로고

Sebagaimana pada 1 April 2015

AKTA DISTRES 1951 Pertama kali dibuat … … … … … 1951 (Ordinan No. 28 Tahun 1951) Disemak … … … … … … 1981(Akta 255 w.e.f. 26 November 1981) SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Tidak terpakai kepada sewa Kerajaan 4. Tiada distres selain di bawah Akta ini 5. Permohonan bagi waran distres 6. Peruntukan bagi distress oleh salah seorang pemunya bersesama 7. Waran distress 8. Harta yang dikecualikan daripada disita 9. Inventori dan anggaran harta yang disita dan notis kepada penyewa mengenai penyitaan itu 10. Permohonan oleh penyewa kecil, penginap, dsb., bagi pembatalan, penggantungan atau pelepasan 11. Bayaran oleh penyewa kecil atau penginap kepada tuan tanah atasan adalah disifatkan sebagai sewa 12. Kekecualian barang tertentu 13. Kekecualian penyewa kecil tertentu 14. Untuk mengelakkan distress 15. Tafsiran seksyen 10 hingga 14 16. Permohonan oleh penyewa 17. Kuasa mahkamah 18. Kos 19. Jualan harta yang disita 20. Tatacara jika harta yang boleh disita di bawah suatu distress telah pun berada di bawah sitaan dengan cara pelaksanaan Seksyen 21. Pemindahan barang untuk mengelakkan distress 22. Jika barang yang dipindahkan dijual kepada pembeli bona fide 23. Premis yang ditinggalkan 24. Penalti 25. Notis keluar 26. Pemansuhan J ADUAL Suatu Akta yang berhubungan dengan distres untuk mendapatkan sewa. [Semenanjung Malaysia-1 September 1951-P.U.503/1951; Sabah dan Sarawak-1 Jun 1981-P.U.(B) 303/1981.]

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Distres 1951. Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain− Tidak terpakai kepada sewa Kerajaan

“bailif” termasuklah seorang Syerif dalam Mahkamah Tinggi; “borang yang ditetapkan” ertinya borang yang ditetapkan oleh apa-apa kaedah amalan dan tatacara yang berkuat kuasa di mahkamah di mana prosiding dibawa; “Hakim” ertinya seorang Hakim Mahkamah Tinggi dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Tinggi, seorang Hakim Mahkamah Sesyen dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Sesyen, dan seorang Majistret Kelas Satu dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Majistret; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah *Wilayah Persekutuan; * CATATAN-“Wilayah Persekutuan” rujuk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya−lihat Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) Akta 2001 [Akta A1095] mula berkuat kuasa 1 Februari 2001. “Pendaftar” ertinya Pendaftar atau seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Tinggi, Pendaftar Mahkamah Sesyen dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Sesyen, dan seorang Majistret dalam semua kes di mana prosiding dibawa ke Mahkamah Majistret. “penyewa” ertinya mana-mana orang yang daripadanya seorang tuan tanah menuntut sewa yang kena dibayar di bawah apa-apa pajak, pajakan kecil atau perjanjian; “tuan tanah” ertinya pemberi pajak atau pemberi pajak kecil mana-mana premis di bawah apa-apa pajak, pajakan kecil, atau perjanjian tenansi, dan termasuklah mana-mana orang yang menuntut sebagai berhak dalam apa-apa sifat untuk menerima sewa yang kena dibayar di bawah mana-mana pajakan atau perjanjian itu.

3. Akta ini tidak terpakai kepada sewa yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri. Tiada distress selain di bawah Akta ini

4. Tiada tuan tanah boleh menahan harta untuk mendapat sewa kecuali dalam cara yang diperuntukkan oleh Akta ini. Permohonan bagi waran distress

5. (1) Seorang tuan tanah atau ejennya yang diberi kuasa secara bertulis dengan sewajarnya boleh memohon ex-parte kepada seorang Hakim atau Pendaftar bagi suatu perintah untuk mengeluarkan suatu waran, yang akan dipanggil suatu waran distress, bagi mendapat kembali sewa yang kena dibayar atau harus dibayar kepada tuan tanah itu oleh seorang penyewa mana-mana premis bagi suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan genap penyewaan sejurus sebelum tarikh permohonan itu dan Hakim atau Pendaftar boleh membuat apa-apa perintah dengan sewajarnya.

(2) Surat kuasa itu bolehlah seperti dalam borang yang ditetapkan, jika ada, dengan apa-apa perubahan sebagaimana hal

keadaan memerlukan, dan hendaklah dikemukakan pada masa permohonan itu. Suatu surat kuasa wakil boleh diterima sebagai kuasa itu.

(3) Tunggakan sewa boleh didapati melalui tahanan harta selepas penamatan tenansi itu, dengan syarat bahawa sama ada penyewa masih menduduki premis itu yang berkenaan dengannya sewa itu dituntut sebagai kena dibayar, atau apa-apa barang penyewa masih berada di atas premis itu. Peruntukkan bagi distres oleh salah seorang pemunya bersesama

6. Jika suatu hak kepada suatu tahanan harta terakru kepada orang- orang bersesama atau bersama-sama berkepentingan dalam mana- mana premis, hak itu boleh dijalankan oleh salah seorang daripada orang-orang itu di atas namanya sendiri dan nama-nama mereka yang mempunyai kepentingan bersesama atau bersama-sama dengannya, dan pengenaan itu adalah suatu penjelasan yang cukup kepada defendan bagi amaun yang didapati itu; tetapi Hakim atau Pendaftar boleh dalam apa-apa keadaan memerlukan pihak yang memohon itu mengemukakan suatu kuasa bertulis untuk menahan harta, yang ditandatangani oleh orang-orang lain yang bersesama atau bersama- sama berkepentingan dengannya. Waran distress

7. Suatu waran distress hendaklah dialamatkan kepada bailif, mengarahkannya seterusnya untuk menahan apa-apa harta alih yang dijumpai olehnya di atas premis yang dinamakan dalamnya, atau apa-apa bahagian harta itu sebagaimana dalam pertimbangnya boleh mencukupi, apabila dijual, untuk mendapatkan amaun sewa yang dinyatakan di dalamnya sebagai kena dibayar kepada pemohon itu, bersama-sama dengan apa-apa jumlah sebagaimana boleh kena dibayar kepada pemohon dengan cara kos dan kepada bailiff bagi fi dan perbelanjaannya: Harta yang dikecualikan daripada disita

Dengan syarat bahawa sebelum suatu waran distress dikeluarkan mahkamah boleh memerlukan pemohon itu membayar ke mahkamah secara tunai apa-apa jumlah sebagaimana mahkamah fikirkan perlu untuk menampung fi dan perbelanjaan bailif itu.

8. Harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress hendaklah tidak termasuk− Inventori dan anggaran harta yang disita dan notis kepada penyewa mengenai penyitaan itu

(a) benda-benda yang sebenar digunakan yang berada dalam tangan seseorang pada masa penyitaan itu; (b) alat atau pekakas yang tidak digunakan jika ada harta alih yang lain di dalam atau di atas rumah atau premis mencukupi untuk menampung amaun dan kos itu; (c) pakaian yang perlu oleh penyewa dan tempat tidur yang perlu bagi diri dan keluarganya; (d) barang-barang dalam milikan penyewa itu bagi maksud dibawa, ditempa, diusahakan, atau selainnya diuruskan dalam menjalankan tred atau perniagaan biasanya; (e) barang-barang kepunyaan tetamu di suatu rumah inapan; (f) barang-barang dalam jagaan undang-undang; (g) harta mana-mana Kerajaan, harta yang diletak hak dengan mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi maksud pihak berkuasa tempatan, dan harta yang diletak hak bagi maksud awam dengan mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada ditubuhkan atau tidak, yang Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengumumkan sebagai dikecualikan daripada prosiding distress.

9. (1) Sejurus selepas menyita apa-apa harta di bawah suatu waran distress, bailiff hendaklah membuat suatu inventori dan suatu anggaran penilaian berhubung dengannya, dan hendaklah memberi kepada penyewa notis penyitaan dengan suatu salinan inventori dan penilaian dilampirkan, memberitahunya mengenai amaun yang

kena dibayar di bawah waran itu dan bahawa harta yang disita itu akan dijual pada suatu masa dan tempat yang akan dinamakan dalam notis itu (tidak menjadi kurang daripada enam hari daripada tarikh tersebut), melainkan ia membayar amaun yang kena dibayar dalam tempoh lima hari daripada tarikh tersebut, atau mendapatkan suatu perintah yang menahan jualan tersebut.

(2) Jika penyewa itu tidak berada di atas premis itu, notis tersebut boleh diberikan kepada mana-mana orang yang berupa sebagai mendudukinya atau, jika tiada orang sedemikian, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudah dilihat disitu. Permohonan oleh penyewa kecil, penginap, dsb., bagi pembatalan, penggantungan atau pelepasan

10. (1) Jika apa-apa harta alih kepunyaan−

(a) mana-mana penyewa kecil; (b) mana-mana penginap; atau (c) mana-mana orang lain yang bukan seorang penyewa premis itu atau mana-mana bahagiannya, dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa tenansi premis itu atau apa-apa bahagiannya, telah disita di bawah suatu waran distress yang dikeluarkan untuk mendapatkan tunggakan sewa yang kena dibayar kepada seorang tuan tanah atasan oleh penyewa terdekat, maka penyewa kecil, penginap, atau orang lain yang disebut terdahulu itu boleh memohon kepada Hakim untuk membatal atau menggantungkan waran itu atau untuk melepaskan suatu barang yang ditahan: Dengan syarat bahawa− (i) tiada perintah boleh dibuat melainkan penyewa kecil, penginap atau orang lain yang disebut terdahulu itu memuaskan mahkamah bahawa penyewa terdekat itu tidak mempunyai hak mengenai harta atau kepentingan benefisial ke atas perabot, barang atau harta-benda dan bahawa perabot, barang atau harta-benda itu adalah harta atau dalam milikan yang sah penyewa kecil, penginap atau orang lain yang disebut terdahulu; dan juga dalam kes mengenai seorang penyewa kecil atau penginap itu melainkan penyewa kecil atau penginap itu membayar kepada tuan tanah atau ke mahkamah suatu amaun bersamaan dengan tunggakan sewa yang berkenaan dengannya distress telah dikenakan dan juga memberi kesanggupan untuk membayar kepada tuan tanah sewa masa depan, jika ada, yang kena dibayar olehnya kepada penyewa; dan (ii) tiada dalam apa-apa keadaan boleh penyewa kecil itu yang membayar sekurang-kurangnya tiga suku nilai sewa penuh bulanan premis yang terkandung dalam tenansi kecil itu atau penginap bertanggungan di bawah seksyen ini untuk membayar kepada tuan tanah atau ke mahkamah suatu jumlah lebih besar daripada sewa yang ia terhutang kepada tuan tanah terdekatnya.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 11 dan 14 sewa seorang penginap hendaklah termasuk apa-apa jumlah sebagaimana ia membayar atau berhutang dengan tuan tanah terdekatnya bagi sewa bilik, makanan, layanan dan penggunaan perabot. Bayaran oleh penyewa kecil atau penginap kepada tuan tanah atasan disifatkan sebagai sewa

11. Bagi maksud mendapatkan apa-apa jumlah yang kena dibayar oleh seorang penyewa kecil atau penginap kepada seorang tuan tanah atasan di bawah kesanggupan yang dinyatakan dalam seksyen 10, atau di bawah suatu notis yang disampaikan mengikut seksyen 14, penyewa kecil atau penginap itu hendaklah disifatkan sebagai penyewa terdekat tuan tanah atasan, dan jumlah yang kena dibayar hendaklah disifatkan sebagai sewa; tetapi, jika penyewa kecil atau penginap itu telah, menurut apa-apa kesanggupan atau notis sebagaimana disebut terdahulu, membayar apa-apa jumlah kepada tuan tanah atasan, dia boleh memotong amaun tersebut daripada apa-apa sewa yang kena dibayar atau yang akan dibayar olehnya kepada tuan tanah terdekatnya, dan mana-mana orang (selain daripada penyewa yang bagi sewanya distress itu dikenakan atau Kekecualian barang tertentu

diberi kuasa untuk dikenakan) yang daripada sewanya suatu potongan telah dibuat berkenaan dengan suatu bayaran itu boleh membuat potongan yang sama daripada apa-apa sewa yang kena dibayar atau yang akan kena dibayar olehnya kepada tuan tanah terdekatnya.

12. Seksyen 10 tidak terpakai− Kekecualian penyewa kecil tertentu

(a) bagi barang kepunyaan suami atau isteri penyewa yang sewanya dalam tunggakan, atau kepada barang yang terkandung dalam apa-apa bil jualan, perjanjian sewa beli, atau penyelesaian yang dibuat oleh penyewa itu, atau kepada barang dalam milikan, tempahan atau kawalan penyewa itu dengan persetujuan dan kebenaran pemunya yang sebenar di bawah apa-apa hal keadaan bahawa penyewa itu adalah pemunya yang bereputasi baik; (b) bagi barang rakan kongsi penyewa terdekat; (c) bagi barang (bukan barang seorang penginap) di atas premis di mana apa-apa tred atau perniagaan dijalankan di mana kedua-dua penyewa terdekat dan penyewa kecil mempunyai suatu kepentingan; (d) bagi barang (bukan barang seorang penginap) di atas premis yang digunakan sebagai pejabat atau gudang di mana pemunya barang itu mengabaikan bagi satu bulan kalendar selepas notis (yang akan diberi dalam cara yang sama seperti suatu notis keluar) untuk memindahkan barang dan mengosongkan premis itu; dan (e) bagi barang kepunyaan dan dalam pejabat mana-mana syarikat atau perbadanan di atas premis di mana penyewa terdekat adalah seorang pengarah atau pegawai, atau dalam penggajian, syarikat atau perbadanan itu.

13. Seksyen 10 tidak terpakai kepada mana-mana penyewa kecil jika tenansi kecil itu telah diwujudkan dengan melanggar apa-apa waad atau perjanjian bertulis di antara tuan tanah dengan penyewa terdekatnya. Untuk mengelakkan distress

14. Dalam keadaan di mana sewa penyewa terdekat tuan tanah atasan itu dalam tunggakan, adalah sah bagi tuan tanah atasan untuk menyampaikan kepada mana-mana penyewa kecil atau penginap suatu notis (melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada penyewa kecil atau penginap tersebut di atas premis itu) menyatakan amaun tunggakan sewa itu, dan memerlukan semua bayaran sewa masa depan, sama ada sewa itu telah pun terakru yang kena dibayar atau tidak, oleh penyewa kecil atau penginap itu dibayar terus kepada tuan tanah atasan yang memberi notis itu sehingga tunggakan itu telah dibayar dengan sewajarnya, dan notis itu hendaklah memberi kuat kuasa memindahkan kepada tuan tanah atasan hak untuk mendapat, menerima, dan memberi suatu lepasan bagi sewa itu. Tafsiran seksyen 10 hingga 14

15. Dalam dan bagi maksud seksyen 10,11,12,13 dan 14 perkataan “tuan tanah atasan” hendaklah disifatkan sebagai termasuk seorang tuan tanah dalam keadaan di mana barang yang disita itu bukan barang seorang penyewa kecil atau penginap; dan perkataan “penyewa” dan “penyewa kecil” tidak termasuk seorang penginap. Permohonan oleh penyewa

16. Penyewa boleh memohon kepada seorang Hakim untuk membatal atau menggantungkan pelaksanaan waran itu, atau untuk melepaskan mana-mana bahagian harta yang disita. Kuasa mahkamah

17. Hakim boleh, di atas apa-apa permohonan sedemikian, menguruskan perkara itu secara terus dan menolak permohonan atau membatalkan waran, atau memerintahkan supaya dilepaskan tanpa bersyarat atau di atas apa-apa syarat sebagaimana ia fikirkan patut mengenai apa-apa harta yang disita, atau boleh mengarahkan suatu isu dibicarakan, dan, sebelum keputusan isu tersebut, menggantung pelaksanaan waran itu, atau boleh memerintahkan harta itu dijual dan hasil jualan diserahkan ke dalam mahkamah, atau boleh membuat apa-apa perintah lain di atas apa-apa syarat sebagaimana ia fikirkan Kos

adil di antara pihak itu sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu dibuat.

18. Apa-apa kos yang tertanggung dalam mana-mana prosiding adalah dalam budi bicara Hakim dan boleh dalam keadaan yang sesuai ditambahkan kepada amaun yang boleh dikenakan di bawah waran. Jualan harta yang disita

19. Tertakluk kepada Akta ini harta yang disita di bawah suatu waran distress hendaklah dijual pada masa dan di tempat yang dinamakan dalam notis yang diperlukan oleh seksyen 9; dan hasil bersih penjualan itu hendaklah digunakan pertamanya bagi pembayaran fi dan perbelanjaan bailiff dan kemudiannya bagi penjelasan sewa dan kos dibayar oleh penyewa kepada tuan tanah. Baki, jika ada, yang tinggal selepas bayaran itu hendaklah dipulangkan kepada penyewa atau orang lain yang berhak kepadanya. Tatacara jika harta yang boleh disita di bawah suatu distress telah pun berada di bawah sitaan dengan cara pelaksanaan

20. (1) Jika apa-apa harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress telah pun disita dalam pelaksanaan melalui perintah mana- mana mahkamah, ia tidak boleh disita di bawah waran distress itu selagi ia berada di bawah penyitaan itu; tetapi pegawai yang mempunyai milikan dalam pelaksanaan hendaklah diberitahu mengenai waran distress itu, dan hendaklah kemudian itu, tertakluk kepada apa-apa keutamaan tuntutan oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri, kena membayar dari hasil penjualan barang yang disita olehnya, selepas bayaran darinya perbelanjaan pelaksanaan dan penjualan, tetapi mengikut keutamaan kepada apa-apa bayaran lain, amaun yang didapati sebagai kena dibayar kepada tuan tanah:

Dengan syarat bahawa bayaran itu tidak boleh dalam apa-apa kadaan melebihi amaun yang kena dibayar bagi sewa enam bulan yang akhir.

(2) Pegawai yang mempunyai milikan di bawah waran pelaksanaan hendaklah, apabila diberitahu sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (1), memberi notis secara bertulis kepada si piutang pelaksanaan dan penghutang pelaksanaan mengenai

waran distress itu. Notis kepada penghutang pelaksanaan boleh diberi dengan melekatkannya di premis di atas mana barang itu disita.

(3) Si piutang pelaksanaan atau penghutang pelaksanaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membatal atau menggantungkan waran distress itu, dan mahkamah boleh menjalankan semua atau apa-apa kuasa tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 17 dan 18 dalam keadaan suatu permohonan di bawah seksyen 16. Pemindahan barang untuk mengelakkan distress

21. (1) Jika mana-mana orang memindahkan atau menyebab atau membenarkan pemindahan daripada mana-mana premis harta yang boleh disita di bawah suatu waran distress, dengan niat untuk menghalang atau menegah penahanan harta tersebut, seorang Hakim boleh, di atas permohonan oleh tuan tanah, memberi kuasa kepada bailiff, dalam tempoh tiga puluh hari pemindahan tersebut, untuk menyusur dan menyita apa-apa harta dalam pelaksanaan waran itu, di mana sahaja ia boleh dijumpai, dan untuk menguruskannya seolah-olah harta itu telah disita di atas premis itu.

(2) Bailif boleh, tanpa suatu perintah yang sedemikian, menyusur dan menyita apa-apa harta tersebut yang dijumpai olehnya semasa dalam proses pemindahan.

Jika barang yang dipindahkan dijual kepada pembeli bona fide

22. (1) Jika mana-mana harta yang dipindahkan telah dijual bagi nilai wajar, sama ada sebelum atau selepas pemindahan, kepada seorang pembeli bona fide yang tidak mengetahui atau mempunyai keupayaan untuk mengetahui bahawa harta itu dikenakan distres bagi kegagalan untuk membayar sewa atau telah dipindahkan dengan tujuan untuk menghalang atau mencegah penahanan harta itu, harta itu tidak akan disita, atau jika disita, akan dikembalikan kepada pembeli itu.

(2) Mana-mana orang yang menuntut dirinya sebagai pembeli bona fide bagi nilai wajar apa-apa harta yang disita di bawah seksyen 21 boleh dalam tempoh empat hari penyitaan tersebut, atau apa-apa Premis yang ditinggalkan

lanjutan masa sebagaimana seorang Hakim boleh membenarkan, memohon suatu perintah supaya harta yang disita itu dikembalikan kepadanya, dan seorang Hakim boleh membuat perintah tersebut dengan sewajarnya.

23. (1) Jika−

(a) mana-mana premis yang disewa bagi suatu sewa tulen atau suatu sewa tidak kurang daripada tiga-suku nilai tahunannya; (b) sewa adalah dalam tunggakan bagi tidak kurang daripada dua bulan tenansi; dan (c) penyewa telah meninggalkan milikan premis itu dan meninggalkan di atasnya harta yang tidak mencukupi yang daripadanya tunggakan sewa boleh didapati melalui distres, seorang Hakim boleh, di atas permohonan tuan tanah, memberi kuasa kepada bailiff untuk memasuki premis, dengan menggunakan apa-apa paksaan sebagaimana yang perlu untuk mendapatkan kemasukan ke dalam mana-mana bangunan di atasnya, dan mengambil milikannya; dan bailiff hendaklah dalam keadaan tersebut masuk ke atas premis itu dan melekatkan di suatu tempat yang mudah dilihat di atasnya suatu notis bahawa milikannya akan diserahkan kepada tua tanah, melainkan dalam tempoh sepuluh hari seorang Hakim, di atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, memerintah sebaliknya.

(2) Jika tiada permohonan sedemikian dibuat dalam tempoh sepuluh hari, bailiff hendaklah memberi milikan premis itu kepada tuan tanah, dan pajakan atau perjanjian tenansi itu hendaklah mulai daripada itu disifatkan sebagai tamat.

(3) Jika apa-apa permohonan sedemikian dibuat, Hakim boleh membuat apa-apa perintah bagi milikan premis itu, dan di atas apa- apa syarat bagi pembayaran sewa yang kena dibayar atau selainnya, sebagaimana ia sifatkan adil di antara pihak-pihak itu, dan bagi

maksud itu boleh mengarahkan bahawa apa-apa soalan permulaan dibicarakan sebagai suatu isu.

(4) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan di atas sebab yang mencukupi dan di atas apa-apa syarat sebagaimana Hakim sifatkan adil, di atas permohonan oleh mana-mana orang yang berkepentingan, walaupun tempoh yang ditetapkan itu habis.

(5) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu waran distress bagi maksud seksyen 72 dan proviso (b) kepada seksyen 93 (1) Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92]. Penalti

24. Mana-mana orang yang menjual atau bersubahat dengan penjualan apa-apa harta yang disita di bawah suatu waran distress yang melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah mahkamah berhubungan dengan penjualan harta yang disita di bawah waran distress, hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan. Notis keluar

25. Jika sewa yang kena dibayar oleh mana-mana penyewa, selain daripada bagi suatu tempoh tentu, mengenai mana-mana rumah atau premis kepada tuan tanahnya masih belum dibayar bagi tempoh tidak kurang daripada empat belas hari selepas pembayarannya menjadi kena dibayar dan masih belum dibayar, maka, dalam ketiadaan suatu perjanjian yang nyata di antara pihak-pihak itu bagi sebaliknya, apa-apa notis keluar yang diberi oleh tuan tanah kepada penyewa hendaklah, jika tempohnya adalah sebaliknya mencukupi, habis pada mana-mana hari yang boleh melalui syarat notis ditentukan bagi habis tempohnya, sama ada hari serentak dengan penamatan sebahagian tempoh penyewaan atau tidak. Pemansuhan

26. (1) Undang-Undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual

bersama-sama ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual itu.

(2) Tiada apapun dalam Akta ini boleh menjejas apa-apa prosiding yang belum selesai pada mulanya ia berkuat kuasa, melainkan mahkamah memerintah selainnya.

(3) Walau apa pun pemansuhan sedemikian, dan tertakluk kepada Akta ini, amalan tatacara berhubungan dengan prosiding distress dalam Mahkamah Tinggi hendaklah disifatkan sebagai terus berkuat kuasa sehingga peruntukkan lain dibuat baginya oleh kaedah-kaedah UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 255 AKTA DISTRES 1951 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 255 AKTA DISTRES 1951

mahkamah. Jadual [Seksyen 26] Undang-undang bertulis S.S. Cap. 49 Tajuk ringkas Ordinan Distress Takat pemansuhan Keseluruhannya F.M.S. Cap. 7 Sabah Cap. 37 Kanun Acara Sivil Ordinan Distres untuk disewa Bahagian VI Keseluruhannya SENARAI PINDAAN Undang-undang Meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 P.U.(A) 359/1980 Perintah Ordinan Tahan-Harta (Perluasan) 1980 P.U.(A) 355/1985 Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Akta Distress) 1985 Akta A671 Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987 SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A671 24 Akta 160 22-05-1987 29-08-1975