로고

• 국 가 ‧ 지 역: 브루나이 • 법률번 호: S 6/2021 • 제 정 일 : 2020년 6월 23일

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut 브루나이 다루살람 헌법 제83조 제3항에 따라 부여된 권한을 행 사함에 있어 국왕은 다음과 같이 법을 제정한다.

BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Gelaran, permulaan kuat kuasa dan gelaran panjang

1.

(1) Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk, 2020 dan hendaklah mula berjalan kuat kuasanya pada tarikh sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Menteri, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, dengan pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta Kerajaan. (2) Gelaran panjang Perintah ini adalah "Suatu Perintah untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan bayaran kepada orang-orang yang berniat hendak meninggalkan atau memasuki, atau meninggalkan dan memasuki Negara Brunei Darussalam, melalui darat dan bagi perkara-perkara yang berkenaan atau bersampingan dengannya".

Tiada pengurangan

2.

Peruntukan-peruntukan Perintah ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan sebarang undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan pengenaan bayaran selepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam.

Pengenaan Perintah

3.

(1) Perintah ini dikenakan di dalam dan di luar Negara Brunei Darussalam. (2) Perintah ini tidak dikenakan kepada orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam Jadual l.

Tafsiran

4.

Dalam Perintah ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain- "bayaran" bermakna bayaran keluar dan bayaran masuk yang kena dibayar di bawah bab 6(1); "Pengawal" bermakna Pengawal Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah bab 3(1) dari Perintah Kastam, 2006 (S 39/2006); "pemandu" bermakna seseorang pemandu suatu kenderaan dan termasuk seseorang penunggang; "borang transaksi elektronik" bermakna suatu borang pada sistem bagi tujuan menjalankan suatu transaksi dengan Pengawal; "Menteri" bermakna Menteri yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan Perintah ini; "pegawai kastam" mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya dalam bab 2(1) dari Perintah Kastam, 2006 (S 39/2006); "pegawai kanan kastam" mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya dalam bab 2(1) dari Perintah Kastam, 2006 (S 39/2006); "sistem" bermakna sistem transaksi elektronik yang diwujudkan oleh Pengawal di bawah bab 8(1); "transaksi" bermakna, berhubung dengan sistem itu, apa-apa permohonan atau penyerahan yang dibuat kepada Pengawal; "kenderaan" mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya dalam bab 2(1) dari Akta Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68).

BAHAGIAN 2 PENTADBIRAN

Tugas-tugas Pengawal

5.

(1) Pengawal Kastam dan Eksais hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran am Perintah ini dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas dari Menteri. (2) Tertakluk kepada arahan am dan pengawasan Pengawal, seseorang pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Pengawal oleh atau di bawah Perintah ini.

BAHAGIAN 3 BAYARAN KELUAR DAN BAYARAN MASUR

Bayaran keluar dan bayaran masuk

6.

(1) Bayaran keluar dan bayaran masuk hendaklah kena dibayar pada setiap kali manamana orang yang berniat hendak memasuki atau meninggalkan, atau memasuki atau meninggalkan, Negara Brunei Darussalam masing-masing melalui darat. (2) Jika masuk ke atau meninggalkan Negara Brunei Darussalam yang diniatkan itu, atau masuk ke atau meninggalkan Negara Brunei Darussalam, dengan menggunakan suatu kenderaan, pemandu kenderaan itu adalah bertanggungan untuk membayar bayaran yang dikenakan ke atas penumpang-penunmpang kenderaan itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau keduaduanya sekali.

Kadar bayaran dan kaedah pembayaran

7.

(1) Bayaran hendaklah kena dibayar kepada Pengawal dan hendaklah menurut kadar yang dinyatakan dalam Jadual 2. (2) Tertakluk kepada bab 8(7), pembayaran bagi bayaran yangdikenakan di bawah ceraian (1) hendaklah dibuat dengan manamana kaedah pembayaran yang berikut - (a) dengan mencajkan pembayaran kepada kad debit atau kad kredit pembayar; (b) dengan pemindahan wang elektronik jika pembayaran itu dibuat dengan mengarahkan pemindahan wang secara elektronik daripada akaun bank pembayar kepada akaun bank yang ditetapkan oleh Pengawal; (c) dengan mesin pungutan automatik. (3) Tertakluk kepada bab 9, apa-apa wang yang dibayar kepada Pengawal menurut ceraian (1) tidaklah boleh dibayar balik.

Pewujudan dan kehendak untuk menggunakan sistem transaksi elektronik

8.

(1) Pengawal boleh mewujudkan suatu sistem transaksi elektronik bagi maksud-maksud Perintah ini - (a) untuk membolehkan mana-mana orang menjalankan suatu transaksi dengan Pengawal; (b) untuk membolehkan pemberian apa-apa maklumat atau penyerahan dokumen kepada Pengawal; (c) untuk membolehkan Pengawal mengeluarkan apa-apa kebenaran atau dokumen lain. (2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam ceraian (7) atau sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan selainnya oleh Pengawal, apaapa transaksi dengan Pengawal di bawah Perintah ini hendaklah dijalankan dengan menggunakan sistem transaksi elektronik dalam borang transaksi elektronik yang disediakan bagi maksud itu. (3) Seseorang boleh menjalankan suatu transaksi dengan Pengawal dengan menggunakan sistem itu bagi pihak orang lain. (4) Jika apa-apa maklumat diberikan, atau apa-apa dokumen diserahkan, bagi pihak mana-mana orang di bawah ceraian (3) - (a) adalah dianggap telah diberikan atau diserahkan dengan kebenaran orang itu; dan (b) orang itu adalah dianggap mengetahui semua perkara di dalamnya. (5) Dengan tidak menghiraukan sebarang undang-undang bertulis lain, dalam mana-mana prosiding di bawah Perintah ini - (a) suatu rekod elektronik mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan a tau diserahkan melalui sistem itu; atau (b) apa-apa salinan atau cetakan rekod elektronik itu, boleh diterima sebagai keterangan mengenai faktafakta yang dinyatakan atau terkandung di dalamnya. (6) Jika rekod elektronik mengenai apa-apa maklumat atau dokumen, atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu, boleh diterima di bawah ceraian (5), maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa rekod elektronik, salinan atau cetakan itu mengeluarkan semula isi kandungan maklumat atau dokumen itu. (7) Jika suatu transaksi dengan Pengawal tidak dapat dijalankan dengan menggunakan sistem transaksi elektronik, orang yang hendak menjalankan transaksi itu hendaklah menjalankan transaksi itu dengan Pengawal dalam borang dan dengan cara lain sebagairnana yang mungkin ditentukan oleh Pengawal. (8) Pengawal boleh enggan memproses suatu transaksi jika orang yang hendak menjalankan transaksi itu - (a) tidak mematuhi ceraian (2) atau (7); (b) setelah clikehendaki untuk melengkapkan suatu borang transaksi elektronik atau borang lain yang disediakan oleh Pengawal bagi maksud itu, gagal melengkapkan borang itu secara teratur menurut arahan yang terkandung dalam borang itu; atau (c) setelah dikehendaki untuk melampirkan apa-apa dokumen kepada, atau memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki dalam, borang transaksi elektronik atau borang lain yang disediakan oleh Pengawal bagi maksud itu, gagal melampirkan dokumen atau memberikan maklumat itu, mengikut mana yang berkenaan. (9) Bagi mengelakkan keraguan, suatu sebutan kepada keengganan untuk memproses suatu transaksi dengan Pengawal dalam ceraian (8) termasuk, jika transaksi itu berhubung dengan penyerahan suatu dokumen kepada Pengawal, keengganan untuk menerima penyerahan dokumen itu.

Pengembalian bayaran yang tersilap bayar

9.

Maka adalah sah bagi Pengawal, jika dibuktikan sehingga dia berpuas hati bahawa apa-apa wang yang telah tersilap bayar sebagai bayaran di bawah Perintah ini, untuk memerintahkan pembayaran balik wang yang tersilap bayar itu: Dengan syarat bahawa tiada pembayaran balik boleh dibenarkan melainkan jika suatu tuntutan berkaitan dengannya dibuat dalam masa satu tahun selepas pembayaran yang tersilap itu dibuat.

Bayaran hendaklah kena dibayar dengan tidak menghiraukan prosiding

10.

Pelaksanaan prosiding bagi apa-apa kesalahan di bawah Perintah ini tidaklah boleh melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar apa-apa bayaran yang dia dikenakan atau boleh dikenakan.

BAHAGIAN 4 PENGUATKUASAAN

Kuasa penguatkuasaan

11.

. Bagi maksud-maksud Perintah ini, setiap pegawai kastam hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberikan di bawah Perintah Kastam, 2006 (S 39/2006), dan kuasa tersebut hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Perintah ini dan tidak mengurangkannya.

Kuasa untuk melarang masuk ke atau meninggalkan Negara Brunei Darussalam

12.

Jika seseorang telah melakukan atau dipercayai dengan munasabah oleh Pengawal atau seseorang pegawai kastam telah melakukan suatu kesalahan di bawah bab 6, Pengawal atau pegawai kastam ito boleh melarang orang itu daripada memasuki a tau meninggalkan Negara Brunei Darussalam.

BAHAGIAN 5 AM

Maklumat palsu atau mengelirukan

13.

Mana-mana orang yang, setelah dikehendaki untuk memberikan apa-apa maklumat a tau dokumen di bawah Perintah ini - (a) memberikan apa-apamaklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam butir material; dan (b) mengetahui atau sepatutnya mengetahui dengan munasabah bahawa, atau tidak menghiraukan sama ada, ia adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun a tau kedua-duanya sekali.

Mengadang dll. pegawai kastam

14.

Mana-mana orang yang mengadang, menghalang, menentang atau memperdaya mana-mana pegawai kastam dalam melaksanakan dan menyempurnakan kewajipannya atau apa-apa jua yang dia diberi kuasa atau dikehcndaki untuk melakukan menurut atau di bawah Perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $16,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 9 bulan atau keduaduanya sekali.

Perlindungan daripada liabiliti diri

15.

Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dibuat secara peribadi terhadap Pengawal, mana-mana pegawai kastam atau mana-mana orang yang bertindak di bawah araban Pengawal yang dilakukan dengan suci hati atau diniatkan hendak dilakukan dalam melaksanakan atau dikatakan melaksanakan Perintah ini.

Komposisi kesalahan

16.

(1) Pengawal atau manamana orang yang dibenarkan secara bertulis bagi maksud itu oleh Pengawal boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Perintah ini dengan memungut dari orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi $500. (2) Selepas jumlah wang tersebut dibayar, tiada prosiding lanjut boleh diambil terhadap orang itu berkaitan dengan kesalahan itu.

Kuasa untuk mengetepikan bayaran

17.

Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, mengetepikan bayaran yang kena dibayar di bawah Perintah ini.

Bidang kuasa Mahkamah Majistret

18.

Dengan tidak menghiraukan peruntukan sebarang undangundang bertulis lain yang bertentangan, Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Perintah ini dan untuk mengawardkan hukuman yang penuh bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan yang dilakukan oleh badan korporat dan oleh ejen dan pekerja

19.

(1) Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu badan korporal, suatu perkongsian atau suatu petlubuhan orang-orang tidak diperbadankan, manamana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pengurus, rakan kongsi, setiausaha atau pegawai lain yang serupa dengannya, atau yang dikalakan bertindak atas sifatnya yang demikian itu adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika diamembuktikan - (a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya; dan (b) bahawa dia telah menjalankan segala daya usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang palut dijalankannya dengan mengambil kira jenis tugastugasnya alas sifat itu dan semua hal keadaan. (2) Jika suatu kesalahan terhadap Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh mana-mana orang yang bertindak sebagai ejen atau pekerja orang lain, atau selainnya tertakluk kepada pengawasan atau arahan orang lain bagi maksud sebarang pekerjaan yang dijalankan semasa kesalahan itu dilakukan, orang lain itu, tanpa menjejaskan liabiliti orang yang mula-mula disebutkan, adalah bertanggungan di bawah Perintah ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dengan cara yang sama dan takal yang sama seolah-olah dia sendiri telah melakukan kesalahan itu jika terbukti bahawa perbuatan yang menjadikan kesalahan itu dilakukan dengan persetujuan atau pembiarannya atau yang disebabkan oleh apa-apa kecuaian pada pihaknya.

Pindaan Jadual

20.

Menteri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, dengan perintah yang disiarkan dalam War/a Kerajaan, meminda Jadual-Jadual kepada Perintah ini.

Peraturan-peraturan

21.

Menleri boleh, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan, membuat peraturanperaturan sebagaimana yang dianggapnya perlu atau wajar untuk menguatkuasakan dan melaksanakan peruntukanperuntukan Perintah ini, termasuk penetapan bayaran dan perkara-perkara lain yang dikehendaki untuk a tau yang mungkin ditetapkan di bawah Perintah ini, dan bagi pelaksanaannya yang sewajarnya.

Pindaan berbangkit kepada S 32/2000

22.

. Perintah Lalulintas Jalan Raya (Pungutan Tol), 2000 adalah dipinda dengan memansuhkan Jadual 2. JADUAL 1 (bab-bab 3(2) dan 20) ORANG ATAU GOLONGAN ORANG YANG TIDAK DIKENAKAN PERINTAH INI 1. Penumpang-penumpang bagi kenderaan-kenderaan yang berikut (a) kenderaan yang dimiliki oleh Kerajaan atau kerajaan negara lain yang digunakan bagi tujuan rasmi; (b) kenderaan yang dimiliki oleh angkatan tentera yang digunakan dan disenggarakan di bawah Akta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Penggal149); (c) kenderaan yang digunakan bagi tujuan memadam kebakaran, ambulan atau polis; (d) kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengebumian. 2. Pegawai kerajaan dalam menjalankan kewajipan mereka. 3. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun atau ke bawah. 4. Pegawai konsol dan kakitangan konsol sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perkara 1 dalam Jadual Pertama kepada Akta Perhubungan Konsol (Penggal 118) dan ahli-ahli keluarga mereka. 5. Ejen diplomatik sebagaimana yang ditakrifkan dalam Jadual kepada Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna)(Penggal117). 6. orang atau golongan orang sebagaimana yang mungkin dikecualikan oleh Menteri, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Kerajaan, dari peruntukan Perintah ini. JADUAL 2 (bab-bab 7 dan 20) 1. Bayaran keluar $3 seorang 2. Bayaran masuk $3 seorang

Diperbuat pada hari ini 1 haribulan Zulkaedah, Tahun Hijrah 1441 bersamaan dengan 23 haribulan Jun, 2020 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 2020년 6월 23일에 해당하는 히즈라력 1441년 줄카에다월 1 일에 브루나이 다루살람 반다르 스리브가완 누룰 이맘 베타 궁전 에서 제정됨.

• 국 가 ‧ 지 역: 브루나이 • 법률번 호: S 6/2021 • 제 정 일 : 2020년 6월 23일

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dengan ini membuat Perintah yang berikut 브루나이 다루살람 헌법 제83조 제3항에 따라 부여된 권한을 행 사함에 있어 국왕은 다음과 같이 법을 제정한다.

제1장 총칙

명칭, 시행 및 정식명칭

제1조

(1) 이 법은 「2020 출입 국세법」으로 인용될 수 있으며, 정부 관보에 고시된 성명에 따라 국왕의 동의를 얻어 장관이 정하 는 날짜에 발효된다.(2) 이 법의 정식 명칭은 "육로 를 통하여 브루나이 다루살람을 출국하거나 입국하는 자에게 부 과하는 수수료 규정 및 이와 관 련된 부수적인 사항에 관한 법" 이다.

비 예외

제2조

이 법의 규정은 브루나이 다루살람을 출국한 후에 부과되 는 수수료와 관련하여 기타 성문 법을 예외로 하는 것이 아니라 추가하는 것이다.

법의 적용

제3조

(1) 이 법은 브루나이 다 루살람 내외에서 적용된다. (2) 이 법은 별표 제1에 명시된 개인이나 그룹에는 적용되지 아 니한다.

해석

제4조

문맥에서 달리 정하지 아 니하는 한 이 법에서, "수수료"란 제6조제1항에 따라 납부하여야 하는 출입국세를 말 한다. "청장"이란 「2006 관세법」(S 39/2006)의 제3조제1항에 따라 임명된 관세 및 소비세 청장을 말한다. "운전자"란 차량의 운전자를 말 하며 탑승자를 포함한다. "전자처리양식"이란 청장과의 업 무를 수행하기 위한 목적으로 시 스템상에 있는 양식을 말한다. "장관"이란 이 법을 시행하는 데 책임이 있는 장관을 말한다. "세관공무원"이란 「2006 관세 법」(S 39/2006) 제2조제1항에 서 부여된 의미와 동일한 의미를 가진다. "고위 세관공무원"이란 「2006 관세법」(S 39/2006) 제2조제1 항에서 부여된 의미와 동일한 의 미를 가진다. "시스템"이란 제8조제1항에 따라 청장이 설정한 전자처리시스템을 말한다. "업무 처리"란 시스템과 관련하 여, 청장에 대한 신청 또는 제출 을 말한다. "차량"이란 「도로교통법」(제68 호) 제2조제1항에서 부여된 의 미와 동일한 의미를 가진다.

제2장 행정

청장의 의무

제5조

(1) 관세 및 소비세 청장 은 이 법의 일반적인 행정에 책 임이 있으며 장관의 일반 또는 특별 지시를 따른다. (2) 청장의 일반적인 지시와 감 독에 따라 고위 세관공무원은 이 법에 의하여 또는 이 법에 따라 청장에게 부여된 모든 권한을 가 지며 이를 행사할 수 있다.

제3장 출입국세

출입국세

제6조

(1) 육로로 브루나이 다 루살람을 출국하거나 입국할 때마다 출입국세를 각각 납부하여 야 한다. (2) 차량을 이용하여 브루나이 다루살람을 출국하거나 브루나이 다루살람에 입국 예정인 경우 차 량의 운전자는 차량 탑승자에게 부과되는 수수료를 납부할 책임 이 있다. (3) 제1항을 위반하는 자가 범 죄를 저지르고 유죄판결을 받는 경우 $1,000 이하의 벌금 또는 3개월 이하의 징역에 처하거나 병과할 수 있다.

요율 및 납부 방법

제7조

(1) 수수료는 청장에게 납부하여야 하며 별표 2에 명시 된 요율에 따른다. (2) 제8조제7항에 따라 제1항에 따라 부과된 수수료의 납부는 다음 각 호의 방법 중 하나로 하여 야 한다. (a) 납부자의 직불카드 또는 신용카드로 납부 청구 (b) 납부자의 은행 계좌에서 청장이 지정한 은행 계좌로 이체하는 경우 전자자금이체 (c) 자동 납부 기계 (3) 제9조제1항에 따라 청장에 게 납부된 금액은 반환되지 아니 한다.

전자처리시스템의 구축 및 이용 요 건

제8조

(1) 청장은 다음 각 호와 같은 이 법의 목적을 위하여 전 자처리시스템을 구축할 수 있다. (a) 청장과의 업무 수행 (b) 청장에게 정보를 제공하거나 문서 제출(c) 청장의 승인 또는 기타 문서의 발행 (2) 제7항에 규정된 경우 또는 청장이 달리 요구하거나 허용하 는 경우를 제외하고 이 법에 따 른 청장과의 모든 업무는 해당 목적을 위하여 제공된 전자처리 형태의 전자처리시스템을 사용하 여 실시한다. (3) 시스템을 사용하여 타인을 대신하여 청장과의 업무를 수행 할 수 있다. (4) 제3항에 따라 타인을 대신 하여 정보를 제공하거나 문서를 제출한 경우, (a) 해당인의 동의하에 제공되거나 제출된 것으로 본다. (b) 해당인은 그 안에 있는 모든 것을 알고 있는 것으로 본다. (5) 다른 성문법에도 불구하고 이 법에 따른 절차에서 다음 각호는 그 안에 기술되거나 포함된 사실의 증거로 인정될 수 있다. (a) 시스템을 통하여 제공되거나 제출된 정보 또는 문서의 전자 기록 (b) 전자기록의 사본이나 인쇄물 (6) 정보나 문서의 전자기록 또 는 해당 전자기록의 사본 또는 인쇄물이 제5항에 따라 허용되 는 경우 그 반대가 입증될 때까 지 해당 전자기록, 사본 또는 인 쇄물은 정보 또는 문서의 내용을 복제한 것과 같은 것으로 본다. (7) 청장과의 업무가 전자처리 시스템을 사용하여 수행될 수 없 는 경우 업무를 수행하고자 하는 자는 청장이 지정한 형식 및 기 타 방법으로 청장과의 업무를 수 행하여야 한다. (8) 청장은 업무를 수행하고자하는 자가 다음 각 호에 해당하 는 경우 그 업무의 수행을 거절 할 수 있다. (a) 제 2 항 또는 제 7 항을 준수하지 아니하는 경우 (b) 전자처리양식 또는 해당 목적을 위하여 청장이 준비한 기타 양식을 작성하여야 하지만 양식에 포함된 지침에 따라 순서대로 양식을 작성하지 아니한 경우 (c) 전자처리양식 또는 해당 목적을 위하여 청장이 제공한 기타 양식에 문서를 첨부하여 필요한 정보를 제공하여야 하는 경우에 문서를 첨부하지 아니하거나거나 해당 정보를 제공하지 아니하는 경우 (9) 의심의 여지를 없애기 위하 여 제8항의 청장과의 업무 처리 거부에 대하여 해당 업무가 청장 에 대한 문서 제출과 관련된 경 우에는 청장의 문서 수락 거부가 포함된다.

과오납금의 반환

제9조

청장이 이 법에 따라 과 오납된 것을 확인한 경우 과오납 금의 반환을 명령하는 것은 적법 하다. 다만, 과오납된 후 1년 이내에 이에 대한 청구가 없으면 반환되 지 아니한다.

절차와 관계없이 납부하여야 하는 수수료

제10조

이 법에 따른 위반 행위 에 대한 소송 절차를 수행한다고 하여 개인이 납부하여야 하는 수 수료에 대한 책임이 면제되지 아 니한다.

제4장 시행

시행 권한

제11조

이 법의 목적을 위하여 각 세관 공무원은 「2006 관세 법」(S 39/2006)에 따라 부여된 모든 권한을 가지며, 이러한 권 한은 이 법에 따라 부여된 권한 을 훼손하는 것이 아니라 추가되 는 것이다.

브루나이 다루살람 입국 또는 출국 금지 권한

제12조

어떠한 자가 제6조에 따 라 범죄를 저질렀거나 범죄를 저 질렀다고 합리적으로 의심되는 경우 청장 또는 세관 공무원은 해당인이 브루나이 다루살람에 출입하는 것을 금지할 수 있다.

제5장 일반 규정

거짓 또는 오해의 소지가 있는 정 보

제13조

이 법에 따라 정보 또는 문서를 제공하여야 하는 자가 다 음 각 호의 자는 범죄를 저지른 것이 되며, 유죄판결을 받는 경 우 $8,000 이하의 벌금 또는 1년 이하의 징역에 처하거나 병과 한다. (a) 중요한 세부 사항에서 거짓이거나 오해의 소지가 있는 정보 또는 문서를 제공하는 자 (b) 중대한 세부 사항이 거짓이거나 오해의 소지가 있는지를 알거나 합리적으로 알아야 하거나 이를 무시하는 자

세관 공무원에 대한 방해

제14조

이 법 또는 이 법에 따 른 의무 또는 부여된 권한을 시 행하는 데 있어 세관 공무원을 방해, 저지, 반대 또는 기만하는 자는 범죄를 저지른 것이 되며, 유죄판결을 받는 $16,000 이하 의 벌금 또는 9개월 이하의 징 역에 처하거나 병과할 수 있다.

개인적인 책임으로부터의 보호

제15조

청장, 세관 공무원 또는 신의성실의 원칙에 따라 청장의 지시에 따라 조치를 하거나 이 법을 시행하거나 시행할 의도로 행동하는 자에 대하여 사적으로 어떠한 소송이나 기타 법적 절차 를 제기할 수 없다.

범죄의 구성

제16조

(1) 청장 또는 청장이 해당 목적을 위하여 서면으로 권 한을 부여한 자는 범죄를 저지를 것으로 합리적으로 의심할 수 있 는 자에 대하여 $500를 초과하 지 않는 금액을 징수하여 이 법 에 대한 죄를 면제할 수 있다. (2) 해당 금액이 납부된 후 해 당 범죄와 관련하여 해당인에게 는 더 이상의 절차가 취해지지 아니한다.

납부를 포기할 수 있는 권한

제17조

장관은 국왕의 동의 하 에 이 법에 따라 납부하여야 하 는 수수료를 면제할 수 있다.

치안법원의 관할권

제18조

이와 반대되는 다른 성 문법의 규정에도 불구하고 치안 법원은 이 법에 따른 모든 범죄 를 재판하고 해당 범죄에 대한 완전한 처벌을 내릴 관할권을 가 진다.

법인, 대리인 및 근로자가 저지른 범죄

제19조

(1) 이 법 또는 이에 따 라 제정된 규칙에 대한 위반이 법인, 조합 또는 비법인 단체에 의하여 저질러지는 경우 해당 범 죄를 저지를 당시에 이사, 관리 자, 동업자, 비서 또는 기타 유 사한 직원 또는 해당 자격으로 행동한 것으로 된 자는 다음 각 호를 증명하지 아니한 범죄를 저 지른 것으로 본다. (a) 범죄가 동의나 묵인 없이 저질러짐 (b) 자신의 의무, 자격과 모든 상황을 고려하여 해당 범죄를 저지르는 것을 방지하기 위하여 모든 노력을 다함 (2) 타인의 대리인이나 근로자 로 행동하거나 타인의 감독이나 지시를 받는 자가 이 법 또는 이 에 따라 제정된 규칙을 위반하여 범죄를 저지른 경우, 처음 언급 된 자의 책임에 영향을 미치지 아니하고, 해당 타인은 범죄 행 위가 해당인의 동의 또는 묵인 또는 과실로 인하여 저지른 것으 로 입증되는 경우 해당인이 범죄 를 저지른 것과 동일한 방식 및 동일한 범위에서 이 법 또는 이 법에 따라 제정된 규칙에 따라 책임을 진다.

별표 개정

제20조

장관은 정부 관보에 게 재된 명령에 따라 국왕의 동의를 받아 이 법의 별표를 개정할 수 있다.

규칙

제21조

장관은 국왕의 동의를 받아 수수료 및 기타 필요한 사 항의 결정을 포함하여 이를 시행 하는 데 적절하며, 이 법의 규정 을 발효하고 시행하는 데 필요하 거나 적절하다고 판단하는 규칙 을 제정할 수 있다.

S 32/2000에 대한 개정

제22조

「2000 도로교통(요금징수)법」 별표 2를 폐지하여 개 정한다. 별표 1 (제3조제2항 및 제20조) 이 법의 대상이 아닌 개인 또는 개인 단체 1. 다음 차량의 승객 (a) 공적 목적으로 사용되는 정부 또는 다른 국가의 정부 소유 차량 (b) 「왕립브루나이군대법」 (제 149 호)에 따라 사용 및 유지되는 군대 소유 차량 (c) 소방, 구급차 또는 경찰 목적으로 사용되는 차량 (d) 장례 목적으로 사용되는 차량. 2. 직무를 수행하는 공무원. 3. 2세 이하 어린이 4. 「영사관계법」(제118호)의 별표 1의 제1호에 정의된 영사 및 영사관 직원과 그 가족5. 「외교특권법」(비엔나협 약)(제117호) 별표에 정의된 외 교관 6. 정부 관보에 게재된 명령에 따라 국왕의 동의에 따라 장관이 이 법의 규정에서 면제할 수 있 는 개인 또는 개인 단체 별표 2 (제7조 및 제20조) 1. 출국 수수료 1인당 $3 2. 입국 수수료 1인당 $3

Diperbuat pada hari ini 1 haribulan Zulkaedah, Tahun Hijrah 1441 bersamaan dengan 23 haribulan Jun, 2020 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 2020년 6월 23일에 해당하는 히즈라력 1441년 줄카에다월 1 일에 브루나이 다루살람 반다르 스리브가완 누룰 이맘 베타 궁전 에서 제정됨.