Sebagaimana pada 1 Disember 2011
AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980 Tarikh Perkenan Diraja 9 Jun 1980 Tarikh penyiaran dalam Warta 12 Jun 1980 Akta 228 AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980 SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENGHITUNGAN SEMULA PENCEN 1980 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penghitungan semula pencen, ganjaran dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam, yang tertakluk kepada gaji dan terma serta syarat perkhidmatan berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Diraja Suffian dan Suruhanjaya Diraja Aziz, dan tanggungan mereka. [1 Ogos 1968] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut :
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Akta hendaklah dibaca bersama dengan Ordinan 3. Peruntukan Akta hendaklah terpakai 4. Pemakaian 5. Tafsiran 6. Pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan 7. Pencen terbitan dan ganjaran terbitan 8. Elaun persaraan dan ganjaran kepada pegawai tidak berpencen 9. Elaun persaraan terbitan dan ganjaran terbitan 10. Elaun bencana 11. Pencen tanggungan 12. Kuasa hendaklah dijalankan oleh Ketua Pengarah Akta 228
(a) yang telah memilih atau yang disifatkan telah memilih Skim itu; (b) yang telah dilantik di bawah Skim itu; atau (c) yang oleh sebab pilihan mereka adalah terikat oleh Skim itu.
“gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima dan termasuklah apa-apa elaun berpencen; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; “Ordinan” ertinya Ordinan Pencen 1951[Ord.1 tahun 1951], Ordinan Pencen Sabah 1963 [Ord. 3 tahun 1963], Ordinan Pencen Sarawak [Bab 89] dan segala Peraturan yang dibuat di bawahnya; “pegawai” ertinya semua kategori pegawai sebagaimana yang ditakrifkan dalam Ordinan itu; “pegawai berpencen” ertinya pegawai yang telah diletakkan dalam perjawatan berpencen berdasarkan Skim di bawah Ordinan itu; “perkhidmatan yang boleh dimasukira” ertinya tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira di bawah Ordinan itu; “Skim” ertinya gaji dan terma serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berdasarkan syor oleh Suruhanjaya Diraja Suffian dan Suruhanjaya Diraja Aziz mengenai gaji dan terma serta syarat perkhidmatan bagi pegawai sedemikian itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
(a) pencen bulanan berdasarkan satu perenam ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan (b) ganjaran berdasarkan satu perdua puluh daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya.
(a) apabila jawatannya dihapuskan; atau (b) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu berkhidmat mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi, sebagai tambahan kepada ganjaran yang diberi di bawah perenggan (1)(b) di atas, pencennya boleh, sekiranya mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan satu perlima ratus daripada hasil mendarabkan jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira pegawai itu dengan gaji yang akhir diterimanya, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya.
pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan di bawah seksyen 6.
(a) satu perdua belas daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja; (b) satu perenam daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat; (c) satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya; (d) satu pertiga daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82], elaun bencana yang kena dibayar ialah― (a) satu perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat sedikit sahaja; (b) satu perempat daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat; (c) tiga perlapan daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu tercacat pada matanya; (d) setengah daripada gajinya jika keupayaannya untuk menyumbang terhadap nafkahnya itu musnah sama sekali.
(a) kepada balu pegawai itu, selagi tidak berkahwin dan berkelakuan baik sebanyak satu perenam daripada gajinya; (b) jika pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perempat puluh lapan daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang; (c) jika pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, atau tiada pencen diberi kepada balu itu sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak hingga seramai enam orang; (d) mulai dari tarikh kematian seseorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua puluh empat daripada gajinya kepada setiap anak pegawai yang mati hingga seramai enam orang; (e) jika ibu pegawai yang mati itu bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan― (i) pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak satu perenam daripada gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau (ii) pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua belas daripda gaji pegawai itu kepada ibunya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; (f) jika ibu pegawai yang mati itu sudah mati dan bapanya bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pegawai itu untuk nafkah pada masa kematiannya dan― (i) pegawai yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya sebanyak sau perenam daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi; atau (ii) pegawai yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah perenggan (a) sebanyak satu perdua belas daripada gaji pegawai itu kepada bapanya selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah yang mencukupi.
12 12 Undang-Undang Malaysia A SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari - TIADA - SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -