로고

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 Tarikh Perkenan Diraja ... ... … … … … … … 8 Julai 1999 Tarikh penyiaran dalam Warta Kali terakhir dipinda melalui Akta A1374 yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2011 Cetakan Terdahulu Cetakan Pertama 2006 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 594 AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 SUSUNAN SEKSYEN B AHAGIAN I PERMULAAN AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan pelancongan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [22 Jun 2000, P.U. (B) 198/2000] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pewakilan kuasa Pesuruhjaya Bahagian II PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 4. Kenderaan pelancongan hendaklah dilesenkan 5. Permohonan bagi lesen 6. Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen 7. Pembatalan atau penggantungan lesen 8. Tempoh lesen 9. Lesen jangka pendek 10. Syarat-syarat yang boleh dilampirkan kepada lesen 11. Syarat-syarat berkanun lesen 12. Permohonan bagi pembaharuan lesen 13. Permohonan bagi pengubahan 14. Perlindungan kepentingan awam B AHAGIAN III RAYUAN Seksyen 15. Rayuan kepada Menteri 16. Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya 17. Larangan terhadap permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan 18. Penyerahan balik lesen B AHAGIAN IV KESALAHAN DAN PENALTI 19. Larangan terhadap penggunaan kenderaan pelancongan yang tidak berlesen 20. Kesalahan berhubungan dengan lesen yang digantung 21. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon 22. Maklumat yang diminta oleh Pesuruhjaya daripada pemegang lesen 23. Pengubahan kenderaan dibenarkan 24. Pindah hakmilik lesen dilarang 25. Rekod dan penyata 26. Pernyataan palsu 27. Liabiliti pemunya berdaftar dan orang lain 28. Kuasa polis dalam penyiasatan 29. Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan 30. Pemulaan pendakwaan 31. Bidang kuasa membicarakan kesalahan 32. Peruntukan tentang keterangan 33. Anggapan 34. Penyampaian pemberitahuan atau dokumen 35. Kuasa untuk mengkompaun 36. Pegawai-pegawai yang tidak memakai pakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan Bahagian V PELBAGAI Seksyen 37. Penyitaan 38. Pentaksahan kontrak 39. Peraturan-peraturan 40. Peralihan dan kecualian 41. Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan tambahan, dsb. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 594

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999.

*(2) Akta ini hendaklah terpakai di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

(3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Pewakilan kuasa Pesuruhjaya

* CATATAN —Akta ini terhenti pemakaiannya bagi Semenanjung Malaysia mulai 31 Januari 2011 berbangkit daripada pembuatan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]—lihat seksyen 4 Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 [Akta A1374]. “bas persiaran” ertinya bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang; “kenderaan” ertinya sesuatu struktur bermotor yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak; “kenderaan dibenarkan”, berhubungan dengan sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, ertinya kenderaan yang dinyatakan dalam lesen dan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen itu; “kenderaan motor” ertinya apa-apa jenis kenderaan, yang digerakkan oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah rumah bermotor yang ditarik; “kenderaan pelancongan” ertinya sesuatu bas persiaran atau kereta sewa dan pandu; “kereta sewa dan pandu” ertinya sesuatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya sama ada seorang pelancong atau bukan pelancong, dan digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong atau pelancong-pelancong; “Ketua Pegawai Polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344] dan termasuklah mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis untuk menjalankan kuasa-kuasa yang terletak hak pada seorang Ketua Pegawai Polis oleh Akta ini; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Timbalan Pengarah; “Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan; “lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan termasuklah lesen jangka pendek yang dikeluarkan di bawah seksyen 9; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan; “pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 40 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]; “pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi pegawai pengangkutan jalan di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987; “pegawai polis” termasuklah seorang pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis bantuan yang dilantik di bawah Akta Polis 1967; “pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992; “pemandu” ertinya orang yang sedang memandu sesuatu kenderaan motor; “pemunya”, berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu; “pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya sesuatu kenderaan motor di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987; “pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992; “perniagaan kenderaan pelancongan” ertinya perniagaan mengendalikan atau menyewakan kenderaan pelancongan; “Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Industri Pelancongan 1992; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

3. (1) Pesuruhjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasa dan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini kepada mana-mana pegawai awam yang difikirkannya patut.

(2) Jika mana-mana kuasa atau fungsi diwakilkan kepada mana- mana pegawai awam di bawah subseksyen (1), apa-apa sebutan mengenai “Pesuruhjaya” dalam Akta ini hendaklah termasuk sebutan mengenai pegawai awam itu.

Bahagian II Kenderaan pelancongan hendaklah dilesenkan

PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN

4. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan perniagaan kenderaaan pelancongan kecuali suatu syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan yang memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan hendaklah, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan. Permohonan bagi lesen

5. (1) Sesuatu permohonan bagi lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pesuruhjaya dalam borang yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pesuruhjaya boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan

sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.

(3) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan pemohon untuk membuat permohonan baru. Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

6. (1) Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen 5(1), Pesuruhjaya hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh, jika dia berpuas hati tentang kesesuaian pemohon dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—

(a) meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya; (b) memberikan lesen daripada kelas yang berlainan atau dengan muatan penumpang yang hendak dibawa yang berlainan daripada yang dinyatakan dalam permohonan itu; atau (c) menolak permohonan itu.

(2) Seseorang boleh memegang dua lesen atau lebih, sama ada daripada kelas yang sama atau kelas yang berlainan. Pembatalan atau penggantungan lesen

7. (1) Pesuruhjaya boleh membatalkan atau menggantung mana- mana lesen jika dia berpuas hati bahawa—

(a) mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang- undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat lesen telah tidak dipatuhi; (b) pemberian lesen telah didorongi oleh nyataan palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen; (c) kenderaan pelancongan itu telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi maksud yang menyalahi undang- undang atau maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud; atau (d) pengusahaan pelancongan yang menjalankan atau yang mengendalikan perniagaan kenderaan pelancongan itu telah berhenti daripada menjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan pelancongan atas pembatalan atau penggantungan atau kegagalan untuk memperbaharui lesennya bagi pengusahaan pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen atas alasan pelanggaran yang disebut dalam perenggan (a) atau (c) melainkan jika dia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang mahu dibuatnya, bahawa lesen itu patut dibatalkan atau digantung kerana kerapnya berlaku pelanggaran, atau pelanggaran itu dilakukan dengan sengaja, atau oleh sebab bahaya kepada orang awam akibat daripada pelanggaran itu.

(3) Bagi maksud subseksyen (1), pelanggaran mana-mana syarat yang disebut dalam seksyen 11 hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.

(4) Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, lesen itu tidak akan mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Tempoh lesen

8. (1) Sesuatu lesen hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, sah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(2) Apabila sesuatu lesen diberikan, Pesuruhjaya hendaklah menyatakan tarikh yang lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habis tempoh lesen itu, dan tarikh-tarikh itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila lesen itu dikeluarkan.

(3) Jika pada tarikh habis tempoh lesen, selain lesen jangka pendek yang diberikan di bawah seksyen 9, prosiding di hadapan Lesen jangka pendek

Pesuruhjaya tentang permohonan pemegang lesen bagi pembaharuan lesen di bawah seksyen 12 masih belum selesai, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu dibereskan tetapi sementara itu tanpa menjejaskan penjalanan kuasa penggantungan atau pembatalan yang diberikan oleh Akta ini.

9. (1) Jika sesuatu permohonan telah dibuat bagi mendapatkan lesen di bawah Akta ini, Pesuruhjaya boleh, jika atas sebab-sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu difikirkannya perlu dibuat sedemikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, memberikan suatu lesen jangka pendek kepada pemohon bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(2) Lesen jangka pendek terhenti berkuat kuasa dari tarikh Pesuruhjaya memberikan keputusannya atas permohonan itu dan tidak sekali-kali boleh berkuat kuasa lebih daripada enam bulan. Syarat-syarat yang boleh dilampirkan kepada lesen

10. (1) Pesuruhjaya boleh melampirkan apa-apa syarat yang difikirkannya patut kepada mana-mana lesen dan, khususnya, syarat- syarat itu boleh termasuk perkara-perkara yang berikut:

(a) dalam hal sesuatu kenderaan dibenarkan yang merupakan suatu bas persiaran, jadual perjalanan bas persiaran itu dan senarai penumpang dengan nombor kad pengenalan atau pasport mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan dibawa di dalam bas itu, dan kedua-duanya boleh diperiksa; (b) bilangan maksimum penumpang yang boleh dibawa; (c) kehendak bahawa hanya pemegang lesen atau orang yang berkelayakan sahaja boleh memandu atau mengendalikan kenderaan dibenarkan; (d) kehendak bahawa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan pelakuan pemandu kenderaan pelancong, dipatuhi; (e) kehendak bahawa pemegang lesen mestilah menyimpan dan menunjukkan akaun, dokumen dan rekod tertentu apabila diminta untuk pemeriksaan dan penentusahan.

(2) Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya, menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dilampirkan kepada sesuatu lesen di bawah seksyen ini.

(3) Pemegang lesen, atau mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini, yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dilampirkan kepada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Syarat-syarat berkanun lesen

11. (1) Maka hendaklah menjadi syarat tiap-tiap lesen berkenaan dengan kenderaan pelancongan—

(a) bahawa kenderaan pelancongan itu disenggarakan dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; (b) bahawa apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis berkenaan dengan had kelajuan dan berat kenderaan, dengan muatan dan tanpa muatan, dipatuhi berhubungan dengan kenderaan pelancongan.

(2) Pemegang lesen, atau mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini, yang tidak mematuhi mana-mana syarat di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Permohonan bagi pembaharuan lesen

12. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), mana-mana orang yang merupakan seorang pemegang lesen yang memuaskan hati Pesuruhjaya bahawa sejak tarikh lesen itu diberikan dia telah menjalankan dengan sah dan secara berterusan perniagaan kenderaan pelancongan mengikut terma-terma dan syarat-syarat lesen, hendaklah apabila permohonan dibuat kepada Pesuruhjaya bagi pembaharuan lesen itu, diberi keutamaan daripada semua pemohon yang lain bagi suatu lesen untuk mejalankan perniagaan kenderaan pelancongan yang sebahagian besarnya sama dengan perkhidmatan yang selama ini disediakan oleh pemegang lesen itu.

(2) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh hari, tetapi tidak lebih daripada enam puluh hari, sebelum tarikh habis tempoh lesen dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa- apa dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

(3) Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan.

(4) Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen mengembalikan lesen itu kepada Pesuruhjaya. Permohonan bagi pengubahan

13. Apabila pemegang lesen memohon pengubahan syarat-syarat lesen, Pesuruhjaya boleh— Perlindungan kepentingan awam

(a) meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya; (b) menolak permohonan itu; atau (c) memerintahkan apa-apa pengubahan mana-mana syarat selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

14. Melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, tiada apa- apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan memberi pemegang lesen apa-apa hak untuk meneruskan apa-apa faedah yang timbul daripada peruntukan-peruntukan Akta ini, atau daripada apa-apa lesen yang diberikan atau yang disifatkan diberikan atau daripada apa-apa syarat yang dikenakan pada mana-mana lesen itu.

Bahagian III Rayuan kepada Menteri

RAYUAN

15. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan—

(a) keengganan Pesuruhjaya untuk melesenkan mana-mana kenderaan pelancongan di bawah perenggan 6(1)(c) atau untuk membaharui mana-mana lesen sedemikian di bawah seksyen 12; (b) apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya; atau (c) pembatalan atau penggantungan mana-mana lesen di bawah seksyen 7, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis keengganan atau pembatalan atau penggantungan itu disampaikan kepada orang itu.

(2) Keputusan Menteri mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad. Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya

16. Walau apa pun seksyen 8, jika Menteri membenarkan sepenuhnya sesuatu rayuan terhadap pembatalan lesen di bawah Akta ini, kesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan selama suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen. Larangan terhadap permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan

17. (1) Jika sesuatu permohonan dibuat di bawah Akta ini dan Pesuruhjaya membuat keputusan untuk menolaknya atau meluluskan sebahagiannya sahaja dan pemohon selepas itu merayu terhadap keputusan itu, dia tidaklah boleh kemudiannya membuat permohonan yang serupa di bawah Akta ini berkenaan dengan kenderaan daripada kelas dan jenis yang sama tanpa mengira bilangan kenderaan pelancongan yang dipohon, sehingga rayuan itu telah diputuskan atau dibereskan oleh Menteri.

(2) Sekiranya mana-mana lesen diberikan, sama ada hasil daripada rayuan atau permohonan yang kemudian itu, atau kedua-duanya, lesen yang diberikan sedemikian hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa. Penyerahan balik lesen

18. (1) Jika sesuatu rayuan ditolak di bawah seksyen 15, pemegang lesen hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis penolakan rayuan itu disampaikan kepadanya, menyerahkan balik lesennya kepada Pesuruhjaya.

(2) Mana-mana orang yang tidak menyerahkan balik lesennya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bahagian IV Larangan terhadap penggunaan kenderaan pelancongan yang tidak berlesen

KESALAHAN DAN PENALTI

19. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu kenderaan motor atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan motor digunakan sebagai kenderaan pelancongan melainkan jika ada berkuat kuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini yang membenarkan penggunaan

sedemikian, atau selain mengikut lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kesalahan berhubungan dengan lesen yang digantung

20. Pemegang lesen yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan sebagai kenderaan pelancongan semasa lesen berkenaan dengan kenderaan itu digantung di bawah seksyen 7 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon

21. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 5, mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen atau bagi pengubahan apa- apa syarat lesen hendaklah mendedahkan atau menyatakan dalam borang permohonan yang ditetapkan—

(a) apa-apa lesen lain yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; (b) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah di dalam Malaysia; (c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan pemohon dan dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana- mana pengarah syarikat itu.

(2) Mana-mana pemohon yang tidak mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau membekalkan apa- Maklumat yang diminta oleh Pesuruhjaya daripada pemegang lesen

apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

22. (1) Apabila diminta oleh Pesuruhjaya, maka menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen di bawah Akta ini untuk membekalkan, dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Pesuruhjaya, butir-butir mengenai—

(a) apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah yang akan dibuat oleh pemegang lesen dengan mana-mana orang lain yang akan menyediakan kemudahan-kemudahan sedemikian, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (b) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah di dalam Malaysia; (c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana- mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen, dan dalam hal pemegang yang merupakan suatu syarikat, apa- apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat.

(2) Mana-mana orang yang enggan atau tidak membekalkan, dalam masa yang ditetapkan, apa-apa maklumat yang dikehendaki dibekalkan olehnya di bawah subseksyen (1) atau membekalkan apa- apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pengubahan kenderaan dibenarkan

23. (1) Pemegang lesen tidak boleh membuat apa-apa pengubahan, selain menggantikan bahagian-bahagian, kepada struktur atau kelengkapan tetap sesuatu kenderaan dibenarkan tanpa kelulusan Ketua Pengarah.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pindah hakmilik lesen dilarang

24. (1) Tertakluk kepada subseskyen (4), pemegang lesen tidak boleh memindahkan hakmilik atau menyerah hak lesen kepada mana- mana orang lain.

(2) Kecuali dengan persetujuan Pesuruhjaya terlebih dahulu, pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberikan kepada pemegang lesen dan tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil sedemikian menjalankan mana-mana hak sedemikian.

(3) Pemegang sesuatu lesen yang berupa untuk memindahkan hakmilik atau menyerah hak lesen atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sesuatu kenderaan dibenarkan atau mengadakan perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4) Pesuruhjaya boleh membenarkan pindah hakmilik lesen jika sesuatu syarikat yang merupakan pemegang lesen dilikuidasikan atau seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen atau jika kerana apa-apa sebab Pesuruhjaya berpuas hati bahawa tidak adil jika tidak dilakukan sedemikian. Rekod dan penyata

25. (1) Menjadi kewajipan pemegang sesuatu lesen yang diberikan berkenaan dengan mana-mana perniagaan kenderaan pelancongan untuk menyimpan apa-apa akaun dan rekod sebagaimana yang ditetapkan dan untuk memberikan kepada Pesuruhjaya apa-apa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain bagi apa-apa tempoh dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, bersama-sama dengan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

(2) Menjadi kewajipan pemegang lesen itu untuk menyimpan apa- apa rekod berhubungan dengan penggunaan kenderaan dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan.

(3) Pesuruhjaya atau Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemegang lesen supaya mengemukakan apa-apa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain, pada bila-bila masa dan tempat, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan supaya memberi Pesuruhjaya, Ketua Pengarah, pegawai diberi kuasa atau pegawai pengangkutan jalan kemudahan- kemudahan yang munasabah bagi meneliti dan memeriksa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain itu dan memuaskan hatinya tentang kesempurnaan dan ketepatannya.

(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pernyataan palsu

26. (1) Mana-mana orang yang—

(a) bagi maksud mendapatkan di bawah Akta ini pemberian apa-apa jenis atau perihalan lesen bagi dirinya atau mana- mana orang lain atau mana-mana lesen sedemikian, atau bagi maksud menghalang pemberian atau pengubahan mana-mana lesen sedemikian atau mendapatkan pengenaan apa-apa syarat atau sekatan berhubungan dengan mana- mana lesen sedemikian, membuat apa-apa pernyataan atau perisytiharan yang pada pengetahuannya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material; (b) memberikan apa-apa butir berhubungan dengan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material; (c) membuat apa-apa catatan dalam rekod, daftar atau dokumen yang lain yang dikehendaki dikeluarkan, disimpankan, disenggarakan atau diberikan di bawah Akta ini yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa- apa hal material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis itu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau menyediakannya.

(3) Mana-mana orang yang—

(a) memalsukan, mengubah, mengganggu, merosakkan, mencacatkan atau menggunakan, atau meminjamkan kepada atau membenar untuk digunakan oleh mana-mana orang lain, apa-apa tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada kenderaan pelancongan atau pada lesen; (b) membuat atau mempunyai dalam miliknya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa- apa tanda, plat atau dokumen sedemikian dengan tujuan untuk memperdaya; (c) mengubah apa-apa catatan yang dibuat dalam sesuatu daftar, lesen atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini; (d) mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan pelancongan; (e) mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang melambangkan kenderaan pelancongan yang bukan kepunyaan kenderaan motor itu; (f) menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod-rekod palsu yang tidak dikehendaki disenggarakan di bawah Akta ini; atau (g) memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod-rekod yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(4) Walau apa pun perenggan (3)(d), seseorang tidak boleh didapati bersalah atas suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menganggap bahawa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau bahawa lesen, tanda, plat atau dokumen itu ialah lesen, tanda, plat atau dokumen tiruan.

(5) Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu dokumen yang dibawa di dalam sesuatu kenderaan pelancongan atau apa-apa lesen atau rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya oleh pemandu atau orang yang

bertanggungjawab bagi sesuatu kenderaan pelancongan menurut Akta ini, ialah dokumen yang berhubungan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah seksyen ini, pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh menyita dokumen, lesen atau rekod itu.

(6) Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuklah lencana dan “menyita” termasuklah “menanggalkan daripada kenderaan itu”. Liabiliti pemunya berdaftar dan orang lain

27. (1) Bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, pemunya berdaftar sesuatu kenderaan pelancongan hendaklah disifatkan sebagai pemunya kenderaan pelancongan itu.

(2) Mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini oleh mana-mana pertubuhan perbadanan merupakan pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpama yang lain pertubuhan perbadanan itu, atau berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

(3) Melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pengkhidmat, ejen atau pekongsi pemunya sesuatu kenderaan pelancongan hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan pencegahan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu.

(4) Sekiranya apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana- mana pengkhidmat, ejen atau pekongsi pemunya sesuatu kenderaan pelancongan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan oleh pemunya, pengkhidmat, ejen atau pekongsi itu juga melakukan kesalahan itu. Kuasa polis dalam penyiasatan

28. Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan apa-apa atau segala kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

yang diberikan kepada pegawai polis itu di bawah Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa dalam perjalanan penyiasatan itu.

29. (1) Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini adalah mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes yang di bawah siasatan itu.

(2) Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan itu atau menyatakan sebagai benar apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Apabila apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai pengangkutan jalan dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah boleh menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan. Pemulaan pendakwaan

30. Tiada pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Bidang kuasa membicarakan kesalahan

31. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang Peruntukan tentang keterangan

bertentangan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

32. (1) Salinan sesuatu lesen, yang ditentusahkan oleh Pesuruhjaya sebagai suatu salinan benar lesen itu, boleh diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan asal salinan itu akan diterima sekiranya salinan asal itu telah dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen atau salinan itu.

(2) Jika dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini perlu dibuktikan bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Pesuruhjaya dan menentusahkan bahawa seseorang itu ialah atau bukan, pemegang lesen, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang ditentusahkan dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pesuruhjaya bagi perakuan itu. Anggapan

33. Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, setakat yang perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan selainnya— Penyampaian pemberitahuan atau dokumen

(a) bahawa apa-apa pembawaan pelancong di dalam sesuatu kenderaan pelancongan adalah untuk sewa atau upah; (b) bahawa pelancong yang dibawa di dalam sesuatu kenderaan pelancongan dibawa sebagai balasan bagi satu bayaran atau bayaran yang berasingan yang dibuat oleh mereka; (c) bahawa sesuatu kenderaan bukanlah suatu kenderaan dibenarkan di bawah Akta ini; (d) bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan; (e) bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen yang membenarkannya untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan tertentu; (f) bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9; (g) bahawa seseorang ialah pemunya sesuatu kenderaan pelancongan; atau (h) bahawa seseorang ialah pemegang sesuatu lesen.

34. (1) Apa-apa pemberitahuan atau dokumen yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini boleh dihantarkan melalui pos berdaftar bayar dahulu kepada orang yang kepadanya atau yang ke atasnya suatu pemberitahuan atau dokumen dikehendaki diberikan atau disampaikan.

(2) Jika sesuatu pemberitahuan atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, pemberitahuan atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang berikutan dengan hari yang pemberitahuan atau dokumen itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos, jika pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan—

(a) dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu; (b) dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di luar Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya.

(3) Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Akta ini diberitahu hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk Kuasa untuk mengkompaun

mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu.

35. (1) Mana-mana pegawai yang berikut boleh mengkompaun apa- apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan mengutip daripada orang yang dengan munasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit:

(a) Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis; (b) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah; atau (c) Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana pegawai diberi kuasa.

(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh pegawai yang membuat tawaran itu atau mana-mana pegawai yang disebut dalam perenggan yang sama dalam subseksyen (1) sebagaimana pegawai itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4) Apabila sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat. Pegawai-pegawai yang tidak memakai pakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

36. (1) Tiap-tiap pegawai polis dan pegawai pengangkutan jalan, jika tidak berpakaian seragam apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak apa-apa dokumen yang membuktikan identitinya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Polis, dalam hal seorang pegawai polis, atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, dalam hal seorang pegawai pengangkutan jalan, supaya dibawa oleh pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu masing-masing.

(2) Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk enggan mematuhi apa-apa kehendak, permintaan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang tidak berpakaian seragam jika pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila diminta oleh orang itu.

Bahagian V Penyitaan

PELBAGAI

37. (1) Seseorang pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menyita mana-mana kenderaan motor di mana-mana tempat jika apa-apa kesalahan terhadap seksyen 20 telah dilakukan atau jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa apa- apa kesalahan sedemikian telah dilakukan berkenaan dengan kenderaan motor itu.

(2) Jika mana-mana kenderaan motor telah disita di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, menurut budi bicaranya, mengembalikan buat sementara kenderaan itu kepada pemunya kenderaan itu, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepadanya apabila dituntut.

(3) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana kenderaan motor yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai pelucuthakan atau pelepasan itu telah diadakan.

(4) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan sesuatu kenderaan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan sedemikian.

(5) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan motor yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan terlebih dahulu. Pentaksahan kontrak

38. Apa-apa kontrak untuk membawa seseorang pelancong dalam sesuatu kenderaan pelancongan adalah tidak sah setakat yang kontrak itu berupa menyangkal atau mengehadkan liabiliti mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang mungkin sebaliknya dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan kepada pelancong semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun daripada kenderaan itu, atau berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan apa- apa liabiliti sedemikian. Peraturan-peraturan

39. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik dan lebih mudah, dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a) penetapan dokumen-dokumen dan maklumat yang hendaklah menyertai apa-apa permohonan bagi sesuatu lesen; (b) tatacara bagi permohonan dan penentuan persoalan- persoalan berkaitan dengan pemberian, pengubahan, penyerahan, penggantungan dan pembatalan lesen dan syarat-syarat yang dikenakan pada lesen, dan berkaitan dengan rayuan; (c) pemberian lesen dan pengeluaran salinan lesen dalam hal lesen yang hilang atau musnah; (d) kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu; (e) fi yang kena dibayar, cara pembayaran dan orang yang kena membayar fi, pengecualian mana-mana orang atau golongan orang atau kelas syarikat daripada pembayaran fi sedemikian, atau pengurangan fi sedemikian; (f) jagaan lesen, pengemukaan, pengembalian, penyerahan balik dan pembatalan lesen atas penamatan, penggantungan, pembatalan atau pengubahan syarat- syarat lesen dan jagaan, pengemukaan, pengembalian dan penghapusan dokumen; (g) bentuk daftar dan rekod-rekod lain yang akan disimpan dan disenggarakan oleh Pesuruhjaya, peruntukan bagi pembukaan, penyenggaraan dan penutupan daftar dan rekod- rekod lain itu, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar atau rekod dan pembekalan salinan daftar atau rekod dan fi yang kena dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan sedemikian masing-masing; (h) pemberitahuan kepada Ketua Pengarah atau Pesuruhjaya mengenai kenderaan pelancongan yang telah terhenti daripada digunakan di bawah suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini; (i) rekod-rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen dan pemandu kenderaan dibenarkan dan penyata- penyata yang hendaklah dibuat; (j) menetapkan penalti (yang tidak melebihi penalti yang dinyatakan oleh seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987) bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (k) cara yang mengikutnya kenderaan pelancongan akan dikenal pasti sebagai kenderaan dibenarkan, sama ada melalui plat, tanda dan selainnya, dan memperuntukkan perkataan, huruf, nombor, warna atau tanda pengenalan yang berbeza untuk dilekatkan atau tidak dilekatkan pada kenderaan dibenarkan; (l) jagaan selamat atau pelupusan apa-apa harta yang dengan tidak sengaja ditinggalkan di dalam sesuatu kenderaan pelancongan dan penetapan bayaran yang dibuat berkenaan dengan jagaan sedemikian.

(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan berkenaan dengan kelas atau perihalan kenderaan dibenarkan yang berlainan dan berkenaan dengan kelas dan perihalan kenderaan dibenarkan yang sama dalam hal keadaan yang berlainan. Peralihan dan kecualian

40. (1) Semua perundangan subsidiari yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan pelancongan yang dibuat di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini.

(2) Apa-apa lesen, permit atau dokumen lain yang berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan, atau apa-apa pengurangan fi atau apa-apa pengecualian yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan berkuat kuasa sebaik sebelum mula berkuat kuasa Akta ini, hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberiannya itu tidak tak selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga habis tempoh, atau diubah, dipinda, digantung atau dibatalkan di bawah Akta ini.

(3) Jika sesuatu permohonan bagi pemberian sesuatu lesen berkenaan dengan kenderaan pelancongan telah dibuat sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini dan masih belum selesai sebaik sebelum tarikh itu, permohonan itu hendaklah diputuskan dan diteruskan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 oleh

Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian terhadap permohonan yang dibuat itu untuk menyelaraskannya dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga itu berkenaan dengan penerusan prosiding atas permohonan sedemikian.

(4) Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 masih belum selesai sebelum apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak untuk merayu yang terakru, boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu, seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat. Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan tambahan, dsb.

41. (1) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, membuat apa- apa peruntukan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuatkuasanya Akta ini, dan peraturan-peraturan sedemikian bolehlah dibuat supaya berkuatkuasa mulai dari mula berkuat kuasanya Akta ini.

(2) Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) tidak boleh dijalankan selepas tempoh tiga tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 594 AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 594 AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1374 Akta Pelesenan Kenderaan 31-01-2011 Pelancongan (Pindaan) 2010 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1374