로고

1. Gelaran 2. Pindaan bab 136 dari S 39/2006 3. Pindaan bab 140

1. Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Kastam (Pindaan), 2018.

Pindaan bab 136 dari S 39/2006

2. Bab 136 dari Perintah Kastam, 2006, dalam Perintah ini disebut sebagai Perintah utama, adalah dipinda, dalam ceraian (1), dengan memotong "$1,000" dari baris akhir dan menggantikannya dengan "$5,000".

Pindaan bab 140

3. Bab 140 dari Perintah utama adalah dipinda —

(a) dalam ceraian (1) — (i) dalam perenggan kecil (i), dengan memasukkan "subject to sub-paragraph (ia)," sejurus sebelum "in" dalam baris pertama; (ii) dengan memasukkan sejurus selepas perenggan kecil (i) perenggan kecil baru yang berikut — "(ia) dalam hal barang-barang tidak berkastam, barang-barang tersebut adalah barang-barang berduti yang seluruhnya atau sebahagiannya mengandungi tembakau — (A) bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda — (AA) tidak kurang daripada 8 kali ganda amaun duti kastam atau $5,000, yang mana satu amaun yang lebih besar; dan (AB) tidak lebih daripada 15 kali ganda amaun duti kastam atau $50,000, yang mana satu amaun yang lebih besar; dan (B) bagi sabitan kedua atau mana-mana sabitan kemudiannya, dikenakan suatu denda — (BA) tidak kurang daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau $10,000, yang mana satu amaun yang lebih besar; dan (BB) tidak lebih daripada 30 kali ganda amaun duti kastam atau $100,000, yang mana satu amaun yang lebih besar, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, kecuali bahawa apabila amaun duti kastam itu tidak dapat ditentukan, penalti boleh terjumlah kepada suatu denda tidak melebihi $100,000;”; (iii) dalam perenggan kecil (iii), dengan memotong “sub-paragraph (iv)” dari baris pertama dan menggantikannya dengan “sub-paragraphs (iv) and (v)”; (iv) dalam perenggan kecil (iv)(B), dengan memotong noktah dari baris akhir dan menggantikannya dengan koma bernoktah; (v) dengan menambah perenggan kecil baru yang berikut — “(v) dalam hal barang-barang terlarang, barang-barang tersebut mengandungi minuman keras yang memabukkan — (A) bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda — (AA) tidak kurang daripada 8 kali ganda amaun duti kastam atau $5,000, yang mana satu amaun yang lebih besar; dan (AB) tidak lebih daripada 15 kali ganda amaun duti kastam atau $50,000, yang mana satu amaun yang lebih besar; dan (B) bagi sabitan kedua atau mana-mana sabitan kemudiannya, dikenakan suatu denda — (BA) tidak kurang daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau $10,000, yang mana satu amaun yang lebih besar; dan (BB) tidak lebih daripada 30 kali ganda amaun duti kastam atau $100,000, yang mana satu amaun yang lebih besar, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, kecuali bahawa apabila amaun duti kastam itu tidak dapat ditentukan, penalti boleh terjumlah kepada suatu denda tidak melebihi $100,000.”; (b) dengan menambah ceraian baru yang berikut — “(3) Dalam bab ini — “tembakau” mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam Perintah Tembakau, 2005 (S 13/2008) dan termasuk — (a) produk tembakau; dan (b) apa-apa pengganti tembakau yang boleh dihisap; “produk tembakau” mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam Perintah Tembakau, 2005 (S 13/2008).”. Diperbuat pada hari ini 8 haribulan Rejab, Tahun Hijrah 1439 bersamaan dengan 26 haribulan Mac, 2018 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM