PERMULAAN
"pegawai polis tambahan" bermakna seseorang yang diambil berkhidmat di bawah bab 18 dan tidak didaftarkan dalam perjawatan tetap; "peluru" bermakna peluru bagi sebarang senjata, dan termasuk bom-bom tangan, bom-bom dan lain peluru lontar, sama ada atau tidak boleh digunakan dengan senjata-senjata, dan sebarang peluru yang mengandungi, atau direkabentuk atau disesuaikan untuk mengandungi, sebarang benda cair yang membahayakan, gas atau benda lain; "senjata" termasuk senjata api; "Suruhanjaya" bermakna Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Brunei yang ditubuhkan di bawah Bahagian IV; "mata-mata" bermakna seseorang pegawai polis yang rendah dari pangkat kopral; "Pasukan" bermakna Pasukan Polis Diraja Brunei yang ditubuhkan di bawah Perintah ini; "merinyu" bermakna seseorang merinyu polis apa pun jua grednya; "daerah polis" bermakna mana-mana kawasan yang dijadikan sesebuah daerah polis oleh Peraturan-peraturan Polis, dan melainkan dan sehingga daerah-daerah dijadikan demikian bermakna sesebuah daerah pentadbiran biasa; "Peraturan-peraturan Polis" bermakna peraturan-peraturan yang dibuat di bawah bab 64; ''Pegawai polis'' bermakna mana-mana anggota dari Pasukan tersebut dan termasuk seseorang pegawai polis tambahan; ''Undang-undang yang dimansuhkan'' bermakna Undang-undang Pasukan Polis; ''Pegawai polis kanan'' bermakna seseorang pegawai polis apa jua pangkatnya daripada dan termasuk Pesuruhjaya ke bawah sehingga dan termasuk seseorang penolong pegawai percubaan; ''Pegawai polis pangkat rendah'' bermakna seseorang pegawai polis apa jua pangkatnya daripada dan termasuk seseorang sarjan mejar ke bawah sehingga dan termasuk seseorang mata-mata. Pengawalan Pasukan tersebut.
Pesuruhjaya boleh menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan dan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang dikenakan oleh apa jua undang-undang bertulis ke atas mana-mana pegawai polis yang berpangkat lebih rendah lagi.
Sebarang perbuatan atau perkara yang mungkin dilakukan, diperintahkan atau dilaksanakan oleh Pesuruhjaya di bawah apa jua undang-undang bertulis boleh, tertakluk kepada perintah-perintah dan arahan-arahan Pesuruhjaya, dilakukan, diperintahkan atau dilaksanakan oleh seorang timbalan pesuruhjaya polis, seorang penolong pesuruhjaya polis kanan, atau seorang penolong pesuruhjaya polis.
Dengan ketiadaan atau ketidakupayaan Pesuruhjaya, maka seorang timbalan pesuruhjaya polis atau mana-mana pegawai polis kanan yang diberi kuasa bagi tujuan itu oleh Pesuruhjaya, boleh menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan dan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang dikenakan oleh apa jua undang-undang bertulis ke atas Pesuruhjaya.
Anggota-anggota Pasukan tersebut hendaklah berhubung dengan sebarang pembentukan, daerah polis atau kawasannya atau sebarang tempat, dikawal oleh pegawai polis yang Pesuruhjaya boleh menentukan sama ada dengan nama atau jawatan.
Semua kuasa yang diberikan dan kewajipan yang dikenakan oleh apa jua undang-undang bertulis kepada mana-mana pegawai polis hendaklah dijalankan atau dilaksanakan menurut Peraturan-peraturan Polis dan apa jua perintah yang dibuat di bawah Perintah ini.
Dengan syarat bahawa mana-mana bahagian dari Pasukan tersebut yang dipergunakan demikian hendaklah terus menerus di bawah perintah Pesuruhjaya atau pegawai polis lain yang mungkin telah dilantik bagi maksud itu.
PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN TERSEBUT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh melantik pegawai-pegawai polis kanan kehormat sebagaimana yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia mungkin memikirkan patut.
Seseorang pegawai polis pangkat rendah boleh dilantik, dinaikkan pangkat, atau ditingkatkan dalam grednya oleh Pesuruhjaya.
(a) gaji dan elaun-elaun seseorang pegawai polis pangkat rendah tidak boleh diserah atau dipindah hak atau ditahan, dipisahkan atau diambil kerana, atau berkenaan dengan, sebarang hutang atau tuntutan apa pun jua; (b) tiada seorang pun pegawai polis pangkat rendah boleh dikenakan hukum penjara di bawah sesuatu perintah mana-mana mahkamah oleh kerana tidak membayar sebarang hutang yang ia mungkin melakukan atau terhadap mana ia mungkin bertanggungjawab.
Ceraian (1) tidak dikenakan terhadap — (a) sesuatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan; (b) sesuatu denda yang dikenakan di bawah apa jua undang-undang bertulis; (c) sesuatu perintah bagi pembayaran mahar, nafkah atau sara-hidup yang dibuat di bawah apa jua undang-undang bertulis.
Gaji dan elaun seseorang pegawai polis pangkat rendah tidak boleh diserahkan kepada Pegawai Penerima Rasmi (Official Receiver) atau pemegang amanah dalam perkara kebankrapan atas kebankrapan pegawai itu dan juga tidak merupakan sebahagian dari hartanya bagi maksud apa jua undang-undang bertulis berhubung dengan kebankrapan.
Tiap-tiap pengambilan sedemikian hendaklah dilakukan secara bertulis yang ditandatangani oleh orang yang diambil berkhidmat, dan hendaklah ditandatangani oleh Pesuruhjaya atau pegawai polis kanan yang lain yang mungkin diberikuasa bagi maksud itu oleh Peraturan-peraturan Polis.
Dengan tidak menghiraukan sebarang apa yang terkandung di dalam apa jua undang-undang bertulis yang lain, sesiapa jua yang tidak kurang dari umur delapan belas tahun adalah dianggap layak untuk berkhidmat di bawah Perintah ini.
Tiap-tiap pengambilan semula sedemikian hendaklah dibuktikan dengan suatu catatan dalam pengambilan asal yang ditandatangani oleh orang yang diambil semula dan oleh Pesuruhjaya atau pegawai polis kanan yang lain yang mungkin diberi kuasa bagi maksud itu oleh Peraturan-peraturan Polis.
Tiada sebarang pegawai sedemikian boleh meletakkan jawatan dari Pasukan tersebut melainkan ia telah memberi tidak kurang dari sebulan notis bertulis kepada Pesuruhjaya.
Notis bertulis itu hendaklah diberikan pada atau sebelum hari pertama pada bulan yang di penghujung bulan mana pegawai itu bertujuan hendak meletakkan jawatan.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Seseorang pegawai polis tambahan adalah dianggap sebagai diambil berkhidmat dari sebulan ke sebulan, tiap-tiap pengambilan sedemikian dianggap bermula pada hari pertama dan boleh ditamatkan pada hari terakhir pada tiap-tiap bulan yang berturut-turut.
Seseorang pegawai polis tambahan boleh diberhentikan pada bila-bila masa selepas sebulan notis bertulis oleh Pesuruhjaya.
Tiada sebarang pegawai polis tambahan boleh meletakkan jawatan dari Pasukan tersebut melainkan ia telah memberi tidak kurang dari sebulan notis bertulis kepada Pesuruhjaya; dan notis sedemikian hendaklah diberi pada atau sebelum hari pertama pada bulan yang di penghujung bulan mana pegawai itu bertujuan hendak meletakkan jawatan.
Seseorang pegawai polis tambahan adalah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa dan keistimewaan, dan adalah tertakluk kepada kekuasaan dan tatatertib (termasuk kemungkinan kena buang kerja) sebagai seorang anggota Pasukan tersebut yang sama pangkatnya, dan hendaklah menurut segala arahan yang sah berhubung dengan perlaksanaan kewajipan-kewajipannya yang ia mungkin menerima dari semasa ke semasa daripada pegawai-pegawai atasannya.
Pesuruhjaya boleh memberhentikan mana-mana pegawai polis pangkat rendah yang belum menyempurnakan perkhidmatan selama sepuluh tahun dengan memberikannya sebulan notis bertulis.
Bilamana saja difikirkan oleh Pesuruhjaya bahawa mana-mana pegawai polis pangkat rendah yang telah menyempurnakan perkhidmatan selama sepuluh tahun tidak berupaya melaksanakan kewajipan-kewajipan jawatannya dengan cekap Pesuruhjaya boleh memberhentikan pegawai sedemikian dari Pasukan tersebut dengan memberikannya sebulan notis bertulis.
Tiada sebarang apa pun di dalam bab ini boleh dianggap akan menjejaskan atau menyentuh apa jua kuasa pembuangan kerja dari Pasukan tersebut yang diberikan oleh Perintah ini atau oleh apa jua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Perintah ini.
Seseorang pegawai polis pangkat rendah adalah berhak menuntut pemberhentiannya pada bila-bila masa semasa pengambilannya yang pertama atau sebarang pengambilan berikutnya dengan memberi sebulan notis bertulis kepada Pesuruhjaya tentang tujuannya untuk meletakkan jawatan dari Pasukan tersebut, dan atas bayaran sejumlah wang yang bersamaan dengan setengah bulan gaji bagi pangkat yang disandangnya pada ketika notis sedemikian bagi tiap-tiap tahun yang belum tamat dari tempoh perkhidmatannya mengikut kadar perimbangan bagi sebahagian dari satu tahun. Dengan syarat bahawa — (a) jika notis sedemikian diberikan semasa sebarang perkhidmatan selepas itu maka pembayarannya ialah sejumlah wang yang dihitung seperti yang disebutkan tadi tetapi dengan pembayaran sebulan gaji dan bukan setengah bulan gaji; dan (b) seseorang pegawai polis pangkat rendah yang telah mencapai umur empat puluh lima tahun tidaklah dikehendaki membuat sebarang bayaran di bawah bab ini.
Sesiapa jua yang mengabaikan untuk menyerahkan barang atau harta-benda sedemikian adalah bersalah: Hukuman, denda sebanyak lima ratus ringgit dan penjara selama tiga bulan, dan selain dari itu boleh dikenakan pembayaran nilai harga barang atau harta benda yang telah tidak diserahkan, nilai harga mana hendaklah ditentukan terus oleh mahkamah yang sama oleh mana orang itu telah disabitkan kesalahan, di mana ianya hendaklah diperolehi kembali sebagai denda. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TATATERTIB DAN KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SYARAT-SYARAT MENGENAI TATATERTIB Pegawai-pegawai polis hendaklah menurut perintah-perintah yang sah.
Hukuman bagi pegawai-pegawai polis pangkat rendah.
Jika Pesuruhjaya atau seseorang pegawai polis yang diberi kuasa mendapati seseorang pegawai polis pangkat rendah bersalah melakukan mana-mana satu dari kesalahan-kesalahan, yang berikut :- (a) tidak hadir bertugas dengan tidak bercuti atau mempunyai sebab yang memuaskan ; (b) tidur semasa bertugas ; (c) berkelakuan yang menyentuh kesopanan dan tatatertib ; (d) berkelakuan yang mengaibkan ; (e) engkar menurut Peraturan-peraturan Polis, atau sebarang Perintah yang dibuat di bawah Perintah ini atau sebarang perintah dari seseorang pegawai polis kanan sama ada secara bertulis atau lisan ; (f) tidak sihat menjalankan tugas kerana mabuk ; (g) penentangan atau perbuatan zalim ; (h) cuai menjalankan tugas atau perintah-perintah ; (i) berpura-pura sakit ; (j) mendusta atau memutar-belitkan ; (k) menjalankan tugas dengan melampaui batas yang mengakibatkan kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang lain ; (l) dengan sengaja membinasakan atau dengan cuai menghilangkan atau merosakkan harta-benda kepunyaan Kerajaan ; (m) mengambil bahagian dalam perdagangan atau pekerjaan lain dengan tiada kebenaran Pesuruhjaya ; (n) hilang kepercayaan ; (o) perbuatan rasuah, maka Pesuruhjaya boleh memerintahkan supaya pegawai polis pangkat rendah sedemikian dibuang kerja atau dikehendaki bersara dari Pasukan tersebut atau boleh menghukumnya dengan mana-mana dari hukuman-hukuman yang berikut:— (i) turun pangkat, gred, keutamaan atau gaji; (ii) penangguhan atau pemberhentian kenaikan gaji; (iii) teguran; (iv) amaran, dan sebagai ganti atau tambahan kepada mana-mana dari hukuman-hukuman yang disebutkan tadi, boleh mengenakan sesuatu denda yang tidak melebihi seratus ringgit atau perlucutan tidak lebih dari sebulan gaji, kecuali dalam perkara tidak hadir bertugas dengan tidak bercuti atau mempunyai sebab yang memuaskan tatkala mana, selain dari sebarang hukuman lain, perlucutan gaji boleh dikenakan berhubung dengan tempoh tidak hadir bertugas atau tempoh yang lebih singkat yang kepada pegawai pemerintah mungkin dianggap patut.
Jika seseorang pegawai polis pangkat rendah yang didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam ceraian (2) adalah seorang mata-mata maka Pesuruhjaya boleh, sebagai ganti atau selain dari menghukumnya dengan sebarang hukuman yang dibenarkan di bawah ceraian (2), menghukumnya dengan tidak melebihi dari dua hukuman dari hukuman-hukuman yang berikut:— (a) pengurungan dalam berek selama tidak lebih dari empat belas hari; (b) tugas-tugas atau kawad-kawad tambahan; (c) tugas-tugas kerana menjalankan hukuman (fatigue duties) yang mungkin ditentukan oleh Perintah-perintah Am Polis; (d) perlucutan sementara hak-hak keistimewaan tertentu;
Jika mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa mendapati mana-mana pegawai polis pangkat rendah bersalah melakukan mana-mana dari kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam ceraian (2) maka ia boleh menghukumnya dengan mana-mana satu dari hukuman-hukuman yang Pesuruhjaya boleh mengenakan selain dari hukuman turun pangkat atau buang kerja atau bersara dari Pasukan tersebut.
Seseorang pegawai polis pangkat rendah boleh merayu terhadap sebarang keputusan seseorang pegawai polis yang diberi kuasa atau sebarang hukuman yang dikenakan oleh seseorang pegawai polis yang diberi kuasa di bawah bab ini kepada Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari (atau sesuatu masa yang lebih lama lagi, jika ada, yang Pesuruhjaya mungkin memikirkan patut diberikan) dari mulanya pegawai polis pangkat rendah itu dimaklumkan mengenai keputusan atau hukuman sedemikian; dan, kecuali setakat yang dipersyaratkan dalam ceraian (6), keputusan Pesuruhjaya terhadap rayuan sedemikian adalah muktamad dan tidaklah tertakluk kepada rayuan kepada atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
Jika seseorang pegawai polis pangkat rendah telah didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam ceraian (2) oleh Pesuruhjaya (sama ada atas penolakan sesuatu rayuan di bawah ceraian (5) daripada keputusan seseorang pegawai polis yang diberi kuasa atau atas sesuatu keputusan asal Pesuruhjaya) dan diperintahkan oleh Pesuruhjaya supaya diturunkan pangkat atau dibuang kerja atau dikehendaki bersara dari Pasukan tersebut, maka pegawai polis pangkat rendah sedemikian boleh merayu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan terhadap keputusan atau perintah sedemikian dalam masa tiga puluh hari (atau sesuatu masa yang lebih lama lagi, jika ada, yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia mungkin memikirkan patut diberikan) dari mulanya pegawai polis pangkat rendah itu dimaklumkan mengenai keputusan atau perintah sedemikian; dan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu terhadap rayuan sedemikian adalah muktamad dan tidaklah tertakluk kepada rayuan kepada atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
Dalam tiap-tiap perkara di mana sesuatu rayuan telah dibuat di bawah ceraian (5) atau (6) sebarang hukuman yang diperintahkan hendaklah digantung sementara menunggu keputusan rayuan itu. Hukuman bagi merinyu-merinyu.
(a) turun pangkat, keutamaan atau gaji; (b) penangguhan atau pemberhentian kenaikan gaji; (c) teguran; (d) amaran, dan sebagai ganti atau tambahan kepada mana-mana dari hukuman-hukuman itu boleh mengenakan sesuatu denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit dan dalam perkara tidak hadir bertugas dengan tidak bercuti atau mempunyai sebab yang memuaskan boleh memerintahkan perlucutan gaji bagi tempoh tidak hadir bertugas atau tempoh yang lebih singkat yang Pesuruhjaya fikirkan patut.
Seseorang merinyu yang tidak puas hati dengan keputusan Pesuruhjaya mengenai pembuangan kerja, persaraan atau penurunan pangkatnya boleh merayu terhadap keputusan sedemikian kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam masa tiga puluh hari (atau sesuatu masa yang lebih lama lagi, jika ada, yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia mungkin memikirkan patut diberikan) dari mulanya ianya dimaklumkan mengenai keputusan sedemikian; dan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap rayuan sedemikian adalah muktamad dan tidaklah tertakluk kepada rayuan kepada atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.
Dalam tiap-tiap perkara di mana sesuatu rayuan telah dibuat di bawah ceraian (2) sebarang hukuman yang diperintahkan oleh Pesuruhjaya hendaklah digantung sementara menunggu keputusan rayuan itu.
Jika seseorang merinyu diperintahkan supaya dikehendaki bersara di bawah bab ini maka perkhidmatannya hendaklah, bagi maksud-maksud Undang-undang Pencen, 1957 dianggap telah ditamatkan atas alasan yang disebutkan dalam bab 7 dari Undang-undang itu.
Jika mana-mana perkara telah dirujukkan kepada Suruhanjaya di bawah ceraian (1) maka Suruhanjaya boleh, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, memerintahkan supaya merinyu dari Pasukan tersebut atau boleh, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, menghukumnya dengan mana-mana dari hukuman-hukuman yang disebutkan dalam bab 26.
Tiada sebarang dakwaan di bawah bab ini boleh dimulakan tanpa persetujuan bertulis Pesuruhjaya terlebih dahulu.
Tiada sesiapa pun yang telah dibebaskan oleh sesebuah mahkamah dari sebarang kesalahan boleh dibicarakan atas tuduhan yang sama di bawah Perintah ini.
Sesuatu hukuman ke atas seseorang pegawai polis tidaklah terjejas disebabkan oleh orang itu tidak lagi menjadi seorang pegawai polis kerana diberhentikan atas sebab lain.
Tiada sebarang gaji boleh dibayar kepada mana-mana pegawai polis berhubung dengan sebarang tempoh semasa mana ianya sedang menjalani apa jua hukuman penjara.
Bukti terhadap tandatangan pihak berkuasa sedemikian tidaklah dikehendaki melainkan mahkamah mempunyai sebab meragui ketulenannya; dan jika dibuktikan bahawa tandatangan itu tidak tulen, keputusan hendaklah bagaimana pun diberikan yang memihak kepada pegawai polis itu jika dibuktikan bahawa, pada ketika yang tindakan yang telah diadukan itu dilakukan, ia telah mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa tandatangan itu tulen.
Sebuah Jawatankuasa Penyiasatan yang diundang di bawah ceraian (1) untuk menyiasat ke atas kematian atau kecederaan seseorang pegawai polis hendaklah diberi kuasa untuk membuat keputusan dan sokongan-sokongan kepada Pesuruhjaya seperti berikut: WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) sama ada orang yang mati atau yang tercedera itu sedang menjalankan tugas pada ketika kematian atau kecederaan itu; (b) sama ada kematian atau kecederaan itu telah disebabkan dengan secara langsung oleh jenis tugas yang orang yang mati atau tercedera itu telah menjalankan; (c) sama ada kematian atau kecederaan itu telah disebabkan oleh ketelodoran orang yang mati atau cedera itu; (d) sama ada sesuatu pencen, baksis atau elaun sepatutnya dibayar menurut Peraturan-peraturan Polis atau apa jua undang-undang bertulis yang lain; (e) sama ada sebarang tindakan adalah perlu untuk mencegah berlakunya kematian atau kecederaan yang serupa pada masa akan datang kepada pegawai-pegawai polis yang lain.
Sesebuah Jawatankuasa Penyiasatan yang diundang di bawah ceraian (1) untuk menyiasat ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan kepada apa jua harta-benda yang telah diamanahkan kepada atau yang ada pada milik Pasukan tersebut dengan sahnya hendaklah membuat keputusan dan sokongan-sokongan kepada Pesuruhjaya seperti berikut: (a) harga kehilangan atau kerosakan yang dianggarkan; (b) tanggungjawab individu terhadap kehilangan atau kerosakan sedemikian; (c) tindakan yang perlu untuk mencegah berlakunya kehilangan atau kerosakan yang serupa pada masa akan datang; (d) caranya yang harga kehilangan atau kerosakan sedemikian mungkin didapati kembali atau diganti kepada yang empunya harta-benda itu yang sah. Saman-saman saksi.
Sesiapa jua yang telah disaman sebagai saksi di bawah ceraian (1) yang tidak hadir pada ketika dan tempat yang disebutkan dalam saman itu atau manakala ditangguhkan, atau enggan menjawab sebarang soalan yang dikemukakan kepadanya dengan sah atau mengemukakan apa jua dokumen yang mana adalah dalam kekuasaannya untuk mengemukakan, adalah bersalah: Hukuman, denda sebanyak dua ratus ringgit dan penjara selama satu bulan. Dengan syarat bahawa tiada sebarang apa pun yang terkandung di dalam bab ini boleh menjadikan sesiapa jua terpaksa menjawab sebarang soalan atau mengemukakan sebarang dokumen berkenaan dengan sebarang perkara yang sepatutnya akan diperlindungi dari diberitahukan atas alasan keistimewaan kalaulah perbicaraan itu telah diadakan di mana-mana mahkamah. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PASUKAN TERSEBUT
(a) memelihara keamanan awam; (b) mencegah dan mengesan jenayah-jenayah dan kesalahan-kesalahan; (c) mengumpul dan memproses risikan keselamatan; (d) menangkap semua orang yang pegawai-pegawai polis diberi kuasa di segi undang-undang untuk menangkap; (e) mengatur perarakan-perarakan dan perhimpunan-perhimpunan di jalan-jalan raya, tempat-tempat awam atau tempat-tempat kunjungan ramai; (f) mengatur lalulintas di atas jalan-jalan raya, dan menyingkirkan rintangan-rintangan daripadanya; (g) memelihara ketenteraman di tempat-tempat awam dan tempat-tempat kunjungan ramai, di perjumpaan-perjumpaan awam dan di perhimpunan-perhimpunan bagi hiburan-hiburan awam, bagi maksud mana sesiapa jua pegawai polis yang sedang bertugas boleh memasuki dengan bebas ke semua tempat dan perjumpaan dan perhimpunan sedemikian semasa terbuka kepada mana-mana orang awam; (h) membantu pada melaksanakan undang-undang hasil, eksais, kesihatan, pemeliharaan alam sekitar, kuarantina dan imigresen; (i) membantu pada memelihara ketenteraman di pengkalan-pengkalan dan pelabuhan-pelabuhan kapal dan lapangan-lapangan terbang Brunei, dan pada menguatkuasakan undang-undang berhubung dengannya; (j) melaksanakan saman-saman, sapina-sapina, waran-waran, surat-surat pemenjaraan dan surat-surat perintah lain yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (k) memohon memperoleh saman-saman atau waran-waran bagi kepentingan-kepentingan keadilan dan menjalankan siasatan-siasatan permulaan dan dakwaan-dakwaan; (l) memperlindungi harta-benda yang tidak dituntut dan yang hilang dan mencari pemilik-pemiliknya; (m) menjaga dan mengandang binatang-binatang sesat; (n) membantu pada memperlindungi nyawa dan harta-benda tatkala berlaku kebakaran-kebakaran; (o) memperlindungi harta-benda awam dari kehilangan atau kerosakan; (p) menghadiri mahkamah-mahkamah jenayah dan, jika diperintahkan dengan khasnya menghadiri mahkamah-mahkamah sivil, dan menjaga ketenteraman di dalamnya; (q) mengiring dan mengawal orang-orang salah; (r) melaksanakan kewajipan-kewajipan lain sebagaimana yang mungkin dikenakan ke atas seseorang pegawai polis oleh apa jua undang-undang bertulis.
SURUHANJAYA PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI PENUBUHAN SURUHANJAYA
Tertakluk kepada ceraian (3), tiap-tiap orang yang dilantik menjadi ahli Suruhanjaya hendaklah, melainkan ia lebih awal lagi meletakkan jawatannya atau disingkirkan dari jawatannya, menyandang jawatan selama tempoh tiga tahun daripada tarikh perlantikannya dan adalah layak bagi perlantikan semula.
(a) Tertakluk kepada perenggan (b), seseorang ahli Suruhanjaya boleh disingkirkan dari jawatannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan. (b) Seseorang ahli Suruhanjaya hanya boleh disingkirkan dari jawatannya kerana tidak berupaya melaksanakan tugas-tugas jawatannya (sama ada akibat dari kelemahan tubuh atau akal atau apa jua sebab lain) atau kerana kelakuan yang tidak sopan, dan tidak boleh disingkirkan demikian melainkan halnya telah disiasat. oleh seseorang yang menyandang atau telah menyandang jawatan kehakiman yang tinggi di mana-mana bahagian Commonwealth, yang dicalonkan bagi maksud itu oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dan orang itu telah menyokong supaya ia patut disingkirkan. (c) Sultan dalam Majlis Mesyuarat boleh dari semasa ke semasa, meminda atau membatalkan aturan-aturan berhubung dengan tatacara yang akan diikuti dalam menyiasat apa jua masalah di bawah ceraian ini, dan boleh membuat penyusunan-penyusunan berkenaan dengan ganjaran yang akan dibayar kepada mana-mana orang yang dilantik di bawah perenggan (b), ganjaran mana hendaklah dikenakan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh memperkenankan kebenaran tidak hadir menjalankan tugasnya kepada mana-mana ahli Suruhanjaya, dan boleh melantik seseorang untuk menjadi ahli sementara selama tempoh kebenaran sedemikian.
Tatacara Suruhanjaya hendaklah, tertakluk kepada apa jua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah bab 44, diadakan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Gaji bagi tiap-tiap ahli Suruhanjaya hendaklah — (a) bermula dari tarikh perlantikannya; (b) dikumpulkan dari sehari ke sehari; dan (c) kena dibayar tiap-tiap bulan pada hari terakhir bagi tiap-tiap bulan, atau pada hari lain sebagaimana yang Pegawai Kewangan Negara boleh dari semasa ke semasa menentukan.
Gaji-gaji, elaun-elaun, keistimewaan-keistimewaan dan syarat-syarat jawatan lain bagi ahli-ahli Suruhanjaya tidak boleh diubah sehingga merugikannya selepas perlantikannya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Syarat terhadap gaji pendua.
TUGAS-TUGAS SURUHANJAYA, DSB. Sokongan Suruhanjaya hendaklah diperolehi dan diambil kira dalam perkara-perkara tertentu.
Peraturan-peraturan.
(a) perjalanan oleh Suruhanjaya mana-mana dari tugas-tugasnya; atau (b) perjalanan oleh Suruhanjaya atau oleh sesiapa juga, tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang mungkin ditetapkan, mana-mana dari kuasa-kuasa yang diberikan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan oleh bab 8(1), 9(1) atau 30 dan boleh mempersyaratkan selanjutnya supaya mana-mana orang sedemikian hendaklah dibebaskan dari sekatan yang dikenakan oleh Bab 43. KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN DAN PERLINDUNGAN Perhubungan-perhubungan tertentu hendaklah dirahsiakan.
Perlindungan ahli-ahli.
olehnya manakala bertindak dalam melaksanakan jawatannya seperti yang oleh undang-undang diberikan kepada sebarang majistret yang bertindak dalam melaksanakan jawatannya. KESALAHAN-KESALAHAN
Jika sesiapa jua yang ada pada miliknya sebarang maklumat yang pada pengetahuannya telah diberitahukan dengan menyalahi bab ini memberi atau menghubungkan maklumat sedemikian kepada sesiapa jua selain dari bagi maksud pendakwaan di bawah Bahagian ini, maka ia adalah bersalah: Hukuman, penjara selama satu tahun dan denda sebanyak dua ribu ringgit.
Dengan syarat bahawa tiada sebarang apa pun di dalam bab ini boleh melarang sesiapa jua dari memberikan surat akuan atau surat keterangan kepada mana-mana pemohon atau calon bagi keanggotaan Pasukan tersebut atau dari memberikan sebarang maklumat atau bantuan atas permintaan rasmi yang dibuat oleh Suruhanjaya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TABUNG POLIS
Tabung Polis itu hendaklah terdiri dari — (a) semua wang telah dilucutkan hak oleh atau denda-denda yang dikenakan ke atas pegawai-pegawai polis di bawah kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perintah ini; (b) sebahagian dari wang yang Pesuruhjaya mungkin memikirkan patut yang dibayar di bawah bab 69 kerana perkhidmatan-perkhidmatan khas pegawai-pegawai polis selain dari pegawai-pegawai polis tambahan; (c) semua denda yang dikenakan kerana serangan ke atas pegawai-pegawai polis; (d) semua suapan yang menyalahi undang-undang yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis dan dirampas dengan perintah mahkamah; (e) sebarang wang yang dibayar kepada tabung di bawah bab 53(4); (f) semua wang yang dirampas di bawah bab 357(2) dari Undang-undang Peraturan Jenayah (Criminal Procedure Code) dan diperintahkan oleh mahkamah supaya dibayar ke dalam tabung; (g) derma-derma yang diberikan kepada tabung dan diterima oleh Pesuruhjaya; (h) sumbangan-sumbangan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Tabung Polis itu hendaklah dikawal oleh Pesuruhjaya, tertakluk kepada Peraturan-peraturan Polis, dan digunakan bagi maksud-maksud — (a) memberi hadiah kepada merinyu-merinyu dan pegawai-pegawai polis pangkat rendah kerana perkhidmatan-perkhidmatan istimewa atau khas yang diberikan oleh mereka; (b) memperolehi bagi pegawai-pegawai polis yang sedang berkhidmat, atau yang sudah bersara dengan mendapat pencen atau baksis, keselesaan-keselesaan, kemudahan-kemudahan atau faedah-faedah lain yang tidak boleh dikenakan kepada hasil kerajaan; dan (c) memberi pinjaman-pinjaman kepada pegawai-pegawai polis yang sedang berkhidmat, atau yang sudah bersara dan mendapat pencen atau baksis, dengan kadar-kadar dan syarat-syarat menurut Peraturan-peraturan Polis.
Pada hari yang ditetapkan semua wang yang terkandung dalam Tabung Hadiah Polis yang telah dibentuk di bawah Undang-undang yang dimansuhkan hendaklah dianggap telah dipindahkan kepada dan hendaklah menjadi sebahagian dari Tabung Polis.
HARTA-BENDA DAN HARTA PESAKA YANG TIDAK DITUNTUT
Jika dituntut dalam tempoh tiga bulan oleh sesiapa juga yang membuktikan tuntutannya terhadap harta-benda sedemikian sehingga kepuasan Pesuruhjaya maka harta-benda itu hendaklah dikembalikan kepada orang itu atas pembayaran apa jua perbelanjaan yang telah dilakukan dengan berpatutan dan sejumlah wang sebagai hadiah kepada orang yang menjumpai harta-benda itu sebagaimana yang Pesuruhjaya mungkin menghadiahkan.
Jika harta-benda itu adalah sejenis yang lekas rosak ianya boleh dijual dengan serta-merta dan hasil penjualannya dihantarkan kepada Pesuruhjaya sementara menunggukan sebarang tuntutan terhadap harta-benda tersebut.
Jika mana-mana harta-benda sedemikian tidak dituntut dalam tempoh tiga bulan, atau jika pihak menuntut enggan membayar perbelanjaan yang telah dilakukan dengan berpatutan itu atau sejumlah wang yang dihadiahkan kepada orang yang menjumpainya, maka harta-benda itu boleh dijual, dan hasil penjualan itu, selepas memotong perbelanjaan tersebut dan sejumlah wang yang telah WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dihadiahkan kepada orang yang menjumpainya hendaklah, jika berjumlah lima puluh ringgit atau kurang dibayar ke dalam Tabung Polis dan, jika melebihi lima puluh ringgit, dibayar ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan selepas pembayaran wang sejumlah lima puluh ringgit ke dalam Tabung Polis.
Jika, pada pendapat Pesuruhjaya, harta-benda itu tidak mempunyai nilai yang ketara atau nilainya terlalu kecil sehingga menjadikan penjualannya tidak praktis seperti yang dipersyaratkan oleh ceraian (2) atau (3), maka Pesuruhjaya boleh memerintahkannya supaya dimusnahkan atau melakukan apa sahaja dengan cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut. Harta pesaka yang tidak dituntut.
Berkenaan dengan harta-benda sejenis yang mudah rosak atau berkemungkinan akan berkurangan nilainya, Pesuruhjaya boleh memerintahkannya supaya dijual; dan hasil penjualan sedemikian hendaklah diserahkan kepada Pegawai Waris.
AM KESALAHAN-KESALAHAN Tinggal tugas.
Derhaka.
Mana-mana pegawai polis kanan boleh, tanpa waran, menangkap sesiapa jua yang melanggar atau yang dengan berpatutan disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah bab ini.
(a) didapati memiliki apa jua barang yang telah dibekalkan kepada mana-mana pegawai polis bagi melaksanakan tugasnya, atau apa jua pingat atau bintang kehormatan yang telah dianugerahkan kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian, jasa atau berkelakuan baik, dan yang gagal menerangkan dengan memuaskan terhadap pemilikannya, atau yang, tanpa kebenaran yang sah, membeli atau menerima barang, pingat atau bintang kehormatan sedemikian atau yang membantu atau mensubahat mana-mana pegawai polis dalam menjual atau melakukan apa saja kepada barang, pingat atau bintang kehormatan sedemikian; (b) tanpa kebenaran yang sah, membuat, menjual atau membekalkan, atau menawarkan untuk dijual atau dibekalkan, tiruan yang boleh dikatakan tepat bagi apa jua lencana atau alat yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu adalah pegawai polis, atau tiruan yang boleh dikatakan tepat bagi apa jua lencana atau alat yang digunakan untuk menunjukkan pangkat seseorang pegawai polis, atau tiruan yang boleh dikatakan tepat bagi apa jua pingat atau bintang kehormatan yang telah dianugerahkan kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian, jasa atau berkelakuan baik atau yang membantu atau mensubahat sesiapa jua dalam membuat, menjual atau membekalkan tiruan yang boleh dikatakan tepat itu; atau (c) tanpa kebenaran Suruhanjaya memakai, menggunakan atau memperlihatkan dengan menyalahi undang-undang dengan cara selain dari semasa sesuatu pertunjukan pentas atau lakonan sandiwara, apa jua pakaian seragam Pasukan tersebut atau apa jua lencana atau alat untuk menunjukkan bahawa ia adalah seorang pegawai polis, atau apa jua pakaian yang rupanya kelihatan seperti atau mempunyai tanda-tanda istimewa pakaian seragam tersebut, adalah bersalah di bawah Perintah ini. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Berkelakuan kacau-bilau di balai polis.
Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran kerana kesalahan-kesalahan di bawah bab-bab 55, 58 dan 59.
Kesalahan untuk membuat kenyataan yang tidak benar atau tidak mempercayai sebagai benar manakala memohon mendapatkan pekerjaan.
Pegawai polis tidak boleh menjadi ahli kesatuan sekerja, dsb.
(a) mana-mana kesatuan sekerja atau mana-mana badan atau persekutuan yang bergabung dengan sesebuah kesatuan sekerja; (b) mana-mana parti politik; atau (c) mana-mana badan atau persekutuan yang mempunyai tujuan-tujuan politik.
Mana-mana pegawai polis yang melanggar ceraian (1) adalah bersalah di bawah Perintah ini.
Bagi maksud-maksud bab ini sebarang soal sama ada mana-mana badan atau persekutuan adalah sebuah kesatuan sekerja atau parti politik atau apa jua badan atau persekutuan lain terhadap mana ceraian (1) adalah dikenakan hendaklah diputuskan oleh Pesuruhjaya; dan keputusan oleh Pesuruhjaya mengenai soal sedemikian adalah muktamad dan tidaklah tertakluk kepada rayuan kepada atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah. Hukuman am.
PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH Peraturan-peraturan polis.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan mungkin memikirkan mustahak.
Khususnya dan dengan tidak menyentuh keluasan makna ceraian sebelum ini, Sultan dalam Majlis Mesyuarat boleh membuat Peraturan-peraturan Polis berhubung dengan semua atau mana-mana dari perkara-perkara yang berikut — (a) penyusunan dan pembahagian Pasukan tersebut; (b) kelayakan-kelayakan, perlantikan-perlantikan, kenaikan-kenaikan pangkat, gaji dan elaun-elaun, perletakan-perletakan jawatan, pemberhentian-pemberhentian kerja, pembuangan-pembuangan kerja, penurunan-penurunan pangkat, pengembalian-pengembalian pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan; (c) pencen-pencen, elaun-elaun bersara dan baksis-baksis bagi pegawai-pegawai polis pangkat rendah dan tanggungan-tanggungan mereka, dan semua perkara yang berkaitan dengannya; (d) tatatertib, tatacara tatatertib dan hukuman-hukuman; (e) kebenaran tidak hadir bekerja; (f) pakaian-pakaian seragam, senjata-senjata dan peralatan yang akan dibekalkan; (g) pentadbiran Tabung Polis; (h) bayaran-bayaran yang akan dikenakan kepada orang-orang awam bagi salinan laporan-laporan, peta-peta dan gambar-gambar foto yang dibuat oleh pegawai-pegawai polis; (i) semua perkara yang, di bawah syarat-syarat Perintah ini, mungkin diperuntukkan atau ditentukan oleh Peraturan-peraturan Polis; (j) perkara-perkara lain yang mungkin perlu dan mustahak bagi mencegah penyalahgunaan atau kecuaian tugas, dan bagi menjadikan Pasukan tersebut cekap dalam menunaikan kewajipan-kewajipannya, dan bagi melaksanakan syarat-syarat dari Perintah ini.
Peraturan-peraturan sedemikian boleh, jika dipersyaratkan demikian di dalamnya, dikenakan kepada dan terikat ke atas semua pegawai kerajaan yang diambil berkhidmat berkaitan dengan Pasukan tersebut, dengan tidak menghiraukan bahawa mereka bukan pegawai-pegawai polis, dengan cara yang sama seolah-olah mereka ialah pegawai-pegawai polis.
Tiap-tiap peraturan yang dibuat di bawah bab ini hendaklah disiarkan dalam Warta Kerajaan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Perintah-perintah Am Polis.
(a) tatatertib dan peraturan serta perlaksanaan hukuman; (b) penjenisan-penjenisan dan kenaikan-kenaikan pangkat; (c) pengajaran-pengajaran dan pengujian-pengujian; (d) pemeriksaan-pemeriksaan, kawad, riadhah (senaman) dan perbarisan-perbarisan; (e) tiap-tiap jenis perkhidmatan dan kewajipan polis dan caranya perkhidmatan dan kewajipan itu hendak dilaksanakan; (f) penubuhan dan pemeliharaan mess-mess polis, kantin-kantin, bilik-bilik bacaan dan pertubuhan-pertubuhan sukan; (g) perbelanjaan jabatan; (h) bangunan-bangunan, padang-padang, kenderaan, barang-barang simpanan, perabot dan perlengkapan; (i) penjagaan, pengawalan dan penggunaan senjata dan peluru; (j) penukaran-penukaran pegawai polis, tempat-tempatnya di mana mereka hendak tinggal dan perkhidmatan khas yang akan dilaksanakan oleh mereka; (k) pengumpulan dan penyampaian risikan dan maklumat; (l) cara dan bentuk laporan-laporan, surat-surat dan rekod-rekod lain; (m) perlaksanaan apa jua tindakan yang mungkin perlu bagi menjalankan dengan betul akan syarat-syarat Perintah ini atau sebarang Undang-undang lain atau apa jua peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau bagi menunaikan dengan cekap akan sebarang kewajipan yang dikenakan oleh apa jua undang-undang bertulis ke atas Pasukan tersebut atau mana-mana anggotanya; (n) perkara-perkara lain yang mungkin perlu dan mustahak bagi mencegah penyalahgunaan atau kecuaian kewajipan, bagi menjadikan Pasukan tersebut cekap dalam menunaikan kewajipan-kewajipannya, dan bagi melaksanakan syarat-syarat dari Perintah ini. Perintah-perintah Ibu Pejabat Polis.
Polis" yang tidak bertentangan dengan syarat-syarat dari Perintah ini, Peraturan-peraturan Polis atau Perintah-perintah Am Polis bagi kawalan, arahan dan makluman Pasukan tersebut.
RAMPAIAN
Jika permohonan sedemikian dibenarkan maka — (a) pemohonnya hendaklah membayar terhadap perkhidmatan sedemikian dengan kadar bayaran yang mungkin ditetapkan oleh Peraturan-peraturan Polis; dan (b) Pesuruhjaya atau pegawai polis kanan yang diberi kuasa seperti disebutkan sebelum ini hendaklah menentukan tentang bilangan pegawai-pegawai polis yang akan diuntukkan bagi digunakan oleh pemohon kerana perkhidmatan sedemikian, dan boleh menentukan syarat-syaratnya bagi perkhidmatan sedemikian, yang mana adalah terikat ke atas pemohon itu.
Kerajaan tidaklah bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan kepada harta-benda, sama ada dipunyai oleh pemohon itu atau oleh mana-mana orang lain, berikutan dengan penggunaan pegawai-pegawai polis menurut bab ini. SYARAT-SYARAT PEMANSUHAN, PENGECUALIAN DAN PERALIHAN
WARDA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Dengan syarat bahawa — (a) apa jua peraturan-peraturan atau perintah-perintah yang telah dibuat di bawah Undang-undang yang dimansuhkan, setakat yang peraturan-peraturan atau perintah-perintah itu tidak bertentangan dengan syarat-syarat Perintah ini, adalah masih berkuatkuasa dan terus mempunyai kuatkuasa sehingga digantikan atau dibatalkan oleh peraturan-peraturan atau perintah-perintah yang dibuat di bawah Perintah ini; dan (b) sebutan-sebutan di dalam peraturan-peraturan atau perintah-perintah sedemikian mengenai pegawai-pegawai yang diwartakan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan-sebutan mengenai pegawai polis kanan dan sebutan-sebutan mengenai anggota-anggota berpangkat rendah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan-sebutan mengenai pegawai-pegawai polis pangkat rendah.
14 JANUARI, 1984 JADUAL IKRAR JAWATAN Saya ..............................................................., dengan sesungguhnya, tulus ikhlas dan benar berikrar bahawa saya akan dengan memuaskan dan taat setia berkhidmat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam jawatan pegawai polis Pasukan Polis Diraja Brunei (dan akan mematuhi, mempertahankan dan memelihara undang-undang Brunei, dan bahawa saya akan melaksanakan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan jawatan saya dengan jujur lagi tekun). Ikrar dibuat di ........................................ pada ........ haribulan .......................... 19 ............ ............................................................ Tandatangan. Di hadapan saya, ............................................................ Diperbuat pada hari ini 31 haribulan Disember, 1983 di Istana Darul Hana Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN