로고

(PINDAAN) 2020 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Februari 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Februari 2020 (PINDAAN) 2020

Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2020.

(2. ) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pemotongan seksyen 62. , 63. dan 64.

2. Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dengan memotong seksyen 62, 63 dan 64.

Seksyen baharu 66A

3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66 seksyen yang berikut:

“66. A. Kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta Mata Wang 2020. [Akta 827. ] adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa dan fungsi Bank di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 76.

4. Seksyen 76 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini” perkataan “atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain”.