1. Gelaran, permulaan kuat kuasa dan gelaran panjang 2. Tafsiran 3. Pengenaan 4. Bidang kuasa eksklusif BAHAGIAN II HIBAH 5. Syarat-syarat hibah yang sah 6. Hibah boleh dibuat secara lisan, bertulis atau dengan gerak isyarat 7. Hibah bergantung 8. Hibah bersyarat 9. Penyerahan hibah secara tidak rasmi 10. Hutang sebagai hibah 11. Hibah harta yang belum dibahagikan 12. Hibah dalam keadaan marad-al-maut BAHAGIAN III PEMBERI HIBAH 13. Syarat-syarat pemberi hibah 14. Hibah oleh wakil 15. Hibah oleh penerima wadi‘ah BAHAGIAN IV PENERIMA HIBAH 16. Penerima hibah 17. Hibah kepada orang yang belum cukup umur, orang hilang akal atau safih BAHAGIAN V AM 18. Hibah bagi tujuan yang menyalahi Hukum Syara' 19. Kesan hibah yang sah 20. Pembatalan 21. Hibah dengan syarat pertukaran 22. Peraturan-peraturan
PERMULAAN Gelaran, permulaan kuat kuasa dan gelaran panjang
Gelaran panjang Perintah ini adalah “Suatu Perintah untuk membuat peruntukan bagi undang-undang berkenaan dengan hibah dan bagi perkara-perkara yang berhubungan atau bersampingan dengannya”. Tafsiran
“pemberi hibah” bermakna orang yang membuat hibah; “hibah” bermakna pemberian sesuatu harta hak kepunyaan pemberi hibah yang dibuat semasa hayatnya secara sukarela kepada penerima hibah tanpa apa-apa balasan; “Hukum Syara” bermakna hukum-hukum menurut mana-mana Mazhab yang Mahkamah Syariah menganggap sah dengan mengutamakan pendapat Mazhab Shafi'ee yang telah diterima (qaul muktamad); “marad-al-maut” bermakna sakit yang pada kebiasaannya menyebabkan kematian; “Menteri” bermakna Menteri Hal Ehwal Ugama; “ibu bapa” bermakna ibu atau bapa, termasuk ke atas; "hak kepunyaan" bermakna berkuasa sepenuhnya ke atas sesuatu harta bagi tujuan memperoleh sesuatu faedah yang dapat diberikan, atau biasanya diperolehi darinya, kerana mempunyai hak ke atas harta tersebut; "harta" bermakna mana-mana benda yang berharga dan boleh dijual menurut Hukum Syara', tetapi tidak termasuk hutang bagi tujuan membuat hibah mengenainya kepada mana-mana orang kecuali orang yang berhutang; "safih" bermakna orang yang membazirkan hartanya dengan cara yang tidak patut dan tidak munasabah; "Mahkamah Syariah" bermakna Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah bab 6(1) dari Akta Mahkamah Syariah (Penggal 184); "wadi'ah" bermakna harta yang diletakkan kepada bukan pemiliknya untuk tujuan penjagaan dan amanah.
Mana-mana peruntukan atau tafsiran mana-mana peruntukan Perintah ini yang bercanggah dengan Hukum Syara' adalah tidak sah setakat mana peruntukan itu atau tafsiran peruntukan itu bercanggah.
Berkenaan dengan apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Perintah ini, Mahkamah Syariah hendaklah mengenakan Hukum Syara'.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Perintah ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran dan Perkara-Perkara Am (Penggal 4) hendaklah masing-masing mempunyai makna yang ditentukan kepadanya dalam Akta itu setakat mana ia tidak bercanggah dengan Hukum Syara'.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran sebarang perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Perintah ini dan disenaraikan dalam Jadual, rujukan boleh dibuat kepada bentuk asal dalam tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual. Pengenaan
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bidang kuasa eksklusif
HIBAH Syarat-syarat hibah yang sah
(a) harta itu adalah kepunyaan pemberi hibah; (b) pengakuan hibah itu dibuat, sama ada dengan nyata atau secara tersirat, oleh atau bagi pihak pemberi hibah; (c) penerimaan hibah itu dibuat, sama ada dengan nyata atau secara tersirat, oleh atau bagi pihak penerima hibah; (d) hak kepunyaan harta itu diserahkan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah sama ada secara fizikal atau secara simbolik bergantung kepada jenis harta tersebut; (e) harta itu adalah harta tertentu dan bukan manfaat sahaja dari harta tersebut; dan (f) harta itu wujud pada masa hibah itu dibuat. Misalan-Misalan (a) A berkata kepada B dengan lafaz “Saya berikan barang ini kepadamu”, kemudian B berkata “Saya terima”. Hibah itu diterima dengan nyata. (b) A berkata kepada B “Inilah pakaianmu”. Kemudian B memegang pakaian tersebut. Hibah itu diterima secara tersirat. (c) A berkata kepada B dengan lafaz “Saya berikan rumah ini kepadamu”. Maka rumah tersebut adalah hibah dari harta tertentu jika A membuat hibah kepada B mengenai rumah itu keseluruhannya dan bukan untuk mendiaminya sahaja. (d) A membuat hibah kepada B mengenai buah-buahan yang mungkin dihasilkan oleh kebunnya pada tahun ini. Hibah itu tidak sah kerana harta tersebut tidak wujud pada masa hibah itu dibuat. (e) A membuat hibah kepada B mengenai anak kambingnya yang masih dalam perut ibunya. Hibah itu tidak sah kerana harta tersebut tidak wujud pada masa hibah itu dibuat. Hibah boleh dibuat secara lisan, bertulis atau dengan gerak isyarat
Dengan syarat bahawa jika pemberi hibah tidak dapat berbuat demikian, hibah boleh dibuat dengan apa-apa gerak isyarat yang boleh difahami.
Hibah yang dibuat di bawah ceraian (1) hendaklah disaksikan oleh sekurang-kurangnya dua orang.
Hibah yang dibuat secara bertulis boleh ditandatangani oleh, atau bagi pihak, pemberi hibah. Hibah bergantung
Misalan-Misalan (a) A membuat hibah kepada B mengenai sebuah rumah jika B sudah berkahwin. Hibah itu adalah tidak sah. (b) A membuat hibah kepada B mengenai buah-buahan jika hasilnya baik pada tahun ini. Hibah itu adalah tidak sah. Hibah bersyarat
Misalan-Misalan (a) A membuat hibah kepada B mengenai sebuah rumah dengan syarat bahawa hibah itu hanyalah semasa hayat B sahaja dan jika B meninggal dunia rumah itu akan menjadi kepunyaan A semula. Hibah itu adalah sah tetapi syarat tersebut tidak sah dan rumah tersebut adalah kepunyaan mutlak B dan selepas B meninggal dunia, rumah tersebut akan menjadi kepunyaan ahli-ahli waris B, dan jika B tidak mempunyai ahli-ahli waris, maka rumah tersebut akan menjadi kepunyaan Baitulmal. (b) A membuat hibah kepada B mengenai sebuah rumah dengan syarat bahawa jika B meninggal dunia lebih dahulu daripada A, rumah itu akan menjadi kepunyaan A semula dan jika A meninggal dunia lebih dahulu daripada B, maka rumah itu akan menjadi WARDA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM kepunyaan B. Hibah itu adalah sah tetapi syarat tersebut tidak sah dan rumah tersebut adalah kepunyaan mutlak B dan selepas B meninggal dunia, rumah tersebut akan menjadi kepunyaan ahli-ahli waris B dan jika B tidak mempunyai ahli-ahli waris, maka rumah tersebut akan menjadi kepunyaan Baitulmal. (c) A membuat hibah kepada B mengenai sebuah rumah dengan syarat bahawa B dan ahli-ahli warisnya tidak akan menjual rumah itu. Syarat itu adalah tidak sah tetapi hibah itu sah dan rumah itu adalah kepunyaan mutlak B. Penyerahan hibah secara tidak rasmi
(a) hibah itu diberikan kepada penerima wadi‘ah pada masa harta tersebut berada dalam jagaannya; (b) hibah itu diberikan kepada penyewa harta tersebut; atau (c) pemberi hibah dan juga penerima hibah tinggal di dalam harta yang sama pada masa hibah itu dibuat. Hutang sebagai hibah
Huraian — Suatu hutang yang dijadikan hibah oleh pemiutang kepada mana-mana orang lain selain daripada orang yang berhutang adalah tidak sah. Hibah harta yang belum dibahagikan
[2] Hibah harta yang dimiliki bersama oleh dua orang atau lebih adalah sah walaupun pada masa hibah itu dibuat harta tersebut belum dibahagikan atau ditentukan bahagian masing-masing kepada setiap seorang daripada mereka. Misalan-Misalan (a) A membuat hibah kepada B dan C mengenai sebuah rumah tanpa membahagikannya terlebih dahulu. B dan C menerima rumah tersebut. Hibah itu adalah sah walaupun setiap bahagiannya belum ditentukan. (b) A dan B memiliki sejumlah wang hasil dari keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan yang mereka jalankan. Wang tersebut belum dibahagikan dan ditentukan kepada setiap seorang daripada mereka dan B berkata kepada C "Saya membuat hibah kepadamu bahagian yang saya berhak menerimanya". Hibah tersebut adalah sah walaupun setiap bahagiannya belum ditentukan. Hibah dalam keadaan marad-al-maut
PEMBERI HIBAH Syarat-syarat pemberi hibah
(a) telah mencapai umur 15 tahun qamariah dan berakal; (b) tidak dipaksa; (c) tidak safih; dan (d) tidak diisytiharkan bankrap. Hibah oleh wakil
Jika harta tersebut dimiliki bersama oleh pemilik harta itu dan wakilnya, hibah yang dibuat oleh wakil tersebut adalah sah setakat bahagian harta yang dimilikinya sahaja melainkan jika pemilik yang satu lagi harta itu memberi kuasa kepada wakil tersebut untuk membuat hibah ke atas bahagian hartanya. Hibah oleh penerima wadi'ah
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENERIMA HIBAH Penerima hibah
Huraian — Hibah yang dibuat kepada anak yang masih dalam kandungan atau seseorang yang tidak diketahui di mana dia berada adalah tidak sah. Hibah kepada orang yang belum cukup umur, orang hilang akal atau safih
Hibah yang dibuat kepada orang yang belum cukup umur, orang hilang akal atau safih oleh seseorang selain daripada ibu bapa atau penjaganya, hendaklah disahkan dengan penyerahan hak kepunyaan kepada ibu bapanya atau penjaganya, mengikut mana yang berkenaan.
AM Hibah bagi tujuan yang menyalahi Hukum Syara'
Kesan hibah yang sah
Pembatalan
Hibah dengan syarat pertukaran
Misalan A membuat hibah kepada B mengenai rumahnya dengan syarat sebagai pertukaran B akan memberikan keretanya kepada A. A dan B dengan yang demikian bertukar-tukar rumah dan kereta. Ini adalah suatu kontrak jual beli dan bukannya hibah. Peraturan-peraturan
Peraturan-peraturan tersebut boleh termasuk peruntukan-peruntukan yang bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang dianggap perlu atau mustahak oleh Menteri. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM JADUAL (bab 2[5]) PERKATAAN, UNGKAPAN DAN TULISAN ARAB Baitulmal ----- بيت المال Hibah ----- هبة Hukum Syara' ----- حكم شرع Marad-al-maut ----- مرض الموت Safih ----- سفيه Wadi'ah ----- وديعة Diperbuat pada hari ini 10 haribulan Jamadilakhir, Tahun Hijrah 1439 bersamaan dengan 26 haribulan Februari, 2018 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM