Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh ceraian (3) bab 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut —
1. Gelaran, permulaan kuatkuasa dan gelaran panjang. 2. Tafsiran. 3. Penubuhan dan perlembagaan Lembaga. 4. Mesyuarat Lembaga. 5. Pendaftar Ahli Farmasi. 6. Daftar ahli farmasi. 7. Orang-orang yang layak untuk didaftarkan. 8. Permohonan untuk pendaftaran. 9. Pengeluaran sijil-sijil pendaftaran. 10. Sekatan terhadap penggunaan gelaran-gelaran tertentu. 11. Catatan kelayakan yang lebih tinggi. 12. Penyiaran daftar dan anggapan. 13. Perubahan butir-butir dalam daftar. 14. Pengekalan nama dalam daftar. 15. Sijil tahunan. 16. Pengeluaran nama dari daftar. 17. Kuasa-kuasa Lembaga untuk membatalkan sijil tahunan dan mengeluarkan nama dari daftar. 18. Pemasukan balik. 19. Rayuan terhadap pengeluaran dari daftar atau keengganan untuk mendaftarkan. 20. Lantikan dan kuasa-kuasa Pemeriksa. 21. Pengecualian. 22. Pindaan Jadual. 23. Pendaftaran palsu. 24. Kesalahan-kesalahan. 25. Aturan-aturan.
Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah bagi memperuntukkan pendaftaran ahli-ahli farmasi dan bagi maksud-maksud yang berhubung dengannya". Tafsiran.
"sijil tahunan" bermakna sijil yang disebut dalam ceraian (1) bab 15; "Lembaga" bermakna Lembaga Farmasi yang ditubuhkan di bawah bab 3; "Pengerusi" bermakna orang yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga; "Menteri" bermakna Menteri Kesihatan; "daftar" bermakna daftar ahli-ahli farmasi yang diselenggarakan menurut bab 6; "ahli farmasi berdaftar" bermakna seseorang yang namanya telah didaftarkan dalam daftar; "Pendaftar" bermakna Pendaftar Ahli Farmasi yang disebut dalam bab 5. Penubuhan dan perlembagaan Lembaga.
(a) Pengarah Perkhidmatan Farmasi kerana jawatan, yang akan menjadi Pengerusi; dan (b) tidak kurang daripada 4 orang ahli lain yang akan dilantik oleh Menteri, iaitu orang-orang yang layak memohon untuk didaftarkan di bawah Perintah ini, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka adalah dalam perkhidmatan swasta.
Tempoh lantikan ahli-ahli, selain daripada Pengerusi, adalah 3 tahun, tetapi ahli-ahli tersebut adalah layak untuk dilantik semula.
Dengan tidak menghiraukan ceraian (2), Menteri boleh, pada bila-bila masa, atas budibicaranya, menggantung atau menamatkan lantikan mana-mana ahli Lembaga, selain daripada Pengerusi, dan boleh melantik orang lain bagi menggantikannya atau bagi menggantikan mana-mana ahli yang bersara, mati, mengosongkan jawatannya, atau yang, pada masa itu, tidak dapat bertindak atau yang tidak hadir tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Lembaga tanpa sebab yang mungkin difikirkan munasabah oleh Menteri; dan setiap orang yang dilantik demikian hendaklah memegang jawatan bagi tempoh lantikan yang selebihnya orang yang digantikannya itu.
Segala perbuatan yang dilakukan oleh Lembaga adalah, walaupun terdapat sebarang kekosongan dalam Lembaga atau walaupun selepas itu didapati terdapat kecacatan dalam lantikan mana-mana orang yang dikatakan menjadi ahlinya, sah seolah-olah kekosongan atau kecacatan tersebut tidak wujud. Mesyuarat Lembaga.
Pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi asal dan juga undi pemutus.
Lembaga hendaklah bermesyuarat di tempat-tempat dan masa-masa sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Pengerusi, dan semasa mesyuarat tiga orang ahli hendaklah membentuk korum.
Tiada urusan boleh dijalankan semasa mesyuarat melainkan jika korum hadir. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perintah ini, Lembaga boleh menentukan prosedurnya sendiri.
Lembaga hendaklah menyebabkan supaya rekod-rekod prosidingnya yang betul disimpan. Pendaftar Ahli Farmasi.
Daftar ahli farmasi.
Orang-orang yang layak untuk didaftarkan.
(a) mana-mana orang lain yang bekerja sebagai ahli farmasi dengan Kerajaan pada tarikh permulaan kuatkuasa Perintah ini; (b) mana-mana orang lain yang memegang sebarang kelayakan yang diberikan berkaitan dengan farmasi — (i) yang diiktiraf sebagai berhak untuk mendaftar dengan Royal Pharmaceutical Society of Great Britain dan yang merupakan pemegang kelayakan lain dalam farmasi sebagaimana yang mungkin diisytiharkan oleh Lembaga, dengan kenyataan dalam Warta Kerajaan, sebagai kelayakan yang dibenarkan bagi maksud bab ini; (ii) yang telah mematuhi syarat-syarat sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Lembaga; (iii) yang telah memuaskan hati Lembaga pada suatu peperiksaan dalam farmasi forensik bahawa dia layak untuk didaftarkan di bawah Perintah ini. Permohonan untuk pendaftaran.
Apabila orang itu telah mematuhi kehendak-kehendak ceraian (1) dan telah membayar bayaran yang ditetapkan dalam Jadual, Pengerusi hendaklah, tertakluk kepada ceraian (2) bab 9, mencatatkan namanya dalam daftar.
Lembaga boleh enggan mencatatkan dalam daftar nama mana-mana orang yang, pada pendapat Lembaga — (a) tidak mempunyai kelakuan dan reputasi yang baik; atau (b) tidak mampu menjalankan kewajipan-kewajipan ahli farmasi dengan berkesan di Negara Brunei Darussalam.
Tiada sesiapa pun boleh didaftarkan melainkan jika dia telah mencapai umur 21 tahun. Pengeluaran sijil-sijil pendaftaran.
Jika seseorang telah meminta supaya namanya dicatatkan dalam daftar tertakluk kepada sebarang sekatan dan syarat, sekatan-sekatan dan syarat-syarat tersebut hendaklah dicatatkan dalam sijil pendaftarannya dan sijil yang dicatatkan demikian hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada sekatan-sekatan dan syarat-syarat tersebut.
Berkaitan dengan tahun sijil pendaftaran itu dikeluarkan, sijil tersebut hendaklah dianggap sebagai sijil tahunan yang dikeluarkan di bawah bab 15 dan peruntukan-peruntukan Perintah ini berkenaan dengan sijil-sijil tahunan hendaklah dikenakan kepadanya. Sekatan terhadap penggunaan gelaran-gelaran tertentu.
WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM barang-barang secara runcit nama atau gelaran ahli kimia dispensari atau sebarang nama, gelaran, lambang atau perihalan lain yang membayangkan bahawa dia atau mana-mana orang yang digaji olehnya adalah didaftarkan atau bahawa dia atau orang lain itu layak untuk didaftarkan.
Seseorang yang bertindak dengan melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila sabit kesalahan dikenakan suatu denda yang tidak melebihi dari $1,000 dan denda tambahan sebanyak $100 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan setelah disabitkan kesalahan. Catatan kelayakan yang lebih tinggi.
Penyiaran daftar dan anggapan.
Dalam sebarang prosiding — (a) penyiaran suatu senarai di bawah ceraian (1) hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang-orang yang namanya terdapat di dalamnya adalah ahli farmasi berdaftar; (b) sijil tahunan yang dikeluarkan menurut bab 15 boleh diterima sebagai keterangan prima facie bahawa orang yang dinamakan di dalamnya sebagai ahli farmasi berdaftar adalah seorang ahli farmasi berdaftar; dan (c) sijil yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa nama seseorang telah dicatatkan atau dikeluarkan dari daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Perintah ini, mengikut mana yang berkenaan. Perubahan butir-butir dalam daftar.
Pengekalan nama dalam daftar.
Ahli farmasi berdaftar yang membuat permohonan dan bayaran menurut ceraian (1) hendaklah meminta supaya namanya dikekalkan dalam daftar.
Seseorang yang gagal membuat permohonan menurut ceraian (1) tetapi yang kemudiannya berbuat demikian dan membayar bayaran yang ditetapkan yang disebut dalam ceraian itu dan bayaran tambahan, jika ada, sebagaimana yang mungkin ditetapkan dalam Jadual adalah, tertakluk kepada bab 17, berhak untuk meminta supaya namanya dikekalkan dalam daftar pada tahun tersebut. Sijil tahunan.
Sijil tahunan hendaklah dalam borang sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Lembaga.
Tertakluk kepada ceraian (4), sijil tahunan hendaklah dikeluarkan oleh Pendaftar dan hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh ia dikeluarkan sehingga penghujung tahun.
Jika nama seseorang, yang kepadanya sijil tahunan telah dikeluarkan di bawah bab ini, dikeluarkan dari daftar di bawah bab-bab 16 atau 17, sijil tahunan itu adalah tidak lagi sah. Pengeluaran nama dari daftar.
(a) telah mati; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (b) telah gagal membuat permohonan bagi pengekalan namanya dalam daftar sebelum tamat tempoh tahun namanya itu — (i) didaftarkan di bawah ceraian (2) bab 8; (ii) dikekalkan dalam daftar di bawah ceraian (2) bab 14; atau; (iii) dimasukkan balik dalam daftar di bawah ceraian (1) bab 18; (c) telah gagal memberitahu Pendaftar mengenai perubahan alamat perniagaannya atau telah tidak memberikan kepadanya alamat di Negara Brunei Darussalam di mana dia boleh dijumpai; atau (d) telah didaftarkan dengan silap tentang kelayakannya untuk pendaftaran.
Bagi maksud-maksud perenggan (c) ceraian (1), seseorang yang gagal mengaku dalam masa 3 bulan dari tarikh penghantaran, penerimaan surat berdaftar yang dialamatkan kepadanya di alamat terakhir yang diberikan olehnya kepada Pengerusi, hendaklah dianggap telah tidak memberikan kepada Pendaftar alamat di bawah ceraian tersebut. Kuasa-kuasa Lembaga untuk membatalkan sijil tahunan dan mengeluarkan nama dari daftar.
(a) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan penipuan atau ketidakjujuran; (b) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Perintah ini; (c) pendaftarannya telah diperolehi dengan penipuan atau salah nyata; (d) kelayakannya untuk pendaftaran di bawah bab 7 telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperolehi atau pihak berkuasa yang memberinya; (e) dia telah didapati bersalah melakukan suatu perbuatan atau kelakuan yang tidak senonoh yang menyebabkan, setelah Lembaga menjalankan siasatan yang sewajarnya, pada pendapat Lembaga, tidak layak untuk menjadi ahli farmasi; atau (f) pada pendapat Lembaga bahawa dia tidak dapat menjalankan kewajipan-kewajipan ahli farmasi dengan berkesan di Negara Brunei Darussalam.
Tiada arahan boleh diberikan di bawah ceraian (1) melainkan jika Lembaga telah memberi kepada ahli farmasi berdaftar yang disebut dalam arahan itu peluang untuk didengar sama ada sendirian atau melalui peguam.
Suatu arahan di bawah ceraian (1) tidaklah boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh satu bulan dari tarikh arahan tersebut telah disampaikan kepada ahli farmasi berdaftar yang disebut dalam arahan itu atau, jika suatu rayuan terhadap arahan itu telah dibuat kepada Menteri di bawah bab 19, sehingga rayuan itu telah diputuskan atau ditarik balik.
Jika suatu arahan di bawah ceraian (1) berkuatkuasa, Pendaftar hendaklah membuat perubahan dalam daftar sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan arahan tersebut. Pemasukan balik.
Jika suatu nama yang dikeluarkan dari daftar di bawah perenggan (b) atau (c) ceraian (1) bab 16 telah dimasukkan balik, pemasukan balik itu hendaklah, jika Lembaga mengarahkan demikian, berkuatkuasa mulai dari tarikh pengeluaran nama tersebut. Rayuan terhadap pengeluaran dari daftar atau keengganan untuk mendaftarkan.
Lantikan dan kuasa-kuasa Pemeriksa.
Apabila seseorang Pemeriksa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sebarang kesalahan di bawah Perintah ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana bangunan atau berhubung dengan sebarang perniagaan yang dijalankan di mana-mana bangunan, dia boleh, pada setiap masa yang munasabah, memasuki bangunan tersebut dan boleh menggeledah dan memeriksa bangunan tersebut dan boleh memeriksa, memindah dan menahan mana-mana WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM buku, dokumen atau barang lain yang dijumpai di dalamnya yang pada pendapat Pemeriksa tersebut boleh memberi keterangan mengenai berlakunya suatu kesalahan terhadap Perintah ini dan boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan atau menguruskan sebarang perniagaan menyimpan, menjual runcit, mendispensing atau menyebatikan sebarang racun, sebarang bahan atau produk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Kepada Akta Penyalahgunaan Dadah (Penggal 27) atau sebarang bahan terapeutik lain supaya mengemukakan untuk pemeriksaannya sebarang sijil yang dikeluarkan kepada orang itu atau majikannya di bawah Perintah ini.
Mana-mana orang yang menghalang atau mengadang seseorang Pemeriksa dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya di bawah Perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan. Pengecualian.
Pindaan Jadual.
Pendaftaran palsu.
Kesalahan-kesalahan.
Aturan-aturan.
JADUAL bab-bab 8, 14 dan 18 Bayaran Bayaran pendaftaran $200 Bayaran pengekalan $100 Bayaran pemasukan balik $150 Diperbuat pada hari ini 21 haribulan Zulkaedah, Tahun Hijrah 1421 bersamaan dengan 15 haribulan Februari, 2001 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM