(SYARAT-SYARAT KONTRAK YANG TIDAK ADIL), 1994
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh ceraian (3) bab 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini membuat Perintah yang berikut —
PERMULAAN Gelaran dan gelaran panjang.
Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk menghadkan setakat mana liabiliti sivil kerana pelanggaran kontrak, atau kerana kecuaian atau pelanggaran lain kewajipan dapat dielakkan dengan cara syarat-syarat kontrak ataupun dengan cara lain dan bagi perkara-perkara yang berhubung dengannya". Pengenaan dan tafsiran.
Dalam Perintah ini, kecuali jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain — "perniagaan" termasuk suatu profesen dan kegiatan mana-mana jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau awam ; "barang-barang" mempunyai makna yang sama sebagaimana dalam Perintah Darurat (Penjualan Barang-Barang), 1994 ; "kecuaian" mempunyai makna yang ditentukan oleh bab 3(1) ; "notis" termasuk suatu pengumuman, sama ada atau tidak secara bertulis, dan sebarang perhubungan lain ; dan "kecederaan diri" termasuk sebarang penyakit dan sebarang kecacatan keadaan fizikal atau mental.
PENGECUALIAN Bidang Bahagian II.
(a) sebarang obligasi, yang berbangkit dari syarat-syarat suatu kontrak yang nyata atau tersirat, untuk berhati-hati secara munasabah untuk menjalankan kemahiran secara munasabah dalam melaksanakan kontrak itu; (b) sebarang kewajipan common law untuk berhati-hati secara munasabah atau menjalankan kemahiran secara munasabah (tetapi bukan sebarang kewajipan yang lebih ketat); (c) kewajipan berhati-hati biasa yang dikenakan oleh sebarang undang-undang bertulis.
Bahagian ini adalah tertakluk kepada Bahagian III; dan berkenaan dengan kontrak, kuatkuasa bab-bab 4, 5, 6 dan 9 adalah tertakluk kepada pengecualian yang dibuat oleh Jadual 1.
Dalam hal kontrak dan juga tort, bab-bab 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 adalah dikenakan (kecuali jika dinyatakan sebaliknya dalam bab 8(4)) hanya kepada liabiliti perniagaan, iaitu liabiliti kerana pelanggaran obligasi atau kewajipan yang berbangkit — (a) dari perkara-perkara yang dilakukan atau hendak dilakukan oleh seseorang semasa menjalankan suatu perniagaan (sama ada perniagaannya sendiri atau orang lain); atau (b) dari penghuni bangunan yang digunakan bagi maksud-maksud perniagaan penghuni, dan rujukan kepada liabiliti dibaca dengan sewajarnya, tetapi liabiliti seseorang penghuni bangunan kerana melanggar suatu obligasi atau kewajipan terhadap seseorang yang mendapat akses ke bangunan itu bagi maksud-maksud riadah atau pendidikan, iaitu liabiliti kerana kerugian atau kerosakan yang dialami dengan sebab keadaan bahaya bangunan itu, adalah bukan liabiliti perniagaan penghuni itu melainkan jika pemberian akses kepada orang itu bagi maksud-maksud berkenaan termasuk dalam maksud-maksud perniagaan penghuni itu.
Berkenaan dengan sebarang pelanggaran kewajipan atau obligasi, adalah tidak mustahak bagi sebarang maksud Bahagian ini sama ada pelanggaran itu adalah dengan sengaja atau dengan niat, atau sama ada liabiliti terhadapnya berbangkit secara terus atau vikarius.
Dalam hal kerugian atau kerosakan lain, seseorang tidaklah boleh mengecualikan atau menghadkan liabilitinya kerana kecuaian kecuali setakat yang syarat atau notis itu memenuhi kehendak kemunasabahan.
Jika suatu syarat kontrak atau notis dikatakan mengecualikan atau menghadkan liabiliti kerana kecuaian persetujuan seseorang terhadapnya atau kesedaran mengenainya itu sendiri tidak akan dikira sebagai menunjukkan penerimaan sukarelnya akan sebarang risiko. Liabiliti yang berbangkit dalam kontrak.
Terhadap pihak tersebut, pihak yang satu lagi tidak boleh dengan merujuk kepada sebarang syarat kontrak — (a) apabila dirinya sendiri melanggar kontrak, mengecualikan atau menghadkan sebarang liabilitinya berkaitan dengan pelanggaran itu; atau (b) mengaku berhak — (i) membuat suatu pelaksanaan kontraktual yang berbeza sepenuhnya dari pelaksanaan kontraktual yang dijangkakan dengan munasabah daripadanya; atau (ii) berkaitan dengan seluruh atau mana-mana bahagian obligasi kontraktualnya, tiada membuat pelaksanaan sama sekali, kecuali setakat (dalam sebarang hal yang disebutkan dalam ceraian ini) yang syarat kontrak itu memenuhi kehendak kemunasabahan. Fasal tanggung rugi yang tidak munasabah.
Bab ini dikenakan sama ada liabiliti berkenaan — (a) adalah secara langsung liabiliti orang yang akan ditanggung rugi atau ditanggung olehnya secara vikarius; (b) adalah kepada orang yang berurusniaga sebagai pengguna atau kepada orang lain. Liabiliti yang berbangkit dari penjualan atau pembekalan barang-barang
(a) berbangkit dari barang-barang yang terbukti cacat semasa digunakan pengguna; dan (b) berpunca dari kecuaian seseorang yang berkenaan semasa pengilangan atau pengagihan barang-barang itu, maka liabiliti kerana kerugian atau kerosakan tidak boleh dikecualikan atau dihadkan dengan merujuk kepada sebarang syarat kontrak atau notis yang terkandung di dalam atau berkuatkuasa dengan merujuk kepada suatu jaminan bagi barang-barang itu.
Bagi maksud-maksud ini — (a) barang-barang adalah dianggap sebagai "digunakan pengguna" apabila seseorang menggunakannya, atau barang-barang itu ada dalam miliknya untuk digunakan, melainkan secara eksklusif bagi maksud-maksud suatu perniagaan dan (b) apa-apa jua secara bertulis adalah suatu jaminan jika ia mengandungi atau dikatakan mengandungi sesuatu janji atau asurans (tidak kira bagaimana ia ditulis atau disampaikan) kecacatan itu akan dibaiki dengan penggantian sepenuhnya atau separa, atau dengan pembaikan, pampasan wang ataupun dengan cara lain.
Bab ini tidak dikenakan di antara pihak-pihak kepada suatu kontrak yang di bawahnya atau menurutnya pemilikan atau pemunyaan barang-barang berpindah.
Terhadap seseorang yang berurunsiaga sebagai pengguna, liabiliti kerana pelanggaran obligasi yang berbangkit dari bab-bab 15, 16 atau 17 dari Perintah Darurat (Penjualan Barang-Barang), 1994 (penjualan dengan perihalan, syarat-syarat tersirat mengenai kualiti atau kesesuaian dan penjualan dengan contoh) tidak boleh dikecualikan atau dihadkan dengan merujuk kepada sebarang syarat kontrak. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Terhadap seseorang yang berurusan niaga melainkan sebagai pengguna, liabiliti yang dinyatakan dalam ceraian (2) boleh dikecualikan atau dihadkan dengan merujuk kepada syarat kontrak, tetapi hanya setakat yang syarat itu memenuhi kehendak kemunasabahan.
Liabiliti-liabiliti yang disebutkan dalam bab ini bukan sahaja liabiliti-liabiliti perniagaan yang ditakrifkan oleh bab 3(3), tetapi termasuk yang berbangkit di bawah sebarang kontrak penjualan barang-barang atau perjanjian sewa-beli. atau kedua-duanya, maka jika tidak dia mungkin berhak untuk membatalkan kontrak itu tanpa mengatakan tipuan, dia adalah berhak demikian, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perintah ini, dengan tidak menghiraukan perkara-perkara yang disebutkan dalam perenggan-perenggan (a) dan (b) bab ini.
Jika seseorang telah membuat suatu kontrak selepas suatu salah nyataan telah dibuat kepadanya melainkan secara tipuan, dan dia mungkin berhak, dengan sebab salah nyataan itu, untuk membatalkan kontrak itu, maka, jika dituntut, dalam sebarang prosiding yang berbangkit dari kontrak itu, bahawa kontrak itu sepatutnya atau telah dibatalkan mahkamah boleh mengisytiharkan kontrak itu masih ada dan mengaward ganti rugi sebagai ganti pembatalan, jika berpendapat bahawa adalah adil untuk berbuat demikian, dengan mengambil perhatian kepada jenis salah nyataan itu dan kerugian yang mungkin disebabkan olehnya jika kontrak itu dipertahankan, dan juga kepada kerugian bahawa pembatalan itu mungkin berlaku kepada pihak yang satu lagi.
Ganti rugi boleh diaward terhadap seseorang di bawah ceraian (2) sama ada atau tidak dia bertanggungan terhadap ganti rugi di bawah ceraian (1), tetapi jika dia bertanggungan demikian sebarang award di bawah ceraian (2) hendaklah diambil kira dalam menaksir liabilitinya di bawah ceraian (1).
(a) sebarang liabiliti di mana suatu pihak kepada suatu kontrak mungkin tertakluk dengan sebab sebarang salah nyataan yang dibuat olehnya sebelum kontrak itu dibuat; atau (b) sebarang remedi yang boleh didapati pada pihak lain kepada kontrak itu dengan sebab salah nyataan seumpama itu, maka syarat itu hendaklah tidak berkuatkuasa kecuali setakat yang ia memenuhi kehendak kemunasabahan sebagaimana yang dinyatakan dalam bab 15(1); dan adalah bagi yang mengaku bahawa syarat itu memenuhi kehendak tersebut untuk menunjukkan bahawa ia memenuhinya. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Peruntukan-peruntukan lain mengenai kontrak **Kesan pelanggaran.**
Jika atas suatu pelanggaran kontrak itu walaupun demikian disahkan oleh suatu pihak yang berhak untuk menyifatkannya sebagai ditolak, ini sendiri tidak akan mengecualikan kehendak kemunasabahan berkenaan dengan sebarang syarat kontrak. **Pengecualian dengan kontrak sekunder.**
**Peruntukan-peruntukan huraian** **Ujian "kemunasabahan".**
Dalam menentukan bagi maksud bab-bab 8 atau 9 sama ada suatu syarat kontrak memenuhi kehendak kemunasabahan, perhatian hendaklah diambil khasnya kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual 2; tetapi ceraian ini tidak mencegah mahkamah dari memutuskan, menurut sebarang aturan undang-undang, bahawa suatu syarat yang dikatakan mengecualikan atau menghadkan sebarang liabiliti yang berkaitan adalah bukan suatu syarat kontrak itu. **Jadual 2.**
Berkenaan dengan suatu notis (bukannya suatu notis yang mempunyai kuatkuasa kontraktual), kehendak kemunasabahan di bawah Perintah ini adalah bahawa ia seharusnya adil dan munasabah untuk membenarkan bersandar kepadanya, dengan memberi perhatian kepada semua hal keadaan yang ada apabila liabiliti berbangkit atau (jika tidak kerana notis itu) mungkin telah berbangkit.
Jika dengan merujuk kepada suatu syarat kontrak atau notis seseorang bertujuan untuk menghadkan liabiliti kepada suatu jumlah yang yang ditentukan banyaknya, dan persoalan itu berbangkit (di bawah Perintah ini atau sebarang undang-undang lain) sama ada syarat atau notis itu memenuhi kehendak kemunasabahan, perhatian hendaklah diambil khasnya (tetapi tanpa menyentuh ceraian (2) dalam hal syarat-syarat kontrak) terhadap — (a) sumber-sumber yang dapat dijangkakannya ada padanya bagi maksud memenuhi liabiliti sekiranya ia berbangkit; dan (b) sejauh mana ia terbuka kepadanya untuk melindungi dirinya dengan insurans.
Adalah bagi yang mengaku bahawa suatu syarat kontrak atau notis memenuhi kehendak kemunasabahan untuk menunjukkan bahawa ia memenuhinya.
(a) dia tidak membuat kontrak itu semasa menjalankan suatu perniagaan dan juga tidak mengemukakan dirinya sebagai berbuat demikian; (b) pihak yang satu lagi ada membuat kontrak itu semasa menjalankan suatu perniagaan; dan (c) dalam hal suatu kontrak yang dikawal oleh undang-undang penjualan barang-barang atau sewa-beli, atau oleh bab 9, barang-barang yang berpindah di bawah atau menurut kontrak itu adalah dari jenis yang biasanya dibekalkan untuk kegunaan atau penggunaan persendirian.
Tetapi atas suatu penjualan dengan lelong atau dengan tawaran kompetitif pembeli dalam sebarang hal keadaan tidak akan dianggap sebagai berurusan sebagai pengguna.
Tertakluk kepada Perintah ini, adalah bagi yang mengaku bahawa suatu pihak tidak berurusan sebagai pengguna untuk menunjukkan bahawa dia tidak berurusan demikian.
(a) bagi menjadikan liabiliti itu atau penguatkuasaannya tertakluk kepada syarat-syarat terbatas atau berat; (b) bagi mengecualikan atau menghadkan sebarang hak atau remedi berkaitan dengan liabiliti itu, atau mendedahkan seseorang kepada sebarang kemudaratan akibat dari penerusan sebarang hak atau remedi itu olehnya; (c) bagi mengecualikan atau menghadkan aturan-aturan keterangan atau prosedur. dan (setakat itu) bab-bab 4, 7, 8 dan 9 juga mengecualikan atau menghadkan liabiliti dengan merujuk kepada syarat-syarat dan notis-notis yang mengecualikan atau menghadkan obligasi atau kewajipan yang berkaitan.
Tetapi suatu persetujuan secara bertulis untuk mengemukakan perbezaan masa kini atau masa depan kepada timbangtara tidak akan disifatkan di bawah Bahagian ini sebagai mengecualikan atau menghadkan sebarang liabiliti.
RAMPAIAN Kontrak-kontrak bekalan antarabangsa.
Syarat-syarat kontrak seumpama itu tidak tertakluk kepada sebarang kehendak kemunasabahan di bawah bab-bab 5 atau 6.
Tertakluk kepada ceraian (4), perihalan kontrak itu adalah satu perihalan yang ciri-cirinya adalah seperti berikut — (a) sama ada ia adalah suatu kontrak penjualan barang-barang atau ia adalah suatu kontrak yang di bawahnya atau menurutnya pemilikan atau pemunyaan barang-barang berpindah; dan (b) ia dibuat oleh pihak-pihak yang tempat-tempat perniagaannya (atau, jika mereka tidak mempunyainya, tempat kediaman lazim) adalah di dalam wilayah Negara-Negara yang berlainan.
Suatu kontrak termasuk di bawah ceraian (3) hanya jika sama ada — (a) barang-barang berkenaan, pada masa pembuatan kontrak itu, sedang diangkut, atau akan diangkut, dari wilayah sebuah Negara ke wilayah sebuah Negara lain; (b) Perbuatan-perbuatan yang merupakan tawaran dan penerimaan telah dilakukan di dalam wilayah Negara-Negara yang berlainan; atau (c) kontrak itu mempersyaratkan supaya barang-barang itu dihantar ke wilayah sebuah Negara selain dari Negara yang di dalam wilayahnya perbuatan-perbuatan itu dilakukan.
Perintah ini mempunyai kuatkuasa dengan tidak menghiraukan sebarang syarat kontrak yang dikenakan atau dikatakan dikenakan dengan undang-undang sesebuah negara di luar Negara Brunei Darussalam, jika (sama ada atau kedua-duanya) — (a) syarat itu pada pendapat mahkamah telah dikenakan seluruhnya atau terutamanya bagi maksud membolehkan pihak yang mengenakannya untuk mengelak kuatkuasa Perintah ini; atau (b) dalam pembuatan kontrak itu salah satu pihak berurusan niaga sebagai pengguna, dan dia kemudiannya bermastautin secara lazimnya di Negara Brunei Darussalam, dan langkah-langkah penting yang diperlukan bagi pembuatan kontrak itu telah diambil di sana, sama ada olehnya atau oleh orang lain bagi pihaknya.
(a) suatu kontrak bagi mengangkut dengan jalan laut seseorang penumpang atau seseorang penumpang dan barang-barangnya tidak dibuat di Negara Brunei Darussalam; dan (b) tempat bertolak dan juga tempat destinasi di bawahnya bukan di Negara Brunei Darussalam, maka seseorang tidak dicegah menurut Perintah ini dari mengecualikan atau menghadkan liabiliti kerana kerugian atau kerosakan.
(a) dibenarkan atau dikehendaki oleh syarat-syarat yang nyata atau implikasi mustahak sebarang undang-undang bertulis; atau (b) dibuat dengan tujuan untuk mematuhi suatu perjanjian antarabangsa di mana Negara Brunei Darussalam menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu, tidak berkuatkuasa dengan lebih terhad dari yang dimaksudkan oleh perjanjian itu. WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Suatu syarat kontrak akan dikira, bagi maksud-maksud Bahagian II, sebagai memenuhi kehendak kemunasabahan jika ia dimasukkan atau dibenarkan oleh, atau dimasukkan menurut suatu keputusan atau perintah, pihak berkuasa yang layak yang bertindak pada menjalankan sebarang bidang kuasa atau tugas berkanun dan bukan suatu syarat dalam suatu kontrak di mana pihak berkuasa yang layak itu sendiri menjadi suatu pihak kepada kontrak itu.
Dalam bab ini — "pihak berkuasa yang layak" bermakna mana-mana mahkamah, jabatan kerajaan atau pihak berkuasa awam; "berkanun" bermakna diberikan menurut suatu undang-undang bertulis. Bab 3(2). JADUAL 1 Bidang bab-bab 4, 5, 6 dan 9
(a) sebarang kontrak insurans (termasuk suatu kontrak untuk membayar suatu anuiti atas nyawa manusia); (b) sebarang kontrak setakat yang ia berkenaan dengan perwujudan atau pemindahan suatu kepentingan ke atas tanah, atau penamatan kepentingan seumpama itu, sama ada dengan cara penghapusan, percantuman, penyerahan balik, perlucuthakan ataupun dengan cara lain; (c) sebarang kontrak setakat yang ia berkenaan dengan perwujudan atau pemindahan suatu hak atau kepentingan ke atas sebarang paten, tanda perniagaan, hakcipta, rekabentuk berdaftar, maklumat teknikal atau perdagangan atau harta intelektual lain, atau berkenaan dengan penamatan sebarang hak atau kepentingan itu; (d) sebarang kontrak setakat yang ia berkenaan dengan — (i) penubuhan atau pembubaran suatu syarikat (yang bermakna sebarang pertubuhan perbadanan atau persatuan yang tidak diperbadankan dan termasuk suatu perkongsian); atau (ii) perlembagaannya atau hak atau obligasi ahli-ahli perbadanan atau anggota-anggotanya; (e) sebarang kontrak setakat yang ia berkenaan dengan perwujudan atau pemindahan sekuriti atau sebarang hak atau kepentingan ke atas sekuriti.
(a) sebarang kontrak salvaj atau penundaan marine; (b) sebarang carterparti sesebuah kapal atau hoverkraf; dan (c) sebarang kontrak bagi mengangkut barang-barang dengan kapal atau hoverkraf, tetapi tertakluk kepada Perintah ini bab-bab 4, 5, 6 dan 9 tidak diperluaskan kepada sebarang kontrak itu kecuali untuk faedah seseorang yang berurusan niaga sebagai pengguna.
(a) menyatakan bahawa sebagai cara mengangkut bagi sebahagian dari perjalanan yang akan diliputi; atau (b) tidak mengadakan peruntukan tentang cara mengangkut dan tidak mengecualikan cara itu, maka bab-bab 4, 5 dan 6 tidak, kecuali untuk faedah seseorang yang berurusan niaga sebagai pengguna, diperluaskan kepada kontrak itu sebagaimana ia berkuatkuasa bagi dan berhubung dengan pengangkutan barang-barang dengan cara itu.
JADUAL 2 Bab 15 (2). "Garis panduan" bagi pengenaan ujian kemunasabahan Perkara-perkara yang diberikan perhatian khasnya bagi maksud bab-bab 8(3), 9(3) dan (4), adalah mana-mana yang berikut yang ternyata berkaitan — (a) kekuatan kedudukan tawar-menawar pihak-pihak yang berhubungan antara satu sama lain, dengan mengambil kira (antara lainnya) cara alternatif yang dengannya kehendak-kehendak pelanggan dapat dipenuhi; (b) sama ada pelanggan menerima dorongan supaya bersetuju dengan syarat itu, atau dalam menerimanya mempunyai suatu peluang untuk membuat suatu kontrak yang sama dengan orang lain, tetapi tanpa menerima suatu syarat yang sama; WARTA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (c) sama ada pelanggan mengetahui atau sepatutnya telah mengetahui dengan munasabah akan kewujudan dan takat syarat itu (dengan memberi perhatian, antara lainnya, kepada sebarang kebiasaan perdagangan dan sebarang perjalanan urusniaga yang terdahulu di antara pihak-pihak); (d) jika syarat itu mengecualikan atau menghadkan sebarang liabiliti yang berkaitan sekiranya sesuatu syarat tidak dipatuhi, sama ada munasabah pada masa itu bagi kontrak itu untuk menjangkakan bahawa pematuhan syarat itu mungkin boleh dilakukan; (e) sama ada barang-barang dikilang, diproses atau disesuaikan mengikut pesanan khas pelanggan. Diperbuat pada hari ini 3 haribulan Mei, 1994 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.