Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Februari 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 20 Februari 2025
Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Akta 864 AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 SUSUNAN SEKSYEN B AhAgiAN I PERMULAAN AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 Suatu Akta untuk memperuntukkan perkongsian data dalam kawalan sesuatu agensi sektor awam dengan agensi sektor awam lain, penubuhan Jawatankuasa Perkongsian Data Negara, fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berhubung dengan perkongsian data dan perkara lain yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: B AhAgiAN I PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Akta ini mengikat Kerajaan Persekutuan 3. Tafsiran 4. Rukun perkongsian data B AhAgiAN II JAWATANKUASA PERKONGSIAN DATA NEGARA 5. Penubuhan Jawatankuasa 6. Fungsi Jawatankuasa 7. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 8. Mesyuarat Jawatankuasa 9. Jawatankuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 10. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil B AhAgiAN III KEWAJIPAN DAN KUASA KETUA PENGARAH 11. Kewajipan dan kuasa Ketua Pengarah B AhAgiAN IV PERKONGSIAN DATA Seksyen 12. Permintaan bagi perkongsian data 13. Tujuan yang baginya data boleh dikongsi 14. Penilaian dan maklum balas agensi sektor awam yang menerima permintaan bagi perkongsian data 15. Penolakan untuk berkongsi data yang diminta 16. Kewajipan yang berhubungan dengan perkongsian data 17. Kewajipan pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi 18. Sekatan terhadap penggunaan selanjutnya dan penzahiran data yang dikongsi 19. Pengenaan fi di bawah undang-undang bertulis lain 20. Perkongsian data terbuka 21. Kewajipan untuk melaporkan butir-butir yang berhubungan dengan perkongsian data B AhAgiAN V AM 22. Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 23. Kewajipan kerahsiaan 24. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 25. Pendakwaan 26. Tanggungan pengarah, dsb., bagi badan berkanun 27. Kuasa untuk mengecualikan 28. Kuasa untuk memberi arahan 29. Kuasa untuk meminda Jadual J AdUAl Akta 864
“agensi sektor awam” ertinya— (a) agensi yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, kecuali perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (f) dan (g); dan (b) mana-mana pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan; “data” ertinya apa-apa fakta, statistik, arahan, konsep atau maklumat lain dalam bentuk yang boleh disampaikan, dianalisis atau diproses, sama ada oleh individu atau komputer atau cara lain; “dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “integrasi data” ertinya proses gabungan data; “Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 5; “kerja analitik data” ertinya pemeriksaan dan analisis data bagi maksud membuat kesimpulan hasil daripada pemeriksaan dan analisis itu; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital; “pembekal data” ertinya agensi sektor awam yang berkongsi data kepada penerima data di bawah Bahagian IV; “penerima data” ertinya agensi sektor awam yang kepadanya data dikongsikan di bawah Bahagian IV.
B AhAgiAN II JAWATANKUASA PERKONGSIAN DATA NEGARA
(a) Ketua Setiausaha kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital, yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) seorang wakil daripada setiap kementerian; (c) seorang wakil Jabatan Perdana Menteri; (d) Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan; (e) seorang wakil Agensi Keselamatan Siber Negara; dan (f) seorang wakil Jabatan Perlindungan Data Peribadi.
(a) untuk membuat dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta ini; (b) untuk menyelia pelaksanaan yang berkesan Akta ini; (c) untuk mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu pentadbiran yang timbul semasa pelaksanaan Akta ini; (d) untuk membuat dasar yang berhubungan dengan pangkalan data bagi maksud perkongsian data di bawah Akta ini; dan (e) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Jawatankuasa di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
(a) tatacara untuk memelihara privasi dan kerahsiaan data; (b) perlindungan yang berhubungan dengan pengendalian dan penyimpanan data; (c) kaedah bagi perkongsian data di bawah Akta ini; dan (d) rangka kerja pengurusan risiko bagi pengendalian dan penyimpanan data.
(a) jawatan Pengerusi kosong; atau (b) Pengerusi, atas apa-apa sebab, tidak boleh menjalankan fungsinya.
B AhAgiAN III KEWAJIPAN DAN KUASA KETUA PENGARAH
(a) untuk melaksanakan dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data yang dibuat oleh Jawatankuasa; (b) untuk menyelaras dan memudah cara perkongsian data di bawah Akta ini; (c) untuk menasihati dan membuat syor kepada Jawatankuasa mengenai perkara yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta ini; (d) untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen yang berkenaan bagi maksud melaksanakan kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini; (e) untuk mengeluarkan pekeliling atau garis panduan bagi maksud Akta ini; dan (f) untuk menjalankan apa-apa tugasan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa.
B AhAgiAN IV PERKONGSIAN DATA
(a) data yang diminta; (b) tujuan yang baginya data itu diminta; (c) agensi sektor awam yang dihasratkan untuk menjadi penerima data dan pembekal data; dan (d) cara pengendalian data yang diminta.
(a) untuk meningkatkan kecekapan atau keberkesanan dasar, pengurusan program atau perancangan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi sektor awam; (b) untuk mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang, atau ancaman terhadap kesihatan atau keselamatan awam; (c) untuk bertindak balas terhadap kecemasan awam; (d) demi kepentingan awam; atau (e) apa-apa tujuan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
(a) sama ada tujuan yang baginya data itu diminta mewajarkan perkongsian data itu; (b) sama ada perkongsian data itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam; dan (c) sama ada agensi sektor awam yang meminta data itu mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsi tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran.
(a) sebab maklum balas itu tidak dapat diberikan dalam tempoh yang dinyatakan; dan (b) tempoh maklum balas itu akan diberikan.
(a) data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan, atau membolehkan seseorang untuk menentukan, identiti bagi suatu sumber maklumat yang sulit yang berhubungan dengan penguatkuasaan atau pentadbiran undang-undang; (b) data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan kewujudan atau identiti seseorang yang termasuk dalam program perlindungan saksi; (c) data yang diminta secara munasabahnya boleh dijangka akan menzahirkan langkah atau tatacara penyiasatan, termasuk metodologi pengumpulan risikan, teknik atau teknologi penyiasatan, amalan rahsia atau perkiraan perkongsian maklumat antara agensi penguatkuasaan undang-undang; (d) perkongsian data yang diminta akan melanggar satu atau lebih daripada yang berikut: (i) keistimewaan peguam cara dan klien atau keistimewaan profesional undang-undang; (ii) perjanjian atau kontrak; (iii) kewajipan kerahsiaan mengikut ekuiti; atau (iv) perintah mahkamah atau tribunal; (e) data yang diminta melibatkan satu atau lebih daripada yang berikut: (i) keselamatan atau pertahanan negara; (ii) penyiasatan pelanggaran, atau kemungkinan pelanggaran, mana-mana undang-undang bertulis; (iii) inkues atau siasatan mengenai kematian; atau (iv) prosiding di hadapan mahkamah atau tribunal; (f) agensi sektor awam itu mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa perkongsian data yang diminta berkemungkinan akan membahayakan kesihatan, keselamatan atau kebajikan satu atau lebih individu; (g) data yang diminta adalah bercanggah dengan tujuan di bawah seksyen 13 dan tidak wajar untuk dikongsi; (h) agensi sektor awam yang meminta data itu tidak mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsi tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran; atau (i) apa-apa sebab lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
(a) memastikan bahawa data yang dikongsikan diurus dan disenggarakan dengan mematuhi apa-apa kehendak undang-undang berkenaan dengan jagaan dan kawalannya yang terpakai bagi data itu; (b) mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan privasi data termasuk— (i) perlindungan data daripada apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pindaan atau pemusnahan; dan (ii) pemeliharaan hak individu yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi; (c) menyimpan rekod semua butir-butir yang berhubungan dengan data yang dikongsi; (d) melaporkan apa-apa perkongsian data tanpa kebenaran kepada Ketua Pengarah; dan (e) mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
(a) butir-butir permintaan bagi perkongsian data yang dibuat oleh agensi sektor awam itu; (b) maklum balas yang diberikan yang berhubungan dengan permintaan bagi perkongsian data itu; (c) jika data yang diminta itu ditolak, sebab penolakan itu; dan (d) apa-apa maklumat lain dalam kawalan agensi sektor awam itu sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
B AhAgiAN V AM
badan berkanun itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal badan berkanun itu atau yang membantu dalam pengurusannya— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan badan berkanun itu; dan (b) jika badan berkanun itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau (ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
J AdUAl [Subseksyen 4(2)] UNDANG-UNDANG BERTULIS
Bil.
Undang-Undang Bertulis
Perihalan Akta Banci 1960 [Akta 16] Subseksyen 16(2) Akta Audit 1957 [Akta 62] Subseksyen 8(3) Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 [Akta 69]
Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972 [Akta 70]
Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104]
Akta Lembaga Perindustrian Pembalakan Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105]
Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110] Subseksyen 33(1) Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]
Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Subseksyen 33(1) Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 [Akta 203] Subseksyen 31(1) Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 [Akta 222] Subseksyen 34(1) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231]
Bil.
Undang-Undang Bertulis
Perihalan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 [Akta 282] Subseksyen 32(1) Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]
Akta Hakcipta 1987 [Akta 332]
Akta Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397] Subseksyen 13(2) Akta Majlis Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966 [Akta 408] Subseksyen 17(2) Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 [Akta 423] Subseksyen 30(1) Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 [Akta 437] Subseksyen 12 c
Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 [Akta 481] Subseksyen 23(1) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] Subseksyen 35(1) Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 [Akta 489]
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520] Subseksyen 36(1) Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] Subseksyen 30(1) Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533] Subseksyen 31(1) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536] Subseksyen 32(1) Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 [Akta 566] Subseksyen 54(1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 [Akta 582] Subseksyen 66(1) Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609] Subseksyen 26(1) Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 [Akta 612] Subseksyen 51(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614] Subseksyen 38(1) Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617] Subseksyen 39(1)
Bil.
Undang-Undang Bertulis
Perihalan Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640] Subseksyen 91(1) Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] Subseksyen 71(1) Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 [Akta 653] Subseksyen 38(1) Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 [Akta 656] Subseksyen 60(1) Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Iskandar 2007 [Akta 664] Subseksyen 49(1) Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679] Subseksyen 112(1) Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008 [Akta 687] Subseksyen 45(1) Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688] Subseksyen 43(1) Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] Subseksyen 81(1) Akta Makanan Haiwan 2009 [Akta 698] Subseksyen 50(1) Akta Perbadanan Stadium Malaysia 2010 [Akta 717] Subseksyen 34(1) Akta Institut Sukan Negara 2011 [Akta 729] Subseksyen 43(1)