「1990 자유지역법(제1조-제8조)」
국가‧지역: 말레이시아 법률번호: 법률 제438호 제정일: 1990년 4월 23일 개정일: 2019년 6월 28일
Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai penubuhan zon bebas dalam Malaysia untuk menggalakkan kehidupan ekonomi Negara dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [5 September 1991, P.U. (B) 455/1991] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: 국가 경제생활과 이와 관련된 목적들을 발전시키기 위한 말레이시아 자유지역 설치 규정 마련을 위한 법률. [1991.9.5., P.U. (B) 455/1991] 이 법은 국왕이 상원과 하원의 의회 회의를 통한 자문과 동의를 얻어 제정하였으며, 다음과 같은 권한을 갖는다.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Zon Bebas 1990. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri bolehlah menetapkan tarikh mula berkuat kuasa yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “aktiviti” termasuklah aktiviti perdagangan dan aktiviti pengilangan dan pengendalian yang berkaitan; “aktiviti perdagangan” termasuklah berniaga (tidak termasuk perniagaan runcit), memecah pukal, menggred, pembungkusan semula, melabel semula dan transit; “barang” termasuklah binatang, burung, ikan, tumbuhan dan semua jenis harta alih; “cukai jualan” ertinya apa-apa cukai yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64]; “cukai perkhidmatan” ertinya apa-apa cukai yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151]; “duti eksais” ertinya apa-apa duti yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Eksais 1976 [Akta 176]; “duti kastam” ertinya apa-apa duti yang dikenakan oleh atau di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian Malaysia tetapi tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi dan Tioman; “Labuan” hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 154 Akta Kastam 1967; “Langkawi” hendaklah mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163A Akta Kastam 1967; “lapangan terbang kastam” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kastam 1967; “Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “nilai” berkaitan dengan barang yang diimport mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967; “pegawai Pihak Berkuasa yang hak” ertinya mana-mana pegawai Pihak Berkuasa yang bertindak bagi menunaikan tugasnya di bawah Akta sama ada tugas itu ditugaskan kepadanya secara khas atau am, atau secara nyata atau tersirat; “pengendalian” ertinya pengendalian yang dinyatakan di bawah aktiviti yang diluluskan oleh Menteri di bawah peruntukan seksyen 10; “pengilangan” ertinya penukaran dengan cara tangan atau jentera bahan organik atau tidak organik kepada suatu keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, jenis atau kualiti bahan itu dan termasuklah memasang bahagian menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan; dan istilah “aktiviti mengilang” dengan variasi gramatisnya dan dengan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dan, berkaitan dengan istilah itu, ia hendaklah termasuk apa-apa aktiviti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai aktiviti mengilang: Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan bahawa hasil bagi apa-apa pengilangan atau aktiviti itu bukanlah suatu keluaran barang yang baru; “perkhidmatan” mempunyai pengertian yang sama seperti yang diberikan kepada istilah “perkhidmatan ditetapkan” di bawah Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U. (A) 52/1975]; “Pihak Berkuasa” ertinya mana- mana badan berkanun atau syarikat atau jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau bagi mana-mana Negeri dalam Malaysia yang dilantik di bawah peruntukan subseksyen 3(2) untuk mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana zon bebas; “tempat import atau eksport yang ditetapkan” ertinya apa apa tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 142 Akta Kastam 1967 sebagai suatu tempat bagi import dan eskport barang melalui jalan dan keretapi; “tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kastam 1967; “Tioman” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163J Akta Kastam 1967; “zon bebas” ertinya mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan subseksyen 3(1) menjadi suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas. (2) Bagi maksud tafsiran perkataan “nilai”, import ertinya import dari suatu zon bebas ke dalam suatu kawasan utama kastam. (3) Ungkapan “Ketua Pengarah”, “pegawai kastam”, “pegawai kanan kastam”, “pegawai kastam yang hak” dan “barang berduti” masing-masing hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967.
(1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Malaysia sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas dan setiap pemberitahuan itu hendaklah mentakrifkan had zon itu. (2) Menteri boleh melantik mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan atau diwujudkan oleh atau di bawah suatu undang-undang Persekutuan atau mana-mana jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau dengan persetujuan Negeri yang berkenaan, mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan atau dibentuk oleh atau di bawah suatu undang-undang Negeri atau mana-mana jabatan Kerajaan bagi suatu Negeri atau mana-mana syarikat sebagai Pihak Berkuasa untuk mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana zon bebas yang telah diisytiharkan sedemikian di bawah subseksyen (1).
Tertakluk kepada Akta ini apa-apa jenis barang dan perkhidmatan kecuali bagi yang dilarang dengan tertentu dan mutlak oleh undang-undang, boleh dibawa masuk, dikeluarkan, dihasilkan atau dibekalkan dalam suatu zon bebas tanpa bayaran apa-apa duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan.
(1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya tiada seorang pun boleh berurusan dengan atau selainnya melupuskan apa-apa barang dalam zon bebas. (2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, barang dalam suatu zon bebas bolehlah─ (a) dipindahkan dari zon bebas itu untuk eksport atau dihantar ke dalam suatu zon bebas yang lain sama ada dalam bungkusan asal atau selainnya; (b) melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pihak Berkuasa─ (i) disimpan, dijual, dipamer, dipecah-pecahkan, dibungkus semula, dipasang, diedarkan, disisihkan, digredkan, dibersihkan, dicampur, atau selainnya dikendelat atau dikilang mengikut peruntukan Akta ini, atau (ii) dimansuhkan; (c) dengan kelulusan Pihak Berkuasa, dan tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dikenakan olehnya dihantar ke dalam mana mana bahagian kawasan utama kastam dalam bungkusan asal atau selainnya dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa hendaklah berunding dengan Ketua Pengarah sebelum pemindahan barang itu dibenarkan. (3) Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai kepada barang yang dikecualikan oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1).
(1) Menteri bolehlah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan apa-apa barang atau perkhidmatan daripada peruntukan seksyen 4. (2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dengan mana mana undang-undang bertulis, peruntukan Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 hendaklah terpakai kepada barang dan perkhidmatan yang dikecualikan sedemikian seolah-olah zon bebas itu adalah suatu tempat dalam kawasan utama kastam.
Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, membenarkan mana-mana perniagaan runcit dijalankan di dalam zon bebas dan Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat seperti yang difikirkannya patut.
Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya atau di bawah mana mana undang-undang bertulis yang lain─ (a) barang yang dibawa keluar dari mana-mana bahagian kawasan utama kastam dan dibawa ke dalam suatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai dieksport dari Malaysia; dan (b) barang yang dibawa keluar dari suatu zon bebas dan dibawa ke dalam mana-mana bahagian kawasan utama kastam hendaklah disifatkan sebagai diimport ke dalam Malaysia.
(1) Barang yang dikilang dalam suatu zon perindustrian bebas tidak boleh dibawa keluar dari zon itu kecuali─ (a) untuk eksport; atau (b) dengan kelulusan Pihak Berkuasa dan selepas berunding dengan Ketua Pengarah dan, tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dikenakan, bagi pemindahan barang-barang itu ke suatu zon perdagangan bebas. (2) (Dipotong oleh Akta 557). (3) (Dipotong oleh Akta 557). (4) Barang yang dikilang dalam suatu zon perindustrian bebas tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis seorang pegawai kastam yang hak yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pengarah Kastam dan Eksais, dipakai atau digunakan dalam zon tersebut.
「1990 자유지역법(제1조-제8조)」
국가‧지역: 말레이시아 법률번호: 법률 제438호 제정일: 1990년 4월 23일 개정일: 2019년 6월 28일
Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai penubuhan zon bebas dalam Malaysia untuk menggalakkan kehidupan ekonomi Negara dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [5 September 1991, P.U. (B) 455/1991] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: 국가 경제생활과 이와 관련된 목적들을 발전시키기 위한 말레이시아 자유지역 설치 규정 마련을 위한 법률. [1991.9.5., P.U. (B) 455/1991] 이 법은 국왕이 상원과 하원의 의회 회의를 통한 자문과 동의를 얻어 제정하였으며, 다음과 같은 권한을 갖는다.
(1) 이 법은 「1990 자유 지역법」이라 한다. (2) 이 법은 장관이 관보 고시 를 통해 지정하는 날에 발효하 며, 장관은 이 법의 다른 규정의 효력 발생에 대하여 다른 날을 지정할 수 있다.
이 법에서, 문맥상 별도로 정의를 요청하지 않는 한- “활동”에는 상업 활동과 제조 활 동, 그리고 이와 관련된 운영을 포함한다. “상업 활동”에는 (소매업은 포함 하지 않고) 하역, 등급부여, 재 포장, 재분류 그리고 운송을 포 함한다. “물품에는 동물, 조류, 어류, 식 물, 그리고 모든 종류의 동산을 포함한다. “판매세”는 1972 판매세법[제64 호 법률]에 의하거나 또는 이에 따라 부과되는 모든 세금을 말한 다. “용역세”는 1975 용역세법[제 151호 법률]에 의하거나 또는 이에 따라 부과되는 세금을 말한 다. “물품세”는 1976 물품세법[제 176호 법률]에 의하거나 또는 이에 따라 부과되는 세금을 말한 다. “관세”는 1967 관세법[제235호 법률]에 의하거나 또는 이에 따 라 부과되는 세금을 말한다. “주요관세지역”은 자유지역, 라 부안, 랑카위, 티오만을 제외한 말레이시아 일부 지역을 말한다. “라부안”은 1967 관세법 제154 조에 따라 부여된 의미와 동일한 의미를 가진다. “랑카위”는 1967 관세법 제 163A조에 따라 부여된 의미와 동일한 의미를 가진다. “관세공항”은 1967 관세법에 따 라 부여된 의미와 동일한 의미를 가진다. “장관”은 당시 재정 책임을 맡고 있는 장관을 말한다. 수입된 물품과 관련된 “가격”은 1967 관세법 제2조에 따라 부여 된 의미와 같은 의미를 가진다. “권한 있는 당국 공무원”은 법에 따른 업무를 수행하거나 해당 업 무를 특별하거나 또는 일반적으 로, 또는 명시적인 또는 내포된 업무를 수행하는 당국 공무원을 말한다. “운영”은 제10조 규정에 따라 장 관의 허가를 받은 활동의 운영을 말한다. “제조”는 수작업 또는 기계적 수 단으로 유기재나 무기재를 교체 하여 새로운 것을 제조하는 것으 로, 사이즈, 형태, 혼합, 종류 또 는 품질을 교체하는 것을 말하 며, 부품을 조립하여 특정 기계 나 새로운 것을 만드는 것은 포 함하지만, 건설 목적의 기계나 부품조립은 포함하지 않는다. 그리고 문법적 변화와 동일 어원 의 표현인 “제조 활동”은 이에 따라 해석되고, 해당 용어와 관 련하여 국장이 결정한 모든 활동 을 포함한다. 국장의 절대적 재량에 따라 제조 와 그 활동의 결과가 새로운 물 품의 생산이 아님을 정할 수 있 다. “용역”은 1975 용역세법 규칙 [P.U. (A) 52/1975]에 따라 정 한 “지정된 용역” 용어에 부여된 의미와 같은 의미를 갖는다. “당국”은 제3조제2항의 규정에 따라 자유지역의 관리, 유지, 운 영을 위한 법정기구 또는 회사, 또는 말레이시아 정부 또는 주정 부의 부처를 말한다. “지정 수입 또는 수출 장소”는 1967 관세법 제142조에 따라 지정된 장소로, 도로와 기차로 물품 수입과 수출이 이루어지는 장소를 말한다. “법으로 허용되는 상륙지”는 1967 관세법에 따라 부여된 의 미와 같은 의미를 가진다. “티오만”은 1967 관세법 제163J 조에 따라 부여된 의미와 같은 의미를 가진다. “자유지역”은 제3조제1항에 따라 선언되어 자유무역지역 또는 자 유산업지역이 된 말레이시아 지 역을 말한다. (2) “가격”의 용어를 해석할 목 적으로, 수입은 자유지역에서 주요관세지역으로 수입하는 것을 말한다. (3) “국장”, “관세공무원”, “고위관 세공무원”, “권한있는 관세공무 원” 그리고 “과세대상물품”은 각 각 1967 관세법에서 부여하는 의미를 갖는다.
(1) 장관은 관보를 통하여 말레이시아 내의 자유무역지역 또는 자유산업지역을 선언할 수 있으며, 각각의 고지로 해당 지 역의 한계를 정의할 수 있다. (2) 장관은 연방법 또는 말레이 시아 정부 부처 또는 관계있는 주의 승인을 얻거나 이에 따라 설립되고 구성된 법인, 특정 주 법 또는 특정 주의 정부 부처에 따라 설립되고 구성된 법정기구, 또는 제1항에 따라 이미 선언된 자유지역을 관리, 유지, 운영하 기 위한 당국인 회사를 임명할 수 있다.
이 법에 따라, 법에 의하 여 구체적으로 그리고 절대적으 로 금지된 것을 제외한 모든 종 류의 물품과 용역은 관세, 물품 세, 판매세 또는 용역세의 납부 없이 자유지역으로 반입, 반출, 제조, 또는 공급될 수 있다.
(1) 이 법 또는 이에 따라 제정된 별도의 규정이 있는 경우 를 제외하고 누구도 자유지역에 서의 물품을 처리하거나 페기하 는 일을 할 수 없다. (2) 이 법의 규정에 따라, 자유 지역 내의 물품은 다음이 허용된 다- (a) 원 포장 그대로 또는 그외의 형태로 자유지역에서 다른 자유지역으로 수출 또는 배송을 위한 이동, (b) 당국이 달리 지시하지 않는 한, (i) 이 법에 따른 보관, 판매, 전시, 분해, 재포장, 조립, 유통, 분류, 등급부여, 세척, 혼합 또는 조작 내지 생산, 또는 (ii) 폐기, (c) 당국의 허가와, 이에 따라 부과될 수 있는 요건들에 따라 원 포장 그대로 주요관세구역으로의 이동, 그렇지 않은 경우 당국은 해당 물품을 이전하기 전 국장과 협의하여야 한다. (3) 이 조의 규정은 제6조제1항 에 의거한 명령에 따라 예외되는 물품에는 적용하지 않는다.
(1) 장관은 관보를 통해 고지되는 명령에 따라 제4조의 물품과 용역의 예외를 둘 수 있 다. (2) 성문법과 상이한 규정이 있 더라도, 1967 관세법, 1976 물품 세법, 1972 판매세법과 1975 용 역세법 규정은 자유지역이 주요 관세구역인 것 처럼 예외된 물품 과 용역에 적용할 수 있다.
장관은 재량에 따라 자 유지역내에서의 소매를 허가할 수 있고, 장관은 타당한 요건들 을 부과할 수 있다.
이 법과 이에 따르는 별 도의 성문법 규정이 없는 한- (a) 관세 특별 구역에서 반출되는 물품과 자유지역 내로 반입되는 물품은 말레이시아로부터 수출되는 것으로 간주한다, 그리고, (b) 자유지역 밖으로 반출되는 물품과 관세 특별 구역으로 반입되는 물품은 말레이시아로 수입되는 것으로 간주한다.
자유산업지역에서 제조되 는 물품은 다음의 경우를 제외하 고 자유지역 밖으로 반출할 수 없다- (a) 수출을 위한 경우, 또는 (b) 자유지역으로 해당 물품을 이전시키기 위하여 당국의 허가와 국장과의 협의, 그리고 부과될 수 있는 요건을 충족한 경우. (2) (제557호 법률에 의해 삭 제) (3) (제557호 법률에 의해 삭 제) (4) 자유산업지역 내에서 제조 된 물품은 관세 및 물품 부국장 보다 낮지 않은 지위의 권한있는 관세공무원의 서면 허가 없이는 해당 지역에서 사용되거나 이용 될 수 없다.