로고

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 163

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 6 Mac 1976 Tarikh penyiaran dalam Warta … … ... 11 Mac 1976

Suatu Akta untuk menguruskan kesalahan tertentu di bawah undang- undang bertulis yang dilakukan di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia dan di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia atau selainnya seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia. MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Kesan di luar negeri bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia J ADUAL

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976.

Kesan di luar negeri bagi kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia

2.

(1)

(a) Apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual, iaitu peruntukan yang berhubungan dengan mewujudkan, dan hukuman bagi, kesalahan; atau (b) apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang perlakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menyentuh keselamatan Persekutuan, boleh, jika perbuatan atau kesalahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilakukan— (i) di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana- mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia; (ii) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara; (iii) oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia, dihukum sebagai suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan seolah-olah perbuatan atau kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia.

(2)

Bagi maksud Akta ini, “pemastautin tetap” mempunyai erti yang diberikan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda atau menambah Jadual. Jadual [Subseksyen 2(1)] No. Tajuk ringkas Akta 88 Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta 15 Akta Hasutan 1948

Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976

SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari — TIADA —

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 163 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN DI LUAR NEGERI 1976

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari — TIADA —