로고

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut —

1. Gelaran 2. Pindaan bab 20 dari Penggal 132 3. Pemasukan bab 20A baru

1. Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Akta Ikhtisas Peguam (Pindaan), 2016.

Pindaan bab 20 dari Penggal 132

2. Bab 20 dari Akta Ikhtisas Peguam, dalam Perintah ini disebut sebagai Akta itu, adalah dipinda, dalam ceraian (1), dengan memotong perenggan (e).

Pemasukan bab 20A baru

3. Akta itu adalah dipinda dengan memasukkan sejurus selepas bab 20 bab baru yang berikut —

"Bab-bab 18 dan 19 tidak boleh diperluaskan kepada prosiding timbangtara 20A. (1) Bab-bab 18 dan 19 tidak boleh diperluaskan kepada — (a) mana-mana penimbangtara atau pengadil yang bertindak secara sah dalam sebarang prosiding timbangtara; (b) mana-mana orang yang mewakili mana-mana pihak dalam prosiding timbangtara; atau (c) pemberian nasihat, penyediaan dokumen dan apa-apa bantuan lain berhubung dengan atau yang berbangkit daripada prosiding timbangtara kecuali hak untuk didengar dalam prosiding mahkamah.

(2)

Dalam bab ini, "prosiding timbangtara" bermakna prosiding dalam suatu timbangtara yang — (a) dikawal oleh Perintah Timbangtara, 2009 (S 26/2010) atau Perintah Timbangtara Antarabangsa, 2009 (S 29/2010); atau (b) sepatutnya dikawal oleh sama ada Perintah Timbangtara, 2009 (S 26/2010) atau Perintah Timbangtara Antarabangsa, 2009 (S 29/2010) sekiranya tempat timbangtara itu di Negara Brunei Darussalam." Diperbuat pada hari ini 7 haribulan Muharram, Tahun Hijrah 1438 bersamaan dengan 8 haribulan Oktober, 2016 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM