang boleh kurang atau lebih daripada kadar arsy.
Jika mangsa bukan mukallaf, maka walinya boleh menggugurkan qisas dengan badal-al-sulh dan pengguguran qisas tersebut hendaklah dibuat setelah menerima badal-al-sulh dengan suatu jumlah yang sama dengan kadar arsy.
Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan menjadi wali, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh menggugurkan qisas dengan badal-al-sulh dan pengguguran qisas tersebut hendaklah dibuat setelah menerima badal-al-sulh dengan suatu jumlah yang sama dengan kadar arsy.
Mana-mana pengguguran qisas dalam kecederaan hendaklah dibuat di hadapan Mahkamah dan setelah Mahkamah berpuas hati mengenainya, Mahkamah hendaklah mengesahkannya.
Badal-al-sulh boleh dibayar atau diberi apabila diminta secara tunai atau pada satu tarikh yang ditetapkan seperti yang dipersetujui antara pesalah dan mangsa atau walinya.
Mahkamah boleh, dalam kes qisas dimaafkan atau digugurkan seperti yang diperuntukkan dalam bab-bab 173 dan 174, mengikut mana yang berkenaan, atas budi bicaranya, setelah mengambil kira akan fakta-fakta dan keadaan kes, membebaskan pesalah yang qisasnya telah dimaafkan atau digugurkan, atau menghukumnya dengan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Mana-mana orang yang menyebabkan kecederaan kepada seseorang yang tidak boleh dilaksanakan hukuman qisas atau arsy muqaddar hendaklah dikenakan hukuman arsy ghairu muqaddar. Huraian - Penentuan kadar arsy ghairu muqaddar tersebut adalah berdasarkan kepada penilaian yang dibuat oleh Mahkamah.
Kadar arsy ghairu muqaddar boleh ditetapkan oleh Mahkamah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut - (a) perbelanjaan-perbelanjaan yang dikenakan kerana merawat mangsa; (b) kehilangan atau kecacatan yang diakibatkan pada fungsi atau kuasa mana-mana anggota badan; (c) kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa; dan (d) lain-lain perkara yang difikirkannya patut.
(1) Jika seseorang pesalah itu gagal membayar arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar atau mana-mana bahagian daripadanya dalam tempoh yang ditetapkan, maka arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar itu hendaklah didapatkan semula daripada pesalah itu dan dia hendaklah ditahan sehingga arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar itu dibayar sepenuhnya kepada mangsa atau walinya.
Jika pesalah itu meninggal dunia sebelum dia sempat membayar arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar atau mana-mana bahagian daripadanya, maka arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar itu hendaklah didapatkan semula daripada harta pusakanya.
Mana-mana orang yang melakukan kecederaan kepada orang lain dengan perbuatan gopoh atau cuai adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman membayar arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar, mengikut mana yang berkenaan, dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Mana-mana orang yang melakukan kecederaan kepada orang lain kerana tersilap adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman membayar arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar, mengikut mana yang berkenaan.
Jumlah arsy muqaddar atau arsy ghairu muqaddar hendaklah dibayar kepada mangsa atau waris-warisnya menurut bahagian mereka masing-masing berdasarkan nisbah pembahagian harta waris.
Mana-mana orang yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan menyebabkan kecederaan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman separuh daripada hukuman yang diperuntukkan di bawah bab 169(2).
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan menyebabkan kecederaan di bawah bab 169(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang sama seperti yang diperuntukkan di bawah bab 169(2).
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan menyebabkan kecederaan di bawah bab 169(2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman separuh daripada hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut.
Apabila syahid menarik balik syahadahnya sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman, atau membuat perintah atau keputusan, penarikan balik syahadah tersebut boleh diterima dan Mahkamah tidak boleh menjadikan syahadah yang ditarik balik itu sebagai bukti untuk membenarkan tuntutan atau mensabitkan kesalahan, dan mana-mana syahid yang menarik balik syahadah itu, kecuali di dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000. dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Apabila syahid dalam kes mal menarik balik syahadahnya selepas Mahkamah membuat perintah atau keputusan, sama ada atau tidak perintah atau keputusan tersebut dilaksanakan, penarikan balik itu adalah tidak sah dan mana-mana syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan, dan membayar ganti rugi bagi kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing. Huraian 1 — Jika kedua-dua orang syahid menarik balik syahadah mereka, bayaran ganti rugi kepada mahkum 'alaih adalah dibahagi dua di antara mereka dan jika hanya seorang syahid menarik balik syahadahnya, dia hendaklah membayar ganti rugi separuh daripada kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih. Huraian 2' — Jika terdapat empat orang syahid, dua orang daripadanya menarik balik syahadah, tiada dikenakan apa-apa kepada syahid tersebut. Jika tiga orang daripada empat syahid itu menarik balik syahadah mereka, mereka hendaklah membayar ganti rugi separuh daripada kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih. Huraian 3 — Jika syahid terdiri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan, salah seorang syahid perempuan menarik balik syahadahnya, dia hendaklah membayar ganti rugi satu perempat daripada kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih, dan jika kedua-dua syahid perempuan menarik balik syahadah mereka, mereka hendaklah membayar ganti rugi separuh daripada kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih, dan jika syahid lelaki yang menarik balik syahadahnya, dia hendaklah membayar ganti rugi separuh daripada kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih. Huraian 4 — Jika syahid terdiri daripada seorang lelaki dan lebih daripada dua orang perempuan, kesemua syahid perempuan itu menarik balik syahadah mereka, hendaklah membayar ganti rugi separuh daripada kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih.
(1) Apabila syahid dalam kes-kes yang telah dijatuhkan hukuman qisas dan hadd kecuali kes zina, zina-bil-jabar atau liwat, menarik balik syahadahnya sebelum hukuman dilaksanakan, hukuman tersebut hendaklah tidak dilaksanakan dan mana-mana syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Apabila syahid dalam kes-kes hirabah dan qatlul-'amd yang telah dijatuhkan hukuman, menarik balik syahadahnya dan hukuman telah dilaksanakan, menyebabkan mahkum 'alaih mati, syahid itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman - (a) membayar diyat mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah, jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan suci hati dan bukan berbohong; (b) mati sebagai qisas jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan sengaja berbohong.
Apabila syahid dalam kes-kes qatlu syibhil-'amd atau qatull-khata', atau kes-kes yang dikenakan hukuman qisas atau hukuman hadd kecuali zina, zina-bil-jabar atau liwat, menarik balik syahadahnya setelah hukuman dijatuhkan dan dilaksanakan, tetapi tidak menyebabkan mahkum 'alaih mati, syahid itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan - (a) suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali, jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan suci hati dan bukan berbohong; (b) hukuman yang sama sebagaimana hukuman yang dijatuhkan ke atas mahkum 'alaih sebagai qisas atau membayar diyat atau arsy mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah, jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan sengaja berbohong.
(1) Apabila sebahagian atau kesemua syahid dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat menarik balik syahadah sebelum Mahkamah mensabitkan kesalahan, penarikan balik syahadah tersebut hendaklah diterima dan Mahkamah tidak boleh menjadikan syahadah yang ditarik balik itu sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan dan mana-mana syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman 80 sebatan kerana melakukan qazaf.
Apabila sebahagian atau kesemua syahid menarik balik syahadah - (a) setelah Mahkamah mensabitkan kesalahan dan hukuman belum dilaksanakan, penarikan balik syahadah itu hendaklah menyebabkan hukuman tidak dilaksanakan dan mana-mana syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman 80 sebatan kerana melakukan qazaf; (b) setelah Mahkamah mensabitkan kesalahan dan hukuman sebat telah dilaksanakan, mana-mana syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman 80 sebatan kerana melakukan qazaf, dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000 dan dikenakan membayar arsy bagi kecederaan mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Apabila sebahagian atau kesemua syahid menarik balik syahadah setelah Mahkamah mensabitkan kesalahan dan hukuman rejam telah dilaksanakan, menyebabkan mahkum 'alaih mati, mana-mana syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman — (a) membayar diyat mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah, jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan suci hati dan bukan berbohong; (b) mati sebagai qisas jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan sengaja berbohong.
(1) Apabila mana-mana syahid memberikan syahadah untuk mensabitkan kesalahan zina, zina bil-jabar atau liwat dan dalam masa yang sama juga memberikan syahadah ihshan, menarik balik syahadah ihshannya semasa hukuman rejam sedang dilaksanakan, Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberhentikan pelaksanaan hukuman tersebut dan merujukkan kes itu kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk penyemakan. Jika mahkum 'alaih masih hidup — (a) jika sabit mahkum 'alaih itu ghairu muhshan, hukuman sebat sebanyak 100 sebatan hendaklah dijatuhkan kepadanya dan syahid yang menarik balik syahadah ihshannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali, dan hendaklah dikenakan membayar arsy kerana kecederaan mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah; (b) jika sabit mahkum 'alaih muhshan, hukuman rejam ke atasnya hendaklah diteruskan dan syahid yang menarik balik syahadah ihshannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
A dan B disabitkan kesalahan zina dengan syahadah C, D, E dan F. Dalam masa yang sama, C dan D menjadi syahid ihshan terhadap A dan B. A dan B didapati muhshan dan dikenakan hukuman rejam. Semasa hukuman sedang dilaksanakan, C menarik balik syahadah ihshannya. Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberhentikan pelaksanaan hukuman tersebut dan merujukkan kes itu kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk penyemakan. C adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Apabila syahadah zina, zina bil-jabar atau liwat dan syahadah ihshan diberikan oleh syahid yang berlainan, dan syahid ihshan atau syahid zina, zina bil-jabar atau liwat dan syahid ihshan menarik balik syahadah mereka semasa hukuman sedang dilaksanakan, Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberhentikan pelaksanaan hukuman tersebut — (a) jika syahid ihshan yang menarik balik syahadah ihshannya, Mahkamah hendaklah merujukkan kes itu kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk penyemakan — (i) jika sabit mahkum 'alaih ghairu muhshan, hukuman sebat sebanyak 100 sebatan hendaklah dikenakan kepadanya dan syahid ihshan yang menarik balik syahadah ihshannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga dikenakan membayar arsy bagi kecederaan mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah; (ii) jika sabit mahkum 'alaih muhshan, hukuman rejam ke atasnya hendaklah diteruskan dan syahid ihshan yang menarik balik syahadah ihshannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali;
A dan B disabitkan kesalahan zina dengan syahadah C, D, E dan F. G dan H menjadi syahid ihshan terhadap A dan B. A dan B didapati muhshan dan dikenakan hukuman rejam. Semasa hukuman sedang dilaksanakan, G menarik balik syahadah ihshannya. Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberhentikan pelaksanaan hukuman tersebut dan merujukkan kes itu kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk penyemakan. G adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (b) jika syahid zina, zina bil-jabar atau liwat dan syahid ihshan menarik balik syahadah mereka, syahid zina, zina bil-jabar atau liwat yang menarik balik syahadah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman 80 sebatan kerana melakukan qazaf, dan syahid zina, zina bil-jabar atau liwat dan syahid ihshan hendaklah dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dan boleh juga dikenakan membayar arsy bagi kecederaan kepada mahkum 'alaihi, jika ada, mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah.
A dan B disabitkan kesalahan zina dengan syahadah C, D, E dan F. G dan H menjadi syahid ihshan terhadap A dan B. A dan B didapati muhshan dan dikenakan hukuman rejam. Semasa hukuman sedang dilaksanakan, C menarik balik syahadah zinanya dan G menarik balik syahadah ihshannya. Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberhentikan pelaksanaan hukuman tersebut. C dan G adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Apabila penarikan balik syahadah zina, zina bil-jabar atau liwat dan syahadah ihshan dibuat semasa hukuman rejam sedang dilaksanakan dan mahkum 'alaihi telah mati, syahid yang menarik balik syahadah mereka adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman – (a) membayar diyat mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah, jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan suci hati dan bukan berbohong; (b) mati sebagai qisas jika syahid mengakui bahawa dia memberikan syahadah dengan sengaja berbohong.
A dan B disabitkan kesalahan zina dengan syahadah C, D, E dan F. G dan H menjadi syahid ihshan terhadap A dan B. A dan B didapati muhshan dan dikenakan hukuman rejam. C menarik balik syahadah zinanya dan G menarik balik syahadah ihshannya semasa hukuman dilaksanakan, dan A dan B telah mati. C dan G adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Dalam bab ini, "syahadah ihshan" bermakna keterangan yang benar di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk mensabitkan yang tertuduh muhshan dalam kes zina, zina bil-jabar atau liwat.
Apabila syahid dalam kes-kes yang disabitkan dengan hukuman selain hadd, qisas, diyat atau arsy menarik balik syahadah – (a) setelah Mahkamah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman tetapi hukuman tersebut belum dilaksanakan, penarikan balik syahadah itu boleh diterima dan hukuman hendaklah tidak dilaksanakan dan syahid yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali; (b) setelah Mahkamah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman, dan hukuman tersebut sedang dilaksanakan, penarikan balik syahadah itu boleh diterima dan Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberhentikan atau menggantung pelaksanaan hukuman dan hendaklah merujukkan kes itu kepada Mahkamah yang lebih tinggi untuk penyemakan, dan jika — (i) didapati tidak sabit kesalahan, mahkum 'alaih hendaklah dibebaskan dari hukuman dan syahid yang menarik balik syahadah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun, dan hendaklah membayar ganti rugi bagi kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah; (ii) didapati sabit kesalahan, hukuman hendaklah dikekalkan dan syahid yang menarik balik syahadah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun.
(1) Apabila pembuktian sesuatu kes dengan cara syahadah ala al syahadah, penarikan balik syahadah selepas Mahkamah membuat perintah atau keputusan, sama ada sebelum atau sesudah dilaksanakan keputusan itu, adalah tidak sah, dan syahid furu' yang menarik balik syahadahnya itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan, dan hendaklah membayar ganti rugi bagi kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.
Dalam bab ini — "syahadah ala al syahadah" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001); "syahid furui" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001).
(1) Jika seseorang muzakki, setelah perintah atau keputusan dibuat atau hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah dan perintah, keputusan atau hukuman tersebut telah dilaksanakan, mengakui bahawa dia telah memberikan maklumat palsu berhubung dengan tazkiyah al syuhud, muzakki itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang sama sebagaimana keputusan yang dibuat atau hukuman yang dijatuhkan kepada syahid yang memberikan syahadah palsu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah bab 233(3).
Dalam bab ini, "muzakki" mempunyai makna yang sama yang diberikan di bawah Perintah Keterangan Mahkamah Syariah, 2001 (S 30/2001).
(1) Mana-mana orang yang melakukan ghasab adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud-maksud bab-bab 192 dan 193, "ghasab" bermakna penguasaan terhadap hak orang lain dengan secara zalim dengan tiada kerelaan orang yang ada hak.
(a) A mengugut B untuk membunuh atau mencederakan B jika B tidak memberikan A sejumlah wang. B disebabkan ketakutan memberikan A sejumlah wang yang dikehendaki. A telah melakukan ghasab. (b) A secara paksa mengambil wang dari poket B tanpa kebenaran B. A telah melakukan ghasab.
(1) Harta ghasab hendaklah dikembalikan kepada mangsa jika harta itu didapati di dalam bentuk asal dan boleh dikenal.
Jika harta ghasab itu hilang atau digunakan semasa dalam pegangan pesalah, maka pesalah terlibat hendaklah diperintahkan supaya membayar.
Mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau dengan tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum apa jua makanan atau minuman atau menghisap apa jua tembakau di tempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menjual atau menghadang apa jua makanan, minuman atau tembakau untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta-merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghadang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu akan terjejas.
Jika mana-mana orang yang gagal mematuhi peruntukan ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam bab ini, "khalwat" bermakna — (a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau (b) mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yang mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat, di antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau lebih yang bukan isterinya atau mahramnya, atau di antara seorang perempuan dan seorang lelaki atau lebih yang bukan suaminya atau mahramnya.
(1) Mana-mana orang yang melakukan perbuatan tidak sopan di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa perbuatan tidak sopan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Huraian — Suatu perbuatan itu hendaklah disifatkan sebagai tidak sopan jika perbuatan itu boleh menjejaskan imej agama Islam, merosakkan akhlak, mendatangkan pengaruh buruk atau kemarahan kepada orang yang mungkin menyaksikan perbuatan tersebut.
(1) Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana lelaki Islam atau perempuan Islam supaya bercerai atau mengingkari kewajipan kepada isteri atau suami atau anak-anaknya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menghalang pasangan suami isteri Islam yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.
Mana-mana orang yang melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang Islam meninggalkan tempat tinggal suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya isteri itu kembali kepada suaminya.
Mana-mana orang yang melarikan, mempengaruhi atau memujuk seseorang perempuan Islam supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya atau daripada mana-mana orang yang mempunyai hak penjagaan yang sah ke atasnya menurut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan itu dikembalikan kepada ibu bapa atau penjaganya atau mana-mana orang yang mempunyai hak penjagaan yang sah ke atasnya menurut Hukum Syara'.
Mana-mana perempuan Islam yang belum berkahwin yang lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya atau daripada mana-mana orang yang mempunyai hak penjagaan yang sah ke atasnya menurut Hukum Syara' tanpa sebab yang munasabah menurut Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman denda tidak melebihi $1,000 atau penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali, dan Mahkamah hendaklah memerintahkannya supaya kembali kepada jagaan ibu bapanya atau penjaganya atau mana-mana orang yang mempunyai hak penjagaan yang sah ke atasnya menurut Hukum Syara'.
(1) Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga Islam yang didapati memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya yang berumur di bawah 18 tahun kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang Islam yang didapati memberi atau menyerahkan orang Islam lain yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana pemberian atau penyerahan dalam ceraiannya (1) atau (2) adalah tidak sah dan anak atau orang itu hendaklah diserahkan kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan menurut pendapat Mahkamah.
Mana-mana orang yang bertindak sebagai orang tengah di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki, atau di antara seorang perempuan dengan seorang perempuan, atau di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki, bagi sebarang maksud yang bertentangan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang Islam yang — (a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Imam Mahdi; atau (b) menyatakan atau mendakwa bahawa dirinya atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia, sedangkan pengisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu atau bertentangan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 10 tahun, disebat sebanyak 40 sebatan dan Mahkamah hendaklah mengarahkannya supaya bertaubat.
(1) Mana-mana orang Islam yang — (a) mengajar atau menjelaskan apa-apa ajaran yang berkaitan dengan ugama Islam dengan cara yang bertentangan dengan Hukum Syara'; atau (b) mengajar, menjelaskan apa-apa ajaran atau menjalankan, melaksanakan atau mengamalkan, sesuatu upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syara', adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yang — (a) mengajar atau menjelaskan kepada mana-mana orang Islam sesuatu upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syara'; atau (b) menjalankan atau melaksanakan ke atas mana-mana orang Islam sesuatu upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syara', adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Tidaklah menjadi kesalahan jika seseorang menjelaskan apa-apa perkara dalam ceraian (1)(a) dan (b) untuk kepentingan atau bagi faedah ugama Islam atau umat Islam.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen, benda, alat atau struktur yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam ceraian (1) atau (2) supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
Mana-mana orang yang mengamalkan atau mengiklankan sihir adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang meminta pertolongan daripada ahli sihir untuk mencapai apa-apa hajatnya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah boleh memerintahkan orang yang telah disabitkan kesalahan di bawah ceraian (1) atau (2) untuk menghadiri kaunseling yang diberikan oleh seseorang, institusi, persatuan yang sesuai menurut pendapat Mahkamah.
Bagi maksud-maksud bab ini — "ikatan" bermakna suatu seni atau cara untuk mengikat sesuatu benda yang digunakan untuk melakukan sihir seperti dengan menggunakan tali, benang, kain dan sebagainya; "sihir" bermakna ikatan, jampi, mantera, perkataan atau ungkapan yang tertentu atau nama-nama khas yang diucapkan atau ditulis atau melakukan sesuatu perbuatan dengan tujuan jahat yang mendatangkan kesan dan akibat, yang pada kebiasaannya menyebabkan mudarat terhadap tubuh, hati atau akal orang yang disihir; pada kebiasaannya tukang sihir mendekatkan diri kepada, atau meminta atau memohon pertolongan daripada, Iblis, syaitan, jin, semangat jahat, makhluk halus, hantu dan yang seumpamanya.
Mana-mana orang yang mengembangkan agama selain agama Islam, kepada seseorang yang beragama Islam atau seseorang yang tidak mempunyai agama adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen atau benda, antara lain, yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam ceraian (1) supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
(1) Mana-mana orang yang memujuk, menyuruh, menyebabkan, mengupah, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang Islam supaya — (a) menjadi penganut atau anggota suatu agama selain agama Islam atau supaya cenderung kepada agama itu; atau (b) meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah ceraian (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkatakan atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.
Mana-mana orang yang memujuk, mengupah, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang tidak mempunyai agama supaya — (a) menjadi penganut atau anggota suatu agama selain agama Islam atau supaya cenderung kepada agama itu; atau (b) tidak suka kepada agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
(1) Mana-mana orang yang memujuk, menyuruh, menyebabkan, mengupah, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan kanak-kanak beragama Islam atau kanak-kanak yang ibu bapanya tidak mempunyai agama, yang belum mencapai umur 18 tahun supaya — (a) menerima ajaran dalam mana-mana agama selain agama Islam; (b) menyertai apa-apa upacara, perbuatan menyembah atau kegiatan keagamaan mana-mana agama selain agama Islam; atau (c) mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang dijalankan untuk faedah mana-mana agama selain agama Islam atau yang dianjurkan atau dikelolakan oleh apa-apa badan, institusi atau organisasi yang berkaitan dengan agama selain agama Islam, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $20,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen atau benda, antara lain, yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam ceraian (1) supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
(1) Mana-mana orang yang — (a) mencetak, menerbit, mengimport, menyiarkan atau menyebarkan untuk tujuan jualan atau selainnya atau dengan cara lain; atau (b) memiliki, mana-mana penerbitan yang memberi atau bertujuan memberi pengajaran mengenai perkara berkaitan ajaran Islam yang mengandungi apa-apa perkara yang bertentangan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen atau benda, antara lain, yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam ceraian (1) supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
(1) Mana-mana orang yang menghantar atau menyerahkan atau menyebabkan dihantar atau diserahkan kepada orang Islam atau orang yang tidak mempunyai agama, apa-apa penerbitan mengenai agama selain agama Islam, atau apa-apa bahan iklan bagi mana-mana penerbitan itu, yang tidak diminta oleh orang lain itu sendiri, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud cerai (1), sesuatu penerbitan yang dihantar atau diserahkan di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.
Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah cerai (1) bahawa orang yang kepadanya penerbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.
Cerai (1) tidak dikenakan bagi penyerahan apa-apa penerbitan oleh Pejabat Pos dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang serupa dengannya.
Mana-mana orang yang menyerahkan penerbitan mengenai ugama selain ugama Islam kepada seorang Islam atau orang yang tidak mempunyai ugama di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana orang Islam yang memuja mana-mana orang, tempat, alam semulajadi atau apa-apa objek, benda atau binatang dengan apa-apa jua cara yang bertentangan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Huraian — Suatu perbuatan atau pernyataan yang menunjukkan kepercayaan terhadap seseorang, objek, benda atau binatang bahawa seseorang, objek, benda atau binatang tersebut mempunyai kuasa seperti boleh membawa tuah, menambah rezeki, menyampaikan hajat, menyembuhkan penyakit dan lain-lain, adalah terjumlah kepada perbuatan pemujaan.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana benda, objek atau struktur yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam cerai (1) supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
Mahkamah boleh memerintahkan orang yang telah disabitkan kesalahan di bawah cerai (1) untuk menghadiri kaunseling yang diberikan oleh seseorang, institusi atau persatuan yang sesuai menurut pendapat Mahkamah.
(1) Mana-mana orang yang, dalam mana-mana – (a) penerbitan; (b) ucapan atau pernyataan awam; (c) ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang; atau (d) ucapan atau pernyataan yang diterbitkan atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau dengan munasabah patut tahu, ia akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I dari Jadual Kelima, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, kegiatan, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama selain ugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang bukan Islam yang, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam ceraian (1), menggunakan mana-mana ungkapan yang disenaraikan dalam Bahagian II dari Jadual Kelima, kecuali sebagai petikan atau rujukan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana penerbitan atau benda, antara lain, yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam ceraian-ceraian (1) dan (2) supaya dilucutkhakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
(1) Mana-mana orang yang dengan perkataan, sama ada melalui percakapan atau penulisan, ataupun dengan apa-apa cara, merujuk kepada atau menggelar – (a) mana-mana orang, selain Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, dengan gelaran “Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam”; atau (b) mana-mana orang, selain Rasul atau Nabi, dengan gelaran “'Alaihis Salam” atau “'Alaihis Shalatu Wassalam”, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang dengan perkataan, sama ada melalui percakapan atau penulisan, ataupun dengan apa-apa cara, merujuk kepada atau menggelar — (a) mana-mana orang, selain seorang sahabat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, sebagai atau dengan gelaran “Sahabi”; (b) mana-mana orang, selain isteri Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, sebagai atau dengan gelaran “Ummul Mu’minin”; atau (c) mana-mana orang, selain kerabat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, sebagai atau dengan gelaran “Ahli Bait”, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam bab ini — (a) “mana-mana orang” termasuk dirinya sendiri; (b) “Ahli Bait” bermakna kerabat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam iaitu — (i) isteri-isteri Baginda; (ii) anak perempuan Baginda, Fatimah; (iii) menantu Baginda, Ali; dan (iv) cucu-cucu Baginda, Hasan dan Husain.
Mana-mana orang yang menuduh, mengatakan atau mengaitkan melalui lisan, tulisan, isyarat, atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, menggalak atau mengatur apa-apa kegiatan atau selainnya dengan apa jua cara, bahawa mana-mana orang Islam — (a) adalah orang kafir; atau (b) tidak lagi berugama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang, dengan cara lisan, tulisan, pernyataan zahir atau dengan sebarang cara menghina atau menyebabkan dipandang hina, mencerca, mempersenda, mengolok-olok, mengajuk atau mengejek — (a) ajaran ugama Islam; (b) amalan atau upacara yang berkaitan dengan ugama Islam; (c) perkataan yang dianggap sebagai suci oleh orang Islam; (d) mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa yang berkaitan dengan ugama Islam; (e) mana-mana sahabat; (f) qaul-qaul mana-mana mazhab yang mu'tabar; atau (g) mana-mana fatwa yang disiarkan dalam Warta Kerajaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana orang bukan Islam yang, dengan cara lisan, tulisan, pernyataan zahir atau dengan apa-apa cara lain menghina atau menyebabkan dipandang hina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam atau mana-mana Nabi Allah dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman mati.
Mana-mana orang bukan Islam yang, dengan cara lisan, tulisan, pernyataan zahir atau dengan apa-apa cara lain menghina atau menyebabkan dipandang hina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam atau mana-mana Nabi Allah dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mana-mana orang bukan Islam yang mempermain, mengolok-olok, mengajuk, mengejek atau menghina, dengan perkataan atau perbuatan, mana-mana ayat Al-Qur'an atau hadith Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya dua orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman mati.
Mana-mana orang bukan Islam yang mempermain, mengolok-olok, mengajuk, mengejek atau menghina, dengan perkataan atau perbuatan, mana-mana ayat Al-Qur'an atau hadith Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan dibuktikan dengan bukti selain yang diperuntukkan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mana-mana orang bukan Islam yang cuba melakukan atau cuba untuk menyebabkan berlakunya kesalahan di bawah bab 221 atau 222 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Mana-mana orang yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah bab 221 atau 222 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 30 tahun dan disebat tidak melebihi 40 sebatan.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen, penerbitan, benda, objek atau struktur dan lain-lain yang serupa yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan mana-mana kesalahan di bawah bab 221, 222, 223 atau 224 supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan, tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
Mahkamah hendaklah, setelah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah dengan mana-mana kesalahan di bawah bab 221, 222, 223 atau 224 dan sebelum hukuman dilaksanakan, memerintahkannya supaya bertaubat.
Mahkamah hendaklah, setelah berpuas hati bahawa pesalah yang dijatuhkan hukuman dengan mana-mana kesalahan di bawah bab 221, 222, 223 atau 224 telah bertaubat, membuat perintah pembebasan hukuman ke atas pesalah itu.
(1) Mana-mana orang Islam, selain daripada Mufti Kerajaan atau seseorang yang bertindak di bawah kuasa-kuasa yang diberikan oleh Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77), yang mengeluarkan atau bertujuan untuk mengeluarkan sebarang fatwa untuk diikuti oleh orang awam mengenai sebarang persoalan ajaran Islam atau Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Jika fatwa itu dalam bentuk dokumen, Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana dokumen yang digunakan semasa melakukan atau yang berkaitan dengan kesalahan yang disebut dalam ceraian (1) supaya dilucuthakkan dan dimusnahkan tanpa menghiraukan tidak ada seorang pun yang mungkin telah disabitkan bagi kesalahan tersebut.
(1) Mana-mana orang yang mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan ugama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Ceraian (1) tidak dikenakan kepada — (a) mana-mana Ahli Majlis atau jawatankuasa Majlis atau Setiausaha Majlis atau mana-mana pegawai Mahkamah atau mana-mana pegawai ugama, guru ugama, Imam, Bilal, Pegawai Penguatkuasa Agama atau mana-mana orang yang dilantik dengan sah untuk tujuan mengajar ugama menurut undang-undang bertulis atau aturan-aturan atau mana-mana jawatan yang mungkin akan ditentukan oleh Majlis; dan (b) mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubung dengan ugama Islam kepada ahli-ahli keluarganya di dalam kediamannya sahaja.
(1) Mana-mana orang yang menghina, mengingkari, melanggar, membantah atau mengeji dengan apa cara sekalipun mana-mana titah berkenaan ugama daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sebagai Ketua ugama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.
Mana-mana orang yang menghina dengan apa cara sekalipun — (a) Majlis atau Ahli-Ahli Majlis; (b) mana-mana jawatankuasa Majlis atau ahli-ahlinya; (c) Mahkamah; atau (d) pentadbiran keadilan Syariah, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama daripada menjalankan tugas-tugasnya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana pengadu di dalam sesuatu kes yang, sebelum penghakiman Mahkamah, atau selepas penghakiman Mahkamah tetapi sebelum perlaksanaan hukuman, mengaku atau telah dibuktikan bahawa dia telah membuat aduan palsu atau membuat aduan yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana pengadu di dalam sesuatu kes yang, selepas perlaksanaan hukuman, mengaku atau telah dibuktikan bahawa dia telah membuat aduan palsu atau dia telah membuat aduan yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang sama seperti yang dikenakan ke atas mahkum 'alaih.
(1) Mana-mana syahid yang, sebelum Mahkamah membuat keputusan atau mensabitkan kesalahan, mengaku bahawa dia telah memberikan syahadah palsu atau dibuktikan bahawa syahadahnya adalah palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana syahid yang, setelah Mahkamah membuat keputusan atau mensabitkan kesalahan, dan hukuman belum dilaksanakan, mengaku bahawa dia telah memberikan syahadah palsu atau dibuktikan bahawa syahadahnya adalah palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000 atau dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun, dan membayar ganti rugi bagi kerugian yang ditanggung oleh mahkum 'alaih, jika ada, mengikut bahagian masing-masing seperti yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.
Mana-mana syahid yang, setelah Mahkamah membuat keputusan atau mensabitkan kesalahan, dan hukuman tersebut telah dilaksanakan, mengaku bahawa dia telah memberikan syahadah palsu atau dibuktikan bahawa syahadahnya adalah palsu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman yang sama seperti hukuman yang dijatuhkan ke atas mahkum 'alaih.
(1) Mana-mana orang yang dengan sengaja memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi tujuan digunakan dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud ceraian (1), "peringkat prosiding kehakiman" termasuk — (a) suatu penyiasatan yang diarahkan oleh undang-undang sebelum suatu prosiding di hadapan Mahkamah, walaupun penyiasatan tersebut mungkin tidak mengambil tempat di hadapan Mahkamah; (b) suatu penyiasatan yang diarahkan oleh Mahkamah menurut undang-undang dan dilaksanakan di bawah kuasa Mahkamah, walaupun.
Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Perintah ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa, memberi apa-apa maklumat mengenai kesalahan tersebut yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang memberikan, sebagai benar, maklumat atau pernyataan atau perakuan mengenai perkara yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki oleh kakitangan kerajaan semasa menjalankan tugasnya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang menghasut atau memujuk mana-mana orang Islam, supaya tidak atau menahan daripada — (a) hadir ke mana-mana masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat; (b) menghadiri pengajaran ugama Islam; (c) membayar mana-mana zakat atau fitrah; atau (d) melakukan atau membayar apa sahaja yang dia bertanggungjawab untuk melakukan atau membayar di bawah Perintah ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana orang Islam yang setelah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau sebaliknya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Suatu sabitan kesalahan di bawah bab ini hendaklah tidak menghapuskan kewajipan membayar zakat atau fitrah yang dikenakan ke atasnya.
Mana-mana zakat atau fitrah yang wajib dibayar boleh didapatkan kembali seolah-olah zakat atau fitrah tersebut telah diperintahkan untuk dihantar kepada Majlis dengan suatu perintah yang sah dari sebuah Mahkamah atau seolah-olah nilainya diperolehi kembali sebagai suatu denda yang dikenakan di bawah Perintah ini.
Mana-mana orang Islam yang mengutip zakat atau fitrah atau menyebabkan zakat atau fitrah dikutip tanpa dilantik sebagai 'Amil atau diberi kuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya kutipan itu dibayar kepada Majlis.
Mana-mana orang Islam yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak dilantik sebagai 'Amil atau yang diberi kuasa oleh Majlis untuk mengutip zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(1) Mana-mana 'Amil yang mengutip zakat atau fitrah dan mengeluarkan resit-resit mengenainya tetapi tidak menyerahkan jumlah yang dikutip kepada Majlis dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana 'Amil yang mengutip zakat atau fitrah dan tidak mengeluarkan resit mengenainya atau mengeluarkan resit palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah hendaklah, sama ada atau tidak 'Amil tersebut telah disabitkan kesalahan di bawah ceraian (1) atau (2), mengarahkan supaya kutipan zakat atau fitrah untuk dirampas dan dibayar kepada Majlis.
Mana-mana orang Islam yang mendirikan, mewakafkan atau membangun masjid atau menggunakan mana-mana bangunan yang ada sebagai atau bagi maksud maksud sebuah masjid tanpa kebenaran Majlis di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $10,000 dan Mahkamah boleh, bagi sebab-sebab yang memuaskan tertakluk kepada mana-mana hak pihak ketiga, memerintahkan orang yang sabit kesalahan itu untuk menutup atau meroboh bangunan tersebut.
(1) Mana-mana Ahli Majlis atau pekerjanya melainkan jika dia dengan nyatanya dibenarkan untuk berbuat demikian, membocorkan rahsia berkaitan dengan perjalanan Majlis, yang dia berkewajipan untuk merahsiakannya, kepada mana-mana orang selain Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan mana-mana Ahli Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Ceraian (1) hendaklah tidak terpakai kepada perkara-perkara yang telah disembahkan ke hadapan, dan telah menerima perkenan daripadanya, majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
Dalam bab ini, “perjalanan Majlis” bermakna sebarang perkara yang timbul semasa mana-mana mesyuarat Majlis.
(1) Mana-mana orang yang dengan sengaja menghina atau mengganggu mana-mana kakitangan kerajaan yang sedang bersidang dalam mana-mana peringkat prosiding kehakiman adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi maksud ceraian (1), “peringkat prosiding kehakiman” termasuk — (a) suatu penyiasatan yang diarahkan oleh undang-undang sebelum suatu prosiding di hadapan Mahkamah, walaupun penyiasatan tersebut mungkin tidak mengambil tempat di hadapan Mahkamah; (b) suatu penyiasatan yang diarahkan oleh Mahkamah menurut undang-undang dan dilaksanakan di bawah kuasa Mahkamah, walaupun penyiasatan tersebut mungkin tidak mengambil tempat di hadapan Mahkamah.
Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk memberikan pertolongan kepada mana-mana kakitangan kerajaan dalam menjalankan kewajipannya dengan sengaja tidak memberi pertolongan tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Jika orang yang disebutkan di bawah ceraian (1) dengan sengaja tidak memberi pertolongan yang diminta daripadanya oleh seseorang kakitangan kerajaan yang berkuasa di sisi undang-undang untuk membuat permintaan tersebut bagi maksud melaksanakan sebarang saman yang dikeluarkan secara sah oleh Mahkamah, mencegah suatu kesalahan daripada dilakukan, menumpaskan suatu rusuhan atau perkelahian di tempat awam, atau menangkap seorang yang dituduh atau seseorang yang melakukan suatu kesalahan atau lari dari jagaan yang sah, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana kakitangan kerajaan dengan secara sedar mengingkari mana-mana arahan undang-undang tentang cara bagaimana dia dikehendaki menjalankan tugasnya sebagai kakitangan kerajaan, dengan bermaksud hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui kemungkinan bahawa dia akan, dengan keingkaran itu menyebabkan kerosakan kepada mana-mana orang adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $12,000 dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
A, sebagai seorang pegawai yang diarahkan oleh undang-undang untuk mengambil harta dalam pelaksanaan bagi memenuhi suatu dekri yang diisytiharkan bagi B oleh Mahkamah, dengan secara sedar mengingkari arahan undang-undang tersebut dengan mengetahui kemungkinan bahawa dia akan, dengan keingkaran itu menyebabkan kerosakan kepada B. A adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menyerahkan mana-mana dokumen kepada mana-mana kakitangan kerajaan dengan sengaja meninggalkan daripada mengemukakan atau menyerahkannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali atau, jika dokumen itu dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan kepada Mahkamah, dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang enggan mengikat dirinya dengan sumpah atau perakuan supaya menyatakan yang benar, apabila dikehendaki berbuat demikian untuk mengikat dirinya dengan sumpah atau perakuan tersebut oleh seseorang kakitangan kerajaan yang layak di sisi undang-undang untuk menghendakinya berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang, terikat di sisi undang-undang supaya menyatakan yang benar mengenai apa-apa perkara kepada mana-mana kakitangan kerajaan, enggan menjawab apa-apa soalan yang dia dikehendaki menjawab mengenai perkara itu oleh kakitangan kerajaan tersebut pada menjalankan kuasa-kuasa di sisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang enggan menandatangani mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya, apabila dikehendaki menandatangani pernyataan itu oleh seseorang kakitangan kerajaan yang layak di sisi undang-undang untuk menghendakinya menandatangani pernyataan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Mana-mana orang yang dengan sengaja menyebabkan kecederaan untuk tujuan mendapatkan daripada mangsa atau seseorang yang berkepentingan ke atas mangsa, apa-apa pengakuan atau maklumat yang boleh membawa kepada pengesahan suatu kesalahan atau salah laku, atau untuk tujuan memaksa mangsa atau seseorang yang berkepentingan ke atas mangsa untuk mengembalikan atau menyebabkan pengembalian mana-mana harta atau jaminan berharga, atau untuk melaksanakan apa-apa tuntutan atau permintaan, atau untuk memberikan maklumat yang boleh membawa kepada pengembalian harta atau jaminan berharga, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $28,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.
(a) A, seorang Pegawai Penguatkuasa Agama, mencederakan B untuk tujuan menyebabkan B mengaku bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan. A adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (b) C, seorang Pegawai Penguatkuasa Agama, mencederakan D untuk tujuan menyebabkan D menunjukkan tempat harta yang dicuri disimpan. C adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini. (c) E, mencederakan F untuk tujuan menyebabkannya membayar suatu tunggakan hasil yang perlu dibayar oleh F. E adalah melakukan kesalahan di bawah bab ini.
Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya, jika sesiapa yang cuba untuk melakukan suatu kesalahan yang dihukum di bawah Perintah ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dengan hukuman denda, penjara atau sebat atau dengan gabungan hukuman-hukuman tersebut, atau cuba untuk menyebabkan kesalahan tersebut dilakukan dan dalam percubaan tersebut melakukan apa-apa perbuatan yang menjurus kepada berlakunya kesalahan tersebut, hendaklah jika tiada peruntukan yang nyata dibuat oleh Perintah ini atau oleh undang-undang bertulis lain yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa, mengikut mana yang berkenaan, jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut: Dengan syarat bahawa mana-mana tempoh hukuman penjara yang dikenakan tidak boleh melebihi separuh dari tempoh paling lama yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi sebarang peruntukan Perintah ini atau sebarang arahan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan di bawahnya yang tiada hukuman khas diperuntukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $2,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Hukuman penjara boleh dijatuhkan jika denda yang dikenakan di bawah Perintah ini tidak dibayar tetapi hukuman penjara itu tidaklah boleh melebihi separuh daripada hukuman penjara yang diperuntukkan bagi kesalahan itu atau 7 hari jika kesalahan itu boleh dihukum dengan denda sahaja.
Apabila seseorang itu telah dibicarakan dalam mana-mana prosiding yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan terhadap Perintah ini, maka dia hendaklah tidak dibicarakan dan tiada apa-apa prosiding yang boleh diadakan terhadapnya di bawah Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) mengenai kesalahan yang sama atau serupa yang diperuntukkan di bawah Kanun itu.
Mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Perintah ini, Mahkamah hendaklah mengikut Hukum Syara'.
Bab-bab 171, 172, 173, 174, 177, 183, 184, 185, 186, 187, 188, 189, 190, 191, 192, 193, 194, 195 dan 196 dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) adalah dengan ini dimansuhkan.
Ahli Bait ----- أهل البيت 'Alaihis Shalatu Wassalam ----- عليه الصلاة والسلام Allah ----- الله Alhamdulillah ----- الحمد لله Allahu akbar ----- الله أكبر Al-Qur'an ----- القرآن 'Amil ----- عامل Arsy ----- عرش Assalamu 'alaikum ----- السلام عليكم Astaghfirullah al 'azim ----- أستغفر الله العظيم Asyhadu ----- أشهد A'udzubillahi minasy syaitanirrajim ----- أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Azan ----- أذان Badal-al-sulh ----- بدل الصلح Badhi'ah ----- بديعة Baitullah ----- بيت الله Baligh ----- بالغ Bayyinah ----- بينة Bilal ----- بلال Bismillahirrahmanirrahim ----- بسم الله الرحمن الرحيم Damiyah ----- دامية Diyat ----- دية Fasid ----- فاسد JADUAL PERTAMA – Sambungan Fatwa فتوى Fitrah فطرة Ghairu jaefah غير جائفة Ghairu muhshan غير محصن Ghairu muqaddar غير مقدر Ghasab غصب Hadd حد Hadith حديث Hakam حكم Haji حج Hasyafah حشفة Hasyimah هاشمة Hirabah حرابة Hirz حرز Hujjiyyah حجية Hukum Syara‘ حكم شرع Iblis إبليس 'Iddah عدة Ihsan إحسان Ikrah tam إكراه تام Ikrah naqish إكراه ناقص Ikrar إقرار Ilahi إلهي Imam إمام
Insya Allah ----- إن شاء الله Irtidad ----- إرتداد Itlaf-al-udhw ----- إتلاف العضو Itlaf-salahiyyat-al-udhw ----- إتلاف صلاحية العضو Ityan al-bahimah ----- إتيان البهيمة Ityan al-mayyitah ----- إتيان الميتة Jaefah ----- جائفة Jurh ----- جرح Ka'bah ----- كعبة Kafir ----- كافر Kalimah al-syahadah ----- كلمة الشهادة Khalwat ----- خلوة La ilaha illallah ----- لا إله إلا الله La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim ----- لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم Lafaz ----- لفظ Lahzah ----- لحظة Li‘an ----- لعان Liwat ----- لواط Mahkum 'alaihi ----- محكوم عليه Mal ----- مال Mahram ----- محرم Masjid ----- مسجد Masya Allah ----- ما شاء الله Mazhab ----- مذهب
Mudhihah ----- موضحة Mufti ----- مفتي Muhshan ----- محصن Mukallaf ----- مكلف Mu’min ----- مؤمن Mumayyiz ----- مميز Munaqqilah ----- منقلة Muqaddar ----- مقدر Musahaqah ----- مساحقة Mutalahimah ----- متلاحمة Muzakki ----- مزكي Nabi ----- نبي Nisab ----- نصاب Kiblat ----- قبلة Qadar ----- قدر Qamariah ----- قمرية Qatl ----- قتل Qatlul-‘amd ----- قتل العمد Qatlul-khata‘ ----- قتل الخطأ Qatlu syibhil-‘amd ----- قتل شبه العمد Qazaf ----- قذف Qisas ----- قصاص Rabbul ‘alamin ----- رب العالمين Ramadhan ----- رمضان
Rasul ----- رسول Rasulullah ----- رسول الله Rejam ----- رجم Sahabat ----- صحابة Sahabi ----- صحابي Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam ----- صلى الله عليه وسلم Sariqah ----- سرقة Sulh ----- صلح Subhanallah ----- سبحان الله Sunnah ----- سنة Syahid ----- شاهد Syahadah ----- شهادة Syahadah ala al syahadah ----- شهادة على الشهادة Syahid furu' ----- شاهد فروع Syariah ----- شريعة Syajjah ----- شجة Syajjah damighah ----- شجة دامغة Syajjah hasyimah ----- شجة هاشمة Syajjah khafifah ----- شجة خفيفة Syajjah ma'mumah ----- شجة مامومة Syajjah mudhihah ----- شجة مضيحة Syajjah munaqqilah ----- شجة منقلة Syubhah ----- شبهة Tabarakallah ----- تبارك الله Tazkiyah al syuhud ..... تزكية الشهود Ummul Mu’minin ..... أم المؤمنين ‘Uzur syar’ie ..... عذر شرعي Wa’alaikumussalam ..... وعليكم السلام Walillahilhamd ..... ولله الحمد Wallahu ‘a ‘alam ..... والله أعلم Wali ..... ولي Wali-ad-dam ..... ولي الدم Zakat ..... زكاة Zina ..... زنا Zina bil-jabar ..... زنا بالجبر
Jenis-jenis kecederaan
Kehilangan anggota tunggal seperti hidung atau lidah
Kehilangan satu anggota berpasangan seperti tangan, kaki, mata, bibir, tetek dan telinga
Kehilangan anggota yang dalam bilangan empat seperti bulu mata atau kelopak mata
Satu jari tangan atau jari kaki
Satu sendi jari
Satu sendi ibu jari
Satu gigi selain gigi susu
Dua puluh batang gigi Jumlah arsy Diyat penuh Diyat penuh jika cedera sepasang, tetapi 1/2 diyat sahaja jika hanya cedera satu 1/4 dari diyat jika hanya satu anggota cedera. 1/2 dari diyat jika dua cedera. 3/4 dari diyat jika tiga cedera. Diyat penuh jika keempat-empat cedera 1/10 dari diyat 1/30 dari diyat 1/20 dari diyat 1/20 dari diyat Diyat penuh Tempoh penjara Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 10 tahun
Jenis-jenis kecederaan
Syajjah khafifah (cedera yang tidak mendedahkan tulang) Jumlah arsy Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Tempoh penjara Tidak melebihi 2 tahun
Syajjah mudhihah (cedera yang mendedahkan tulang tetapi tidak ada patah) Jumlah arsy 1/20 dari diyat Tempoh penjara Tidak melebihi 5 tahun
Syajjah hasyimah (cedera yang melibatkan retak tulang atau patah tulang tetapi tidak berselisih sendi) Jumlah arsy 1/10 dari diyat Tempoh penjara Tidak melebihi 5 tahun
Syajjah munaqqilah (cedera yang melibatkan retak tulang atau patah tulang dan berselisih sendi) Jumlah arsy 3/20 dari diyat Tempoh penjara Tidak melebihi 10 tahun
Syajjah ma’mumah (cedera yang melibatkan pecah tempurong kepala tetapi lukanya hanyalah menyentuh kulit otak sahaja dengan tidak mencarikkannya) Jumlah arsy 1/3 dari diyat Tempoh penjara Tidak melebihi 10 tahun
Syajjah damighah (cedera yang melibatkan pecah tempurong kepala dan lukanya mencarikkan kulit otak) Jumlah arsy 1/2 dari diyat Tempoh penjara Tidak melebihi 14 tahun
Jenis-jenis kecederaan
Jaefah (luka yang menembusi anggota badan)
Ghairu jaefah (luka yang lain daripada jaefah) iaitu — (a) Damiyah (carik kulit dan berdarah) (b) Badhi’ah (luka yang tidak mendedahkan tulang) (c) Mutalahimah (luka yang sampai ke isi) (d) Mudhihah (luka yang mendedahkan tulang) (e) Hasyimah (patah tulang yang tidak menselisihkan sendi) (f) Munaqqilah (patah tulang yang menselisihkan sendi) Jumlah arsy 1/3 diyat Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah Tempoh penjara Tidak melebihi 10 tahun Tidak melebihi 3 tahun Tidak melebihi 3 tahun Tidak melebihi 3 tahun Tidak melebihi 5 tahun Tidak melebihi 5 tahun Tidak melebihi 7 tahun
Allah Al-Qur'an Azan Baitullah Fatwa Firman Allah Hadith Haji Hukum Syara' Ilahi Imam Ka'bah Kalimah al-syahadah Kiblat Masjid Mufti Mu'min Solat Wali
Alhamdu lillah Allahu akbar Assalamu 'alaikum Astaghfirullah al 'azim A'udzubillahi minasy syaitanirrajim Bismillahirrahmanirrahim Insya Allah La ilaha illallah La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim Masya Allah Rabbul 'alamin Subhanallah Tabarakallah Wa 'alaikumussalam Walillahilhamd Wallaahu 'a 'alam Diperbuat pada hari ini 14 haribulan Ramadhan, Tahun Hijrah 1434 bersamaan dengan 23 haribulan Julai, 2013 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM