Sebagaimana pada 1 Ogos 2015
AKTA JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2010
Tarikh Perkenan Diraja … … … 6 Januari 2010 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 14 Januari 2010
Akta 703
AKTA JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2010
SUSUNAN SEKSYEN
B
AHAGIAN
I PERMULAAN
AKTA JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2010
Suatu Akta untuk menubuhkan Jawatankuasa Etika Hakim dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
[4 Mac 2010]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
B
AHAGIAN
II JAWATANKUASA ETIKA HAKIM
3. Penubuhan Jawatankuasa
4. Bidang kuasa Jawatankuasa
5. Keanggotaan Jawatankuasa
6. Anggota ganti
7. Prinsip dan tatacara
8. Prosiding secara tertutup
9. Siasatan
10. Penzahiran kepentingan
11. Mesyuarat Jawatankuasa
12. Kuorum
13. Penangguhan pendengaran di hadapan Jawatankuasa
14. Rekod dan minit prosiding
15. Keputusan Jawatankuasa
Akta 703
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hakim” ertinya hakim Mahkamah Tinggi, hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan, dan termasuklah Pesuruhjaya Kehakiman;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Etika Hakim yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Kod Etika” ertinya kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3
B
) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan;
“pelanggaran” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5.
Bahagian II Penubuhan Jawatankuasa
JAWATANKUASA ETIKA HAKIM
3. Hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa dengan nama “Jawatankuasa Etika Hakim”. Bidang kuasa Jawatankuasa
4. Jawatankuasa hendaklah mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang berhubungan dengan tatakelakuan dan tatatertib semua hakim selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah Fasal (3) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan. Keanggotaan Jawatankuasa
5. (1) Jawatankuasa hendaklah dalam bilangan ganjil dan hendaklah terdiri daripada orang yang memegang jawatan atau yang pernah memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, hakim Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan untuk dilantik.
(2) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa, melainkan beliau merupakan pengadu, dalam hal tersebut, hakim kanan yang berikutnya hendaklah menjadi Pengerusi.
(3) Pelantikan anggota Jawatankuasa hendaklah atas dasar ad hoc.
(4) Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, anggota Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada hakim yang kanan mengikut keutamaan kepada hakim yang menjadi subjek suatu prosiding tatatertib. Anggota ganti
6. (1) Jika Pengerusi tidak dapat menghadiri prosiding tatatertib oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain, hakim kanan yang berikutnya yang menganggotai Jawatankuasa itu hendaklah menjadi Pengerusi, dan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah melantik seorang hakim lain sebagai pengganti hakim kanan itu.
(2) Jika mana-mana anggota Jawatankuasa tidak dapat menghadiri prosiding tatatertib oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan hendaklah melantik seorang hakim lain sebagai pengganti anggota itu.
(3) Anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah merupakan hakim yang kanan mengikut keutamaan kepada hakim yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu. Prinsip dan tatacara
7. Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Jawatankuasa Prosiding secara tertutup
hendaklah mematuhi prinsip dan tatacara yang dinyatakan dalam Akta ini dan Kod Etika.
8. Prosiding Jawatankuasa hendaklah secara tertutup. Siasatan
9. (1) Prosiding Jawatankuasa bukanlah suatu perbicaraan tetapi suatu siasatan mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika yang dilakukan oleh seseorang hakim yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
(2) Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidak terpakai bagi prosiding Jawatankuasa. Penzahiran kepentingan
10. (1) Jika Pengerusi atau mana-mana anggota Jawatankuasa mempunyai apa-apa kepentingan langsung atau tidak langsung dalam mana-mana prosiding tatatertib, dia hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit prosiding yang dalamnya penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, Pengerusi atau anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa itu. Mesyuarat Jawatankuasa
11. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat pada tarikh dan di mana- mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi. Kuorum
12. Pengerusi dan tidak kurang daripada dua anggota Jawatankuasa hendaklah membentuk kuorum bagi tiap-tiap prosiding Jawatankuasa. Penangguhan pendengaran di hadapan Jawatankuasa
13. (1) Jawatankuasa boleh menangguhkan pendengaran dari semasa ke semasa.
(2) Tiada notis penangguhan bertulis dikehendaki diberikan kepada mana-mana pihak apabila penangguhan itu dibuat dalam kehadiran pihak itu. Rekod dan minit prosiding
14. Pengerusi hendaklah memastikan bahawa rekod dan minit prosiding Jawatankuasa disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. Keputusan Jawatankuasa
15. (1) Jika Jawatankuasa tidak sebulat suara dalam apa-apa soalan atau perkara yang hendak ditentukan, keputusan majoriti hendaklah disifatkan sebagai keputusan Jawatankuasa itu.
(2) Jawatankuasa hendaklah memastikan bahawa keputusannya dalam mana-mana prosiding tatatertib diberitahukan secara bertulis kepada hakim yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu.
(3) Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, keputusan Jawatankuasa hendaklah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, dan tiada mahkamah boleh mempunyai bidang UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 703 AKTA JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2010 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 703 AKTA JAWATANKUASA ETIKA HAKIM 2010
kuasa untuk melayan atau menentukan apa-apa guaman, permohonan,
persoalan atau prosiding atas apa-apa alasan tentang kesahan keputusan sedemikian.
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
- TIADA -
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
- TIADA -