Sebagaimana pada 1 November 2018
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2018 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN 1978 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 28 Februari 1978 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 2 Mac 1978 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1543 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 15 November 2017 Cetakan Semula Yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … … Cetakan Semula Yang Kedua … … … … Akta 203 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN 1978 SUSUNAN SEKSYEN B ahagian I PERMULAAN Seksyen 1.
Tafsiran B ahagian II LEMBAGA
Lembaga
Fungsi Lembaga
Keanggotaan Lembaga 5 a . Anggota silih ganti
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Pekhidmat awam
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Kawasan Kelantan Selatan
Fungsi tambahan bagi Lembaga
Penyata, laporan, akaun dan maklumat B ahagian III BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT
Pengerusi
Pengurus Besar dan Timbalan-Timbalannya
Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Seksyen 16 a . Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 16 B –16 h . (Dipotong) B ahagian IV KEWANGAN
Penubuhan Kumpulan Wang
Pengimbangan akaun hasil
Kumpulan wang rizab
Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 B ahagian V KUASA LAIN LEMBAGA
Pewakilan kuasa Lembaga
Kuasa untuk meminjam
Pelaburan
Kuasa untuk mengambil khidmat ejen
Kuasa untuk memberikan pinjaman
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan 28 a . Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa
Pengambilan tanah secara paksa B ahagian VI AM
(Dipotong)
Obligasi kerahsiaan
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 32 a . Kuasa untuk meminda Jadual
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat J adual P ertama J adual K edua J adual K etiga Suatu Akta untuk memperbadankan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Mei 1978, P.U. (B) 236/1978] Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: B ahagian I PERMULAAN
“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 14; “Kawasan Kelantan Selatan” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9; “Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17; “Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah; “Negeri” ertinya Negeri Kelantan; “pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5; “Pengurus” ertinya Pengurus sesuatu Bahagian yang ditetapkan di bawah seksyen 14; “Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(1); “perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28; “syarikat” mempunyai erti sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5; “Timbalan Pengurus Besar” ertinya Timbalan Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(6). *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. B ahagian II LEMBAGA
(a) memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Kelantan Selatan; (b) memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Kelantan Selatan; dan (c) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam Kawasan Kelantan Selatan.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu— (a) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti komersial dan perindustrian, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan; (b) mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan; (c) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama-sama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang; (d) memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain; (e) menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Lembaga atau secara bebas; (f) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman, atau melalui pinjaman atau selainnya; (g) membeli, menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga; (h) menghendaki jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan dalam Kawasan Kelantan Selatan untuk mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga; (i) melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya; (j) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya; (k) menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui; (l) mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Kelantan Selatan; dan (m) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawab Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.
(a) seorang Pengerusi; (b) seorang Timbalan Pengerusi; (c) seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah; (d) seorang wakil Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan; (e) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; (f) tiga orang wakil Kerajaan Negeri; (g) empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan Lembaga; dan (h) Pengurus Besar.
Tertakluk kepada subseksyen (3), Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.
Perenggan 1, 2 dan 3 Jadual Pertama tidak terpakai bagi Pengurus Besar.
(Dipotong oleh Akta A1543).
Apabila jawatan Pengurus Besar kosong, subseksyen (1) hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (h) telah dipotong. . (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
(d) atau (e), dengan kelulusan Menteri.
(a) mengenai pelupusan aset modal; dan (b) mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu, walaupun arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan boleh diberikan selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.
Dengan syarat sentiasa bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan Wang.
dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa. B ahagian III BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT
(a) pentadbiran dan pengurusan Lembaga; (b) perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan (c) pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.
(7 a ) Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu— (a) tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan (b) hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.
Pengurus setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Menjadi tanggungjawab Pengurus sesuatu Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.
Tiap-tiap Pengurus ialah pegawai Lembaga.
Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga, yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan mengenai apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja secara terus tanpa notis.
. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] hendaklah terpakai bagi Lembaga. . (Dipotong oleh Akta A1543). B ahagian IV KEWANGAN
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; (b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada kumpulan wang pinjaman; (c) wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (d) wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga; (f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan (g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa- apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Dalam seksyen ini ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri melalui pinjaman.
(a) memberikan pinjaman di bawah seksyen 27; (b) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan fi lain dan kos, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil khidmat oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran; (c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4; (d) membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4; (e) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan (f) pada amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan dalam arahan itu.
B ahagian V KUASA LAIN LEMBAGA
Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.
(a) peruntukan modal kerja; (b) penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; (c) pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini; (d) penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan (e) apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun modal.
Perbelanjaan dan pampasan berkenaan dengan mana-mana harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
Apabila apa-apa harta tak alih telah diambil di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas harta itu. B ahagian VI AM
(Dipotong oleh Akta 478).
Tanpa mejejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi— (a) menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga; (b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga; (c) mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga; (d) mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu; (e) menetapkan cara dan terma dan syarat bagi pinjaman yang diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan (f) mengadakan peruntukan pada amnya mengenai penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini.
Peraturan-peraturan itu— (a) boleh mengadakan peruntukan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya menjadi suatu kesalahan; dan (b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti untuk apa-apa kesalahan yang penaltinya tidak boleh melebihi satu ribu ringgit. . Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa. J adual P ertama [Subseksyen 5(2)]
Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab.
Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.
Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya.
(a) jika anggota itu mati; (b) jika telah dibuktikan terhadap anggota itu, atau anggota itu telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (c) jika anggota itu menjadi bankrap; (d) jika anggota itu tidak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) jika anggota itu tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; (f) sekiranya peletakan jawatan anggota itu diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikan anggota itu dibatalkan.
Kuorum bagi Lembaga ialah enam orang. (2 a ) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi.
Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, jika dia tidak hadir, seorang anggota yang dipilih oleh anggota-anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.
Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.
Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengurus Besar atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengurus Besar atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Lembaga yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
(a) ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu. J adual K edua [Subseksyen 28(2)]
(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu.
1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu melingkungi “LKKS” boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.
Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. J adual K etiga [Subseksyen 28 a
SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta A520 Akta Lembaga Kemajuan (Pindaan) 1981 Akta 478 Akta Pembatalan Pengecualian Daripada Bayaran Duti-Duti Setem 1992 Akta A968 Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 1996 P.U. (A) 285/2003 Perintah Penyemakan Undang-Undang (Pembetulan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978) 2003 Akta A1543 Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A968 Akta A1543 Akta A520 Akta A1543 5 a Akta A1543 Akta A1543 Akta A1543 Akta A1543 16 a –16 h Akta A968 Akta A1543 Akta A1543 28 a Akta A1543 Akta 478 32 a Akta A1543 Jadual Pertama Akta A520 Akta A1543 Jadual Ketiga Akta A1543