“pemproses mata wang berdaftar” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah subseksyen 26(1) untuk menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang dan bagi maksud Penggal 3 Bahagian IV termasuklah mana-mana institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang; “perniagaan pemprosesan mata wang” ertinya— (a) perniagaan— (i) mengumpul mata wang kertas atau mata wang syiling; (ii) mengisih mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut ketulenan dan kualiti; dan (iii) membungkus mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti, kuantiti dan denominasi, oleh seseorang bagi atau bagi pihak orang lain; atau (b) apa-apa aktiviti yang diisytiharkan sebagai suatu perniagaan pemprosesan mata wang di bawah seksyen 23.
(2. ) Suatu mata wang kertas hendaklah disifatkan rosak— (a) jika apa-apa perkataan, tanda, simbol, lukisan, karikatur, atau benda lain, telah ditulis, digores atau dalam apa-apa cara lain atau melalui apa-apa cara lain telah ditunjukkan pada permukaannya; atau (b) jika mata wang kertas itu koyak, tercemar, terbakar, dikotori, punah atau dengan apa-apa cara selainnya dicacatkan.
(3. ) Suatu mata wang syiling hendaklah disifatkan dibega— (a) jika mata wang syiling itu cacat, susut atau menjadi ringan melainkan kerana rosak rosot biasa; atau (b) jika mata wang syiling itu dicap, diukir atau ditebuk, tidak kira sama ada syiling itu telah menjadi susut atau ringan. Orang yang diisytiharkan sebagai institusi kewangan
Kuasa dan fungsi Bank
(2. ) Gabenor hendaklah menjalankan apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi Bank di bawah Akta ini bagi pihak Bank.
(3. ) Bank boleh, sama ada secara am atau dalam suatu hal tertentu, melantik mana-mana orang, termasuk pegawai Bank, sama ada di dalam atau di luar Malaysia— (a) untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi, Bank, di bawah Akta ini bagi pihak dan atas nama Bank; atau (b) untuk memberikan apa-apa bantuan dalam menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa fungsi, Bank, di bawah Akta ini.
KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN MATA WANG Bank menjadi pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang
Pencetakan dan penempaan mata wang di bawah kuasa Bank
12. Undang-Undang Malaysia Akta 827.
(2. ) Bank hendaklah mengatur pencetakan mata wang kertas dan penempaan mata wang syiling. Pengeluaran, pengeluaran semula dan pertukaran mata wang di pejabat, dsb., yang ditubuhkan oleh Bank
Bank bertanggungan bagi nilai muka mata wang
Denominasi dan bentuk mata wang
(a) hendaklah dalam denominasi ringgit atau sen; dan (b) hendaklah dalam bentuk, ciri-ciri atau reka bentuk, atau mengandungi ciri atau peranti, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Bank.
(2. ) Piawai berat dan komposisi mata wang syiling yang dikeluarkan oleh Bank dan amaun remedi dan ubahan hendaklah sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, atas syor Bank. Sah diperakukan
(2. ) Mata wang kertas dan mata wang syiling yang disebut dalam subseksyen (1. ) hendaklah sah diperlakukan pada nilai mukanya bagi suatu pembayaran yang tidak melebihi kuantiti atau nilai agregat maksimum mata wang kertas atau mata wang syiling yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Jualan mata wang
(2. ) Apa-apa hasil daripada jualan mata wang kertas atau mata wang syiling menurut subseksyen (1. ) hendaklah dianggap sebagai suatu pendapatan kepada Bank. Penyimpanan selamat mata wang yang belum dikeluarkan, dsb.
(a) mengatur penyimpanan selamat mata wang kertas atau mata wang syiling yang belum dikeluarkan; dan (b) menyediakan dan menyimpan instrumen dan bahan yang digunakan bagi pengeluaran, pencetakan atau penempaan mata wang kertas atau mata wang syiling. Kuasa memanggil balik mata wang
(2. ) Apabila habis tempoh notis itu, mata wang kertas atau mata wang syiling yang baginya notis itu terpakai hendaklah terhenti daripada menjadi sah diperlakukan. 14. Undang-Undang Malaysia Akta 827.
(3. ) Walau apa pun subseksyen (2. ), Bank hendaklah bertanggungan bagi nilai muka apa-apa mata wang kertas atau mata wang syiling apabila diserahkan di pejabat Bank atau di mana-mana agensi yang ditubuhkan atau dilantik oleh Bank bagi maksud itu. Penarikan mata wang
(a) apa-apa mata wang kertas termasuk mata wang kertas yang rosak atau tidak layak untuk edaran; (b) apa-apa mata wang syiling termasuk mata wang syiling yang telah haus atau telah dibega; dan (c) apa-apa mata wang kertas dan mata wang syiling yang telah dipanggil balik menurut seksyen 13. . Pelupusan mata wang atau instrumen pencetakan dan penempaan
(2. ) Bank hendaklah mengatur pemusnahan instrumen dan bahan yang digunakan bagi pengeluaran, pencetakan atau penempaan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Bank. Pembayaran balik mata wang yang hilang, dicuri atau tidak sempurna
(a) apa-apa mata wang kertas dan mata wang syiling yang hilang, dicuri atau tidak sempurna; (b) apa-apa mata wang kertas yang rosak; atau (c) apa-apa mata wang syiling yang telah dibega.
(2. ) Walau apa pun subseksyen (1. ), Bank boleh, mengikut budi bicaranya, membayar balik nilai— (a) apa-apa mata wang kertas dan mata wang syiling yang tidak sempurna; (b) apa-apa mata wang kertas yang rosak; atau (c) apa-apa mata wang syiling yang telah dibega. Pemeliharaan kualiti dan integriti mata wang
(a) membuat suatu kontrak atau perkiraan lain dengan suatu institusi kewangan atau seorang pemproses mata wang berdaftar; atau (b) mengambil apa-apa langkah atau memudahkan apa-apa tindakan yang difikirkan patut oleh Bank.
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN MATA WANG Larangan mengeluarkan, mencetak atau menempa mata wang
16. Undang-Undang Malaysia Akta 827.
(2. ) Bagi maksud subseksyen (1. )— (a) suatu nota, syiling, token, dokumen atau instrumen berkemungkinan dikatakan sebagai sah diperakukan, jika nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu memenuhi semua ciri yang berikut: (i) nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu boleh dibayar kepada seseorang pembawa atau pemegang atas permintaan atau apabila diserahkan; (ii) nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu digunakan secara meluas di Malaysia bagi maksud pembayaran kepada mana-mana orang selain pengeluar nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu; dan (iii) nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu mempunyai nilai selain nilai intrinsiknya; (b) “mata wang asing” ertinya apa-apa nota, syiling, token, dokumen atau instrumen, sama ada ketara atau tidak ketara, yang sah diperakukan di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu; dan (c) “mengeluarkan” ertinya perbuatan menyediakan bagi kegunaan mana-mana orang awam.
(3. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Sekatan ke atas penggunaan gambar, lukisan atau reka bentuk mata wang dalam penerbitan, dsb.
(a) menggunakan apa-apa gambar atau apa-apa lukisan atau reka bentuk yang menyerupai suatu mata wang kertas atau mata wang syiling atau mana-mana bahagian daripadanya, dalam apa-apa penerbitan dalam apa-apa saiz, skala atau warna; atau (b) mengimport, membuat, menjual, mengedar atau selainnya mengagih apa-apa dagangan atau produk yang mengandungi suatu gambar, lukisan atau reka bentuk yang menyerupai suatu mata wang kertas atau mata wang syiling atau mana-mana bahagian daripadanya dalam apa-apa saiz, skala atau warna.
(2. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Larangan melebur mata wang syiling
(2. ) Bank boleh, dalam memberi apa-apa kuasa di bawah subseksyen (1. ), mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Bank.
(3. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) atau (2. ), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal seorang orang sebenar, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau (b) dalam hal suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit. Had transaksi tunai
(2. ) Bagi maksud subseksyen (1. )— (a) nilai agregat maksimum yang berlainan boleh diperuntukkan bagi tujuan, golongan orang, aktiviti, perniagaan atau profesion yang berlainan; dan (b) suatu siri transaksi hendaklah dianggap sebagai satu transaksi tunggal jika transaksi itu dibuat dengan orang yang sama, untuk tujuan yang sama dan dalam hari yang sama.
(3. ) Tiada seorang pun boleh mengusahakan atau merangka, atau membantu atau mengambil bahagian dalam penstrukturan, apa-apa transaksi dengan niat untuk mengelak daripada pemakaian subseksyen (1. ).
(4. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) atau (3. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi itu pada masa kesalahan itu dilakukan. Ketidakpakaian seksyen 21.
(a) yang dibuat oleh seseorang dengan atau melalui Bank atau suatu institusi kewangan; atau (b) diluluskan oleh Menteri, atas syor Bank, dalam hal apa-apa hal keadaan genting termasuk yang berikut: (i) bantuan kemanusiaan; atau (ii) pelepasan bencana. Mata Wang
PERNIAGAAN PEMPROSESAN MATA WANG Perisytiharan perniagaan pemprosesan mata wang
Pendaftaran Larangan menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang
(a) menjalankan suatu perniagaan pemprosesan mata wang; atau (b) mengemukakan dirinya sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar, melainkan jika orang itu berdaftar di bawah seksyen 26. .
(2. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit. Permohonan bagi pendaftaran
(a) memenuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Bank; Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14. Februari 2020. Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28. Februari 2020. Hakcipta Pencetak PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). 20. Undang-Undang Malaysia Akta 827. (b) mengemukakan suatu permohonan mengikut apa-apa bentuk dan cara, bersama-sama dengan apa-apa maklumat dan dokumen, yang ditentukan oleh Bank; dan (c) membayar fi pemprosesan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 60. .
(2. ) Tiada seorang pun boleh memohon untuk mendaftar bagi menjalankan suatu perniagaan pemprosesan mata wang melainkan jika orang itu ialah suatu syarikat.
(3. ) Bagi maksud perenggan (1. )(a), “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori, perihalan orang yang berlainan, dan untuk meminda apa-apa penetapan. Pendaftaran
(2. ) Seorang pemohon tidak boleh memulakan perniagaan pemprosesan mata wangnya sehingga pemohon itu diberitahu oleh Bank mengenai pendaftarannya di bawah Akta ini.
(3. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit. Tidak boleh didaftarkan
Penyiaran senarai pemproses mata wang berdaftar
Pembatalan pendaftaran secara sukarela
(2. ) Bank hendaklah, apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (1. ), membatalkan pendaftaran seorang pemproses mata wang berdaftar mengikut cadangan tarikh kuat kuasa yang dinyatakan dalam notis itu, jika ada, atau apa-apa tarikh terkemudian yang difikirkan patut oleh Bank.
(3. ) Bank hendaklah memberitahu seorang pemproses mata wang berdaftar mengenai tarikh kuat kuasa pembatalan pendaftaran secara sukarelanya di bawah seksyen ini. Pembatalan pendaftaran oleh Bank
(a) jika pemproses mata wang berdaftar itu mengemukakan kepada Bank maklumat yang palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap bagi maksud subseksyen 25. (1. ); (b) jika pemproses mata wang berdaftar itu telah berhenti daripada menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang; (c) jika pemproses mata wang berdaftar itu melakukan suatu kemungkiran tidak kira sama ada tindakan telah diambil berkenaan dengan kemungkiran itu; (d) jika pemproses mata wang berdaftar itu melanggar mana-mana peruntukan— (i) Akta Bank Negara Malaysia 2009. ; (ii) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. [Akta 613. ]; (iii) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. [Akta 731. ]; (iv) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. ; atau (v) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. , tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain telah diambil berkenaan dengan pelanggaran itu; (e) pengarah, ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusan pemproses mata wang berdaftar itu disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; (f) pemproses mata wang berdaftar itu telah digulungkan atau dengan apa-apa cara lain dibubarkan; atau (g) seorang penerima atau pengurus harta bagi pemproses mata wang berdaftar itu telah dilantik. Peluang untuk membuat representasi bagi tindakan di bawah seksyen 30.
(2. ) Seorang pemproses mata wang berdaftar yang telah menerima suatu notis di bawah subseksyen (1. ) hendaklah diberi suatu peluang untuk membuat suatu representasi kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.
(3. ) Jika selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2. )— (a) Bank tidak menerima apa-apa representasi, Bank hendaklah membatalkan pendaftaran pemproses mata wang berdaftar itu dan memberi pemproses mata wang berdaftar itu suatu notis mengenai pembatalan pendaftaran itu; atau (b) Bank menerima suatu representasi, Bank hendaklah, selepas mempertimbang representasi itu, memberi pemproses mata wang berdaftar itu suatu notis mengenai keputusannya sama ada untuk meneruskan pembatalan pendaftaran itu atau sebaliknya.
(4. ) Suatu pembatalan pendaftaran di bawah subseksyen (3. ) hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank dalam notisnya di bawah subseksyen (3. ).
(5. ) Jika Bank memutuskan di bawah perenggan (3. )(b) untuk tidak membatalkan pendaftaran pemproses mata wang berdaftar itu, Bank boleh mengenakan apa-apa kehendak ke atas pemproses mata wang berdaftar itu yang difikirkan patut oleh Bank. Kesan pembatalan pendaftaran
(2. ) Suatu pembatalan pendaftaran tidak boleh memberi kesan ke atas apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah, apa-apa perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh pemproses mata wang berdaftar itu dengan mana-mana orang sebelum pembatalan pendaftaran itu. Amalan berhemat dan profesional
(2. ) Seseorang pemproses mata wang berdaftar dan suatu institusi kewangan yang menjalankan aktiviti pemprosesan mata wang hendaklah mematuhi dan memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 61. , termasuk standard mengenai amalan berhemat, integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam menjalankan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya. Kewajipan pengarah dan ketua pegawai eksekutif
Fi
(2. ) Tiada pemproses mata wang berdaftar berhak untuk suatu pembayaran balik apa-apa fi yang dibayar di bawah subseksyen (1. ).
(3. ) Bank boleh membawa guaman terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan kembali apa-apa fi yang tidak dibayar di bawah Akta ini sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan dan mahkamah boleh memberikan award kos untuk mendapatkan kembali fi yang tidak dibayar itu kepada Bank. Pemeliharaan kerahsiaan
(2. ) Tiada seorang pun, yang dengan apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan urusan atau hal ehwal seseorang pelanggan seseorang pemproses mata wang berdaftar, boleh mendedahkan kepada mana-mana orang, maklumat atau dokumen itu melainkan diluluskan oleh Bank.
(3. ) Subseksyen (1. ) dan (2. ) tidak terpakai bagi apa-apa pendedahan— (a) yang dibuat kepada Bank yang berhubungan dengan pelaksanaan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah Akta ini; atau (b) apabila dikehendaki menurut undang-undang oleh mana-mana mahkamah atau mana-mana undang-undang bertulis.
(4. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) atau (2. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Penahanan mata wang yang disyaki palsu
Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan merekodkan maklumat peribadi orang yang daripadanya mata wang ditahan
(a) maklumat peribadi pemunya di sisi undang-undang atau pemunya benefisial; dan (b) maklumat peribadi pembawanya atau mana-mana orang yang memiliki mata wang kertas atau mata wang syiling yang ditahan itu sebelum penahanan itu.
(2. ) Orang yang daripadanya mata wang kertas atau mata wang syiling itu ditahan di bawah seksyen 37. hendaklah memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1. ) kepada Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan.
(3. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit. Mata Wang Mata wang diserahkan dan maklumat dikemukakan, kepada polis
Mata wang terus menjadi harta orang yang daripadanya mata wang ditahan jika mata wang adalah tulen
(2. ) Tiada seorang pun berhak mendapatkan kembali apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung olehnya disebabkan oleh penahanan mata wang kertas atau mata wang syiling di bawah seksyen 37. . Pengemukaan dokumen atau maklumat
(2. ) Bank boleh menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh Bank yang berhubungan dengan— (a) seorang pemproses mata wang berdaftar atau perniagaan pemprosesan mata wangnya; atau (b) suatu institusi kewangan atau aktiviti pemprosesan mata wangnya. 28. Undang-Undang Malaysia Akta 827.
(3. ) Jika mana-mana orang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1. ) atau (2. ), orang itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat yang betul, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan.
(4. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ), (2. ) atau (3. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Pemeriksaan Kuasa untuk memeriksa
(a) dokumen, akaun atau transaksi; (b) komputer, jentera, peralatan atau infrastruktur; dan (c) premis atau pejabat, yang berhubungan dengan perniagaan pemprosesan mata wang atau aktiviti pemprosesan mata wang seseorang pemproses mata wang berdaftar atau ejennya.
(2. ) Bagi maksud subseksyen (1. ), kuasa untuk memeriksa termasuklah kuasa untuk— (a) menguji apa-apa komputer, jentera, peralatan dan infrastruktur; (b) membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, akaun, output komputer, transaksi dan output apa-apa jentera, peralatan dan infrastruktur; dan (c) mengambil gambar apa-apa dokumen, akaun, transaksi, komputer, jentera, peralatan, infrastruktur, premis dan pejabat. Pemeriksaan orang tertentu
Hak bagi akses dan pengemukaan harta, dsb.
(a) membenarkan akses kepada apa-apa dokumen, akaun, transaksi, harta, perkakas, peralatan, jentera, komputer, output komputer, sistem, infrastruktur, premis dan pejabat; dan (b) memberikan apa-apa dokumen, akaun, transaksi, harta, perkakas, peralatan, jentera, komputer, output komputer dan sistem, kepada Bank mengikut cara dan dalam masa yang ditentukan oleh Bank.
(2. ) Bagi maksud subseksyen (1. ), orang yang diperiksa hendaklah memberikan Bank kunci, kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang diperlukan atau apa-apa cara lain bagi membolehkan pemahaman apa-apa output komputer, jentera, peralatan atau infrastruktur.
(3. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) atau (2. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit. Kehadiran di hadapan Bank
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 827. AKTA MATA WANG 2020. SUSUNAN SEKSYEN
PERMULAAN
KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN MATA WANG
(2. ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1. ) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
PENGUATKUASAAN
Tindakan oleh Bank Kemungkiran
(a) apa-apa peruntukan Akta ini; atau (b) apa-apa peraturan-peraturan, standard, spesifikasi, arahan atau kehendak yang dibuat di bawah Akta ini. Kuasa untuk mengeluarkan arahan
(a) terdapat keperluan untuk berbuat demikian sebagai suatu keputusan daripada apa-apa pemeriksaan di bawah Akta ini; atau (b) pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan itu, atau pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusannya— (i) sedang menjalankan atau telah menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang atau aktiviti pemprosesan mata wang dengan suatu cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya atau orang awam; atau (ii) sedang melakukan atau telah melakukan atau berkemungkinan melakukan suatu kemungkiran.
(2. ) Bagi maksud subseksyen (1. ), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan kepada pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan itu yang berhubungan dengan satu atau lebih maksud yang berikut: (a) untuk melarang pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu daripada menjalankan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perniagaan pemprosesan mata wangnya atau aktiviti pemprosesan mata wangnya; (b) untuk melarang pemproses mata wang berdaftar itu atau institusi kewangan itu daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi yang berkaitan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perniagaan pemprosesan mata wangnya atau aktiviti pemprosesan mata wangnya; (c) untuk menggantung perniagaan pemprosesan mata wangnya atau aktiviti pemprosesan mata wangnya pada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Bank; (d) untuk menghendaki pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu untuk— (i) mematuhi atau memberi kesan kepada; atau (ii) melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan kepada, apa-apa peruntukan, peraturan-peraturan, standard, spesifikasi, arahan atau kehendak yang dibuat di bawah Akta ini; (e) untuk menghendaki pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu untuk mengambil apa-apa langkah yang diarahkan oleh Bank untuk mengurangkan kesan suatu kemungkiran. Kuasa untuk mengambil tindakan pentadbiran
(a) menegur orang yang mungkir itu; (b) menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu pernyataan umum yang berhubungan dengan kemungkiran itu, jika difikirkan oleh Bank bahawa kemungkiran itu relevan untuk makluman orang awam; (c) jika kemungkiran itu bukanlah suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mengenakan suatu penalti monetari, dalam apa-apa amaun yang difikirkan patut oleh Bank, tetapi tidak boleh melebihi, berhubungan dengan tiap-tiap kemungkiran— (i) dalam hal suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, satu ratus ribu ringgit; atau (ii) dalam hal orang sebenar, dua puluh ribu ringgit.
(2. ) Jika suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, Bank boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1. ) terhadap seseorang yang sedang atau pernah menjadi pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusannya, pada masa kemungkiran itu dilakukan, melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiaraannya dan bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan kemungkiran itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam jawatan itu dan hal keadaan itu.
(3. ) Jika suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang yang sedang menjadi seorang pengarah atau ketua pegawai eksekutif, atau mana-mana orang yang terlibat dalam pengendalian atau pengurusan, seorang pemproses mata wang berdaftar atau suatu institusi kewangan semasa menjalankan tugasnya, Bank boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1. ) terhadap pemproses mata wang berdaftar atau institusi kewangan itu.
(4. ) Jika seseorang gagal membayar suatu penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (1. )(c) dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, Bank boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali penalti monetari itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan dan mahkamah boleh memberikan award kos untuk mendapatkan kembali penalti monetari yang tidak dibayar itu kepada Bank. Kesesuai tindakan
(a) keberkesanan tindakan yang akan diambil itu; (b) perkadaran tindakan yang akan diambil itu dengan dapatan suatu pemeriksaan atau kemungkiran yang dilakukan; (c) pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa oleh seorang pemproses mata wang berdaftar, suatu institusi kewangan atau orang lain; dan (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Bank. 34. Undang-Undang Malaysia Akta 827. Peluang untuk membuat representasi bagi tindakan di bawah seksyen 47. atau 48.
(2. ) Mana-mana orang yang telah menerima suatu notis di bawah subseksyen (1. ) hendaklah diberikan suatu peluang untuk membuat suatu representasi kepada Bank dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.
(3. ) Jika selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2. )— (a) Bank tidak menerima apa-apa representasi, Bank hendaklah meneruskan tindakan yang dicadangkan itu; atau (b) Bank menerima suatu representasi, Bank hendaklah, selepas mempertimbang representasi itu, memutuskan sama ada untuk— (i) meneruskan tindakan yang dicadangkan itu; (ii) mengubah suai tindakan yang dicadangkan itu; atau (iii) tidak mengambil tindakan lanjut, dan hendaklah memaklumkan keputusannya kepada orang itu melalui suatu notis.
(4. ) Jika Bank memutuskan untuk mengubah suai tindakan yang dicadangkan di bawah subperenggan (3. )(b)(ii), Bank hendaklah memberikan suatu notis tambahan dan suatu peluang kepada orang itu untuk membuat suatu representasi.
(5. ) Keputusan Bank di bawah perenggan (3. )(b) hendaklah mula berkuat kuasa pada apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Bank dalam notisnya. Mata Wang 35. Rayuan terhadap penalti monetari
(2. ) Keputusan Bank di bawah subseksyen 50. (3. ) yang berkenaan dengan suatu tindakan yang diambil di bawah perenggan 48. (1. )(c) tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.
(3. ) Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbang semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.
Tindakan jenayah Kesalahan oleh orang yang bertindak dalam jawatan rasmi
(2. ) Seorang orang sebenar boleh didakwa atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1. ) tanpa mengira— (a) bahawa tiada pendakwaan telah dimulakan terhadap pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu; atau 36. Undang-Undang Malaysia Akta 827. (b) bahawa pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan itu.
(3. ) Subseksyen (1. ) tidak menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu. Kesalahan oleh pekerja atau pegawai atau ejen
(a) seorang pekerja atau pegawai semasa menjalankan tugasnya; atau (b) seorang ejen semasa bertindak dalam kuasanya sebagai seorang ejen, majikan atau prinsipal orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada masa pelakuan kesalahan itu, disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama bagi kesalahan yang dilakukan oleh pekerja atau pegawai atau ejen itu.
(2. ) Tiada apa-apa jua di bawah subseksyen (1. ) boleh melepaskan seseorang pekerja atau pegawai atau ejen daripada apa-apa liabiliti bagi suatu kesalahan. Percubaan, persubahatan dan komplot
(a) cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; (b) membuat suatu perbuatan sebagai persediaan bagi, atau bagi membantu, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (c) bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan disebabkan olehnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti yang sama bagi kesalahan itu.
(2. ) Bagi maksud subseksyen (1. )— (a) "komplot jenayah" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 120. A Kanun Keseksaan [Akta 574. ]; (b) "subahat" mempunyai erti yang sama diberikan kepadanya dalam seksyen 107. Kanun Keseksaan; dan (c) jika hukuman yang berbeza diperuntukkan bagi seorang orang sebenar dan bagi suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, orang yang melakukan suatu kesalahan itu hendaklah bertanggungan bagi hukuman yang diperuntukkan bagi seorang orang sebenar jika dia ialah seorang orang sebenar atau hendaklah bertanggungan bagi hukuman yang diperuntukkan bagi suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan jika ia ialah suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan. Kesalahan boleh tangkap
Pencantuman kesalahan
38. Undang-Undang Malaysia Akta 827. Pengkompaunan kesalahan
(a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; (b) kriteria untuk mengkompaun kesalahan itu; dan (c) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2. ) Gabenor boleh, dengan izin Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Gabenor suatu jumlah wang yang tidak melebihi jumlah denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu.
(3. ) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2. ) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4. ) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1. ), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkenaan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Bank. Pendakwaan
Mata Wang
AM Wang yang diterima oleh Bank
(a) fi yang dibayar oleh seseorang di bawah seksyen 25. atau 35. ; (b) penalti monetari yang dibayar di bawah seksyen 48. ; dan (c) kompaun yang dibayar di bawah seksyen 57. . Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2. ) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1. ), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan— (a) bagi fi yang kena dibayar kepada Bank berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini; (b) bagi pendaftaran seseorang pemproses mata wang berdaftar; dan (c) bagi apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan mata wang.
(3. ) Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu. Undang-Undang Malaysia Akta 827.
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN MATA WANG
PERNIAGAAN PEMPROSESAN MATA WANG
Pendaftaran
Kewajipan pemproses mata wang berdaftar
(4. ) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikaitkan dengan semua atau apa-apa golongan, kategori atau perihalan orang, dan Menteri, atas syor Bank, boleh membuat peruntukan yang berlainan bagi golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan. Kuasa untuk mengeluarkan standard
(a) bagi maksud melaksanakan maksudnya dan menjalankan fungsinya atau menjalankan urusannya atau hal ehwalnya; (b) bagi maksud memberikan kesan sepenuhnya kepada mana-mana peruntukan Akta ini; atau (c) bagi pelaksanaan lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan-peruntukan Akta ini. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan
(a) yang berhubungan dengan peruntukan Akta ini; (b) bagi maksud menjalankan atau mencapai objektif pengawalseliaan Akta ini; atau (c) yang berhubungan dengan apa-apa perkara lain yang pada pendapat Bank adalah wajar untuk diberikan maklumat, nasihat atau syor. Peruntukan berhubungan dengan kelulusan, standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan
(a) boleh diberikan atau dibuat secara am atau khusus; dan (b) boleh dipinda atau dibatalkan oleh Bank.
(2. ) Apa-apa standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
(3. ) Apa-apa kelulusan yang diberikan, atau standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dikeluarkan atau dimaklumkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Bank. Penyiaran tindakan penguatkuasaan
Pindaan Jadual
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
(a) Menteri; 42. Undang-Undang Malaysia Akta 827. (b) Bank; (c) Gabenor; (d) mana-mana anggota Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari; (e) mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank; atau (f) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Bank, bagi atau atas sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan, pernyataan atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan, atau yang berupa sebagai dibuat atau ditinggalkan, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, atau apa-apa kelulusan yang diberikan, arahan, penetapan, spesifikasi, standard, kehendak, perintah, garis panduan dan peraturan-peraturan yang dibuat, di bawah Akta ini, jika perbuatan, pernyataan atau peninggalan yang dibuat atau ditinggalkan, atau yang berupa sebagai dibuat atau ditinggalkan, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang dimaksudkan untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, atau kelulusan yang diberikan, arahan, penetapan, spesifikasi, standard, kehendak, perintah, garis panduan dan peraturan-peraturan itu yang dibuat, di bawah Akta ini, dibuat atau ditinggalkan dengan suci hati. Pemakaian seksyen 77. Akta Bank Negara Malaysia 2009. , Penggal 2. Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. dan Penggal 2. Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
(2. ) Akta ini hendaklah dibaca tertakluk kepada peruntukan seksyen 77. Akta Bank Negara Malaysia 2009. , Penggal 2. Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. dan Penggal 2. Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. dan dalam keadaan berlaku apa-apa percanggahan antara Akta ini dengan peruntukan itu, peruntukan itu hendaklah dipakai.
(3. ) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dianggapkan sebagai suatu kelulusan bagi maksud Penggal 2. Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. dan Penggal 2. Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. . Pengecualian
KECUALIAN DAN PERALIHAN Kecualian
(a) kelulusan atau penentuan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 23. Akta Bank Negara Malaysia 1958. [Akta 519. ] hendaklah disifatkan sebagai kelulusan oleh Menteri di bawah seksyen 9. ; dan (b) kebenaran yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 27. A Akta Bank Negara Malaysia 1958. hendaklah disifatkan sebagai kelulusan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen 19. (1. ), dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya yang berhubungan dengan orang yang kepadanya kelulusan atau penentuan atau kebenaran itu terpakai sehingga kelulusan atau penentuan atau kebenaran itu dipinda atau dibatalkan. 44. Undang-Undang Malaysia Akta 827. Peralihan
(2. ) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1. ) berniat untuk meneruskan perniagaan pemprosesan mata wang itu selepas tamatnya tempoh tangguh itu, orang itu hendaklah membuat suatu permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar di bawah seksyen 25. dalam tempoh tangguh itu.
(3. ) Jika seseorang yang disebut dalam perenggan (1. ) telah didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar oleh Bank, pemproses mata wang berdaftar itu diberi tempoh tangguh tambahan selama enam bulan dari tamatnya tempoh tangguh itu bagi mematuhi sepenuhnya peruntukan dalam Penggal 2. Bahagian IV dan apa-apa ketakpatuhan selepas tamatnya tempoh tangguh tambahan itu akan tertakluk kepada tindakan yang diperuntukkan dalam peruntukan yang berkenaan.
(4. ) Jika seseorang tidak memohon untuk didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar atau permohonan pendaftarannya ditolak apabila tamatnya tempoh tangguh itu, orang itu hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada menjalankan perniagaan pemprosesan mata wang, pada tarikh akhir tempoh tangguh itu.
(5. ) Tempoh tangguh di bawah subseksyen (1. ) hendaklah tamat dalam hal jika seseorang itu telah memohon untuk didaftarkan sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar— (a) pada tarikh permohonan bagi pendaftaran sebagai seorang pemproses mata wang berdaftar itu diterima oleh Bank dan suatu pemberitahuan di bawah seksyen 26. dikeluarkan; atau (b) pada tarikh penyampaian suatu notis di bawah seksyen 27. yang menyatakan bahawa permohonan bagi pendaftaran itu ditolak oleh Bank. Mata Wang
JADUAL PERTAMA [Seksyen 3] ORANG YANG DIISYTIHARKAN SEBAGAI INSTITUSI KEWANGAN 1. Pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 diisytiharkan sebagai institusi kewangan bagi maksud seksyen 22, 33, 34, 37, 38, 39, 41, 42, 43, 44 dan 45 dan Penggal 1 Bahagian V. JADUAL KEDUA [Subseksyen 10(2) dan 21(1)] HAD SAH DIPERLAKUKAN 1. Mata wang syiling adalah sah diperakukan bagi pembayaran apa-apa amaun sehingga nilai agregat dua puluh lima keping mata wang syiling dalam apa-apa pembayaran tunggal. HAD BAGI TRANSAKSI TUNAI Tiada Seksyen 37. Penahanan mata wang yang disyaki palsu 38. Bank, pemproses mata wang berdaftar dan institusi kewangan merekodkan maklumat peribadi orang yang daripadanya mata wang ditahan 39. Mata wang diserahkan dan maklumat dikemukakan, kepada polis 40. Mata wang terus menjadi harta orang yang daripadanya mata wang ditahan jika mata wang adalah tulen 41. Pengemukaan dokumen atau maklumat Penggal 3 Pemeriksaan 42. Kuasa untuk memeriksa 43. Pemeriksaan orang tertentu 44. Hak bagi akses dan pengemukaan harta, dsb. 45. Kehadiran di hadapan Bank Bahagian V PENGUATKUASAAN Penggal 1 Tindakan oleh Bank 46. Kemungkiran 47. Kuasa untuk mengeluarkan arahan 48. Kuasa untuk mengambil tindakan pentadbiran 49. Kesesuaian tindakan 50. Peluang untuk membuat representasi bagi tindakan di bawah seksyen 47 atau 48 51. Rayuan terhadap penalti monetari Penggal 2 Tindakan jenayah 52. Kesalahan oleh orang yang bertindak dalam jawatan rasmi 53. Kesalahan oleh pekerja atau pegawai atau ejen 54. Percubaan, persubahatan dan komplot Seksyen 55. Kesalahan boleh tangkap 56. Pencantuman kesalahan 57. Pengkompaunan kesalahan 58. Pendakwaan Bahagian VI AM 59. Wang yang diterima oleh Bank 60. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 61. Kuasa untuk mengeluarkan standard 62. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan 63. Peruntukan berhubungan dengan kelulusan, standard, spesifikasi, notis, kehendak, arahan, perintah atau garis panduan 64. Penyiaran tindakan penguatkuasaan 65. Pindaan Jadual 66. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 67. Pemakaian seksyen 77 Akta Bank Negara Malaysia 2009, Penggal 2 Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Penggal 2 Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 68. Pengecualian Bahagian VII KECUALIAN DAN PERALIHAN 69. Kecualian 70. Peralihan Jadual Pertama Jadual Kedua UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 827 AKTA MATA WANG 2020 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang dan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mata Wang 2020. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aktiviti pemprosesan mata wang” ertinya— (a) pengisihan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut ketulenan atau kualiti; atau (b) pembungkusan mata wang kertas atau mata wang syiling mengikut kualiti, kuantiti atau denominasi; “Bank” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701]; “Gabenor” ertinya Gabenor Bank; “institusi kewangan” ertinya— (a) suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; atau (b) mana-mana orang yang diisytiharkan sebagai suatu institusi kewangan dalam Jadual Pertama; “instrumen atau bahan” termasuklah— (a) yang berhubungan dengan mata wang kertas, filem asal, progresif, plat, pruf, dan mata wang kertas yang belum dicetak, separuh dicetak atau siap dicetak; (b) yang berhubungan dengan mata wang syiling, reka bentuk, acuan, roda huruf, penebuk, kolar, dai, peralatan kerja, blok gergaji dan penghuruftan, syiling kosong dan mata wang syiling yang siap ditempa; dan (c) apa-apa perkakas, kelengkapan dan jentera yang berhubungan dengan pengeluaran, pencetakan atau penempaan mata wang kertas atau mata wang syiling; "Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari" ertinya Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 238 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; "komputer" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; "mata wang kertas" ertinya suatu wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank termasuk suatu wang kertas peringatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk, atau bagi memperingati, suatu peristiwa atau tujuan tertentu; "mata wang syiling" ertinya suatu syiling yang dikeluarkan oleh Bank termasuk suatu wang syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank untuk, atau bagi memperingati, suatu peristiwa atau tujuan tertentu; "Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; "orang" ertinya mana-mana orang sebenar, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau yang tidak diperbadankan dan termasuklah Kerajaan dan mana-mana Kerajaan Negeri; "output komputer" ertinya suatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau yang lain— (a) yang dikeluarkan oleh suatu komputer; (b) yang ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau (c) yang diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan dalam bentuk sedemikian;