PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH (PINDAAN), 2018 SUSUNAN BAB-BAB Bab 1. Gelaran 2. Pindaan bab 406 dari Penggal 22 3. Pindaan bab 407 4. Pindaan bab 408 5. Pindaan bab 409 6. Pemasukan bab-bab 409A dan 409B baru
Pindaan bab 406 dari Penggal 22
Pindaan bab 407
Pindaan bab 408
Pindaan bab 409
Pemasukan bab-bab 409A dan 409B baru
“Pembelaan tidak ada 409A. Tidak ada pembelaan bagi sebarang kesalahan yang ditetapkan dalam bab-bab 405, 406, 407, 408 dan 409 untuk menunjukkan bahawa harta itu diuntukkan secara terbuka atau bahawa penguntukan itu telah direkodkan”. WARDA KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dan dicatatkan dalam buku dan akaun mana-mana syarikat atau persatuan atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak. Huraian — Harta suatu syarikat hendaklah dianggap sebagai kepunyaan syarikat itu, walaupun pengarah-pengarah syarikat itu, sama ada bersendirian atau berseama, berhak kepada keseluruhan kepentingan benefisial, bagi pegangan saham ke atas syarikat itu. Anggapan 409B. (1) Jika dalam mana-mana prosiding dibuktikan bagi sebarang kesalahan yang ditetapkan dalam bab-bab 405, 406, 407, 408 dan 409 bahawa mana-mana orang yang diamanahkan dengan harta atau mempunyai penguasaan ke atas harta telah — (a) menyalahgunakan harta itu; (b) menggunakan atau melupuskan harta itu dengan melanggar apa-apa arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu akan dilepaskan atau sebarang kontrak undang-undang, nyata atau tersirat, yang telah dibuatnya berhubung dengan pelepasan amanah itu; atau (c) membiarkan mana-mana orang melakukan mana-mana perbuatan yang diperihalkan dalam perenggan (a) atau (b), maka hendaklah dianggap bahawa dia telah bertindak secara tidak jujur sehingga dibuktikan sebaliknya.
Anggapan di bawah ceraian (1) hendaklah dikenakan mutatis mutandis kepada kesalahan-kesalahan yang ditetapkan dalam bab-bab 109 dan 511 berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang disebut dalam bab-bab itu.”. Diperbuat pada hari ini 21 haribulan Safar, Tahun Hijrah 1440 bersamaan dengan 30 haribulan Oktober, 2018 di Istana Nurul Iman Beta, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM