「2009 고용법」 (제1조-제2조)
∙ 국 가 ‧ 지 역: 브루나이 ∙ 법 률 번 호: No. S 37 ∙ 제 정 일: 2009. 9. 3. ∙ 개 정 일: 2017. 8. 21.
(1) Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Pekerjaan, 2009. (2) Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah berkenaan dengan pekerjaan dan bagi perkara-perkara yang berhubung atau bersampingan dengannya".
Dalam Perintah ini melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain — "perantis" bermakna mana- mana orang yang telah membuat kontrak untuk bekerja dengan seseorang majikan dan untuk mempelajari dan diajar apa-apa perniagaan, perdagangan, pembuatan, perusahaan, pekerjaan atau penggajian di mana pekerja- pekerja diambil bekerja; "Penolong Pesuruhjaya" bermakna seorang Penolong Pesuruhjaya Buruh yang dilantik di bawah bab 3(1); "pegawai yang diberi kuasa" bermakna mana-mana orang yang dilantik sedemikian di bawah bab 5; "kadar asas gaji" bermakna jumlah amaun wang (termasuk pelarasan gaji dan kenaikan) yang ke atasnya seseorang pekerja itu berhak di bawah kontrak perkhidmatannya sama ada kerana bekerja bagi suatu tempoh masa, iaitu, selama satu jam, satu hari, satu minggu,satu bulan atau bagi tempoh lain sebagaimana yang mungkin dinyatakan atau tersirat dalam kontrak perkhidmatannya, atau bagi setiap bidang atau tugas kerja yang selesai tetapi tidak termasuk — (a) bayaran tambahan sebagai bayaran lebih masa; (b) bayaran tambahan sebagai bayaran bonus atau tambahan gaji tahunan; (c) apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja untuk mengganti perbelanjaan khas yang dilakukan olehnya semasa menjalankan pekerjaannya; (d) bayaran galakan produktiviti; dan (e) apa-apa elaun tidak kira bagaimana jua pun diperihalkan; "kanak-kanak" bermakna seseorang yang belum mencapai umur 15 tahun; "perjanjian bersama" bermakna suatu perjanjian berkenaan dengan pengawal seliaan hubungan majikan dan pekerja; "permulaan kuatkuasa Perintah ini" bermakna tarikh permulaan kuatkuasa peruntukan- peruntukan substantif Perintah ini yang utama; "Pesuruhjaya" bermakna Pesuruhjaya Buruh yang dilantik di bawah bab 3(1); "bersalin" bermakna melahirkan seorang anak; "kontrak perkhidmatan" bermakna, tertakluk kepada bab 10, apa-apa perjanjian, sama ada secara bertulis atau lisan dan sama ada nyata atau tersirat, yang menurutnya seorang itu bersetuju untuk menggaji orang lain sebagai seorang pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk bekerja dengannya sebagai seorang pekerja, dan termasuk suatu kontrak perantisan; "kontraktor" bermakna mana- mana orang yang membuat kontrak dengan prinsipal untuk membekalkan buruh atau untuk melaksanakan keseluruhan atau mana-mana bahagian dari apa- apa kerja yang dijalankan oleh prinsipal semasa menjalankan atau bagi maksud-maksud perdagangan atau perniagaan prinsipal "hari" bermakna suatu tempoh 24 jam yang bermula pada tengah malam; "tanggungan" bermakna ahli- ahli keluarga pekerja yang berikut — (a) isteri; (b) suami; (c) bapa; (d) ibu; (e) dan mana-mana anak atau anak angkatr yang tinggal bersama atau bergantung kepadanya; "Timbalan Pesuruhjaya” bermakna seorang Timbalan Pesuruhjaya Buruh yang dilantik di bawah bab 3(1); "pekerja rumah tangga" bermakna mana-mana pekerja rumah, kandang atau taman atau pemandu kenderaan bermotor yang digaji di atau berhubungan dengan perkhidmatan rumah tangga, mana-mana premis persendirian dan tidak berhubungan dengan sebarang perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan di premis tersebut; "pekerja” bermakna seseorang yang telah membuat atau yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan, dan termasuk seseorang pekerja buruh dan mana-mana pegawai awam atau pekerja Kerajaan yang dimasukkan dalam suatu kategori, golongan atau perihalan pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja yang diisytiharkan oleh Menteri dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, sebagai pekerja bagi maksud-maksud Perintah ini atau mana-mana Bahagiannya; tetapi tidak termasuk mana-mana pelaut pekerja rumahtangga atau mana-mana orang yang digaji dalam suatu jawatan pengurusan eksekutif atau sulit atau mana-mana orang yang termasuk di bawah mana-mana golongan orang lain yang mungkin diisytiharkan oleh Menteri, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta Kerajaan, bukan sebagai pekerja bagi maksud- maksud Perintah ini ; "majikan" bermakna mana- mana orang yang menggaji orang lain di bawah suatu kontrak perkhidmatan dan termasuk — (a) Kerajaan, berkaitan dengan kategori, golongan atau perihalan pegawai awam atau pekerja Kerajaan yang diisytiharkan oleh Menteriı dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, sebagai pekerja bagi maksud- maksud Perintah ini; (b)mana-mana badan berkanun; (c)ejen yang telah diberi kuasa atau pengurus majikan; (d)orang yang memiliki atau menjalankan atau pada masa itu bertanggungjawab bagi pengurusan profesion, perniagaan, perdagangan atau kerja di mana pekerja itu diambil bekerja "kadar kasar gaji" bermakna jumlah amaun wang termasuk elaun-elaun yang ke atasnya seseorang pekerja itu berhak di bawah kontrak perkhidmatannya sama ada kerana bekerja bagi suatu tempoh masa, iaitu, selama satu jam, satu hari, satu minggu, satu bulan atau bagi tempoh lain sebagaimana yang mungkin dinyatakan atau tersirat dalam kontrak perkhidmatannya, atau bagi setiap bidang atau tugas kerja yang selesai tetapi tidak termasuk — (a) bayaran tambahan sebagai bayaran lebih masa; (b) bayaran tambahan sebagai bayaran bonus atau tambahan gaji tahunan; (c) apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja untuk mengganti perbelanjaan khas yang dilakukan olehnya semasa menjalankan pekerjaannya; (d) bayaran galakan produktiviti; dan (e) elaun perjalanan, makanan atau perumahan: Dengan syarat bahawa dalam hal pekerja yang dibayar upah ikut kerja, kadar biasa gaji hendaklah dikira dengan membahagikan tempoh 14 hari sejurus sebelum hari kadar gaji dikehendaki untuk dikira dengan bilangan hari pekerja itu sebenarnya bekerja dalam tempoh tersebut; "pegawai kesihatan" bermakna Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan termasuk mana- mana pegawai yang kepadanya dia telah mewakilkan perjalanan atau perlaksanaan mana-mana kuasa atau kewajipan yang diberikan atau dikenakan kepadanya oleh Perintah ini setakat kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu; "waktu kerja" bermakna masa seseorang pekerja itu diletakkan atas kawalan majikan dan tidak bebas untuk menggunakan masa dan pergerakannya sendiri, kecuali sebarang selangan waktu yang dibenarkan untuk rehat dan makan; "pekerja imigran" bermakna mana-mana pekerja yang lazimnya bermastautin di luar Negara Brunei Darussalam yang telah datang ke Negara Brunei Darussalam bagi maksud melaksanakan kerja di Negara Brunei Darussalam; "perusahaan industri" bermakna — (a) lombong, kuari dan kerja lain bagi mengekstrak galian dari bumi (b) industri di mana barang- barang dibuat, dipasang, diubah, dibersihkan, dibaiki, dihias, disiapkan, disesuaikan untuk jualan, dipecah-pecah atau dirobohkan, atau di mana bahan-bahan diubah, termasuk pembinaan kapal dan penjanaan, pengubahan dan penghantaran elektrik dan sebarang jenis kuasa motif; (c) pembinaan, pembinaan semula, penyenggaraan, pembaikan, pengubahan atau perobohan mana-mana bangunan, rel kereta api, jalan trem, pelabuhan, limbungan, jeti, terusan, alur pelayaran darat, jalan raya, terowong, jambatan, jejambat, pembetung, longkang, perigi, pepasangan telegraf atau telefon, perusahaan elektrik, loji gas, kerja air atau kerja pembinaan lain, dan juga penyediaan bagi atau perletakan asas apa-apa kerja atau struktur tersebut; (d) pengangkutan penumpang-penumpang atau barang-barang melalui jalan raya, kereta api, laut, udara atau alur pelayaran darat, termasuk pengendalian barang-barang di limbungan, bagan, dermaga, gudang dan lapangan terbang, tetapi tidak termasuk pengangkutan dengan tangan: Dengan syarat bahawa jika, memandangkan jenis kerja yang terlibat dalam apa-apa pekerjaan yang merupakan sebahagian dari perusahaan industri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan menganggap bahawa pekerjaan tersebut patut dikecualikan dari peruntukan- peruntukan Perintah ini berkenaan dengan perusahaan industri maka Baginda boleh mengisytiharkan dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan bahawa penggajian dalam pekerjaan tersebut hendaklah dianggap bukan sebagai pekerjaan dalam suatu perusahaan industri bagi maksud-maksud Perintah ini: Dengan syarat selanjutnya bahawa mana-mana perusahaan yang sebahagiannya adalah suatu perusahaan industri sahaja tidak boleh hanya atas sebab itu dianggap sebagai suatu perusahaan industri; "lesen" bermakna suatu lesen yang diberikan di bawah Perintah ini; "pengamal perubatan" bermakna seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Pengamal Perubatan dan Doktor Gigi (Penggal 112); "lombong" termasuk mana- mana perusahaan, sama ada awam atau swasta, untuk mengeluarkan apa-apa bahan dari bawah permukaan bumi; "Menteri" bermakna Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; "lebih masa" bermakna jumlah jam bekerja dalam mana-mana satu hari atau dalam mana- mana satu minggu yang melebihi had-had yang ditentukan dalam Bahagian VII; "tempat pekerjaan" bermakna mana-mana tempat di mana kerja dijalankan, sebagai wakil atau bagi pihak seseorang majikan, oleh seseorang pekerja; "prinsipal" bermakna mana- mana orang yang, semasa menjalankan atau bagi maksud- maksud profesion, perniagaan, perdagangan atau kerjanya, membuat kontrak dengan seorang kontraktor bagi pembekalan buruh atau bagi perlaksanaan oleh kontraktor itu keseluruhan atau mana- mana bahagian dari apa-apa kerja yang dijalankan oleh prinsipal; "hari kelepasan awam" bermakna hari-hari yang ditentukan dalam Jadual Ketiga; "penghantaran balik" bermakna pemulangan seseorang pekerja ke negara domisil atau asalnya, dan termasuk pemulangan ke rumahnya seseorang pekerja yang telah dibawa ke suatu tempat pekerjaan oleh seseorang majikan dari mana- mana tempat lain di dalam Negara Brunei Darussalam;
「2009 고용법」 (제1조-제2조)
∙ 국 가 ‧ 지 역: 브루나이 ∙ 법 률 번 호: No. S 37 ∙ 제 정 일: 2009. 9. 3. ∙ 개 정 일: 2017. 8. 21.
(1) 이 법의 명칭은 「2009 고 용법」이다. (2) 이 법의 정식 명칭은 「고 용 및 고용관련 부수적 사안에 관한 법률」이다.
이 법에서 사용하는 용어의 뜻 은 다음과 같다. “견습생”이란 사용자와 근로계 약을 맺은 자가 상거래, 무역 업, 제조업 등의 업무를 근무하 는 장소에서 익히는 자를 말한 다. “노동청”이란 제3조제(1)항의 노동청을 말한다. “권한을 위임받은 자”란 제5조 에 따라 취임한 자를 말한다. “기본급여”란 근로계약에서 근 로자에게 보장하는 임금(급여조 정과 상승을 포함한다) 으로 1시간, 1일, 1주, 1개월 또는 근 로계약상 정해진 그 밖의 기간 과 종료된 각 업무 및 과제에 따라 계산되며 다음 각 호를 포 함하지 아니한다. (a) 초과근무에 따른 초과수 당 (b) 상여금 또는 연봉추가금 (c) 근로자에게 지급되는 업 무수행기간 동안 발생한 특 별비용 (d) 생산성 인센티브 지급 (e) 그 밖의 설명 가능한 추 가수당 “아동”이란 15세 미만의 사람을 말한다. “단체협약”이란 근로자와 사용 자의 감독에 관한 협약을 말한 다. “이 법의 효력개시”란 이 법의 실질적인 조항들의 효력이 시작 되는 것을 말한다. “청장”이란 제3조제(1)항의 노 동청장을 말한다. “출산”이란 아기를 낳는 것을 말한다. “근로계약”이란 제10조에 따라 서면 또는 구두로, 명시적 또는 묵시적으로 한 사람이 다른 사 람을 직원으로 고용하는 것을 동의하고 고용된 자가 고용되는 것에 동의하는 계약으로 수습기 간에 대한 계약도 포함되는 것 을 말한다. “계약자”란 계약을 수행한 주체 로 노동을 제공하거나 전적으로 수행하거나 주요 사업을 목적으 로 업무의 전부나 일부를 주체 적으로 수행하는 자를 말한다. “하루”란 자정부터 24시간을 말 한다. “가족”이란 근로자 가족의 구성 원으로 다음 각 호를 포함한다. (a) 아내 (b) 남편 (c) 아버지 (d) 어머니 (e) 함께 거주하는 자녀, 입 양한 자녀 또는 독립한 자녀 “부청장”이란 제3조제(1)항의 노동청부청장을 말한다. “가사노동자”란 가사노동을 하 며 거주지와 정원관리 또는 운 전기사와 같은 사적인 공간을 전제로 하는 가사서비스를 제공 하는 자로 사용자에게 사적으로 고용되고 상거래, 무역 또는 전 문직 관련자는 포함하지 아니한 다. “근로자”란 사용자와 근로계약 을 맺거나 근로계약 하에 근로 하는 자로, 모든 일반근로자 또 는 공공근로자 및 특정범주, 계 층의 공무원 또는 술탄의 칙령 에 따라 장관이 정한 근로자와 이 법에서 의미하는 모든 근로 자를 말한다. 하지만 어업종사 자, 가사노동자 또는 관리, 경 영, 기밀직책을 가진 자, 관보 에 게재된 술탄의 칙령에 따라 장관이 정한 계층에 속한 자, 이 법에 따라 근로자가 아니한 자는 제외한다. “사용자”란 다른 사람을 근로계 약을 통하여 고용하는 자를 말 하며 다음 각 호를 포함한다. (a) 정부, 특정 범주와 계층에 속한 자, 일반 공공근로자 또는 술탄의 칙령에 따라 장 관이 공포한 공무원으로 이 법에 따른 근로자 (b) 법인 (c) 공인 대리인 또는 고용관 리인 (d) 전문직 관리인, 상거래, 무역업 또는 고용된 근로자 의 업무에 대한 책임이 있거 나 운영하는 자 “총임금”이란 근로계약상 명시 적으로나 묵시적으로 근로자가 가지는 권리로 1시간, 1일, 1주, 1개월 또는 정해진 기간 동안 근로하는 대가로 다음 각 호를 모두 포함하지 아니하는 총금액 이다. (a) 초과기간에 따른 추가지 급금 (b) 상여금과 같은 추가지급 금 (c) 고용과정에서 발생하는 특별비용을 대신하여 근로자 에게 지급하는 금액 (d) 생산성장려금 (e) 식비, 거주비 다만, 업무에 따라 급여지급이 되지만 근로자가 해당 기간 동 안 실제 근무한 일수를 계산하 기 위하여 급여지급일 직전에 정규임금을 14일로 나누어 계 산한다. “보건담당관”이란 보건서비스국 장과 이 법의 범위 내에서 권한 을 부여받아 행사하거나 수행할 수 있는 건강서비스국의 직원을 말한다. “근로시간”이란 사용자의 관리 에 따라 근로자 개인의 시간과 행동이 자유롭지 아니한 시간을 말한다. 다만, 휴게시간과 식사 시간은 제외한다. “이민근로자”란 브루나이 외의 국가에서 브루나이로 근로를 위 하여 이주한 자를 말한다. “산업”이란 다음 각 호를 말한 다. (a) 광산, 채석 및 광물을 채 굴하는 작업 (b) 물품을 생산, 조립, 세척, 수리, 장식, 판매에 적합화 하는 것, 분해 또는 철거, 선 박과 발전, 전기와 동력변형 및 전달과 관련된 산업 (c) 건축물, 철로, 전차의 궤 도, 항구, 내륙운하, 도로, 터널, 다리, 교량, 하수시설, 도량, 우물, 전신 또는 전화 설치, 전기사업, 가스사업, 수도사업, 건축사업의 건설, 재건, 정비, 복구, 개조 또는 철거를 위한 기반사업과 시 설 (d) 도로, 기차, 해상, 항공 또는 내륙운하를 통하여 승 객 또는 물품을 부두, 선창, 방파제, 창고, 공항으로 운송 하는 것을 말한다. 다만, 인 편으로 옮기는 것은 제외한 다. 다만, 산업과 일부 관련이 있는 직종을, 술탄이 이 법의 산업체 관련 조항에서 제외해야 한다고 고려하는 경우, 술탄은 해당 직 종이 이 법에 따라 산업계에 포 함되지 아니하는 것으로 간주된 다는 것을 관보에 공포할 수 있 다. 또한, 사업의 일부가 산업 에 해당하는 회사는 그 사유만 으로 산업체가 될 수 없다. “허가증”이란 이 법에 따라 발 급된 허가증을 말한다. “의사”란 의사와 치과의사에 관 한 법률에 따라 등록된 의사를 말한다. “광산”이란 공공기관 또는 민간 회사의 소유로 지하로부터 광물 을 채굴하는 장소를 말한다. “장관”이란 내무부장관을 말한 다. “초과시간”이란 제7장에 규정된 한도를 초과하여 1일, 1주일 동 안 근무한 총시간을 말한다. “근로장소”란 사용자측 또는 사 용자측을 대리하여 근로자가 업 무를 수행하는 곳을 말한다. “대표자”란 상거래, 무역업을 경영하거나 전문직책을 수행하 는 자로, 노동을 제공하거나 노 동을 수행하고, 대표자가 제공 하는 업무의 전부나 일부를 수 행하는 계약자와 계약을 맺는 자를 말한다. “공휴일” [별표 3]에서 지정하 는 날을 말한다. “송환”이란 근로자를 출신국이 나 거주국으로 돌려보내는 것으 로, 사용자가 고용한 브루나이 국내의 장소에서 다른 지역의 거주지로 돌려보내는 것도 포함 한다.