로고

PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah di bawah bab 83(3))

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh ceraian (3) bah 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut-

PERLEMBAGAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (Perintah di bawah bab 831311 PERINTAH DARURAT (WASIAT), 1999 SUSUNAN BAB-BAB Bab 1. Gelaran dan gelaran panjang. 2. Thfsiran dan pengenaan. 3. Harta boleh dilupuskan dengan wasiat. 4. Wasiat orang yang belum cukup umur adalah tidak sah. 5. Cara penyempurnaan. 6. Penyempurnaan lantikan dengan wasiat. 7. Penyiaran wasiat adalah tidak perlu. 8. Ketidaklayakan saksi yang membuat akusaksi. 9. Pemberian kepada saksi yang membuat akusaksi, dll adalah tidak sah. 10. Pemiutang yang mengakusaksi wasiat, adalah seorang saksi. 11. Wasi adalah seorang saksi. 12. Setakat mana wasiat dibatalkan atas perkahwinan atau perceraian. 13. Hal keadaan yang berubah. 14. Pembatalan wasiat. 15. Kesan pemadaman, dll. 16. Pemulihan wasiat yang telah dibatalkan. 17. Perbuatan berikutnya tidaklah menghalang perlaksanaan wasiat. 18. Wasiat disampaikan kerana kematian. 19. Devis atau warisan bakian. 20. Kesan devis atau warisan am ke atas kuasa lantikan. 21. Devis atau warisan tanpa perkataan batasan. 22. Perkataan-perkataan yang bermaksud tidak ada zuriat atau tidak mempunyai zuriat. 23. Pemegang amanah atau wasi. 24. Devis atau warisan harta kepada pemegang amanah tanpa batasan. 25. Devis atau warisan kepada kanak-kanak atau zuriat lain. 26. Wasiat terlindung anggota-anggota ABDB, dll. 27. Wasiat yang disempurnakan di luar negeri. 28. Wasiat yang dibuat oleh rakyat. 29. Perubahan domisil.

1.

(1)

Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Darurat (Wasiat), 1999.

(2)

Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk membuat peruntukan bagi undang-undang yang mengawal wasiat dan bagi perkara-perkara yang berhubung dengannya". Gelaran dan gelaran panjang.

2.

(1)

Dalam Perintah ini, melainkan jik berkehendakkan makna yang lain- "harta" termasuk tanah, pajakan, sewaan dan hereditamen zahir, tidak zahir atau persendirian dan mana-mana syer individunya dan mana­ mana harta pusaka, hak atau kepentingan ke atasnya atau berkaitan dengannya, wang, syer dan dana lain, jaminan wang, cagaran, hutang, hak dalam tindakan, hak, kredit, barang-barang dan semua harta lain apa pun yang turun kepada wasi atau pentadbir dan sebarang syer atau kepentingan ke atasnya dan sebarang kepentingan kontingen, eksekutori atau masa depan yang lain; "wasiat" bermakna suatu pengakuan yang dimaksudkan untuk mempunyai kesan di sisi undang-undang mengenai niat seseorang pewasiat berkaitan dengan hartanya atau perkara-perkara lain yang dia berhasrat untuk melaksanakannya setelah dia mati dan ter­ masuk testament, kodisil dan lantikan dengan wasiat atau secara bertulis dalam bentuk wasiat pada menjalankan kuasa dan juga suatu pelupusan dengan wasiat atau testament penjagaan, jagaan dan tuisyen mana-mana kanak-kanak.

(2)

Perintah ini hendaklah tidak dikenakan kepada wasiat orang-orang yang menganut ugama Islam yang kuasa-kuasa perwasiatannya tetap tidak terjejas oleh apa-apa jua yang terkandung dalam Perintah ini.

(3)

Dengan tidak menghiraukan pembuatan Perintah ini, suatu wasiat yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuatkuasa Perintah ini hendaklah, jika sejurus sebelum tarikh tersebut wasiat itu mungkin telah ditafsirkan menurut undang-undang itu, terus ditafsirkan menurut undang-undang berkenaan dengan wasiat yang berkuat­ kuasa di Negara Brunei Darussalam sejurus sebelum tarikh tersebut.

(4)

Bagi maksud-maksud ceraian (3), suatu wasiat yang di­ sempurnakan semula, disiarkan semula atau dipulihkan dengan suatu kodisil hendaklah dianggap telah dibuat pada masa wasiat itu disempurnakan semula, disiarkan semula atau dipulihkan.

3.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perintah ini, tiap-tiap orang yang berfikiran sempurna boleh mendevis, mewariskan atau melupuskan dengan wasiatnya, yang disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini, semua harta yang dimilikinya atau yang dia berhak terhadapnya sama ada di sisi undang-undang atau dalam ekuiti pada masa kematiannya walaupun dia mungkin menjadi berhak ke atas harta tersebut berikutan dengan penyempurnaan wasiat itu.

4.

Wasiat yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah umur dewasa adalah tidak sah.

5.

(1)

Wasiat adalah tidak sah melainkan jika wasiat tersebut dibuat secara pertulis dan disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini.

(2)

Tiap-tiap wasiat hendaklah ditandatangani di kaki atau hujung wasiat itu oleh pewasiat atau oleh orang lain di hadapannya dan atas arahannya; tandatangan tersebut hendaklah dibuat atau diakui oleh pewasiat sebagai tandatangan untuk wasiatnya di hadapan dua orang saksi atau lebih yang hadir pada masa yang sama, dan saksi-saksi tersebut hendaklah menandatangani wasiat tersebut di hadapan pewasiat, tetapi cara untuk mengakusaksi tidaklah diperlukan.

(3)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (2), tiap-tiap wasiat hendaklah, hanya setakat yang berhubung dengan kedudukan tandatangan pewasiat atau orang yang menandatangani bagi pihak­ nya sebagaimana yang disebutkan dalam ceraian (2), dianggap sebagai sah di bawah bab ini jika tandatangan dibubuh pada atau selepas, atau sesudah, atau di bawah, atau di sebelah, atau ber­ tentangan dengan hujung wasiat tersebut, supaya jelas pada permukaan wasiat tersebut bahawa pewasiat bermaksud untuk melaksanakan, dengan tandatangannya pada tulisan yang ditandatangani, sebagai wasiatnya, dan wasiat tersebut tidaklah terjejas oleh hal keadaan - (a) bahawa tandatangan tidak dibubuh sesudah atau tidak betul-betul selepas kaki atau hujung wasiat tersebut; (b) bahawa ruang kosong berada di antara kata penutup wasiat tersebut dan tandatangan; • (c) bahawa tandatangan dibubuh di antara perkataan­ perkataan ayat testimonium atau ayat pengakusaksian, atau sesudah atau selepas atau di bawah ayat pengakusaksian, sama ada dengan atau tanpa adanya ruang kosong, atau sesudah atau selepas, atau di bawah, atau di sebelah nama-ri'ama atau salah satu daripada nama-nama saksi yang menandatangani; (d) bahawa tandatangan dibubuh di tepi atau muka surat atau bahagian lain kertas atau kertas-kertas yang mengandungi wasiat tersebut jika tiada ayat atau perenggan atau bahagian pelupusan wasiat tersebut tertulis di atas tandatangan; atau (e) bahawa terdapat ruang yang mencukupi pada atau di sebelah bawah di tepi atau muka surat sebelumnya atau bahagian lain kertas yang sama di mana wasiat tersebut ditulis ada mengandungi tandatangan.

(4)

Penyebutan satu persatu mengenai hal keadaan dalam ceraian (3) hendaklah tidak menyekat keluasan makna ceraian (3), tetapi tandatangan tidaklah boleh berkuatkuasa untuk memberi kesan kepada sebarang pelupusan atau arahan yang ada di bawahnya atau sesudahnya, atau tandatangan tidaklah juga boleh memberi kesan kepada sebarang pelupusan atau arahan yang dimasukkan setelah tandatangan dibuat.

6.

(1)

Lantikan yang dibuat dengan wasiat pada menjalankan sebarang kuasa tidaklah sah melainkan jika wasiat tersebut disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini.

(2)

Tiap-tiap wasiat yang disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini, setakat yang berkaitan dengan penyempurnaan dan pengakusaksiannya, adalah penyempurnaan yang sah bagi kuasa untuk melantik dengan wasiat, walaupun ia telah dikehendaki dengan nyata bahawa suatu wasiat yang dibuat pada menjalankan kuasa tersebut hendaklah disempurnakan dengan beberapa bentuk tambahan atau bentuk lain penyempurnaan atau rasmi.

7.

Tiap-tiap wasiat yang disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini adalah sah tanpa sebarang penyiaran lainnya.

8.

Jika mana-mana orang yang mengakusaksi penyempurnaan suatu wasiat pada masa penyempurnaannya atau pada bila-bila masa selepas itu adalah tidak layak untuk diterima sebagai seorang saksi bagi membuktikan penyempurnaannya, wasiat tersebut tidaklah atas sebab itu menjadi tidak sah.

9.

Jika mana-mana orang yang mengakusaksi penyempurnaan sebarang wasiat yang kepadanya atau yang kepada isteri atau suaminya sebarang devis, legasi, harta pusaka, kepentingan, pem­ berian atau lantikan benefisial bagi atau yang berhubungan dengan sebarang harta, selain dari bayaran dan arahan bagi pembayaran sebarang hutang, akan diberikan atau dibuat, maka devis, legasi, harta pusaka, kepentingan, pemberian atau lantikan tersebut adalah, hanya setakat yang berkenaan dengan orang yang mengakusaksi penyempurnaan wasiat tersebut, atau isteri atau suami orang itu, atau mana-mana orang yang menuntut di bawah orang atau isteri atau suami tersebut, batal dan tidak sah, dan orang yang mengakusaksi itu hendaklah diterima sebagai seorang saksi untuk membuktikan penyempurnaan atau untuk membuktikan kesahan atau ketidaksahannya, walaupun devis, legasi, harta pusaka, kepentingan, pemberian atau lantikan itu disebut dalam wasiat itu.

10.

Jika sebarang wasiat mencagarkan mana-mana harta dengan sebarang hutang dan mana-mana pemiutang atau isteri atau suami mana-mana pemiutang, yang hutangnya dicagarkan demikian, mengakusaksi penyempurnaan wasiat tersebut, pemiutang itu, dengan tidak rnenghiraukan cagaran tersebut, hendaklah diterima sebagai seorang saksi untuk membuktikan penyempurnaan wasiat tersebut atau untuk membuktikan kesahan atau ketidaksahannya.

11.

Seseorang itu, oleh kerana dia seorang wasi bagi suatu wasiat, layak untuk diterima sebagai saksi untuk membuktikan penyempurnaan wasiat tersebut atau saksi untuk membuktikan kesahan atau ketidaksahannya.

12.

(1)

Tiap-tiap wasiat yang dibuat oleh mana-mana orang hendaklah dibatalkan atas perkahwinannya, kecuali dalam hal suatu wasiat yang dibuat pada menjalankan kuasa lantikan, sedangkan harta yang dilantik tidak akan jika tiada lantikan tersebut berpindah kepada waris, wasi atau pentadbirnya atau orang yang berhak sekiranya dia mati tanpa membuat wasiat.

(2)

Dengan tidak menghiraukan ceraian (1), suatu wasiat yang dinyatakan akan dibuat bagi maksud sesuatu perkahwinan tidaklah boleh dibatalkan dengan upacara perkahwinan yang dimaksudkan; dan ceraian ini hendaklah dikenakan walaupun perkahwinan yang dimaksudkan adalah perkahwinan pertama, kedua atau berikutnya bagi seseorang yang mengamalkan poligami secara sah.

(3)

Jika, setelah pewasiat membuat suatu wasiat, suatu dekri mahkamah membubarkan atau membatalkan perkahwinannya - (a) wasiat tersebut hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sebarang lantikan bekas suami atau ister_i sebagai seorang wasi atau sebagai wasi dan pemegang amanah wasiat tersebut ditinggalkan; dan (b) sebarang devis atau warisan kepada bekas suami atau isteri hendaklah luput, kecuali setakat mana niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut.

13.

Wasiat tidaklah boleh dibatalkan dengan sebarang anggapan niat atas alasan sesuatu perubahan dalam hal keadaannya.

14. Wasiat atau mana-mana bahagiannya tidaklah boleh dibatalkan melainkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perintah ini, atau dengan wasiat lain yang disempumakan dengan cara menurut Perintah ini, atau dengan sesuatu tulisan yang mengisytiharkan niat untuk membatalkan wasiat tersebut dan disempumakan dengan cara bagaimana suatu wasiat akan disempumakan menurut Perintah ini atau dengan membakar, mengoyak ataupun sebaliknya memusnah­ kan wasiat tersebut, oleh pewasiat atau oleh seseorang di hadapan­ nya dan atas arahannya dengan niat untuk membatalkan wasiat tersebut.

15. Pemadaman, tulisan di antara baris atau perubahan lain yang dibuat dalam sebarang wasiat selepas penyempumaannya tidaklah sah atau mempunyai sebarang kesan kecuali setakat mana perkataan­ perkataan atau kesan wasiat tersebut sebelum perubahannya tidak nyata, melainkan jika perubahan itu disempumakan dengan cara yang sama seperti penyempumaan wasiat tersebut menurut Perintah ini; tetapi wasiat tersebut, dengan perubahan itu sebagai sebahagian daripadanya, hendaklah dianggap sebagai telah disempumakan jika tandatangan pewasiat dan tandatangan saksi-saksi dibuat dalam ruang tepi atau dalam bahagian lain wasiat tersebut, bertentangan atau berdekatan dengan perubahan itu atau di kaki atau hujung atau bertentangan dengan memorandum yang menyebut perubahan itu dan ditulis di hujung atau bahagian lain wasiat tersebut.

16.

(1)

Suatu wasiat atau mana-mana bahagiannya yang telah dibatalkan dalam apa jua cara pun hendaklah dipulihkan dengan menyempurnakannya semula atau dengan suatu kodisil yang disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini dan menunjukkan niat untuk memulihkan wasiat tersebut.

(2)

Apabila sebarang wasiat yang telah dibatalkan sebahagiannya dan setelah itu dibatalkan seluruhnya, dipulihkan, pemulihan tersebut tidaklah boleh diperluaskan kepada sebanyak mana yang telah dibatalkan sebelum seluruh wasiat tersebut dibatalkan, melainkan jika niat yang bertentangan ditunjukkan.

17.

Pindah milik, pemindahan hak, penyerahan hak atau perbuatan lain, yang dibuat atau dilakukan berikutan dengan penyempurnaan suatu wasiat atau kodisil atau berkenaan dengan sebarang harta yang terkandung di dalamnya, kecuali suatu perbuatan yang mem­ batalkan wasiat atau kodisil tersebut menurut Perintah ini, tidaklah boleh menghalang perlaksanaan wasiat atau kodisil tersebut ber­ hubung dengan harta pusaka, hak, syer atau kepentingan ke atas harta tersebut sebagaimana pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskannya dengan wasiat pada masa kematiannya.

18. Tiap-tiap wasiat hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan harta yang terkandung di dalamnya, sebagai menyampaikan dan ber­ kuatkuasa seolah-olah wasiat tersebut telah disempurnakan sejurus sebelum kematian pewasiat, melainkan jika niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut.

19.

Melainkan jika niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut, sebarang harta yang terkandung dalam mana-mana devis atau warisan yang gagal atau tidak sah kerana kematian penerima devis atau penerima pusaka dalam masa hayat pewasiat atau kerana devis atau warisan tersebut bertentangan dengan undang-undang ataupun sebalik'nya tidak dapat dikuatkuasakan, hendaklah dimasuk­ kan dalam devis atau warisan bakian masing-masing, jika ada, yang terkandung dalam wasiat tersebut.

20. Devis atau warisan am harta pusaka atau harta pewasiat yang diperihalkan secara am hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebarang harta yang perihalan tersebut meliputinya yang dia mungkin mempunyai kuasa untuk melantik dalam apa jua cara pun yang mungkin difi.kirkannya patut dan hendaklah berkuatkuasa sebagaimana penyempurnaan kuasa itu melainkan jika niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut.

21. Jika harta didevis atau diwariskan kepada mana-mana orang tanpa sebarang perkataan batasan, devis atau warisan tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai memindahkan fee simple atau hak lain

terhadap seluruh harta pusaka atau kepentingan ke atas harta tersebut yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskannya dengan wasiat melainkan jika ternyata menurut wasiat itu bahawa hanya kepentingan terhad sahaja dimaksudkan untuk penerima devis atau penerima pusaka tersebut.

22.

Dalam sebarang devis atau warisan harta, perkataan-perkataan "mati tanpa zuriat" atau "mati tanpa meninggalkan zuriat" atau sebarang perkataan lain yang mungkin bermaksud sama ada mana­ mana orang tidak ada zuriat atau tidak mempunyai zuriat dalam masa hayatnya atau pada masa kematiannya, atau tidak pasti tidak mempunyai zuriat, hendaklah ditafsirkan sebagai bermakna orang itu tidak ada zuriat atau tidak mempunyai zuriat dalam masa hayatnya atau pada masa kematiannya, dan bukannya tidak pasti tidak mempunyai zuriat, melainkan jika niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut: Dengan syarat bahawa bah ini hendaklah tidak diperluaskan kepada kes-kes jika tiada zuriat yang diperihalkan dafam pemberian sebelumnya dilahirkan atau jika tidak ada zuriat yang hidup mencapai umur ataupun sebaliknya memenuhi perihalan yang dikehendaki untuk mendapatkan harta pusaka terletak hak melalui pemberian sebelumnya kepada zuriat tersebut.

23.

Jika sebarang harta didevis atau diwariskan kepada mana-mana pemegang amanah atau wasi, devis atau warisan tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai memindahkan fee simple atau hak lain terhadap seluruh harta pusaka atau kepentingan ke atas harta tersebut yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskannya dengan wasiat melainkan jika kepentingan yang kurang ke atas harta tersebut diberikan kepadanya dengan nyata atau tersirat.

24.

Jika sebarang harta didevis atau diwariskan kepada seseorang pemegang amanah tanpa sebarang batasan yang nyata harta pusaka yang akan diambil oleh pemegang amanah tersebut dan kepentingan benefisial ke atas harta tersebut atau ke atas lebihan sewa dan keuntungan harta tersebut, maka harta tersebut tidaklah boleh diberikan kepada mana-mana orang seumur hidup, atau jika kepentingan bene&sial tersebut diberikan kepada mana-mana orang seumur hidup tetapi tujuan-tujuan amanah itu boleh diteruskan setelah orang itu mati, devis atau warisan tersebut hendaklah ditafsirkan sebagai meletak hak pada atau memindahkan kepada pemegang amanah tersebut fee simple atau hak lain terhadap seluruh harta pusaka atau kepentingan di sisi undang-undang ke atas harta tersebut yang pewasiat mempunyai kuasa untuk melupuskannya dengan wasiat dan bukannya harta pusaka yang ditentukan apabila tujuan-tujuan amanah tersebut dipenuhi.

25.

Jika mana-mana orang, iaitu seorang kanak-kanak atau zuriat lain pewasiat, yang kepadanya sebarang harta didevis atau diwariskan bagi sebarang harta pusaka atau kepentingan yang tidak ditentukan pada atau sebelum kematiannya mati dalam masa hayat pewasiat dengan meninggalkan zuriat, dan mana-mana zuriat tersebut hidup pada masa kematian pewasiat, maka devis atau warisan tersebut tidaklah luput, tetapi hendaklah berkuatkuasa seolah-olah kematian orang itu telah berlaku sejurus selepas ke­ matian pewasiat, melainkan jika niat yang bertentangan terdapat dalam wasiat tersebut.

26.

(1)

Seseorang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dalam perkhidmatan tentera sebenar dan pelaut atau kelasi, yang berada di laut, boleh melupuskan hartanya atau penjagaan, jagaan dan tuisyen seseorang kanak-kanak atau boleh menjalankan kuasa lantikan yang boleh dijalankan dengan wasiat melalui wasiat terlindung.

(2)

Bagi maksud-maksud bab ini, wasiat terlindung bermakna sebarang pengakuan atau pelupusan, secara lisan atau bertulis, yang dibuat oleh atau atas arahan pewasiat yang menyatakan dengan jelas niat pewasiat yang dia berhasrat hendak melaksanakannya atau terhadap penjagaan, jagaan dan tuisyen seseorang kanak-kanak atau terhadap perjalanan kuasa lantikan.

(3)

Suatu pengakuan adalah wasiat terlindung yang sah walaupun ia tidak disempurnakan dengan cara yang ternyata telah dimaksudkan oleh pewasiat atau ia dimaksudkan oleh pewasiat yang kemudiannya menyempurnakan suatu wasiat rasmi untuk memberi kesan kepada pelupusan perwasiatannya, melainkan jika ternyata bahawa kegagalan untuk menyempurnakan pengakuan tersebut dengan cara wasiat rasmi itu adalah kerana pewasiat menggugurkan niat perwasiatal} yang dinyatakan dalam pengakuan tersebut.

(4)

Bab-bab 4, 5 dan 6 hendaklah tidak dikenakan kepada wasiat terlindung, atau wasiat terlindung bertulis tidak perlu ditandatangani oleh pewasiat.

(5)

Suatu wasiat terlindung, kecuali wasiat yang selain dari peruntukan-peruntukari bab ini mungkin sah di bawah Perintah ini, adalah batal dan tidak sah pada tamatnya tempoh satu bulan setelah pewasiat, yang masih hidup, tidak lagi berhak untuk membuat suatu wasiat terlindung.

27.

Suatu wasiat, secara bertulis atau suatu wasiat terlindung yang dibuat di bawah bab 26, yang disempurnakan di luar Negara Brunei Darussalam dengan cara yang dikehendaki oleh - (a) Perintah ini; (b) undang-undang tempat di mana ia disempurnakan; (c) undang-undang domisil pewasiat pada masa penyem­ purnaannya; atau (d) undang-undang domisil pewasiat pada masa ke­ matiannya, hendaklah dianggap sebagai wasiat yang disempurnakan bagi maksud diterima untuk probet di Negara Brun.ei Darussalam.

28.

Suatu wasiat yang disempurnakan di dalam Negara Brunei Darussalam oleh seorang rakyat, walau apa pun domisil orang itu pada masa membuat wasiat tersebut atau pada masa kematiannya, hendaklah, berkenaan dengan harta alih dan harta tak alih yang terletak di Negara Brunei Darussalam, dianggap seba ai wasiat yang disempurnakan bagi maksud diterima untuk probet dt Negara Brunei Darussalam jika ia disempurnakan dengan cara menurut Perintah ini.

29.

Wasiat tidaklah boleh diputuskan sebagai dibatalkan atau telah menjadi tidak sah dari segi bentuknya atau pengertiannya tidaklah boleh diubah hanya dengan sebab sebarang perubahan domisil yang kemudiannya orang yang membuat wasiat tersebut. Diperbuat pada hari ini 11 haribulan Rejab, Tahun Hijrah 1420 bersamaan dengan 21 haribulan Oktober, 1999 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULi YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM