로고

Sebagaimana pada 1 November 2022

Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973 Tarikh Perkenan Diraja 20 Mac 1973 Tarikh penyiaran dalam Warta 22 Mac 1973 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1668 yang mula berkuat kuasa pada 1 November 2022 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … … Cetakan Semula Yang Kedua … … … … Cetakan Semula Yang Ketiga … … … … Cetakan Semula Yang Keempat … … … … UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 101 AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN 22. Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan 22 A . Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan kelakuan dan tatatertib 22 B . Surcaj 23. Lembaga boleh menubuhkan perbadanan 24. Lembaga boleh memperbadankan syarikat 25. Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan Jadual Pertama Jadual Kedua Jadual Ketiga UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 101 AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Tabung Angkatan Tentera bagi maksud utama mengadakan faedah persaraan dan faedah lain bagi pencarum, dan bagi maksud sampingan yang menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan, dan menyediakan faedah lain bagi, personel akan bersara dan personel bersara angkatan tetap Malaysia dan anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela. [1 Ogos 1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran Bahagian II PENUBUHAN TABUNG ANGKATAN TENTERA 3. Tabung dan tujuannya 3 A . (Dipotong) 4. Penubuhan dan pemerbadanan Lembaga Tabung 5. Fungsi Lembaga dan penubuhan jawatankuasa oleh Lembaga 6. Penubuhan suatu Panel Pelaburan 7. Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga 8. Kewajipan dan tanggungjawab anggota, dsb. 9. Caruman askar-lasykar 9 A . Caruman pegawai 10. Caruman sukarela kepada Tabung 11. Perisytiharan keuntungan 12. Pengeluaran 12 A . Lembaga menetapkan terma dan syarat pengeluaran, dsb. Seksyen 13. Caruman tidak boleh diserahhakan atau ditahan, dsb. 14. Kuasa untuk meminjam 15. Pelaburan oleh Lembaga 15 A . Penubuhan skim faedah kematian dan hilang upaya 15 B . Menteri boleh menggantung, mengubah atau menghentikan skim faedah kematian dan hilang upaya 15 C . Faedah unit amanah 15 D . Penubuhan skim anuiti veteran 16. Anggaran tahunan 17. Akaun dan audit 18. Laporan tahunan Bahagian III AM 19. Pelantikan Ketua Eksekutif, Timbalan Ketua Eksekutif dan pegawai dan pekhidmat Lembaga 20. Anggota, pegawai dan pekhidmat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam 21. Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973.

(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela” ertinya anggota kerahan angkatan sukarela yang pada atau selepas 1 Ogos 1972 telah berkhidmat selama tempoh sembilan tahun berturut-turut dan yang layak, tertakluk pada syarat yang dikenakan dalam mana-mana peraturan yang berhubungan dengan faedah sampingan, untuk dipertimbangkan bagi faedah sampingan itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “anggota kerahan angkatan sukarela” ertinya anggota angkatan sukarela yang— (a) sedang atau telah dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa di bawah seksyen 202 Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77]; atau (b) sedang atau telah dipertugaskan kepada angkatan tetap di bawah subseksyen 201(3) Akta Angkatan Tentera 1972; “angkatan sukarela” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Angkatan Tentera 1972 dan termasuk angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah  Ordinan Askar Wataniah 1958 [Ord. 52 tahun 1958], *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Laut 1958 [Ord. 55 tahun 1958] dan *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara 1958 [Ord. 58 tahun 1958] dan disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972; “askar-lasykar” ertinya, mana-mana orang selain seseorang pegawai, yang didaftarkan dalam angkatan tetap Malaysia; “faedah sampingan”, berhubung dengan anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, ertinya pembangunan sosioekonomi atau rancangan, aktiviti atau faedah kebajikan atau faedah-faedah lain yang diperuntukkan bagi anggota itu;   CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77]. “faedah unit amanah” ertinya faedah yang baginya peruntukan dibuat dalam seksyen 15 C ; “Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; “Panel Pelaburan” ertinya Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6; “pencarum” ertinya seseorang yang mencarum kepada Tabung dan termasuklah seseorang yang telah berhenti daripada mencarum tetapi belum mengeluarkan kesemua carumannya daripada Tabung itu; “pencen” ertinya pencen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan pencen bagi anggota angkatan tetap Malaysia; “perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “personel akan bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar yang hampir akan bersara atau hampir akan diberhentikan atau yang perkhidmatannya dengan angkatan tetap Malaysia hampir akan ditamatkan atau genap tempoh; “personel bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar- lasykar yang telah bersara atau telah diberhentikan atau yang telah menamatkan atau genap tempoh perkhidmatannya dengan angkatan tetap Malaysia; “skim anuiti veteran” ertinya skim yang ditubuhkan di bawah

seksyen 15

D bagi pembayaran anuiti; “syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], suatu syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berbidang kuasa asing; “Tabung” ertinya Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Bahagian II Tabung dan tujuannya

PENUBUHAN TABUNG ANGKATAN TENTERA

3. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Tabung Angkatan Tentera” ditubuhkan (kemudian daripada ini disebut “Tabung”) bagi maksud yang berikut:

(a) bagi maksud utama mengadakan faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15 A , kepada orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(a), dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa); dan (b) bagi maksud sampingan menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(b). (1 A ) Yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Tabung: (a) semua caruman yang dibayar sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan apa-apa jumlah wang lain yang diarahkan oleh Akta ini untuk dibayar ke dalam Tabung; (b) semua wang yang didapati daripada pelaburan atau melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Tabung dan Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; (bb) suatu pemberian tahunan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan bagi maksud dan perkara sampingan yang berhubungan dengannya di bawah perenggan (1)(b); (c) semua pemberian, derma, endowmen, hadiah, pinjaman, caruman dan bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah Tabung; (d) semua jumlah wang yang dari semasa ke semasa genap masanya dibayar kepada Tabung berkenaan dengan pembayaran bagi apa-apa pinjaman yang telah diberikan daripada Tabung dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu; (e) wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Tabung; (f) semua jumlah wang lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada Tabung berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(2) Tabung boleh digunakan bagi—

(a) pengeluaran deposit dengan apa-apa keuntungan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini; (aa) pembelian unit dalam mana-mana skim amanah saham bagi faedah dan untuk diperuntukkan kepada pencarum dan kos pentadbiran dan kos lain yang berhubungan dengan faedah unit amanah itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (b) pembayaran balik dan bunga atas peminjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya supaya dibayar daripada Tabung itu; (ba) pembayaran faedah kematian dan hilang upaya menurut skim itu; (bb) pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran; (bc) aktiviti sosioekonomi, program kebajikan dan apa-apa aktiviti dan faedah lain yang boleh meningkatkan keadaan sosioekonomi mana-mana personel akan bersara atau personel bersara, atau mana-mana anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, termasuk pinjaman kepada orang itu; (bd) membiayai perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga atau mana-mana badan lain termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23, yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti, program atau faedah yang disebut dalam perenggan (bc); (c) perbelanjaan pentadbiran termasuk gaji dan faedah penamatan; (d) perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan Tabung dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award yang diberikan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, Pengerusi, mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan, mana-mana ahli Panel Pelaburan, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya sedemikian.

(3) Bagi maksud seksyen ini—

(a) faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang diwujudkan di bawah seksyen 15 A hendaklah diberikan kepada— (i) askar-lasykar; (i A ) pegawai yang mencarum kepada Tabung; (ii) anggota lain dalam angkatan tetap Malaysia yang mencarum kepada Tabung; dan (iii) anggota-anggota kerahan angkatan sukarela yang mencarum kepada Tabung; (aa) faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15 D

(1)(a) dan pegawai yang disebut dalam perenggan 15

D

(1)(b); dan

(b) faedah sampingan hendaklah diberikan kepada— (i) personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap Malaysia; atau (ii) anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, yang ditentukan oleh Lembaga.

(4) Lembaga hanya boleh menggunakan apa-apa wang daripada Tabung bagi maksud yang disebut dalam perenggan (1)(b), (2)(bc) dan (bd) jika Lembaga telah menggunakan wang yang disebut dalam perenggan (1 3 A Penubuhan dan pemerbadanan Lembaga Tabung

A )(bb) dan jika terdapat jumlah wang yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya di bawah seksyen 11. . (Dipotong oleh Akta A929).

4. (1) Bagi maksud menguruskan dan menyenggarakan Tabung itu ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turu

n- temurun bernama “Lembaga Tabung” (kemudian daripada ini disebut “Lembaga”).

(2) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan memiliki apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakan, menyerahkan balik, memulangkan balik, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(3) Lembaga hendaklah terdiri daripada—

(a) seorang Pengerusi iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri; (b) seorang Timbalan Pengerusi iaitu seorang wakil dari Kementerian Pertahanan; (c) Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; (ca) Ketua Eksekutif yang hendaklah menjadi seorang anggota ex-officio; (d) empat orang anggota yang dilantik oleh Menteri untuk mewakili pencarum, seorang daripadanya hendaklah  Panglima Angkatan Tentera; (e) beberapa orang anggota lain, tidak lebih daripada empat orang, yang dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga. (3 A ) Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (3), Menteri hendaklah mengambil kira— (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga. (3 B ) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (3), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Lembaga, jika dia— (a) seorang bankrap yang belum dilepaskan; (b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan; (c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;   CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Ketua Turus Angkatan Tentera”—lihat subseksyen 10(2) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2001 [Akta A1130] yang m.b.p. 28 September 2001. (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam; (e) telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau (f) telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertinbangannya. (3 C ) Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3 B ) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.

(4) Fungsi Lembaga dan penubuhan jawatankuasa oleh Lembaga

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga.

5. (1) Menjadi fungsi Lembaga untuk mentadbirkan dan menguruskan Tabung mengikut apa-apa cara yang akan memajukan kepentingan pencarum dan juga personel akan bersara dan personel bersara yang berkenaan dalam angkatan tetap Malaysia dan anggota kerahan angkatan sukarela dan membentuk dasar yang berkaitan dengan mana-mana fungsinya dan melakukan apa-apa perkara lain yang boleh dilakukan di bawah Akta ini.

(2) Bagi maksud membantu Lembaga menjalankan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang terdiri daripada mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Lembaga.

(3) Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan dalam menjalankan fungsinya atau bagi menguatkuasakan dengan lebih berkesan maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Tabung semua bayaran dan perbelanjaan yang Penubuhan suatu Panel Pelaburan

dilakukan sedemikian.

6. (1) Suatu Panel Pelaburan yang bertanggungjawab bagi perkara berhubung dengan pelaburan aset Tabung hendaklah ditubuhkan dan Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 11.

(2) Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada—

(a) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga; (b) (Dipotong oleh Akta A1506); (c) Panglima Angkatan Tentera; (ca) seorang wakil daripada Kementerian Pertahanan; (d) seorang wakil daripada Kementerian Kewangan; (e) empat orang anggota lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, pengurusan risiko pelaburan, aktuari, perbankan, undang-undang atau kewangan yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga. (2 A ) Bagi maksud perenggan (2)(a), Pengerusi tidak boleh menjadi Pengerusi Lembaga. (2 B ) Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira— (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Panel Pelaburan; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Panel Pelaburan. (2 C ) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Panel Pelaburan, jika dia— (a) seorang bankrap yang belum dilepaskan; (b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan; (c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan; (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam; (e) telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau (f) telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertimbangannya. (2 D ) Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (2 C ) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.

(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Panel Pelaburan. Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga

7. (1) Menteri boleh memberi Lembaga apa-apa arahan secara am yang tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini berhubung dengan penjalanan dan pelaksanaan fungsi Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu.

(2) Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Menteri. Kewajipan dan tanggungjawab anggota, dsb.

8. (1) Anggota Lembaga, anggota Panel Pelaburan, anggota jawatankuasa Lembaga, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah—

(a) pada setiap masa, menjalankan kuasanya mengikut Akta ini bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan Tabung; dan (b) menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya dengan ketelitian, kemahiran dan ketekunan yang munasabah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada seorang yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama.

(2) Anggota Lembaga, anggota Panel Pelaburan, anggota jawatankuasa Lembaga, pegawai dan pekhidmat Lembaga yang telah memungkiri atau gagal mematuhi, telah menyumbang kepada kemungkiran atau ketidakpatuhan atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tindakan atau peninggalannya, dipertanggungjawabkan secara sendiri. Caruman askar-lasykar

9. (1)

Hendaklah dipotong daripada gaji bulanan seseorang askar- lasykar yang tidak berkelayakan untuk pencen suatu amaun yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada gaji itu yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali sebagai carumannya pada Tabung. Amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun askar-lasykar itu. (1 A ) Seorang askar-lasykar boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh askar-lasykar itu sebagai carumannya kepada Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun askar-lasykar itu.

(2)

Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah

subseksyen (1) dan (1

A ), hendaklah dibayar kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun askar-lasykar itu suatu amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.

(3)

Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencen— (a) potongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1 A ) hendaklah terus dibuat sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; (b) pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan (c) segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askar- lasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(4) Jika seseorang askar-lasykar yang belum berkelayakan untuk pencen diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran dan faedah lain yang terpakai bagi

angkatan tetap, dia juga layak dibayar, selain carumannya kepada Tabung di bawah subseksyen (1) dan (1 A ), segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang ada dalam kredit akaunnya.

(5) Caruman pegawai 9 A . (1) Hendaklah dipotong daripada gaji bulanan seseorang pegawai suatu amaun yang sama banyaknya dengan sepuluh peratus daripada gaji bulanannya itu yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali sebagai carumannya kepada Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pegawai itu.

Jika seseorang askar-lasykar dinaikkan pangkat menjadi pegawai, pemotongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1 A ) hendaklah terhenti dan hendaklah diteruskan di bawah seksyen 9 A . (1 A ) Seorang pegawai boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai itu sebagai carumannya kepada Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pegawai itu.

(2)

Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (1 A ), hendaklah direkodkan suatu caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun pegawai itu suatu amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.

(3)

Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) dan (1 A ) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan dan juga tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya dibayar amaun yang berikut: (a) nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan (b) nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2). (c) (Dipotong oleh Akta A1547). (3 A ) Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) dan (1 A ) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan tetapi memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya, dibayar nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu, dan nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.

(4)

Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) dan (1 A ) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan telah memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu.

(5) Seseorang pegawai yang berkelayakan untuk pencen tetapi menamatkan perkhidmatan dalam mana-mana tempoh selepas dua puluh tahun sehingga mencapai umur bersara wajib hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada Tabung bagi keseluruhan tempoh perkhidmatannya dan dividen selama tempoh carumannya.

(6) Pembayaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat walaupun pegawai itu diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran atau pemberian atau faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap.

(7) Caruman sukarela kepada Tabung

Jika seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) dan (1 A ) telah menamatkan dua puluh lima tahun perkhidmatan atau telah mencapai umur bersara wajib, mengikut mana-mana yang terdahulu, pemotongan gaji bulanannya hendaklah terhenti dan caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada direkodkan.

10. (1) Mana-mana anggota angkatan tetap Malaysia yang tidak kena mencarum di bawah seksyen 9 atau 9

A dan mana-mana anggota kerahan angkatan sukarela boleh memilih untuk membuat caruman bulanan kepada Tabung.

(2)

Subseksyen 9(2) dan 9 A

(2) dan seksyen 12 tidak terpakai bagi apa-apa caruman yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Perisytiharan keuntungan

Amaun caruman yang kena dibayar oleh pencarum itu di bawah seksyen ini boleh dibuat dengan cara potongan daripada gaji bulanan pencarum itu dan amaun itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pencarum itu.

11. (1) Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, pada atau selepas berakhirnya tahun

kewangan pada setiap tahun, mengisytiharkan suatu kadar keuntungan atas caruman kepada Tabung berdasarkan prestasi kewangan sebenar Lembaga bagi tahun itu.

(2)

Tiada keuntungan boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah menubuhkan suatu Kumpulan Wang Rizab, dan tiada keuntungan boleh diisytiharkan dalam mana -mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu— (a) (Dipotong oleh Akta A1668); (b) aset Kumpulan Wang Rizab itu tidak kurang daripada sesuatu peratus amaun yang sebenarnya ada dalam kredit pencarum pada akhir tahun itu termasuk keuntungan yang diluluskan oleh Perbendaharaan; (ba) peruntukan dibuat oleh Lembaga bagi pembayaran ke dalam skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15 A mengenai jumlah wang sebagaimana yang mencukupi bagi maksud skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15 A ; dan (c) Lembaga berpuas hati dengan kemampuan Tabung untuk membuat semua pembayaran yang dikehendaki untuk dibayar di bawah Akta ini tidak terancam dengan perisytiharan kadar itu. (2 A ) Bagi maksud perisytiharan keuntungan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah dianggap sebagai solven sekiranya Lembaga berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam masa dua belas bulan sebaik selepas perisytiharan itu dibuat. (2 B ) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu, melantik aktuari yang berkelayakan dan bebas untuk membantu Lembaga dalam membuat penilaian prestasi kewangannya menurut seksyen ini dan penilaian sedemikian boleh dijadikan sebagai panduan kepada Lembaga.

(3) Apa-apa bayaran yang dikehendaki dibuat daripada Tabung hendaklah, setakat yang wang dalam Tabung itu tidak cukup bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.

(4) Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan aset daripada Kumpulan Wang Rizab kepada Tabung atau daripada Tabung itu kepada Kumpulan Wang Rizab. Pengeluaran

12. (1) Tertakluk pada Akta ini, apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaun seseorang pencarum di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan—

(a) apabila pencarum itu mati; (b) apabila pencarum itu telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental; (c) apabila pencarum itu mencapai umur lima puluh tahun dan, jika pencarum itu ialah seorang pegawai, apabila pegawai itu mencapai umur persaraan wajib; (d) tiga puluh hari selepas pencarum itu bersara daripada perkhidmatan; atau (e) tiga puluh hari selepas pencarum itu diberhentikan daripada perkhidmatan. (1 A ) Jika pengeluaran di bawah perenggan (1)(c), (d) atau (e) dibuat oleh seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15 D

(1)(a) atau seorang pegawai yang disebut dalam perenggan 15

D

(1)(b)—

(a) pengeluaran itu hanya terpakai bagi— (i) berkenaan dengan seorang askar-lasykar— (A) carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan (B) dividen bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen 9(2) tetapi tidak termasuk dividen bagi tahun sebaik sebelum pemberhentian askar-lasykar itu daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; atau (ii) berkenaan dengan seorang pegawai, carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan (b) baki amaun yang ada pada kredit akaun askar-lasykar atau pegawai itu di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan apabila askar-lasykar atau pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mati atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga. (1 B ) Bagi maksud pengeluaran di bawah perenggan 12(1)(a) atau (b), Lembaga hendaklah membenarkan pengeluaran semua jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum di bawah Akta ini, sekiranya— (a) dimohon oleh waris pencarum apabila pencarum itu mati; atau (b) dimohon oleh waris kadim kepada pencarum yang telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pencarum boleh mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada dalam kredit akaunnya bagi maksud membolehkannya untuk membeli suatu rumah kediaman atau tanah bagi maksud membina suatu rumah kediaman di

atasnya atau apa-apa maksud lain yang ditetapkan oleh Lembaga. (2 A ) Pencarum yang telah diberhentikan atau bersara daripada perkhidmatan boleh memilih untuk mengeluarkan atau menyimpan apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaunnya dalam Tabung dan amaun yang ada itu berhak menerima kadar keuntungan bagi caruman yang disimpan dalam Tabung di bawah Akta ini.

(3) Lembaga menetapkan terma dan syarat pengeluaran, dsb. 12 A . Lembaga, dengan kelulusan Menteri, hendaklah menetapkan terma dan syarat bagi pengeluaran amaun daripada Tabung, peratusan caruman pencarum yang boleh dikeluarkan dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pengeluaran itu. Caruman tidak boleh diserahhakan atau ditahan , dsb.

Bagi mengelakkan keraguan adalah diisytiharkan bahawa ungkapan “perkhidmatan” dalam perenggan (1)(d) dan (e) ertinya perkhidmatan dengan angkatan tentera sebagai— (a) seorang askar-lasykar sehingga dia diberhentikan sebagai seorang askar-lasykar daripada angkatan tentera; (b) seorang askar-lasykar dan jika dia diberikan suatu pentauliahan sebagai seorang pegawai sehingga dia bersara sebagai seorang pegawai daripada angkatan tentera; (c) seorang pegawai sehingga dia bersara daripada angkatan tentera; dan (d) seorang anggota kerahan angkatan sukarela sehingga dia diberhentikan atau bersara daripada angkatan tentera.

13. Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang lain—

(a) tiada amaun apa-apa caruman yang dibayar di bawah Akta ini; (b) tiada amaun yang dibayar atau kena dibayar di bawah subseksyen 9(2) atau 9 A

(2); dan Kuasa untuk meminjam

(c) tiada amaun yang ada dalam kredit seseorang pencarum, boleh diserahhakan atau dipindah milik atau kena ditahan, diasingkan atau dilevi kerana atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan, kecuali bagi maksud menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, dan juga  Ketua Pengarah Insolvensi tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan terhadap apa-apa amaun itu.   CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Pegawai Pemegang Harta”—lihat seksyen 17 Akta Kebankrapan (Pindaan) 2003 [Akta A1197] yang m.b.p. 1 Oktober 2003—lihat P.U. (B) 295/2003.

14. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta ini dan mengikut apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Pelaburan oleh Lembaga

15. Lembaga boleh, atas nasihat yang diberikan oleh Panel Pelaburan, melaburkan wang yang ada dalam Tabung dan dalam Kumpulan Wang Rizab berdasarkan perumpukan aset strategik sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, setakat dan mengikut cara yang berikut: Penubuhan skim faedah kematian dan hilang upaya 15 A . (1) Suatu skim yang bernama skim faedah kematian dan hilang upaya hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran faedah kematian dan hilang upaya mengenai pencarum.

(a) dengan cara mendepositkan dalam apa-apa mata wang dalam— (i) Bank Negara Malaysia; (ii) mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; (iii) mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; (iv) mana-mana bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau (v) mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar Malaysia; (b) dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang; (c) dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Lembaga, berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan atau berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya; (d) dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral; (e) dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia; (f) dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham yang diiktiraf di luar Malaysia tertakluk pada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing itu; (g) dalam sekuriti yang juga merangkumi bon, nota, kertas gadai janji, nota perdagangan dan lain-lain surat cara hutang syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dan dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di dalam bidang kuasa asing; (h) dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing; (i) dalam pembangunan bangunan dan infrastruktur yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing; (j) dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif bagi pelaburan Tabung; (k) dalam dana yang berdomisil di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing yang termasuk mandat berasingan yang melabur dalam aset di bawah seksyen ini; (l) di dalam produk sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau mana-mana pengawal selia lain yang berkaitan di dalam mana-mana bidang kuasa asing; (m) dalam penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing bagi maksud menjalankan pelabuhan yang telah diluluskan di bawah seksyen ini; dan (n) dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.

(2) Jika seseorang pencarum—

(a) mati semasa dalam perkhidmatan; atau (b) diberhentikan daripada perkhidmatan oleh sebab kelemahan akal atau tubuh badan, Lembaga boleh mengikut budi bicaranya membayar masing-masing— (i) faedah kematian; atau (ii) faedah hilang upaya, dalam apa-apa kuantum dan kepada mana-mana orang yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.

(3) Bagi mengelakkan keraguan adalah diisytiharkan bahawa—

(a) faedah kematian; atau (b) faedah hilang upaya, yang kena dibayar menurut skim itu tidaklah, masing-masing menjadi mana-mana bahagian harta pusaka— (i) pencarum yang mati sedemikian itu; atau (ii) pencarum sedemikian itu yang mati pada bila-bila masa sebelum faedah hilang upaya dibayar kepadanya.

(4) Jika apa-apa pembayaran faedah kematian atau hilang upaya dibuat dengan suci hati dan mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22, pembayaran itu menjadi penjelasan yang sepenuh dan sepatutnya terhadap segala tanggungan dan tiada apa-apa tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran itu atau yang mempersoalkan pembayaran itu boleh Menteri boleh menggantung, mengubah atau menghentikan skim faedah kematian dan hilang upaya 15 B

diambil atau diadakan terhadap Tabung, Lembaga atau mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga. . (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini, jika difikirkan oleh Menteri perlu berbuat demikian, dia boleh, atas nasihat Lembaga, melalui perintah dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya perlu dikenakan, menggantung, mengubah atau menghentikan skim itu.

(2) Jika Menteri menggantung skim itu di bawah subseksyen (1), tiada faedah kematian atau hilang upaya di bawah skim itu boleh dibayar melainkan jika dan sehingga Menteri, atas nasihat Lembaga, melalui perintah dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya perlu dikenakan, membatalkan perintah penggantungan yang dibuat di bawah subseksyen (1) itu dan, jika dia berbuat demikian, skim itu hendaklah dengan itu dihidupkan semula.

(3) Jika Menteri mengubah skim itu di bawah subseksyen (1), apa-apa faedah kematian atau hilang upaya di bawah skim itu hendaklah dibayar mengikut perintah pengubahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4) Jika Menteri menghentikan skim itu di bawah subseksyen (1), segala faedah kematian dan hilang upaya di bawah skim itu hendaklah terhenti daripada kena dibayar mengikut perintah penghentian yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa jumlah wang yang masih tersedia ada di bawah perenggan 11(2)(ba) bagi maksud skim itu hendaklah dibayar ke dalam Tabung.

(5) Jika Menteri membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah, jika perlu, membuat peraturan-peraturan, atau meminda mana-mana peraturan yang dibuat, di bawah seksyen 22 untuk memberi kuat kuasa kepada perintah itu. Faedah unit amanah 15 C . (1) Lembaga boleh, jika difikirkannya wajar, membeli unit dalam skim amanah saham bagi faedah dan untuk diperuntukkan kepada pencarum mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

subseksyen (3).

(2) Faedah unit amanah ini hendaklah diakaunkan dalam suatu akaun yang berasingan daripada akaun yang disebut dalam seksyen 9, 9

A dan 10.

(3) Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah seksyen 22, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan- peraturan yang difikirkannya perlu bagi maksud subseksyen (1). Penubuhan skim anuiti veteran 15 D . (1) Suatu skim yang bernama skim anuiti veteran hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran anuiti kepada—

(a) seorang askar-lasykar yang memenuhi syarat yang berikut: (i) dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan (ii) dia tidak berkelayakan untuk pencen; dan (b) seorang pegawai yang memenuhi syarat yang berikut: (i) dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku; (ii) dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan; dan (iii) dia telah memilih untuk menyertai skim anuiti veteran.

(2) Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas—

(a) bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2) kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau (b) nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen 9 A

(2) dan dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b).

(3) Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1

A )(b).

(4) Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15 Anggaran tahunan

C .

16. Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermula setiap tahun kewangan, menimbangkan dan meluluskan suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya. Akaun dan audit

17. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyebabkan supaya disediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2) Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri Kewangan.

(3) Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pandangan audit.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan setiap satu Majlis Parlimen. Laporan tahunan

18. (1) Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dikemukakan kepada Menteri suatu laporan berkenaan dengan aktiviti Lembaga dalam tahun kewangan yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan penjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(2) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di hadapan setiap satu Majlis Parlimen. Pelantikan Ketua Eksekutif, Timbalan Ketua Eksekutif dan pegawai dan pekhidmat Lembaga

B AHAGIAN III AM

19. (1) Tertakluk pada kelulusan Menteri, Lembaga boleh melantik seorang Ketua Eksekutif dan seorang Timbalan Ketua Eksekutif atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2) Ketua Eksekutif atau jika seorang Ketua Eksekutif tidak dilantik, seorang pegawai Lembaga yang dinamakan oleh Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ke hari dan pengurusan hal ehwal Lembaga dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak Lembaga.

(3) Lembaga boleh melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Lembaga dengan cekap.

(4) Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh, atau menerima apa-apa gaji dan elaun dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dengan Anggota, pegawai dan pekhidmat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam

kelulusan Menteri.

20. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Lembaga, Panel Pelaburan dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

21. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, Pengerusi, mana-mana anggota Lembaga, Panel Pelaburan, mana-mana anggota Panel Pelaburan, pegawai, pekhidmat atau ejen bagi Lembaga atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 dan mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen bagi perbadanan itu, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian. Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan

22. Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut: Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan kelakuan dan tatatertib 22 A . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(a) cara membayar dan memungut caruman, amaun minimum caruman bulanan yang boleh dibuat di bawah seksyen 10 dan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya; (aa) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan skim anuiti veteran termasuk cara pembayaran anuiti dan peruntukan bagi penamaan orang untuk menerima apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun seseorang askar-lasykar atau seseorang pegawai dalam hal kematiannya; (ab) terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-mana personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap Malaysia atau anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela untuk layak mendapat mana-mana faedah di bawah Akta ini; (b) mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditetapkan oleh Lembaga; (c) tatacara kewangan dan pengakaunan; (d) pembayaran balik caruman di bawah Akta ini, atau mana- mana bahagian caruman itu, yang dibayar dengan silap bersama-sama dengan apa-apa bunga ke atas caruman itu; (e) pembayaran caruman di bawah Akta ini, atau pembayaran mana-mana bahagian caruman itu, tertinggal untuk dibayar dengan silap; (ea) pengurusan jumlah wang yang dibayar masuk ke dalam skim itu menurut perenggan 11(2)(ba); (eb) cara dan asas menghitung faedah kematian dan hilang upaya yang kena dibayar di bawah skim itu dan faktor yang perlu dipertimbangkan mengenainya untuk mencapai kuantum yang kena dibayar; (ec) orang yang kepadanya faedah kematian dan hilang upaya kena dibayar, termasuk peruntukan bagi penamaan orang itu oleh seseorang pencarum, cara membatalkan penamaan itu dan hal keadaan yang penamaan itu hendaklah dianggap sebagai tidak berkuat kuasa lagi; (ed) memberi kuat kuasa kepada apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 15 B ; (f) pelupusan amaun yang tidak dituntut, tidak dibayar atau selainnya masih ada dalam Tabung; (g) tatacara bagi mengeluarkan amaun daripada Tabung, termasuk keterangan yang hendak dikemukakan bagi maksud pengeluaran itu; (ga) terma dan syarat termasuk kadar bunga yang kena dibayar, amaun yang boleh dipinjamkan, tatacara yang berhubungan dengannya dan apa-apa perkara lain yang bersampingan dengan pemberian pinjaman sedemikian daripada Tabung; (gb) (Dipotong oleh Akta A1506); (h) apa-apa perkara bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk—

(a) peruntukan bagi penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori pegawai dan pekhidmat Lembaga yang berlainan; (b) peruntukan bagi penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib untuk mendengar rayuan daripada keputusan pihak berkuasa tatatertib; dan (c) peruntukan bagi— (i) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau (ii) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti prosiding tatatertib.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga,

dan hukuman yang diperuntukkan itu boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

(4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum suatu keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu. Surcaj 22 B

. (1) Jika didapati oleh Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga— (a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutan wang itu menjadi tanggungjawabnya; (b) adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Tabung yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya; (c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga; (d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (e) telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Tabung kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga, Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang meminta menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, Lembaga boleh mensurcaj sejumlah wang terhadap orang itu yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dipungut, bayaran, kekurangan, atau kerugian, atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcaj apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Pengerusi Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Ketua Eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi Lembaga hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui pemotongan—

(a) daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau (b) daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

(5) Bagi maksud seksyen ini, “Ketua Eksekutif’ ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 19(1) dan termasuklah pegawai Lembaga yang dinamakan di bawah subseksyen 19(2). Lembaga boleh menubuhkan perbadanan

23. (1) Lembaga boleh dari semasa ke semasa, atas nasihat yang diberikan oleh Panel Pelaburan dan dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab atas penjagaan, pengelolaan dan pengurusan sesuatu projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, dan perbadanan itu boleh berbuat demikian sama ada dengan sendiri atau dengan membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan untuk mendapat bahagian keuntungan, kerjasama, usaha sama atau selainnya.

(2) Apa jua wang yang dikehendaki bagi menubuhkan perbadanan hendaklah diperoleh daripada wang yang ada disediakan untuk pelaburan di bawah perenggan 15(1)(a).

(3) Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan. Lembaga boleh memperbadankan syarikat

24. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, memperbadankan suatu syarikat untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang diluluskan atau diusahakan oleh Lembaga bagi maksud Akta ini. Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan

25. Jika Lembaga pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang ada dalam kredit akaun

pencarum kepada pencarum, waris atau waris kadim pencarum, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini, jumlah wang yang dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Lembaga daripada Kumpulan Wang Disatukan Persatuan dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian. Jadual Pertama [Seksyen 4]

1. (1) Pengerusi dan anggota lain Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(3)(d) (selain Panglima Angkatan Tentera) dan (e) hendaklah berkhidmat bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka dan mereka adalah layak untuk dilantik semula.

(2) Tiap-tiap anggota adalah layak dilantik semula.

2. Pelantikan Panglima Angkatan Tentera adalah oleh sebab jawatannya.

3. Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah Akta ini kerana sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa jua sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi.

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

(2) Pengerusi atau mana-mana anggota yang bertugas sebagai pengerusi semasa Pengerusi tidak ada dan tiga orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di mana-mana mesyuarat Lembaga.

(3) Sekiranya bilangan undi atas apa-apa soal adalah sama banyak, Pengerusi atau anggota yang bertugas sebagai pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.

(4) Tertakluk pada subperenggan (1), (2) dan (3) Lembaga boleh membuat tatacaranya sendiri.

5. (1) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi suatu cap yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap mengandungi perkataan “Lembaga Tabung” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

(3) Meterai perbadanan atau cap di bawah subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itu juga; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4) Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

6. Bolehlah dibayar kepada setiap seorang anggota Lembaga daripada Tabung itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk pada apa-apa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.

7. (1) Mana-mana anggota Lembaga yang mempunyai atau yang memperoleh secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendiri, melalui pekongsinya atau melalui ejennya—

(a) apa-apa syer atau kepentingan— (i) dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga; (ii) dalam apa-apa kerja yang dibuat untuk Lembaga; atau (iii) dalam mana-mana syarikat atau firma atau berkenaan dengan apa- apa perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau (b) apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajak atau dengan selainnya dibuat apa-apa urusan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga.

(2) Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat pada mesyuarat Lembaga tentang apa-apa soal

yang berhubungan dengan kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim itu pertamanya dipertimbangkan, atau dengan seberapa segera yang boleh, selepas memperoleh sesuatu syer atau kepentingan itu.

(3) Bagi maksud perenggan ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah seorang anggota mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira sebagai mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang cukup berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian:

Dengan syarat bahawa notis itu tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika sama ada notis itu diberikan pada sesuatu mesyuarat Lembaga atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas ia diberikan.

(4) Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.

(5) Seseorang anggota tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim yang mengenainya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia telah mengisytiharkannya, dan juga dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali atas jemputan Lembaga) atau keputusan yang berhubungan dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika dia berbuat demikian undinya tidak boleh dikira, dan juga dia tidak boleh dikira sebagai ada dalam kuorum yang hadir di mesyuarat itu bagi maksud ketetapan atau soal itu.

Jadual Kedua [Seksyen 6]

1.

(Dipotong oleh Akta A1668).

(2) Seseorang anggota Panel Pelaburan hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Panel itu tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Panel Pelaburan.

2. 2 A . Pengerusi atau, jika ketiadaannya, anggota yang dipilih oleh anggota Panel Pelaburan yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat Panel Pelaburan itu.

Pengerusi dan dua orang anggota lain Panel Pelaburan itu hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Panel itu.

3.

Panel Pelaburan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Lembaga.

4. Bolehlah dibayar kepada setiap seorang anggota Panel Pelaburan daripada Tabung itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk pada apa-apa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.

5. Jika mana-mana anggota Panel Pelaburan mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa skim, projek atau perusahaan yang diusahakan atau disyorkan oleh Panel Pelaburan untuk diusahakan oleh Lembaga, anggota itu hendaklah dengan serta-merta menyatakan kepada Lembaga secara bertulis jenis dan takat kepentingannya dalam skim, projek atau perusahaan itu dan apa-apa perubahan kemudiannya mengenai jenis dan takat kepentingannya dalam skim, projek atau perusahaan itu.

Jadual Ketiga [Seksyen 23]

1. Lembaga hendaklah melalui perintah yang sesuatu perbadanan ditubuhkan membuat peruntukan berkenaan dengan mana-mana atau semua perkara yang berikut:

(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu, termasuk kuasanya untuk meminjam; (c) pengurusan perbadanan itu; (d) penjalanan dan mesyuarat perbadanan itu, termasuk kuorum yang dikehendaki bagi mesyuarat dan cara mengundi di mesyuarat; (e) hal kewangan perbadanan itu, akaun yang dikehendaki disimpan dan pengauditan akaun itu; (f) terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat perbadanan itu; dan (g) perhubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak Lembaga bagi mengawal perbadanan itu.

2. Tertakluk pada peruntukan Akta ini, peruntukan perintah yang menubuhkan sesuatu perbadanan hendaklah mengikat perbadanan itu.

3. Lembaga boleh pada bila-bila masa dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan meminda perintah yang menubuhkan sesuatu perbadanan.

4. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan bahawa mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya hendaklah digulung dan dibubarkan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan oleh Lembaga.

(2) Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan, asetnya hendaklah dipindahkan dan diletakhakkan pada Lembaga setelah segala tanggungan dijelaskan.

(3) Takat tanggungan sesuatu perbadanan kepada pemiutangnya hendaklah dihadkan kepada nilai asetnya pada masa mula berkuat kuasanya perintah yang mengarahkan perbadanan itu digulung atau dibubar.

(4) Lembaga tidak boleh pada bila-bila masa diminta menjelaskan tanggungan sesuatu perbadanan sekiranya aset perbadanan itu tidak cukup untuk menjelaskan tanggungannya.

5. Tiap-tiap perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya, dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan berniaga atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk pada apa-apa sekatan atau batasan yang dikenakan oleh Lembaga dalam setiap hal.

6. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu cap yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah, atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.

(2) Sehingga suatu meterai diluluskan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan yang melingkungi huruf “LTAT” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

(3) Meterai perbadanan itu, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan itu; dan apa-apa dokumen atau surat cara yang demikian itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 101 AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 101 AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A489 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1980 30-05-1980 kecuali s. 3(b), 4(1)(a) dan 4(3): 01-10-1977; s. 4(1)(b), 4(2), 4(4), 4(5) dan 6: 01-08-1972; s. 7: 01-08-1975; s. 11 dan 12: 01-07-1983; s. 2, 3(a), 3(c) dan 5: 01-11-1985; s. 9: 16-05-1986 Akta A646 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1986 16-05-1986 kecuali s. 2(1), 5(1) dan 7(1)(a): 01-11-1985; s. 3(1) dan 4(1): 01-01-1984 Akta A896 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1994 Akta A905 Akta Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Bekas Perajurit (Pindaan) 1994 Akta A929 Akta Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Bekas Perajurit (Pindaan) 1995 Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A1094 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2000 01-08- 1972 kecuali s. 2 dan 3: 01-12-1996; p. 3(f), sp. 4(a)(i) dan s. 9: 23-12-2000; s. 8: 24-12-2000; seksyen selebihnya Akta A1130 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2001 Akta A1506 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2016 08-03-2016 kecuali s. 2, p. 4(c), s. 5 dan 6, p. 7(a), s.9 dan 11: Akta A1547 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 Akta A1668 Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A896 Akta A929 Akta A1094 Akta A896 Akta A929 Akta A489 Akta A896 Akta A929 Akta A1094 10-11-1995 01-08-1972; 01-12-1996 Akta A1547 Akta A1668

Bahagian II

Akta A896 Akta A929 Akta A489 01-10-1977; Akta A646 Akta A896 Akta A929 Akta A1094 01-08-1972; Akta A1506 Akta A1547 3 A Akta A896 Akta A929 Akta A896 Akta A905 Akta A1130 Akta A1668 Akta A896 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A929 Akta A1094 Akta A646 Akta A896 Akta A929 Akta A1506 Akta A1130 Akta A1668 Akta A1668 Akta A489 Akta A1506 01-08-1972; 01-10-1977 01-01-2016; 08-03-2016 Akta A1547 Akta A1668 9 A Akta A1506 Akta A1547 Akta A1668 Akta A929 Akta A1094 Akta A1506 Akta A489 Akta A1547 Akta A1668 Akta A896 Akta A905 Akta A1094 Akta A1506 01-08-1972 01-01-2016; 08-03-2016 Akta A1547 Akta A1668 12 A Akta A1506 Akta A489 Akta A1506 Akta A1506 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A489 Akta A646 Akta A896 Akta A905 Akta A929 Akta A1094 Akta A1668 15 A Akta A489 Akta A646 Akta A896 15 B Akta A646 15 C Akta A1094 Akta A1506 15 D Akta A1547 Akta A905 Akta A929 Akta A489 Akta A489 Akta A646 30-05-1980 01-11-1985; Akta A896 Akta A905 Akta A929 Akta A1094 Akta A1506 Akta A1547 22 A Akta A905 22 B Akta A905 Akta A489 Akta A905 Akta A1668 Akta A1668 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Jadual Pertama Akta A905 Akta A1130 Jadual Kedua Akta A1668 Jadual Ketiga Akta A489