UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 31
Pertama kali diperbuat … … … 1957 (Ordinan No. 76 tahun 1957)
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi saraan, keistimewaan dan perlindungan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, bagi hukuman kesalahan yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Saraan 3. Peruntukan menghalang dua gaji 4. Pertanggungan gaji 5. Komunikasi tertentu adalah terlindung 6. Perlindungan anggota 7. Anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya disifatkan sebagai pekhidmat awam 8. Memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya 9. Penyiaran dan penzahiran maklumat tanpa kebenaran 10. Mempengaruhi atau cuba mempengaruhi Suruhanjaya 11. Keizinan Pendakwa Raya terhadap pendakwaan 12. Jadual boleh dipinda melalui peraturan-peraturan Jadual
Saraan bagi anggota Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah terdiri daripada gaji atau elaun tetap, elaun dan keistimewaan yang ditetapkan dalam Jadual.
Gaji atau elaun tetap bagi setiap anggota Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah— (a) bermula dari tarikh pelantikannya; *CATATAN—lihat seksyen 6 Akta A1095. **CATATAN—lihat seksyen 6 Akta A585. (b) terakru dari hari ke hari; dan (c) kena dibayar setiap bulan pada hari akhir setiap bulan atau pada mana-mana hari lain yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Perbendaharaan.
Tiada seorang pun anggota Suruhanjaya Pilihan Raya atau mana-mana orang lain, tanpa kebenaran bertulis Yang di- Pertuan Agong, boleh menyiarkan atau menzahirkan, kepada mana-mana orang yang tidak diberi kebenaran atau selain dalam perjalanan kewajipan, kandungan atau mana-mana bahagian kandungan apa-apa dokumen, komunikasi atau maklumat jua pun yang telah sampai kepada pengetahuannya dalam perjalanan kewajipannya sebagai anggota berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penjalanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mana-mana fungsinya, dan mana-mana orang yang dengan disedarinya melakukan perbuatan yang melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Jika mana-mana orang yang memiliki apa-apa maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar seksyen ini menyiarkan atau menyampaikan maklumat itu kepada mana- mana orang selain bagi maksud sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang mana-mana orang memberikan apa-apa maklumat atau bantuan apabila diminta dengan rasmi oleh Suruhanjaya.
J adual [Seksyen 2]
aJi : Pengerusi RM18,891.29 sebulan Timbalan Pengerusi RM16,868.35 sebulan E laun T ETap : Anggota RM14,587.54 sebulan E laun M EManGku : (a) Sekiranya Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota melaksanakan fungsi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi selama suatu tempoh yang melebihi dua puluh lapan hari, dia berhak mendapat elaun memangku yang sama nilainya dengan perbezaan antara gaji atau elaun tetapnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan gaji jawatan yang dipangkunya. (b) Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota yang pernah diminta melaksanakan fungsi Pengerusi bagi kali kedua atau kemudiannya berhak mendapat elaun memangku, jika dia melaksanakan fungsi itu selama tempoh yang melebihi empat belas hari, termasuk hari kelepasan am.
laun S ara H idup ( dalaM n EGEri ): (a) apabila bertugas di luar kawasan selama tempoh dua puluh empat jam dan lebih: Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Timbalan Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. (b) apabila bertugas di luar kawasan selama tempoh yang melebihi lapan jam tetapi kurang daripada dua puluh empat jam kadarnya ialah separuh daripada kadar dalam subperenggan (a).
ErbElanJaan p EnGinapan H oTEl dan l oJinG ( dalaM n EGEri ): Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Timbalan Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
laun p ErJalanan M EnGGunakan k EndEraan S Endiri : (tidak termasuk perjalanan dari rumah ke pejabat dan sebaliknya) Seseorang anggota Suruhanjaya yang menggunakan kenderaannya sendiri semasa menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya layak menuntut elaun perjalanan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam *Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. *CATATAN—Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 telah menggantikan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.
EMudaHan p ErubaTan : Rawatan pesakit luar percuma bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota, suami atau isteri dan anak-anak mereka tetapi jika dimasukkan ke hospital bayaran wad harian kena dibayar mengikut kadar yang dikenakan ke atas pegawai Bahagian I kecuali jika kemasukan ke hospital adalah akibat kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas. Jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota itu ialah seorang pesara dia boleh memilih kemudahan perubatan yang disediakan untuk pesara. “Anak” ertinya mana-mana anak tanggungan berumur di bawah 21 tahun bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota, atau mana-mana anak tanggungan yang mengikuti pengajian untuk mendapatkan ijazah pertama di sesuatu institusi pengajian tinggi dan termasuklah seseorang anak yang terencat akal atau cacat anggota yang mengenainya had umur tidak terpakai. Ia hendaklah juga termasuk seseorang anak tiri atau anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang atau adat yang diiktiraf.
uTi : (a) Tiga puluh hari cuti rehat hendaklah diberikan bagi setiap tahun genap perkhidmatan dengan Suruhanjaya; (b) seseorang anggota boleh membawa ke hadapan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskannya dalam tahun berkenaan ke tahun berikutnya berhubung dengan tempoh jawatannya; dan (c) seseorang anggota boleh memohon cuti khas menunaikan fardu Haji dengan syarat bahawa dia belum lagi menggunakan keistimewaan ini semasa dalam perkhidmatan awam dan tertakluk kepada terma dan syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
laun p EruMaHan b ulanan : Rumah kerajaan berperabot Kelas “B” atau “C” hendaklah diperuntukkan dengan percuma atau jika tidak tinggal di rumah kerajaan elaun perumahan pada kadar yang berikut hendaklah dibayar: Pengerusi RM2,500 Timbalan Pengerusi RM1,600 Anggota RM1,300
anJaran : Suatu ganjaran mengikut kadar 17½%–12% caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) x jumlah bulan genap perkhidmatan x gaji pokok akhir selepas ditolak caruman majikan kepada KWSP hendaklah dibayar— (a) apabila tamat tempoh pelantikan anggota itu tetapi jika seseorang anggota dilantik selama lebih daripada satu penggal dia boleh memilih sama ada dibayar pada akhir setiap penggal atau sehingga dia telah menyempurnakan kesemua penggal (dalam mana-mana satu hal dia berhak mendapat pengecualian daripada cukai pendapatan hanya sekali); atau (b) kepada mana-mana tanggungannya sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau jika tidak ada tanggungan, kepada wakil dirinya, jika dia mati semasa memegang jawatan.
EndaHuluan unTuk M EMbEli k EndEraan : (kena dibayar dalam tempoh jawatan anggota itu yang dalamnya pendahuluan itu diberikan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan atau Surat Pekeliling Pendahuluan Membeli Kenderaan bagi anggota perkhidmatan awam atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa). Pengerusi dan Timbalan Pengerusi RM70,000 Anggota RM65,000
laun p EMandu : Pengerusi dan Timbalan Pengerusi disediakan seorang pemandu atau jika pemandu yang diambil kerja bukan daripada perkhidmatan awam, gaji berasaskan Gred R3 dalam Sistem Saraan Malaysia. Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
ErJalanan u dara : (“dalam negeri” ertinya penerbangan di dalam dan ke dan dari Brunei, Kalimantan, Malaysia, Singapura dan Thailand (dari Phuket ke selatan)). Pengerusi, Timbalan Kelas Satu (bukan dalam negeri dan Pengerusi dan anggota dalam negeri).
laun k Eraian b ulanan : Pengerusi RM5,000 Timbalan Pengerusi RM3,050 Anggota RM2,500
ErETa r aSMi : Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah diperuntukkan suatu kereta rasmi sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
Elayakan T aMbanG k ETika M Elaporkan d iri : Seseorang anggota Suruhanjaya berhak— (a) menuntut tambang penerbangan berasaskan kelayakannya apabila terbang untuk melaporkan diri; (b) tambang penerbangan bagi suami/isteri dan anak di bawah umur 21 tahun; dan (c) elaun perpindahan ke negeri asal apabila tempoh jawatannya tamat.
laun G anTian : Seseorang anggota Suruhanjaya berhak mendapat elaun gantian apabila menggunakan kenderaannya sendiri untuk menjalankan fungsi rasmi di luar ibu pejabat tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
EndaHuluan : Apabila menjalankan fungsi rasmi di luar ibu pejabat, seseorang anggota Suruhanjaya berhak mendapat pendahuluan tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
ErbElanJaan p ElbaGai : Apabila membuat perjalanan untuk menjalankan fungsi rasmi, perbelanjaan pelbagai yang berikut yang dilakukan hendaklah dibayar balik: (a) bayaran telefon, telegram atau bayaran pos yang dilakukan berkenaan dengan fungsi rasmi itu; (b) belanja dobi (yang disokong dengan resit) yang dilakukan semasa menginap di hotel selama lebih daripada tiga hari; dan (c) bayaran tempat meletak kereta, tol dan feri (yang disokong dengan resit ).
laun M EnyElEnGGara r uMaH : Pengerusi RM3,000 setahun Timbalan Pengerusi dan Anggota RM2,000 setahun
laun p EMbanTu r uMaH : Pengerusi RM1,000 sebulan Timbalan Pengerusi dan Anggota RM500 sebulan
ayaran b Ekalan a ir dan E lEkTrik : Pengerusi berhak dibekali bekalan air dan elektrik secara percuma.
ErTuGaS r aSMi di l uar M alaySia : (a) Elaun Sara Hidup Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Timbalan Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. (b) Bayaran Sewa Hotel dan Lojing Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “A” dan ke atas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Timbalan Pengerusi bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “B” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. Anggota bersamaan dengan anggota perkhidmatan awam dalam Gred Utama/Khas “C” mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. (c) Belanja Pelbagai Apabila menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia, seseorang anggota Suruhanjaya berhak menuntut belanja pelbagai mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam *Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. *CATATAN—Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 telah menggantikan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992. (d) Elaun Pakaian Panas Apabila dikehendaki menjalankan tugas rasmi di negara beriklim sederhana, seseorang anggota Suruhanjaya layak menuntut Elaun Pakaian Panas mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam *Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
kiM e x g ratia baGi b EnCana k ErJa : Seseorang anggota Suruhanjaya yang terlibat dalam kemalangan atau tercedera semasa menjalankan tugas rasmi berhak menerima faedah mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001 atau sebagaimana yang ditentukan oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa.
uTi S akiT : Seseorang anggota Suruhanjaya berhak mendapat kemudahan cuti sakit mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dalam Bahagian III Perintah Am Bab C Tahun 1974 serta Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2006 atau apa-apa pindaan mengenainya. *CATATAN—Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 telah menggantikan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari L.N. 202/65 Perintah Pengubahsuaian Undang- Undang (Suruhanjaya Pilihan Raya) (Perluasan ke Sabah) 1965 L.N. 246/1965 Pembetulan kepada L.N. 202/1965 P.U. 273/1966 Perintah Pengubahsuaian Undang- Undang (Suruhanjaya Pilihan Raya) (Perluasan ke Sarawak) 1966 Akta A150 Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan) 1972 Akta A165 Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan) 1973 Akta A214 Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan) (No. 2) 1973 Akta A469 Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan) 1979 P.U. (A) 97/1981 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual Kedua) 1981 Akta A510 Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan) 1981 Akta A524 Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan) 1981 P.U. (A) 314/1981 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 1981 Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. (A) 427/1989 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 1989 P.U. (A) 365/1991 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 1991 Perenggan 2(a): 01-01-1991; Perenggan 2(b) & (c): 01-03-1991 P.U. (A) 79/1992 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 1992 Subperaturan 2(1): 01-01-1989; Subperaturan 3(1): 01-01-1992 P.U. (A) 331/1996 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 1996 P.U. (A) 599/1996 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) (No. 2) 1996 P.U. (A) 231/1998 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 1998 P.U. (A) 222/2000 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2000 P.U. (A) 408/2000 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) (No. 2) 2000 P.U. (A) 243/2001 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2001 P.U. (A) 163/2002 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2002 P.U. (A) 32/2003 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2003 Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.U. (A) 229/2004 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2001 – Pembetulan P.U. (A) 19/2005 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2005 P.U. (A) 24/2005 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) (No. 2) 2005 P.U. (A) 416/2007 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2007 P.U. (A) 118/2010 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2010 P.U. (A) 270/2012 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2012 P.U. (A) 348/2012 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) (No. 2) 2012 P.U. (A) 152/2014 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) 2014 P.U. (A) 196/2014 Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (Pindaan Jadual) (No. 2) 2014
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A150 Akta A469 Akta A524 Akta A469 Akta A524 Jadual Akta A150 Akta A165 Akta A214 Akta A469 Akta A510 P.U. (A) 97/1981 Akta A524 P.U. (A) 314/1981 P.U. (A) 427/1989 P.U. (A) 365/1991 01-01-1991; P.U. (A) 79/1992 01-01-1989; P.U. (A) 331/1996 P.U. (A) 599/1996 P.U. (A) 231/1998 P.U. (A) 222/2000 P.U. (A) 408/2000 P.U. (A) 243/2001 P.U. (A) 163/2002 P.U. (A) 32/2003 P.U. (A) 19/2005 P.U. (A) 24/2005 P.U. (A) 416/2007 P.U. (A) 118/2010 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari P.U. (A) 270/2012 P.U. (A) 348/2012 P.U. (A) 152/2014 P.U. (A) 196/2014 01-08-2012 01-08-2012 01-01-2013 01-06-2014