로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985 Tarikh Perkenan Diraja 6 September 1985 Tarikh penyiaran dalam Warta 12 September 1985 Akta 322 Akta Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikat Pengganti) 1985 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi meletakhak harta, hak dan liabiliti Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan telekomunikasi dalam suatu syarikat, untuk membuat perkiraan kewangan bagi syarikat itu, untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kakitangan dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1987, P.U. (B) 600/1986] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran Bahagian II PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI 3. Peletakhakan harta, dsb., Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan telekomunikasi dalam syarikat pengganti 4. Pelupusan tanah 5. Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti 6. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti 7. Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama 8. Struktur kewangan syarikat pengganti Bahagian III PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN 9. Kakitangan Akta 322

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikat Pengganti) 1985. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

―Perbadanan‖ ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan oleh Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375]; ―syarikat pengganti‖ ertinya syarikat yang kepadanya semua harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi dipindahkan di bawah seksyen 3, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk; ―tarikh pemindahan‖ ertinya tarikh apabila semua harta, hak dan liabiliti tertentu berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi, selain tanah-tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk, dipindahkan kepada syarikat pengganti.

Bahagian II Peletakhakan harta, dsb., Kerajaan Malaysia berhubungan dengan perkhidmatan telekomunikasi pada syarikat pengganti

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI

3. (1) Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh pemindahan dan dari tarikh itu, semua harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk sebaik sebelum tarikh itu, hendaklah menjadi, menurut kuasa seksyen ini, harta, hak dan liabiliti syarikat pengganti.

(2) Dalam seksyen ini, ―tanah terkecuali‖ ertinya tanah yang terletak di luar kawasan mana-mana Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan oleh undang-undang dan yang―

(a) adalah tanah Kerajaan yang diberi hakmilik oleh sesuatu Negeri kepada Persekutuan bagi maksud persekutuan, tanah yang diberi hakmilik oleh sesuatu Negeri kepada Persekutuan selepas pengambilan paksa atau tanah diberi hak milik yang diambil oleh sesuatu Negeri daripada seorang tuan punya persendirian dengan persetujuan untuk Persekutuan, di bawah Perkara 83 Perlembagaan; (b) adalah dirizabkan bagi maksud persekutuan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/1956] , Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68], Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81] , atau mana-mana undang-undang tanah sebelumnya dan tanah di Negeri Semenanjung Malaysia, selain Melaka dan Pulau Pinang, yang dianggap sebagai dirizabkan bagi maksud persekutuan di bawah Fasal (4) Perkara 166 Perlembagaan; (c) di Melaka dan Pulau Pinang, adalah diduduki bagi maksud persekutuan pada Hari Merdeka menurut kuasa Fasal (3) Perkara 166 Perlembagaan; dan (d) di Negeri Sabah dan Sarawak, adalah diduduki bagi maksud persekutuan pada Hari Malaysia di bawah seksyen 75 Akta Malaysia 1963 [Akta 26/1963].

(3) Dalam seksyen ini, ―harta ditetapkan‖ ertinya harta daripada apa-apa perihalan, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan sebagai perlu untuk disimpan oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud menjalankan tugas dan melaksanakan fungsi Ketua Pengarah Jabatan Telekom, Malaysia di bawah Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20].*

(4) Bagi mengelakkan keraguan―

(a) apa-apa sebutan mengenai harta berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak adalah sebutan mengenai tanah, harta selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan dan hak dalam tindakan kepunyaan Kerajaan Malaysia sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain; dan *CATATAN – Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] – lihat subseksyen 273(1) Akta 588. (b) mengenai hak yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, liabiliti yang kepadanya Kerajaan Malaysia tertakluk, sama ada di bawah undang-undang Malaysia atau mana-mana negeri di luar Malaysia dan termasuk hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman bagi perkhidmatan telekomunikasi.

(5) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang dipindahkan oleh subseksyen (1) kepada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh pemindahan, dituntut, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu dalam namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang pemindahan yang dilakukan oleh subseksyen itu.

(6) Tiap-tiap hak dan liabi1iti yang dipindahkan oleh subseksyen (1) kepada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh pemindahan, dituntut, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu dalam namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia untuk memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya dipindahkan oleh seksyen ini mengenai pemindahan itu.

(7) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana- mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pada tarikh pemindahan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti tersebut dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga. Pelupusan tanah

4. (1) Bagi mengelakkan keraguan, jika apa-apa kepentingan mengenai tanah terletakhak pada Persekutuan bagi maksud telekomunikasi, adalah sah bagi Persekutuan, menurut Perkara 86 Perlembagaan, memberi―

(a) dalam hal suatu kepentingan mengenai tanah di Semenanjung Malaysia, pajakan atas tanah itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh sembilan tahun atau, dalam hal tanah yang dipegang di bawah pajakan Negeri atau Mukim, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi baki tempoh pajakan itu; dan (b) dalam hal suatu kepentingan mengenai tanah di Sabah atau Sarawak, pajakan kecil menurut peruntukan Ordinan Tanah Sabah atau Kanun Tanah Sarawak, mengikut mana- mana yang berkenaan, kepada syarikat pengganti bagi maksud perkhidmatan telekomunikasi yang hendaklah dinyatakan dalam terma pajakan atau pajakan kecil itu.

(2) Bagi maksud perenggan(1)(a), ―pajakan‖ hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Kanun Tanah Negara, dan bagi maksud perenggan (1)(b), ―pajakan kecil‖ hendaklah mempunyai maksud yang terpakai baginya di bawah Ordinan Tanah, Sabah atau Kanun Tanah, Sarawak, mengikut mana- mana yang berkenaan. Pemegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

5. (1) Sebagai akibat daripada peletakhakan pada syarikat pengganti menurut kuasa seksyen 3 akan semua harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan telekomunikasi, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Kerajaan Malaysia berhak atau tertakluk kepada, syarikat pengganti hendaklah menerbitkan sekuriti syarikat itu sebagaimana Menteri Kewangan dari semasa ke semasa mengarahkan—

(a) kepada Perbadanan; atau (b) kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki supaya diterbitkan sekuriti itu berikutan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan.

(2) Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada ketika syarikat pengganti telah berhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

(3) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada masa dan atas apa-apa terma tentang pengumpukan sebagaimana yang Menteri Kewangan arahkan.

(4) Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini—

(a) hendaklah mempunyai nilai nominal sebagaimana yang Menteri Kewangan arahkan; dan (b) hendaklah diterbitkan sebagai dibayar penuh dan dianggap bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ianya telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

(5) Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(6) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak daripada, atau apabila pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti

6. (1) Menteri Kewangan boleh pada bila-bila masa, memperoleh―

(a) sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau (b) hak untuk melanggan apa-apa sekuriti yang sedemikian.

(2) Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.

(3) Apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Menteri Kewangan sebagai akibat daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dianggap sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

(4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atau apabila dilupuskan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5) Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang― Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

(a) dilakukan dengan penerbitan syer yang diumpukkan pada ketika syarikat pengganti dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan; dan (b) diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilakukan dengan penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan (1)(a).

7. (1) Menteri Kewangan boleh melantik mana-mana orang sebagaimana dia fikirkan layak untuk bertindak sebagai penamanya bagi maksud seksyen 5 atau 6 dan―

(a) sekuriti syarikat pengganti boleh diserah hak di bawah seksyen 5 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana- mana orang yang berhak menghendaki supaya diterbitkan sekuriti itu berikutan pengumpukan permulaan mereka kepada mana-mana penama tersebut; dan (b) mana-mana penama tersebut yang dilantik bagi maksud seksyen 6 boleh memperoleh sekuriti atau hak menurut seksyen itu.

(2) Mana-mana orang yang memegang apa-apa sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah memegang dan mengurusnya atas apa-apa terma dan dengan apa-apa cara yang Menteri Kewangan arahkan. Struktur kewangan syarikat pengganti

8. (1) Sekiranya Menteri Kewangan mengarahkan sedemikian pada bila-bila masa sebelum syarikat pengganti berhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan, sejumlah wang, tidak melebihi untung kehasilan terkumpul Jabatan Telekom Malaysia, sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu, hendaklah dibawa oleh syarikat pengganti kepada suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut sebaga

―rizab statutori‖.

(2) Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang akan diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus dibayar penuh.

(3) Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti―

(a) peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dianggap sebagai peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Jabatan Telekom, Malaysia, berhak atau tertakluk kepada sebelum penghujung tahun perakaunan genap terakhir Jabatan Telekom, Malaysia, yang berakhir sebelum tarikh pemindahan dan sebagai telah dilakukan selepas sahaja penghujung tahun itu; dan (b) nilai apa-apa aset dan amaun apa-apa liabiliti Jabatan Telekom, Malaysia, yang dianggap sebagai telah terletak hak ada syarikat pengganti menurut kuasa perenggan (a) hendaklah dianggap sebagai nilai atau, mengikut mana- mana yang berkenaan, amaun yang diuntukkan kepada aset atau liabiliti itu bagi maksud penyata akaun yang bersamaan yang disediakan oleh Jabatan Telekom, Malaysia berkenaan dengan tahun itu.

(4) Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Jabatan Telekom, Malaysia, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan apa-apa aset atau menanggung, menilai semula atau menyelesaikan apa-apa liabiliti, atau membawa apa-apa amaun kepada apa-apa peruntukan untuk rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

(5) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana- mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung kehasilan terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang dihasilkan dan disimpan oleh Jabatan Telekom, Malaysia, telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti.

(6) Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta Syarikat 1965.

(7) Bagi maksud seksyen ini, ―tahun perakaunan genap‖ ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember.

Bahagian III Kakitangan

PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN

9. (1) Syarikat pengganti hendaklah menerima ke dalam penggajiannya pada tarikh pemindahan tiap-tiap orang yang, sebaik sebaik sebelum tarikh pemindahan, adalah anggota kakitangan Jabatan Telekom, Malaysia, dan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat itu.

(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah digaji oleh syarikat itu atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh UNDANG-UNDANG MALAYSIA A kta 322 AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985 UNDANG-UNDANG MALAYSIA A kta 322 AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985

pemindahan. SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari −TIADA− SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari −TIADA−