1. Gelaran, permulaan kuatkuasa, gelaran panjang dan pengenaan. 2. Tafsiran. BAHAGIAN I HAKCIPTA PENGGAL I ADANYA, PEMILIKAN DAN JANGKA MASA HAKCIPTA Pengenalan 3. Hakcipta dan karya hakcipta. 4. Hak yang ada dalam karya hakcipta. Perihalan karya dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan 5. Karya sastera, drama dan muzik. 6. Karya seni. 7. Rakaman bunyi dan filem. 8. Siaran. 9. Program kabel. 10. Edisi yang diterbitkan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Ciptaan dan pemilikan hakcipta 11. Ciptaan karya. 12. Karya-karya ciptaan bersama. 13. Pemilikan pertama hakcipta. Jangka masa hakcipta 14. Jangka masa hakcipta dalam karya sastera, drama, muzik atau seni. 15. Jangka masa hakcipta dalam rakaman bunyi dan filem. 16. Jangka masa hakcipta dalam siaran dan program kabel. 17. Jangka masa hakcipta dalam susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan. PENGGAL II HAK PEMILIK HAKCIPTA Perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta 18. Perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta dalam karya. 19. Pelanggaran hakcipta kerana penyalinan. 20. Pelanggaran kerana mengeluarkan salinan-salinan kepada orang ramai. 21. Pelanggaran kerana mempersembahkan dll. karya di khalayak ramai. 22. Pelanggaran kerana menyiarkan dll. 23. Pelanggaran kerana membuat penyesuaian dll. 24. Pelanggaran kerana menyampaikan kepada orang ramai. 25. Pengeluaran semula dan penyesuaian program komputer. Pelanggaran sekunder hakcipta 26. Pelanggaran sekunder: mengimport salinan langgaran. 27. Pelanggaran sekunder: memiliki dll. salinan langgaran. 28. Pelanggaran sekunder: menyediakan alat untuk membuat salinan langgaran. 29. Pelanggaran sekunder: membenarkan penggunaan bangunan untuk persembahan langgaran. 30. Pelanggaran sekunder: pembekalan alat untuk persembahan langgaran dll. Salinan langgaran 31. Makna "salinan langgaran". PENGGAL III PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIBENARKAN BERKENAAN DENGAN KARYA HAKCIPTA Pengenalan 32. Peruntukan-peruntukan pengenalan. Am 33. Penyelidikan dan kajian persendirian. 34. Kritikan, ulasan dan laporan berita. 35. Pemasukan sampingan bahan hakcipta. Pendidikan 36. Perkara-perkara yang dilakukan bagi maksud pengajaran atau peperiksaan. 37. Antologi bagi kegunaan pendidikan. 38. Mempersembahkan dll. karya semasa menjalankan kegiatan-kegiatan institusi pendidikan. 39. Rakaman siaran dan program kabel yang dibuat oleh institusi pendidikan. 40. Salinan reprografi petikan dari karya yang diterbitkan yang dibuat oleh institusi pendidikan. Perpustakaan dan arkib 41. Perpustakaan dan arkib: pengenalan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 42. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan: artikel dalam terbitan berkala. 43. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan: bahagian-bahagian karya yang diterbitkan. 44. Sekatan ke atas pengeluaran dengan banyaknya salinan-salinan bahan yang sama. 45. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan: pembekalan salinan kepada perpustakaan lain. 46. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan atau juruarkib: penggantian salinan-salinan karya. 47. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan atau juruarkib: karya tertentu yang tidak diterbitkan. 48. Salinan karya dikehendaki untuk dibuat sebagai syarat eksport. Pentadbiran awam 49. Prosiding Majlis Mesyuarat Negeri dan kehakiman. 50. Suruhanjaya Diraja dan siasatan berkanun. 51. Bahan terbuka untuk pemeriksaan orang ramai atau dalam daftar rasmi. 52. Bahan disampaikan kepada Kerajaan semasa menjalankan urusan awam. 53. Arkib dan rekod awam. 54. Perbuatan yang dilakukan di bawah kebenaran berkanun. Rekabentuk 55. Dokumen rekabentuk dan model. 56. Kesan pengeksploitasian rekabentuk yang diperolehi dari karya seni. 57. Perkara-perkara yang dilakukan bersandar kepada pendaftaran rekabentuk. 58. Penggunaan muka taip biasanya dalam masa mencetak. 59. Artikel untuk menghasilkan bahan dalam muka taip tertentu. Karya dalam bentuk elektronik 60. Pemindahan salinan karya dalam bentuk elektronik. Rampaiannya: karya sastera, drama, muzik dan seni 61. Karya tanpa nama atau yang memakai nama samaran: perbuatan yang dibenarkan atas andaian tentang tamat tempoh hakcipta atau kematian pencipta. 62. Penggunaan nota atau rakaman perkataan-perkataan yang dicakapkan dalam hal-hal tertentu. 63. Pembacaan atau pendeklamasian awam. 64. Ringkasan artikel saintifik atau teknikal. 65. Rakaman lagu rakyat. 66. Persembahan karya seni tertentu dalam pameran awam. 67. Pengumuman jualan karya seni. 68. Pembuatan karya yang kemudiannya oleh artis yang sama. 69. Pembinaan semula bangunan. Rampaiannya: rakaman bunyi, filem dan program komputer 70. Memainkan rakaman bunyi bagi maksud kelab, pertubuhan dll. Rampaiannya: siaran dan program kabel 71. Rakaman secara sampingan bagi maksud siaran dan program kabel. 72. Rakaman bagi maksud pengawasan dll. program. 73. Rakaman bagi maksud perubahan masa. 74. Fotografi siaran televisyen atau program kabel. 75. Permainan atau tayangan awam siaran atau program kabel secara percuma. 76. Penerimaan dan pemancaran semula siaran dalam perkhidmatan program kabel. 77. Pembekalan salinan siaran atau program kabel yang mempunyai sari kata. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 78. Rakaman bagi maksud-maksud arkib. Penyesuaian 79. Penyesuaian. PENGGAL IV HAK MORAL Hak untuk diperkenalkan sebagai pencipta atau pengarah 80. Hak untuk diperkenalkan sebagai pencipta atau pengarah. 81. Kehendak supaya hak dituntut. 82. Pengecualian hak. Hak untuk membantah pengolahan karya yang menghina 83. Hak untuk membantah pengolahan karya yang menghina. 84. Pengecualian kepada hak. 85. Kelayakan hak dalam hal-hal tertentu. 86. Pelanggaran hak kerana memiliki dll. artikel langgaran. Anggapan salah sebagai hasil karya 87. Anggapan salah sebagai hasil karya. Hak mendapat privasi bagi fotograf dan filem tertentu 88. Hak mendapat privasi bagi fotograf dan filem tertentu. 89. Jangka masa hak. 90. Persetujuan dan penepian hak. 91. Pengenaan peruntukan-peruntukan kepada karya bersama. 92. Pengenaan peruntukan-peruntukan kepada bahagian-bahagian karya. PENGGAL V URUSNIAGA HAK DALAM KARYA HAKCIPTA Hakcipta 93. Penyerahan hak dan lesen. 94. Pemilikan prospektif hakcipta. 95. Lesen eksklusif. 96. Hakcipta berpindah di bawah wasiat dengan karya yang tidak diterbitkan. Hak moral 97. Hak moral tidak boleh diserah hak. 98. Pemindahan hak moral atas kematian. PENGGAL VI REMEDI KERANA PELANGGARAN Hak dan remedi pemilik hakcipta 99. Pelanggaran boleh diambil tindakan oleh pemilik hakcipta. 100. Peruntukan-peruntukan tentang ganti rugi dalam tindakan pelanggaran. 101. Perintah untuk menyerahkan. 102. Hak untuk merampas salinan langgaran. Hak dan remedi pemegang lesen eksklusif 103. Hak dan remedi pemegang lesen eksklusif. 104. Menjalankan hak bersama. Remedi kerana melanggar hak moral 105. Remedi kerana melanggar hak moral. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Anggapan 106. Anggapan berkaitan dengan karya sastera, drama, muzik dan seni. 107. Anggapan berkenaan dengan rakaman bunyi, filem dan program komputer. 108. Anggapan berkenaan dengan karya yang tertakluk kepada hakcipta Kerajaan. Langkah-Langkah Penguatkuasaan Sempadan 109. Salinan langgaran boleh disifatkan sebagai barang larangan. 110. Keputusan sama ada barang-barang adalah salinan langgaran. 111. Batasan ke atas kehendak untuk memberikan maklumat. 112. Notis keputusan. 113. Penahanan barang-barang langgaran. 114. Prosiding berkaitan dengan salinan langgaran. 115. Perampasan barang-barang dengan persetujuan. 116. Kuasa-kuasa mahkamah. 117. Pemeriksaan barang-barang. Tambahan 118. Kuasa Pengawal Kastam untuk mendedahkan maklumat. 119. Perlindungan Kerajaan dari tanggungan. PENGGAL VII PELESENAN HAKCIPTA Skim pelesenan dan badan pelesenan 120. Skim pelesenan dan badan pelesenan. Rujukan dan permohonan berkenaan dengan skim pelesenan 121. Skim pelesenan yang dikenakan bab-bab 122 hingga 127. 122. Rujukan skim yang dicadangkan kepada Tribunal. 123. Rujukan skim kepada Tribunal. 124. Rujukan lanjut skim kepada Tribunal. 125. Permohonan lesen di bawah skim. 126. Permohonan untuk mengkaji semula perintah tentang hak mendapat lesen. 127. Kesan perintah Tribunal tentang skim. Rujukan dan permohonan berkenaan dengan pelesenan oleh badan pelesenan 128. Lesen-lesen yang dikenakan bab-bab 129 hingga 132. 129. Rujukan lesen yang dicadangkan kepada Tribunal. 130. Rujukan lesen yang telah tamat tempohnya kepada Tribunal. 131. Permohonan bagi kajian semula perintah. 132. Kesan perintah Tribunal. Faktor-faktor yang akan diambilkira dalam jenis-jenis kes yang tertentu 133. Pertimbangan am: diskriminasi yang tidak munasabah. 134. Lesen bagi penyalinan reprografi. 135. Lesen bagi institusi pendidikan jika karya dimasukkan dalam siaran atau program kabel. 136. Lesen hendaklah menggambarkan syarat-syarat yang dikenakan oleh penganjur-penganjur acara. 137. Lesen hendaklah menggambarkan pembayaran berkaitan dengan hak yang mendasari. 138. Lesen berkaitan dengan karya yang dimasukkan dalam pemancaran semula. 139. Penyebutan perkara-perkara tertentu tidak mengecualikan pertimbangan lain yang berkaitan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Penggunaan sebagai hak rakaman bunyi dalam siaran dan perkhidmatan program kabel 140. Hal keadaan bagaimana hak boleh didapatkan. 141. Notis tujuan untuk menjalankan hak. 142. Syarat-syarat untuk menjalankan hak. 143. Permohonan untuk menyelesaikan pembayaran. 144. Rujukan dll. tentang syarat-syarat maklumat dan syarat-syarat lain. 145. Permohonan untuk kajian semula perintah. 146. Fakta-fakta hendaklah diambil kira. Tanggung rugi tersirat dalam skim atau lesen bagi penyalinan reprografi 147. Tanggung rugi tersirat dalam skim dan lesen tertentu bagi penyalinan reprografi. Penyalinan reprografi oleh institusi pendidikan 148. Kuasa untuk meluaskan liputan skim atau lesen. 149. Pengubahan atau pelepasan perintah meluaskan skim atau lesen. 150. Rayuan terhadap perintah. 151. Siasatan sama ada skim atau lesen am baru dikehendaki. 152. Lesen berkanun jika syor tidak dilaksanakan. Perakuan skim pelesenan 153. Perakuan skim pelesenan. PENGGAL VIII TRIBUNAL HAKCIPTA Tribunal Hakcipta 154. Penubuhan dan bidang kuasa. 155. Keahlian. 156. Peruntukan-peruntukan kewangan. 157. Perlembagaan bagi maksud prosiding. Bidang kuasa dan prosedur 158. Bidang kuasa di bawah Perintah. 159. Kuasa untuk membuat aturan-aturan. 160. Kos, bukti perintah dll. Rayuan 161. Rayuan kepada mahkamah mengenai perkara undang-undang. PENGGAL IX KELAYAKAN MENDAPAT DAN TAKAT PERLINDUNGAN HAKCIPTA Kelayakan mendapat perlindungan hakcipta 162. Kelayakan mendapat perlindungan hakcipta. 163. Kelayakan dengan merujuk kepada pencipta. 164. Kelayakan dengan merujuk kepada negara penerbitan pertama. 165. Kelayakan dengan merujuk kepada tempat pemancaran. Pengenaan Perintah ini kepada karya lain 166. Pengenaan Perintah ini kepada karya lain. PENGGAL X RAMPAIAN DAN AM Hakcipta Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri 167. Hakcipta kerajaan. 168. Hakcipta dalam Akta dan Perintah Darurat. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 169. Hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri. 170. Hakcipta dalam Rang Undang-Undang Majlis Mesyuarat Negeri. 171. Majlis Mesyuarat Negeri: Peruntukan-peruntukan tambahan berkaitan dengan hakcipta. Peruntukan-peruntukan rampaian yang lain 172. Hakcipta terletak hak pada pertubuhan antarabangsa tertentu. 173. Cerita rakyat dll. karya tanpa nama yang tidak diterbitkan. Peruntukan-peruntukan peralihan dan pengecualian dll. 174. Peruntukan-peruntukan peralihan dan pengecualian. 175. Pindaan Jadual Pertama. 176. Hak dan keistimewaan di bawah sebarang undang-undang. Tafsiran 177. Makna "institusi pendidikan" dll. 178. Makna "penerbitan" dan "penerbitan komersial". 179. Kehendak tandatangan: pengenaan berkaitan dengan badan korporat. BAHAGIAN II HAK DALAM PERSEMBAHAN Pengenalan 180. Hak yang diberikan kepada orang yang membuat persembahan dan orang yang mempunyai hak merakam. Hak orang yang membuat persembahan 181. Persembahan kelayakan. 182. Persetujuan dikehendaki bagi rakaman atau pemancaran persembahan secara langsung. 183. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana menggunakan rakaman. 184. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana membawa masuk dll. rakaman haram. Hak orang yang mempunyai hak rakaman 185. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana menyewakan. 186. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana membuat persembahan tetap yang disediakan kepada orang ramai melalui wayar atau wayarles. 187. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana membuat persembahan tetap yang disediakan kepada orang ramai melalui jualan dll. 188. Hak moral orang yang membuat persembahan. 189. Kontrak rakaman eksklusif dan orang yang mempunyai hak rakaman. 190. Persetujuan dikehendaki bagi merakam persembahan yang tertakluk kepada kontrak eksklusif. 191. Pelanggaran hak rakaman kerana menggunakan rakaman yang dibuat tanpa persetujuan. 192. Pelanggaran hak rakaman kerana membawa masuk dll. rakaman haram. Kekecualian kepada hak yang diberikan 193. Perbuatan yang dibenarkan dengan tidak menghiraukan hak yang diberikan oleh Bahagian ini. 194. Kuasa Tribunal untuk memberi persetujuan bagi pihak orang yang membuat persembahan yang tertentu. Jangka masa dan pemindahan hak; persetujuan 195. Jangka masa hak. 196. Pemindahan hak. 197. Persetujuan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Remedi kerana pelanggaran 198. Pelanggaran boleh diambil tindakan sebagai pelanggaran kewajipan berkanun. 199. Perintah penyerahan. 200. Hak untuk merampas rakaman haram. 201. Makna "rakaman haram". Pengenaan Bahagian ini 202. Pengenaan Bahagian ini. BAHAGIAN III RAMPAIAN, KESALAHAN-KESALAHAN DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM Peranti yang direkabentuk untuk memintas perlindungan-salinan dll. 203. Peruntukan-peruntukan berhubung dengan penyalahgunaan berkaitan dengan alat perlindungan teknikal. Kesalahan-kesalahan 204. Liabiliti jenayah kerana membuat atau mengurusniagakan artikel langgaran dll. 205. Liabiliti jenayah kerana membuat dll. rakaman haram. 206. Pengenaan Penggal 96 dalam penguatkuasaan. 207. Menyatakan dengan palsu kebenaran untuk memberi persetujuan. 208. Kesalahan yang dilakukan oleh perkongsian dan badan korporat. 209. Perintah bagi penyerahan dalam prosiding jenayah. 210. Waran geledah. Peruntukan-peruntukan tambahan berkenaan dengan penyerahan dan rampasan 211. Tempoh yang selepasnya remedi penyerahan tidak boleh didapatkan. 212. Perintah tentang pelupusan salinan langgaran dll. atau rakaman haram. Am 213. Peraturan-peraturan. 214. Kuasa-kuasa yang membolehkan. 215. Perintah yang mengikat Kerajaan.
Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah berhubung dengan hakcipta dan perkara-perkara yang berkaitan".
Perintah ini dikenakan kepada perkara-perkara yang dilakukan — (a) di dalam atau di atas pesisir laut (iaitu kawasan yang diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada 30hb. Jun, 1954 dengan Perisytiharan Pesisir Laut 1954) di atas suatu struktur atau kapal yang ada di sana bagi maksud yang ada kaitan langsung dengan penerokaan dasar laut dan tanah bawahnya atau pengeksploitasian sumber alamnya; (b) di atas sesebuah kapal Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang ditakrifkan dalam bab 2 dari Akta Perkapalan Pedagang (Penggal 145); dan (c) di atas sesebuah pesawat terbang atau hoverkraf yang didaftarkan di Negara Brunei Darussalam, sebagaimana ia dikenakan kepada perkara-perkara yang dilakukan di Negara Brunei Darussalam. Tafsiran.
"Akta" bermakna suatu undang-undang yang digubal oleh Majlis Mesyuarat Negeri; "perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta" hendaklah ditafsirkan menurut bab 18; "penyesuaian", berkenaan dengan suatu karya sastera atau drama, atau suatu karya muzik, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (3) bab 23; "karya seni senibina", dalam perenggan (a) dari takrifan "karya seni" dalam ceraian ini, bermakna sebarang bangunan atau struktur yang mempunyai ciri atau rekabentuk seni, berkaitan dengan ciri atau rekabentuk tersebut, atau sebarang model bagi bangunan atau struktur itu, dengan syarat bahawa mana-mana perlindungan yang diberikan oleh sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa adalah terbatas kepada ciri atau rekabentuk seni itu dan tidak diperluaskan kepada proses atau kaedah pembinaan; "artikel", dalam konteks suatu artikel dalam suatu terbitan berkala, termasuk butiran sebarang perihalan; "karya seni" — (a) dalam Jadual Pertama, termasuk karya lukisan-cat, lukisan, seni ukir (termasuk acuan dan model) dan pertukangan seni, dan karya seni senibina, dan ukir-pahat dan fotograf; (b) bahagian lain dalam Perintah ini, hendaklah ditafsirkan menurut bab 6, tetapi tidak termasuk suatu rekabentuk susunatur atau suatu litar bersepadu yang masing-masing ditakrifkan dalam bab 2 dari Perintah Darurat (Rekabentuk Susunatur), 1999; "penyerahan hak" bermakna penyerahan hak dengan perbuatan pihak-pihak tersebut; "pencipta", berkenaan dengan suatu karya, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 11; "siaran" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 8; "bangunan" hendaklah ditafsirkan menurut bab 6; "perniagaan" termasuk sebarang perdagangan atau profesion; "program kabel" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 9; "perkhidmatan program kabel" hendaklah ditafsirkan menurut bab 9; "pihak menuntut", dalam bab-bab 109, 110, 112, 113 dan 116, bermakna seseorang yang telah memberikan suatu notis di bawah ceraian (1) bab 109; "karya bersama" bermakna — (a) suatu karya ciptaan bersama; atau (b) suatu karya di mana terdapat sumbangan yang berbeza oleh pencipta-pencipta yang berlainan atau di mana karya-karya atau bahagian-bahagian karya daripada pencipta-pencipta yang berlainan dimasukkan; "permulaan kuatkuasa" bermakna hari yang ditetapkan bagi permulaan kuatkuasa Perintah ini; "penerbitan perdagangan", berkenaan dengan suatu karya sastera, drama, muzik atau seni, hendaklah ditafsirkan menurut bab 178; "program komputer" bermakna suatu ungkapan, dalam mana-mana bahasa, kod atau notasi, bagi suatu set arahan {sama ada dengan atau tanpa maklumat yang berkaitan} yang dimaksudkan, sama ada secara langsung atau selepas salah satu atau kedua-dua yang berikut — (a) penukaran ke bahasa, kod atau notasi lain; (b) pengeluaran semula dalam bentuk bahan yang berlainan, untuk menyebabkan suatu alat yang mempunyai keupayaan memproses maklumat untuk melaksanakan suatu fungsi tertentu; "dihasilkan dengan komputer", berkenaan dengan suatu karya, bermakna bahawa karya itu dihasilkan melalui komputer dalam hal keadaan bahawa tiada pencipta manusia bagi karya tersebut; "Pengawal Kastam" bermakna Pengawal Kastam bagi maksud-maksud Akta Kastam (Penggal 36); "salinan", dalam Bahagian I, hendaklah ditafsirkan menurut bab 19; "pemilik hakcipta" hendaklah (bergantung kepada konteksnya) ditafsirkan menurut ceraian-ceraian (4) atau (5) bab ini, ceraian (2) bab 103, atau menurut peruntukan lain Perintah ini mengikut kehendak keadaan; "Tribunal Hakcipta" bermakna tribunal yang ditubuhkan oleh cerai an (1) bab 154; "karya hakcipta" hendaklah ditafsirkan menurut cerai an (2) bab 3; "negara" termasuk mana-mana wilayah; "mahkamah" bermakna Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Perantaraan; "kawalan kastam" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam cerai an (2) bab 2 dari Akta Kastam (Penggal 36); "karya drama" — (a) dalam Jadual Pertama, termasuk sebarang karya untuk dideklamasikan, karya koreografi atau hiburan dalam lakonan bisu, susunan hiasan latar atau bentuk lakonan yang ditetapkan secara bertulis ataupun sebaliknya, dan sebarang pengeluaran sinematograf jika susunan atau bentuk lakonan itu atau gabungan kejadian yang dipersembahkan memberikan suatu ciri original kepada karya tersebut; (b) bahagian lain dalam Perintah ini, hendaklah ditafsirkan menurut cerai an (1) bab 5; "institusi pendidikan" hendaklah ditafsirkan menurut cerai an (1) bab 177; "elektronik" bermakna digerakkan dengan tenaga elektrik, magnet, elektromagnet, elektrokimia atau elektro-mekanik; "pekerjaan" merujuk kepada pekerjaan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan; "ukir-pahat", dalam Jadual Pertama, termasuk etching, litograf, ukir-kayu, cetakan dan karya lain yang serupa, bukannya fotograf; "lesen eksklusif" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam cerai an (1) bab 95; "kontrak rakaman eksklusif" hendaklah ditafsirkan menurut cerai an (1) bab 189; "karya yang sedia ada", dalam Jadual Pertama, merujuk kepada suatu karya yang dibuat sebelum permulaan kuatkuasa; dan bagi maksud ini suatu karya yang pembuatannya dilanjutkan dalam suatu tempoh masa hendaklah dianggap telah dibuat apabila pembuatannya itu selesai; "WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM "salinan faksimili" termasuk suatu salinan yang dikecilkan atau dibesarkan mengikut skala; "filem" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 7; "hakcipta masa depan", dalam Bahagian I, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (2) bab 94; "hakcipta Kerajaan" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (2) bab 167; "karya grafik" hendaklah ditafsirkan menurut bab 6; "rakaman haram", berkenaan dengan suatu persembahan, hendaklah ditafsirkan menurut bab 201; "dalam bentuk elektronik" bermakna dalam suatu bentuk yang hanya boleh digunakan dengan cara elektronik sahaja; "artikel langgaran" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam bab 86; "salinan langgaran", berkenaan dengan suatu karya hakcipta, hendaklah ditafsirkan menurut bab 31; "pertubuhan antarabangsa" bermakna suatu pertubuhan di mana kerajaan atau kerajaan-kerajaan sebuah negara atau lebih menjadi anggotanya; "prosiding kehakiman" termasuk prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau orang yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sebarang perkara yang menyentuh hak atau kewajipan seseorang di sisi undang-undang; "hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (2) bab 169; "lesen", dalam bab-bab 129, 130 dan 132, bermakna suatu lesen mengenai sebarang perihalan yang disebutkan dalam bab 128; "badan pelesenan" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam ceraian (2) bab 120; "skim pelesenan", tertakluk kepada bab 121, mempunyai makna yang sama sebagaimana ceraian (1) bab 120; "karya sastera" — (a) dalam Jadual Pertama, termasuk peta, carta, pelan, jadual dan penyusunan; (b) bahagian lain dalam Perintah ini, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 5; "karya muzik" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 5; "pegawai kastam" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam ceraian (1) bab 2 dari Akta Kastam (Penggal 36); "tuanpunya hakcipta" mempunyai makna yang sama dengan "pemilik hakcipta"; "persembahan" hendaklah ditafsirkan — (a) dalam Bahagian I berkenaan dengan suatu karya, menurut ceraian (2) bab 21; (b) dalam Bahagian II, menurut ceraian (2) bab 180; "fotograf" hendaklah ditafsirkan menurut bab 6; "bakal tuanpunya", dalam Bahagian I, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (2) bab 94; "penerbitan", berkenaan dengan suatu karya, hendaklah ditafsirkan menurut bab 178; "edisi yang diterbitkan", dalam konteks hakcipta dalam susunan tipografi bagi suatu karya yang diterbitkan, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 10; "persembahan kelayakan", dalam Bahagian II, hendaklah ditafsirkan menurut bab 181; "orang kelayakan", dalam Bahagian II, bermakna seseorang yang kepadanya Bahagian itu dikenakan; "rakaman", dalam Bahagian II berkenaan dengan suatu persembahan, hendaklah ditafsirkan menurut bab 180; "penyewaan" bermakna sebarang penyusunan yang di bawahnya salinan suatu karya disediakan — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) untuk pembayaran dengan wang atau yang boleh dinilaikan dengan wang; atau (b) semasa menjalankan suatu perniagaan, sebagai sebahagian dari perkhidmatan atau kemudahan yang baginya pembayaran dibuat, atas syarat-syarat bahawa ia akan atau boleh dikembalikan; "membuat salinan reprografi" merujuk kepada membuat salinan dengan menggunakan suatu proses reprografi; "proses reprografi" bermakna suatu proses — (a) untuk membuat salinan faksimili; atau (b) yang melibatkan penggunaan suatu alat untuk membuat salinan yang banyak; dan termasuk, berkenaan dengan suatu karya yang disimpan dalam bentuk elektronik, sebarang penyalinan dengan cara elektronik, tetapi tidak termasuk pembuatan suatu filem atau rakaman bunyi; "seni ukir" hendaklah ditafsirkan menurut bab 6; "rakaman bunyi" — (a) dalam bab-bab 140, 142 dan 144, tidak termasuk jalur bunyi filem apabila disertakan dengan filem; (b) bahagian lain dalam Perintah ini, hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 7; "pengakuan mencukupi" bermakna suatu pengakuan yang mengenalpasti suatu karya melalui tajuknya atau perihalan lain, dan yang mengenalpasti penciptanya, melainkan jika — (a) dalam hal suatu karya yang diterbitkan, ia diterbitkan tanpa nama; (b) dalam hal suatu karya yang tidak diterbitkan, tidak mungkin bagi seseorang untuk memastikan identiti penciptanya dengan siasatan yang munasabah; "penolakan mencukupi", berkenaan dengan suatu perbuatan yang boleh melanggar hak yang diberikan oleh ceraian (1) bab 83, bermakna suatu petunjuk yang jelas dan ketara dengan munasabah — (a) yang diberikan pada masa perbuatan itu; dan (b) jika pencipta atau pengarah diperkenalkan pada masa itu, yang terdapat berserta dengan pengenalan, bahawa karya itu terdedah kepada pengolahan yang tidak dipersetujui oleh pencipta atau pengarah; "sistem telekomunikasi" bermakna suatu sistem untuk menyampaikan imej visual, bunyi atau maklumat lain dengan cara elektronik; "syarat-syarat pembayaran", dalam bab-bab 141, 142, 143 dan 146, bermakna syarat-syarat tentang pembayaran kerana memasukkan rakaman bunyi dalam suatu siaran atau perkhidmatan program kabel; "pemindahan" bermakna pindahmilik dengan kuatkuasa undang-undang, penurunan kepada wakil diri seseorang yang telah mati, dan sebarang cara pindahmilik lain selain dari suatu penyerahan hak; "muka taip" termasuk suatu corak hiasan yang digunakan dalam cetakan; "tanpa kebenaran", berhubung dengan apa-apa jua yang dilakukan berkenaan dengan suatu karya, bermakna dilakukan melainkan — (a) menurut atau dengan lesen pemilik hakcipta; (b) jika hakcipta tidak ada dalam karya itu, menurut atau dengan lesen pencipta atau, dalam hal jika ceraian (2) bab 13 sepatutnya dikenakan, majikan pencipta atau, dalam salah satu hal, mana-mana orang yang menuntut secara sah di bawahnya; atau (c) di bawah bab 52; "telegraf wayarles" bermakna penghantaran tenaga elektromagnet pada laluan yang tidak disediakan oleh bahan penting yang dibina atau diatur bagi maksud itu; "karya ciptaan bersama" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (1) bab 12; "karya ciptaan yang tidak diketahui" hendaklah ditafsirkan menurut ceraian (4) bab 11; "tulisan" termasuk sebarang bentuk notasi atau kod, sama ada dengan tangan ataupun sebaliknya dan tanpa mempedulikan kaedah yang dengannya, atau medium yang di dalamnya atau di atasnya, ia direkodkan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Suatu peruntukan Bahagian I, yang sama dengan suatu peruntukan sebarang undang-undang berkenaan dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa, tidaklah boleh ditafsirkan sebagai berbeza dengan undang-undang tersebut semata-mata kerana perubahan ungkapan.
Keputusan di bawah sebarang undang-undang berkenaan dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa boleh dirujuk bagi maksud membuktikan sama ada suatu peruntukan Bahagian I berbeza dengan undang-undang tersebut, ataupun sebaliknya bagi membuktikan pengertian sebenar Bahagian itu.
Jika orang-orang yang berlainan (sama ada akibat dari penyerahan hak sebahagian ataupun sebaliknya) berhak terhadap aspek-aspek hakcipta yang berlainan dalam suatu karya, pemilik hakcipta bagi sebarang maksud Bahagian I adalah orang yang berhak terhadap aspek hakcipta yang berkaitan bagi maksud itu.
Jika hakcipta (atau sebarang aspek hakcipta) dimiliki oleh lebih daripada seorang secara bersama, sebutan dalam Bahagian I kepada pemilik hakcipta adalah sebutan kepada semua pemilik, oleh itu sebarang kehendak mengenai lesen pemilik hakcipta menghendaki lesen mereka semua.
Jika sebutan dibuat dalam Perintah ini kepada suatu artikel yang diimport yang pembuatannya dilaksanakan tanpa persetujuan tuanpunya hakcipta, sebutan kepada tuanpunya hakcipta hendaklah dibaca sebagai sebutan kepada — (a) orang yang berhak terhadap hakcipta berkaitan dengan pengenaannya kepada pembuatan suatu artikel dalam perihalan itu di negara di mana ia dibuat; atau (b) jika tiada orang yang berhak terhadap hakcipta berkaitan dengan pengenaannya kepada pembuatan suatu artikel dalam perihalan itu di negara di mana ia dibuat, orang yang berhak terhadap hakcipta berkaitan dengan pengenaan itu di Negara Brunei Darussalam, dan pembuatan artikel itu hendaklah dianggap telah dilaksanakan dengan persetujuan tuanpunya itu jika, setelah tidak mempedulikan semua syarat tentang penjualan, pengedaran atau urusniaga lain dalam artikel itu selepas pembuatannya, artikel itu dibuat dengan lesennya. 9hb. APRIL, 2001
HAKCIPTA
ADANYA, PEMILIKAN DAN JANGKA MASA HAKCIPTA Pengenalan Hakcipta dan karya hakcipta.
(a) karya sastera, drama, muzik atau seni original; (b) rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel; dan (c) susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan.
Dalam Perintah ini, "karya hakcipta" bermakna suatu karya dari sebarang perihalan tersebut di mana hakcipta ada.
Hakcipta tidak ada dalam suatu karya melainkan jika kehendak-kehendak Bahagian ini berhubung dengan kelayakan bagi perlindungan hakcipta telah dipenuhi. Hak yang ada dalam karya hakcipta.
Berkenaan dengan perihalan tertentu karya hakcipta, hak-hak yang diberikan oleh bab-bab 80, 83 dan 88 ada untuk faedah pencipta, pengarah atau penempah karya itu, sama ada atau tidak dia adalah tuanpunya hakcipta. Perihalan karya dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan Karya sastera, drama dan muzik.
"karya drama" termasuk suatu karya tarian atau mimos; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM "karya sastera" bermakna sebarang karya, selain dari suatu karya drama atau muzik, yang ditulis, dituturkan atau dinyanyikan, dan termasuk — (a) suatu program komputer; (b) suatu jadual atau penyusunan data atau bahan lain, sama ada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin atau bentuk lain, original kerana pemilihan atau penyusunan isi kandungannya. "karya muzik" bermakna suatu karya yang mengandungi muzik, tidak termasuk sebarang perkataan atau aksi yang dimaksudkan untuk dinyanyikan, dituturkan atau dipersembahkan dengan muzik.
Hakcipta tidak ada dalam suatu karya sastera, drama atau muzik melainkan jika dan sehingga ia telah dirakamkan, secara bertulis ataupun sebaliknya; dan sebutan dalam Bahagian ini kepada masa karya itu dibuat adalah sebutan kepada masa ia dirakamkan.
Adalah tidak penting bagi maksud cerai (2) sama ada karya itu dirakamkan oleh atau dengan kebenaran pencipta; dan jika ia tidak dirakamkan oleh pencipta, tiada sebarang apa pun dalam cerai itu menyentuh persoalan sama ada hakcipta ada dalam rakaman tersebut yang berbeza dari karya yang dirakamkan itu. Karya seni.
"karya seni" bermakna — (a) suatu karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira mutu seni; (b) suatu karya seni bina, iaitu bangunan atau model untuk bangunan; atau (c) suatu karya pertukangan seni; "bangunan" termasuk sebarang struktur tetap, dan sebahagian dari bangunan atau struktur tetap; "karya grafik" termasuk — (a) sebarang lukisan-cat, lukisan, gambar rajah, peta, carta atau pelan; dan (b) sebarang ukir-pahat, etching, litograf, ukir kayu atau karya yang serupa; "fotograf" bermakna suatu rakaman cahaya atau sinaran lain pada sebarang medium yang di atasnya suatu imej dihasilkan atau yang darinya suatu imej boleh dihasilkan dengan sebarang cara, dan yang bukan sebahagian dari suatu filem; "seni ukir" termasuk suatu acuan atau model yang dibuat bagi maksud-maksud seni ukir. Rakaman bunyi dan filem.
"filem" bermakna suatu rakaman pada sebarang medium yang darinya suatu imej bergerak boleh dihasilkan dengan sebarang cara; "rakaman bunyi" bermakna — (a) suatu rakaman bunyi, yang darinya bunyi boleh dikeluarkan semula; atau (b) suatu rakaman seluruhnya atau mana-mana bahagian karya sastera, drama atau muzik, yang darinya bunyi mengeluarkan semula karya itu atau sebahagiannya boleh dikeluarkan, dengan tidak mempedulikan medium yang padanya rakaman itu dibuat atau kaedah mengeluarkan semula atau mengeluarkan bunyi.
Hakcipta tidak ada dalam suatu rakaman bunyi atau filem yang merupakan, atau setakat mana ia merupakan, salinan yang diambil dari suatu rakaman bunyi atau filem yang terdahulu. Siaran.
(a) boleh diterima secara sah oleh orang ramai; atau (b) dipancarkan untuk dipersembahkan kepada orang ramai.
Suatu pemancaran yang ditukar ke dalam kod hendaklah dianggap sebagai boleh diterima secara sah oleh orang ramai hanya jika alat pemecah kod telah disediakan kepada orang ramai oleh atau dengan kebenaran orang yang WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM membuat pemancaran itu atau orang yang membekalkan isi kandungan pemancaran itu.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada orang yang membuat suatu siaran, menyiarkan suatu karya, atau memasukkan suatu karya dalam suatu siaran adalah — (a) sebutan kepada orang yang memancarkan program itu, jika dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isi kandungannya; dan (b) sebutan kepada mana-mana orang yang membekalkan program itu yang membuat bersama dengan orang yang memancarkannya penyusunan yang perlu bagi pemancarannya, dan sebutan dalam Bahagian ini kepada suatu program, dalam konteks penyiaran, adalah sebutan kepada sebarang acara yang dimasukkan dalam suatu siaran.
Bagi maksud Bahagian ini, tempat yang darinya suatu siaran dibuat, dalam hal suatu pemancaran satelit, adalah tempat yang darinya isyarat yang membawa siaran itu dipancarkan ke satelit tersebut.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada penerimaan suatu siaran termasuk penerimaan suatu siaran yang dipancarkan melalui suatu sistem telekomunikasi.
Hakcipta tidak ada dalam suatu siaran yang melanggar, atau setakat mana ia melanggar, hakcipta dalam siaran lain atau dalam suatu program kabel. Program kabel.
(a) suatu program kabel bermakna sebarang acara yang dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel; dan (b) suatu perkhidmatan program kabel bermakna suatu perkhidmatan yang mengandungi seluruhnya atau sebahagian besarnya penghantaran imej visual, bunyi atau maklumat lain melalui suatu sistem telekomunikasi, melainkan dengan telegraf wayarles, untuk penerimaan — (i) di dua tempat atau lebih (sama ada bagi penerimaan serentak atau pada masa-masa yang berlainan bagi menyahut permintaan pengguna-pengguna yang berlainan); atau (ii) untuk dipersembahkan kepada orang ramai. dan yang tidak, atau setakat mana ia tidak, dikecualikan oleh atau di bawah ceraian-ceraian (2) atau (3).
Berikut adalah dikecualikan dari takrifan "perkhidmatan program kabel" — (a) suatu perkhidmatan atau sebahagian dari suatu perkhidmatan di mana ciri penting adalah bahawa semasa imej visual, bunyi atau maklumat lain dihantar oleh orang yang membekalkan perkhidmatan itu maklumat (selain dari isyarat yang dihantar bagi pengendalian atau pengawalan perkhidmatan itu) akan atau boleh dihantar dari setiap tempat penerimaan, melalui sistem yang sama atau (mengikut mana yang berkenaan) sebahagian dari sistem yang sama, untuk penerimaan oleh orang yang membekalkan perkhidmatan itu atau orang lain yang menerimanya; (b) suatu perkhidmatan yang dijalankan bagi maksud-maksud suatu perniagaan jika — (i) tiada sesiapa pun kecuali orang yang menjalankan perniagaan itu terlibat dalam pengawalan alat yang terkandung dalam sistem itu; (ii) imej visual, bunyi atau maklumat lain dihantar melalui sistem itu semata-mata bagi maksud dalaman pada menjalankan perniagaan itu dan bukannya dengan cara memberikan suatu perkhidmatan atau membekalkan kemudahan untuk orang lain; dan (iii) sistem itu tidak dihubungkan ke sebarang sistem telekomunikasi yang lain; (c) suatu perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang individu jika — (i) semua alat yang terkandung dalam sistem itu berada di bawah kawalannya; (ii) imej visual, bunyi atau maklumat lain yang dihantar oleh sistem itu dihantar semata-mata untuk tujuan domestiknya; dan (iii) sistem itu tidak dihubungkan ke sebarang sistem telekomunikasi yang lain; (d) perkhidmatan-perkhidmatan jika — (i) semua alat yang terkandung dalam sistem itu terletak di, atau menghubungkan, tempat-tempat yang didiami sendirian; dan (ii) sistem itu tidak dihubungkan ke sebarang sistem telekomunikasi yang lain, selain dari perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan sebagai sebahagian dari kemudahan yang disediakan untuk penduduk atau penghuni bangunan yang dijalankan sebagai perniagaan; (e) perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan, atau setakat mana ia dijalankan, untuk orang-orang yang membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan penyiaran atau program kabel atau membekalkan program-program bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
Peguam Negara, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, boleh dengan perintah meminda ceraian (2) bagi menambah atau memotong kekecualian-kekecualian, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan peralihan yang pada pendapatnya bersesuaian.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada pemasukan suatu program kabel atau karya dalam suatu perkhidmatan program kabel adalah sebutan kepada pemancarannya sebagai sebahagian dari perkhidmatan itu; dan sebutan kepada orang yang memasukkannya adalah sebutan kepada orang yang membekalkan perkhidmatan itu.
Hakcipta tidak ada dalam suatu program kabel — (a) jika program kabel itu dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel melalui penerimaan dan pemancaran semula suatu siaran dengan serta-merta; atau (b) jika program kabel itu melanggar, atau setakat mana ia melanggar, hakcipta dalam program kabel yang lain atau dalam suatu siaran. Edisi yang diterbitkan.
Hakcipta tidak ada dalam susunan tipografi bagi suatu edisi yang diterbitkan jika, atau setakat mana, edisi yang diterbitkan itu mengeluarkan semula susunan tipografi bagi edisi yang terdahulu. Ciptaan dan pemilikan hakcipta Ciptaan karya.
Orang itu hendaklah dianggap sebagai — (a) dalam hal suatu rakaman bunyi atau filem, orang yang melakukan gubahan yang perlu bagi membuat rakaman bunyi atau filem itu; (b) dalam hal suatu siaran, orang yang membuat siaran itu atau, dalam hal suatu siaran yang memancarkan siaran lain melalui penerimaan dan pemancaran semula dengan serta-merta, orang yang membuat siaran yang lain itu; (c) dalam hal suatu program kabel, orang yang membekalkan perkhidmatan program kabel itu di mana program itu dimasukkan; (d) dalam hal susunan tipografi bagi suatu edisi yang diterbitkan, penerbit;
Dalam hal suatu karya sastera, drama, muzik atau seni yang dihasilkan dengan komputer, pencipta hendaklah dianggap sebagai orang yang melakukan gubahan yang perlu bagi mencipta karya itu.
Bagi maksud Perintah ini, suatu karya adalah dari ciptaan yang tidak diketahui jika identiti pencipta tidak diketahui atau, dalam hal suatu karya ciptaan bersama, jika identiti pencipta-pencipta itu tidak diketahui.
Bagi maksud Bahagian ini, identiti seseorang pencipta hendaklah dianggap sebagai tidak diketahui jika tidak mungkin bagi seseorang untuk memastikan identitinya dengan siasatan yang munasabah; tetapi jika identitinya sebaik saja diketahui ia kemudiannya tidaklah dianggap sebagai tidak diketahui. Karya-karya ciptaan bersama.
Suatu siaran hendaklah disifatkan sebagai suatu karya ciptaan bersama dalam sebarang hal jika lebih daripada seorang dianggap sebagai membuat siaran. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Sebutan dalam Bahagian ini kepada pencipta suatu karya hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknya, ditafsirkan berkenaan dengan suatu karya ciptaan bersama sebagai sebutan kepada semua pencipta karya itu. Pemilikan pertama hakcipta.
Jika suatu karya sastera, drama, muzik atau seni dibuat oleh seseorang pekerja semasa dia bekerja, majikannya adalah tuanpunya pertama sebarang hakcipta dalam karya itu, tertakluk kepada sebarang perjanjian yang berlawanan.
Bab ini tidak dikenakan kepada hakcipta Kerajaan, hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri dan hakcipta yang ada di bawah bab 172. Jangka masa hakcipta Jangka masa hakcipta dalam karya sastera, drama, muzik atau seni.
Jika karya itu dari ciptaan yang tidak diketahui, hakcipta akan tamat tempohnya pada akhir tempoh lima puluh tahun mulai dari tarikh karya itu sama ada dibuat, mula disediakan kepada orang ramai atau mula diterbitkan, mengikut tarikh yang terkemudian, dengan syarat bahawa jika identiti pencipta didedahkan atau tidak lagi diragui sebelum tamatnya tempoh tersebut, peruntukan-peruntukan ceraian (1) hendaklah dikenakan. Bagi maksud ini, menyediakan kepada orang ramai termasuk — (a) dalam hal suatu karya sastera, drama atau muzik — (i) persembahan di khalayak ramai; atau (ii) yang disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel; (b) dalam hal suatu karya seni — (i) pameran di khalayak ramai; (ii) suatu filem termasuk karya yang ditunjukkan di khalayak ramai; atau 9hb. APRIL, 2001 (iii) yang dimasukkan dalam suatu siaran atau perkhidmatan program kabel, tetapi dalam menentukan pada amnya bagi maksud ceraian ini sama ada suatu karya telah disediakan kepada orang ramai tiada pertimbangan boleh diambil terhadap sebarang perbuatan tanpa kebenaran.
Jika karya itu dihasilkan dengan komputer, ceraian-ceraian (1) dan (2) tidak dikenakan dan hakcipta akan tamat tempohnya pada akhir tempoh lima puluh tahun mulai dari akhir tahun karya itu dibuat.
Berkenaan dengan suatu karya ciptaan bersama — (a) sebutan dalam ceraian (1) kepada kematian pencipta hendaklah ditafsirkan — (i) jika identiti semua pencipta diketahui, sebagai sebutan kepada kematian pencipta daripada pencipta-pencipta yang akhir sekali mati; dan (ii) jika identiti salah seorang atau lebih daripada pencipta-pencipta diketahui dan identiti seorang atau lebih pencipta-pencipta lain tidak diketahui, sebagai sebutan kepada kematian pencipta terakhir daripada pencipta-pencipta yang identitinya diketahui; dan (b) sebutan dalam ceraian (2) kepada identiti pencipta yang menjadi diketahui hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada identiti mana-mana pencipta yang menjadi diketahui.
Bab ini tidak dikenakan kepada hakcipta Kerajaan, hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri dan hakcipta yang ada di bawah bab 172. Jangka masa hakcipta dalam rakaman bunyi dan filem.
(a) pada akhir tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun ia dibuat; atau (b) jika ia dikeluarkan sebelum akhir tempoh itu, lima puluh tahun dari akhir tahun ia dikeluarkan.
Suatu rakaman bunyi atau filem dikeluarkan apabila — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) ia mula diterbitkan, disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel; atau (b) dalam hal suatu filem atau jalur bunyi filem, filem itu mula ditayangkan di khalayak ramai, tetapi dalam menentukan sama ada suatu karya telah dikeluarkan tiada pertimbangan boleh diambil terhadap sebarang perbuatan tanpa kebenaran. Jangka masa hakcipta dalam siaran dan program kabel.
Hakcipta dalam suatu siaran atau program kabel ulangan akan tamat tempohnya pada masa yang sama sebagaimana hakcipta dalam siaran atau program kabel asal; dan dengan itu hakcipta tidak akan berbangkit berkaitan dengan suatu siaran atau program kabel ulangan yang disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel selepas tamat tempoh hakcipta dalam siaran atau program kabel asal itu.
Dalam bab ini, suatu siaran atau program kabel ulangan bermakna siaran atau program kabel yang diulang sama ada siaran yang dibuat dahulunya atau program kabel yang dimasukkan dahulunya dalam suatu perkhidmatan program kabel. Jangka masa hakcipta dalam susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan.
HAK PEMILIK HAKCIPTA Perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta Perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta dalam karya.
(a) menyalin karya itu; (b) mengeluarkan salinan-salinan karya itu kepada orang ramai; (c) mempersembahkan, menunjukkan atau memainkan karya itu di khalayak ramai; (d) menyiarkan karya itu atau memasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel; dan (e) membuat suatu penyesuaian ke atas karya itu atau melakukan sebarang perbuatan tersebut berkenaan dengan suatu penyesuaian; dan (f) menyampaikan karya itu kepada orang ramai, dan semua perbuatan itu disebut dalam Perintah ini sebagai perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta.
Hakcipta dalam suatu karya adalah dilanggar oleh seseorang yang tanpa lesen pemilik hakcipta melakukan, atau membenarkan orang lain untuk melakukan, sebarang perbuatan yang disekat oleh hakcipta.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada melakukan suatu perbuatan yang disekat oleh hakcipta dalam suatu karya adalah sebutan kepada melakukannya — (a) berkenaan dengan karya itu seluruhnya atau sebahagian besarnya; dan (b) sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan adalah tidak penting sama ada sebarang perbuatan campur tangan mereka sendiri melanggar hakcipta.
Penggal ini mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada Penggal-Penggal III dan VII. Pelanggaran hakcipta kerana penyalinan.
Penyalinan berkenaan dengan suatu karya sastera, drama, muzik atau seni bermakna mengeluarkan semula karya itu dalam sebarang bentuk bahan, termasuk penyimpanan karya itu dalam sebarang medium dengan cara elektronik. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Berkenaan dengan suatu karya seni, penyalinan termasuk membuat salinan dalam tiga dimensi bagi suatu karya dua dimensi dan membuat salinan dalam dua dimensi bagi suatu karya tiga dimensi.
Penyalinan berkenaan dengan suatu filem, siaran televisyen atau program kabel termasuk membuat fotografi bagi keseluruhan atau sebahagian besar sebarang imej yang merupakan sebahagian dari filem, siaran atau program kabel itu.
Penyalinan berkenaan dengan susunan tipografi bagi suatu edisi yang diterbitkan bermakna membuat salinan faksimili bagi susunan tipografi itu.
Penyalinan berkenaan dengan sebarang perihalan karya termasuk membuat salinan yang berupa sementara atau bersampingan dengan penggunaan lain karya itu. Pelanggaran kerana mengeluarkan salinan-salinan kepada orang ramai.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada pengeluaran salinan-salinan suatu karya kepada orang ramai adalah sebutan kepada perbuatan mengedarkan salinan-salinan yang dahulunya tidak diedarkan, sama ada di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain, dan bukan kepada — (a) sebarang pengedaran, jualan, sewaan atau pinjaman salinan-salinan itu yang kemudiannya; atau (b) sebarang pengimportan salinan-salinan itu yang kemudiannya, kecuali bahawa, berkenaan dengan rakaman bunyi, filem dan program komputer, perbuatan mengeluarkan salinan-salinan kepada orang ramai yang disekat itu termasuk sebarang penyewaan salinan-salinan kepada orang ramai. Pelanggaran kerana mempersembahkan dll. karya di khalayak ramai.
Dalam Bahagian ini, suatu persembahan, berkenaan dengan suatu karya — (a) termasuk penyampaian dalam hal syarahan, ucapan, ceramah atau khutbah; dan (b) pada amnya, termasuk sebarang cara persembahan visual atau akustik, yang termasuk persembahan karya itu dengan cara rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel.
Permainan atau pertunjukan karya itu di khalayak ramai adalah suatu perbuatan yang disekat oleh hakcipta dalam suatu rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel.
Jika hakcipta dalam suatu karya dilanggar dengan mempersembahkan, memainkan atau menunjukkan di khalayak ramai dengan menggunakan alat untuk menerima imej visual atau bunyi yang dihantar dengan cara elektronik, orang yang menghantar imej visual atau bunyi itu dan, dalam hal suatu persembahan, orang yang membuat persembahan itu, tidaklah boleh dianggap sebagai bertanggungjawab terhadap pelanggaran itu. Pelanggaran kerana menyiarkan dll.
(a) suatu karya sastera, drama, muzik atau seni; (b) suatu rakaman bunyi atau filem; atau (c) suatu siaran atau program kabel. Pelanggaran kerana membuat penyesuaian dll.
Sebarang perbuatan yang dilakukan yang dinyatakan dalam bab-bab 19 hingga 22, atau dalam ceraian (1) bab ini, berkenaan dengan penyesuaian suatu karya, adalah suatu perbuatan yang disekat oleh hakcipta dalam karya sastera, drama atau muzik. Bagi maksud ini, adalah tidak penting sama ada penyesuaian itu telah direkodkan, secara bertulis ataupun sebaliknya, pada masa perbuatan itu dilakukan.
Dalam Perintah ini, penyesuaian — (a) berkenaan dengan suatu karya sastera atau drama, bermakna — (i) terjemahan karya itu; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (ii) versi suatu karya drama yang ditukar ke suatu karya bukan drama atau, mengikut mana yang berkenaan, versi suatu karya bukan drama yang ditukar ke suatu karya drama; atau (iii) versi karya itu di mana cerita atau aksi dalam karya itu disampaikan seluruhnya atau sebahagian besarnya dengan cara bergambar dalam suatu bentuk yang sesuai untuk dikeluarkan semula dalam buku, atau dalam surat khabar, majalah atau terbitan berkala yang serupa; (b) berkenaan dengan suatu karya muzik, bermakna gubahan atau alih susunan karya itu.
Berkenaan dengan suatu program komputer, terjemahan termasuk versi program itu yang ditukar ke atau dari suatu bahasa komputer, kod atau notasi atau ke suatu bahasa komputer, kod atau notasi yang berlainan, melainkan secara sampingan semasa menjalankan program itu.
Tiada kesimpulan boleh dibuat dari bab ini tentang apa yang terjumlah dan tidak terjumlah kepada penyalinan suatu karya. Pelanggaran kerana menyampaikan kepada orang ramai.
Pengeluaran semula dan penyesuaian program komputer.
(a) untuk penggunaan program komputer itu dengan suatu komputer bagi maksud dan takat yang baginya program komputer itu diperolehi; (b) bagi maksud-maksud arkib dan untuk mengganti salinan program komputer yang dimiliki secara sah yang telah hilang, musnah atau rosak.
Tiada salinan atau penyesuaian suatu program komputer boleh digunakan bagi sebarang maksud selain dari yang dinyatakan dalam ceraian (1), dan mana-mana salinan atau penyesuaian tersebut hendaklah dimusnahkan jika pemilikan berterusan salinan program komputer itu tidak lagi sah. Pelanggaran sekunder hakcipta Pelanggaran sekunder: mengimport salinan langgaran.
Pelanggaran sekunder: memiliki dll. salinan langgaran.
(a) memiliki semasa menjalankan suatu perniagaan; (b) menjual, menyewakan, atau menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan; (c) semasa menjalankan suatu perniagaan, mempamerkan di khalayak ramai atau mengedarkan; atau (d) mengedarkan melainkan semasa menjalankan suatu perniagaan sehingga menjejaskan tuanpunya hakcipta, suatu artikel yang merupakan, dan yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, salinan langgaran karya itu. Pelanggaran sekunder: menyediakan alat untuk membuat salinan langgaran.
(a) membuat; (b) mengimport; (c) memiliki semasa menjalankan suatu perniagaan; atau (d) menjual, menyewakan, atau menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM suatu artikel yang khusus direkabentuk atau disesuaikan bagi membuat salinan-salinan karya itu, dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia akan digunakan untuk membuat salinan-salinan langgaran.
Hakcipta dalam suatu karya adalah dilanggar oleh seseorang yang tanpa lesen pemilik hakcipta memancarkan karya itu dengan menggunakan suatu sistem telekomunikasi (melainkan dengan menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel), dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa salinan-salinan langgaran karya itu akan dibuat dengan cara penerimaan pancaran di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain. Pelanggaran sekunder: membenarkan penggunaan bangunan untuk persembahan langgaran.
Dalam ceraian (1), "tempat hiburan awam" termasuk bangunan yang diduduki terutamanya bagi sebarang maksud atau maksud-maksud lain, tetapi dari masa ke semasa disediakan untuk disewa bagi maksud hiburan awam. Pelanggaran sekunder: pembekalan alat untuk persembahan langgaran dll.
(a) orang yang membekalkan alat itu, atau sebahagian besarnya, jika semasa dia membekalkannya — (i) dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia mungkin digunakan untuk melanggar hakcipta; atau (ii) dalam hal alat yang penggunaannya biasanya melibatkan suatu persembahan, permainan atau pertunjukan awam, dia tidak percaya atas alasan yang munasabah bahawa ia tidak akan digunakan untuk melanggar hakcipta; (b) penghuni bangunan yang memberi kebenaran bagi alat itu dibawa masuk ke bangunan itu, jika semasa memberi kebenaran dia 9hb. APRIL, 2001 mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia mungkin digunakan untuk melanggar hakcipta; dan (c) orang yang membekalkan salinan suatu rakaman bunyi atau filem yang digunakan untuk melanggar hakcipta, jika semasa dia membekalkannya dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa yang dibekalkannya, atau salinan yang dibuat secara langsung atau tidak langsung daripadanya, mungkin digunakan untuk melanggar hakcipta, adalah bertanggungjawab terhadap pelanggaran itu. Salinan langgaran Makna "salinan langgaran".
Suatu artikel adalah salinan langgaran jika — (a) pembuatannya menjadi suatu pelanggaran hakcipta dalam karya yang berkenaan itu; atau (b) artikel itu telah atau dicadangkan untuk diimport, dan pembuatannya di Negara Brunei Darussalam akan menjadi suatu pelanggaran hakcipta dalam karya itu, atau pelanggaran suatu perjanjian lesen eksklusif berkenaan dengan karya itu.
Jika dalam sebarang prosiding persoalan berbangkit sama ada suatu artikel adalah salinan langgaran dan dibuktikan — (a) bahawa artikel itu adalah salinan karya itu; dan (b) bahawa hakcipta ada dalam karya itu atau telah ada pada bila-bila masa, adalah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa artikel itu telah dibuat pada masa apabila hakcipta ada dalam karya itu.
Dalam Perintah ini, "salinan langgaran" termasuk suatu salinan yang kena disifatkan sebagai salinan langgaran di bawah ceraian (5) bab 36, ceraian (3) bab 39, ceraian (5) bab 40, perenggan (b) ceraian (2) bab 41, ceraian (2) bab 60, ceraian (2) bab 67, ceraian (4) bab 71, atau di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah bab 152. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIBENARKAN BERKENAAN DENGAN KARYA HAKCIPTA Pengenalan Peruntukan-peruntukan pengenalan.
Jika diperuntukkan oleh Penggal ini bahawa suatu perbuatan tidak melanggar hakcipta, atau boleh dilakukan tanpa melanggar hakcipta, dan perihalan tertentu karya hakcipta tiada disebutkan, perbuatan yang berkenaan itu tidak melanggar hakcipta dalam sebarang perihalan karya.
Tiada kesimpulan boleh dibuat dari perihalan sebarang perbuatan yang boleh dilakukan di bawah Penggal ini tanpa melanggar hakcipta tentang bidang perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta dalam sebarang perihalan karya.
Peruntukan-peruntukan Penggal ini hendaklah ditafsirkan secara berasingan, supaya hakikat bahawa suatu perbuatan tidak termasuk di bawah satu peruntukan tidak bermakna bahawa perbuatan itu tidak diliputi oleh peruntukan lain. Am Penyelidikan dan kajian persendirian.
Urusan yang wajar dalam susunan tipografi bagi suatu edisi yang diterbitkan bagi maksud yang disebutkan dalam ceraian (1) tidak melanggar sebarang hakcipta dalam susunan tipografi.
Penyalinan yang dibuat oleh seseorang, selain daripada penyelidik atau pelajar itu sendiri, adalah bukan urusan yang wajar jika — (a) dalam hal seseorang pegawai perpustakaan, atau seseorang yang bertindak bagi pihak seseorang pegawai perpustakaan, dia melakukan apa-apa jua yang tidak dibenarkan untuk dilakukan di bawah bab-bab 42 atau 43 oleh peraturan-peraturan di bawah bab 44; atau (b) dalam sebarang hal lain, orang yang membuat penyalinan itu mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia akan mengakibatkan salinan-salinan bahan yang keseluruhannya sama dibekalkan kepada lebih daripada seorang pada keseluruhan masa yang sama dan bagi keseluruhan maksud yang sama. Kritikan, ulasan dan laporan berita.
Urusan yang wajar dalam suatu karya (selain dari fotografi) bagi maksud melaporkan kejadian-kejadian semasa tidak melanggar sebarang hakcipta dalam karya tersebut dengan syarat bahawa, tertakluk kepada ceraian (3), ia disertakan dengan suatu pengakuan yang mencukupi.
Pengakuan tiada dikehendaki berhubung dengan laporan kejadian-kejadian semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel. Pemasukan sampingan bahan hakcipta.
(a) dengan memasukkannya secara sampingan dalam suatu karya seni, rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel; (b) dengan mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan, atau dengan memainkan, menunjukkan, menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel, apa-apa jua yang pembuatannya, di bawah perenggan (a), bukan merupakan suatu pelanggaran hakcipta.
Suatu karya muzik, perkataan-perkataan yang dicakapkan atau dinyanyikan dengan muzik, atau sebanyak mana dari suatu rakaman bunyi, siaran atau program kabel yang termasuk suatu karya muzik atau perkataan-perkataan tersebut, tidaklah boleh dianggap sebagai dimasukkan secara sampingan dalam karya lain jika ia dimasukkan dengan sengaja. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pendidikan Perkara-perkara yang dilakukan bagi maksud pengajaran atau peperiksaan.
(a) dilakukan oleh seseorang yang memberi atau menerima pengajaran itu; dan (b) bukan dengan cara suatu proses reprografi.
Hakcipta dalam suatu rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel tidak dilanggar dengan menyalinnya kerana membuat filem atau jalur bunyi filem semasa mengajar, atau semasa membuat persediaan mengajar, dalam pembuatan filem atau jalur bunyi filem, dengan syarat penyalinan itu dilakukan oleh seseorang yang memberi atau menerima pengajaran itu.
Hakcipta tidak dilanggar kerana apa-apa jua yang dilakukan bagi maksud suatu peperiksaan dengan cara menyediakan soalan-soalan, menyampaikan soalan-soalan kepada calon-calon, atau menjawab soalan-soalan.
Ceraian (3) tidak diperluaskan kepada pembuatan salinan reprografi suatu karya muzik untuk digunakan oleh seseorang calon peperiksaan dalam mempersembahkan karya itu.
Jika suatu salinan yang sebaliknya merupakan salinan langgaran dibuat menurut bab ini tetapi kemudiannya diurusniagakan, ia hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar hakcipta ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. Dalam ceraian ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan. Antologi bagi kegunaan pendidikan.
(a) dimaksudkan untuk digunakan di suatu institusi pendidikan dan diperihalkan demikian dalam tajuknya, dan dalam sebarang iklan yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak penerbit; dan (b) sebahagian besarnya mengandungi bahan yang tidak ada hakcipta, tidak melanggar hakcipta dalam karya itu jika karya itu sendiri tidak dimaksudkan untuk digunakan di institusi pendidikan tersebut dan pemasukan itu disertakan dengan suatu pengakuan yang mencukupi.
Ceraian (1) tidak membenarkan pemasukan lebih dari dua petikan daripada karya hakcipta oleh pencipta yang sama dalam koleksi yang diterbitkan oleh penerbit yang sama melebihi sebarang tempoh lima tahun.
Berkenaan dengan sebarang petikan yang diberikan, sebutan dalam ceraian (2) kepada petikan dari karya oleh pencipta yang sama — (a) hendaklah dianggap termasuk petikan daripada karyanya bersama dengan pencipta lain; dan (b) jika petikan yang berkenaan itu adalah dari karya tersebut, hendaklah dianggap termasuk petikan dari karya mana-mana pencipta, sama ada sendirian atau bersama dengan pencipta lain.
Sebutan dalam bab ini kepada kegunaan suatu karya di suatu institusi pendidikan adalah sebutan kepada sebarang kegunaan bagi maksud-maksud pendidikan institusi tersebut. Mempersembahkan dll. karya semasa menjalankan kegiatan-kegiatan institusi pendidikan.
(a) oleh seseorang guru atau pelajar semasa menjalankan kegiatan- kegiatan institusi itu; atau (b) di institusi itu oleh mana-mana orang bagi maksud mengajar, adalah bukan suatu persembahan awam bagi maksud melanggar hakcipta.
Permainan atau pertunjukan suatu rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel di hadapan hadirin tersebut di suatu institusi pendidikan bagi maksud mengajar adalah bukan permainan atau pertunjukan karya itu di khalayak ramai bagi maksud melanggar hakcipta.
Seseorang bagi maksud ini tidak ada hubungan langsung dengan kegiatan-kegiatan institusi pendidikan itu hanya kerana dia adalah ibu atau bapa kepada seseorang pelajar di institusi tersebut. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Rakaman siaran dan program kabel yang dibuat oleh institusi pendidikan.
Bab ini tidak dikenakan jika atau setakat mana terdapat suatu skim pelesenan yang diperakui bagi maksud bab ini di bawah bab 153 yang memperuntukkan pemberian lesen.
Jika suatu salinan yang sebaliknya merupakan salinan langgaran dibuat menurut bab ini tetapi kemudiannya diurusniagakan, ia hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar hakcipta ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. Dalam ceraian ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan. Salinan reprografi petikan dari karya yang diterbitkan yang dibuat oleh institusi pendidikan.
Tidak melebihi satu peratus dari sebarang karya boleh disalin oleh atau bagi pihak suatu institusi di bawah bab ini dalam mana-mana suku tahun, iaitu, dalam sebarang tempoh 1 haribulan Januari hingga 31 haribulan Mac, 1 haribulan April hingga 30 haribulan Jun, 1 haribulan Julai hingga 30 haribulan September atau 1 haribulan Oktober hingga 31 haribulan Disember.
Penyalinan adalah tidak dibenarkan oleh bab ini jika, atau setakat mana, lesen boleh didapati yang membenarkan penyalinan yang berkenaan itu dan orang yang membuat penyalinan itu mengetahui atau sepatutnya telah menyedari fakta itu.
Syarat-syarat lesen yang diberikan kepada suatu institusi pendidikan yang membenarkan penyalinan reprografi petikan dari karya sastera, drama atau muzik yang diterbitkan bagi maksud mengajar tidak mempunyai kesan setakat mana ia dikatakan menyekat jumlah suatu karya yang boleh disalin (sama ada dengan bayaran atau tidak) kepada kurang dari jumlah yang mungkin dibenarkan di bawah bab ini.
Jika suatu salinan yang sebaliknya merupakan salinan langgaran dibuat menurut bab ini tetapi kemudiannya diurusniagakan, ia hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar hakcipta ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. kemudiannya. Dalam ceraian ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan. Perpustakaan dan arkib Perpustakaan dan arkib: pengenalan.
Jika seseorang yang meminta suatu salinan membuat suatu pengakuan yang palsu dalam suatu butir yang mustahak dan dibekalkan dengan suatu salinan yang mungkin salinan langgaran jika dibuat olehnya — (a) dia bertanggungjawab terhadap pelanggaran hakcipta seolah-olah dia sendiri telah membuat salinan itu; dan (b) salinan itu hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran.
Sebutan dalam bab ini, dan dalam bab-bab 42 hingga 47, kepada seseorang pegawai perpustakaan atau juruarikib termasuk seseorang yang bertindak bagi pihaknya. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan: artikel dalam terbitan berkala.
Syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah termasuk peruntukan — (a) bahawa salinan-salinan hanya dibekalkan kepada orang-orang yang memuaskan hati pegawai perpustakaan bahawa mereka menghendaki salinan-salinan itu bagi maksud penyelidikan atau kajian persendirian, dan tidak akan menggunakannya bagi sebarang maksud lain; (b) bahawa tiada sesiapa pun diberikan lebih dari satu salinan artikel yang sama atau salinan-salinan lebih dari satu artikel yang terkandung dalam keluaran suatu terbitan berkala yang sama; dan (c) bahawa orang-orang yang dibekalkan salinan-salinan adalah dikehendaki untuk membayar bagi salinan-salinan itu suatu jumlah. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM wang yang tidak kurang dari kos (termasuk suatu sumbangan kepada perbelanjaan am perpustakaan) disebabkan pengeluaran salinan-salinan itu. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan: bahagian-bahagian karya yang diterbitkan.
Syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah termasuk peruntukan — (a) bahawa salinan-salinan hanya dibekalkan kepada orang-orang yang memuaskan hati pegawai perpustakaan bahawa mereka menghendaki salinan-salinan itu bagi maksud penyelidikan atau kajian persendirian, dan tidak akan menggunakannya bagi sebarang maksud lain; (b) bahawa tiada sesiapa pun diberikan lebih dari satu salinan bahan yang sama atau salinan lebih dari jumlah yang munasabah sebarang karya; dan (c) bahawa orang-orang yang dibekalkan salinan-salinan adalah dikehendaki untuk membayar bagi salinan-salinan itu suatu jumlah wang yang tidak kurang dari kos (termasuk suatu sumbangan kepada perbelanjaan am perpustakaan) disebabkan pengeluaran salinan-salinan itu. Sekatan ke atas pengeluaran dengan banyaknya salinan-salinan bahan yang sama.
Peraturan-peraturan itu boleh memperuntukkan — (a) bahawa kehendak-kehendak hendaklah dianggap sebagai sama jika kehendak-kehendak itu adalah untuk salinan-salinan bahan yang keseluruhannya sama pada keseluruhan masa yang sama dan bagi keseluruhan maksud yang sama; dan 9hb. APRIL, 2001 (b) bahawa kehendak-kehendak orang hendaklah dianggap sebagai berkaitan jika orang itu menerima arahan yang berkaitan dengan bahan itu pada masa dan tempat yang sama. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan: pembekalan salinan kepada perpustakaan lain.
(a) suatu artikel dalam suatu terbitan berkala; atau (b) keseluruhan atau sebahagian dari edisi suatu karya sastera, drama atau muzik yang diterbitkan, tanpa melanggar sebarang hakcipta dalam teks artikel itu atau, mengikut mana yang berkenaan, dalam karya tersebut, dalam sebarang ilustrasi yang disertakan dengannya atau dalam susunan tipografi.
Perenggan (b) ceraian (1) tidak dikenakan jika pada masa salinan itu dibuat pegawai perpustakaan yang membuatnya mengetahui, atau mungkin dengan siasatan yang munasabah telah memastikan, nama dan alamat seseorang yang berhak untuk membenarkan pembuatan salinan itu. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan atau juruar kib: penggantian salinan karya.
(a) untuk memelihara atau mengganti butiran itu dengan menyimpan salinan itu dalam koleksi tetapnya selain dari atau bagi menggantinya; atau (b) untuk mengganti dalam koleksi tetap perpustakaan atau arkib lain yang ditetapkan suatu butiran yang telah hilang, musnah atau rosak, tanpa melanggar hakcipta dalam sebarang karya sastera, drama atau muzik, dalam sebarang ilustrasi yang disertakan dengannya atau, dalam hal suatu edisi yang diterbitkan, dalam susunan tipografi.
Syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah termasuk peruntukan bagi menyekat pembuatan salinan-salinan kepada kes-kes jika pembelian salinan WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM butiran itu bagi memenuhi maksud tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan munasabah. Penyalinan yang dibuat oleh pegawai perpustakaan atau juruarkib: karya tertentu yang tidak diterbitkan.
Bab ini tidak dikenakan jika — (a) karya itu telah diterbitkan sebelum dokumen itu disimpan di dalam perpustakaan atau arkib tersebut; atau (b) pemilik hakcipta telah melarang penyalinan karya itu, dan pada masa salinan itu dibuat pegawai perpustakaan atau juruarkib yang membuatnya menyedari, atau sepatutnya telah menyedari fakta itu.
Syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah termasuk peruntukan — (a) bahawa salinan-salinan hanya dibekalkan kepada orang-orang yang memuaskan hati pegawai perpustakaan atau juruarkib bahawa mereka menghendaki salinan-salinan itu bagi maksud penyelidikan atau kajian persendirian, dan tidak akan menggunakannya bagi sebarang maksud lain; (b) bahawa tiada sesiapa pun diberikan lebih dari satu salinan bahan yang sama; dan (c) bahawa orang-orang yang dibekalkan salinan-salinan adalah dikehendaki untuk membayar bagi salinan-salinan itu suatu jumlah wang yang tidak kurang dari kos (termasuk suatu sumbangan kepada perbelanjaan am perpustakaan atau arkib) disebabkan pengeluaran salinan-salinan itu. Salinan karya dikehendaki untuk dibuat sebagai syarat eksport.
9hb. APRIL, 2001 Pentadbiran awam Prosiding Majlis Mesyuarat Negeri dan kehakiman.
Hakcipta tidak dilanggar kerana apa-apa jua yang dilakukan bagi maksud melaporkan prosiding tersebut; tetapi ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penyalinan suatu karya yang dengan sendirinya merupakan suatu laporan prosiding yang diterbitkan. Suruhanjaya Diraja dan siasatan berkanun.
Hakcipta tidak dilanggar kerana apa-apa jua yang dilakukan bagi maksud melaporkan prosiding itu yang diadakan di khalayak ramai; tetapi ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penyalinan suatu karya yang dengan sendirinya merupakan suatu laporan prosiding yang diterbitkan.
Hakcipta dalam suatu karya tidak dilanggar kerana mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan suatu laporan Suruhanjaya Diraja atau siasatan berkanun yang mengandungi karya itu atau bahan darinya.
Dalam bab ini, "siasatan berkanun" bermakna suatu siasatan yang diadakan atau penyiasatan yang dijalankan menurut suatu kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh atau di bawah sebarang undang-undang bertulis. Bahan terbuka untuk pemeriksaan orang ramai atau dalam daftar rasmi.
Jika bahan adalah terbuka untuk pemeriksaan orang ramai di bawah suatu kehendak berkanun, hakcipta tidak dilanggar kerana menyalin atau mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan bahan tersebut, oleh atau dengan kebenaran orang yang berkenaan, bagi maksud membolehkan bahan itu diperiksa pada masa atau tempat yang lebih sesuai ataupun sebaliknya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM memudahkan perjalanan sebarang hak yang bagi maksud itu kehendak tersebut dikenakan.
Jika bahan yang terbuka untuk pemeriksaan orang ramai di bawah suatu kehendak berkanun, atau yang terdapat dalam suatu daftar berkanun, mengandungi maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan am saintifik, teknikal, komersial atau ekonomi, hakcipta tidak dilanggar kerana menyalin atau mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan bahan itu, oleh atau dengan kebenaran orang yang berkenaan, bagi maksud menyebarkan maklumat itu.
Peguam Negara boleh dengan perintah memperuntukkan bahawa ceraian-ceraian (1), (2) dan (3) hendaklah, dalam hal-hal sebagaimana yang mungkin ditetapkan, dikenakan hanya kepada salinan-salinan yang ditandakan mengikut cara sebagaimana yang mungkin ditetapkan demikian.
Peguam Negara boleh dengan perintah memperuntukkan bahawa ceraian-ceraian (1), (2) dan (3) hendaklah, setakat mana dan dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian sebagaimana yang mungkin ditetapkan, dikenakan — (a) kepada bahan yang dibukakan untuk pemeriksaan orang ramai oleh — (i) suatu pertubuhan antarabangsa yang ditetapkan; atau (ii) seseorang yang ditetapkan yang mempunyai tugas di Negara Brunei Darussalam di bawah suatu perjanjian antarabangsa di mana Negara Brunei Darussalam menjadi satu pihak; atau (b) kepada suatu daftar yang diselenggarakan oleh suatu pertubuhan antarabangsa yang ditetapkan, sebagaimana ia dikenakan berkenaan dengan bahan yang terbuka untuk pemeriksaan orang ramai di bawah suatu kehendak berkanun atau suatu daftar berkanun.
Dalam bab ini — "orang yang berkenaan" bermakna orang yang dikehendaki untuk membukakan bahan itu untuk pemeriksaan orang ramai atau, mengikut mana yang berkenaan, orang yang menyelenggara daftar berkanun itu; "daftar berkanun" bermakna suatu daftar yang diselenggarakan di bawah suatu kehendak berkanun; "kehendak berkanun" bermakna suatu kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah sebarang undang-undang bertulis. Bahan disampaikan kepada Kerajaan semasa menjalankan urusan awam.
Kerajaan boleh, bagi maksud karya itu disampaikan kepadanya, atau sebarang maksud yang berkaitan yang mungkin dengan munasabah dijangkakan oleh pemilik hakcipta, menyalin karya itu dan mengeluarkan salinan-salinan karya itu kepada orang ramai tanpa melanggar sebarang hakcipta dalam karya tersebut.
Kerajaan tidak boleh menyalin suatu karya, atau mengeluarkan salinan-salinan suatu karya kepada orang ramai, menurut bab ini jika karya itu telah diterbitkan dahulunya melainkan menurut bab ini.
Bab ini mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada sebarang perjanjian yang berlawanan di antara Kerajaan dan pemilik hakcipta. Arkib dan rekod awam.
Perbuatan yang dilakukan di bawah kebenaran berkanun.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan sebarang pembelaan kebenaran berkanun yang sebaliknya boleh didapati di bawah sebarang undang-undang bertulis. Rekabentuk Dokumen rekabentuk dan model.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) dalam suatu dokumen rekabentuk atau model yang merekodkan atau mengandungi suatu rekabentuk bagi apa-apa jua selain dari suatu karya seni atau muka taip, untuk membuat suatu artikel mengikut rekabentuk itu atau untuk menyalin suatu artikel yang dibuat mengikut rekabentuk itu; (b) untuk mengeluarkan kepada orang ramai, atau memasukkan dalam suatu filem, siaran atau perkhidmatan program kabel, apa-apa jua yang pembuatannya adalah, di bawah ceraian (1), bukan suatu pelanggaran hakcipta itu.
Dalam bab ini — "rekabentuk" bermakna rekabentuk sebarang aspek bentuk atau tatarajah (sama ada dalaman atau luaran) bagi keseluruhan atau sebahagian dari suatu artikel, selain dari hiasan permukaan; "dokumen rekabentuk" bermakna sebarang rekod suatu rekabentuk, sama ada dalam bentuk lukisan, perihalan bertulis, fotograf, data yang disimpan dalam suatu komputer ataupun selainnya. Kesan pengeksploitasian rekabentuk yang diperolehi dari karya seni.
(a) membuat melalui suatu proses perindustrian artikel yang kena disifatkan bagi maksud-maksud Bahagian ini sebagai salinan-salinan karya itu; dan (b) memasarkan artikel tersebut, di Negara Brunei Darussalam atau di tempat lain.
Selepas tamat tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun artikel tersebut mula dipasarkan, karya itu boleh disalin dengan membuat sebarang perihalan artikel, atau melakukan apa-apa jua bagi maksud membuat sebarang perihalan artikel, dan apa-apa jua boleh dilakukan berkenaan dengan artikel yang dibuat itu, tanpa melanggar hakcipta dalam karya itu.
Jika hanya sebahagian dari suatu karya seni sahaja dieksploitasi sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (1), ceraian (2) dikenakan hanya berkenaan dengan bahagian itu.
Peguam Negara boleh dengan perintah membuat peruntukan — (a) tentang hal keadaan bagaimana suatu artikel, atau sebarang perihalan artikel, akan dianggap bagi maksud bab ini sebagai dibuat dengan suatu proses perindustrian; (b) yang mengecualikan dari kuatkuasa bab ini artikel yang terutamanya mempunyai ciri sastera atau seni sebagaimana yang difikirkannya patut.
Dalam bab ini — (a) sebutan kepada artikel tidak termasuk filem; (b) sebutan kepada pemasaran suatu artikel adalah sebutan kepada penjualan, penyewaan, atau tawaran atau pendedahan untuk jualan atau sewaan artikel itu. Perkara-perkara yang dilakukan bersandar kepada pendaftaran rekabentuk.
(a) di bawah suatu penyerahan hak atau lesen yang dibuat atau diberikan oleh orang yang didaftarkan di bawah sebarang undang-undang berkenaan dengan pendaftaran rekabentuk sebagai tuanpunya suatu rekabentuk yang sama; dan (b) dengan suci hati bersandar kepada pendaftaran dan tanpa notis sebarang prosiding bagi membatalkan pendaftaran tersebut atau bagi membetulkan catatan yang berkaitan dalam sebarang daftar rekabentuk [dengan apa pun namanya dipanggil] yang disimpan atau diselenggarakan di bawah sebarang undang-undang tersebut, dan demikian juga walaupun orang yang didaftarkan sebagai mana-mana tuanpunya adalah bukan tuanpunya rekabentuk itu bagi maksud undang-undang tersebut.
Dalam ceraian (1), suatu rekabentuk yang sama, berkenaan dengan suatu karya seni, bermakna suatu rekabentuk dalam makna sebarang undang-undang berkenaan dengan pendaftaran rekabentuk yang jika dikenakan kepada suatu artikel akan menghasilkan sesuatu yang akan disifatkan bagi maksud Bahagian ini sebagai salinan karya seni tersebut. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Muka taip Penggunaan muka taip biasanya dalam masa mencetak.
(a) untuk menggunakan muka taip itu biasanya dalam masa menaip, menyusun teks, mengatur huruf atau mencetak; (b) untuk memiliki suatu artikel bagi maksud penggunaan tersebut; atau (c) untuk melakukan apa-apa jua berkenaan dengan bahan yang dihasilkan dengan penggunaan tersebut, walaupun suatu artikel digunakan yang merupakan salinan langgaran karya itu.
Walaupun ceraian (1) bab ini, bab-bab 28, 101 dan 102, ceraian (2) bab 204, dan bab 209 dikenakan kepada orang-orang yang membuat, mengimport atau mengendalikan artikel yang khusus direkabentuk atau disesuaikan untuk menghasilkan bahan dalam suatu muka taip tertentu, atau memiliki artikel tersebut bagi maksud mengendalikannya, seolah-olah penghasilan bahan sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (1) memang melanggar hakcipta dalam karya seni yang mengandungi rekabentuk muka taip itu. Dalam ceraian ini, "mengendalikan" bermakna menjual, menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, mempamerkan di khalayak ramai atau mengedarkan. Artikel untuk menghasilkan bahan dalam muka taip tertentu.
Setelah tamat tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun artikel itu mula dipasarkan, karya itu boleh disalin dengan membuat seterusnya artikel tersebut, atau melakukan apa-apa jua bagi maksud membuat artikel tersebut, dan apa-apa juga boleh dilakukan berkenaan dengan artikel yang dibuat itu, tanpa melanggar hakcipta dalam karya itu. Karya dalam bentuk elektronik Pemindahan salinan karya dalam bentuk elektronik.
Jika tiada syarat-syarat yang nyata — (a) yang melarang pemindahan salinan itu oleh pembeli, yang mengenakan kewajipan yang berterusan selepas suatu pemindahan, yang melarang penyerahan hak sebarang lesen, atau yang menamatkan sebarang lesen atas suatu pemindahan; atau (b) yang memperuntukkan syarat-syarat yang atasnya penerima pindahan boleh melakukan perkara-perkara yang dibenarkan untuk dilakukan oleh pembeli, apa-apa jua yang dibenarkan untuk dilakukan oleh pembeli boleh juga dilakukan oleh penerima pindahan tanpa melanggar hakcipta; tetapi sebarang salinan, penyesuaian atau salinan suatu penyesuaian yang dibuat oleh pembeli yang juga tidak dipindahkan hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran bagi segala maksud selepas pemindahan itu.
Jika salinan asal yang dibeli itu tidak lagi dapat digunakan dan apa yang dipindahkan adalah salinan tambahan yang digunakan bagi menggantikannya, apa-apa jua yang dibenarkan untuk dilakukan oleh pembeli boleh juga dilakukan oleh penerima pindahan tanpa melanggar hakcipta; tetapi sebarang salinan, penyesuaian atau salinan suatu penyesuaian yang dibuat oleh pembeli yang juga tidak dipindahkan hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran bagi segala maksud selepas pemindahan itu.
Atas suatu pemindahan yang kemudiannya bab ini dikenakan, dengan menggantikan sebutan dalam ceraian (2) kepada pembeli dengan sebutan kepada pemindah yang kemudiannya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Rampai: karya sastera, drama, muzik dan seni Karya tanpa nama atau yang memakai nama samaran: perbuatan yang dibenarkan atas andaian tentang tamat tempoh hakcipta atau kematian pencipta.
(a) tidak mungkin dengan siasatan yang munasabah untuk memastikan identiti pencipta; dan (b) munasabah untuk menganggap — (i) bahawa hakcipta telah tamat tempohnya; atau (ii) bahawa pencipta telah mati lima puluh tahun atau lebih sebelum awal tahun perbuatan itu dilakukan atau penyusunan itu dibuat.
Perenggan kecil (ii) perenggan (b) ceraian (1) tidak dikenakan kepada — (a) suatu karya yang ada hakcipta Kerajaan; atau (b) suatu karya di mana hakcipta yang pada asalnya terletakhak pada suatu pertubuhan antarabangsa di bawah bab 172 dan yang berkaitan dengannya suatu perintah di bawah bab itu menentukan tempoh hakcipta lebih lama dari lima puluh tahun.
Berkenaan dengan suatu karya ciptaan bersama — (a) sebutan dalam ceraian (1) kepada kemungkinan dapat dipastikan identiti pencipta hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada kemungkinan dapat dipastikan identiti mana-mana pencipta; dan (b) sebutan dalam perenggan kecil (ii) perenggan (b) ceraian (1) kepada pencipta yang telah mati hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada semua pencipta yang telah mati. Penggunaan nota atau rakaman perkataan-perkataan yang dicakapkan dalam hal-hal tertentu.
(a) melaporkan kejadian-kejadian semasa; atau (b) menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel keseluruhan atau sebahagian dari karya itu, adalah bukan suatu pelanggaran sebarang hakcipta dalam perkataan-perkataan itu sebagai suatu karya sastera untuk menggunakan rakaman itu atau bahan yang diambil darinya (atau untuk menyalin rakaman itu, atau sebarang bahan tersebut, dan menggunakan salinan itu) bagi maksud itu, jika syarat-syarat yang disebutkan dalam ceraian (2) telah dipatuhi.
Syarat-syarat tersebut adalah bahawa - (a) rakaman itu adalah rakaman langsung perkataan-perkataan yang dicakapkan dan tidak diambil dari suatu rakaman yang terdahulu atau dari suatu siaran atau program kabel; (b) pembuatan rakaman itu tidak dilarang oleh penutur dan, jika hakcipta sudah ada dalam karya itu, tidak melanggar hakcipta; (c) penggunaan rakaman itu atau bahan yang diambil darinya bukanlah dari jenis yang dilarang oleh atau bagi pihak penutur atau pemilik hakcipta sebelum rakaman itu dibuat; dan (d) penggunaan itu adalah atas atau dengan kebenaran seseorang yang memiliki secara sah rakaman tersebut. Pembacaan atau pendeklamsian awam.
Hakcipta dalam suatu karya tidak dilanggar kerana pembuatan suatu rakaman bunyi, atau penyiaran atau pemasukan dalam suatu perkhidmatan program kabel, suatu pembacaan atau pendeklamsian yang di bawah ceraian (1) tidak melanggar hakcipta dalam karya itu, dengan syarat bahawa rakaman, siaran atau program kabel itu mengandungi sebahagian besarnya bahan yang berkenaan dengannya tidak perlu untuk bersandar kepada ceraian itu. Ringkasan artikel saintifik atau teknikal.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Bab ini tidak dikenakan jika atau setakat mana terdapat skim pelesenan yang diakui bagi maksud-maksud bab ini di bawah bab 153 yang memperuntukkan pemberian lesen. Rakaman lagu rakyat.
Syarat-syarat tersebut adalah bahawa — (a) perkataan-perkataan itu tidak diterbitkan dan dari ciptaan yang tidak diketahui pada masa rakaman itu dibuat; (b) pembuatan rakaman itu tidak melanggar sebarang hakcipta lain; dan (c) pembuatannya tidak dilarang oleh mana-mana orang yang membuat persembahan.
Salinan-salinan suatu rakaman bunyi yang dibuat dengan bersandar kepada ceraian (1) dan dimasukkan dalam suatu arkib yang diselenggarakan oleh suatu badan yang ditetapkan boleh, jika syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi, dibuat dan dibekalkan oleh jururakib atau seseorang yang bertindak bagi pihaknya tanpa melanggar hakcipta dalam rakaman itu atau karya yang dimasukkan di dalamnya.
Syarat-syarat yang ditetapkan hendaklah termasuk peruntukan bahawa — (a) salinan-salinan hanya dibekalkan kepada seseorang yang memuaskan hati jururakib atau seseorang yang bertindak bagi pihaknya bahawa dia menghendakinya bagi maksud penyelidikan atau kajian persendirian dan tidak akan menggunakannya bagi sebarang maksud lain; dan (b) tiada sesiapa pun diberikan lebih dari satu salinan rakaman yang sama.
Dalam bab ini, "badan yang ditetapkan" bermakna suatu badan yang ditetapkan bagi maksud bab ini dengan suatu perintah Peguam Negara, yang tidak akan menetapkan suatu badan melainkan jika dia berpuas hati bahawa badan itu tidak ditubuhkan atau dijalankan untuk keuntungan. Persembahan karya seni tertentu dalam pameran awam.
(a) bangunan; dan (b) seni ukir, model untuk bangunan dan karya ketukangan seni, jika terletak kekal di suatu tempat awam.
Hakcipta dalam karya tersebut tidak dilanggar kerana — (a) pembuatan suatu karya grafik yang menggambarkannya; (b) pembuatan suatu fotograf atau filem mengenainya; (c) penyiarannya, atau pemasukan imej visualnya dalam suatu perkhidmatan program kabel; atau (d) pengeluaran kepada orang ramai salinan-salinan, atau penyiaran atau pemasukan dalam suatu perkhidmatan program kabel, apa-apa jua yang pembuatannya, di bawah ceraian ini, bukan suatu pelanggaran hakcipta. Pengumuman jualan karya seni.
Jika suatu salinan yang sebaliknya merupakan salinan langgaran dibuat menurut bab ini tetapi kemudiannya diurusniagakan bagi sebarang maksud lain, ia hendaklah disifatkan sebagai suatu salinan langgaran bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar hakcipta ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. Dalam ceraian ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan, dipamerkan di khalayak ramai atau diedarkan. Pembuatan karya yang kemudiannya oleh artis yang sama.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pembinaan semula bangunan.
(a) dalam bangunan itu; atau (b) dalam sebarang lukisan atau pelan yang menurutnya bangunan itu dibina, atas atau dengan lesen pemilik hakcipta. Rampai: rakaman bunyi, filem dan program komputer Memainkan rakaman bunyi bagi maksud kelab, pertubuhan dll.
Syarat-syarat tersebut adalah bahawa — (a) organisasi itu tidak ditubuhkan atau dijalankan untuk keuntungan dan bahawa matlamat-matlamat utamanya adalah untuk khairat ataupun sebaliknya ada kena mengena dengan kemajuan ugama, pendidikan atau kebajikan masyarakat; dan (b) hasil dari sebarang bayaran masuk ke tempat di mana rakaman itu didengar adalah digunakan semata-mata bagi maksud-maksud organisasi itu. Rampai: siaran dan program kabel Rakaman secara sampingan bagi maksud siaran dan program kabel.
(a) suatu karya sastera, drama atau muzik, atau penyesuaian karya tersebut; (b) suatu karya seni; atau (c) suatu rakaman bunyi atau filem.
Orang itu hendaklah menurut bab ini disifatkan sebagai dilesenkan oleh tuanpunya hakcipta dalam karya itu untuk melakukan atau membenarkan bagi maksud siaran atau program kabel itu — (a) dalam hal suatu karya sastera, drama atau muzik, atau penyesuaian karya tersebut, pembuatan suatu rakaman bunyi atau filem mengenai karya atau penyesuaian itu; (b) dalam hal suatu karya seni, pengambilan suatu fotograf atau pembuatan suatu filem mengenai karya itu; (c) dalam hal suatu rakaman bunyi atau filem, pembuatan salinannya.
Lesen itu adalah tertakluk kepada syarat bahawa rakaman bunyi, filem, fotograf atau salinan itu — (a) tidaklah boleh digunakan bagi sebarang maksud lain; dan (b) hendaklah dimusnahkan dalam masa dua puluh lapan hari dari mula digunakan bagi menyiarkan karya itu atau, mengikut mana yang berkenaan, memasukkannya dalam perkhidmatan program kabel tersebut.
Suatu rakaman bunyi, filem, fotograf atau salinan yang dibuat menurut bab ini hendaklah disifatkan sebagai suatu salinan langgaran — (a) bagi maksud sebarang penggunaan yang melanggar syarat yang disebutkan dalam perenggan (a) ceraian (3); dan (b) bagi segala maksud setelah syarat itu, atau syarat yang disebutkan dalam perenggan (b) ceraian (3), dilanggar. Rakaman bagi maksud pengawasan dll. program.
Rakaman bagi maksud perubahan masa.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Fotograf siaran televisyen atau program kabel.
Permainan atau tayangan awam siaran atau program kabel secara percuma.
(a) siaran atau program kabel itu; atau (b) sebarang rakaman bunyi atau filem yang dimasukkan di dalamnya.
Audiens tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah membuat bayaran masuk ke suatu tempat — (a) jika mereka telah membuat bayaran masuk ke suatu tempat di mana tempat itu merupakan sebahagian darinya; atau (b) jika barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan di tempat itu, atau suatu tempat di mana tempat itu merupakan sebahagian darinya — (i) pada harga-harga yang sebahagian besarnya disebabkan kemudahan yang diberikan untuk melihat atau mendengar siaran atau program itu; atau (ii) pada harga-harga yang melebihi dari harga-harga yang biasanya dikenakan di sana dan yang sebahagiannya disebabkan kemudahan itu.
Berikut tidaklah boleh dianggap sebagai telah membuat bayaran masuk ke suatu tempat — (a) orang-orang yang dibenarkan masuk sebagai penduduk atau penghuni tempat itu; (b) orang-orang yang dibenarkan masuk sebagai ahli suatu kelab, pertubuhan atau organisasi lain yang serupa jika bayaran itu hanya untuk keahliannya dan pemberian kemudahan untuk melihat atau mendengar siaran atau program itu. mendengar siaran atau program hanya bersampingan dengan tujuan utamanya.
Jika pembuatan siaran itu atau pemasukan program itu dalam suatu perkhidmatan program kabel adalah suatu pelanggaran hakcipta dalam suatu rakaman bunyi atau filem, fakta bahawa ia dilihat atau didengar di khalayak ramai dengan penerimaan siaran atau program itu hendaklah diambilkira dalam menaksir ganti rugi kerana pelanggaran itu. Penerimaan dan pemancaran semula siaran dalam perkhidmatan program kabel.
Hakcipta dalam siaran itu tidak dilanggar jika dan setakat mana ia dibuat untuk penerimaan di kawasan di mana perkhidmatan program kabel itu dibekalkan dan bukan pemancaran satelit atau pemancaran yang ditukar ke dalam kod.
Hakcipta dalam sebarang karya yang dimasukkan dalam siaran itu tidak dilanggar jika dan setakat mana ia dibuat untuk penerimaan di kawasan di mana perkhidmatan program kabel itu dibekalkan, tetapi jika pembuatan siaran itu merupakan suatu pelanggaran hakcipta dalam karya itu, fakta bahawa siaran itu dipancarkan semula sebagai suatu program dalam suatu perkhidmatan program kabel hendaklah diambil kira dalam menaksir ganti rugi kerana pelanggaran itu. Pembekalan salinan siaran atau program kabel yang mempunyai sari kata.
Bab ini tidak dikenakan jika, atau setakat mana, terdapat suatu skim pelesenan yang diperakui bagi maksud bab ini di bawah bab 153 yang memperuntukkan bagi pemberian lesen. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Rakaman bagi maksud-maksud arkib.
Penyesuaian Penyesuaian.
HAK MORAL Hak untuk diperkenalkan sebagai pencipta atau pengarah Hak untuk diperkenalkan sebagai pencipta atau pengarah.
Pencipta suatu karya sastera, selain dari perkataan-perkataan yang dimaksudkan untuk dinyanyikan atau dicakapkan dengan muzik, atau suatu karya drama mempunyai hak untuk diperkenalkan apabila — (a) karya itu diterbitkan secara komersial, dipersembahkan di khalayak ramai, disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel; atau (b) salinan-salinan suatu filem atau rakaman bunyi termasuk karya itu dikeluarkan kepada orang ramai. dan hak itu termasuk hak untuk diperkenalkan, apabila sebarang kejadian itu berlaku berkenaan dengan penyesuaian karya itu, sebagai pencipta karya yang darinya penyesuaian itu dibuat.
Pencipta suatu karya muzik, atau suatu karya sastera yang mengandungi perkataan-perkataan yang dimaksudkan untuk dinyanyikan atau dicakapkan dengan muzik, mempunyai hak untuk diperkenalkan apabila — (a) karya itu diterbitkan secara komersial; (b) salinan-salinan suatu rakaman bunyi karya itu dikeluarkan kepada orang ramai; atau (c) suatu filem yang jalur bunyinya termasuk karya itu ditayangkan di khalayak ramai atau salinan-salinan filem tersebut dikeluarkan kepada orang ramai, dan hak itu termasuk hak untuk diperkenalkan, apabila sebarang kejadian itu berlaku berkenaan dengan penyesuaian karya itu, sebagai pencipta karya yang darinya penyesuaian itu dibuat.
Pencipta suatu karya seni mempunyai hak untuk diperkenalkan apabila — (a) karya itu diterbitkan secara komersial atau dipamerkan di khalayak ramai, atau imej visualnya disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel; (b) suatu filem termasuk imej visual karya itu ditayangkan di khalayak ramai atau salinan-salinan filem tersebut dikeluarkan kepada orang ramai; atau (c) dalam hal suatu karya seni bina dalam bentuk suatu bangunan atau model bagi suatu bangunan, seni arca atau karya ketukangan seni, salinan-salinan suatu karya grafik yang menggambarkannya, atau fotografinya, dikeluarkan kepada orang ramai.
Pencipta suatu karya seni bina dalam bentuk suatu bangunan mempunyai hak untuk diperkenalkan atas bangunan yang dibina itu atau, jika lebih dari satu bangunan dibina mengikut rekabentuk itu, atas bangunan pertama yang akan dibina.
Pengarah suatu filem mempunyai hak untuk diperkenalkan apabila filem itu ditayangkan di khalayak ramai, disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel atau salinan-salinan filem itu dikeluarkan kepada orang ramai. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hak pencipta atau pengarah di bawah bab ini adalah — (a) dalam hal terbitan komersial atau pengeluaran kepada orang ramai salinan-salinan suatu filem atau rakaman bunyi, untuk diperkenalkan dalam atau atas setiap salinan atau, jika itu tidak sesuai, dengan cara lain yang mungkin membawa identitinya ke pengetahuan orang yang memperoleh salinan; (b) dalam hal pengenalan ke atas suatu bangunan, untuk diperkenalkan dengan cara yang sesuai yang boleh dilihat oleh orang-orang yang memasuki atau menghampiri bangunan itu; dan (c) dalam sebarang hal lain, untuk diperkenalkan dengan cara yang mungkin membawa identitinya ke perhatian seseorang yang melihat atau mendengar persembahan, pameran, tayangan, siaran atau program kabel itu, dan pengenalan itu mestilah dalam tiap-tiap hal jelas dan ketara dengan munasabah.
Jika pencipta atau pengarah dalam menuntut haknya untuk diperkenalkan menyatakan nama samaran, nama pendek atau sesuatu bentuk pengenalan tertentu yang lain, bentuk itu hendaklah digunakan; jika tidak sebarang bentuk pengenalan yang munasabah boleh digunakan.
Bab ini mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada bab 82. Kehendak supaya hak dituntut.
Hak itu boleh dituntut pada amnya, atau berkenaan dengan sebarang perbuatan atau perihalan perbuatan tertentu — (a) atas suatu penyerahan hak hakcipta dalam karya itu, dengan memasukkan dalam suratcara yang menguatkuasakan penyerahan hak itu suatu pernyataan bahawa pencipta atau pengarah menuntut berkenaan dengan karya itu haknya untuk diperkenalkan; atau (b) secara bertulis yang ditandatangani oleh pencipta atau pengarah.
Hak itu boleh dituntut berkenaan dengan pameran awam suatu karya seni — (a) dengan menjamin bahawa apabila pencipta atau tuanpunya pertama hakcipta yang lain melepaskan pemilikan salinan original, atau salinan yang dibuat olehnya atau di bawah arahan atau kawalannya, pencipta diperkenalkan atas salinan original atau salinan itu, atau atas bingkai, pelekap atau benda lain yang dilekatkan padanya; atau (b) dengan memasukkan dalam lesen yang atasnya pencipta atau tuanpunya pertama hakcipta yang lain membenarkan pembuatan salinan-salinan karya itu, suatu pernyataan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang memberikan lesen itu bahawa pencipta menuntut haknya untuk diperkenalkan jika berlaku pameran awam suatu salinan yang dibuat di bawah lesen itu.
Orang-orang yang terikat dengan suatu tuntutan di bawah ceraian (2) atau (3) adalah — (a) dalam hal suatu tuntutan di bawah perenggan (a) ceraian (2), pemegang serah hak dan sesiapa jua yang menuntut melaluinya, sama ada atau tidak dia mengetahui tuntutan itu; (b) dalam hal suatu tuntutan di bawah perenggan (b) ceraian (2), sesiapa jua yang telah dibawa ke pengetahuannya tuntutan itu; (c) dalam hal suatu tuntutan di bawah perenggan (a) ceraian (3), sesiapa jua yang sampai di dalam tangannya salinan asal atau salinan itu, sama ada atau tidak pengenalan itu masih ada atau jelas; (d) dalam hal suatu tuntutan di bawah perenggan (b) ceraian (3), pemegang lesen dan sesiapa jua yang sampai di dalam tangannya suatu salinan yang dibuat di bawah lesen itu, sama ada atau tidak dia mengetahui tuntutan itu.
Dalam suatu tindakan kerana melanggar hak itu, mahkamah hendaklah, dalam menimbangkan remedi, mengambil kira sebarang kelambatan dalam menuntut hak itu. Pengecualian hak.
Hak tersebut tidak dikenakan kepada apa-apa jua yang dilakukan oleh atau dengan kebenaran pemilik hakcipta, jika hakcipta dalam karya itu pada asalnya terletak hak — (a) pada majikan pencipta di bawah ceraian (2) bab 13; atau (b) pada majikan pengarah di bawah perenggan (a) ceraian (2) bab 11.
Hak-hak tersebut tidak dilanggar kerana suatu perbuatan yang di bawah bab 34, setakat mana ia berkaitan dengan laporan kejadian-kejadian semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem, siaran atau program kabel, bab 35, ceraian (3) bab 36, bab 49, ceraian-ceraian (1) dan (2) bab 50, atau bab-bab 55, 56 dan 61 tidak akan melanggar hakcipta dalam karya itu.
Hak-hak tersebut tidak dikenakan kepada sebarang karya yang dibuat bagi maksud melaporkan kejadian-kejadian semasa.
Hak-hak tersebut tidak dikenakan kepada penerbitan dalam — (a) suatu surat khabar, majalah atau terbitan berkala yang serupa; atau (b) suatu ensiklopedia, kamus, buku tahunan atau karya rujukan bersama yang lain, suatu karya sastera, drama, muzik atau seni yang dibuat bagi maksud penerbitan tersebut atau disediakan dengan persetujuan pencipta bagi maksud penerbitan tersebut.
Hak-hak tersebut tidak dikenakan kepada — (a) suatu karya yang ada hakcipta Kerajaan atau hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri; atau (b) suatu karya di mana hakcipta yang pada asalnya terletakhak pada suatu pertubuhan antarabangsa di bawah bab 172, melainkan jika pencipta atau pengarah telah diperkenalkan dahulunya sedemikian dalam atau atas salinan-salinan karya itu yang telah diterbitkan. Hak untuk membantah pengolahan karya yang menghina Hak untuk membantah pengolahan karya yang menghina.
Dalam bab ini — (a) pengolahan suatu karya bermakna sebarang tambahan kepada, potongan dari, pengubahan kepada atau penyesuaian karya itu, selain dari — (i) terjemahan suatu karya sastera atau drama; atau (ii) gubahan atau alih susunan suatu karya muzik yang melibatkan tidak lebih dari perubahan nada atau tingkat nada; (b) pengolahan suatu karya adalah menghina jika ia terjumlah kepada putarbelit, pencacatan atau sebarang pengubahsuaian lain karya itu ataupun sebaliknya menjejaskan nama baik atau reputasi pencipta atau pengarah.
Dalam hal suatu karya sastera, drama atau muzik, hak adalah dilanggar oleh seseorang yang — (a) menerbitkan secara komersial, mempersembahkan di khalayak ramai, menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel pengolahan karya itu yang menghina; atau (b) mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan suatu filem atau rakaman bunyi, atau memasukkan, pengolahan karya itu yang menghina.
Dalam hal suatu karya seni, hak adalah dilanggar oleh seseorang yang — (a) menerbitkan secara komersial atau mempamerkan di khalayak ramai pengolahan karya itu yang menghina, atau menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel suatu imej visual dari pengolahan karya itu yang menghina; (b) menayangkan di khalayak ramai suatu filem termasuk suatu imej visual dari pengolahan karya itu yang menghina atau mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan filem tersebut; atau (c) dalam hal — (i) suatu karya seni bina dalam bentuk model bagi suatu bangunan; (ii) suatu seni arca; atau (iii) suatu karya ketukangan seni, WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan suatu karya grafik yang menggambarkan, atau suatu fotograf dari, pengolahan karya itu yang menghina.
Ceraian (4) tidak dikenakan kepada suatu karya seni bina dalam bentuk suatu bangunan; tetapi jika pencipta karya tersebut diperkenalkan atas bangunan itu dan ia menjadi perkara pengolahan yang menghina dia mempunyai hak untuk menghendaki supaya pengenalan itu dibuang.
Dalam hal suatu filem, hak adalah dilanggar oleh seseorang yang — (a) menayangkan di khalayak ramai, menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel pengolahan filem itu yang menghina; atau (b) mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan pengolahan filem itu yang menghina, atau yang, bersama dengan filem itu, memainkan di khalayak ramai, menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel, atau mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan, pengolahan jalur bunyi filem itu yang menghina.
Hak yang diberikan oleh bab ini diperluaskan kepada pengolahan bahagian-bahagian suatu karya akibat dari pengolahan yang dahulu oleh seseorang selain daripada pencipta atau pengarah, jika bahagian-bahagian itu dianggap sebagai hasil pengolahan, atau mungkin dianggap sebagai karya, pencipta atau pengarah.
Bab ini mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada bab-bab 84 dan 85. Pengecualian kepada hak.
Hak tersebut tidak dikenakan kepada sebarang karya yang dibuat bagi maksud melaporkan kejadian-kejadian semasa.
Hak tersebut tidak dikenakan kepada — (a) penerbitan dalam — (i) suatu surat khabar, majalah atau terbitan berkala yang serupa; atau (ii) suatu ensiklopedia, kamus, buku tahunan atau karya rujukan bersama yang lain, suatu karya sastera, drama, muzik atau seni yang dibuat bagi maksud penerbitan tersebut atau tersedia dengan persetujuan pencipta bagi maksud penerbitan tersebut; atau (b) sebarang pengeksploitasian yang kemudiannya di bahagian lain karya tersebut tanpa sebarang pengubahsuaian versi yang telah diterbitkan.
Hak tersebut tidak dilanggar kerana suatu perbuatan yang di bawah bab 61 tidak melanggar hakcipta.
Hak tersebut tidak dilanggar kerana apa-apa jua yang dilakukan bagi maksud — (a) mengelakkan berlakunya suatu kesalahan; (b) mematuhi suatu kewajipan yang dikenakan oleh atau di bawah sebarang undang-undang; atau (c) dalam hal Kerajaan, mengelakkan pemasukan dalam suatu program yang disiarkan olehnya apa-apa jua yang melanggar citarasa yang baik atau tatasusila, yang mungkin menggalakkan atau mengapi-apikan untuk melakukan jenayah atau membawa kepada kekacauan, atau yang mungkin menyinggung perasaan orang ramai, dengan syarat, jika pencipta atau pengarah diperkenalkan pada masa perbuatan itu atau telah diperkenalkan dahulunya dalam atau atas salinan-salinan karya itu yang telah diterbitkan, bahawa terdapat penafian yang mencukupi. Kelayakan hak dalam hal-hal tertentu.
(a) suatu karya di mana hakcipta pada asalnya terletak hak pada majikan pencipta di bawah ceraian (2) bab 13, atau pada majikan pengarah di bawah perenggan (a) ceraian (2) bab 11; (b) suatu karya yang ada hakcipta Kerajaan atau hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri; dan (c) suatu karya di mana hakcipta pada asalnya terletak hak pada suatu pertubuhan antarabangsa di bawah bab 172.
Hak yang diberikan oleh bab 83 tidak dikenakan kepada apa-apa jua yang dilakukan berkenaan dengan karya tersebut oleh atau dengan kebenaran pemilik hakcipta melainkan jika pencipta atau pengarah — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) telah diperkenalkan pada masa perbuatan itu; atau (b) telah diperkenalkan dahulunya dalam atau atas salinan-salinan karya itu yang telah diterbitkan, dan jika dalam hal tersebut hak itu dikenakan, ia tidak dilanggar jika terdapat penafian yang mencukupi. Pelanggaran hak kerana memiliki dll. artikel langgaran.
(a) memiliki semasa menjalankan suatu perniagaan; (b) menjual, menyewakan, atau menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan; (c) semasa menjalankan suatu perniagaan memperkenan di khalayak ramai atau mengedarkan; atau (d) mengedarkan, melainkan semasa menjalankan suatu perniagaan, hingga menjejaskan nama baik atau reputasi pencipta atau pengarah, suatu artikel yang merupakan, dan yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, artikel langgaran. Dalam bab ini, artikel langgaran bermakna suatu karya atau salinan suatu karya yang — (i) telah terdedah kepada pengolahan yang menghina dalam makna bab 83; dan (ii) merupakan atau mungkin menjadi perkara sebarang perbuatan yang disebutkan dalam bab itu dalam hal keadaan yang melanggar hak itu. Anggapan salah sebagai hasil karya Anggapan salah sebagai hasil karya.
(a) supaya suatu karya sastera, drama, muzik atau seni tidak dianggap dengan salah sebagai hasil karyanya sebagai pencipta; dan (b) supaya suatu filem tidak dianggap dengan salah sebagai hasil karyanya sebagai pengarah. Dalam bab ini, anggapan sebagai hasil karya, berkenaan dengan karya tersebut, bermakna suatu pernyataan, sama ada nyata atau tersirat, tentang siapa pencipta atau pengarahnya.
Hak tersebut adalah dilanggar oleh seseorang yang — (a) mengeluarkan kepada orang ramai salinan-salinan suatu karya dari sebarang perihalan itu yang di dalamnya atau di atasnya terdapat anggapan salah sebagai hasil karya; atau (b) mempamerkan di khalayak ramai suatu karya seni, atau salinan suatu karya seni, yang di dalamnya atau di atasnya terdapat anggapan salah sebagai hasil karya.
Hak tersebut adalah dilanggar oleh seseorang yang — (a) dalam hal suatu karya sastera, drama atau muzik, mempersembahkan karya itu di khalayak ramai, menyiarkannya atau memasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel sebagai karya seseorang; atau (b) dalam hal suatu filem, menayangkannya di khalayak ramai, menyiarkannya atau memasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel sebagai diarahkan oleh seseorang, dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa anggapan sebagai hasil karya orang itu adalah salah.
Hak tersebut adalah dilanggar kerana mengeluarkan kepada orang ramai, atau kerana mempamerkan kepada orang ramai, bahan yang mengandungi anggapan salah sebagai hasil karya berhubung dengan sebarang perbuatan yang disebutkan dalam ceraian-ceraian (2) dan (3).
Hak tersebut adalah dilanggar oleh seseorang yang semasa menjalankan suatu perniagaan — (a) memiliki atau mengurusniagakan salinan suatu karya dari sebarang perihalan yang disebutkan dalam ceraian (1) yang di dalamnya atau di atasnya terdapat anggapan salah sebagai hasil karya; atau (b) dalam hal suatu karya seni, memiliki atau mengurusniagakan karya itu sendiri apabila terdapat anggapan salah sebagai hasil karya di dalam atau di atasnya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat anggapan sebagai hasil karya dan bahawa ia adalah salah.
Dalam hal suatu karya seni, hak tersebut adalah dilanggar oleh seseorang yang semasa menjalankan suatu perniagaan – (a) mengurusniagakan suatu karya yang telah diubah setelah penciptanya melepaskan pemilikan karya itu sebagai karya pencipta tanpa perubahan; atau (b) mengurusniagakan salinan karya tersebut sebagai salinan karya pencipta tanpa perubahan, dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia tidak demikian halnya.
Dalam bab ini, "mengurusniagakan" bermakna menjual, menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, mempamerkan di khalayak ramai, atau mengedarkan.
Bab ini dikenakan jika, bercanggah dengan fakta – (a) suatu karya sastera, drama atau muzik dinyatakan dengan salah sebagai penyesuaian dari karya seseorang; atau (b) salinan suatu karya seni dinyatakan dengan salah sebagai salinan yang dibuat oleh pencipta karya seni itu, sebagaimana ia dikenakan jika karya itu dianggap dengan salah sebagai hasil karya seseorang sebagai pencipta. Hak mendapat privasi bagi fotograf dan filem tertentu Hak mendapat privasi bagi fotograf dan filem tertentu.
(a) salinan-salinan karya itu dikeluarkan kepada orang ramai; (b) karya itu dipamerkan atau ditayangkan di khalayak ramai; dan (c) karya itu disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel, dan, tertakluk kepada ceraian (2), seseorang yang melakukan atau membenarkan sebarang perbuatan itu dilakukan adalah melanggar hak tersebut.
Hak tersebut tidak dilanggar kerana suatu perbuatan yang di bawah bab-bab 35, 49, 50, 54 dan 61 tidak akan melanggar hakcipta dalam karya itu. Tambahan Jangka masa hak.
Hak yang diberikan kepada seseorang oleh bab 87 terus ada selama dua puluh tahun selepas kematiannya. Persetujuan dan penepian hak.
Sebarang hak itu boleh diketepikan secara bertulis yang ditandatangani oleh orang yang melepaskan hak itu.
Suatu penepian — (a) mungkin berkenaan dengan suatu karya tertentu, karya-karya dari suatu perihalan tertentu atau karya-karya pada amnya, dan mungkin berkenaan dengan karya-karya yang sedia ada atau masa depan; dan (b) mungkin bersyarat atau tanpa syarat, dan boleh dinyatakan sebagai tertakluk kepada pembatalan, dan jika dibuat atas nama tuanpunya atau bakal tuanpunya hakcipta dalam karya yang disebut dalam penepian itu, ia hendaklah dianggap diperluaskan kepada pemegang-pemegang lesennya dan pewaris-pewaris hak miliknya melainkan jika tujuan yang bertentangan dinyatakan.
Tiada sebarang apa pun dalam Penggal ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan penguatkuasaan sebarang undang-undang berkenaan dengan kontrak atau estopel berhubung dengan suatu penepian tidak formal atau transaksi lain berhubung dengan sebarang hak yang disebutkan dalam ceraian (1). WARDA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pengenaan peruntukan-peruntukan kepada karya bersama.
Hak yang diberikan oleh bab 83 adalah, dalam hal suatu karya ciptaan bersama, hak tiap-tiap pencipta bersama, dan haknya adalah dipenuhi jika dia bersetuju dengan pengolahan yang berkenaan itu.
Suatu penepian di bawah bab 90 mengenai hak-hak itu, atau salah satu dari hak-hak itu, oleh seorang pencipta bersama tidak menjejaskan hak-hak pencipta bersama yang lain.
Hak yang diberikan oleh bab 87 adalah dilanggar, dalam hal keadaan yang disebutkan dalam bab itu — (a) kerana sebarang pernyataan salah tentang penciptaan suatu karya ciptaan bersama; dan (b) kerana anggapan salah sebagai hasil karya ciptaan bersama berkenaan dengan suatu karya ciptaan tunggal, dan anggapan salah sebagai hasil karya ciptaan bersama itu adalah melanggar hak tiap-tiap orang yang kepadanya sebarang perihalan ciptaan, sama ada dengan betul atau dengan salah, dianggap sebagai hasil ciptaannya.
Ceraian-ceraian (1) hingga (4) dikenakan, dengan sebarang pengubahsuaian yang perlu, berkenaan dengan suatu filem yang diarahkan bersama, atau dikatakan telah diarahkan bersama, sebagaimana ceraian-ceraian itu dikenakan kepada suatu karya yang merupakan, atau dikatakan sebagai, suatu karya ciptaan bersama. Suatu filem adalah diarahkan secara bersama jika filem itu dibuat dengan kerjasama dua orang pengarah atau lebih, dan sumbangan tiap-tiap pengarah adalah tidak berbeza daripada sumbangan pengarah atau pengarah-pengarah yang lain.
Hak yang diberikan oleh bab 88 adalah, dalam hal suatu karya yang dibuat di bawah tauliah bersama, hak tiap-tiap orang yang mentauliahkan pembuatan karya itu, supaya — (a) hak tiap-tiap orang itu dipenuhi jika dia bersetuju dengan perbuatan yang berkenaan itu; dan (b) suatu penepian di bawah bab 90 oleh salah seorang daripada mereka tidak menjejaskan hak orang-orang lain. 9hb. APRIL, 2001 Pengenaan peruntukan-peruntukan kepada bahagian-bahagian karya.
Hak-hak yang diberikan oleh bab-bab 83 dan 87 dikenakan kepada seluruh atau mana-mana bahagian suatu karya.
URUSNIAGA HAK DALAM KARYA HAKCIPTA Hakcipta Penyerahan hak dan lesen.
Suatu penyerahan hak hakcipta boleh dihadkan untuk dikenakan kepada — (a) satu atau lebih, tetapi tidak semuanya, dari perkara-perkara yang pemilik hakcipta mempunyai hak eksklusif untuk melakukannya; atau (b) sebahagian, tetapi tidak seluruhnya, dari tempoh hakcipta itu ada.
Suatu penyerahan hak hakcipta tidak berkuatkuasa melainkan jika ia secara bertulis yang ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak.
Suatu lesen yang diberikan oleh pemilik hakcipta adalah mengikat tiap-tiap pewaris hakmilik terhadap kepentingannya dalam hakcipta, kecuali seseorang pembeli dengan suci hati untuk balasan berharga dan tanpa notis, sama ada sebenar atau konstruktif, lesen itu atau seseorang yang mendapat hak milik daripada pembeli tersebut; dan sebutan dalam Bahagian ini kepada melakukan apa-apa jua dengan, atau tanpa, lesen pemilik hakcipta hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Pemilikan prospektif hakcipta.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM di bawahnya akan berhak daripada semua orang lain untuk menghendaki supaya hakcipta itu terletak hak padanya, hakcipta itu hendaklah terletak hak pada pemegang serah hak atau pewaris hakmiliknya di bawah ceraiannya ini.
Dalam Bahagian ini — "hakcipta masa depan" bermakna hakcipta yang akan atau mula wujud berkaitan dengan karya masa depan atau jenis karya atau apabila berlakunya sesuatu kejadian masa depan; "bakal tuanpunya" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya, dan termasuk seseorang yang berhak mendapat hakcipta secara prospektif di bawah perjanjian yang disebutkan dalam ceraiannya (1).
Suatu lesen yang diberikan oleh bakal tuanpunya hakcipta adalah mengikat tiap-tiap pewaris hakmilik terhadap kepentingan atau kepentingan prospektifnya dalam hakcipta, kecuali seseorang pembeli dengan suci hati untuk balasan berharga dan tanpa notis, sama ada sebenar atau konstruktif, lesen itu atau seseorang yang mendapat hakmilik daripada pembeli tersebut; dan sebutan dalam Bahagian ini kepada melakukan apa-apa jua dengan, atau tanpa, lesen pemilik hakcipta hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Lesen eksklusif.
Seseorang pemegang lesen eksklusif mempunyai hak yang sama terhadap pewaris hakmilik yang terikat oleh lesen itu sebagaimana yang dipunyainya terhadap orang yang memberikan lesen itu. Hakcipta berpindah di bawah wasiat dengan karya yang tidak diterbitkan.
(a) suatu dokumen original atau barang penting lain yang merakamkan atau mengandungi suatu karya sastera, drama, muzik atau seni yang tidak diterbitkan sebelum kematian pewasiat; atau (b) suatu barang penting original yang mengandungi suatu rakaman bunyi atau filem yang tidak diterbitkan sebelum kematian pewasiat, pewarisan itu hendaklah, melainkan jika tujuan yang berlawanan dinyatakan dalam wasiat itu, ditafsirkan sebagai termasuk hakcipta dalam karya itu setakat mana pewasiat adalah tuanpunya hakcipta sejurus sebelum kematiannya. Hak moral Hak moral tidak boleh diserah hak.
Pemindahan hak moral atas kematian.
(a) hak itu berpindah kepada orang yang mungkin diarahkan secara khusus olehnya dengan wasiat; (b) jika arahan tersebut tidak ada tetapi hakcipta dalam karya itu menjadi sebahagian dari harta pusakanya, hak itu berpindah kepada orang yang kepadanya hakcipta itu berpindah; dan (c) jika atau setakat mana hak itu tidak berpindah di bawah perenggan-perenggan (a) atau (b), hak itu boleh dijalankan oleh wakil dirinya.
Jika hakcipta yang menjadi sebahagian dari harta pusaka seseorang berpindah sebahagiannya kepada seseorang dan sebahagiannya kepada orang lain, termasuk kes-kes jika pewarisan adalah terhad untuk dikenakan kepada — (a) satu atau lebih, tetapi tidak semuanya, dari perkara-perkara yang pemilik hakcipta mempunyai hak eksklusif untuk melakukan atau membenarkannya; atau (b) sebahagian, tetapi tidak seluruhnya, dari tempoh hakcipta itu ada, sebarang hak yang berpindah dengan hakcipta di bawah ceraian (1) adalah dibahagi sama.
Jika di bawah perenggan-perenggan (a) atau (b) ceraian (1) suatu hak menjadi boleh dijalankan oleh lebih daripada seorang — (a) hak itu boleh, dalam hal hak yang diberikan oleh bab 80, dituntut oleh mana-mana daripada mereka itu; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) ia adalah, dalam hal hak yang diberikan oleh bab-bab 83 atau 88, suatu hak yang boleh dijalankan oleh setiap orang daripada mereka dan dipenuhi berkenaan dengan mana-mana daripada mereka itu jika dia bersetuju dengan pengolahan atau perbuatan yang berkenaan itu; dan (c) sebarang penepian hak menurut bab 90 oleh salah seorang daripada mereka tidak menjejaskan hak orang lain.
Suatu persetujuan atau penepian yang dahulunya diberikan atau dibuat mengikat mana-mana orang yang kepadanya suatu hak berpindah di bawah cerai (1).
Sebarang pelanggaran selepas kematian seseorang hak yang diberikan oleh bab 87 boleh diambil tindakan oleh wakil dirinya.
Sebarang ganti rugi yang didapatkan kembali oleh seseorang wakil diri di bawah bab ini berkaitan dengan suatu pelanggaran selepas kematian seseorang hendaklah diturunkan sebagai sebahagian dari harta pusaka orang itu seolah-olah hak tindakan telah ada dan terletak hak padanya sejurus sebelum kematiannya.
REMEDI KERANA PELANGGARAN Hak dan remedi pemilik hakcipta Pelanggaran boleh diambil tindakan oleh pemilik hakcipta.
Dalam suatu tindakan kerana melanggar hakcipta, semua pelepasan dengan cara ganti rugi, injunksi, akaun ataupun sebaliknya boleh didapatkan oleh plaintif sebagaimana ia boleh didapatkan berkaitan dengan pelanggaran sebarang hak harta yang lain.
Bab ini mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Penggal ini yang berikut. Peruntukan-peruntukan tentang ganti rugi dalam tindakan pelanggaran.
9hb. APRIL, 2001 disebut dalam tindakan itu, plaintif tidak berhak mendapat ganti rugi daripadanya, tetapi tanpa menjejaskan sebarang remedi lain.
Mahkamah boleh dalam suatu tindakan kerana melanggar hakcipta, dengan memberi perhatian kepada semua hal keadaan termasuk — (a) nyatanya pelanggaran itu; dan (b) sebarang faedah yang terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran itu, mengaward ganti rugi tambahan sebagaimana yang mungkin dikehendaki bagi keadilan kes itu. Perintah untuk menyerahkan.
(a) semasa menjalankan suatu perniagaan, mempunyai dalam milikan, simpanan atau kawalannya salinan langgaran suatu karya; atau (b) mempunyai dalam milikan, simpanan atau kawalannya suatu artikel yang khusus direkabentuk atau disesuaikan bagi membuat salinan-salinan suatu karya hakcipta tertentu, dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia telah atau hendak digunakan untuk membuat salinan-salinan langgaran, tuanpunya hakcipta dalam karya itu boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah supaya salinan atau artikel langgaran itu diserahkan kepadanya atau kepada orang lain sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh mahkamah.
Suatu permohonan tidaklah boleh dibuat selepas akhir tempoh yang dinyatakan dalam bab 211; dan tiada perintah boleh dibuat melainkan jika mahkamah juga membuat, atau pada pendapat mahkamah bahawa terdapat alasan untuk membuat, suatu perintah di bawah bab 212.
Seseorang yang kepadanya salinan atau artikel langgaran lain diserahkan menurut suatu perintah di bawah bab ini hendaklah, jika suatu perintah di bawah bab 212 tidak dibuat, menyimpan sementara menunggu suatu perintah dibuat, atau keputusan untuk tidak membuat suatu perintah, di bawah bab ini.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini menjejaskan sebarang kuasa lain mahkamah. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Hak untuk merampas salinan langgaran.
Sebelum apa-apa jua dirampas di bawah bab ini, notis mengenai masa dan tempat rampasan yang dicadangkan itu mestilah diberikan kepada balai polis setempat.
Seseorang boleh bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh bab ini memasuki mana-mana tempat di mana orang ramai mempunyai hak untuk masuk tetapi tidak boleh merampas apa-apa jua yang ada dalam milikan, simpanan atau kawalan seseorang di suatu tempat perniagaannya yang tetap atau biasa, dan tidak boleh menggunakan sebarang kekerasan.
Pada masa apabila apa-apa jua dirampas di bawah bab ini, hendaklah ditinggalkan di tempat ia dirampas suatu notis yang mengandungi butir-butir orang yang membuat rampasan itu atau orang yang atas kebenarannya rampasan itu dibuat dan alasan rampasan itu dibuat. Hak dan remedi pemegang lesen eksklusif Hak dan remedi pemegang lesen eksklusif.
Hak dan remedi tersebut adalah selaras dengan hak dan remedi pemilik hakcipta; dan sebutan dalam Bahagian ini kepada pemilik hakcipta yang berkaitan dengan pelanggaran hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Dalam suatu tindakan yang dibawa oleh seseorang pemegang lesen eksklusif di bawah bab ini, seseorang defendan boleh menggunakan sebarang pembelaan yang mungkin boleh didapatkan olehnya jika tindakan itu telah dibawa oleh pemilik hakcipta. Menjalankan hak bersama.
Seseorang pemilik hakcipta atau pemegang lesen eksklusif yang dimasukkan sebagai defendan adalah tidak bertanggungan terhadap sebarang kos dalam tindakan itu melainkan jika dia telah mengambil bahagian dalam prosiding tersebut.
Ceraian-ceraian (1) dan (2) tidak menjejaskan pemberian pelepasan interlocutori atas suatu permohonan oleh seseorang pemilik hakcipta atau pemegang lesen eksklusif sendiri.
Jika suatu tindakan kerana melanggar hakcipta dibawa yang bersangkutan dengan, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya, suatu pelanggaran yang berkaitan dengannya pemilik hakcipta dan seseorang pemegang lesen eksklusif mempunyai hak tindakan bersama — (a) mahkamah hendaklah dalam menaksir ganti rugi mengambil kira — (i) syarat-syarat lesen itu; dan (ii) sebarang remedi kewangan yang telahpun diaward atau boleh didapatkan oleh salah seorang daripada mereka berkaitan dengan pelanggaran itu; (b) tiada akaun keuntungan boleh diarahkan jika suatu award ganti rugi telah dibuat, atau akaun keuntungan telah diarahkan, memihak kepada salah seorang daripada mereka berkaitan dengan pelanggaran itu; dan (c) mahkamah hendaklah, jika akaun keuntungan diarahkan, mengagihkan keuntungan itu di antara mereka sebagaimana yang difikirkannya adil, tertakluk kepada sebarang perjanjian yang berlawanan. Ceraian ini dikenakan sama ada atau tidak pemilik hakcipta dan pemegang lesen eksklusif adalah kedua-dua pihak dalam tindakan itu; dan jika mereka bukan kedua-dua pihak mahkamah boleh memberi arahan sebagaimana yang WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM difikirkannya patut tentang setakat mana pihak dalam prosiding itu akan memegang hasil dari sebarang remedi kewangan bagi pihak-pihak yang satu lagi.
Pemilik hakcipta hendaklah memberitahu mana-mana pemegang lesen eksklusif yang mempunyai hak bersama sebelum memohon suatu perintah di bawah bab 101 atau menjalankan hak yang diberikan oleh bab 102; dan mahkamah boleh atas permohonan pemegang lesen itu membuat perintah tersebut di bawah bab 101 atau, mengikut mana yang berkenaan, melarang atau membenarkan perjalanan oleh pemilik hakcipta hak yang diberikan oleh bab 102, sebagaimana yang difikirkannya patut dengan memberi perhatian kepada syarat-syarat lesen itu. Remedi kerana melanggar hak moral Remedi kerana melanggar hak moral.
Dalam suatu tindakan kerana melanggar hak yang diberikan oleh bab 83, mahkamah boleh, jika difikirkannya adalah remedi yang mencukupi dalam hal keadaan tersebut, memberikan injunksi atas syarat-syarat yang melarang sebarang perbuatan dari dilakukan melainkan jika suatu penolakan dibuat, atas syarat-syarat dan mengikut cara sebagaimana yang mungkin dibenarkan oleh mahkamah, yang menyatakan pencipta atau pengarah tidak ada sangkut-paut dengan pengolahan karya itu. Anggapan Anggapan berkaitan dengan karya sastera, drama, muzik dan seni.
Jika suatu nama dikatakan sebagai nama pencipta tertera pada salinan-salinan karya itu yang diterbitkan atau pada karya itu semasa ia dibuat, orang yang namanya tertera itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya — (a) sebagai pencipta karya itu; dan (b) telah membuatnya dalam hal keadaan yang tidak termasuk di bawah ceraian (2) bab 13, atau bab-bab 167, 169 atau 172.
Dalam hal suatu karya yang dikatakan sebagai karya ciptaan bersama, ceraian (2) dikenakan berkenaan dengan tiap-tiap orang yang dikatakan sebagai salah seorang daripada pencipta-pencipta.
Jika tiada nama yang dikatakan sebagai nama pencipta tertera sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (2), tetapi — (a) karya itu layak mendapat perlindungan hakcipta di bawah bab 164; dan (b) suatu nama yang dikatakan sebagai nama penerbit tertera pada salinan-salinan karya itu yang mula-mula diterbitkan, orang yang namanya tertera itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai tuanpunya hakcipta pada masa penerbitan.
Jika pencipta karya itu mati atau identitinya tidak dapat dipastikan dengan siasatan yang munasabah, ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya — (a) bahawa karya itu adalah karya original; dan (b) bahawa dakwaan plaintif tentang penerbitan pertama karya itu dan tentang negara penerbitan pertama adalah betul. Anggapan berkenaan dengan rakaman bunyi, filem dan program komputer.
(a) bahawa orang yang dinamakan adalah tuanpunya hakcipta dalam rakaman itu pada tarikh salinan-salinan itu dikeluarkan; atau (b) bahawa rakaman itu mula diterbitkan dalam tahun tertentu atau di dalam negara yang dinamakan, label atau tanda lain itu boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta-fakta itu dan hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya.
Dalam prosiding yang dibawa di bawah Penggal ini berkenaan dengan suatu filem, jika salinan-salinan filem itu yang dikeluarkan kepada orang ramai mengandungi suatu pernyataan — (a) bahawa orang yang dinamakan adalah pencipta atau pengarah filem itu; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) bahawa orang yang dinamakan adalah tuanpunya hakcipta dalam filem itu pada tarikh salinan-salinan itu dikeluarkan; atau (c) bahawa filem itu mula diterbitkan dalam tahun tertentu atau di dalam negara yang dinamakan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta-fakta itu dan hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya.
Dalam prosiding yang dibawa di bawah Penggal ini berkenaan dengan suatu program komputer, jika salinan-salinan program itu dikeluarkan kepada orang ramai dalam bentuk elektronik yang mengandungi suatu pernyataan — (a) bahawa orang yang dinamakan adalah tuanpunya hakcipta dalam program itu pada tarikh salinan-salinan itu dikeluarkan; atau (b) bahawa program itu mula diterbitkan di dalam negara yang dinamakan atau bahawa salinan-salinannya mula dikeluarkan kepada orang ramai dalam bentuk elektronik dalam tahun tertentu, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta-fakta itu dan hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya.
Ceraian-ceraian (1), (2) dan (3) dikenakan, sama ada atau tidak pelanggaran tersebut dikatakan telah berlaku sebelum atau selepas tarikh salinan-salinan itu dikeluarkan kepada orang ramai.
Dalam prosiding yang dibawa di bawah Penggal ini berkenaan dengan suatu filem, jika filem itu yang ditayangkan di khalayak ramai, disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel mengandungi suatu pernyataan — (a) bahawa orang yang dinamakan adalah pencipta atau pengarah filem itu; atau (b) bahawa orang yang dinamakan adalah tuanpunya hakcipta dalam filem itu sejurus selepas ia dibuat, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta-fakta itu dan hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya. Anggapan ini dikenakan sama dalam prosiding berkenaan dengan suatu pelanggaran yang dikatakan telah berlaku sebelum tarikh filem itu ditayangkan di khalayak ramai, disiarkan atau dimasukkan dalam perkhidmatan program kabel tersebut. 9hb. APRIL, 2001 Anggapan berkenaan dengan karya yang tertakluk kepada hakcipta Kerajaan.
Langkah-Langkah Penguatkuasaan Sempadan Salinan langgaran boleh disifatkan sebagai barang larangan.
(a) yang mendakwa bahawa dia adalah tuanpunya hakcipta dalam karya itu; dan (b) yang menghendaki supaya Pengawal Kastam, bagi tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, menyifatkan sebagai barang-barang larangan salinan-salinan bercetak karya itu yang merupakan salinan-salinan langgaran bagi maksud-maksud Perintah ini yang berada atau pada bila-bila masa berada di bawah kawalan Kastam.
Tempoh yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah ceraian (1) tidaklah boleh melebihi dari lima tahun dan tidaklah boleh dilanjutkan melebihi dari tempoh hakcipta ada.
Tuanpunya hakcipta dalam suatu rakaman bunyi atau filem boleh memberi notis secara bertulis kepada Pengawal Kastam — (a) yang mendakwa bahawa dia adalah tuanpunya hakcipta dalam karya itu; (b) yang mendakwa bahawa salinan-salinan langgaran karya itu dijangka sampai di Negara Brunei Darussalam pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis itu; dan (c) yang menghendaki supaya Pengawal Kastam menyifatkan sebagai barang-barang larangan salinan-salinan langgaran yang berada di bawah kawalan Kastam.
Apabila suatu notis telah diberikan di bawah bab ini, barang-barang yang disebut dalam notis itu, melainkan jika barang-barang itu telah diimport untuk kegunaan persendirian dan domestik, hendaklah menjadi barang-barang larangan bagi maksud-maksud Akta Kastam (Penggal 36) dan hendaklah dianggap WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM telah dimasukkan dalam suatu perintah yang dibuat di bawah bab 28 dari Akta itu, dan peruntukan-peruntukan Akta itu berkenaan dengan pengimportan barang-barang larangan hendaklah dikenakan dengan sewajarnya, tetapi seseorang tidak boleh kerana larangan itu dikenakan sebarang hukuman selain dari perampasan barang-barang itu.
Suatu notis yang diberikan di bawah bab ini terus berkuatkuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalam notis itu melainkan jika — (a) ia dibatalkan oleh pihak menuntut secara bertulis; atau (b) mahkamah mengarahkan, dalam prosiding di bawah bab 114, supaya notis itu dilepaskan. Keputusan sama ada barang-barang adalah salinan langgaran.
(a) suatu notis yang telah diberikan di bawah ceraian (1) bab 109 berkuatkuasa; dan (b) seseorang pegawai kastam berpendapat bahawa mana-mana barang yang telah diimport dan berada di bawah kawalan kastam mungkin salinan langgaran, dia boleh menjalankan penyiasatan sebagaimana yang dianggapnya perlu untuk menentukan sama ada atau tidak barang-barang itu nampaknya adalah salinan langgaran.
Jika seseorang pegawai kastam menjalankan suatu penyiasatan, dia boleh, tertakluk kepada bab 111, menghendaki — (a) pihak menuntut; dan (b) mana-mana orang lain yang pada pendapatnya mempunyai suatu kepentingan ke atas barang-barang itu, supaya memberikan maklumat sebagaimana yang mungkin dinyatakannya dalam masa sepuluh hari dari tarikh dikehendaki untuk berbuat demikian.
Sama ada atau tidak pegawai kastam itu menjalankan suatu penyiasatan, dia hendaklah membuat suatu keputusan sama ada atau tidak barang-barang itu nampaknya adalah salinan langgaran.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini dikenakan kepada mana-mana barang yang telah diimport untuk kegunaan persendirian dan domestik. 9hb. APRIL, 2001 Batasan ke atas kehendak untuk memberikan maklumat.
Tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk memberikan maklumat hendaklah mempunyai keistimewaan yang sama berkenaan dengan pemberian maklumat seperti yang dipunyai oleh seseorang saksi di mana-mana mahkamah.
Jika mana-mana orang enggan atau gagal memberikan maklumat, pegawai kastam itu boleh, tertakluk kepada ceraian (2) bab ini, mengambil kira keengganan atau kegagalan itu dalam membuat suatu keputusan di bawah ceraian (3) bab 110. Notis keputusan.
(a) pihak menuntut; dan (b) mana-mana orang lain yang pada pendapatnya mempunyai suatu kepentingan ke atas barang-barang itu.
Tiap-tiap notis yang dikehendaki untuk disampaikan di bawah ceraian (1) boleh disampaikan dengan — (a) menghantar sendiri; atau (b) mengeposkannya ke alamat-alamat pihak menuntut dan orang lain itu yang terakhir diketahui.
Penahanan mana-mana barang di bawah bab 113 tidak menyebabkannya menyalahi undang-undang kerana gagal menyampaikan notis di bawah ceraian (1) bab ini. Penahanan barang-barang langgaran.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) Pengawal Kastam telah disampaikan dengan suatu perintah yang dibuat dalam prosiding di bawah ceraian (1) bab 114 supaya notis itu dilepaskan; (b) Pengawal Kastam telah disampaikan dengan suatu perintah yang dibuat dalam prosiding di bawah ceraian (2) bab 114 supaya barang-barang itu dilepaskan; (c) sebarang prosiding di bawah ceraian (3) bab 114 (termasuk sebarang rayuan) telah diputuskan dengan suatu keputusan bahawa barang-barang itu adalah bukan salinan langgaran; (d) sebarang prosiding di bawah ceraian (3) bab 114 (termasuk sebarang rayuan) telah digugurkan; atau (e) sepuluh hari telah berlalu sejak notis disampaikan di bawah bab 112 dan Pengawal Kastam belum disampaikan dengan notis prosiding yang dibawa di bawah ceraian (3) bab 114 oleh mana-mana orang selain daripada pengimport atau penerima konsainan, maka barang-barang itu hendaklah, tertakluk kepada ceraian (5) bab ini, dilepaskan kepada orang yang berhak terhadapnya.
Seseorang pegawai kastam boleh enggan menahan barang-barang di bawah bab ini melainkan jika — (a) pihak menuntut telah menyimpan sejumlah wang kepada Pemungut Kastam yang, pada pendapat Pemungut Kastam, adalah mencukupi untuk membayar balik kepada Kerajaan kerana sebarang liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin dilakukannya akibat dari penahanan salinan-salinan itu; atau (b) pihak menuntut telah memberi jaminan, sehingga memuaskan hati Pemungut Kastam, bagi pembayaran balik kepada Kerajaan kerana sebarang liabiliti atau perbelanjaan tersebut.
Jika perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan oleh Pemungut Kastam berkenaan dengan sebarang tindakan yang diambil olehnya di bawah bab ini, atau diambil menurut suatu perintah mahkamah di bawah Perintah ini melebihi dari amaun yang disimpan atau amaun jaminan yang diberikan di bawah ceraian (2), amaun yang berlebihan itu adalah suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh pihak menuntut, atau, jika terdapat dua pihak menuntut atau lebih, oleh pihak-pihak menuntut bersesama dan berasingan.
Pengawal Kastam boleh, dalam sebarang hal tertentu, melanjutkan tempoh yang disebut dalam perenggan (e) ceraian (1) bab ini kepada dua puluh hari jika dia menganggapnya sesuai untuk berbuat demikian dalam semua hal keadaan.
Pengawal Kastam tidaklah boleh melepaskan mana-mana barang di bawah ceraian (1) bab ini melainkan jika — (a) sebarang kehendak undang-undang lain tentang pengimportan barang-barang telah dipenuhi; (b) sebarang kehendak di bawah ceraian (2) berkenaan dengan penyimpanan wang atau pemberian jaminan telah dipenuhi; dan Prosiding berkaitan dengan salinan langgaran.
Mana-mana orang boleh memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah supaya mana-mana barang yang ditahan di bawah bab 113 dilepaskan, dan mahkamah boleh membuat perintah tersebut dengan sewajarnya.
Mana-mana orang boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu keputusan sama ada atau tidak mana-mana barang yang menjadi perkara keputusan yang dibuat di bawah ceraian (3) bab 110 adalah salinan langgaran yang diimport melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik, dan mahkamah hendaklah membuat keputusan tersebut dengan sewajarnya.
Notis prosiding di bawah ceraian (3) bab ini hendaklah disampaikan kepada Pengawal Kastam.
Dalam prosiding di bawah ceraian (3) bab ini, mahkamah hendaklah mengeluarkan arahan tentang penyampaian notis kepada mana-mana orang yang mempunyai suatu kepentingan ke atas barang-barang itu, dan mana-mana orang itu adalah berhak — (a) untuk hadir dalam prosiding itu, sama ada atau tidak dia telah disampaikan dengan notis di bawah bab 112; dan (b) untuk merayu terhadap sebarang perintah yang dibuat dalam prosiding itu, sama ada atau tidak dia hadir dalam prosiding itu.
Tiada perintah yang dibuat dalam prosiding di bawah ceraian (3) bab ini boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh notis suatu rayuan boleh diberikan atau, jika sebelum tamat tempoh itu notis rayuan telah diberikan, sehingga prosiding atas rayuan itu diputuskan secara muktamad atau digugurkan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Perampasan barang-barang dengan persetujuan.
Kuasa-kuasa mahkamah.
(a) dirampas; (b) dimusnahkan; ataupun (c) sebaliknya diperlakukan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Dalam menimbangkan perintah apa yang patut dibuat di bawah ceraian (1) bab ini, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada — (a) sama ada remedi lain yang boleh didapatkan dalam prosiding pelanggaran adalah cukup untuk memberi pampasan kepada pihak menuntut dan untuk melindungi kepentingannya; dan (b) perlunya, untuk memastikan bahawa tiada salinan langgaran diperlakukan dengan cara yang akan menjejaskan kepentingannya.
Jika lebih daripada seorang ada kepentingan ke atas mana-mana barang langgaran, mahkamah boleh mengarahkan supaya barang-barang itu dijual, ataupun sebaliknya diperlakukan, dan hasilnya dibahagikan, atau hendaklah membuat perintah lain itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Jika, dalam prosiding di bawah ceraian (3) bab 114, mahkamah memutuskan bahawa mana-mana barang yang menjadi perkara keputusan di bawah ceraian (3) bab 110 adalah bukan salinan langgaran yang diimport melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik, mahkamah boleh membuat suatu perintah bahawa mana-mana orang yang menjadi suatu pihak kepada prosiding itu membayar suatu pampasan sebagaimana yang difikirkannya patut kepada pengimport, penerima konsainan atau tuanpunya barang-barang itu. Pemeriksaan barang-barang.
(a) suatu notis yang diberikan di bawah ceraian (1) bab 109; (b) suatu penyiasatan di bawah bab 110; atau (c) prosiding di bawah bab 114, membenarkan mana-mana orang yang mengaku mempunyai suatu kepentingan ke atas barang-barang itu atau dalam suatu penyiasatan di bawah bab 110, atau dalam prosiding di bawah bab 114, berkenaan dengan barang-barang itu, untuk memeriksa barang-barang itu.
Orang yang disebut dalam ceraian (1) boleh — (a) memeriksa barang-barang itu; dan (b) dengan kebenaran seseorang pegawai kastam, memindahkan barang-barang itu atau suatu contohnya ke suatu tempat, bagi suatu tempoh, dan atas syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh pegawai kastam itu, bagi maksud memeriksa barang-barang itu.
Mana-mana orang yang ingin memeriksa atau memindahkan mana-mana barang di bawah bab ini hendaklah memberi kepada Pengawal Kastam tidak kurang dari tujuh puluh dua jam notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian. Tambahan Kuasa Pengawal Kastam untuk mendedahkan maklumat.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Perlindungan Kerajaan dari tanggungan.
Berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan, dikatakan telah dilakukan, atau ditinggalkan dari dilakukan, sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (1), Pengawal Kastam dan orang yang bekerja dengan Kerajaan berkenaan dengan perkara-perkara kastam tidaklah bertanggungan untuk membayar sebarang kerugian yang ditanggung berkaitan dengan mana-mana barang kerana kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang-barang tersebut berada di dalam mana-mana gudang kastam atau dalam simpanan atau kawalan yang sah Pengawal Kastam atau orang lain, melainkan jika kerugian tersebut disebabkan oleh kecuaian atau keingkarannya yang disengajakan.
PELESENAN HAKCIPTA Skim pelesenan dan badan pelesenan. Skim pelesenan dan badan pelesenan.
(a) jenis-jenis kes di mana pengendali skim itu, atau orang yang bagi pihaknya dia bertindak, bersedia untuk memberikan lesen hakcipta; dan (b) syarat-syarat yang atasnya lesen akan diberikan dalam jenis-jenis kes itu, dan termasuk apa-apa jua dalam bentuk suatu skim, sama ada dinyatakan sebagai suatu skim, suatu tarif atau sebarang nama lain.
Dalam Perintah ini, "badan pelesenan" bermakna suatu pertubuhan atau organisasi lain yang mempunyai sebagai matlamat utamanya, atau salah satu matlamat utamanya, perundingan atau pemberian, sama ada sebagai tuanpunya atau bakal tuanpunya hakcipta atau sebagai ejen bagi pihaknya, lesen hakcipta, dan yang matlamatnya termasuk pemberian lesen yang meliputi karya-karya lebih daripada seorang pencipta.
Sebutan-sebutan dalam Penggal ini kepada lesen atau skim pelesenan meliputi karya-karya lebih daripada seorang pencipta tidak termasuk lesen atau skim yang hanya meliputi — (a) suatu karya bersama tunggal atau karya-karya bersama yang pencipta-penciptanya adalah sama; atau (b) karya-karya yang dibuat oleh, atau oleh pekerja-pekerja atau ditempah oleh, individu tunggal, firma, syarikat, atau syarikat induk atau anak syarikat dalam makna bab-bab 125 dan 126 dari Akta Syarikat-Syarikat (Penggal 39).
Dalam bab ini, "lesen hakcipta" bermakna suatu lesen untuk melakukan, atau membenarkan untuk dilakukan, sebarang perbuatan yang disekat oleh hakcipta. Rujukan dan permohonan berkenaan dengan skim pelesenan Skim pelesenan yang dikenakan bab-bab 122 hingga 127.
(a) skim pelesenan yang dikendalikan oleh badan pelesenan berkenaan dengan hakcipta dalam karya sastera, drama, muzik atau seni atau filem (atau jalur bunyi filem semasa mengiringi suatu filem) yang meliputi karya-karya lebih daripada seorang pencipta, setakat mana ia berkaitan dengan lesen bagi — (i) penyalinan karya itu; (ii) persembahan, permainan atau tayangan karya itu di khalayak ramai; atau (iii) penyiaran karya itu atau pemasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel; (b) semua skim pelesenan berkenaan dengan hakcipta dalam rakaman bunyi (selain dari jalur bunyi filem semasa mengiringi suatu filem), siaran atau program kabel, atau susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan; dan WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (c) semua skim pelesenan berkenaan dengan hakcipta dalam rakaman bunyi, filem atau program komputer, setakat mana ia berkaitan dengan lesen bagi penyewaan salinan kepada orang ramai, dan dalam bab-bab itu "skim pelesenan" bermakna suatu skim pelesenan dari sebarang perihalan tersebut. Rujukan skim yang dicadangkan kepada Tribunal.
Tribunal Hakcipta hendaklah terlebih dahulu memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh enggan berbuat demikian atas alasan bahawa rujukan itu belum sampai waktunya.
Jika Tribunal Hakcipta memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan perkara tersebut dan membuat perintah, sama ada mengesahkan atau mengubah skim yang dicadangkan itu, sama ada pada amnya atau setakat mana ia berkaitan dengan kes-kes dari perihalan yang disebut dalam rujukan itu, sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan tersebut.
Perintah itu boleh dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh yang tidak ditetapkan atau bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta. Rujukan skim kepada Tribunal.
(a) seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki lesen dalam kes dari suatu perihalan yang dikenakan skim itu; atau (b) suatu organisasi yang mengaku sebagai wakil orang itu, maka orang atau organisasi itu boleh merujukkan skim itu kepada Tribunal Hakcipta setakat mana ia berkaitan dengan kes-kes dari perihalan itu.
Suatu skim yang telah dirujukkan kepada Tribunal Hakcipta di bawah bab ini hendaklah terus berkuatkuasa sehingga prosiding mengenai rujukan itu selesai.
Tribunal Hakcipta hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan itu dan membuat perintah, sama ada mengesahkan atau mengubah skim itu setakat mana ia berkaitan dengan kes-kes dari perihalan yang disebut dalam rujukan itu, sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan tersebut.
Perintah itu boleh dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh yang tidak ditetapkan atau bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta. Rujukan lanjut skim kepada Tribunal.
(a) pengendali skim tersebut; (b) seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki suatu lesen dalam kes dari perihalan yang dikenakan perintah itu; atau (c) suatu organisasi yang mengaku sebagai wakil orang itu, boleh merujukkan skim itu lagi kepada Tribunal Hakcipta setakat mana ia berkaitan dengan kes-kes dari perihalan itu.
Suatu skim pelesenan tidaklah boleh, kecuali dengan kebenaran Tribunal Hakcipta, dirujukkan lagi kepada Tribunal Hakcipta berkaitan dengan perihalan kes-kes yang sama — (a) dalam masa dua belas bulan dari tarikh perintah itu atas rujukan yang terdahulu; atau (b) jika perintah itu dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh lima belas bulan atau kurang, sehingga tiga bulan terakhir sebelum tamat tempoh perintah itu.
Suatu skim yang telah dirujukkan kepada Tribunal Hakcipta di bawah bab ini hendaklah terus berkuatkuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.
Tribunal Hakcipta hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan itu dan membuat perintah, sama ada mengesahkan, mengubah atau mengubah lagi skim itu setakat mana ia berkaitan dengan kes-kes dari perihalan yang disebut dalam rujukan itu, sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan tersebut. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perintah itu boleh dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh yang tidak ditetapkan atau bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta. Permohonan lesen di bawah skim.
Seseorang yang mendakwa, dalam suatu kes yang dikecualikan dari suatu skim pelesenan, bahawa pengendali skim itu sama ada — (a) enggan memberikan kepadanya atau mendapat pemberian kepadanya suatu lesen, atau gagal berbuat demikian dalam masa yang munasabah setelah diminta demikian, dan bahawa dalam hal keadaan itu adalah tidak munasabah suatu lesen tidak patut diberikan; atau (b) mencadangkan syarat-syarat suatu lesen yang tidak munasabah, boleh memohon kepada Tribunal Hakcipta.
Suatu kes hendaklah dianggap sebagai dikecualikan dari suatu skim pelesenan bagi maksud ceraian (2) jika — (a) skim itu memperuntukkan bagi pemberian lesen tertakluk kepada syarat-syarat yang mengecualikan perkara-perkara dari lesen itu dan kes itu termasuk di bawah pengecualian tersebut; atau (b) kes itu hampir serupa dengan kes di mana lesen diberikan di bawah skim itu bahawa adalah tidak munasabah ia tidak patut diperlakukan dengan cara yang sama.
Jika Tribunal Hakcipta berpuas hati bahawa dakwaan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa, berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perintah itu, pemohon adalah berhak mendapat suatu lesen atas syarat-syarat sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta untuk dikenakan menurut skim itu atau, mengikut mana yang berkenaan, munasabah dalam hal keadaan itu.
Perintah itu boleh dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh yang tidak ditetapkan atau bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta. Permohonan untuk mengkaji semula perintah tentang hak mendapat lesen.
Suatu permohonan tidaklah boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran Tribunal Hakcipta — (a) dalam masa dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau keputusan mengenai permohonan yang terdahulu di bawah bab ini; atau (b) jika perintah itu dibuat untuk dikuatkuasakan selama lima belas bulan atau kurang, atau kerana keputusan mengenai permohonan yang terdahulu di bawah bab ini akan tamat tempohnya dalam masa lima belas bulan dari keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum tamatnya tempoh perintah itu.
Tribunal Hakcipta hendaklah atas permohonan tersebut mengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang mungkin diputuskan munasabah dengan memberi perhatian kepada syarat-syarat yang boleh dikenakan menurut skim pelesenan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, hal keadaan kes tersebut. Kesan perintah Tribunal tentang skim.
Semasa perintah itu berkuatkuasa, seseorang yang dalam suatu kes dari kelas yang dikenakan perintah itu — (a) membayar kepada pengendali skim itu sebarang bayaran yang kena dibayar di bawah skim itu berkaitan dengan suatu lesen yang meliputi kes yang berkenaan itu atau, jika jumlahnya tidak dapat ditentukan, memberi suatu aku janji kepada pengendali untuk membayarnya apabila telah ditentukan; dan (b) mematuhi syarat-syarat lain yang boleh dikenakan kepada lesen tersebut di bawah skim itu, WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM adalah sama kedudukannya berhubung dengan pelanggaran hakcipta seolah-olah dia pada setiap masa yang mustahak adalah pemegang suatu lesen yang diberikan oleh tuanpunya hakcipta itu menurut skim tersebut.
Tribunal Hakcipta boleh mengarahkan bahawa perintah itu, setakat mana ia mengubah jumlah bayaran yang kena dibayar, mempunyai kuatkuasa mulai dari suatu tarikh sebelum tarikh perintah itu dibuat, tetapi tidak lebih awal dari tarikh rujukan itu dibuat atau, jika kemudian, tarikh skim itu mula berkuatkuasa. Jika arahan tersebut dibuat — (a) sebarang pembayaran balik yang perlu, atau pembayaran tambahan, hendaklah dibuat berkaitan dengan bayaran yang sudah dibayar; dan (b) sebutan dalam perenggan (a) ceraian (2) kepada bayaran yang kena dibayar di bawah skim itu hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan kepada bayaran yang kena dibayar di bawah perintah itu. Tiada arahan tersebut boleh dibuat jika ceraian (4) dikenakan.
Suatu perintah Tribunal Hakcipta di bawah bab-bab 123 atau 124 yang dibuat berkaitan dengan suatu skim yang diperakui bagi sebarang maksud di bawah bab 153, mempunyai kuatkuasa, setakat mana ia mengubah skim itu dengan mengurangkan bayaran yang kena dibayar bagi lesen-lesen, mulai dari tarikh rujukan itu dibuat kepada Tribunal Hakcipta.
Jika Tribunal Hakcipta telah membuat suatu perintah di bawah bab 125 dan perintah itu terus berkuatkuasa, orang yang untuk faedahnya perintah itu dibuat, jika dia — (a) membayar kepada pengendali skim itu sebarang bayaran yang kena dibayar menurut perintah itu atau, jika jumlahnya tidak dapat ditentukan, memberi suatu akujanji untuk membayarnya apabila telah ditentukan; dan (b) mematuhi syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam perintah itu, adalah sama kedudukannya berhubung dengan pelanggaran hakcipta seolah-olah dia pada setiap masa yang mustahak adalah pemegang suatu lesen yang diberikan oleh tuanpunya hakcipta itu atas syarat-syarat yang dinyatakan dalam perintah itu. Rujukan dan permohonan berkenaan dengan pelesenan oleh badan pelesenan Lesen-lesen yang dikenakan bab-bab 129 hingga 132.
(a) lesen-lesen berhubung dengan hakcipta dalam karya sastera, drama, muzik atau seni atau filem (atau jalur bunyi filem semasa mengiringi suatu filem) yang meliputi karya-karya lebih daripada seorang pencipta, setakat mana mereka membenarkan — (i) penyalinan karya itu; (ii) persembahan, permainan atau tayangan karya itu di khalayak ramai; atau (iii) penyiaran karya itu atau pemasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel; atau (iv) penyampaian kepada orang ramai melalui wayar atau tanpa wayar; (b) sebarang lesen berkenaan dengan hakcipta dalam suatu rakaman bunyi (selain dari jalur bunyi filem semasa mengiringi suatu filem), siaran atau program kabel, atau susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan; dan (c) semua lesen berkenaan dengan hakcipta dalam rakaman bunyi, filem, atau program komputer, setakat mana ia berkaitan dengan penyewaan salinan kepada orang ramai, dan dalam bab-bab itu suatu lesen bermakna suatu lesen dari sebarang perihalan tersebut. Rujukan lesen yang dicadangkan kepada Tribunal.
Tribunal Hakcipta hendaklah terlebih dahulu memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh enggan berbuat demikian atas alasan bahawa rujukan itu belum sampai waktunya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jika Tribunal Hakcipta memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan syarat-syarat lesen yang dicadangkan itu dan membuat perintah, sama ada mengesahkan atau mengubah syarat-syarat tersebut, sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan tersebut.
Perintah itu boleh dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh yang tidak ditetapkan atau bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta. Rujukan lesen yang telah tamat tempohnya kepada Tribunal.
Permohonan tersebut tidak boleh dibuat sehingga tiga bulan terakhir sebelum lesen itu akan tamat tempohnya.
Suatu lesen yang berkaitan dengannya suatu rujukan telah dibuat kepada Tribunal Hakcipta hendaklah terus berkuatkuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.
Jika Tribunal Hakcipta berpuas hati bahawa permohonan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa pemegang lesen hendaklah terus berhak mendapat faedah dari lesen itu atas syarat-syarat sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan tersebut.
Suatu perintah boleh dibuat untuk dikuatkuasakan bagi tempoh yang tidak ditetapkan atau bagi tempoh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Tribunal Hakcipta. Permohonan bagi kajian semula perintah.
Suatu permohonan tidaklah boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran Tribunal Hakcipta — 9hb. APRIL, 2001 (a) dalam masa dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau keputusan mengenai permohonan yang terdahulu di bawah bab ini; atau (b) jika perintah itu dibuat untuk dikuatkuasakan selama lima belas bulan atau kurang, atau kerana keputusan mengenai permohonan yang terdahulu di bawah bab ini akan tamat tempohnya dalam masa lima belas bulan dari keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum tamatnya tempoh perintah itu.
Tribunal Hakcipta hendaklah atas permohonan untuk mengkaji semula mengesahkan atau mengubah perintahnya sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu. Kesan perintah Tribunal.
(a) membayar kepada badan pelesenan itu sebarang bayaran yang kena dibayar menurut perintah itu atau, jika jumlahnya tidak dapat ditentukan, memberi suatu aku janji untuk membayarnya apabila telah ditentukan; dan (b) mematuhi syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam perintah itu, adalah sama kedudukannya berhubung dengan pelanggaran hakcipta seolah-olah dia pada setiap masa yang mustahak adalah pemegang suatu lesen yang diberikan oleh tuanpunya hakcipta itu atas syarat-syarat yang dinyatakan dalam perintah itu.
Faedah dari perintah itu boleh diserah hak — (a) dalam hal suatu perintah di bawah bab 129, jika penyerahan hak tidak dilarang di bawah syarat-syarat perintah Tribunal Hakcipta; dan (b) dalam hal suatu perintah di bawah bab 130, jika penyerahan hak tidak dilarang di bawah syarat-syarat lesen original.
Tribunal Hakcipta boleh mengarahkan bahawa suatu perintah di bawah bab-bab 129 atau 130, atau suatu perintah di bawah bab 131 yang mengubah perintah tersebut, setakat mana ia mengubah jumlah bayaran yang kena dibayar, mempunyai kuatkuasa mulai dari suatu tarikh sebelum tarikh perintah itu dibuat, tetapi tidak lebih awal dari tarikh rujukan atau permohonan itu dibuat atau, jika kemudian, tarikh lesen itu diberikan atau, mengikut mana yang berkenaan, akan tamat tempohnya. Jika arahan tersebut dibuat — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) sebarang pembayaran balik yang perlu, atau pembayaran tambahan, hendaklah dibuat berkaitan dengan bayaran yang sudah dibayar; dan (b) sebutan dalam perenggan (a) cerai (1) kepada bayaran yang kena dibayar menurut perintah itu hendaklah ditafsirkan, jika perintah itu diubah dengan suatu perintah yang kemudiannya, sebagai sebutan kepada bayaran yang kena dibayar di bawah perintah yang kemudiannya itu. Faktor-faktor yang akan diambil kira dalam jenis-jenis kes yang tertentu Pertimbangan am: diskriminasi yang tidak munasabah.
(a) adanya skim-skim lain, atau pemberian lesen-lesen lain, kepada orang-orang lain dalam hal keadaan yang serupa; dan (b) syarat-syarat skim atau lesen tersebut; dan hendaklah menjalankan kuasa-kuasanya untuk memastikan bahawa tiada terdapat diskriminasi yang tidak munasabah di antara pemegang-pemegang lesen, atau bakal pemegang-pemegang lesen, di bawah skim atau lesen yang disebut dalam rujukan atau permohonan itu dan pemegang-pemegang lesen di bawah skim-skim lain yang dikendalikan oleh, atau lesen-lesen lain yang diberikan oleh, orang yang sama. Lesen bagi penyalinan reprografi.
(a) setakat mana edisi yang diterbitkan bagi karya-karya yang berkenaan itu sebaliknya boleh didapatkan; (b) jumlah karya yang akan disalin; dan (c) jenis penggunaan yang kepadanya salinan-salinan itu mungkin diletakkan. Lesen bagi institusi pendidikan jika karya dimasukkan dalam siaran atau program kabel.
Tribunal Hakcipta hendaklah, dalam menimbangkan berapakah bayaran (jika ada) yang patut dibayar bagi suatu lesen, memberi perhatian kepada setakat mana tuanpunya hakcipta dalam karya yang dimasukkan dalam siaran atau program kabel itu telah pun menerima, atau berhak menerima, bayaran berkaitan dengan pemasukkannya. Lesen hendaklah menggambarkan syarat-syarat yang dikenakan oleh penganjur-penganjur acara.
Tribunal Hakcipta hendaklah memberi perhatian kepada sebarang syarat yang dikenakan oleh penganjur-penganjur hiburan atau acara lain; dan tidaklah boleh memutuskan keengganan atau kegagalan untuk memberikan suatu lesen sebagai tidak munasabah jika ia tidak dapat memberikan selaras dengan syarat-syarat tersebut.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini boleh menghendaki Tribunal Hakcipta supaya memberi perhatian kepada sebarang syarat tersebut setakat mana syarat-syarat tersebut — (a) dikatakan mengawalselia bayaran yang hendak dikenakan berkaitan dengan pemberian lesen-lesen; atau (b) berhubung dengan pembayaran yang hendak dibuat kepada penganjur-penganjur sebarang acara sebagai balasan pemberian kemudahan-kemudahan untuk membuat rakaman, filem, siaran atau program kabel itu. Lesen hendaklah menggambarkan pembayaran berkaitan dengan hak yang mendasari.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dibenarkan oleh lesen tersebut, berkaitan dengan sebarang persembahan yang dimasukkan dalam rakaman, filem, siaran atau program kabel itu. Lesen berkaitan dengan karya yang dimasukkan dalam pemancaran semula.
(a) karya sastera, drama, muzik atau seni; atau (b) rakaman bunyi atau filem, jika satu siaran atau program kabel ("pemancaran pertama") adalah, melalui penerimaan dan pemancaran semula segera, untuk disiarkan seterusnya atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel ("pemancaran seterusnya").
Setakat mana pemancaran seterusnya adalah ke kawasan yang sama seperti pemancaran pertama, Tribunal Hakcipta hendaklah, dalam menimbangkan berapakah bayaran (jika ada) yang patut dibayar bagi lesen-lesen untuk salah satu pemancaran, memberi perhatian kepada setakat mana pemilik hakcipta telah pun menerima, atau berhak menerima, pembayaran bagi pemancaran yang satu lagi yang memberi ganjaran yang secukupnya kepadanya berkaitan dengan pemancaran-pemancaran ke kawasan itu.
Setakat mana pemancaran seterusnya adalah ke suatu kawasan di luar kawasan pemancaran pertama dibuat, Tribunal Hakcipta tidak akan mengambil kira pemancaran seterusnya dalam menimbangkan berapakah bayaran (jika ada) yang patut dibayar kepada lesen-lesen untuk pemancaran pertama. Penyebutan perkara-perkara tertentu tidak mengecualikan pertimbangan lain yang berkaitan.
Penggunaan sebagai hak rakaman bunyi dalam siaran dan perkhidmatan program kabel Hal keadaan bagaimana hak boleh didapatkan.
(a) suatu lesen untuk memasukkan rakaman tersebut dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu dapat diberikan oleh suatu badan pelesenan atau badan yang seumpamanya boleh mendapatkan pemberian suatu lesen untuk berbuat demikian; (b) syarat dalam ceraian-ceraian (2) atau (3) dikenakan; dan (c) orang yang memasukkan rakaman tersebut dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu telah mematuhi bab 141.
Jika orang yang memasukkan rakaman tersebut dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu tidak memegang suatu lesen untuk berbuat demikian, syaratnya adalah bahawa badan pelesenan itu enggan memberikan, atau mendapatkan pemberian, lesen tersebut, iaitu suatu lesen — (a) yang syarat-syaratnya tentang pembayaran untuk memasukkan rakaman tersebut dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu boleh diterima olehnya atau mematuhi suatu perintah Tribunal Hakcipta di bawah bab 143 berhubung dengan lesen tersebut atau sebarang skim yang di bawahnya lesen tersebut akan diberikan; dan (b) yang membenarkan masa yang ditentukan tanpa had atau masa yang ditentukan sebagaimana yang telah dituntut olehnya.
Jika dia memegang suatu lesen untuk memasukkan rakaman tersebut dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu, syaratnya adalah bahawa syarat-syarat lesen itu menghadkan masa yang ditentukan dan badan pelesenan itu enggan menggantikan atau mendapatkan penggantian syarat-syarat yang membenarkan masa yang ditentukan tanpa had atau masa yang ditentukan sebagaimana yang telah dituntut olehnya, atau enggan berbuat demikian atas syarat-syarat yang termasuk di bawah perenggan (a) ceraian (2).
Sebutan-sebutan dalam ceraian (2) kepada enggan memberikan, atau mendapatkan pemberian, suatu lesen, dan dalam ceraian (3) enggan menggantikan atau mendapatkan penggantian syarat-syarat, termasuk gagal berbuat demikian dalam masa yang munasabah dari diminta.
Dalam bab ini "masa yang ditentukan" bermakna masa dalam sebarang tempoh, sama ada ditentukan dengan jumlah jam dalam tempoh itu atau sebahagian dari tempoh itu, ataupun sebaliknya, masa sebarang rakaman boleh dimasukkan dalam suatu siaran atau perkhidmatan program kabel. Notis tujuan untuk menjalankan hak.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) memberi notis kepada badan pelesenan itu tentang tujuannya untuk menjalankan hak tersebut, yang meminta badan pelesenan itu supaya mencadangkan syarat-syarat pembayaran; dan (b) setelah menerima cadangan tersebut atau tamatnya tempoh masa yang munasabah, memberi notis yang munasabah kepada badan pelesenan itu tentang tarikh yang dicadangkannya untuk mula menjalankan hak itu, dan syarat-syarat pembayaran yang menurutnya dia bertujuan untuk berbuat demikian.
Jika dia mempunyai suatu lesen untuk memasukkan rakaman tersebut dalam suatu siaran atau perkhidmatan program kabel, tarikh yang dinyatakan dalam suatu notis di bawah perenggan (b) ceraian (1) mestilah tidak lebih awal dari tarikh tamatnya tempoh lesen itu, kecuali dalam suatu kes yang termasuk di bawah ceraian (3) bab 140.
Sebelum orang yang bertujuan untuk menggunakan hak itu mula menjalankannya, dia mestilah — (a) memberi notis yang munasabah kepada Tribunal Hakcipta tentang tujuannya untuk menjalankan hak itu, dan tentang tarikh yang dicadangkannya untuk mula menjalankan hak itu; dan (b) memohon kepada Tribunal Hakcipta di bawah bab 143 untuk menyelesaikan syarat-syarat pembayaran. Syarat-syarat untuk menjalankan hak.
(a) telah mematuhi sebarang syarat yang munasabah, yang notisnya telah diberikan kepadanya oleh badan pelesenan itu, tentang pemasukan dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu rakaman tersebut; (b) telah memberikan kepada badan pelesenan itu maklumat mengenai pemasukannya dalam siaran atau perkhidmatan program kabel itu sebagaimana yang mungkin dikehendakinya dengan munasabah; dan (c) telah membuat pembayaran kepada badan pelesenan itu yang dikehendaki oleh bab ini, adalah sama kedudukannya berhubung dengan pelanggaran hakcipta seolah-olah dia adalah pada setiap masa yang mustahak pemegang suatu lesen yang diberikan oleh tuanpunya hakcipta itu.
Pembayaran hendaklah dibuat tidak kurang dari tiap-tiap tiga bulan secara tertunggak.
Jumlah sebarang pembayaran adalah jumlah yang ditentukan menurut suatu perintah Tribunal Hakcipta di bawah bab 143 atau, jika perintah tersebut tiada dibuat — (a) menurut sebarang cadangan bagi syarat-syarat pembayaran yang dibuat oleh badan pelesenan itu menurut suatu permintaan di bawah bab 141; atau (b) jika cadangan tersebut tiada dibuat atau jumlah yang ditentukan menurut cadangan yang dibuat itu adalah tinggi yang tidak munasabah, menurut syarat-syarat pembayaran yang diberitahu kepada badan pelesenan itu di bawah perenggan (b) ceraian (1) bab 141.
Jika bab ini dikenakan kepada pemasukan dalam suatu siaran atau perkhidmatan program kabel sebarang rakaman bunyi, ia dikenakan demikian sebagai ganti sebarang lesen. Permohonan untuk menyelesaikan pembayaran.
Suatu perintah di bawah ceraian (1) mempunyai kuatkuasa mulai dari tarikh pemohon mula menjalankan hak yang diberikan oleh bab 142 dan sebarang pembayaran balik yang perlu, atau pembayaran tambahan, hendaklah dibuat berkaitan dengan jumlah-jumlah yang kena dibayar. Rujukan dll. tentang syarat-syarat maklumat dan syarat-syarat lain.
(a) sebarang persoalan sama ada sebarang syarat tentang pemasukan dalam suatu siaran atau perkhidmatan program kabel rakaman bunyi, yang notisnya telah diberikan kepadanya oleh badan pelesenan yang berkenaan itu, adalah syarat yang munasabah; atau WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) sebarang persoalan sama ada sebarang maklumat adalah maklumat yang boleh dikehendaki dengan munasabah oleh badan pelesenan itu untuk diberikan oleh orang itu.
Atas suatu rujukan di bawah bab ini, Tribunal Hakcipta hendaklah menimbangkan perkara tersebut dan membuat suatu perintah sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu. Permohonan untuk kajian semula perintah.
Suatu permohonan tidaklah boleh dibuat, kecuali dengan kebenaran Tribunal Hakcipta — (a) dalam masa dua belas bulan dari tarikh perintah itu, atau dari tarikh keputusan atas permohonan terdahulu di bawah bab ini; atau (b) jika perintah itu dibuat untuk dikuatkuasakan selama lima belas bulan atau kurang, atau akibat dari suatu keputusan atas permohonan terdahulu akan tamat tempohnya dalam masa lima belas bulan dari keputusan itu, sehingga tiga bulan terakhir sebelum tamatnya tempoh perintah itu.
Atas permohonan itu, Tribunal Hakcipta hendaklah menimbangkan perkara tersebut dan membuat suatu perintah yang mengesahkan atau mengubah perintah asal sebagaimana yang mungkin diputuskan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu.
Suatu perintah di bawah bab ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh perintah itu dibuat atau pada tarikh yang kemudiannya sebagaimana yang mungkin dinyatakan di dalamnya oleh Tribunal Hakcipta. Fakta-fakta hendaklah diambil kira.
(a) memberi perhatian kepada syarat-syarat sebarang perintah yang telah dibuatnya dalam hal orang-orang dalam hal keadaan serupa yang menjalankan hak yang diberikan oleh bab 142; dan (b) menjalankan kuasa-kuasanya untuk memastikan bahawa tiada terdapat diskriminasi yang tidak munasabah di antara orang-orang yang menjalankan hak tersebut terhadap badan pelesenan yang sama.
Dalam menyelesaikan syarat-syarat pembayaran di bawah bab 143, Tribunal Hakcipta tidaklah boleh berpandukan kepada sebarang perintah yang telah dibuatnya melainkan suatu perintah di bawah bab itu.
Bab 138 dikenakan atas suatu permohonan atau rujukan di bawah bab-bab 143, 144 dan 145 sebagaimana ia dikenakan atas suatu permohonan atau rujukan berhubung dengan suatu lesen. Tanggung rugi tersirat dalam skim atau lesen bagi penyalinan reprografi Tanggung rugi tersirat dalam skim dan lesen tertentu bagi penyalinan reprografi.
(a) skim-skim bagi pelesenan salinan reprografi karya sastera, drama, muzik atau seni yang diterbitkan, atau susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan, dan (b) lesen-lesen yang diberikan oleh badan-badan pelesenan bagi penyalinan tersebut, jika skim atau lesen itu tidak menyatakan karya-karya yang dikenakan bab ini dengan terperinci untuk membolehkan pemegang-pemegang lesen menentukan sama ada suatu karya termasuk di bawah skim atau lesen itu dengan memeriksa skim atau lesen itu dan karya tersebut.
Ada tersirat — (a) dalam setiap skim yang dikenakan bab ini, suatu akujanji oleh pengendali skim itu untuk menanggung rugi seseorang yang diberikan suatu lesen di bawah skim itu; dan (b) dalam setiap lesen yang dikenakan bab ini, suatu akujanji oleh badan pelesenan itu untuk menanggung rugi pemegang lesen tersebut, dari sebarang liabiliti yang dilakukan olehnya kerana dia telah melanggar hakcipta dengan membuat atau membenarkan pembuatan salinan-salinan reprografi suatu karya dalam hal keadaan di dalam skop zahir lesennya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hal keadaan suatu kes adalah di dalam skop zahir suatu lesen jika — (a) tidak jelas dari pemeriksaan lesen itu dan karya tersebut bahawa ia tidak termasuk di bawah perihalan karya yang dikenakan lesen itu; dan (b) lesen itu tidak memperuntukkan dengan nyata bahawa ia tidak diperluaskan kepada hakcipta dari perihalan yang dilanggar.
Suatu skim atau lesen yang dikenakan bab ini boleh mengandungi peruntukan yang munasabah — (a) berhubung dengan cara bagaimana, dan masa bila, tuntutan-tuntutan di bawah akujanji yang tersirat menurut bab ini hendak dibuat; dan (b) yang membolehkan pengendali skim itu atau, mengikut mana yang berkenaan, badan pelesenan itu untuk mengambil alih perjalanan sebarang prosiding yang menyentuh jumlah liabilitinya untuk menanggung rugi.
Dalam bab ini, "liabiliti" termasuk liabiliti untuk membayar kos; dan bab ini dikenakan berkenaan dengan kos yang ditanggung dengan munasabah oleh seseorang pemegang lesen berhubung dengan prosiding sebenar atau yang dijangka terhadapnya kerana pelanggaran hakcipta sebagaimana ia dikenakan kepada jumlah wang yang dia bertanggungan untuk membayarnya berkaitan dengan pelanggaran tersebut. Penyalinan reprografi oleh institusi pendidikan Kuasa untuk meluaskan liputan skim atau lesen.
(a) suatu skim pelesenan yang dikenakan bab-bab 122 hingga 127 dan yang dikendalikan oleh suatu badan pelesenan; atau (b) suatu lesen yang dikenakan bab-bab 129 hingga 132, setakat mana ia memperuntukkan bagi pemberian lesen-lesen, atau adalah suatu lesen, yang membenarkan pembuatan oleh atau bagi pihak institusi pendidikan bagi maksud pengajaran salinan-salinan reprografi karya sastera, drama, muzik atau seni yang diterbitkan, atau susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan.
Jika pada pendapat Peguam Negara berkenaan dengan suatu skim atau lesen yang dikenakan bab ini bahawa — 9hb. APRIL, 2001 (a) karya-karya dari suatu perihalan sama dengan yang diliputi oleh skim atau lesen itu adalah dikecualikan darinya dengan cara yang tidak munasabah; dan (b) menjadikannya tertakluk kepada skim atau lesen itu tidak akan bercanggah dengan pengeksploitasian biasa karya-karya tersebut atau menjejaskan dengan cara yang tidak munasabah kepentingan yang sah pemilik-pemilik hakcipta, dia boleh dengan perintah memperuntukkan, bahawa skim atau lesen itu hendaklah diperluaskan kepada karya-karya tersebut.
Jika dia bercadang untuk membuat perintah tersebut, Peguam Negara hendaklah memberikan notis mengenai cadangan tersebut kepada — (a) pemilik-pemilik hakcipta; (b) badan pelesenan yang berkaitan; dan (c) orang-orang atau organisasi-organisasi wakil institusi pendidikan, dan orang-orang atau organisasi-organisasi lain, sebagaimana yang difikirkannya patut.
Notis itu hendaklah memberitahu orang-orang tersebut tentang hak mereka untuk membuat pernyataan bertulis atau lisan kepada Peguam Negara mengenai cadangan itu dalam masa enam bulan dari tarikh notis itu; dan jika mana-mana daripada mereka ingin membuat pernyataan lisan, Peguam Negara hendaklah melantik seseorang untuk mendengar pernyataan tersebut dan melaporkan kepadanya.
Dalam menimbangkan sama ada untuk membuat suatu perintah, Peguam Negara hendaklah mengambil kira sebarang pernyataan yang dibuat kepadanya dan perkara-perkara lain yang pada pendapatnya adalah berkaitan. Pengubahan atau pelepasan perintah meluaskan skim atau lesen.
Peguam Negara tidaklah boleh melayan suatu permohonan yang dibuat dalam masa dua tahun dari pembuatan perintah asal, atau pembuatan suatu perintah atas permohonan yang terdahulu di bawah bab ini, melainkan jika pada pendapatnya bahawa hal keadaan itu adalah terkecuali. 381 WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Setelah menimbangkan sebab-sebab permohonan itu, Peguam Negara boleh mengesahkan dengan serta-merta perintah itu; jika dia tidak berbuat demikian, dia hendaklah memberikan notis tentang permohonan itu kepada — (a) badan pelesenan yang berkenaan itu; dan (b) orang-orang atau organisasi-organisasi wakil institusi pendidikan, dan orang-orang atau organisasi-organisasi lain, sebagaimana yang difikirkannya patut.
Notis itu hendaklah memberitahu orang-orang itu tentang hak mereka untuk membuat pernyataan bertulis atau lisan kepada Peguam Negara mengenai permohonan itu dalam masa dua bulan dari tarikh notis itu; dan jika mana-mana daripada mereka ingin membuat pernyataan lisan, Peguam Negara hendaklah melantik seseorang untuk mendengar pernyataan tersebut dan melaporkan kepadanya.
Dalam menimbangkan permohonan itu, Peguam Negara hendaklah mengambil kira sebab-sebab permohonan itu, sebarang pernyataan yang dibuat kepadanya menurut ceraian (4), dan perkara-perkara lain yang pada pendapatnya adalah berkaitan.
Peguam Negara boleh membuat suatu perintah sebagaimana yang difikirkannya patut yang mengesahkan atau melepaskan perintah itu atau, mengikut mana yang berkenaan, perintah yang diubah dahulunya; atau mengubah, atau mengubah selanjutnya, perintah itu untuk mengecualikan karya-karya darinya. Rayuan terhadap perintah.
Jika Peguam Negara telah membuat suatu perintah di bawah bab 149 — (a) orang yang memohon perintah itu; atau (b) mana-mana orang atau organisasi-organisasi wakil institusi pendidikan yang memberikan notis tentang permohonan bagi perintah itu dan yang membuat pernyataan menurut ceraian (4) bab itu, boleh merayu kepada Tribunal Hakcipta yang boleh mengesahkan atau melepaskan perintah itu atau membuat sebarang perintah lain yang mungkin telah dibuat oleh Peguam Negara.
Suatu rayuan di bawah bab ini hendaklah dibawa dalam masa enam minggu dari perintah itu dibuat atau tempoh yang selanjutnya sebagaimana yang mungkin dibenarkan oleh Tribunal Hakcipta.
Suatu perintah di bawah bab-bab 148 atau 149 tidaklah boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh enam minggu dari perintah itu dibuat atau, jika suatu rayuan dibawa sebelum tamat tempoh itu, sehingga prosiding rayuan telah diselesaikan atau ditarik balik.
Jika suatu rayuan dibawa selepas tamat tempoh itu, sebarang keputusan Tribunal Hakcipta atas rayuan tersebut tidak akan menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dilakukan bersandar kepada perintah yang dirayu itu sebelum keputusan tersebut berkuatkuasa. Siasatan sama ada skim atau lesen am baru dikehendaki.
(a) karya sastera, drama, muzik atau seni yang diterbitkan; atau (b) susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan, dari suatu perihalan yang pada pendapat Peguam Negara tidak diliputi oleh suatu skim pelesenan atau lesen am yang sedia ada dan tidak termasuk di bawah kuasa yang diberikan oleh bab 148.
Peguam Negara, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, boleh menetapkan aturan-aturan berhubung dengan prosedur yang akan diikuti berkenaan dengan suatu siasatan di bawah ceraian (1).
Aturan-aturan tersebut hendaklah memperuntukkan supaya notis diberikan kepada — (a) orang-orang atau organisasi-organisasi yang pada pendapat Peguam Negara mewakili tuanpunya-tuanpunya hakcipta dalam karya-karya dari perihalan itu; dan (b) orang-orang atau organisasi-organisasi yang pada pendapat Peguam Negara mewakili institusi pendidikan, WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dan bagi pembuatan pernyataan bertulis atau lisan oleh orang-orang tersebut; tetapi tanpa menjejaskan pemberian notis kepada, dan pembuatan pernyataan oleh, orang-orang dan organisasi-organisasi lain.
Orang yang dilantik untuk mengadakan siasatan itu tidaklah boleh mengesyorkan pembuatan peruntukan baru melainkan jika dia berpuashati — (a) bahawa adalah berfaedah bagi institusi pendidikan dibenarkan untuk membuat salinan-salinan refrografi karya yang berkenaan itu; dan (b) bahawa pembuatan karya-karya tersebut tertakluk kepada suatu skim pelesenan atau lesen am tidak akan bercanggah dengan pengeksploitasian biasa karya-karya tersebut atau menjejaskan dengan cara yang tidak munasabah kepentingan yang sah pemilik-pemilik hakcipta.
Jika dia mengesyorkan pembuatan peruntukan baru, dia hendaklah menyatakan sebarang syarat, selain dari syarat-syarat tentang bayaran yang kena dibayar, yang atasnya kebenaran di bawah peruntukan baru hendaklah didapatkan.
Dalam bab ini, suatu lesen am bermakna suatu lesen yang diberikan oleh suatu badan pelesenan yang meliputi semua karya dari perihalan yang dikenakan lesen itu. Lesen berkanun jika syor tidak dilaksanakan.
Bagi maksud itu, peruntukan hendaklah dianggap sebagai telah dibuat menurut syor itu jika — (a) suatu skim pelesenan yang diperakui (ungkapan itu dalam bab ini bermakna suatu skim pelesenan yang diperakui bagi maksud bab ini di bawah bab 153) telah ditubuhkan yang di bawahnya suatu lesen boleh didapatkan oleh institusi yang berkenaan itu; atau (b) suatu lesen am (ungkapan itu dalam bab ini mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam ceraian (6) bab 151) telah — (i) diberikan kepada atau untuk faedah institusi itu; (ii) dirujukkan oleh atau bagi pihak institusi itu kepada Tribunal Hakcipta di bawah bab 129; atau (iii) ditawarkan kepada atau untuk faedah institusi itu dan ditolak tanpa rujukan tersebut, dan syarat-syarat skim atau lesen itu selaras dengan syor tersebut.
Perintah itu hendaklah juga memperuntukkan bahawa sebarang lesen yang sedia ada yang membenarkan pembuatan salinan-salinan tersebut, yang bukannya suatu lesen yang diberikan di bawah suatu skim pelesenan yang diperakui atau suatu lesen am, hendaklah terhenti dari berkuatkuasa setakat mana ia lebih terhad atau lebih membebankan dari lesen yang diperuntukkan oleh perintah itu.
Perintah itu hendaklah memperuntukkan supaya lesen itu bebas dari royalti, tetapi sebaliknya tertakluk kepada sebarang syarat yang dinyatakan dalam syor tersebut dan syarat-syarat lain sebagaimana yang mungkin difikirkan patut oleh Peguam Negara.
Perintah itu boleh memperuntukkan bahawa jika suatu salinan yang sebaliknya merupakan salinan langgaran dibuat menurut lesen yang diperuntukkan oleh perintah itu tetapi kemudiannya diurusniagakan, ia hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar hakcipta ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. Dalam ceraian ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan, atau dipamerkan di khalayak ramai.
Perintah itu tidaklah boleh mula berkuatkuasa sehingga sekurang-kurangnya enam bulan setelah perintah itu dibuat. Perakuan skim pelesenan Perakuan skim pelesenan.
Peguam Negara hendaklah dengan perintah memperakui skim itu jika dia berpuashati bahawa skim itu — (a) membolehkan karya yang disebut dalam skim itu dikenalpasti dengan kepastian yang memadai oleh orang-orang yang mungkin menghendaki lesen; dan WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) menyatakan dengan jelas bayaran (jika ada) yang kena dibayar dan syarat-syarat lain yang atasnya lesen akan diberikan.
Skim itu hendaklah dinyatakan dalam suatu jadual kepada perintah itu, dan perakuan tersebut hendaklah berkuatkuasa — (a) pada tarikh, tidak kurang dari lapan minggu setelah perintah itu dibuat, sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalam perintah itu; atau (b) jika skim itu menjadi perkara suatu rujukan di bawah bab 122, sebarang tarikh yang kemudian bila perintah Tribunal Hakcipta di bawah bab itu mula berkuatkuasa atau rujukan itu ditarik balik.
Suatu pengubahan skim itu tidak berkuatkuasa melainkan jika suatu pindaan yang bersamaan kepada perintah itu dibuat; dan Peguam Negara hendaklah membuat pindaan tersebut dalam hal suatu pengubahan yang diperintahkan oleh Tribunal Hakcipta atas suatu rujukan di bawah bab-bab 122, 123 atau 124, dan boleh berbuat demikian dalam sebarang hal lain jika difikirkannya patut.
Perintah itu hendaklah dibatalkan jika skim tersebut tidak lagi dikendalikan, dan boleh dibatalkan jika pada pendapat Peguam Negara bahawa ia tidak lagi dikendalikan menurut syarat-syaratnya.
TRIBUNAL HAKCIPTA Tribunal Hakcipta Penubuhan dan bidang kuasa.
Tribunal Hakcipta hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan tidak kurang daripada dua ahli atau tidak lebih daripada enam ahli lain yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
Seseorang tidaklah layak untuk dilantik sebagai pengerusi atau timbalan pengerusi melainkan jika — (a) dia adalah, atau pernah menjadi, seorang hakim mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad dalam perkara-perkara sivil dan jenayah di beberapa bahagian Komanwel atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam rayuan-rayuan dari keputusan mana-mana mahkamah tersebut; atau (b) dia berhak untuk menjalankan amalan sebagai pengamal undang-undang di salah satu mahkamah tersebut dan adalah berhak demikian selama tidak kurang dari tujuh tahun. Keahlian.
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatannya dengan notis secara bertulis kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh dengan notis secara bertulis kepada mana-mana ahli memecatnya dari jawatan jika — (a) dia telah menjadi bankrap atau membuat suatu penyusunan dengan pemiutang-pemiutangannya; atau (b) dia telah menjadi tidak berupaya kerana sakit badan atau otak, atau jika dia sebaliknya, pada pendapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, tidak dapat atau tidak layak untuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang ahli.
Jika seseorang ahli kerana sakit badan atau otak, tidak hadir atau sebab lain yang munasabah pada masa itu tidak dapat melaksanakan kewajipan-kewajipan jawatannya, sama ada pada amnya atau berhubung dengan prosiding tertentu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh melantik mana-mana orang untuk menunaikan kewajipan-kewajipannya selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari enam bulan pada satu-satu masa atau, mengikut mana yang berkenaan, berhubung dengan prosiding itu, dan orang yang dilantik itu hendaklah mempunyai dalam tempoh lantikannya, atau berhubung dengan prosiding yang berkenaan itu, kuasa-kuasa yang sama seperti orang yang telah dilantik untuk menunaikan kewajipan-kewajipannya: Dengan syarat bahawa dalam hal suatu lantikan untuk menunaikan kewajipan-kewajipan pengerusi atau timbalan pengerusi, seseorang tidaklah boleh dilantik melainkan jika dia layak dilantik ke jawatan itu. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Peruntukan-peruntukan kewangan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh melantik kakitangan bagi Tribunal Hakcipta sebagaimana yang mungkin ditentukannya, dengan kebenaran Perbendaharaan tentang jumlah kakitangan dan ganjarannya. Perlembagaan bagi maksud prosiding.
(a) seorang pengerusi bagi prosiding itu, yang sama ada pengerusi atau timbalan pengerusi Tribunal Hakcipta yang dilantik di bawah ceraian (3) bab 154; dan (b) dua ahli lain atau lebih.
Jika ahli-ahli Tribunal Hakcipta yang mengendalikan sebarang perkara tidak sebulat suara, keputusan hendaklah diambil dengan undi majoriti; dan jika, dalam hal tersebut, undi-undi adalah sama pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Jika sebahagian dari sebarang prosiding di hadapan Tribunal Hakcipta telah didengar dan seorang ahli atau lebih tidak dapat meneruskan, ia masih sempurna ditubuhkan bagi maksud prosiding tersebut selagi bilangan ahli tidak dikurangkan kepada kurang daripada tiga.
Jika pengerusi bagi prosiding tersebut tidak dapat meneruskan, dia hendaklah — (a) melantik salah seorang daripada ahli yang ada untuk bertindak sebagai pengerusi; dan (b) jika ahli yang dilantik di bawah perenggan (a) adalah bukan timbalan pengerusi Tribunal Hakcipta atau seseorang yang berkelayakan, melantik seseorang yang berkelayakan untuk menghadiri prosiding tersebut dan menasihatkan Tribunal Hakcipta mengenai sebarang persoalan undang-undang yang berbangkit.
Seseorang adalah berkelayakan bagi maksud perenggan (b) ceraian (4) jika dia layak untuk dilantik sebagai pengerusi atau timbalan pengerusi Tribunal Hakcipta. Bidang kuasa dan prosedur Bidang kuasa di bawah Perintah.
Kuasa untuk membuat aturan-aturan.
Aturan-aturan tersebut boleh mengenakan berkenaan dengan Tribunal Hakcipta sebarang peruntukan Akta Timbangtara (Penggal 173) dan sebarang peruntukan yang dikenakan itu hendaklah dinyatakan dalam aturan-aturan tersebut.
Peruntukan hendaklah dibuat dengan aturan-aturan — (a) yang melarang Tribunal Hakcipta dari melayan suatu rujukan di bawah bab-bab 122, 123 atau 124 oleh suatu organisasi wakil melainkan jika ia berpuas hati bahawa organisasi itu adalah wakil yang munasabah golongan orang yang didakwanya sebagai mewakilinya; (b) yang menyatakan pihak-pihak dalam sebarang prosiding dan yang membolehkan Tribunal Hakcipta untuk menjadikan suatu pihak dalam prosiding itu mana-mana orang atau organisasi yang memuaskan hatinya bahawa mereka mempunyai kepentingan yang besar ke atas perkara itu; dan (c) yang menghendaki supaya Tribunal Hakcipta memberikan kepada pihak-pihak dalam prosiding itu suatu peluang untuk menyatakan kes mereka, secara bertulis atau lisan sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh aturan-aturan tersebut.
Ketua Hakim boleh membuat aturan-aturan mahkamah yang mengawalselia amalan dan prosedur berkenaan dengan rayuan-rayuan dari suatu keputusan Tribunal Hakcipta kepada Mahkamah Tinggi di bawah bab 161, dan yang membuat peruntukan bagi kos rayuan-rayuan tersebut dan bagi sebarang perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit atas sebarang rayuan tersebut. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Kos, bukti perintah dll.
Suatu dokumen yang dikatakan sebagai salinan suatu perintah Tribunal Hakcipta dan untuk diperakui oleh pengerusi bagi prosiding di mana dokumen itu dibuat sebagai satu salinan yang benar hendaklah, dalam sebarang prosiding, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai perintah itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya. Rayuan Rayuan kepada mahkamah mengenai perkara undang-undang.
Peruntukan hendaklah dibuat dengan aturan-aturan di bawah bab 159 yang menghadkan masa rayuan tersebut boleh dibawa.
Peruntukan boleh dibuat dengan aturan-aturan atau aturan-aturan mahkamah di bawah bab itu — (a) bagi menangguhkan, atau membenarkan atau menghendaki Tribunal Hakcipta untuk menangguhkan, penguatkuasaan perintahnya dalam suatu kes jika keputusannya telah dirayu; (b) bagi mengubahsuai berkenaan dengan suatu perintah Tribunal Hakcipta yang penguatkuasaannya telah ditangguhkan, penguatkuasaan sebarang peruntukan Perintah ini tentang kesan perintah tersebut; (c) bagi penyiaran notis-notis atau pengambilan langkah-langkah lain untuk memastikan bahawa orang-orang yang terjejas oleh penangguhan suatu perintah Tribunal Hakcipta akan diberitahu mengenai penangguhannya.
KELAYAKAN MENDAPAT DAN TAKAT PERLINDUNGAN HAKCIPTA Kelayakan mendapat perlindungan hakcipta Kelayakan mendapat perlindungan hakcipta.
(a) pencipta; (b) negara di mana karya itu mula diterbitkan; atau (c) dalam hal suatu siaran atau program kabel, negara dari mana siaran itu dibuat atau program kabel itu dihantar.
Ceraian (1) tidak dikenakan berkenaan dengan hakcipta Kerajaan, hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri dan hakcipta yang ada di bawah bab 172.
Jika kehendak-kehendak Penggal ini berkenaan dengan kelayakan, atau bab-bab 167, 169 atau 172, sudah dipenuhi berkaitan dengan suatu karya, hakcipta tidak lagi ada disebabkan oleh sebarang acara yang berikutnya. Kelayakan dengan merujuk kepada pencipta.
(a) seorang rakyat Negara Brunei Darussalam; (b) seorang individu yang bermastautin atau tinggal di Negara Brunei Darussalam atau di mana-mana negara yang telah dikenakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini yang berkaitan; atau (c) suatu badan yang diperbadankan di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam atau mana-mana negara yang telah dikenakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini yang berkaitan.
Suatu karya ciptaan bersama layak mendapat perlindungan hakcipta jika pada masa yang mustahak mana-mana pencipta memenuhi kehendak-kehendak ceraian (1); tetapi jika suatu karya layak mendapat perlindungan hakcipta hanya di bawah bab ini, hanya pencipta-pencipta yang memenuhi kehendak-kehendak tersebut sahaja diambil kira bagi maksud ceraian-ceraian (1). WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dan [2] bab 13, ceraian-ceraian (1) dan [2] bab 14, ceraian (4) bab 11 setakat mana ia dikenakan bagi maksud ceraian [2] bab 14, dan bab 61. [3] Masa yang mustahak berkenaan dengan suatu karya sastera, drama, muzik atau seni adalah — (a) dalam hal suatu karya yang tidak diterbitkan, bila karya itu dibuat atau, jika karya itu dibuat berlanjutan selama suatu tempoh, sebahagian besar dari tempoh itu; (b) dalam hal suatu karya yang diterbitkan, bila karya itu mula diterbitkan atau, jika penciptanya mati sebelum masa itu, sejurus sebelum kematiannya. [4] Masa yang mustahak berkenaan dengan perihalan lain karya adalah — (a) dalam hal suatu rakaman bunyi atau filem, bila ia dibuat; (b) dalam hal suatu siaran, bila ia dibuat; (c) dalam hal suatu program kabel, bila ia dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel; (d) dalam hal susunan tipografi bagi edisi yang diterbitkan, bila edisi itu mula diterbitkan. Kelayakan dengan merujuk kepada negara penerbitan pertama.
(a) di Negara Brunei Darussalam; atau (b) di sebuah negara yang telah dikenakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini yang berkaitan.
Bagi maksud bab ini, penerbitan di sebuah negara tidaklah boleh dianggap sebagai selain dari penerbitan pertama kerana penerbitan serentak di tempat lain; dan bagi maksud ini penerbitan di tempat lain dalam masa tiga puluh hari terdahulu hendaklah disifatkan sebagai serentak. Kelayakan dengan merujuk kepada tempat pemancaran.
(a) Negara Brunei Darussalam; atau (b) sebuah negara yang telah dikenakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini yang berkaitan. Pengenaan Perintah ini kepada karya lain Pengenaan Perintah ini kepada karya lain.
RAMPAIAN DAN AM Hakcipta Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri Hakcipta Kerajaan.
(a) ia layak mendapat perlindungan hakcipta dengan tidak menghiraukan ceraian (1) bab 162; dan (b) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan adalah tuanpunya pertama sebarang hakcipta dalam karya itu.
Hakcipta dalam karya itu disebut dalam Bahagian ini sebagai hakcipta Kerajaan, walaupun ia mungkin, atau mungkin telah, diserah hak kepada orang lain.
Hakcipta Kerajaan dalam suatu karya sastera, drama, muzik atau seni terus ada — (a) sehingga tamat tempoh seratus dua puluh lima tahun dari akhir tahun ia dibuat; atau (b) jika ia diterbitkan secara komersial sebelum tamat tempoh tujuh puluh lima tahun dari akhir tahun ia dibuat, sehingga tamat WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun ia mula-mula diterbitkan.
Dalam hal suatu karya ciptaan bersama jika seorang atau lebih tetapi tidak semua pencipta adalah orang-orang yang termasuk di bawah ceraian (1), bab ini dikenakan hanya berkenaan dengan pencipta-pencipta tersebut dan hakcipta ada menurut sumbangan mereka dalam karya itu.
Kecuali sebagaimana yang disebutkan dalam bab ini, dan tertakluk kepada sebarang pengecualian yang nyata di bahagian lain dalam Bahagian ini, Bahagian ini dikenakan berkenaan dengan hakcipta Kerajaan tentang hakcipta lain.
Bab ini tidak dikenakan kepada karya jika, atau setakat mana, hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri ada dalam karya itu. Hakcipta dalam Akta dan Perintah Darurat.
(a) setiap Akta; dan (b) setiap Perintah yang dibuat di bawah ceraian (3) bab 83 dari Perlembagaan.
Hakcipta dalam suatu Akta ada dari masa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan memperkenankannya sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun perkenaan tersebut diberikan.
Hakcipta dalam sebarang Perintah tersebut ada dari masa ia dibuat sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun ia dibuat.
Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini kepada hakcipta Kerajaan (kecuali dalam bab 167) termasuk hakcipta di bawah bab ini; dan, kecuali sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian-ceraian (1), (2) atau (3), peruntukan-peruntukan Bahagian ini dikenakan berkenaan dengan hakcipta di bawah bab ini tentang hakcipta Kerajaan yang lain.
Hakcipta lain, atau hak dalam bentuk hakcipta, tidak ada dalam suatu Akta atau dalam sebarang Perintah tersebut. Hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri.
(a) ia layak mendapat perlindungan hakcipta dengan tidak menghiraukan ceraiannya (1) bab 162; dan (b) Majlis Mesyuarat Negeri adalah tuanpunya pertama sebarang hakcipta dalam karya itu.
Hakcipta dalam karya itu disebut dalam Perintah ini sebagai hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri, walaupun ia mungkin, atau telah, diserah hak kepada orang lain.
Hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri dalam suatu karya sastera, drama, muzik atau seni ada sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun ia dibuat.
Bagi maksud bab ini, karya-karya yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan Majlis Mesyuarat Negeri termasuk — (a) sebarang karya yang dibuat oleh seseorang pegawai atau pekerja Majlis Mesyuarat Negeri semasa menjalankan kewajipannya; dan (b) sebarang rakaman bunyi, filem, siaran langsung atau program kabel langsung persidangan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi suatu karya tidaklah boleh dianggap sebagai dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan Majlis Mesyuarat Negeri hanya kerana ia ditempah oleh atau bagi pihak Majlis Mesyuarat Negeri.
Dalam hal suatu karya ciptaan bersama jika seorang atau lebih tetapi tidak semua pencipta bertindak bagi pihak, atau di bawah arahan atau kawalan, Majlis Mesyuarat Negeri, bab ini dikenakan hanya berkenaan dengan pencipta-pencipta tersebut dan hakcipta ada menurut sumbangan mereka dalam karya itu.
Kecuali sebagaimana yang disebutkan dalam bab ini, dan tertakluk kepada sebarang pengecualian yang nyata di bahagian lain dalam Bahagian ini, peruntukan-peruntukan Bahagian ini dikenakan berkenaan dengan hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri tentang hakcipta lain. Hakcipta dalam Rang Undang-Undang Majlis Mesyuarat Negeri.
Hakcipta dalam suatu Rang Undang-Undang awam dipunyai oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan ada dari masa apabila naskhah Rang Undang-Undang itu diserahkan kepada Majlis Mesyuarat Negeri. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Hakcipta dalam suatu Rang Undang-Undang persendirian dipunyai oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan ada dari masa apabila satu salinannya mula-mula disimpan dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Hakcipta dalam suatu Rang Undang-Undang diri dipunyai oleh Majlis Mesyuarat Negeri, dan ada dari masa apabila ia diberikan untuk Bacaan Pertama.
Hakcipta di bawah bab ini terhenti — (a) apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan telah memperkenankan Rang Undang-Undang itu; (b) jika Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan, atas penarikan balik atau penolakannya atau pada berakhirnya musim permesyuaratan.
Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini kepada hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri, kecuali dalam bab 169, termasuk hakcipta di bawah bab ini; dan, kecuali sebagaimana yang disebutkan dalam bab ini, peruntukan-peruntukan Bahagian ini dikenakan berkenaan dengan hakcipta di bawah bab ini tentang hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri yang lain.
Hakcipta lain, atau hak dalam bentuk hakcipta, tidak ada dalam suatu Rang Undang-Undang selepas hakcipta pernah ada di bawah bab ini; tetapi tanpa menjejaskan kuatkuasa yang berikutnya bab ini berkenaan dengan suatu Rang Undang-Undang yang, tidak diluluskan dalam satu musim permesyuaratan, diperkenalkan semula dalam musim permesyuaratan yang berikutnya. Majlis Mesyuarat Negeri: peruntukan-peruntukan tambahan berkaitan dengan hakcipta.
Tugas-tugas Majlis Mesyuarat Negeri sebagai tuanpunya hakcipta hendaklah dijalankan oleh Speaker bagi pihaknya.
Bagi maksud ini, seseorang yang setelah Majlis Mesyuarat Negeri dibubarkan merupakan Speaker bagi Majlis Mesyuarat Negeri boleh terus bertindak sehingga lantikan yang sama dibuat dalam musim permesyuaratan yang berikutnya.
Prosiding undang-undang berkaitan dengan hakcipta hendaklah dibawa oleh atau terhadap Majlis Mesyuarat Negeri atas nama Speaker bagi Majlis Mesyuarat Negeri. Peruntukan-peruntukan rampaian yang lain Hakcipta terletakhak pada pertubuhan antarabangsa tertentu.
(a) dibuat oleh seseorang pegawai atau pekerja, atau diterbitkan oleh, suatu pertubuhan antarabangsa yang dikenakan bab ini; dan (b) tidak layak mendapat perlindungan hakcipta di bawah bab-bab 163 atau 164, hakcipta walau bagaimanapun ada dalam karya itu menurut bab ini dan pertubuhan tersebut adalah tuanpunya pertama hakcipta itu.
Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dikenakan bab ini adalah pertubuhan-pertubuhan yang mengenainya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan telah dengan perintah mengisytiharkan bahawa adalah mustahak supaya bab ini dikenakan.
Hakcipta yang suatu pertubuhan antarabangsa adalah tuanpunyanya yang pertama menurut bab ini terus ada sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun karya itu dibuat atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang mungkin dinyatakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan Perintah bagi maksud mematuhi obligasi antarabangsa Negara Brunei Darussalam.
Suatu pertubuhan antarabangsa yang dikenakan bab ini hendaklah dianggap mempunyai, dan ada mempunyai pada setiap masa yang mustahak, keupayaan undang-undang sebagai suatu badan korporat bagi maksud memegang, mengurusniagakan dan menguatkuasakan hakcipta, dan berhubung dengan semua prosiding undang-undang berkenaan dengan hakcipta. Cerita rakyat dll. karya tanpa nama yang tidak diterbitkan.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Jika di bawah undang-undang negara itu suatu badan dilantik untuk melindungi dan menguatkuasakan hakcipta dalam karya tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh dengan perintah menetapkan badan itu bagi maksud bab ini.
Suatu badan yang ditetapkan hendaklah diiktiraf di Negara Brunei Darussalam sebagai mempunyai kuasa untuk melakukan sebagai ganti pemilik hakcipta apa-apa jua, selain dari penyerahan hak hakcipta, yang ia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah undang-undang negara itu, termasuk membawa prosiding atas namanya sendiri.
Dalam ceraian (1), "individu kelayakan" bermakna seseorang individu yang pada masa yang mustahak (dalam makna bab 163) adalah seorang yang karyanya di bawah bab itu layak mendapat perlindungan hakcipta.
Bab ini tidak dikenakan jika telah ada suatu penyerahan hak hakcipta dalam karya itu oleh pencipta yang notisnya telah diberikan kepada badan yang ditetapkan; dan tiada sebarang apa pun dalam bab ini menjejaskan kesahan suatu penyerahan hak hakcipta yang dibuat, atau lesen yang diberikan, oleh pencipta atau seseorang yang menuntut secara sah di bawahnya. Peruntukan-peruntukan peralihan dan pengecualian dll. Peruntukan-peruntukan peralihan dan pengecualian.
Pindaan Jadual Pertama.
Hak dan keistimewaan di bawah sebarang undang-undang.
(a) sebarang hak atau keistimewaan mana-mana orang di bawah sebarang undang-undang bertulis; (b) sebarang hak atau keistimewaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan yang ada melainkan di bawah suatu undang-undang bertulis; (c) sebarang hak atau keistimewaan Majlis Mesyuarat Negeri; (d) hak mana-mana orang untuk menjual, menggunakan ataupun sebaliknya mengurusniagakan artikel-artikel yang dirampas di bawah sebarang undang-undang berkaitan dengan kastam dan eksais; (e) kuatkuasa sebarang aturan ekuiti berkaitan dengan pecah amanah atau kepercayaan.
Tertakluk kepada ceraian (1), hakcipta atau hak dalam bentuk hakcipta tidak ada melainkan menurut Bahagian ini atau undang-undang bertulis lain bagi maksud itu.
Tiada sebarang apa pun dalam Bahagian ini menjejaskan sebarang undang-undang yang menghalang atau menyekat penguatkuasaan hakcipta, atas alasan kepentingan awam ataupun sebaliknya.
Tiada sebarang apa pun dalam Bahagian ini menjejaskan sebarang hak tindakan atau remedi lain, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh didapatkan melainkan di bawah Bahagian ini berkaitan dengan perbuatan-perbuatan yang melanggar sebarang hak yang diberikan oleh Penggal IV. Tafsiran Makna "institusi pendidikan" dll.
(a) mana-mana sekolah, sebagaimana yang ditakrifkan dalam bab 2 dari Akta Pendidikan (Sekolah-Sekolah Bukan Kerajaan) (Penggal 55); dan (b) sebarang perihalan lain institusi pendidikan yang dinyatakan bagi maksud Bahagian ini dengan perintah Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara pendidikan.
Peguam Negara boleh dengan perintah memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan Bahagian ini berkaitan dengan institusi pendidikan hendaklah dikenakan, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian dan penyesuaian-penyesuaian sebagaimana yang mungkin dinyatakan, kepada guru-guru yang diambil bekerja untuk mengajar murid-murid yang tidak dapat menghadiri suatu institusi pendidikan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Berkenaan dengan suatu institusi pendidikan, ungkapan-ungkapan "guru" dan "murid" dalam Bahagian ini termasuk, masing-masing, orang yang memberi dan mana-mana orang yang menerima pengajaran.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada apa-apa jua yang dilakukan bagi pihak suatu institusi pendidikan adalah sebutan kepada apa-apa jua yang dilakukan bagi maksud institusi itu oleh mana-mana orang. Makna "penerbitan" dan "penerbitan komersial".
(a) bermakna pengeluaran salinan-salinan kepada orang ramai; dan (b) termasuk, dalam hal suatu karya sastera, drama, muzik atau seni, menyediakannya kepada orang ramai melalui suatu sistem mendapat kembali elektronik.
Dalam Perintah ini tetapi tertakluk kepada ceraian (4), "penerbitan komersial", berkenaan dengan suatu karya sastera, drama, muzik atau seni, bermakna — (a) mengeluarkan salinan-salinan kepada orang ramai pada masa apabila salinan-salinan yang dibuat sebelum pesanan diterima adalah pada amnya tersedia kepada orang ramai; atau (b) menyediakannya kepada orang ramai melalui suatu sistem mendapat kembali elektronik.
Dalam hal suatu karya senibina dalam bentuk suatu bangunan, atau suatu karya seni yang dimasukkan dalam suatu bangunan, pembinaan bangunan itu hendaklah disifatkan sama dengan penerbitan karya itu.
Yang berikut tidak merupakan penerbitan bagi maksud Bahagian ini, dan sebutan-sebutan kepada suatu penerbitan komersial hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya — (a) dalam hal suatu karya sastera, drama atau muzik — (i) persembahan karya itu; atau (ii) penyiaran karya itu atau pemasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel (melainkan bagi maksud suatu sistem mendapat kembali elektronik); (b) dalam hal suatu karya seni — (i) pertunjukan karya itu; (ii) pengeluaran kepada orang ramai salinan-salinan suatu karya grafik yang menggambarkan, atau gambar-gambar, suatu karya senibina dalam bentuk suatu bangunan atau model bagi suatu bangunan, seni ukir atau suatu karya ketukangan seni; (iii) pengeluaran kepada orang ramai salinan-salinan suatu filem termasuk karya itu; atau (iv) penyiaran karya itu atau pemasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel (melainkan bagi maksud suatu sistem mendapat kembali elektronik); (c) dalam hal suatu rakaman bunyi atau filem — (i) karya itu dimainkan atau ditunjukkan di khalayak ramai; atau (ii) penyiaran karya itu atau pemasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel.
Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini kepada penerbitan atau penerbitan komersial tidak termasuk penerbitan yang hanya boleh diwaranakan dan tidak dimaksudkan untuk memenuhi kehendak-kehendak yang munasabah orang ramai.
Tiada pertimbangan boleh diberikan bagi maksud bab ini mengenai sebarang perbuatan tanpa kebenaran. Kehendak tandatangan: pengenaan berkaitan dengan badan korporat.
Kehendak-kehendak dalam perenggan (b) ceraian (2) bab 81 dan ceraian (2) bab 90 supaya suatu dokumen ditandatangani oleh seseorang adalah dipenuhi, dalam hal suatu badan korporat, dengan menandatangani bagi pihak badan korporat itu atau dengan membubuh meterainya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
HAK DALAM PERSEMBAHAN Pengenalan Hak yang diberikan kepada orang yang membuat persembahan dan orang yang mempunyai hak rakaman.
(a) kepada orang yang membuat persembahan, dengan menghendaki persetujuannya terhadap pengeksploitasian persembahannya; dan (b) kepada seseorang yang mempunyai hak rakaman berkenaan dengan suatu persembahan, berkenaan dengan rakaman yang dibuat tanpa persetujuannya atau persetujuan orang yang membuat persembahan itu, dan mewujudkan kesalahan-kesalahan berkenaan dengan urusniaga atau menggunakan rakaman haram dan perbuatan-perbuatan lain tertentu yang berkaitan.
Dalam Bahagian ini — "persembahan" bermakna — (a) suatu persembahan drama (yang termasuk tarian dan mimos); (b) suatu persembahan muzik; (c) pembacaan atau pendeklamsian suatu karya sastera; atau (d) suatu persembahan dengan lakonan aneka ragam atau sebarang persembahan yang serupa, yang merupakan, atau setakat mana ia merupakan, suatu persembahan langsung yang diadakan oleh seorang individu atau lebih; "rakaman", berkenaan dengan suatu persembahan, bermakna suatu rakaman filem atau bunyi — (a) yang terus dibuat dari persembahan langsung; (b) yang dibuat dari suatu siaran, atau program kabel termasuk, persembahan tersebut; atau (c) yang dibuat, secara langsung atau tidak langsung, dari rakaman lain persembahan itu.
Hak-hak yang diberikan oleh Bahagian ini dikenakan berkenaan dengan persembahan-persembahan yang diadakan sebelum permulaan kuatkuasa; tetapi tiada perbuatan yang dilakukan sebelum permulaan kuatkuasa, atau menurut penyusunan yang dibuat sebelum permulaan kuatkuasa, boleh dianggap sebagai melanggar hak-hak itu.
Ceraian-ceraian (3), (4) dan (5) bab 8, ceraian (4) bab 9, dan ceraian (4) bab 21, dikenakan bagi maksud-maksud Bahagian ini, berkenaan dengan pelanggaran hak-hak yang diberikan oleh Bahagian ini, sebagaimana ia dikenakan bagi maksud-maksud Bahagian I berkenaan dengan pelanggaran hakcipta.
Hak-hak yang diberikan oleh Bahagian ini adalah bebas dari — (a) sebarang hakcipta dalam, atau hak moral berkenaan dengan, sebarang karya yang dipersembahkan atau sebarang rakaman filem atau bunyi, atau siaran atau program kabel termasuk, persembahan itu; dan (b) sebarang hak atau kewajipan lain yang berbangkit melainkan di bawah Bahagian ini. Hak orang yang membuat persembahan Persembahan kelayakan.
Persetujuan dikehendaki bagi rakaman atau pemancaran persembahan secara langsung.
(a) membuat, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestiknya, suatu rakaman keseluruhan atau sebahagian besar dari persembahan kelayakan; atau (b) menyiarkan langsung, atau memasukkan langsung dalam suatu perkhidmatan program kabel, keseluruhan atau sebahagian besar dari persembahan kelayakan dan menyampaikan persembahannya secara langsung kepada orang ramai. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Dalam suatu tindakan kerana melanggar hak orang yang membuat persembahan yang dibawa di bawah bab ini, ganti rugi tidaklah boleh diaward terhadap defendan yang menunjukkan bahawa pada masa pelanggaran itu dia percaya atas alasan yang munasabah bahawa persetujuan telah diberikan. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana menggunakan rakaman.
(a) menunjukkan atau memainkan di khalayak ramai keseluruhan atau sebahagian besar dari persembahan kelayakan; atau (b) menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel keseluruhan atau sebahagian besar dari persembahan kelayakan, dengan cara suatu rakaman yang dibuat, dan yang diketahui oleh orang itu atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah dibuat, tanpa persetujuan orang yang membuat persembahan. Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana membawa masuk dll. rakaman haram.
(a) membawa masuk melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestiknya; atau (b) semasa menjalankan suatu perniagaan, memiliki, menjual, menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, atau mengedar, suatu rakaman persembahan kelayakan yang merupakan, dan yang diketahui oleh orang itu atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, rakaman haram.
Jika dalam suatu tindakan kerana melanggar hak orang yang membuat persembahan yang dibawa di bawah bab ini defendan menunjukkan bahawa rakaman haram itu diperolehi secara ikhlas olehnya atau pemegang hakmiliknya yang dahulu, satu-satunya remedi yang boleh didapatkan terhadapnya berkaitan dengan pelanggaran itu adalah ganti rugi yang tidak melebihi dari pembayaran yang munasabah berkaitan dengan perbuatan yang dibuat aduan itu.
Dalam ceraian (2), "diperolehi secara ikhlas" bermakna bahawa orang yang memperolehi rakaman itu tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah rakaman haram. 9hb. APRIL, 2001 Hak orang yang mempunyai hak rakaman Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana menyewakan.
Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana membuat persembahan tetap yang disediakan kepada orang ramai melalui wayar atau wayarles.
Pelanggaran hak orang yang membuat persembahan kerana membuat persembahan tetap yang disediakan kepada orang ramai melalui jualan dll.
Hak moral orang yang membuat persembahan.
(a) untuk diperkenalkan sebagai orang yang membuat persembahannya, kecuali jika penyingkiran diimilakkan dengan cara menggunakan persembahan itu; dan (b) untuk membantah terhadap sebarang putarbelit, pencacatan atau sebarang pengubahsuaian lain persembahannya yang menjejaskan nama baik atau reputasinya.
Tiada satu pun dari hak-hak yang disebutkan dalam ceraian (1) boleh dipindahkan dalam masa hayat orang yang membuat persembahan, tetapi hak untuk menjalankannya boleh dipindahkan dengan pelupusan perwasiatan atau dengan kuatkuasa undang-undang selepas kematiannya.
Orang yang membuat persembahan boleh mengetepikan sebarang hak yang disebutkan dalam ceraian (1), dengan syarat bahawa penepian itu adalah 405 WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM secara bertulis dan menyatakan dengan jelas hak yang diketepikan dan hal keadaan bagaimana penepian itu dikenakan, dan memperuntukkan selanjutnya bahawa sebarang penepian hak yang disebutkan dalam perenggan (b) ceraian (1) menyatakan jenis dan takat pengubahsuaian atau tindakan lain yang berkaitan dengannya ia diketepikan. Atas kematian orang yang membuat persembahan, orang yang kepadanya hak moral diturunkan hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan hak-hak tersebut. Kontrak rakaman eksklusif dan orang yang mempunyai hak rakaman.
Sebutan dalam Bahagian ini kepada seseorang yang mempunyai hak rakaman berkenaan dengan suatu persembahan adalah, tertakluk kepada ceraian (3), sebutan kepada seseorang — (a) yang menjadi pihak kepada dan mendapat faedah dari suatu kontrak rakaman eksklusif yang kepadanya persembahan itu tertakluk; atau (b) yang kepadanya faedah dari kontrak tersebut telah diserahhak, dan yang merupakan orang kelayakan.
Jika suatu persembahan tertakluk kepada suatu kontrak rakaman eksklusif tetapi orang yang disebutkan dalam ceraian (2) adalah bukan orang kelayakan, sebutan dalam Bahagian ini kepada seseorang yang mempunyai hak rakaman berkenaan dengan persembahan itu adalah sebutan kepada mana-mana orang — (a) yang dilesenkan oleh orang itu untuk membuat rakaman persembahan tersebut dengan tujuan untuk mengeksploitasinya secara komersial; atau (b) yang kepadanya faedah dari lesen tersebut telah diserah hak, dan yang merupakan orang kelayakan. Dalam bab ini, "dengan tujuan untuk mengeksploitasi secara komersial" bermakna dengan tujuan untuk menjual, menyewakan, atau menunjukkan atau memainkan di khalayak ramai rakaman tersebut. Persetujuan dikehendaki bagi merakam persembahan yang tertakluk kepada kontrak eksklusif.
Dalam suatu tindakan kerana melanggar hak tersebut yang dibawa di bawah bab ini, ganti rugi tidaklah boleh diaward terhadap defendan yang menunjukkan bahawa pada masa pelanggaran itu dia percaya atas alasan yang munasabah bahawa persetujuan telah diberikan. Pelanggaran hak rakaman kerana menggunakan rakaman yang dibuat tanpa persetujuan.
(a) menunjukkan atau memainkan di khalayak ramai keseluruhan atau sebahagian besar dari persembahan itu; atau (b) menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel keseluruhan atau sebahagian besar dari persembahan itu, dengan cara suatu rakaman yang, dan yang diketahui oleh orang itu atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, dibuat tanpa persetujuan yang berkenaan.
Sebutan dalam ceraian (1) kepada persetujuan yang berkenaan adalah sebutan kepada persetujuan — (a) orang yang membuat persembahan; atau (b) orang yang pada masa persetujuan itu diberikan mempunyai hak rakaman berkenaan dengan persembahan itu (atau, jika terdapat lebih daripada seorang, mereka semua). Pelanggaran hak rakaman kerana membawa masuk dll. rakaman haram.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) membawa masuk melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestiknya; atau (b) semasa menjalankan suatu perniagaan, memiliki, menjual, menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan, atau mengedar; suatu rakaman persembahan itu yang, dan yang diketahui oleh orang itu atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, rakaman haram.
Jika dalam suatu tindakan kerana melanggar hak tersebut yang dibawa di bawah bab ini defendan menunjukkan bahawa rakaman haram itu diperolehi secara ikhlas olehnya atau pemegang hakmiliknya yang dahulu, satu-satunya remedi yang boleh didapatkan terhadapnya berkaitan dengan pelanggaran itu adalah ganti rugi yang tidak melebihi dari pembayaran yang munasabah berkaitan dengan perbuatan yang dibuat aduan itu.
Dalam ceraian (2), "diperolehi secara ikhlas" bermakna bahawa orang yang memperolehi rakaman itu tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mempercayai, bahawa ia adalah rakaman haram. Kekecualian kepada hak yang diberikan Perbuatan yang dibenarkan dengan tidak menghiraukan hak yang diberikan oleh Bahagian ini.
Kuasa Tribunal untuk memberi persetujuan bagi pihak orang yang membuat persembahan yang tertentu.
(a) identiti atau tempat di mana orang yang membuat persembahan berada tidak dapat dipastikan dengan siasatan yang munasabah; atau (b) orang yang membuat persembahan menahan persetujuannya dengan cara yang tidak munasabah.
Persetujuan yang diberikan oleh Tribunal Hakcipta mempunyai kuatkuasa sebagai persetujuan orang yang membuat persembahan bagi maksud — (a) peruntukan-peruntukan Bahagian ini berkenaan dengan hak orang yang membuat persembahan; dan (b) perenggan (a) ceraian (3) bab 205, dan boleh diberikan tertakluk kepada sebarang syarat yang dinyatakan dalam persetujuan Tribunal.
Tribunal Hakcipta tidaklah boleh memberi persetujuan di bawah perenggan (a) ceraian (1) kecuali selepas penyampaian atau penerbitan notis-notis sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh aturan-aturan yang dibuat di bawah bab 159 atau sebagaimana yang mungkin diarahkan dalam sebarang hal tertentu.
Tribunal Hakcipta tidaklah boleh memberi persetujuan di bawah perenggan (b) ceraian (1) melainkan jika ia berpuashati bahawa sebab orang yang membuat persembahan menahan persetujuan tidak termasuk perlindungan sebarang kepentingannya yang sah; tetapi adalah bagi orang yang membuat persembahan untuk menunjukkan apa sebabnya menahan persetujuan, dan sekiranya tiada keterangan tentang sebabnya Tribunal Hakcipta boleh membuat kesimpulan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Dalam sebarang hal, Tribunal Hakcipta hendaklah mengambil kira — (a) sama ada rakaman original dibuat dengan persetujuan orang yang membuat persembahan dan berada dalam milikan atau kawalan yang sah orang yang bercadang hendak membuat rakaman selanjutnya; (b) sama ada pembuatan rakaman selanjutnya adalah selaras dengan kewajipan pihak-pihak kepada penyusunan yang di bawahnya, atau adalah sebaliknya selaras dengan maksud, rakaman original dibuat.
Jika Tribunal Hakcipta memberi persetujuan di bawah bab ini ia hendaklah, sekiranya tiada persetujuan di antara pemohon dan orang yang membuat persembahan, membuat perintah sebagaimana yang difikirkannya patut tentang pembayaran yang hendak dibuat kepada orang yang membuat persembahan sebagai balasan persetujuan yang diberikan. Jangka masa dan pemindahan hak; persetujuan Jangkamasa hak.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pemindahan hak.
Atas kematian seseorang yang berhak terhadap hak orang yang membuat persembahan — (a) hak itu berpindah kepada orang sebagaimana yang mungkin diarahkannya secara khusus dengan wasiat; dan (b) jika, atau setakat mana, arahan tersebut tidak ada, hak itu boleh dijalankan oleh wakil dirinya; dan sebutan-sebutan dalam Bahagian ini kepada orang yang membuat persembahan, dalam konteks orang yang mempunyai hak orang yang membuat persembahan, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan-sebutan kepada orang yang pada masa itu berhak untuk menjalankan hak tersebut.
Jika di bawah perenggan (a) ceraian (2) suatu hak menjadi boleh dijalankan oleh lebih daripada seorang, hak itu boleh dijalankan oleh mereka masing-masing secara bebas daripada orang lain atau orang-orang lain.
Ceraian-ceraian (1), (2) dan (3) tidak menjejaskan perenggan (b) ceraian (2), atau perenggan (b) ceraian (3), dari bab 189, setakat mana peruntukan-peruntukan itu memberi hak di bawah Bahagian ini ke atas seseorang yang kepadanya faedah dari suatu kontrak atau lesen telah diserahhak.
Sebarang ganti rugi yang didapatkan kembali oleh wakil diri di bawah bab ini berkaitan dengan suatu pelanggaran selepas kematian seseorang hendaklah diturunkan sebagai sebahagian dari harta pusakanya seolah-olah hak tindakan ada dan terletakhak padanya sejurus sebelum kematiannya. Persetujuan.
Seseorang yang mempunyai hak rakaman dalam suatu persembahan adalah terikat dengan sebarang persetujuan yang diberikan oleh seseorang yang melaluinya dia memperoleh haknya di bawah kontrak rakaman eksklusif atau suatu lesen, sama seperti seolah-olah persetujuan itu telah diberikan olehnya.
Jika suatu hak yang diberikan oleh Bahagian ini berpindah kepada orang lain, sebarang persetujuan yang mengikat orang yang dahulunya berhak mengikat orang yang kepadanya hak itu berpindah sama seperti seolah-olah persetujuan itu telah diberikan olehnya. Remedi kerana pelanggaran Pelanggaran boleh diambil tindakan sebagai pelanggaran kewajipan berkanun.
Perintah penyerahan.
Suatu permohonan tidaklah boleh dibuat selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam bab 211; dan tiada perintah boleh dibuat melainkan jika mahkamah juga membuat, atau pada pendapat mahkamah bahawa terdapat alasan untuk membuat, suatu perintah di bawah bab 212.
Seseorang yang kepadanya suatu rakaman diserahkan menurut suatu perintah di bawah bab ini hendaklah, jika suatu perintah di bawah bab 212 tidak dibuat, menyimpannya sementara menunggu suatu perintah dibuat, atau keputusan untuk tidak membuat suatu perintah, di bawah bab itu.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini menjejaskan sebarang kuasa lain mahkamah. Hak untuk merampas rakaman haram.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Sebelum apa-apa jua dirampas di bawah bab ini, notis tentang masa dan tempat rampasan yang dicadangkan mestilah diberikan kepada balai polis setempat.
Seseorang boleh bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh bab ini memasuki mana-mana tempat di mana orang ramai mempunyai hak untuk masuk tetapi tidak boleh merampas apa-apa jua yang ada dalam milikan, simpanan atau kawalan seseorang di suatu tempat perniagaannya yang tetap atau biasa, dan tidak boleh menggunakan sebarang kekerasan.
Pada masa apabila apa-apa jua dirampas di bawah bab ini, hendaklah ditinggalkan di tempat di mana ia dirampas suatu notis yang mengandungi butir-butir tentang orang yang membuat rampasan itu atau orang yang atas autoritinya rampasan itu dibuat dan alasan rampasan itu dibuat. Makna "rakaman haram".
Bagi maksud hak orang yang membuat persembahan, suatu rakaman keseluruhan atau sebahagian besar dari suatu persembahannya adalah rakaman haram jika ia dibuat, tanpa persetujuannya, melainkan untuk maksud-maksud persendirian.
Bagi maksud hak seseorang yang mempunyai hak rakaman, suatu rakaman keseluruhan atau sebahagian besar dari suatu persembahan tertakluk kepada kontrak rakaman eksklusif adalah rakaman haram jika ia dibuat, melainkan untuk maksud-maksud persendirian, tanpa persetujuannya atau persetujuan orang yang membuat persembahan.
Bagi maksud bab-bab 205 dan 209, suatu rakaman adalah rakaman haram jika ia adalah rakaman haram bagi sebarang maksud yang disebutkan dalam ceraian-ceraian (2) atau (3).
Dalam Bahagian ini, "rakaman haram" termasuk suatu rakaman yang kena disifatkan sebagai rakaman haram di bawah perenggan-perenggan 4(3), 6(2), 12(2) atau 16(3) dari Jadual Kedua, tetapi sebaliknya tidak termasuk suatu rakaman yang dibuat di bawah sebarang peruntukan Jadual itu.
Adalah tidak mustahak bagi maksud bab ini di mana rakaman itu dibuat. Pengenaan Bahagian ini Pengenaan Bahagian ini.
(a) orang yang membuat persembahan yang merupakan rakyat Negara Brunei Darussalam; (b) orang yang membuat persembahan yang bukan rakyat Negara Brunei Darussalam, tetapi persembahannya — (i) diadakan di Negara Brunei Darussalam; (ii) telah dimasukkan dalam suatu rakaman bunyi yang dilindungi di bawah Perintah ini; atau (iii) belum ditetapkan dalam suatu rakaman bunyi tetapi dimasukkan dalam suatu siaran yang layak mendapat perlindungan di bawah Perintah ini; dan (c) orang yang membuat persembahan yang layak mendapat perlindungan di Negara Brunei Darussalam menurut suatu konvensyen antarabangsa atau perjanjian antarabangsa lain di mana Negara Brunei Darussalam menjadi suatu pihak.
RAMPAIAN, KESALAHAN-KESALAHAN DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM Peranti yang direkabentuk untuk memintas perlindungan-salinan dll. Peruntukan-peruntukan berhubung dengan penyalahgunaan berkaitan dengan alat perlindungan teknikal.
Perbuatan-perbuatan yang berikut adalah menyalahi undang-undang dan, dalam pengenaan sebarang peruntukan Perintah ini berhubung dengan remedi sivil atau jenayah, hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran hak yang dilindungi oleh Perintah ini — (a) pembuatan atau pengimportan untuk jualan atau penyewaan sebarang peranti atau alat yang khusus direkabentuk atau WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM disesuaikan untuk memintas sebarang peranti atau alat yang dimaksudkan untuk menghalang atau menyekat pengeluaran semula suatu karya, rakaman bunyi atau siaran, atau untuk merosakkan kualiti sebarang salinannya; (b) pembuatan atau pengimportan untuk jualan atau penyewaan sebarang peranti atau alat yang mudah membolehkan atau membantu penerimaan siaran program yang ditukar ke dalam kod ataupun sebaliknya disampaikan kepada orang ramai, termasuk melalui satelit, oleh mana-mana orang yang tidak berhak menerima program itu; (c) pemindahan atau pengubahan sebarang maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; (d) pengedaran, pengimportan untuk diedarkan, disiarkan, disampaikan atau disediakan kepada orang ramai, tanpa kebenaran, atau suatu karya, persembahan, rakaman bunyi atau siaran, oleh mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa maklumat pengurusan hak elektronik itu telah dipindahkan atau diubah tanpa kebenaran.
Dalam pengenaan sebarang peruntukan Perintah ini berkenaan dengan remedi sivil atau jenayah, sebarang peranti dan alat haram yang disebutkan dalam ceraian (2) dan sebarang salinan yang darinya maklumat pengurusan hak telah dipindahkan atau di mana maklumat itu telah diubah, hendaklah disifatkan sebagai salinan langgaran, dan sebarang perbuatan haram yang disebutkan dalam ceraian (2) hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran hakcipta yang boleh dikenakan peruntukan-peruntukan Perintah ini berkenaan dengan remedi sivil dan jenayah.
Bab-bab 106, 107 dan 108 dikenakan kepada prosiding di bawah bab ini tentang prosiding di bawah Bahagian I.
Bab 212 dikenakan, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian yang perlu, kepada pelupusan apa-apa jua yang diserahkan atau dirampas di bawah ceraian (3).
Dalam bab ini "maklumat pengurusan hak" bermakna sebarang maklumat yang mengenalpasti pencipta, karya, penerbit suatu rakaman bunyi, penyiar, orang yang membuat persembahan, persembahan, atau mana-mana tuanpunya sebarang hak di bawah Perintah ini, sebarang maklumat tentang syarat-syarat penggunaan suatu karya atau persembahan, dan sebarang nombor atau kod yang menggambarkan maklumat itu, apabila sebarang butiran maklumat itu dilampirkan kepada salinan suatu karya atau suatu persembahan tetap, atau terdapat berhubung dengan penyiaran, penyampaian kepada orang ramai atau penyediaan kepada orang ramai karya atau persembahan tetap itu. Kesalahan-kesalahan Liabiliti jenayah kerana membuat atau mengurusniagakan artikel langgaran dll.
(a) membuat untuk jualan atau sewaan; (b) membawa masuk melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestiknya; (c) menyampaikan karya itu kepada orang ramai; (d) semasa menjalankan suatu perniagaan, memiliki, dengan tujuan untuk melakukan sebarang perbuatan yang melanggar hakcipta; (e) semasa menjalankan suatu perniagaan— (i) menjual atau menyewakan; (ii) menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan; (iii) mempamerkan di khalayak ramai; atau (iv) mengedarkan; atau (f) melainkan semasa menjalankan suatu perniagaan, mengedarkan setakat mana menjejaskan tuanpunya hakcipta, suatu artikel yang merupakan, dan yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, salinan langgaran suatu karya hakcipta.
Seseorang itu melakukan suatu kesalahan yang — (a) membuat suatu artikel yang khusus direkabentuk atau disesuaikan untuk membuat salinan-salinan suatu karya hakcipta yang tertentu; atau (b) mempunyai artikel tersebut dalam milikannya, jika dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa artikel tersebut akan digunakan untuk membuat salinan-salinan langgaran untuk jualan atau sewaan atau untuk digunakan semasa menjalankan suatu perniagaan.
Jika hakcipta dilanggar, melainkan dengan penerimaan suatu siaran atau program kabel — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) kerana mempersembahkan kepada orang ramai suatu karya sastera, drama atau muzik; atau (b) kerana memainkan atau menayangkan di khalayak ramai suatu rakaman bunyi atau filem, mana-mana orang yang menyebabkan karya itu dipersembahkan, dimainkan atau ditayangkan demikian adalah melakukan suatu kesalahan jika dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa hakcipta akan dilanggar.
Bab-bab 106, 107 dan 108 tidak dikenakan kepada prosiding kerana suatu kesalahan di bawah bab ini; tetapi tanpa menjejaskan penganannya dalam prosiding kerana suatu perintah di bawah bab 209.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan- perenggan (a) atau (b), perenggan kecil (iv) perenggan (e), atau perenggan (f), ceraian (1) boleh apabila sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari dua tahun, dikenakan suatu denda atau kedua-duanya sekali.
Seseorang yang melakukan sebarang kesalahan lain di bawah bab ini boleh apabila sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari enam bulan, dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Liabiliti jenayah kerana membuat dll. rakaman haram.
(a) membuat untuk jualan atau sewaan; (b) membawa masuk melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestiknya; (c) menyediakan kepada orang ramai; (d) semasa menjalankan suatu perniagaan, memiliki, dengan tujuan untuk melakukan sebarang perbuatan yang melanggar hak yang diberikan oleh Bahagian ini; atau (e) semasa menjalankan suatu perniagaan — (i) menjual atau menyewakan; (ii) menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau sewaan; atau 9hb. APRIL, 2001 (iii) mengedarkan, suatu rakaman yang merupakan, dan yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah, rakaman haram.
Seseorang itu melakukan suatu kesalahan yang menyebabkan rakaman suatu persembahan yang dibuat tanpa persetujuan yang mencukupi — (a) ditunjukkan atau dimainkan di khalayak ramai; atau (b) disiarkan atau dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel, dengan itu melanggar sebarang hak yang diberikan oleh Bahagian ini, jika dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa hak tersebut adalah dengan itu dilanggar.
Dalam ceraian-ceraian (1) dan (2), "persetujuan yang mencukupi" bermakna — (a) dalam hal suatu persembahan kelayakan, persetujuan orang yang membuat persembahan; dan (b) dalam hal suatu persembahan bukan kelayakan tertakluk kepada suatu kontrak rakaman eksklusif — (i) bagi maksud perenggan (a) ceraian (1), persetujuan orang yang membuat persembahan atau orang yang mempunyai hak rakaman; dan (ii) bagi maksud perenggan-perenggan (b), (c) dan (d) ceraian (1), dan ceraian (2), persetujuan orang yang mempunyai hak rakaman. Sebutan dalam ceraian ini kepada orang yang mempunyai hak rakaman adalah sebutan kepada orang yang mempunyai hak tersebut pada masa persetujuan itu diberikan atau, jika terdapat lebih daripada seorang, sebutan kepada mereka semua.
Tiada kesalahan dilakukan di bawah ceraian-ceraian (1) atau (2) kerana melakukan suatu perbuatan yang di bawah sebarang peruntukan Jadual Kedua mungkin dilakukan tanpa melanggar hak yang diberikan oleh Bahagian ini.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan-perenggan (a) atau (b), atau perenggan kecil (iii) perenggan (e), ceraian (1) boleh apabila sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari dua tahun, dikenakan suatu denda atau kedua-duanya sekali. 417 WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Seseorang yang melakukan sebarang kesalahan lain di bawah bab ini boleh apabila sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari enam bulan, dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Pengenaan Penggal 96 dalam penguatkuasaan.
Sebarang undang-undang yang membenarkan pendedahan maklumat bagi maksud memudahkan penguatkuasaan Akta Tanda-Tanda Dagangan (Penggal 96) hendaklah dikenakan seolah-olah bab-bab 204 dan 205 dari Perintah ini terkandung dalam Akta itu, dan seolah-olah kuasa-kuasa mana-mana orang berkenaan dengan penguatkuasaan bab itu adalah kuasa-kuasa di bawah Akta itu. Menyatakan dengan palsu kebenaran untuk memberi persetujuan.
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah ceraian (1) boleh apabila sabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari enam bulan, dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Kesalahan yang dilakukan oleh perkongsian dan badan korporat.
Jika suatu perkongsian melakukan suatu kesalahan di bawah Perintah ini, setiap rakan kongsi, selain dari rakan kongsi yang dibuktikan tidak tahu atau telah cuba menghalang berlakunya kesalahan itu, adalah juga melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan selanjutnya dan dihukum dengan sewajarnya.
Berkenaan dengan suatu badan korporat yang urusannya diurus oleh ahli-ahlinya, "pengarah", dalam ceraian (1), bermakna mana-mana ahli badan korporat itu. Perintah bagi penyerahan dalam prosiding jenayah.
(a) dia mempunyai dalam milikan, simpanan atau kawalannya salinan langgaran suatu karya hakcipta semasa menjalankan suatu perniagaan; atau (b) dia mempunyai dalam milikan, simpanan atau kawalannya suatu artikel yang khusus direkabentuk atau disesuaikan untuk membuat salinan-salinan suatu karya hakcipta yang tertentu, dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia telah atau akan digunakan untuk membuat salinan-salinan langgaran, memerintahkan supaya salinan langgaran atau artikel itu diserahkan kepada pemilik hakcipta atau kepada orang lain sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh mahkamah.
Mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa terhadap seseorang kerana suatu kesalahan di bawah bab 205 boleh, jika berpuashati bahawa pada masa dia ditangkap atau dituduh dia mempunyai dalam milikan, simpanan atau kawalannya semasa menjalankan suatu perniagaan rakaman haram suatu persembahan, memerintahkan supaya ia diserahkan kepada seseorang yang mempunyai hak orang yang membuat persembahan atau hak rakaman berkenaan dengan persembahan itu atau kepada orang lain sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh mahkamah.
Suatu perintah boleh dibuat oleh mahkamah atas usulnya sendiri atau atas permohonan Pendakwa Raya, dan boleh dibuat sama ada atau tidak orang itu telah disabitkan atas kesalahan itu, tetapi tidaklah boleh dibuat — (a) selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam bab 211; atau (b) jika pada pendapat mahkamah tidak mungkin sebarang perintah akan dibuat di bawah bab 212.
Seseorang yang kepadanya suatu salinan langgaran atau artikel lain, atau suatu rakaman haram (mengikut mana yang berkenaan), diserahkan menurut suatu perintah di bawah bab ini hendaklah menyimpannya sementara menunggu WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM suatu perintah dibuat, atau keputusan untuk tidak membuat suatu perintah, di bawah bab 212.
Tiada sebarang apa pun dalam bab ini menjejaskan sebarang kuasa lain mahkamah berkenaan dengan rampasan dalam prosiding jenayah. Waran geledah.
(a) bahawa suatu kesalahan — (i) di bawah perenggan-perenggan (a) atau (b), perenggan kecil (iv) perenggan (e), atau perenggan (f), cerai (1) bab 204; atau (ii) di bawah perenggan-perenggan (a) atau (b), atau perenggan kecil (iii) perenggan (e), cerai (1) bab 205, telah atau hendak dilakukan di mana-mana tempat; dan (b) bahawa keterangan bahawa kesalahan tersebut telah atau hendak dilakukan di tempat itu, dia boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada seseorang pegawai polis untuk memasuki dan menggeledah tempat itu, dengan menggunakan kekerasan yang munasabah sebagaimana yang diperlukan.
Suatu waran di bawah cerai (1) — (a) boleh membenarkan orang-orang untuk menyertai pegawai polis yang melaksanakan waran tersebut; dan (b) terus berkuatkuasa selama dua puluh lapan hari dari tarikh ia dikeluarkan.
Dalam melaksanakan suatu waran yang dikeluarkan di bawah bab ini, pegawai polis itu boleh merampas sebarang artikel jika dia mempercayai dengan munasabah bahawa ada keterangan bahawa suatu kesalahan di bawah cerai (1) bab 204 atau cerai (1) bab 205 telah atau hendak dilakukan. Peruntukan-peruntukan tambahan berkenaan dengan penyerahan dan rampasan Tempoh yang selepasnya remedi penyerahan tidak boleh didapatkan.
Jika, pada keseluruhan atau sebahagian dari tempoh itu, pemilik hakcipta atau (mengikut mana yang berkenaan) seseorang yang berhak memohon suatu perintah — (a) hilang upaya; atau (b) dihalang dengan penipuan atau penyembunyian dari mendapatkan fakta-fakta yang memberinya hak untuk memohon, suatu permohonan boleh dibuat olehnya pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh enam tahun dari tarikh dia tidak lagi hilang upaya atau, mengikut mana yang berkenaan, mungkin dengan usaha yang munasabah telah mendapatkan fakta-fakta itu.
Dalam ceraian (2), "hilang upaya" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam ceraian (2) bab 4 dari Perintah Darurat (Had Masa) (S 25/91), 1991.
Suatu perintah di bawah bab 209 tidaklah boleh, dalam sebarang hal, dibuat selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh salinan langgaran atau artikel itu, atau rakaman haram itu (mengikut mana yang berkenaan), dibuat. Perintah tentang pelupusan salinan langgaran dll. atau rakaman haram.
(a) dirampas menjadi hak pemilik hakcipta; atau (b) dimusnahkan ataupun sebaliknya dikendalikan sebagaimana yang mungkin difikirkan patut oleh mahkamah; atau bagi suatu keputusan bahawa perintah tersebut tidak patut dibuat.
Suatu permohonan boleh dibuat kepada mahkamah bagi suatu perintah bahawa rakaman haram suatu persembahan yang diserahkan menurut suatu WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM perintah di bawah bab-bab 199 atau 209, atau yang dirampas dan ditahan menurut hak yang diberikan oleh bab 200, hendaklah — (a) dirampas menjadi hak orang yang mempunyai hak orang yang membuat persembahan atau hak rakaman berkenaan dengan persembahan itu sebagaimana yang mungkin diarahkan oleh mahkamah; atau (b) dimusnahkan ataupun sebaliknya dikendalikan sebagaimana yang mungkin difikirkan patut oleh mahkamah; atau bagi suatu keputusan bahawa perintah tersebut tidak patut dibuat.
Dalam menimbangkan perintah apa (jika ada) yang patut dibuat di bawah bab ini, mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada remedi lain yang boleh didapatkan dalam suatu tindakan kerana melanggar hakcipta, atau hak yang diberikan oleh Bahagian II, adalah mencukupi untuk memberi pampasan kepada pemilik hakcipta, atau orang atau orang-orang yang berhak mendapat hak itu (mengikut mana yang berkenaan), dan untuk melindungi kepentingan mereka.
Ketua Hakim boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, membuat aturan-aturan mahkamah berkenaan dengan penyampaian notis kepada orang-orang yang mempunyai suatu kepentingan ke atas salinan atau artikel lain itu, atau ke atas rakaman itu (mengikut mana yang berkenaan), dan mana-mana orang itu adalah berhak — (a) untuk hadir dalam prosiding bagi suatu perintah di bawah bab ini, sama ada atau tidak dia telah disampaikan dengan notis itu; dan (b) untuk merayu terhadap sebarang perintah yang dibuat, sama ada dia hadir atau tidak; dan suatu perintah tidaklah boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh notis suatu rayuan mungkin diberikan atau, jika sebelum tamat tempoh itu notis rayuan telah diberikan, sehingga prosiding mengenai rayuan itu diputuskan secara muktamad atau digugurkan.
Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai kepentingan ke atas suatu salinan atau artikel lain, atau ke atas suatu rakaman (mengikut mana yang berkenaan), mahkamah hendaklah membuat suatu perintah sebagaimana yang difikirkannya adil dan boleh mengarahkan supaya artikel atau rakaman itu dijual, ataupun sebaliknya diurusniagakan, dan hasilnya dibahagikan.
Jika mahkamah memutuskan bahawa perintah tidak patut dibuat di bawah bab ini, orang yang memiliki, menyimpan atau memegang salinan atau artikel lain itu, atau rakaman itu, sebelum diserahkan atau dirampas adalah berhak terhadap pengembaliannya.
Sebutan-sebutan dalam bab ini kepada seseorang yang mempunyai suatu kepentingan ke atas suatu salinan atau artikel lain, atau ke atas suatu rakaman, termasuk mana-mana orang yang untuk faedahnya suatu perintah boleh dibuat mengenainya di bawah bab ini atau di bawah bab 21 dari Perintah Darurat (Tanda-Tanda Perniagaan), 1999. Am Peraturan-peraturan.
Peraturan-peraturan tersebut boleh membuat peruntukan yang berlainan mengenai jenis-jenis kes yang berlainan yang dikenakan peraturan-peraturan tersebut, dan boleh termasuk peruntukan-peruntukan yang bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang dianggap perlu atau mustahak oleh Peguam Negara. Kuasa-kuasa yang membolehkan.
(a) untuk menguatkuasakan matlamat-matlamat dan maksud-maksud Perintah ini; dan (b) bagi maksud membawa sebarang undang-undang bertulis yang lain selaras dengan Perintah ini atau sebarang perintah yang dibuat di bawahnya.
Ketua Hakim boleh memberi arahan dalam sama ada prosiding tertentu, dalam prosiding di mana-mana mahkamah dari jenis atau perihalan tertentu, atau pada amnya, sebagaimana yang mungkin dianggapnya perlu atau mustahak untuk menghadapi sebarang kesulitan yang berbangkit dari pengertian Jadual Pertama.
Peguam Negara boleh memberi arahan dalam sama ada prosiding tertentu di hadapan Tribunal Hakcipta, dalam prosiding di hadapannya dari jenis atau perihalan tertentu, atau pada amnya, sebagaimana yang mungkin dianggapnya perlu atau mustahak untuk menghadapi sebarang kesulitan yang berbangkit dari pengertian Jadual Pertama. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Perintah yang mengikat Kerajaan.
JADUAL PERTAMA (bab 174) HAKCIPTA: PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERALIHAN DAN PENGECUALIAN Pengenalan
(a) sebutan dalam Jadual ini kepada hakcipta dalam suatu rakaman bunyi adalah sebutan kepada sebarang hakcipta di bawah sebarang undang-undang tersebut dalam rekod yang mengandungi rakaman itu; (b) sebutan dalam Jadual ini kepada hakcipta dalam suatu filem adalah sebutan kepada sebarang hakcipta di bawah sebarang undang-undang tersebut dalam filem itu (setakat mana ia mengandungi suatu karya drama bagi maksud sebarang undang-undang tersebut) atau dalam fotografi yang merupakan sebahagian dari filem itu. Prinsip-prinsip am: kesinambungan undang-undang
Suatu sebutan dalam sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa, atau dalam sebarang dokumen, kepada hakcipta, atau kepada suatu karya atau hal-perkara lain di mana hakcipta ada, yang selain dari Perintah ini akan ditafsirkan sebagai merujuk kepada hakcipta di bawah sebarang undang-undang tersebut hendaklah ditafsirkan, setakat mana yang mungkin dikehendaki untuk meneruskan kuatkuasanya, sebagai sebutan, atau mengikut kehendak kes, termasuk, sebutan kepada hakcipta di bawah Perintah ini atau sebutan kepada karya di mana hakcipta ada di bawah Perintah ini.
Apa-apa jua yang dilakukan, termasuk sebarang undang-undang tambahan yang dibuat, atau yang mempunyai kuatkuasa sebagai dilakukan, di bawah atau bagi maksud sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa mempunyai kuatkuasa seolah-olah dilakukan di bawah atau bagi maksud peruntukan yang sama Perintah ini.
Suatu sebutan, sama ada nyata atau tersirat, dalam Perintah ini atau dalam sebarang undang-undang lain, atau dalam sebarang dokumen, kepada suatu peruntukan Perintah ini hendaklah, setakat mana yang dibenarkan oleh konteksnya, ditafsirkan sebagai termasuk, berkenaan dengan masa, hal keadaan dan maksud sebelum permulaan kuatkuasa, sebutan kepada sebarang peruntukan yang sama sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa.
Suatu sebutan, sama ada nyata atau tersirat, dalam sebarang undang-undang, atau dalam sebarang dokumen, kepada suatu peruntukan sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa hendaklah ditafsirkan, setakat mana yang mungkin dikehendaki untuk meneruskan kuatkuasanya, sebagai sebutan kepada peruntukan yang sama Perintah ini.
Perenggan ini mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada sebarang peruntukan peralihan atau pengecualian tertentu yang dibuat oleh Perintah ini. Adanya hakcipta
Perenggan kecil (1) tidak menghalang suatu karya yang sedia ada dari layak mendapat perlindungan hakcipta selepas permulaan kuatkuasa di bawah bab 164.
Bagi maksud ini, suatu rekabentuk hendaklah dianggap digunakan sebagai model atau corak untuk diperbanyakkan dengan suatu proses perindustrian — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) apabila ia dikeluarkan semula atau dimaksudkan untuk dikeluarkan semula kepada lebih dari lima puluh artikel tunggal, melainkan jika semua artikel di mana rekabentuk itu dikeluarkan semula atau dimaksudkan untuk dikeluarkan semula bersama membentuk satu set tunggal artikel sahaja; atau (b) apabila ia hendak digunakan pada — (i) kertas dinding bercetak; (ii) permaidani, kain lap lantai atau kain minyak, yang dibuat atau dijual mengikut panjang atau helai; (iii) kain-kainan tekstil, atau barang-barang tekstil yang dibuat atau dijual mengikut panjang atau helai; atau (iv) les, bukan buatan tangan.
Dalam perenggan kecil (2), "set artikel" bermakna beberapa artikel yang mempunyai ciri am yang sama biasanya dijual atau dimaksudkan untuk digunakan bersama, pada setiap artikel itu rekabentuk yang sama, atau rekabentuk yang sama dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian atau pengubahan-pengubahan yang tidak mencukupi untuk mengubah cirinya atau yang sebahagian besarnya menjejaskan identitinya, adalah digunakan.
Jika suatu filem yang dibuat sebelum tarikh itu adalah karya drama original, Perintah ini mempunyai kuatkuasa berhubung dengan filem itu seolah-olah ia adalah karya drama original dalam makna Bahagian I.
Perintah ini mempunyai kuatkuasa berhubung dengan fotograf yang merupakan sebahagian dari suatu filem yang dibuat sebelum tarikh yang ditentukan oleh Peguam Negara di bawah perenggan kecil (1) sebagaimana ia mempunyai kuatkuasa berhubung dengan fotograf yang bukan merupakan sebahagian dari suatu filem.
(a) hakcipta ada dalam rakaman bunyi itu hanya jika hakcipta ada dalam filem tersebut sejurus sebelum permulaan kuatkuasa, dan ia terus ada sehingga hakcipta dalam filem itu tamat tempohnya; 9hb. APRIL, 2001 (b) pencipta dan tuanpunya pertama hakcipta dalam filem itu hendaklah disifatkan sebagai pencipta dan tuan punya pertama hakcipta dalam rakaman bunyi itu; dan (c) apa-apa jua yang dilakukan sebelum permulaan kuatkuasa di bawah atau berhubung dengan hakcipta dalam filem itu terus berkuatkuasa berhubung dengan rakaman bunyi itu sebagaimana berhubung dengan filem tersebut.
(a) suatu siaran yang dibuat sebelum tarikh yang ditentukan oleh Peguam Negara di bawah perenggan kecil (1) perenggan 6; atau (b) suatu program kabel yang dimasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel sebelum tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara, dan sebarang siaran atau program kabel itu hendaklah dikecualikan bagi maksud cerai (2) bab 16. Ciptaan karya
Pemilikan pertama hakcipta
Jika sebelum permulaan kuatkuasa seseorang telah menempah pembuatan suatu karya dalam hal keadaan sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara, peruntukan-peruntukan itu dikenakan untuk menentukan pemilikan pertama hakcipta dalam sebarang karya yang dibuat di bawah sebarang tempahan tersebut selepas permulaan kuatkuasa. Jangkamasa hakcipta dalam karya yang sedia ada
427 WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Tertakluk kepada perenggan-perenggan kecil (3) hingga (6), sebarang hakcipta dalam perihalan karya atau jenis karya sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara terus ada sehingga tarikh ia sepatutnya tamat tempohnya di bawah sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa.
Sebarang hakcipta dalam karya sastera, drama, muzik atau seni tanpa nama atau yang bernama samaran, selain dari fotograf, terus ada — (a) jika karya itu telah diterbitkan, sehingga tarikh ia sepatutnya tamat tempohnya menurut sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa; (b) jika karya itu belum diterbitkan, sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa atau, jika dalam tempoh tersebut karya itu mula disediakan kepada orang ramai dalam makna cerai (2) bab 14, tarikh hakcipta tamat tempohnya menurutnya, melainkan jika, dalam sebarang hal, identiti pencipta diketahui sebelum tarikh itu, dalam hal tersebut cerai (1) bab 14 dikenakan.
Sebarang hakcipta dalam perihalan karya atau jenis karya sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara terus ada sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa, kecuali bahawa dalam hal rakaman bunyi atau filem atau jenis rakaman bunyi atau filem sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara yang diterbitkan sebelum tamat tempoh tersebut sebarang hakcipta hendaklah diteruskan sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun ia diterbitkan.
Sebarang hakcipta dalam sebarang perihalan lain karya yang sedia ada terus ada sehingga tarikh hakcipta dalam perihalan karya itu tamat tempohnya menurut bab-bab 14 hingga 17.
Perenggan ini tidak dikenakan kepada karya-karya yang tertakluk kepada hakcipta Kerajaan atau hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri. Perbuatan-perbuatan yang melanggar hakcipta
[2] Setakat mana ceriaan (2) bab 20 diperluaskan perbuatan terhadap mengeluarkan salinan-salinan kepada orang ramai termasuk penyewaan kepada orang ramai salinan-salinan rakaman bunyi, filem atau program komputer tidak dikenakan kepada salinan suatu rakaman bunyi, filem atau program komputer yang diperolehi oleh mana-mana orang sebelum permulaan kuatkuasa bagi maksud menyewakannya kepada orang ramai. [3] Bagi maksud bab 31, persoalan sama ada pembuatan suatu artikel merupakan suatu pelanggaran hakcipta, atau mungkin telah dilakukan jika artikel itu telah dibuat di Negara Brunei Darussalam, hendaklah ditentukan mengikut cara sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara. [4] Bagi maksud pengenaan perenggan (a) ceriaan (1) bab 35, perenggan (b) ceriaan (1) bab 55 dan perenggan (d) ceriaan (2) bab 66 kepada perkara-perkara yang dibuat sebelum permulaan kuatkuasa, maka hendaklah dianggap bahawa Perintah ini berkuatkuasa pada setiap masa yang mustahak. [5] Bab 59 dikenakan jika artikel-artikel telah dipasarkan sebagaimana yang disebutkan dalam ceriaan (1) bab itu sebelum permulaan kuatkuasa, dengan menggantikan tempoh yang disebutkan dalam ceriaan (2) bab itu dengan tempoh dua puluh lima tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa. [6] Bab 60 tidak dikenakan kepada suatu salinan yang dibeli sebelum permulaan kuatkuasa. [7] Dalam bab 69, sebutan kepada tuan punya hakcipta dalam lukisan atau pelan adalah, berkenaan dengan bangunan-bangunan yang dibina sebelum permulaan kuatkuasa, kepada orang yang pada masa pembinaan itu adalah tuanpunya sebarang hakcipta dalam lukisan atau pelan tersebut pada tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara.
Perenggan kecil (i) perenggan (b) ceriaan (1) bab itu tidak dikenakan kepada fotograf.
Perenggan kecil (ii) perenggan (b) ceriaan (1) bab itu dikenakan hanya — (a) jika perenggan kecil (3)(b) perenggan 12 dari Jadual ini dikenakan, selepas tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa; atau (b) jika perenggan kecil (5) perenggan 12 dari Jadual ini dikenakan.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa tidak termasuk hak tunggal untuk mempersembahkan karya itu di khalayak ramai, perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk — (a) persembahan karya itu di khalayak ramai; (b) penyiaran karya itu atau pemasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel; dan (c) sebarang perbuatan yang dilakukan yang disebutkan dalam perenggan-perenggan (a) atau (b) berkenaan dengan penyesuaian karya itu, dan jika sebarang hak tersebut yang diberikan oleh sebarang undang-undang itu hanya mengandungi hak tunggal untuk mempersembahkan karya itu di khalayak ramai, perbuatan-perbuatan yang disekat oleh hakcipta hendaklah disifatkan sebagai hanya mengandungi perbuatan-perbuatan itu.
Rekabentuk
Berkaitan dengan tempoh sepuluh tahun yang disebut dalam perenggan kecil (1), Peguam Negara boleh dengan perintah membuat peruntukan-peruntukan sebagaimana yang mungkin dianggapnya perlu atau mustahak untuk dikenakan kepada sebarang hakcipta yang berkaitan sebarang peruntukan berhubung dengan hak rekabentuk.
Bab 102 tidak dikenakan dalam tempoh sepuluh tahun yang disebut dalam perenggan kecil (1) berkenaan dengan apa-apa jua yang kepadanya ia tidak akan dikenakan jika rekabentuk itu telah mula direkodkan atau terkandung dalam suatu dokumen rekabentuk atau model selepas permulaan kuatkuasa.
Tiada sebarang apa pun dalam perenggan ini menjejaskan kuatkuasa sebarang undang-undang yang menghalang atau menyekat penguatkuasaan hakcipta berkenaan dengan suatu rekabentuk.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan kecil (1), bab 56 dikenakan hanya jika artikel-artikel dipasarkan sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (b) ceraian (1) bab itu selepas permulaan kuatkuasa. Hak moral
Hak-hak itu tidak dikenakan — (a) kepada suatu karya sastera, drama, muzik atau seni yang penciptanya mati sebelum permulaan kuatkuasa; dan (b) kepada suatu filem yang dibuat sebelum permulaan kuatkuasa.
Hak-hak itu, berkenaan dengan suatu karya sastera, drama, muzik dan seni yang sedia ada, tidak dikenakan — (a) jika hakcipta mula terletakhak pada pencipta, kepada apa-apa jua yang di bawah suatu penyerahan hak yang dibuat atau lesen yang diberikan sebelum permulaan kuatkuasa boleh dibuat tanpa melanggar hakcipta; (b) jika hakcipta mula terletakhak pada seseorang selain daripada pencipta, kepada apa-apa jua yang dilakukan oleh atau dengan lesen pemilik hakcipta.
Penyerahan hak dan lesen
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) yang berhubungan dengan pemilikan hakcipta dalam suatu karya yang sedia ada; atau (b) yang mewujudkan, memindahkan atau menamatkan suatu kepentingan, hak atau lesen berkaitan dengan hakcipta dalam suatu karya yang sedia ada, mempunyai kuatkuasa yang bersamaan berkenaan dengan hakcipta dalam karya itu di bawah Perintah ini: Dengan syarat bahawa jika kuatkuasa sebarang dokumen tersebut adalah atau mungkin terhad kepada suatu tempoh yang dinyatakan di dalamnya, ia tidaklah mempunyai sebarang kuatkuasa berkenaan dengan hakcipta di bawah Perintah ini, kecuali setakat mana tempoh itu dilanjutkan melampaui permulaan kuatkuasa.
Ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam sebarang dokumen tersebut hendaklah ditafsirkan menurut kuatkuasanya sejurus sebelum permulaan kuatkuasa.
Kepentingan kembalian ke atas hakcipta yang dijangkakan atas penamatan tempoh itu boleh selepas permulaan kuatkuasa diserahhak oleh pencipta dalam masa hayatnya tetapi sekiranya tidak ada sebarang penyerahan hak hendaklah, atas kematiannya, diturunkan kepada wakil dirinya sebagai sebahagian dari harta pusakanya.
Tiada sebarang apa pun dalam perenggan ini menjejaskan — (a) penyerahan hak kepentingan kembalian oleh seseorang yang kepadanya ia telah diserahhak; (b) penyerahan hak kepentingan kembalian setelah kematian pencipta oleh wakil dirinya atau mana-mana orang yang menjadi berhak terhadapnya; dan (c) penyerahan hak hakcipta setelah kepentingan kembalian sampai tempohnya.
Tiada sebarang apa pun dalam perenggan ini dikenakan kepada penyerahan hak hakcipta dalam suatu karya bersama, atau suatu lesen untuk menerbitkan suatu karya atau sebahagian dari suatu karya sebagai sebahagian dari suatu karya bersama. Dalam perenggan kecil ini, "karya bersama" bermakna — (a) ensiklopedia, kamus, buku tahunan atau karya yang serupa; (b) suratkhabar, ulasan, majalah atau terbitan berkala yang serupa; dan (c) sebarang karya yang ditulis dalam bahagian-bahagian yang berbeza oleh pencipta-pencipta yang berlainan, atau di mana karya-karya atau bahagian-bahagian karya daripada pencipta-pencipta yang berlainan dimaksudkan.
Pewarisan
(a) tidak dikenakan jika pewasiat mati sebelum tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara; (b) jika pewasiat mati pada atau selepas tarikh itu dan sebelum permulaan kuatkuasa, dikenakan hanya berkenaan dengan suatu dokumen original yang mengandungi suatu karya.
Dalam hal seorang pencipta yang mati sebelum tarikh yang ditentukan oleh Peguam Negara di bawah perenggan kecil (a) perenggan (1), pemilikan manuskripnya selepas kematiannya, jika pemilikan tersebut telah diperolehi di bawah wasiatnya dan manuskrip itu adalah dari suatu karya yang belum diterbitkan atau dipersembahkan di khalayak ramai, adalah bukti prima facie mengenai hakcipta ada pada pemilik manuskrip tersebut. Remedi kerana pelanggaran
Bab-bab 101 dan 102 dikenakan kepada salinan langgaran dan artikel lain yang dibuat sebelum atau selepas permulaan kuatkuasa. Peruntukan-peruntukan yang bersamaan sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa tidak dikenakan selepas permulaan kuatkuasa, kecuali bagi maksud prosiding yang dimulakan sebelum permulaan kuatkuasa. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Bab-bab 103 dan 104 dikenakan jika bab-bab 99 hingga 102 dikenakan. Peruntukan-peruntukan yang bersamaan sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa terus dikenakan jika peruntukan-peruntukan yang bersamaan yang disebutkan dalam perenggan-perenggan kecil (1) atau (2) dikenakan.
Bab-bab 106 hingga 108 dikenakan hanya dalam prosiding yang dibawa di bawah Perintah ini. Peruntukan-peruntukan yang bersamaan sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa terus dikenakan dalam prosiding yang dibawa di bawah sebarang undang-undang tersebut.
Bab 210 dikenakan kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan sebelum permulaan kuatkuasa yang berkenaan dengannya peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara dikenakan. Sebarang peruntukan yang ditentukan itu terus dikenakan kepada sebarang waran yang dikeluarkan sebelum permulaan kuatkuasa. Kelayakan mendapat perlindungan hakcipta
Pesisir Laut
Kapal, pesawat terbang dan hoverkraf Negara Brunei Darussalam
Hakcipta Kerajaan
(a) sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta dikenakan kepadanya sejurus sebelum permulaan kuatkuasa; dan (b) ia bukanlah karya yang dikenakan bab-bab 168, 169 atau 170.
Perenggan (b) ceraian (1) bab 167 mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada sebarang perjanjian yang dibuat di bawah sebarang undang-undang tersebut sebelum permulaan kuatkuasa.
Hakcipta dalam — (a) karya sastera, drama dan muzik yang diterbitkan; (b) karya seni, selain dari ukir-pahat dan fotograf; (c) ukir-pahat yang diterbitkan; (d) fotograf yang diterbitkan, dan fotograf yang diambil sebelum tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Peguam Negara; (e) rakaman bunyi yang diterbitkan, dan rakaman bunyi yang dibuat sebelum tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Peguam Negara; dan (f) filem yang diterbitkan, terus ada sehingga tarikh ia sepatutnya tamat tempohnya menurut sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa.
Hakcipta dalam karya sastera, drama dan muzik yang tidak diterbitkan terus ada sehingga — WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (a) tarikh ia tamat tempohnya di bawah ceraian (3) bab 167; atau (b) tamat tempoh lima puluh tahun selepas akhir tahun permulaan kuatkuasa, mengikut mana yang kemudian.
Hakcipta dalam — (a) ukir-pahat yang tidak diterbitkan; dan (b) fotograf yang tidak diterbitkan yang diambil pada atau selepas tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Peguam Negara, terus ada sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa.
Hakcipta dalam suatu filem atau rakaman bunyi yang tidak termasuk di bawah dalam perenggan kecil (2) terus ada sehingga tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa, melainkan jika filem atau rakaman itu diterbitkan sebelum tamat tempoh itu, dalam hal tersebut ia tamat tempohnya lima puluh tahun dari akhir tahun ia diterbitkan.
Hakcipta Majlis Mesyuarat Negeri
Bab 170 tidak dikenakan — (a) kepada suatu Rang Undang-Undang awam yang diperkenalkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan diterbitkan sebelum permulaan kuatkuasa; (b) kepada suatu Rang Undang-Undang persendirian yang satu salinannya disimpan dalam Majlis Mesyuarat Negeri sebelum permulaan kuatkuasa; dan (c) kepada suatu Rang Undang-Undang diri yang diberikan untuk Bacaan Pertama dalam Majlis Mesyuarat Negeri sebelum permulaan kuatkuasa. Hakcipta terletakhak pada pertubuhan antarabangsa tertentu
Sebarang hakcipta dalam sebarang karya tersebut yang tidak diterbitkan terus ada sehingga tarikh ia sepatutnya tamat tempohnya menurut sebarang undang-undang berhubung dengan hakcipta yang berkuatkuasa sejurus sebelum permulaan kuatkuasa, atau pada tamat tempoh lima puluh tahun dari akhir tahun permulaan kuatkuasa, mengikut mana yang lebih awal. Makna "penerbitan"
Makna "tanpa kebenaran"
(a) perenggan (a) dikenakan kepada perkara-perkara yang dilakukan sebelum tarikh sebagaimana yang mungkin ditentukan dengan perintah oleh Peguam Negara seolah-olah sebutan kepada lesen pemilik hakcipta adalah sebutan kepada keizinan atau persetujuannya; (b) perenggan (b) dikenakan dengan menggantikan "atau mana-mana orang yang menuntut secara sah di bawahnya" dengan "atau, dalam hal jika cerai (2) bab 13 sepatutnya dikenakan, majikan pencipta atau, dalam salah satu hal, mana-mana orang yang menuntut secara sah di bawahnya"; (c) perenggan (c) hendaklah diketepikan. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM JADUAL KEDUA (bab 193) HAK DALAM PERSEMBAHAN: PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIBENARKAN Pengenalan
Tiada kesimpulan boleh dibuat dari perihalan sebarang perbuatan yang boleh dilakukan di bawah Jadual ini tanpa melanggar hak-hak yang diberikan oleh Bahagian II tentang skop hak-hak tersebut.
Peruntukan-peruntukan Jadual ini hendaklah ditafsirkan secara berasingan, supaya fakta bahawa suatu perbuatan tidak termasuk di bawah satu peruntukan tidak bermakna bahawa ia tidak diliputi oleh peruntukan lain. Kritikan, ulasan dan laporan berita
(a) bagi maksud kritikan atau ulasan, persembahan atau rakaman itu atau persembahan atau rakaman lain, atau suatu karya; atau (b) bagi maksud melaporkan kejadian-kejadian semasa, tidak melanggar sebarang hak yang diberikan oleh Bahagian II. Pemasukan sampingan persembahan atau rakaman
Hak-hak tersebut tidak dilanggar kerana apa-apa jua yang dilakukan berkenaan dengan salinan-salinan, atau kerana memainkan, menunjukkan, menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel, apa-apa jua yang pembuatannya, di bawah perenggan kecil (1), bukan merupakan pelanggaran hak-hak tersebut.
Suatu persembahan atau rakaman setakat mana ia mengandungi muzik, atau perkataan-perkataan yang dicakapkan atau dinyanyikan dengan muzik, tidaklah boleh dianggap sebagai dimasukkan secara sampingan dalam suatu rakaman bunyi, siaran atau program kabel jika ia dimasukkan dengan sengaja. Perkara-perkara yang dilakukan bagi maksud pengajaran atau peperiksaan
Hak-hak yang diberikan oleh Bahagian II tidak dilanggar — (a) kerana menyalin rakaman suatu persembahan bagi maksud menyediakan atau menjawab soalan-soalan dalam suatu peperiksaan; atau (b) kerana apa-apa jua yang dilakukan bagi maksud suatu peperiksaan dengan cara menyampaikan soalan-soalan kepada calon-calon.
Jika suatu rakaman yang sebaliknya merupakan rakaman haram dibuat menurut perenggan ini tetapi kemudiannya diurusniagakan, ia hendaklah disifatkan sebagai rakaman haram bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar sebarang hak yang diberikan oleh Bahagian II ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. Dalam perenggan kecil ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan. Permainan atau pertunjukan rakaman bunyi, filem, siaran, atau program kabel semasa menjalankan kegiatan-kegiatan institusi pendidikan
Seseorang bagi maksud ini tidak ada hubungan langsung dengan kegiatan-kegiatan institusi pendidikan itu hanya kerana dia adalah ibu atau bapa kepada seseorang pelajar di institusi tersebut.
Sebarang perintah yang dibuat di bawah ceraian (2) bab 177 berkenaan dengan pengenaan bab itu juga dikenakan bagi maksud perenggan ini. Rakaman siaran dan program kabel yang dibuat oleh institusi pendidikan
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM oleh Bahagian II berkenaan dengan sebarang persembahan atau rakaman yang dimasukkan di dalamnya.
Jika suatu rakaman yang sebaliknya merupakan rakaman haram dibuat menurut perenggan ini tetapi kemudiannya diurusniagakan, ia hendaklah disifatkan sebagai rakaman haram bagi maksud urusniaga itu, dan jika urusniaga itu melanggar sebarang hak yang diberikan oleh Bahagian II ia hendaklah disifatkan demikian bagi segala maksud yang kemudiannya. Dalam perenggan kecil ini, "diurusniagakan" bermakna dijual, disewakan, atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan.
Sebarang perintah yang dibuat di bawah ceraian (2) bab 177 berkenaan dengan pengenaan bab itu juga dikenakan bagi maksud perenggan ini. Salinan karya dikehendaki untuk dibuat sebagai syarat eksport
Prosiding Majlis Mesyuarat Negeri dan kehakiman
Suruhanjaya Diraja dan siasatan berkanun
Arkib awam dan rekod awam
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan di bawah kebenaran berkanun
Tiada sebarang apa pun dalam perenggan ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan sebarang pembelaan kebenaran berkanun yang sebaliknya boleh didapati di bawah sebarang undang-undang bertulis. Pemindahan salinan-salinan karya dalam bentuk elektronik
Jika tiada syarat-syarat yang nyata — (a) yang melarang pemindahan rakaman itu oleh pembeli, yang mengenakan kewajipan yang berterusan selepas suatu pemindahan, yang melarang penyerahan hak sebarang persetujuan, atau yang menamatkan sebarang persetujuan atas suatu pemindahan, atau (b) yang memperuntukkan syarat-syarat yang atasnya penerima pindahan boleh melakukan perkara-perkara yang dibenarkan untuk dilakukan oleh pembeli, apa-apa jua yang dibenarkan untuk dilakukan oleh pembeli boleh juga dilakukan oleh penerima pindahan tanpa melanggar hak-hak yang diberikan oleh Bahagian II; tetapi sebarang rakaman yang dibuat oleh pembeli yang juga tidak dipindahkan hendaklah disifatkan sebagai rakaman haram bagi segala maksud selepas pemindahan itu.
Ia dikenakan jika rakaman itu yang pada asalnya dijual tidak lagi dapat digunakan dan apa yang dipindahkan adalah salinan tambahan yang digunakan bagi menggantikannya.
Atas suatu pemindahan yang kemudiannya perenggan ini dikenakan, dengan menggantikan sebutan dalam perenggan kecil (2) kepada pembeli dengan sebutan kepada pemindah yang kemudiannya.
Perenggan ini tidak dikenakan kepada suatu rakaman yang dijual sebelum permulaan kuatkuasa. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Penggunaan rakaman karya yang dituturkan dalam hal-hal tertentu
(a) melaporkan kejadian-kejadian semasa; atau (b) menyiarkan atau memasukkan dalam suatu perkhidmatan program kabel keseluruhan atau sebahagian dari pembacaan atau pendeklamasian itu, adalah bukan suatu pelanggaran hak-hak yang diberikan oleh Bahagian II untuk menggunakan rakaman itu, atau untuk menyalin rakaman itu dan menggunakan salinan itu, bagi maksud tersebut, dengan syarat syarat-syarat dalam perenggan kecil (2) dipenuhi.
Syarat-syarat tersebut adalah bahawa — (a) rakaman itu adalah rakaman langsung pembacaan atau pendeklamasian itu dan tidak diambil dari suatu rakaman yang terdahulu atau dari suatu siaran atau program kabel; (b) pembuatan rakaman itu tidak dilarang oleh atau bagi pihak orang yang mengadakan pembacaan atau pendeklamasian itu; (c) penggunaan rakaman itu bukanlah dari jenis yang dilarang oleh atau bagi pihak orang itu sebelum rakaman itu dibuat; dan (d) penggunaan itu adalah atas atau dengan kebenaran seseorang yang memiliki secara sah rakaman tersebut. Rakaman lagu rakyat
Syarat-syarat tersebut adalah bahawa — (a) perkataan-perkataan itu tidak diterbitkan dan dari ciptaan yang tidak diketahui pada masa rakaman itu dibuat; (b) pembuatan rakaman itu tidak melanggar sebarang hakcipta; dan (c) pembuatannya tidak dilarang oleh mana-mana orang yang membuat persembahan.
Salinan-salinan suatu rakaman yang dibuat dengan bersandar kepada perenggan kecil (1) dan dimasukkan dalam suatu arkib yang diselenggarakan oleh suatu badan yang ditetapkan boleh, dengan syarat syarat-syarat dalam perenggan kecil (2) dipenuhi, dibuat dan dibekalkan oleh juruarakib atau seseorang yang bertindak bagi pihaknya tanpa melanggar sebarang hak yang diberikan oleh Bahagian II.
Dalam perenggan ini, "badan yang ditetapkan" bermakna suatu badan yang ditetapkan bagi maksud bab 65. Memainkan rakaman bunyi bagi maksud-maksud kelab, pertubuhan dll.
Syarat-syarat tersebut adalah bahawa — (a) organisasi itu tidak ditubuhkan atau dijalankan untuk keuntungan dan matlamat-matlamat utamanya adalah untuk khairat ataupun sebaliknya ada kena mengena dengan kemajuan ugama, pendidikan atau kebajikan masyarakat; dan (b) hasil dari sebarang bayaran masuk ke tempat di mana rakaman itu didengar adalah digunakan semata-mata bagi maksud-maksud organisasi itu. Rakaman secara sampingan bagi maksud siaran atau program kabel
Persetujuan tersebut adalah tertakluk kepada syarat bahawa rakaman lanjut itu — (a) tidak akan digunakan bagi sebarang maksud lain; dan (b) akan dimusnahkan dalam masa dua puluh lapan hari dari mula digunakan untuk menyiarkan persembahan itu atau memasukkannya dalam suatu perkhidmatan program kabel. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Suatu rakaman yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah disifatkan sebagai rakaman haram — (a) bagi maksud sebarang penggunaan dengan melanggar syarat yang disebutkan dalam perenggan kecil (2)(a); (b) bagi segala maksud, setelah syarat itu, atau syarat yang disebutkan dalam perenggan kecil (2)(b), dilanggar. Rakaman, bagi maksud pengawasan dan kawalan, siaran dan program kabel
Tayangan atau permainan awam siaran atau program kabel secara percuma
(a) siaran atau program kabel itu; atau (b) sebarang rakaman bunyi atau filem yang dimainkan atau ditayangkan di khalayak ramai dengan penerimaan siaran atau program kabel itu.
Audiens tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah membuat bayaran masuk ke suatu tempat — (a) jika mereka telah membuat bayaran masuk ke suatu tempat di mana tempat itu merupakan sebahagian darinya; atau (b) jika barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan di tempat itu, atau suatu tempat di mana tempat itu merupakan sebahagian darinya — (i) pada harga-harga yang sebahagian besarnya disebabkan kemudahan yang diberikan untuk melihat atau mendengar siaran atau program itu; atau (ii) pada harga-harga yang melebihi dari harga-harga yang biasanya dikenakan di sana dan yang sebahagiannya disebabkan kemudahan itu.
Berikut tidaklah boleh dianggap sebagai telah membuat bayaran masuk ke suatu tempat — (a) orang-orang yang dibenarkan masuk sebagai penduduk atau penghuni tempat itu; (b) orang-orang yang dibenarkan masuk sebagai ahli suatu kelab, pertubuhan atau organisasi lain yang serupa jika bayaran itu hanya untuk keahliannya dan pemberian kemudahan untuk melihat atau mendengar siaran atau program hanya bersampingan dengan tujuan utamanya.
Jika pembuatan siaran itu atau pemasukan program itu dalam suatu perkhidmatan program kabel adalah suatu pelanggaran hak-hak yang diberikan oleh Bahagian II berkenaan dengan suatu persembahan atau rakaman, fakta bahawa ia didengar atau dilihat di khalayak ramai dengan penerimaan siaran atau program itu hendaklah diambil kira dalam menaksir ganti rugi kerana pelanggaran itu.
Ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam perenggan ini mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam bab 75. Penerimaan dan pemancaran semula siaran dalam perkhidmatan program kabel
Hak-hak yang diberikan oleh Bahagian II berkenaan dengan suatu persembahan atau rakaman yang dimasukkan dalam siaran itu tidak dilanggar jika dan setakat mana siaran itu dibuat untuk penerimaan di kawasan di mana perkhidmatan program kabel itu dibekalkan, tetapi jika pembuatan siaran itu merupakan suatu pelanggaran hak-hak tersebut, fakta bahawa siaran itu telah dipancarkan semula sebagai suatu program dalam suatu perkhidmatan program kabel hendaklah diambil kira dalam menaksir ganti rugi kerana pelanggaran itu. Pembekalan salinan siaran atau program kabel yang mempunyai sari kata
Dalam perenggan ini, "badan yang ditetapkan" bermakna suatu badan yang ditetapkan bagi maksud bab 77. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Rakaman siaran atau program kabel bagi maksud-maksud arkib
Dalam perenggan ini, "jenis yang ditetapkan" dan "badan yang ditetapkan" bermakna suatu jenis atau badan yang ditetapkan bagi maksud bab 78. Diperbuat pada hari ini 10 haribulan Ramadan, Tahun Hijrah 1420 bersamaan dengan 18 haribulan Disember, 1999 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM