로고

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Betting and Sweepstake Duties Act 1948. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 Pertama kali diperbuat … … … 1948 (Ordinan No. 6 tahun 1948) Disemak ... … … … … … … 1978 (Akta 201 m.b.p. 15 Februari 1978) Cetakan Semula yang Terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama 2001 Akta 201 AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 SUSUNAN SEKSYEN AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948 Suatu Akta yang berhubungan dengan duti atas pertaruhan dan ambil tagan. [Semenanjung Malaysia—6 Mac 1948; Sabah dan Sarawak—15 April 1992, P.U. (B) 164/1992; Wilayah Persekutuan Labuan—15 April 1992, P.U. (B) 165/1992]

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 1 A . Tafsiran 2. Duti atas pertaruhan dan ambil tagan 3. Pernyata oleh penganjur 4. Pengemukaan dokumen 5. Duti yang kena dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia 6. Kecualian 7. Penalti Akta 201

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948. Tafsiran 1 A . Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— Duti atas pertaruhan dan ambil tagan

*(2) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. “Lembaga” ertinya Lembaga Totalisator yang ditubuhkan oleh Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 [Akta 494]; “penganjur” ertinya Lembaga, atau setiausaha kelab atau persatuan lumba yang telah menganjurkan apa-apa totalisator, pari mutuel atau ambil tagan, mengikut kehendak hal keadaan; “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Taksiran 1948 dan 1967 dan termasuklah Wilayah Persekutuan.

2. (1) Atas tiap-tiap pertaruhan yang dibuat dalam apa-apa totalisator atau pari mutuel yang dianjurkan oleh Lembaga atau mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan mengikut mana-mana skim yang diluluskan di bawah seksyen 16 Akta

*CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Sarawak menurut P.U. (A) 377/1991 dan terpakai di Wilayah Persekutuan Labuan menurut P.U. (A) 376/1991. Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun pertaruhan itu yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2) Atas tiap-tiap ambil tagan yang dianjurkan oleh mana-mana kelab lumba yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atau persatuan atas keputusan perlumbaan kuda atau perlumbaan lain, sama ada perlumbaan itu diadakan di atau di luar Semenanjung Malaysia, hendaklah dikenakan duti sebanyak apa-apa peratus daripada amaun yang disumbangkan kepada ambil tagan itu yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Penyataan oleh penganjur

3. (1) Penganjur hendaklah membuat suatu pernyata mengenai amaun yang diterima sebagai pertaruhan dalam setiap satu perlumbaan dan amaun yang disumbangkan kepada setiap satu ambil tagan dan hendaklah, sebagaimana yang ditentukan oleh Pemungut Duti Setem bagi tiap-tiap satunya, sama ada melekatkan padanya setem pelekat yang mempunyai nilai yang sama dengan duti yang boleh dikenakan di bawah seksyen 2, atau membayar amaun duti yang boleh dikenakan sedemikian dalam mata wang Malaysia yang sah.

(2) Penyataan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada Pemungut:

(a) dalam hal pertaruhan yang dibuat dalam mana-mana totalisator atau pari mutuel, dalam masa lima belas hari selepas hari terakhir perlumbaan yang pertaruhan itu dibuat, atau (b) dalam hal ambil tagan, dalam masa tujuh hari selepas hari ambil tagan itu ditutup, dan Pemungut hendaklah, jika dia menghendaki duti itu dibayar dengan cara setem pelekat, membatalkan setem itu, atau, jika dia telah menghendaki duti itu dibayar dalam mata wang Malaysia yang sah, mengeluarkan resit bagi amaun yang dibayar.

(3) (Dipotong oleh Akta 12 tahun 1961). Pengemukaan dokumen

4. Pemungut Duti Setem boleh pada bila-bila masa yang munasabah menghendaki dikemukakan apa-apa buku, akaun, baucar atau dokumen lain yang berhubungan dengan sesuatu totalisator, pari mutuel atau ambil tagan yang dianjurkan oleh Lembaga atau oleh mana-mana kelab Duti yang kena dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia

atau persatuan lumba.

5. (1) Duti yang dikehendaki dibayar di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia dan boleh didapatkan dengan apa-apa cara yang berkuat kuasa pada masa ini bagi mendapatkan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

(2) Amaun apa-apa duti yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah dimasukkan antara hutang yang, di bawah *seksyen 43 Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360], atau seksyen 292 Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dikehendaki dibayar terlebih dahulu daripada semua hutang lain dalam pembahagian harta seseorang bankrap atau seseorang yang mati dengan tidak solven atau dalam penggulungan sesuatu syarikat yang tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kecualian

6. Kecuali berkenaan dengan suatu ambil tagan yang dianjurkan oleh kelab lumba yang ditubuhkan dalam Semenanjung Malaysia berdasarkan keputusan suatu perlumbaan kuda, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai membenarkan atau membolehkan mana-mana orang mengambil bahagian dalam mana-mana ambil tagan yang dianjurkan oleh suatu kelab, persatuan atau pertubuhan yang ia bukan anggotanya. Penalti

7. (1) Jika penganjur tidak menyerahkan penyata kepada Pemungut Duti Setem sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 3, dia boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

(2) Jika penganjur, dengan niat hendak mengelakkan duti yang dikenakan di bawah Akta ini membuat suatu penyataan yang disebut dalam seksyen 3, yang palsu tentang apa-apa butir material, dia boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau empat kali amaun duti yang kena dibayar, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

*CATATAN—Dahulunya merujuk kepada seksyen 38 Enakmen Kebankrapan 1921 [Chapter 55] yang merujuk kepada “Priority of debts”. SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Ord. 39/1950 Ordinan Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan (Pindaan) 1950 Ord. 64/1952 Ordinan Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan (Pindaan) 1952 Ord. 59/1957 Ordinan Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan (Pindaan) 1957 Akta 12/1961 Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan (Pindaan) 1961 Akta 44/1965 Akta Kelab Perlumbaan (Ambil Tagan Awam) 1965 Akta 17/1967 Akta Kelab Perlumbaan (Ambil Tagan Awam) (Pindaan) 1967 Akta 65 Akta Cukai Perjudian 1972 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 P.U. (A) 376/1991 Perintah Pengubahsuaian Undang- Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator) (Peluasan ke Wilayah Persekutuan Labuan) 1991 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 377/1991 Perintah Pengubahsuaian Undang- 15-04-1992 Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator) (Perluasan ke Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak) 1991 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1 A Akta 12/1961 Akta 39/1950 Akta 64/1952 Akta 59/1957 Akta 12/1961 Akta 65 Akta 17/1967 Akta 64/1952 Akta12/1961 Akta 64/1952 Akta 12/1961 Akta 59/1957 Akta 44/1965 Akta 17/1967 Akta 160